perkhidmatan keselamatan di bilik darjah nizam
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 Perkhidmatan Keselamatan Di Bilik Darjah Nizam
1/5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU,
JOHOR DARUL TAKZIM
NAME :
MOHD NIZAM B ABU BAKAR
OPTION :
PPG PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN ( PJK 1 )
INDEX NUMBER :1CPJ1106018
I.C. NUMBER :
660530-01-5191
SUBJECT AND CODE :
PERKHIDMATAN KESELAMATAN DALAM BILIK DARJAH
NAME OF LECTURER :
CIK SHAIREENA BT JAAFAR
PENDIDIKAN KESIHATAN
PERKHIDMATAN KESELAMATAN DALAM BILIK DARJAH
-
7/30/2019 Perkhidmatan Keselamatan Di Bilik Darjah Nizam
2/5
Perkhidmatan keselamatan di bilik darjah
Menurut Mok (2002), budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek fizikal merangkumi
perkara-perkara seperti kebersihan bilik darjah, tandas, kantin dan kawasan sekolah.
Ciri keselamatan juga ditekankan di kawasan sekolah. Keselamatan anggota-anggota
sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan keselamatan
yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan
cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas. Aspek fizikal juga merangkumi ciri
keselesaan seperti ruang untuk bergerak yang mencukupi, peredaran udara segar yang
membawa suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
menekankan tentang keindahan sekolah dengan penanaman tumbuh-tumbuhan, bunga
serta perhiasan-perhiasan yangmerangsangkan suasana keselesaan.
2. Budaya Formal Sekolah Berdasarkan Dari Aspek Sosial
Budaya formal sekolah berdasarkan dari aspek sosial merangkumi nilai hormat-
menghormati di antara anggota-anggota sekolah serta mematuhi peraturanperaturan
sekolah (Mok, 2002). Selain itu, sikap kerjasama di antara anggota-anggota sekolah
patut diamalkan, bersedia untuk bantu-membantu dan rela menjalankan tugas masing-
masing tanpa rungutan. Ia juga merangkumi perpaduan dimanifestasikan daripadaintegrasi pelbagai kaum dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Perpaduan juga
dimanifetasikan daripada pergaulan dan keriangan dalam aktiviti-aktiviti sosial di
sekolah. Penjagaan keselamatan bukan setakat menjadi hangat hanya apabila
berlakunya sesuatu kemalangan di sekolah tetapi mestilah menjadi salah satu agenda
utama pengurusan sekolah.
Bertindaklah sebelum sesuatu kemalangan berlaku dan bukannya bertindak selepas
sesuatu kemalangan berlaku.
Infrastruktur bilik darjah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran seseorang
pelajar bukan setakat bersih dan ceria tetapi mestilah selamat.
Penyelenggaraan alat-alat bantuan mengajar sentiasa menjadi salah satu keutamaan
pihak sekolah. Peralatan yang tidak diselenggarakan secara berkala dan sempurna
-
7/30/2019 Perkhidmatan Keselamatan Di Bilik Darjah Nizam
3/5
boleh mengurangkan jangka hayat penggunaan peralatan tersebut.
Prosedur keselamatan dalam bilik darjah dan makmal haruslah sentiasa diingatkan
dan dimaklumkan kepada semua warga sekolah. Prosedur keselamatan
mengutamakan tiga perkara yang paling utama iaitu tahu, faham serta buat.
Persekitaran sekolah yang berteraskan kepada empat elemen iaitu kecantikan,
keindahan, keselamatan dan keselesaan (4K) amatlah berguna dalam membentuk dan
menjamin suasana yang kondusif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Kemalangan dan kecederaan di kawasan persekitaran sekolah dapat dikurangkan
dengan kaedah menilai dan mengawal risiko.
Konsep SAFE dapat menerangkan berkaitan penjagaan keselamatan di sekolah.
Keselamatan di bilik darjah
Keselamatan perkhidmatan yang disediakan didalam bilik darjah oleh pihak sekolah
perlulah dititikberatkan kerana bilik darjah merupakan tempat di mana aktiviti
pembelajaran berlaku. Jika pihak sekolah tidak peka terhadap tahap keselamatan
perkhidmatan yang diberikan, mungkin suasana pembelajaran menjadi tidak
kondusif serta proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Oleh itu, semua
pihak haruslah sentiasa mengambil perhatian diatas semua perkhidmatan yang
tersedia.
Peranan Guru
Memang tidak dinafikan peranan guru dalam menjaga keselamatan murid amatlah
besar. Ini kerana keselamatan kesemua murid didalam kelas adalah dibawah
tanggungjawab guru itu sendiri. Malah guru juga boleh didakwa diatas kecuaiannya jika
berlaku sesuatu kemalangan yang menyebabkan kecederaan kepada murid dibawah
tanggungjawabnya. Guru tersebut juga adalah satu perkhidmatan yangdiberi oleh pihak
sekolah untuk membimbing dan mengawal aktiviti murid semasa berada didalam kelas.
Antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru dalam memastikan keselamatan
perkhidmatan di dalam kelas terjamin ialah :
-
7/30/2019 Perkhidmatan Keselamatan Di Bilik Darjah Nizam
4/5
1. Memastikan bilangan murid mencukupi semasa memulakan aktiviti kelas
danmengetahui bilangan dan sebab murid yang tidak hadir untuk mengelakkan
sebarang kemungkinan.
2. Guru mestilah mengawal keadaan murid didalam kelas supaya tidak ada murid yang
menggangu murid lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
3. Pastikan keadaan kelas selamat contohnya kerusi, meja serta alatan lain elokuntuk
digunakan oleh murid dan tidak mendatangkan bahaya kepada mereka.
4. Peka dengan alatan yang dibawa oleh murid seperti pisau dan gunting dan sentiasa
mengingatkan mereka agar tidak bergurau menggunakan alatan tajam
.5. Pastikan murid beratur dan tidak berlari untuk keluar kelas serta amalkan membaca
doa sebelum dan selepas memulakan sesi pembelajaran.
Peranan Murid
Murid juga haruslah tahu menjaga keselamatan diri sendiri dan tidaklah hanya
menyerahkan bebanan tersebut kepada guru sahaja. Ini kerana, semasa ketiadaan
guru didalam bilik darjah keselamatan murid adalah terletak dibahu mereka
sendiri. Antara peranan mereka ialah :
1. Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang alatan kelas yang rosak untukguru
ajukan kepada pihak pentadbiran.
2. Menjaga kebersihan kelas untuk mewujudkan keadaaan kelas yang kondusif dan
mengelakkan sebarang penyakit.
3. Tidak bergurau menggunakan alatan tajam seperti gunting dan pisau samada yang
dibawa ataupun yang telah disediakan oleh pihak sekolah untuk mengelakkan
kecederaan.
-
7/30/2019 Perkhidmatan Keselamatan Di Bilik Darjah Nizam
5/5
4. Menjaga serta menggunakan alatan dan kemudahan dengan baik supaya tidak
rosak.
Peranan Pihak Pentadbir
Pihak pentadbir adalah pihak yang berkuasa mengurus semua kemudahan dan
memastikan ianya berada dalam keadaan baik. Pihak pentadbir juga haruslah segera
menggantikan kemudahan atau alatan yang rosak dan difikirkan akan mendatangkan
bahaya kepada murid yang menggunakannya