perlembagaan/undang-undang · 5 daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan...

35
1

Upload: others

Post on 17-Feb-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

1

Page 2: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

2

Page 3: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

3

PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG PERSATUAN USAHAWAN WANITA BUMIPUTRA MALAYSIA

1. NAMA 1.1. Pertubuhan ini di kenali dengan nama Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (Association Of Bumiputra Woman Entrepreneurs Malaysia) (USAHANITA). Selepas ini disebut ‘persatuan’ atau ‘USAHANITA’.

2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN (a) Alamat dan tempat urusan persatuan ialah tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa; dan alamat untuk surat menyurat ialah sama. (b) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

3. TUJUAN 3.1. Menyatupadukan tenaga usahawan wanita Bumiputra yang terlibat dalam pelbagai bidang keusahawanan dan perniagaan bagi membantu dan mengembangkan perniagaan mereka supaya lebih berdaya saing dan berjaya. 3.2. Mewujudkan hubungan kerjasama dan jalinan maklumat (information network) dikalangan usahawan wanita Bumiputra bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan mereka dalam mencapai wawasan negara. 3.3. Mengadakan aktiviti-aktiviti keusahawanan, latihan, penerangan dan perkhidmatan kepada ahli-ahli bagi mendedahkan diri mereka dalam dunia perniagaan, perdagangan dan perindustrian. 3.4. Bergabung atau kerjasama dengan mana-mana pertubuhan lain yang mempunyai tujuan yang sama samada di peringkat dalam negara atau pun antarabangsa. 3.5. Menjalinkan kerjasama dengan pihak Kerajaan, Agensi, GLC, PLC, MMC dan Koprat dalam menjaya dan melaksanakan dasar-dasarnya yang berkaitan dengan pembangunan masyarakat perniagaan dan perdagangan di Negara ini selaras dengan matlamat wawasan Negara. 3.6. Menjadi badan penasihat dan bimbingan kepada ahli-ahli dalam mengatasi masalah yang berkaitan dengan bidang keusahawanan serta mewujudkan ahli ahli yang berpotensi besar.

Page 4: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

4

4. KUASA PERSATUAN

4.1. Menerima bantuan, tajaan, sumbangan, derma atau geran dari mana-mana pihak samada Kerajaan, Agensi, korporat atau individu bagi menjalankan aktiviti persatuan. 4.2. Menderma, memberi sumbangan, mengeluarkan atau membelanjakan wang dengan apa jua cara yang diluluskan oleh Jawatankuasa Kebangsaan. 4.3. Mencetak, menerbit, mengedar sebarang penerbitan, majalah, artikel, buku yang berkaitan dengan kegiatan Persatuan dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.

5. KEAHLIAN 5.1. Keahlian Persatuan terbuka kepada semua usahawan wanita Bumiputra dalam pelbagai bidang perniagaan dengan syarat mereka hendaklah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas. Keahlian persatuan terbahagi kepada tiga (3) kategori; 5.1.1. Ahli Biasa:

Terbuka kepada semua pemilik atau pemegang syer/ekuiti dalam mana-mana entiti perniagaan yang berdaftar secara sah dengan Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar Syarikat; persendirian, perkongsian atau Berhad. Entiti perniagaan ini meliputi pemilik atau rakan kongsio klinik yang berdaftar dibawah Majlis Perubatan Malaysia dan juga pemilik atau rakan kongsi firma guaman yang berdaftar dengan Majlis Peguam atau Bar Council. 5.1.2. Ahli Bersekutu:

Terbuka kepada wanita-wanita Bumiputra yang tidak memenuhi syarat Fasal 5.1.1. tetapi telah mempunyai perniagaan sendiri dan berminat dalam bidang perniagaan. Ahli Bersekutu juga adalah termasuk usahawan jualan langsung yang tidak mempunyai entiti perniagaan yang berdaftar.

6. PERMOHONAN MENJADI AHLI 6.1. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan Daerah dimana pemohon tersebut ingin menjadi ahli. Permohonan hendaklah mengisi borang permohonan ahli baru dengan menyertakan salinan sijil pendaftar perniagaan atau sijil pendaftar syarikat atau dokumen berkaitan sebagai bukti pemohon layak mengikut fasal 5.1. dan Fasal 5.2. 6.2. Setiausaha Cawangan Daerah hendaklah menyerahkan borang permohonan keahlian baru kepada Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Daerah untuk diluluskan sebagai ahli biasa, pihak Ahli Mesyuarat Jawatankuasa

Page 5: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

5

Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Daerah hendaklah usahawan membayar yuran sepertimana di Fasal 7 dan berhaklah mereka menikmati sebagai ahli dari segala kemudahan yang disediakan oleh Persatuan mengikut peruntukan undang-undang Persatuan.

7. BAYARAN YURAN 7.1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:- 7.1.1. Ahli Biasa: Yuran Masuk RM 10.00 Yuran Tahunan RM 50.00

7.1.2 Ahli Bersekutu: Yuran Masuk RM 10.00 Yuran Tahunan RM200.00

7.2. Bayaran yuran masuk dan yuran tahun pertama hendaklah dibayar setelah permohonan menjadi ahli diluluskan oleh Jawatankuasa Daerah. Kutipan yuran untuk ahli baru hendaklah dibayar kepada Jawatankuasa Daerah sebelum berakhir bulan Februari setiap tahun. 7.3. Bayaran yuran bagi ahli baru adalah mengikut tempoh tahun kelendar. Sekiranya ahli baru menjadi ahli selepas bulan Jun maka ia dikecualikan daripada bayaran yuran pada tahun semasa dan yuran tersebut dianggap sebagai yuran untuk tahun berikutnya. Walaubagaimana pun hak ahli pada tahun dimana ia mula menjadi adalah sama seperti hak ahli biasa. 7.4. Bayaran yuran ahli lama, yuran mesti dijelaskan sebelum bermula Mesyuarat Agung Daerah setiap tahun. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli untuk membayar yuran masing-masing tanpa sebarang notis atau peringatan dari Persatuan. 7.5. Ahli lama tidak boleh membayar yuran tahunan selepas Mesyuarat Agung Daerah disahkan bagi setiap tahun dan dengan sendirinya hilang hak keahliannya. Jawatankuasa Daerah mempunyai kuasa menetapkan bayaran masuk semula bagi ahli-ahli yang terlucut disebabkan yuran. 7.6. Tertakhluk kepada Fasal 7.2. untuk menentukan seseorang ahli layak untuk hadir dan mempunyai hak untuk mengundi dan diundi di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Daerah. Ahli yang membayar yuran sebelum atau pada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan sahaja layak intuk mengundi dan diundi.

Page 6: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

6

7.7. Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan berhak menetap jumlah bahagian yuran masuk dan yuran tahunan yang dikutip dan disimpan oleh setiap peringkat Cawangan. Bagi pembayaran Yuran masuk adalah milik Jawatankuasa Kebangsaan. Pembahagian yuran tahunan yang boleh disimpan adalah seperti berikut:

Jawatankuasa Kebangsaan 20% Cawangan Negeri 30% Cawangan Daerah 50%

7.8. Kutipan khas daripada ahli bagi tujuan tertentu boleh dibuat dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli diperingkat Kebangsaan.

8. HAK AHLI 8.1. Tertakhluk kepada Fasal 7.2, 7.3. dan 7.4., hanya ahli yang membayar yuran adalah berhak untuk menikmati kemudahan Persatuan serta berhak menghadiri mesyuarat agung, mengundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam Persatuan. 8.2. Hanya Ahli Biasa sahaja berhak mengundi dan diundi. Ahli Bersekutu tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh dilantik menganggotai mana-mana Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan. 8.3. Ahli Gabungan berhak menghantar wakil sermai tiga(3)orang dalam mana mana Perwakilan atau Mesyuarat Agung. Tambahan wakil hendaklah dengan mendapat persetujuan Jawatankuasa diperingkat mana ia bergabung. 8.4. Ahli hanya boleh bertanding bagi jawatan diperingkat daerah dan negeri sekiranya keahlian telah berusia (1) satu tahun. Bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi keahlian hendaklah melebihi (3) tahun berturut turut.

9. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 9.1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan Daerah dan membayar segala hutangnya. 9.2. Ahli yang gagal membayar yuran seperti di Fasal 7.1. akan terlucut keahliannya. 9.3. Mana-mana ahli yang disabitkan dengan kesalahan undang-undang negara dengan otomatis tergugur keahliannya. Sekiranya terdapat ahli yang muflis, dengan sengaja atau tanpa pengetahuan Persatuan menjadi perwakilan ahli-ahli maka hak undinya pada tempoh dimana ia disabitkan sebagai muflis tidak diambil kira walaupun ia sudah menjadi perwakilan ahli. Pembatalan hak undi perwakilan ahli yang muflis tidak akan menjejaskan keputusan sebarang Persidangan Perwakilan atau Mesyuarat Agung. Dalam

Page 7: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

7

keadaan dimana ahli yang muflis memegang jawatan dalam Persatuan, maka hak dan kuasanya akan terlucut serta merta apabila ia disabitkan. 9.4. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dalam cara yang mencemarkan nama baik Persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Kebangsaan setelah menerima laporan dari cawangan dimana ahli itu menjadi ahli. Sebelum Jawatankuasa Kebangsaan memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis. Dan ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela diri. Pemecatan atau penggantungan ini hendaklah dilaksanakan melainkan Persidangan Perwakilan menunda atau membatalkan keputusan itu, atas rayuan ahli tersebut. 9.5. Sekiranya keadaan ini berlaku, Jawatankuasa Daerah hendaklah menyediakan suatu laporan terperinci kepada Ahli Mesyuarat Khas Jawatankuasa Negeri untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan, mengapa ahli tersebut perlu diambil tindakan. Keputusan tindakan ke atas ahli yang terlibat hendaklah dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan dengan suara majoriti. 9.6. Walaubagaimana pun sebelum Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan itu terlebih dahulu secar bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerang dan membela dirinya serta membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan itu dibuat. Keputusan Ahli Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan adalah muktamad. Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan boleh mengikut budibicaranya menurunkan kuasa pemecatan dan penggantungan ahli-ahli kepada Jawatankuasa Negeri.

10. SUSUNAN PENTADBIRAN 10.1 Susunan pentadbiran Persatuan ini adalah seperti berikut: Kebangsaan : Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kebangsaan a) Cawangan Negeri : Jawatankuasa Negeri b) Cawangan Daerah : Jawatankuasa Daerah 10.2 Jawatankuasa Kebangsaan adalah bidang pentadbiran yang melaksana dan menyokong segala keputusan bagi keseluruhan hal ehwal pentadbiran, kegiatan dan keahlian Persatuan ini terhadap sesuatu yang tidak

Page 8: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

8

bercanggah dengan peruntukan undang-undang dan keputusan Persidangan Perwakilan Kebangsaan. 10.3. Jawatankuasa adalah Majlis pentadbiran yang melaksana dan menyokong segala keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi. Majlis Tertinggi terdiri dari pemegang jawatan iaitu Yang DiPertua, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari Agung. Mesyuarat Majlis Tertinggi boleh diadakan dengan memberi 7 hari notis terlebih dahulu. Korum bagi mesyuarat Majlis Tertinggi ialah sekurang-kurang 4 orang daripada ahli Majlis Tertinggi. 10.4. Jawatankuasa Negeri dan Daerah merupakan badan pentadbiran diperingkat masing-masing. Kuasa Jawatankuasa Negeri dan Jawatankuasa Daerah adalah tertakhluk kapada keputusan Persidangan Perwakilan dan arahan Jawatankuasa Kebangsaan.

11. PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN KEBANGSAAN 11.1. Pengelolaan Persatuan ini terserah kepada Persidangan Perwakilan ahli-ahli yang mengandungi: a) Ahli Majlis Tertinggi b) Jawatankuasa Kebangsaan c) Perwakilan Cawangan Negeri 11.2. Ahli-ahli yang bukan Perwakilan boleh menghadiri Persidangan Perwakilan Kebangsaan sebagai pemerhati dan atas budibicara dan kebenaran Jawatankuasa Kebangsaan. Pemerhati tidak layak mengambil bahagian dalam pengundian atau diundi. Pemerhati boleh bercakap dan memberi pandangan dengan kebenaran Jawatankuasa Kebangsaan. 11.3. Perwakilan Cawangan Negeri hendaklah ditentukan oleh Jawatankuasa Negeri selaras dengan Fasal 11.4. Tempoh perwakilan ini adalah bergantung kepada Jawatankuasa Negeri dan Jawatankuasa Negeri berhak membuat sebarang perubahan, gantian atau tukaran dengan syarat sebarang perubahan dalam perwakilan hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Kebangsaan tidak lewat dari 3 hari sebelum tarikh mana-mana persidangan diadakan. 11.4. Bilangan perwakilan Cawangan Negeri yang layak menghadiri Persidangan Perwakilan Tahunan Kebangsaan ialah: a) 12 orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Negeri tidak termasuk Pemegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Kebangsaan. 11.5. Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan atau wakil Cawangan Negeri yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kebangsaan tidak boleh dilantik menjadi Perwakilan Cawangan Negeri. Ahli Jawatankuasa Kebangsaan yang hadir dalam Persidangan Perwakilan Tahunan Kebangsaan adalah

Page 9: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

9

menjadi perwakilan secara otomatis atas sifat jawatannya seperti Fasal 11.1(a) berkuasalah ia mengundi dan diundi. 11.6. Korum Persidangan Perwakilan Tahunan Kebangsaan dianggap cukup jika perwakilan yang hadir berjumlah setengah dari bilangan perwakilan yang telah ditetapkan bagi semua Cawangan Negeri yang layak hadir dan berhak mengundi mengikut Fasal 11.1 (b) atau dua kali bilangan Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan mengikut mana yang terkurang. 11.7. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang lain tidak lebih daripada 30 hari sepertimana yang ditetapkan oleh Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan. Sekiranya korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. 11.8. Persidangan Perwakilan Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhir tahun kewangan setiap tahun sekali tidak lewat dari bulan Jun pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan. Kerja-kerja Persidangan Perwakilan Tahunan ialah:- a) Menerima laporan Jawatankuasa Kebangsaan berkenaan aktiviti Persatuan bagi tahun-tahun yang lalu; b) Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira Persatuan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; c) Melantik ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan dan Pemeriksa Kira-kira untuk Tiga(3)tahun sekali; d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu termasuk usul-usul hal ehwal lain yang dibangkitkan semasa mesyuarat. 11.9. Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap Cawangan Negeri sekurang-kurangnya 21 hari sebelum Persidangan Perwakian Tahunan diadakan, satu agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan beserta dengan penyata kira-kira Persatuan bagi tahun yang lalu yang telah diaudit. Jawatankuasa Cawangan Negeri hendaklah menyampaikan notis ini kepada setiap Perwakilan Negeri. Salinan surat-surat, agenda dan juga laporan berkaitan dengan mesyuarat boleh juga dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di tempat urusan Persatuan atau pada hari mesyuarat diadakan.

Page 10: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

10

12. PERSIDANGAN PERWAKILAN KHAS KEBANGSAAN 12.1 Persidangan Perwakilan Khas Kebangsaan bagi Persatuan ini boleh diadakan:- a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kebangsaan; atau b) Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada ½ daripada jumlah Cawangan Negeri yang berdaftar dan berhak menghantar perwakilan untuk mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepda Setiausaha Agung peringkat Kebangsaan Persatuan. 12.2. Persidangan Perwakilan Khas yang diminta oleh Cawangan Negeri hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan daripada tarikh permintaan mesyuarat itu. 12.3. Pengumuman dan agenda untuk Persidangan Perwakilan khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua perwakilan ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat. 12.4. Fasal 11.1. dan 11.2. di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Persidangan Perwakilan Tahunan Kebangsaan boleh digunakan untuk Persidangan Perwakilan Khas Kebangsaan, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengn tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

13. JAWATANKUASA KEBANGSAAN 13.1. Satu Jawatankuasa yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dilantik tiga(3) tahun sekali di dalam Persidangan Perwakilan Tahunan:- Seorang Presiden Seorang Timbalan Presiden Seorang Naib Presiden

Seorang Setiausaha Agung Seorang Bendahari Agung Seorang Penolong Setiausaha Agung Seorang Penolong Bendahari Agung Ahli Jawatankuasa Biasa yang terdiri dari: a) Pengerusi Cawangan Negeri atau wakilnya b) Empat orang yang dilantik oleh Presiden dengan Persetujuan Jawatankuasa Kebangsaan. 13.2. Jawatan Yang DiPertua adalah diatas keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Jawatankuasa Kebangsaan dan tidak boleh dipertandingkan. Lantikan Yang DiPertua adalah hanya kepada bekas Presiden yang habis tempohnya sebagai senambungan tugas2an selagi mampu memberi

