permainan bahasa 1

3
PERMAINAN BAHASA Nama permainan : Kotak Misteri Kemahiran : Membina kosa kata Jenis aktiviti : Individu (di kelas) Prosedur permainan : Guru memberikan arahan kepada murid-murid untuk duduk dalam satu bulatan besar. Seorang murid akan diberikan untuk memegang Kotak Misteri yang berisi lipatan kertas pelbagai warna sebagai titik permulaan permainan. Setiap kertas tersebut ditulis perkataan-perkataan umum seperti sekolah, dapur dan sebagainya. Guru akan menerangkan arahan permainan dan mengingatkan murid-murid bahawa perkataan yang dikemukakan hendaklah mempunyai kaitan dengan perkataan yang terdapat pada lipatan kertas pelbagai warna tersebut . Apabila muzik dimulakan, maka murid yang menjadi titik permulaan tadi akan menyerahkan kepada rakan disebelah kirinya. Proses ini akan berterusan sehinggalah muzik berhenti. Murid yang memegang Kotak Misteri pada waktu itu akan membuka kotak tersebut dan mengambil salah satu lipatan kertas mengikut warna pilihannya. Murid tersebut akan diberikan masa seminit untuk menyebut perkataan-perkataan yang mempunyai kaitan dengan perkataan yang terdapat pada kertas tersebut. Guru akan mencatat nama murid tersebut dan bilangan perkataan yang berjaya disebut mengikut masa yang ditetapkan. Permainan ini diteruskan apabila muzik dimainkan lagi. Titik permulaan akan berganti kepada murid yang menjadi titik perhentian sebelumnya. Murid yang gagal menyebut sebarang perkataan yang berkaitan akan didenda dengan mencabut kertas dendaan yang terdapat dalam Kotak Hukuman . Murid tersebut diminta untuk melaksanakan arahan yang terdapat ada kertas dendaan tersebut. Setelah tamatnya aktiviti ini, guru akan mengumumkan pemenang yang berjaya menyebut perkataan yang paling banyak. Kelebihan dan kelemahan teknik : KELEBIHAN KELEMAHAN

Upload: knizam13

Post on 03-Jul-2015

529 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN BAHASA 1

PERMAINAN BAHASANama permainan : Kotak MisteriKemahiran : Membina kosa kata

Jenis aktiviti : Individu (di kelas)

Prosedur permainan :

Guru memberikan arahan kepada murid-murid untuk duduk dalam satu

bulatan besar.

Seorang murid akan diberikan untuk memegang ‘Kotak Misteri’ yang berisi

lipatan kertas pelbagai warna sebagai titik permulaan permainan. Setiap

kertas tersebut ditulis perkataan-perkataan umum seperti sekolah, dapur dan

sebagainya.

Guru akan menerangkan arahan permainan dan mengingatkan murid-murid

bahawa perkataan yang dikemukakan hendaklah mempunyai kaitan dengan

perkataan yang terdapat pada lipatan kertas pelbagai warna tersebut .

Apabila muzik dimulakan, maka murid yang menjadi titik permulaan tadi akan

menyerahkan kepada rakan disebelah kirinya. Proses ini akan berterusan

sehinggalah muzik berhenti.

Murid yang memegang ‘Kotak Misteri’ pada waktu itu akan membuka kotak

tersebut dan mengambil salah satu lipatan kertas mengikut warna pilihannya.

Murid tersebut akan diberikan masa seminit untuk menyebut perkataan-

perkataan yang mempunyai kaitan dengan perkataan yang terdapat pada

kertas tersebut. Guru akan mencatat nama murid tersebut dan bilangan

perkataan yang berjaya disebut mengikut masa yang ditetapkan.

Permainan ini diteruskan apabila muzik dimainkan lagi. Titik permulaan akan

berganti kepada murid yang menjadi titik perhentian sebelumnya. Murid yang

gagal menyebut sebarang perkataan yang berkaitan akan didenda dengan

mencabut kertas dendaan yang terdapat dalam ‘Kotak Hukuman’. Murid

tersebut diminta untuk melaksanakan arahan yang terdapat ada kertas

dendaan tersebut.

Setelah tamatnya aktiviti ini, guru akan mengumumkan pemenang yang

berjaya menyebut perkataan yang paling banyak.

