perlembagaan persekutuan rakyat dan raja · pdf filekepada institusi raja itu menjadi berbeza...

13
Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA3 Shamrahayu A.Aziz FELO UTAMA Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [email protected] / [email protected]

Upload: doanhanh

Post on 07-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

Perlembagaan Persekutuan

RAKYAT DAN RAJA BERPISAH TIADA3

Shamrahayu A.Aziz FELO UTAMA

Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

(Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

[email protected] / [email protected]

Page 2: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

RAJA BERPERLEMBAGAAN

Page 3: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

Sejarah dan Maksud Raja Berperlembagaan

• Raja Berperlembagaan adalah satu bentuk

pentadbiran di mana kuasa raja disempadani oleh perlembagaan. Raja Berperlembagaan kadang-kadang disebut sebagai " limited monarchies, crowned republic or parliamentary monarchies" (monarki terhad, republik monarki atau monarki berparlimen).

Page 4: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

• Sistem pentadbiran dan kedudukan Raja Berperlembagaan dikatakan berbeza dengan sistem raja mutlak, yang mana raja dikatakan mempunyai kuasa politik yang mutlak iaitu kuasa politik yang tidak disempadani oleh had-had Perlembagaan.

• Walaupun 'raja mutlak' difaham begitu secara harfiahnya tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu raja-raja yang dikatakan melaksana kuasa 'mutlak' itu hanya bertindak setelah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada orang lain.

• Seperti kata Ahli teori politik British Walter Bagehot, yang pastinya Raja Berperlembagaan menpunyai tiga hak politik utama dan bebas melakukannya: hak untuk berunding, hak untuk menasihati, dan hak untuk memberi peringatan.

Page 5: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

• Raja berperlembagaan boleh merujuk kepada satu sistem di mana raja berfungsi sebagai ketua politik bukan parti-negeri di bawah perlembagaan, sama ada bertulis atau tidak bertulis. Sementara raja yang boleh memegang kuasa rizab rasmi dan rasmi kerajaan boleh berlaku dalam nama raja itu, mereka tidak menetapkan dasar awam atau memilih pemimpin politik. Maka ada ahli sains politik, telah mentakrifkan Raja Berperlembagaan sebagai "a sovereign who reigns but not rule"; raja yang mengurus, tetapi tidak sebenarnya memerintah.

• Dengan kata lain, Raja menjalankan apa-apa kuasa secara amnya

adalah satu FORMALITI dan bukannya kerana kedaulatan atau bukan kerana kuasa politik memerintah raja tersebut. Selain bertindak sebagai simbol dilihat perpaduan negara, raja berperlembagaan boleh memegang kuasa formal seperti membubarkan parlimen atau memberi Perkenan Diraja kepada undang-undang.

• Inilah fahaman yang telah ditafsirkan tentang sistem Raja

Berperlembagaan di England atau yang dikenali sebagai "Westminster Model" itu.

Page 6: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

Adakah Raja Berperlembagaan di Malaysia mempunyai maksud dan fahaman yang sama dan serupa di England?

• Walaupun begitu maksud Raja Berperlembagaan dalam faham perlembagaan di England atau Westminster, ada persoalan timbul di sini mengenai perkara ini di Malaysia. Adakah Raja Berperlembagaan di Malaysia mempunyai maksud dan fahaman yang sama dan serupa di England?

• Soalan ini timbul setelah kita mengambil kira bahawa

Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis serta mempunyai sejarah raja yang berbeza daripada British dan England itu.

• Setelah mempunyai perbezaan-perbezaan ketara ini, mestikah lagi Raja Berperlembagaan di Malaysia ini ditafsirkan sama dan serupa dengan Raja Berperlembagaan di sana?

Page 7: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

• Mungkin ada yang berpendapat bahawa jawapannya bersifat affirmatif, iaitu benar.

• Benar bahawa maksud Raja Berperlembagaan di England itu hendaklah diterima sama dan serupa di negara ini.

• Alasan yang mungkin diberikan ialah, walaupun kita mempunyai Perlembagaan bertulis, tetapi apa yang ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan itu adalah pernyataan bertulis amalan di England.

• Pemahaman ini menunjukkan sedikit sikap 'originalist' dalam mentafsir Perlembagaan. Iaitu mengambil pendirian atau membuat tafsiran dengan merujuk kepada keadaan yang berlaku ketika Perlembagaan itu dibuat.

• Tetapi, ini juga tidak menepati prinsip 'originalist'; kerana 'originalist' sepatutnya juga mengambil kira keadaan semasa pada tempat Perlembagaan tersebut dimaksudkan, bukan kedudukan keadaan pada tempat Perlembagaan tersebut diluluskan.

Page 8: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

• Namun, sekiranya pendekatan menterjemahkan prinsip Perlembagaan itu berpandukan kepada keadaan yang perlu disesuaikan dengan sifat 'tempatan' Perlembagaan maka tafsiran atau maksud kepada prinsip Raja Berperlembagaan di Malaysia ini berbeza daripada yang diberikan di England itu.