Page 11: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

11

komitment dan membawa kejayaan kepada persatuan. Yang DiPertua tidak boleh memegang apa juga jawatan sebagai Pengerusi Negeri atau jawatan2 didalam Kebangsaan, Negeri dan Daerah. Yang DiPertua juga adalah sebagai Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung Tahunan. Yang DiPertua juga tidak berhak mengundi dan diundi semasa Mesyuarat Agung Tahunan . Yang DiPertua juga dibolehkan untuk sebagai Penasihat & Pengerusi kepada aktiviti2 dan program dibawah Kebangsaan, Negeri2 dan Daerah2. 13.3. Jawatan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung adalah dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Jawatankuasa Kebangsaan. 13.4. Cara pengundian sulit yang dijalankan adalah tertakhluk kepada Jawatankuasa Kebangsaan yang mentadbir mesyuarat agung tersebut. 13.5. Merujuk kepada Fasal 13.1., Pengerusi Cawangan Negeri secara otomatis menjadi Ahli Jawatankuasa Biasa. Dalam keadaan dimana Pengerusi atau Naib Pengerusi atau Setiausaha terpilih atau terlantik memegang jawatan lain dalam Jawatankuasa 13.6. Kebangsaan maka Cawangan Negeri boleh melantik mana-mana ahli Jawatankuasa Negeri untuk menjadi wakil Cawangan Negeri sebagai Ahli Jawatankusa Biasa. 13.7. Pekerjaan Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh persidangan Perwakilan ahli-ahli. Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Persidangan Perwakilan ahli-ahli dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan mestiah sentiasa taat kepada keputusan Persidangan Perwakilan ahli-ahli. Jawatankuasa Kebangsan hendaklah memberi laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Persidangan Perwakilan Tahunan. 13.8. Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang DiPertua, Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 5 ahli Jawatankuasa Kebangsaan bersama-sama boleh memanggil supaya boleh diadakan mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Kebangsaan yang dipilih dalam Persidangan Perwakilan Tahunan termasuk Setiausaha Agung dan Bendahari Agung (tidak termasuk Ahli Jawatankuasa Biasa yang secara otomatis dilantik) hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

Page 12: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

12

13.9. Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan yang mungkir menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan tidak termasuk Yang DiPertua sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. Sekiranya ia adalah Ahli Jawatankuasa yang dilantik untuk mewakili Cawangan Negeri maka Cawangan Negeri yang mana wakilnya disabit dibawah Fasal ini hendaklah melantik pengganti yang lain. 13.10. Jika seorang Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan meninggal dunia atau meletak jawatan atau digugur dari jawatannya, Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan tidak boleh melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan diadakan. 13.11. Jawatankuasa Kebangsaan boleh menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kecil atau biro-biro tertentu jika perlu. 13.12. Jawatankuasa berkuasa meluluskan sebarang elaun kepada mana Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan yang menjalankan tugas Persatuan atau memberi perkhidmatan sebagai insentif. Jumlah bayaran hendaklah diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan terlebih dahulu. 13.13. Presiden hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Agung Kebangsaan untuk memegang jawatan selama satu(1) penggal Iaitu Tiga(3)tahun, dan jika ia dipilih sekali lagi hanya layak memegang Dua(2)penggal sahaja iaitu enam(6)tahun sahaja.

14. TUGAS PEMEGANG AHLI MAJLIS TERINGGI, JAWATANKUASA KEBANGSAAN 14.1 YANG DIPERTUA 14.1.1. Menjadi sebagai pemantuan dan terlibat sama di keseluruhan perjalanan Kebangsaan, Negeri2 & Daerah2. 14.1.2. Menghadirkan diri setiap Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi,Jawatankuasa Kebangsaan, Mesyuarat Ahli Majlis Pengurusan dan lain-lain Mesyuarat berkaitan. 14.1.3. Menjadi Pengerusi tetap semasa Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan 14.1.4. Mempengerusikan Aktiviti2 & Program2 Kebangsaan, Negeri2 Daerah2 jika diperlukan. 14.1.5. Penasihat kepada Kebangsaan, Negeri2 & Daerah2 14.1.6. Berhak membuat sidang akhbar, media elektronik dan apa apa jua yang berkaitan dengan Persatuan bertujuan untuk kebaikan. 14.2 PRESIDEN 14.2.1 Menjadikan Ketua Kebangsaan yang bertanggung Jawab diatas

Page 13: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

13

kesempuraan perjalanan Usahanita keseluruhannya. 14.2.2 Melantik, dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh hari (30) hari dari tarikh Mesyuarat Agung Usahanita diadakan, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan empat (4) orang Ahli Majlis Biasa Kebangsaan yang dilantik. 14.2.3. Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi, Mesyuarat Ahli Majlis Pengurusan dan lain-lain Mesyuarat berkaitan. 14.2.4. Jika berlaku sesuatu kekosongan bagi mana-mana jawatan Pegawai bagi jawatan-jawatan di bawah Fasal 12.1.1, Perlembagaan ini, Presiden hendaklah melantik gantinya dari kalangan Ahli Biasa mengisi jawatan yang kosong tersebut. 14.2.5. Bertanggungjawab untuk mencari dana, idea-idea, projek untuk kepentingan persatuan. 14.2.6. Berhak membuat keputusan berfaedah bersama Ahli Majlis Tertinggi untuk menafaat persatuan. 14.2.7. Berhak membuat sidang akhbar, media elektronik dan apa apa juga berkaitan dan kebaikan demi Usahanita.

14.3 TIMBALAN PRESIDEN 14.3.1. Membantu tugas Presiden 14.3.2. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Usahanita, Ahli Majlis

Kebangsaan dan Lain-lain Mesyuarat Usahanita apabila Presiden tiada. 14.3.3. Memangku jawatan Presiden jika jawatan tersebut menjadi kosong atas apa sebab jua pun. Semasa memangku jawatan Presiden, beliau boleh

menggunakan semua kuasa-kuasa dan hak-hak yang diperuntukkan kepada Presiden. 14.3.3. Bertanggungjawab bersama untuk mencari dana, idea-idea, projek untuk kepentingan persatuan. 14.3.4. Timbalan Presiden harus memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti persatuan.

14.4 NAIB PRESIDEN 14.4.1. Membantu tugas Presiden dan Timbalan Presiden. 14.4.2. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Usahanita, Ahli Majlis Kebangsaan dan Lain-lain Mesyuarat Usahanita apabila Presiden, Timbalan Presiden tiada. 14.4.3. Menjadi tanggungjawab bersama untuk mencari dana, idea-idea, projek Untuk kepentingan persatuan 14.4.4. Memangku jawatan Presiden jika jawatan tersebut menjadi kosong atas apa sebab jua pun. Semasa memangku jawatan Presiden, beliau boleh

Page 14: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

14

menggunakan semua kuasa-kuasa dan hak-hak yang diperuntukkan kepada Presiden. 14.4.3. Naib Presiden harus memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti Persatuan 14.5 SETIAUSAHA AGUNG 14.5.1. Bertanggungjawab secara langsung dan bertindak atas pengurusan Kebangsaan. 14.5.2. Bertanggungjawab melaporkan segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pengurusan Kebangsaan. 14.5.3. Bertanggung jawab atas kesempurnaan Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Ahli Majlis Usahanita dan lain-lain Mesyuarat Jawatankuasa. 14.5.4. Bertanggung jawab untuk menegur/menasihati Presiden, Timbalan Presiden, Naib. Presiden, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan jika didapati tidak mengikut etika, tanggong jawab dan protokol persatuan. 14.5.5. Bertanggung jawab serta pemantauan dan memberi arahan kepada Pengerusi Negeri, Daerah, Setiausaha Negeri, Setiausaha Daerah serta Ahli Jawatankuasa. 14.5.6. Menyediakan laporan Tahunan yang menerangkan aktiviti dan kemajuan Usahanita dalam masa setahun dan membentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan. Dan hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Persidangan Perwakilan Tahunan diadakan menghantar penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. 14.5.7. Menyiapkan Buku Daftar Ahli yang mengandungi maklumat-maklumat yang lengkap 14.5.8. Menjalankan segala kerja perhubungan antara Kebangsaan, Cawangan Negeri dan Daerah. 14.5.9. Memantau perjalanan pentabiran dan memberi penerangan untuk Usahanita Negeri/Dearah mengikut perlembagaan, etika dan tanggong jawab persatuan. 14.5.10. Memanggil Mesyuarat Ahli Majlis Kebangsaan Usahanita dan Mesyuarat

Agung Usahanita. 14.5.11 Mewujudkan rangkaian dengan Agensi-Agensi kerajaan serta NGO yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung dengan

keusahawanan dan ahli usahanita. 14.5.13 Berhak membuat sidang akhbar, media elektronik dan apa apa jua yang berkaitan dengan Persatuan bertujuan untuk kebaikan.