Kelebihan dan kelemahan teknik :

Page 2: PERMAINAN BAHASA 1

PERMAINAN BAHASA

KELEBIHAN KELEMAHAN

Dapat menarik perhatian murid-

murid untuk mengambil bahagian

dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran (p&p).

Suasana proses p&p menjadi

lebih seronok dan berkesan.

Melatih murid untuk berfikir secara

kritis dan kreatif.

Memupuk semangat daya saing

dalam diri murid.

Membina pemikiran murid supaya

bersedia untuk menghadapi

cabaran.

Dapat membina keyakinan dalam

diri murid.

Memberikan peluang kepada

murid-murid untuk

memperlihatkan secara langsung

kreativiti, bakat dan potensi diri.

Memerlukan tempoh masa yang

panjang.

Kawalan kelas dari sedi kawalan

suara murid-murid agak goyah

(kebisingan).

Memerlukan masa yang panjang

untuk dirancang dan dikendalikan

oleh guru.

Kanak-kanak yang lemah akan

berasa rendah diri.

CARA MENGATASI KELEMAHAN

Guru perlu merancang dengan teliti aktiviti yang ingin dijalankan mengikut

masa yang telah ditetapkan.

Memberi peringatan kepada murid-murid apabila mereka membuat bising

tetapi tidak sehingga menggangu keseronokan permainan.

Guru melaksanakan aktiviti mengikut masa perancangan yang telah dibuat.

Memberi penghargaan kepada murid yang didenda berdasarkan cabutan

kertas hukuman dengan memberi kata-kata pujian dan semangat.

Page 3: PERMAINAN BAHASA 1

PERMAINAN BAHASATerdapat banyak kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada permainan

bahasa ini sepertimana permainan bahasa yang lain yang tidak boleh dimainkan

pada semua situasi dan peringkat umur murid-murid. Hal ini terpulang kepada

kreativiti seorang guru tersebut dalam mengubahsuai seseuatu permainan bahasa

itu untuk disesuaikan dengan murid-murid mereka.

Kelebihan yang pertama ialah permainan ‘Kotak Misteri’ ini dapat menarik

perhatian murid-murid untuk mengambil perhatian murid-muridnya untuk mengambil

bahagian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p). Hal ini kerana, kelancaran

sesuatu proses p&p juga bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh murid-

murid. Kedua ialah suasana proses p&p menjadi lebih seronok dan berkesan dengan

kerjasama murid-murid dengan guru mereka. Aktiviti ini lebih berfokuskan latihan

murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif khasnya apabila memikirkan jawapan.

Apabila mereka dapat memberikan perkataan yang berkaitan, secara tidak

langsung permainan bahasa ini dapat memupuk semangat daya saing mereka,

membina pemikiran murid supaya bersedia untuk menghadapi caparan, dapat

membina keyakinan dalam diri murid dan sterusnya dapat memberikan peluan

kepada murid untuk memperlihatkan secara langsung kreativiti, bakat dan potensi

diri menerusi dendaan.

Walau bagaimanapun, permainan bahasa ini berlangsung dalam tempoh

masa yang panjang dalam p&p. Kawalan kelas dari segi kebisingan suara murid-

murid akan berlaku setiapkali pusingan dan dendaan tersebut berlaku. Selain itu,

guru juga memerlukan masa yang panjang untuk merancang dan mengendalikan

permainan ini dan seterusnya kanak-kanak yang lemah akan berasa rendah diri

apabila mereka tidak dapat memberikan sebarang jawapan.

Terdapat beberapa perkara yang dapat dilakukan oleh guru khasnya dalam

membaiki kelemahan yang ada. Pertama sekali ialah guru perlu merancang dengan

teliti aktiviti yang ingin dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.Kemudian

memberi peringatan kepada murid-murid apabila mereka membuat bising tetapi

tidaklah sehingga menggangu keseronokan permainan.Perkara ketiga ialahguru

melaksanakan aktiviti mengikut masa perancangan yang telah dibuat.Akhir sekali

ialah guru perlu memberi penghargaan kepada murid yang didenda berdasarkan

cabutan kertas hukuman dengan memberi kata-kata pujian dan semangat.