permainan (alatan)

13
PERMAINAN (ALATAN) 1. TANK Alat : kain penutup mata Bola kecil pelbagai warna Marker – sekurang-kurangnya 4 (jumlah mengikut kumpulan berpasangan) Pelajar dibahagikan secara berpasangan. Setiap pasangan akan mendapat 1 kain penutup mata. Yang tertutup mata digelar ‘tank’, yang memberi arahan digelar instructor. Setiap pasangan akan duduk berhadapan dalam bulatan yang besar. Dalam bulatan tersebut, terdapat bola kecil pelbagai warna. Setiap ‘tank’ diberikan warna bola. Apabila wisel ditiup, instructor akan memberi arahan kepada tank agar mengutip bola warna mereka dan membaling tank bola warna lain. ‘tank’ yang dibaling bola sebanyak 3 kali diisytiharkan kalah. ‘tank’ akhir yang berjaya dikira pemenang.

Upload: chiyikomoshi

Post on 30-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

permainan

TRANSCRIPT

PERMAINAN (ALATAN)

1.TANKAlat: kain penutup mata Bola kecil pelbagai warna Marker sekurang-kurangnya 4 (jumlah mengikut kumpulan berpasangan)

Pelajar dibahagikan secara berpasangan. Setiap pasangan akan mendapat 1 kain penutup mata. Yang tertutup mata digelar tank, yang memberi arahan digelar instructor. Setiap pasangan akan duduk berhadapan dalam bulatan yang besar. Dalam bulatan tersebut, terdapat bola kecil pelbagai warna. Setiap tank diberikan warna bola. Apabila wisel ditiup, instructor akan memberi arahan kepada tank agar mengutip bola warna mereka dan membaling tank bola warna lain. tank yang dibaling bola sebanyak 3 kali diisytiharkan kalah. tank akhir yang berjaya dikira pemenang.

2.SAVE THE KINGAlat: marker 13 Bola baling / jaring 1

Kumpulan pelajar dibahagikan kepada dua. Setiap kumpulan akan melantik 1 king atau 1 queen bergantung kepada jantina. Kedua-dua kumpulan akan berada dalam kawasan masing-masing yang mana ianya berhadapan dengan satu sama lain. Pada awal permainan, semua berada dalam petak kumpulan. Sekiranya kumpulan A mendapat giliran, maka kumpulan A mendapat giliran untuk membaling king kumpulan B. sekiranya king B terkena, maka kumpulan A menang. Kumpulan B hanya mendapat giliran bola sekiranya dapat menangkap bola yang dibaling oleh kumpulan A dan begitulah sebaliknya. Ahli biasa kumpulan yang terkena bola boleh berada di bahagian luar petak pihak lawan dan membantu ahli kumpulan yang masih hidup mengalahkan pihak lawan.

3) BOLA HANTUAlat: marker 13 Bola jaring / baling 1

Kumpulan pelajar dibahagikan kepada dua. Kedua-dua kumpulan akan berada dalam kawasan masing-masing yang mana ianya berhadapan dengan satu sama lain. Pada awal permainan, semua berada dalam petak kumpulan. Sekiranya kumpulan A mendapat giliran, maka kumpulan A mendapat giliran untuk membaling kumpulan B. sekiranya ahli B terkena, maka dia dikira mati. Kumpulan B hanya mendapat giliran bola sekiranya dapat menangkap bola yang dibaling oleh kumpulan A dan begitulah sebaliknya. Ahli biasa kumpulan yang terkena bola boleh berada di bahagian luar petak pihak lawan dan membantu ahli kumpulan yang masih hidup mengalahkan pihak lawan. Kumpulan yang mempunyai ahli yang paling ramai pada akhir permainan dikira sebagai pemenang.

4) BAWAKU KESANAAlat: raket 1 Bola kecil 20 biji x 2Bakul kecil 2

Kumpulan dibahagikan kepada dua kumpulan yang sama banyak. Setiap kumpulan akan mendapat 1 raket dan 1 bakul mengandungi bola kecil. 1 bakul akan diletakkan pada hujung yang bertentangan dengan kedudukan bakul dipenuhi bola dengan jarak ditetapkan secara sama rata bagi kedua-dua kumpulan. Ahli kumpulan mesti membawa bola kecil daripada bakul tadi ke bakul yang kosong dengan menggunakan raket. Ahli kumpulan hanya dibenarkan untuk memegang pemegang raket semasa membawa bola. Masa selama 5 minit ditetapkan. Di akhir permainan, jumlah bola di dalam bakul dikira. Kumpulan yang mendapat bola yang paling banyak dikira pemenang.

5) BOLA KAINAlat: kain (saiz kain pelikat) 2 Bola jaring / baling - 1

Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan diberikan sehelai kain yang berukuran besar. Bola diberikan kepada kumpulan pemula. Ahli kumpulan mestilah bekerjasama untuk menghantar bola kepada pihak lawan dengan menggunakan kain yang diberi. Masa untuk menghantar kembali bola hanyalah 3 saat. Mata kumpulan dikira.