Page 15: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

15

14.6 PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG 14.6.1. Penolong Setiausaha Agung hendaklah membantu segala tanggungjawab bersama dan menerima mandat dan arahan dari Setiausaha Agung dan memangku jawatan Setiausaha Agung semasa ketiadaaannya 14.6.2. Memantau perjalanan pentabiran dan memberi penerangan untuk Negeri /Dearah mengikut perlembagaan, etika dan tanggong jawab persatuan 14.6.3. Penolong Setiausaha Agung dimestikan memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti persatuan 14.7 BENDAHARI AGUNG 14.7.1. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan setiap tahun dan setiap kali Mesyuarat Agung, atas semakan semua Ahli Majlis Kebangsaan untuk diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 3.14 Perlembangaan ini. 14.7.2. Bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan setiap kali Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa 14.7.3. Bertanggongjawab memantau semua laporan kewangan disetiap Negeri & Daerah 14.7.4. Menghantar Penyata Kewangan Tahunan Usahanita yang telah diperiksa oleh Juruaudit dalaman dan Juruaudit bertauliah kepada ROS. 14.7.5. Mewujudkan rangkaian dengan institusi-institusi kewangan didalam dan diluar Negara demi kepentingan ahli ahli Usahanita. 14.7.6. Menyediakan unjuran dan dasar kewangan dan penambahan Dana. 14.8 PENOLONG BENDAHARI AGUNG 14.8.1. Penolong Bendahari Agung hendaklah memangku jawatan Bendahari Agung semasa ketiadaaan dan membantu segala tanggungjawab bersama yang dimandatkan oleh Bendahari Agung dan dipertanggungjawab oleh semua apa juga kesalahan bersama. 14.8.2. Berusaha bersama menambahkan dana dan sumber tabung kewangan Usahanita. 14.8.3. Penolong Bendahari Agung dimestikan memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti persatuan 14.9 JAWATANKUASA

14.9.1. Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan. 14.9.2. Menjalankan dan membantu kerja berhubung dengan Persatuan atas arahan Ahli Majlis Tertinggi.

Page 16: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

16

14.9.3. Membuat laporan atau memberi maklumat-maklumat mengenai dasar kerajaan yang berhubung kait dengan perihal persatuan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan 14.9.3. Sentiasa bersama-sama mencari ikhtiar dan memberi sumbangan dana, fikiran, tenaga kepada pengurusan Persatuan bagi tujuan meningkatkan maruah Persatuan dan nama baik baik bangsa dan negara. 14.9.4. Dimestikan memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti persatuan.

14.10 PENGERUSI CAWANGAN NEGERI 14.10.1. Menganggotai Ahli Majlis Kebangsaan dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kebangsaan, Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi,Jawatankuasa 14.10.2. Menjadi Ketua Negeri yang bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan Negeri keseluruhannya. 14.10.3. Mengikut arahan Ahli Majlis Tertinggi dan format yang telah diarahkan oleh Urusetia Kebangsaan. 14.10.4. Terlibat bersama serta penyertaan dan sokongan kepada setiap

aktiviti & program Kebangsaan 14.10.5. Menyalurkan segala infomasi & maklumat kepada Ahli Majlis Tertinggi berkenaan keseluruhan perjalanan Negeri. 14.10.6. Mengikut protokol dan akta Urusetia Kebangsaan

14.11 Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan boleh melantik Pengurus, kakitangan dan setiausaha kerja untuk menjalankan tugas tugas pejabat di urusetia jika keperluan dengan bayaran yang telah ditentukan oleh Ahli Majlis Tertinggi. Dan boleh di lucutkan jawatan jika cuai dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Kebangsaan atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan persatuan.

15. PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN

15.1 Jawatankuasa Kebangsaan boleh menubuhkan Cawangan Negeri dan Cawangan Daerah dengan syarat seperti berikut:

15.1.1. Cawangan Negeri boleh ditubuhkan dengan syarat terdapat sekurang-kurang dua (2) Cawangan Daerah di Negeri tersebut. 15.1.2. Cawangan Daerah boleh ditubuhkan dengan syarat terdapat sekurang-kurangnya 20 orang ahli yang berhak mengundi di sesuatu Daerah tersebut. 15.1.3. Penubuhan Cawangan Negeri dan Daerah hendaklah dibenarkan secara bertulis dari Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Page 17: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

17

15.2. Jawatankuasa Kebangsaan boleh membubarkan mana-mana Cawangan Negeri dan Daerah jika:- 15.2.1. Mana-mana Cawangan Negeri mempunyai kurang dari 2 Cawangan Daerah. 15.2.2. Mana-mana Cawangan Daerah mempunyai kurang dari 20 orang ahli yang berhak mengundi. 15.2.3. Mana-mana cawangan yang tidak mematuhi undang-undang Persatuan atau keputusan yang dibuat oleh Persidangan Perwakilan Kebangsaan atau Jawatankuasa Kebangsaan mendapatinya bersalah kerana perbuatannya mencemarkan nama Persatuan atau menimbulkan suatu suasana yang boleh memecahbelahkan ahli Persatuan atau kegiatannya menyimpang dari tujuan Persatuan. 15.2.4. Jika cawangan itu tidak aktif lagi. 15.3. Keputusan membubarkan cawangan hendaklah diputuskan dengan undi terbanyak di dalam Jawatankuasa Kebangsaan, dengan syarat sebelum di ambil tindakan membubarkan cawangan berkenaan atas sebab yang disebutkan dalam Fasal 15.3.3. di atas, cawangan berkenaan hendaklah diberi suatu peringatan atau notis selama 15 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut. 15.5. Perintah pembubaran cawangan hendaklah ditandatangani oleh Presiden dan Setiausaha Agung atau lain-lain pegawai kanan Persatuan yang diberi kuasa oleh Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa semasa Mesyuarat diputuskan. Cawangan berkenaan tidak boleh bergerak mulai tarikh penerimaan surat perintah pembubaran kecuali atas urusan penyelesaian. Keputusan pembubaran cawangan hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 14 hari setelah keputusan dibuat. 15.6. Setiap cawangan yang musykil atas perintah tersebut boleh dengan kenyataan bertulis kepada Presiden atau Setiausaha Agung atau Ahli Majlis Tertinggi dalam tmpoh 30 hari daripada tarikh penerimaan surat surat pembubaran tersebut membuat rayuan kepada Persidangan Perwakilan Kebangsaan ahli-ahli. Dalam tempoh rayuan masih berkuat kuasa, sehingga dibatalkan maka dalam keadaan sedemikian Jawatankuasa Kebangsaan boleh melantik satu jawatankuasa khas penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan hal ehwal cawangan itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan. 15.7. Jika sesuatu cawangan dibubarkan atas sebab yang disebutkan dalam Fasal 15.3.1, 15.3.2 dan 15.3.3. maka Jawatankuasa Kebangsaan boleh menyerapkan ahli-ahlinya yang ada kepada cawangan lain. Jika cawangan dibubarkan atas sebab Fasal 15.3.3. maka dengan sendirinya ahli-ahli cawangan terlibat terhenti menjadi ahli persatuan,sehingga tertubuhnya semula cawangan tersebut.

16. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NEGERI

Page 18: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

18

16.1. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Negeri hendaklah diadakan setiap tahun sebelum berakhir pada bulan Mei pada tarikh, masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Negeri. 16.2. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Negeri ialah:- 16.2.1. Menerima laporan Jawatankuasa Negeri berkenaan aktiviti Cawangan Negeri bagi tahun-tahun yang lalu 16.2.2. Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira Cawangan Negeri yang telah diaudit bagi tahun-tahun yang lalu; 16.2.3. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa Negeri dan Pemeriksa Kira-kira untuk tempoh Tiga(3) tahun jika diperlukan.