• Dalam konteks tafsiran tempatan itu, pendekatan 'originalist' dan 'historical' boleh diambil kira. Dalam pendekatan 'originalist' perhatian tentang punca atau hasrat pengisian kepada Perlembagaan Persekutuan itu disandarkan kepada kehendak raja-raja Melayu.

• Walaupun wujud kemungkinan bahawa Raja-Raja Melayu mahu menjadi seumpama Raja di England, iaitu sebagai simbol atau semata-mata simbolik sahaja, tetapi beberapa fakta, seperti kekalnya beberapa kuasa Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Negeri yang telah sebati dengan takhta raja, seumpama kedudukan agama Islam dan kuasa berkaitan budi bicara yang lain, seperti menentukan agama dan bangsa Menteri Besar, walaupun telah mengugurkan beberapa kuasa penting, umpamanya prinsip 'rakyat raja'.

• Dengan adanya fakta tentang pengekalan beberapa kuasa dalam pentadbiran, ini boleh dijadikan sandaran bahawa Raja Berperlembagaan di Malaysia bukan semata-mata simbolik seumpama dalam fahaman "Westminster" itu.

Page 9: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

• Dalam konteks sejarah, kita amat pasti bahawa takhta raja di negara kita melalui fasa sejarah yang berbeza daripada sejarah raja di England.

• Ringkasnya walaupun sejarah raja negara kita mengalami pasang surut dan pahit manis perebutan kuasa antara keluarga, namun, takhta raja kita tidak pernah terputus, berbanding takhta raja di England.

• Dengan kata lain 'sentimen' atau perasaan dan sensitiviti kepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam pemerintahan dan kedudukan raja, saya mengambil pendekatan tafsiran bahawa sistem raja berperlembagaan kita adalah berbeza dengan sistem raja berperlembagaan dalam fahaman Westminster.

• Dengan kata lain, di samping menjadi simbol dalam raja berperlembagaan, institusi raja juga membentuk badan penting dalam pentadbiran negara. Ini juga, sebagai contoh diperjelas dengan peranan budi bicara Majlis Raja-Raja yang disebut dalam Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.

Page 10: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

• Raja berperlembagaan secara formal diperkenal di tanah air kita dengan penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri bagi tujuan kemerdekaan.

• Walaupun raja berperlembagaan telah ditulis dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, ia belum begitu sebati dengan fahaman sistem di Tanah Melayu dan ia menjadi persoalan dalam perbicaraan Suruhanjaya Perlembagaan mengenai Memorandum Raja-Raja Melayu.

• Keraguan Suruhanjaya Reid mengenai kesediaan Raja-Raja Melayu untuk menjadi Raja Berperlembagaan terserlah apabila Sir Ivor Jennings bertanyakan kepada Peguam Lawson yang mewakili Raja-Raja Melayu.

• Peguam Lawson akhirnya dapat menyakinkan Suruhanjaya Perlembagaan dengan menyatakan tentang wujudnya peruntukan berkaitan Raja Berperlembagaan dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang ditandatangani pada Feb 1948.

Page 11: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

• Menerusi pengisytiharan Perlembagaan Persekutuan di peringkat Persekutuan dan Perlembagaan negeri di peringkat negeri-negeri, pentadbiran Raja digandingkan dengan demokrasi berparlimen.

• Dengan pengisytiharan tersebut kita mengiktiraf sistem demokrasi berperwakilan dan mengekalkan takhta Raja. Dengan kata ringkas, kita mengamalkan sistem demokrasi beraja, bukan demokrasi republik yang menolak dan membuang raja.

Page 12: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

• Dengan tersahihnya sistem demokrasi beraja sepertimana peruntukan Perlembagaan sistem pentadbiran Negara telah berubah daripada sistem beraja yang memberikan kuasa luas kepada raja kepada sistem demokrasi berparlimen menerusi demokrasi perwakilan dengan memberi mandat kepada rakyat untuk menentukan wakil mereka sendiri.

• Ini menjadikan peranan raja berkurangan dari segi lantikan pemimpin. Walaupun sebelum kewujudan Perlembagaan sistem raja yang diamalkan kesemua kuasa itu adalah milik raja.

Page 13: Perlembagaan Persekutuan RAKYAT DAN RAJA  · PDF filekepada institusi raja itu menjadi berbeza daripada raja di England. Maka, atas dasar tiadanya tidak putus dalam

• Apabila sistem demokrasi beraja ini diteliti, ia secara jelas meletakkan institusi raja pada satu tempat yang sesuai dengan demokrasi yang diamalkan.

• Tetapi, ini tidak bermakna sudah tiada langsung kuasa raja. Dalam sistem itu, masih wujud lagi pelbagai perkara yang boleh ditegaskan sebagai kuasa yang lebih daripada simbolik semata-mata.