6) TUTUP BUKAAlat: marker 40

Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. 1 kumpulan adalah buka 1 kumpulan adalah tutup Dalam masa 2 minit, kumpulan buka akan membuka marker yang tertutup dan sebaliknya. Setelah masa tamat, marker yang tertutup dan terbuka dikira. Jumlah marker dicatat. Permainan dijalankan sebanyak beberapa kali. Kumpulan yang berjaya mendapat mata akhir yang paling tinggi dikira sebagai pemenang.

7) BOLA KETINTING ROTANAlat: bola kecil 40 biji Gelung rotan sekurang-kurangnya 5

Gelung rotan di susun secara berurutan selang seli antara satu gelung dan dua gelung bersebelahan. 1 bakul berisi bola kecil diletakkan pada gelung yang pertama. 1 bakul kosong diletakkan di hadapan gelung yang terakhir. Permainan dimulakan dengan wisel dibunyikan. Masa kumpulan pertama diambil. Masa kumpulan kedua diambil. Jumlah masa dikira dan pemenang yang mendapat jumlah masa yang paling singkat akan dikira sebagai pemenang.

8) BOLA TAMPAR DUDUKAlat : bola Jaring - pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang sama rata.- permainan dimulakan.- mata dikira apabila pihak lawan tidak dapat membalas bola kepada pihak lawan atau bola keluar dari kawasan kerana pihak lawan tidak dapat mengambil pukulan yang diberikan.- pasukan yang mendapat mata yang paling tinggi dikira sebagai pemenang.

9) ULAT BERGERAK

10) SOFTBALL ALL IN

11) SOFTBALL PER BASE

12) BOLA ZIG-ZAGAlat : 3 bola (saiz sederhana) Kon sederhana besar - 18- kon disusun sebanyak 3 bahagian secara berurutan dalam barisan.- bola diletakkan pada setiap kon pertama dalam setiap baris.- setiap kumpulan pelajar dipecahkan kepada dua dan 1 kumpulan kecil pelajar berada di bahagian A dan 1 kumpulan kecil lagi pelajar berada di bahagian B.- apabila wisel dibunyikan, pelajar membawa bola menggunakan kaki secara zig-zag melalui kon yang telah diletakkan.- kumpulan yang berjaya menghabiskan dulu giliran semua ahli, maka kumpulan tersebut diisytiharkan pemenang.** selain menyepak dengan kaki, aktiviti ini boleh dipelbagaikan dengan menggunakan gelung, tali, kayu hoki dan bam bola menggantikan kaki.** selain itu, pundi kacang boleh digunakan bagi menggantikan bola.

13) BOLA KAKI TIGAAlat : bola 3 belah kasut Kon besar - 4 Kon kecil - 2- pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan.- 3 belah kasut disusun seperti tungku kaki tiga dalam jarak 1/3 panjang kawasan.- kon kecil diletakkan pada hujung 1/3 kawasan 1 lagi secara melintang menghadap tungku kaki tiga (seolah-olah garisan melintang).- apabila wisel dibunyikan, kumpulan A akan mula menggolekkan bola kearah tungku kaki tiga untuk menjatuhkannya.- sekiranya kesemua giliran ahli digunakan namun tungku kaki tiga tidak dapat dijatuhkan, maka 1 mata diberikan kepada kumpulan B dan seterusnya kumpulan B akan mendapat giliran permainan.- sekiranya ada ahli kumpulan A dapat menjatuhkan tungku kaki tiga, maka kumpulan B akan mengambil bola untuk menjatuhkan ahli kumpulan A.- jika kumpulan A dapat membina balik tungku kaki tiga maka kumpulan A mendapat mata.- namun jika kumpulan A semua mati sebelum dapat membina kembali tungku kaki tiga, maka kumpulan B mendapat mata.- di akhir permainan, kumpulan yang mendapat mata paling tinggi dikira sebagai pemenang.

14) KUTIP BOLA DALAM RAGA TUTUP MATAAlat : bola kecil pelbagai warna (dalam jumlah yang banyak) - merah (20), hijau (20), kuning (20), ungu (20), oren (20). Marker atau kon kecil - 10 Bakul - 5 Kain tutup mata - 5- pelajar dibahagikan kepada kumpulan berpasangan.- setiap pasangan mesti berada di marker tempat permulaan masing-masing.- 1 orang akan tutup mata dan 1 orang lagi akan menjadi pemandu arah.- setiap kumpulan diberikan warna bola.- si penutup mata haruslah mengutip bola warna masing2 dan memasukkannya ke dalam bakul kosong yang dibawa bersama dengannya semasa permainan bermula.- setelah mengutip bola warna masing-masing, si menutup mata mestikah memasukkan kesemua bola yang dikutip ke dalam bakul yang berada di tempat akhir permainan.- jumlah bola dikira. Kumpulan yang mendapat bola yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang. Masa siapa paling cepat juga boleh diambil sebagai 1 penentuan pemenang.

15) PIJAK BELONAlat : belon Tali Kon - 8- 1 belon diberikan kepada setiap pelajar dan seterusnya ditiup.- 1 utas tali diberikan kepada setiap pelajar untuk mengikat belon yang telah ditiup pada 1 hujung dan 1 hujung lagi diikat pada kaki.- apabila wisel dibunyikan

16) BALING BOLA BELAKANG

17) BALING BOLA DALAM BAKUL

18) CURI TELUR

19) BOLA SENTUH

20) JARING BERGERAK