16.2.4. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentang di dalam mesyuarat itu termasuk usul-usul dan hal ehwal lain yang dibangkitkan semasa mesyuarat. 16.2.5. Setiausaha Cawangan Negeri hendaklah menghantar kepada tiap- tiap Cawangan Daerah sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Negeri diadakan, satu notis mesyuarat serta agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat.

16.3. Perwakilan yang layak hadir dan berhak mengundi dan diundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan Negeri ialah: 16.3.1. Jawatankuasa Negeri 16.3.2. Perwakilan Cawangan Daerah

16.4. Perwakilan Cawangan Daerah hendaklah dilantik oleh Jawatankuasa Daerah masing-masing selaras dengan Fasal 16.6. Tempoh perwakilan ini berkuatkuasa untuk tiga(3) tahun. Jawatankuasa Daerah berhak membuat sebarang perubahan, gantian atau tukaran dengan syarat sebarang perubahan dalam perwakilan Fasal 16.6. hendaklah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Negeri tidak lewat dari 3 hari sebelum tarikh mana-mana mesyuarat agung diadakan.

16.5. Bilangan Perwakilan Cawangan yang layak menghadiri Mesyuarat Agung tahunan Negeri ialah: 16.5.1. Ketua dan Setiausaha Cawangan Daerah. Sekiranya Ketua atau/dan Setiausaha memegang jawatan diperingkat Negeri atau Ketua atau/dan Setiausaha tidak dapat hadir maka Jawatankuasa Dearah boleh melantik dua orang pengganti dari kalangan Jawatankuasa Dearah. 16.5.2. Tambahan 2 orang perwakilan bagi setiap 20 orang ahli yang

berhak mengundi pertama dan 2 orang bagi setiap 20 ahli yang berhak mengundi berikutnya. 16.6. Ahli Jawatankuasa Negeri atau wakil Cawangan Daerah yang memegang

jawatan diperingkat Jawatankuasa Negeri tidak boleh dilantik menjadi Perwakilan Cawangan Daerah atau wakil-wakil ahli. Ahli Jawatankuasa Negeri yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Negeri dan Mesyuarat Agung

Page 19: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

19

Khas Negeri adalah menjadi perwakilan secara otomatis atas sifat jawatannya seperti Fasal 16.4. dan berkuasalah ia mengundi dan diundi.

16.7. Korum Mesyuarat Agung Tahunan Negeri dianggap cukup jika perwakilan yang hadir berjumlah setengah jumlah perwakilan bagi semua Cawangan Daerah yang layak hadir dan berhak mengundi mengikut Fasal 16.4. atau dua kali bilangan ahli Jawatankuasa Negeri mengikut mana yang terkurang.

16.8. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang lain tidak lebih daripada 30 hari sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Negeri. Sekiranya korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua Cawangan Daerah.

16.9. Ahli-ahli yang bukan perwakilan boleh hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Negeri sebagai pemerhati atas budibicara dan kebenaran Jawatankuasa Negeri. Pemerhati tidak boleh mengundi dan diundi tetapi boleh memberi pandangan dan bercakap dengan kebenaran Jawatankuasa Negeri.

17. MESYUARAT AGUNG KHAS NEGERI 17.1 Mesyuarat Agung Khas Cawangan Negeri ini boleh dijalankan:- 17.1.1. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Negeri; atau 17.1.2. Atas permintaan bertulis daripada 1/2 daripada jumlah Cawangan Dearah yang berdaftar dan berhak menghantar perwakilan untuk mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Cawangan Negeri. 17.1.3. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh Cawangan Daerah hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan daripada tarikh penerimaan permintan mesyuarat itu. 17.1.4. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas Cawangan Negeri itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Cawangan Negeri kepada semua perwakilan ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat. 17.1.5. Sekiranya setelah menerima permintaan yang mencukupi mengikut Fasal 17.1.2, Jawatankuasa Negeri enggan untuk mengadakan mesyuarat Agung Khas Cawangan Negeri tanpa memberi alasan yang munasabah, maka Cawangan-cawangan Daerah yang meminta mesyuarat itu diadakan boleh merayu kepada Jawatankuasa Kebangsaan untuk penyelesaian, keputusan Jawatankuasa Kebangsaan adalah muktamad. 17.1.6. Fasal 16.8. dan 16.9. di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Negeri boleh digunakan untuk

Page 20: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

20

Mesyuarat Agung Khas Cawangan Negeri, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan cawangan-cawangan, maka mesyuarat itu hendklah dibatalkan. Dalam masa 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan cawangan-cawangan dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

18. JAWATANKUASA NEGERI 18.1. Satu jawatankuasa yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dilantik setiap Tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Negeri:- Seorang Pengerusi Seorang Naib Pengerusi Seorang Setiausaha Seorang Bendahari Seorang Penolong Setiausaha Seorang Penolong Bendahari Ahli Jawatankuasa Biasa terdiri dari: a) Ketua Cawangan Daerah atau wakilnya b) Empat orang yang dilantik oleh Pengerusi dangan Persetujuan Jawatankuasa Negeri 18.2. Nama untuk jawatan di Fasal 18.1. diatas kecuali jawatan Setiausaha dan Bendahari hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan secara pengundian sulit oleh ahli-ahli dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Negeri. Semua pegawai boleh dilantik semula. 18.3. Jawatan Setiausaha dan Bendahari adalah dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Negeri. 18.4. Cara pengundian sulit yang dijalankan adalah tertakhluk kepada Jawatankuasa Negeri yang mentadbir mesyuarat agung tersebut. Walaubagaimana pun pencalonan dan pengundian akan dibuat pada hari mesyuarat pemilihan diadakan. 18.5. Merujuk kepada Fasal 18.1., Ketua Cawangan Daerah secara otomatis menjadi Ahli Jawatankuasa Negeri. Dalam keadaan dimana Ketua Daerah dan/atau Setiausaha terpilih atau terlantik memegang jawatan diperingkat Jawatankuasa Negeri maka Cawangan Daerah boleh melantik mana-mana ahli Jawatankuasa Daerah untuk menjadi Perwakilan Cawangan Daerah. 18.6. Pekerjaan Jawatankuasa Negeri ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara

Page 21: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

21

mengenai perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung. 18.7. Jawatankuasa Negeri hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 5 orang ahli Jawatankuasa Negeri bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa Negeri pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Negeri yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Negeri hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. 18.8. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Negeri tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam jawatankuasa. 18.9. Jika seorang ahli Jawatankuasa Negeri meninggal dunia atau meletakkan jawatan atau digugurkan jawatannya, maka kekosongan itu dikekalkan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan Negeri diadakan. Dalam keadaan dimana setengah jumlah ahli Jawatankuasa Negeri meletak jawatan secara beramai-ramai atau serentak adalah menjadi tugas Jawatankuasa Kebangsaan untuk mengambil alih atau mentadbir sementara cawangan terlibat. Jawatankuasa Kebangsaan kemudiannya boleh menguruskan supaya diadakan satu mesyuarat agung untuk memilih jawatankuasa yang baru. 18.10. Jawatankuasa Negeri boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan persatuan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Negeri, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.

19. TUGAS PEMEGANG JAWATAN JAWATAN KUASA NEGERI 19.1. PENGERUSI, 19.1.1. Menjadikan Ketua Negeri yang bertanggung Jawab diatas kesempuraan perjalanan Negeri keseluruhannya. 19.1.2. Melantik, dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh hari (30) hari dari tarikh Mesyuarat Agung diadakan, Setiausaha Negeri, Bendahari Negeri dan empat (4) orang Jawatankuasa yang dilantik. 19.1.3. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Negeri, Mesyuarat Pengurusan dan lain-lain Mesyuarat berkaitan. 19.1.4. Bertanggungjawab untuk mencari dana, idea-idea, projek untuk kepentingan persatuan.

Page 22: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

22

19.1.5. Terlibat bersama serta penyertaan dan sokongan kepada setiap aktiviti & program Kebangsaan 19.1.6. Menyalurkan segala infomasi & maklumat kepada Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan berkenaan keseluruhan perjalanan Negeri. 19.1.7. Berhak membuat sidang akhbar, media elektronik dan apa apa juta berkaitan dan kebaikan demi persatuan. 19.2. NAIB PENGERUSI

19.2.1. Membantu tugas Pengerusi 19.2.2. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa dan Lain-lain Mesyuarat apabila Pengerusi tiada. 19.2.3. Memangku jawatan Pengerusi jika jawatan tersebut menjadi kosong atas apa sebab jua pun. Semasa memangku jawatan Pengerusi, beliau boleh menggunakan semua kuasa-kuasa dan hak-hak yang diperuntukkan kepada Pengerusi. 19.2.4. Bertanggungjawab bersama untuk mencari dana, idea-idea, projek untuk kepentingan persatuan.

19.2.5. Naib Pengerusi harus memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti persatuan. 19.3 SETIAUSAHA

19.3.1. Bertanggungjawab secara langsung dan bertindak atas pengurusan Negeri.

19.3.2. Bertanggungjawab melaporkan segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pengurusan Kebangsaan. 19.3.3. Bertanggung jawab atas kesempurnaan Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Jawatankuasa dan lain-lain Mesyuarat Jawatankuasa. 19.3.4. Menyediakan laporan Tahunan yang menerangkan aktiviti dan kemajuan Usahanita dalam masa setahun dan membentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan. Dan hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Persidangan Perwakilan Tahunan diadakan menghantar penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. 19.3.5.Menyiapkan Buku Daftar Ahli yang mengandungi maklumat-maklumat yang lengkap 19.3.6. Menjalankan segala kerja perhubungan dan mematuhi segala format dan arahan dengan Setiausaha Agung 19.3.7. Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan.

Page 23: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

23

19.3.8. Mewujudkan rangkaian dengan Agensi-Agensi kerajaan serta NGO yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung dengan keusahawanan dan ahli usahanita. 19. 4 BENDAHARI 19.4.1. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan setiap tahun dan setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan, atas semakan semua Ahli Jawatankuasa untuk diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 3.14 Perlembangaan ini. 19.4.2. Bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan setiap kali Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Negeri 19.4.3. Menghantar Penyata Kewangan Tahunan Usahanita yang telah diperiksa oleh Juruaudit dalaman dan Juruaudit bertauliah kepada ROS. 19.4.4. Mewujudkan rangkaian dengan institusi-institusi kewangan didalam dan diluar Negara demi kepentingan ahli ahli Usahanita. 19.4.5. Menyediakan unjuran dan dasar kewangan dan penambahan Dana. 19.5. PENOLONG SETIAUSAHA NEGERI

19.5.1. Penolong Setiausaha hendaklah membantu segala tanggungjawab bersama dan menerima mandat dan arahan dari Setiausaha Negeri dan memangku jawatan Setiausaha Negeri semasa ketiadaaannya

19.5.2. Penolong Setiausaha dimestikan memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti persatuan

19.6. PENOLONG BENDAHARI NEGERI 19.6.1. Penolong Bendahari Negeri hendaklah memangku jawatan Bendahari Agung semasa ketiadaaan dan membantu segala tanggungjawab bersama yang dimandatkan oleh Bendahari Negeri dan dipertanggungjawab oleh semua apa juga kesalahan bersama. 19.6.2. Berusaha bersama menambahkan dana dan sumber tabung kewangan persatuan. 19.6.3. Penolong Bendahari dimestikan memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti persatuan 19.6.4. Penolong Bendahari hendaklah memangku jawatan Bendahari Negeri semasa ketiadaaan dan membantu segala tanggungjawab bersama yang dimandatkan oleh Bendahari dan dipertanggungjawab oleh semua apa juga kesalahan bersama. Berusaha bersama menambahkan dana dan sumber tabung kewangan persatuan. 19.7 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Negeri

menjalankan tugas yang diarah olehnya. Dimestikan memegang satu

Page 24: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

24

portpolio untuk menjalankan aktiviti

20. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAERAH 20.1. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan Daerah hendaklah diadakan dengan secepat mungkin berakhir tahun kewangan setiap tahun sekali sehingga berakhir bulan Mac pada tarikh, masa, tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Daerah. 20.2. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Daerah ialah:- a) Menerima laporan Jawatankuasa Daerah berkenaan aktiviti Cawangan Daerah bagi tahun yang lalu; b) Menerima laporan kewangan dan penyata kira-kira Cawangan Daerah yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; c) Melantik ahli-ahli Jawatnkuasa Daerah dan Pemeriksa Kira-kira untuk tiga(3) tahun jika diperlukan; d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu termasuk usul-usul dan hal ehwal lain yang dibangkitkan semasa mesyuarat. 20.3. Setiausaha Cawangan Daerah hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Daerah diadakan, satu agenda termasuk salinan peringatan mesyuarat. 20.4. Korum Mesyuarat Agung Tahunan Daerah dianggap cukup jika ahli-ahli yang berhak mengundi hadir setengah jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali bilangan ahli Jawatankuasa Daerah mengikut mana yang terkurang. 20.5. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang lain tidak lebih daripada 30 hari sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Daerah. Sekiranya korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

21. MESYUARAT AGUNG KHAS DAERAH 21.1. Mesyuarat Agung Khas Cawangan Daerah ini boleh diadakan:- a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Daerah; atau b) Atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada ½ daripada jumlah ahli yang berdaftar dan berhak untuk mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Cawangan Daerah.

Page 25: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

25

21.2. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan daripada tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. 21.3. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas Daerah itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Cawangan Daerah kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat. 21.4. Sekiranya setelah menerima permintaan yang mencukupi mengikut Fasal 21.1.(b), Jawatankuasa Daerah enggan untuk mengadakan Mesyuarat Agung khas tanpa memberi alasan yang munasabah, maka ahli yang meminta mesyuarat itu diadakan boleh merayu kepada Jawatankuasa Negeri untuk penyelesaian, keputusan Jawatankuasa Negeri adalah muktamad. 21.5. Fasal 20.4. dan 20.5. di dalm undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Daerah boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Tahunan Daerah, tetapi dengan syarat jika kuorum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat agung khas atas permintaan cawangan-cawangan, maka mesyuarat itu hendklah dibatalkan. Dalam masa 6 bulan dari tarikh ini mesyuarat agung khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan tidklah boleh diadakan.

22. JAWATANKUASA DAERAH 22.1 Satu Jawatankuasa yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dilantik tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Daerah:- a) Seorang Ketua Daerah b) Seorang Naib Ketua Daerah c) Seorang Setiausaha Daerah d) Seorang Bendahari Daerah e) Seorang Penolong Setiausaha Daerah f) Tujuh Orang Ahli Jawatankuasa Daerah Biasa 22.2 Nama untuk jawatan di Fasal 18.1 di atas kecuali jawatan Setiausaha dan Bendahari hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan secara pengundian oleh ahli-ahli setiap tiga(3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Daerah. Semua Pegawai boleh dilantik semula. 22.3 Jawatan Setiausaha dan Bendahari adalah dilantik oleh Ketua Daerah dengan persetujuan Jawatankuasa Daerah. 22.4 Pekerjaan Jawatankuasa Daerah ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan diperingkat daerah dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa Daerah seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan

Page 26: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

26

keputusan mesyuarat agung ahli-ahli dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Daerah mestilah sentiasa taat kepada keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa Daerah hendaklah memberi laporan berkenaan 22.5 Jawatankuasa Daerah hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberi kepada ahli 7 hari terlebih dahulu. Ketua Daerah dengan bersendirian atau tidak kurang dari 5 orang ahli Jawatankuasa Daerah bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa Daerah pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Daerah hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupi korum mesyuarat. 22.6 Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Daerah tiga(3) kali berturut-turut tanpa alasan yang tidak memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa. 22.7 Jika seorang Jawatankuasa Daerah meninggal dunia atau meletak jawatan atau digugur dari jawatannya, Jawatankuasa Daerah tidak boleh melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Persidangan Perwakilan Tahunan Daerah diadakan. Dalam keadaan dimana lebih dari setengah bilangan ahli Jawatankuasa meletak jawatan beramai-ramai maka Jawatankuasa Negeri berkuasa mengambil ahli fungsi Jawatankuasa Daerah dan seterusnya adalah tugas Jawatankuasa Negeri memanggil satu mesyuarat agung bagi melantik jawatankuasa baru. 22.8 Jawatankuasa Daerah boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Daerah atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan persatuan.

23. TUGAS PEMEGANG JAWATAN JAWATANKUASA DAERAH 23.1 KETUA DAERAH,

23.1.1 Menjadikan Ketua Daerah yang bertanggung Jawab diatas kesempuraan perjalanan Daerah keseluruhannya. 23.1.2 Melantik, dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh hari (30) hari dari tarikh Mesyuarat Agung diadakan, Setiausaha Daerah, Bendahari Daerah 23.1.3 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Daerah, Mesyuarat Pengurusan dan lain-lain Mesyuarat berkaitan.

Page 27: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

27

23.1.4 Bertanggungjawab untuk mencari dana, idea-idea, projek untuk kepentingan persatuan. 23.1.5 Terlibat bersama serta penyertaan dan sokongan kepada setiap aktiviti & program Negeri. 23.1.6 Bertanggongjawab hadir Mesyuarat Jawatankuasa Negeri dan melaporkan segala aktiviti/program dan informasi berkenaan Daerah. 23.1.7 Menerima arahan Pengerusi Negeri dan mematuhi segala format.

23.2. NAIB KETUA DAERAH 23.2.1 Membantu tugas Ketua 23.2.2. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa dan Lain-lain Mesyuarat apabila Ketua tiada. 23.3.3. Memangku jawatan Ketua jika jawatan tersebut menjadi kosong atas apa sebab jua pun. Semasa memangku jawatan Ketua, beliau boleh menggunakan semua kuasa-kuasa dan hak-hak yang diperuntukkan kepada Ketua. 23.3.4. Bertanggungjawab bersama untuk mencari dana, idea-idea, projek untuk kepentingan persatuan. 23.3.5. Naib Ketua harus memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti persatuan.

23.3. SETIAUSAHA DAERAH

23.3.1 Bertanggungjawab secara langsung dan bertindak atas pengurusan Daerah. 23.3.2. Bertanggungjawab melaporkan segala tindakan yang dijalankan berhubung dengan pengurusan Negeri. 23.3.3. Bertanggung jawab atas kesempurnaan Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Jawatankuasa dan lain-lain Mesyuarat Jawatankuasa. 23.3.4. Menyediakan laporan Tahunan yang menerangkan aktiviti dan Kemajuan Usahanita dalam masa setahun dan membentangkan kepada

Mesyuarat Agung Tahunan. Dan hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Persidangan Perwakilan Tahunan diadakan menghantar penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. 23.3.5.Menyiapkan Buku Daftar Ahli yang mengandungi maklumat- maklumat yang lengkap 23.3.6. Menjalankan segala kerja perhubungan dan mematuhi segala format dan arahan dari Setiausaha Agung & Setiausaha Negeri. 23.3.7. Memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan.

Page 28: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

28

23.3.8. Mewujudkan rangkaian dengan Agensi-Agensi kerajaan serta NGO yang bertanggungjawab secara langsung dan tidak langsung dengan keusahawanan dan ahli usahanita.

23.4 BENDAHARI DAERAH 23.4.1. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan setiap tahun dan

setiap kali Mesyuarat Agung Tahunan, atas semakan semua Ahli Jawatankuasa untuk diperiksa dan disahkan oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 3.14 Perlembangaan ini.

23.4.2. Bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan setiap kali Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Negeri

23.4.3.Menghantar Penyata Kewangan Tahunan Usahanita yang telah diperiksa oleh Juruaudit dalaman dan Juruaudit bertauliah kepada ROS.

23.4.4.Mewujudkan rangkaian dengan institusi-institusi kewangan didalam dan diluar Negara demi kepentingan ahli ahli Usahanita. 23.4.5.Menyediakan unjuran dan dasar kewangan dan penambahan Dana.

23.5 PENOLONG SETIAUSAHA 23.5.1. Penolong Setiausaha hendaklah membantu segala tanggungjawab bersama dan menerima mandat dan arahan dari Setiausaha Daerah dan memangku jawatan Setiausaha Daerah semasa ketiadaaannya 23.5.2. Penolong Setiausaha dimestikan memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti persatuan

23.6 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Daerah menjalankan tugas yang diarah olehnya. Dimestikan memegang satu portpolio untuk menjalankan aktiviti

24. PEMEGANG JAWATAN 24.1. Pemegang-pemegang jawatan dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas pemerintah dalam persatuan ini samada diperingkat Kebangsan, Negeri atau daerah hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. 24.2. Pemegang jawatan diperingkat Tertinggi di Kebangsaan, Negeri & Daerah tidak boleh memegang mana mana jawatan dipersatuan yang objective dan inspriasi yang sama.

25. KEWANGAN PERSATUAN 25.1. Wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai dan kakitangan yang bergaji, dan upah memeriksa kira-kira, tetapi walaubagaimana pun tidak boleh

Page 29: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

29

digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah. 25.2. Kuasa-kuasa dan peraturan pengurusan kewangan bagi persatuan adalah seperti berikut. 25.2.1 Peringkat Kebangsaan a) Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kebangsaan.Akaun Bank itu hendaklah diatas nama Persatuan. Buku-buku Cek Persatuan hendaklah disimpan di Ibu Pejabat Persatuan. b) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun Persatuan hendaklah ditandatangani oleh dua orang pemegang jawatan berikut iaitu Presiden dan Bendahari Agung atau Setiausaha Agung. Semasa ketiadaan Presiden dan Setiausaha Agung maka bolehlah jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan. c) Perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kebangsaan, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM100,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilkukan tanpa mendapat kebenaran Persidangan Perwakilan ahli-ahli terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM10,000.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. d) Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung boleh membuat perbelanjaan rasmi persatuan tidak melebihi RM10,000.00 pada sesuatu masa dan melaporkannya ke Jawatankuasa Kebangsaan untuk kelulusan dan pengesahan. e) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Agung dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira atau juruaudit luar bertauliah yang dilantik dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan Kebangsaan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan bagi persatuan. 25.2.2. Peringkat Negeri a) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Negeri. Akaun bank itu hendaklah doi atas nama Persatuan Cawangan Negeri.

Page 30: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

30

b) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun persatuan hendaklah ditandatangani oleh dua orang pemegang jawatan berikut iaitu Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha. Semasa ketiadaan Pengerusi dan Setiusaha maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan. c) Perbelanjaan yang lebih daripada RM3,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Negeri, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM20,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dulakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM3,000.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiusaha dan Bendahari. d) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira atau juruaudit luar yang dilantik dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah di kemukakan untuk kelulusan Mesyuarat agung Tahunan Negeri yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan bagi persatuan.

25.1.3. Peringkat Daerah a) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM300.00 pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Daerah. Akaun bank itu hendaklah di atas nama Persatuan Cawangan Daerah. b) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun persatuan hendaklah ditandatangani oleh dua orang pemegang jawatan berikut iaitu Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha. Semasa ketiadaan Pengerusi dan Setiausaha maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa diantara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan. c) Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Daerah, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM10,000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM1,000.00 bagi sesuatu masa bolehlah diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari. d) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan beserta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa kira-kira atau juruaudit luar yang dilantik dengan seberapa segera

Page 31: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

31

setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah di kemukakan untuk kelulusan Mesyuarat agung Tahunan Daerah yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan bagi persatuan. 25.2. Biro-biro atau Jawatankuasa Kecil samada diperingkat Kebangsaan, Negeri, dan Daerah tidak berkuasa membuka akaun bank dengan sendiri. Sebarang akaun bank yang dibuka atas nama projek khas hendaklah dibuka atas nama persatuan. Segala cek dan pengeluaran wang persatuan adalah tertakhluk kepada Fasal 25.2.1.(b), 25.2.2.(b) dan 25.2.3.(b). 25.3. Mana-mana Ahli Jawatankuasa atau ahli yang membuat perbelanjaan atas urusan rasmi persatuan boleh membuat tuntutan daripada pihak persatuan mengikut peringkat masing-masing. 25.4. Tahun kewangan Persatuan samada diperingkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah hendaklah bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember tiap-tiap tahun.

26. PEMERIKSA KIRA-KIRA 26.1. Dua orang yang bukannya pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Persidangan Perwakilan Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat jika diperlukan. Mereka akan memegang jawatan selama tiga(3) tahun dan tidak boleh dilantik semula. Atau pihak Jawatankuasa Kebangsaan boleh melantik juruaudit luar bagi mengantikan Pemeriksa Kira-kIra untuk mengaudit akaun persatuan. 26.2. Pemeriksa Kira-kira tidak perlu menghadirkan diri di Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan, hanya boleh hadir jika diperlukan pada bila-bila masa oleh Ahli Majlis Tertinggi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Kebangsaan atau sebaliknya. 26.3. Selaras dengan Fasal 26.1. dan 26.2. Pemeriksa Kira-kira diperingkat Cawangan Negeri dan Cawangan Daerah juga jika perlu boleh melantik di dalam mesyuarat agung diperingkat masing-masing. Tempoh perlantikan Pemeriksa Kira-kira bagi Cawangan Negeri dan Daerah hendaklah mengikut Fasal 16.2.(c) dan 20.2.(c) ialah tiga(3) tahun untuk Cawangan Negeri dan tiga(3)tahun untuk Cawangan Daerah. Pihak Jawatankuasa diperingkat Negeri dan Daerah boleh melantik juruaudit luar jika perlu.

27. PENTADBIR HARTA 27.1. Semua harta Persatuan hendaklah dinamakan atas nama Persatuan. Pemegang jawatan semasa dalam Jawatankuasa Kebangsaan iaitu Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung hendaklah dilantik menjadi Pegawai

Page 32: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

32

Pentadbir Harta mengikut Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966. Kepada mereka diamanahkan semua harta kepunyaan Persatuan untuk ditadbir. 27.2. Pegawai Pentadbir Harta tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar hak milik harta kepunyaan persatuan dengan tidak atau persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Persidangan Perwakilan Persatuan. 27.3. Harta-harta diperingkat Cawangan-cawangan hendaklah tertakhluk kepada Fasal 27.1. Semua harta Cawangan adalah merupakan harta Persatuan dan ditadbirkan oleh pentadbir Harta di fasal 27.1. 27.4. Sekiranya seseorang Pegawai Pentadbir Harta itu tidak lagi memegang jawatan dalam Persatuan dalam Fasal 27.1., maka kuasanya dengan sendiri terlucut. Jawatankuasa Kebangsaan boleh melantik ganti Pegawai Pentadbir Harta selaras dengan Fasal 13.9.

28. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG 28.1. Di antara persidangan-persidangan perwakilan, Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Kebangsaan jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. 28.2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Ahli Majlis Tertinggi atau Jawatankuasa Kebangsaan terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Persidangan Perwakilan ahli-ahli.

29. LARANGAN 29.1. Permainan yang disebutkan di dawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker’s game, video game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib. 29.2. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan dalam di dalam gerakan Kesatuan Sekerja seperti diterangkan di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. 29.3. Persatuan ini tidak boleh dijalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. 29.4. “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2, akta Pertubuhan , 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahli.

Page 33: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

33

29.5. Seorang pelajar Universiti atau kolej-universiti tidak boleh diterima menjadi ahli persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Chanselor Universiti berkenaan. 29.6. Seorang ahli yang memegang jawatan dalam Persatuan ini samada diperingkat Kebangsaan, Negeri atau pun Daerah tidak dibenarkan memegang jawatan dalam lain-lain persatuan atau Pertubuhan usahawan wanita yang berdaftar di Malaysia kecuali Persekutuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia.

30. PINDAAN UNDANG-UNDANG Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan

Persidangan Perwakilan ahli-ahli. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dijalankan kuatkuasanya mulai daripada tarikh perubahanatau pundaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

31. PENGELUARAN NOTIS MESYUARAT 31.1 Bagi mengelakkan sebarang pertikaian dalam pentadbiran persatuan,

dalam keadaan di mana Setiausaha Agung tidak ada atau tidak lagi mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna atau enggan mengikut arahan atau engkar kepada Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa maka Presiden boleh mengambil alih tugas Setiausaha Agung dalam pengeluaran sebarang surat bagi notis atau pemberitahuan mesyuarat. Atau jika kedua-dua pemegang jawatan tersebut tidak ada maka Jawatankuasa Kebangsaan berkuasa melantik sesiapa sahaja dari kalangan ahli Jawatankuasa untuk menjalankan tugas tersebut. Fasal 31.1. ini terpakai sekiranya perkara yang sama berlaku kepada Cawangan Negeri dan Cawangan Daerah. 31.2 Dalam keadaan di mana Presiden tidak ada atau enggan untuk mempengerusikan mana-mana Persidangan Perwakilan maka perwakilan yang hadir semasa persidangan tersebut boleh membuat lantikan dari kalangan mereka untuk menjadi Pengerusi persidangan. Peruntukan ini terpakai untuk sebarang mesyuarat agung diperingkat Cawangan.

32. DISIPLIN

32.1 Setiap ahli hendaklah mematuhi segala arahan, peraturan, tatatertib dan amalan umum dalam persatuan. Sekiranya terdapat ahli yang di anggap tidak berdisiplin oleh Persatuan, maka tindakan tatatertib mengikut Fasal 9.5. boleh

Page 34: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

34

diambil. Kuasa pemecatan dan menggantung ahli adalah kuasa Jawatankuasa Kebangsaan. 32.2. Sekiranya terdapat pertikaian dalam persatuan ini, maka ahli yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan aduan bertulis kepada Jawatankuasa Kebangsaan untuk mendapat pertimbangan dan penyelesaian. Jawatankuasa Kebangsaan hendaklah bertindak secara adil dan saksama menyelesaikan sebarang pertikaian dalaman persatuan. Ahli tidak dibenarkan membawa sebarang pertikaian dalam Persatuan melalui tindakan mahkamah. Sekiranya ahli terlibat berbuat demikian maka dengan sendirinya keahlian ahli berkenaan gugur. 32.3. Ahli tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak media masa atau media elektronik. Kenyataan atau hubungan luar Persatuan hanya boleh dibuat oleh Yang DiPertua, Presiden atau Setiausaha Agung sahaja bagi peringkat Kebangsaan. Manakala bagi peringkat Negeri Pengerusi dan Setiausaha Negeri dan di peringkat Daerah hanya Ketua Daerah dan Setiausaha Daerah sahaja layak berbuat demikian dengan syarat kenyataan tersebut hanya berkaitan dengan Cawangan masing-masing sahaja. Walaubagaimanapun sebarang kenyataan hendaklah tidak bertentangan atau tidak boleh mencemarkan imej Persatuan. 32.4. Penyelewengan dan kepakatan didapati oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa Kebangsaan, Cawangan Negeri, Daerah dan didapati sah oleh Ahli Majlis Tertinggi Usahanita Kebangsaan akan di CBT serta tidak diterima sebagai Ahli seumur hidup.

33. LOGO 33.1. Logo Persatuan ini berbentuk segilima. Di dalamnya terdapat lima garisan melengkong berwarna ungu yang mengelilingi satu bulatan berwarna kuning emas. Di dalam bulatan tersebut terdapat perkataan Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia dan di tengah-tengahnya terdapat satu uncang berwarna putih dan lambang ringgit. Perkataan USAHANITA sebagai singkatan nama Persatuan di tulis di bahagian bawah dalam logo berkenaan.

34. PENAUNG DAN PENASIHAT 34.1. Jawatankuasa Kebangsaan boleh melantik orang-orang yang layak untuk menjadi Penasihat atau Penaung adalah tertakhluk kepada budibicara Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan. Tempoh perlantikan Penasihat atau Penaung adalah tertakluk kepada budubicara Jawatankuasa Kebangsaan.

Page 35: PERLEMBAGAAN/UNDANG-UNDANG · 5 Daerah boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebarang sebab- sebabnya.. 6.3. Tiap-tiap permohonannya yang telah diluluskan

35

34.2. Fasal 34.1. ini terpakai untuk perlantikan Penasihat dan Penaung diperingkat Cawangan Negeri masing-masing atas kelulusan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi, Jawatankuasa Kebangsaan.

35. PEMBUBARAN 35.1. Persatuan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima daripada jumlah ahli yang berhak mengundi menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. 35.2. Sekiranya persatuan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah di jelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujukan dalam mesyuarat agung. 35.3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubarannya.

‘ PERJUANGAN TIADA SEMPADAN, KASIH SAYANG TIADA BATASAN’

DARI WANITA UNTUK WANITA PINDAAN PERLEMBAGAAN DICADANGKAN SEMASA MESYUARAT AGUNG KE-28 DAN DIAKUI SEMASA EGM PADA 11HB SEPTEMBER 2017 DAN DILULUSKAN OLEH ROS PADA :- 01 MAC 2018