perkhemahan unit uniform

5
SMK TAMAN MUTIARA RINI 2 off JALAN HANG JEBAT 81300 JOHOR BAHRU PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM TARIKH: 19 – 21 JUN 2009 TEMPAT: TAMAN NEGARA (JOHOR) TANJUNG PIAI

Upload: mohd-iqtaruddin

Post on 30-Jun-2015

485 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: perkhemahan unit uniform

SMK TAMAN MUTIARA RINI 2off JALAN HANG JEBAT81300 JOHOR BAHRU

PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM

TARIKH:

19 – 21 JUN 2009

TEMPAT:

TAMAN NEGARA (JOHOR)TANJUNG PIAI

Page 2: perkhemahan unit uniform

A. PENGENALANPerkhemahan Tahunan Unit Uniform merupakan satu cabang aktiviti kokurikulum yang

dijalankan setiap tahun melibatkan semua Badan Beruniform sekolah ini. Ia dilaksanakan supaya pelajar dapat mempelajari kemahiran ikhtiar hidup di samping meningkatkan disiplin dan sahsiah, keyakinan serta nilai kepimpinan mereka, selaras dengan teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu membangunkan modal insan.

Oleh sebab itu, Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform yang disertai semua Badan Beruniform di sekolah ini akan dijalankan dengan semangat kerjasama dan komitmen semua murid dan guru dari pelbagai kaum, bagi memastikan mereka mendapat manfaat dan pengetahuan yang optimum dari perkhemahan tersebut.

B. MATLAMATMatlamat aktiviti Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform ialah memupuk semangat

patriotisme dan muhibbah di kalangan pelajar serta memantapkan disiplin, sahsiah serta nilai kepimpinan pelajar.

C. OBJEKTIFProgram ini dilaksanakan untuk :

1. Memperkasakan bidang kokurikulum SMK Taman Mutiara Rini 2 dengan memberikan pendedahan kepada murid mengenai kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah.

2. Menggalakkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam bidang kokurikulum.3. Mengeratkan silaturrahim antara setiap warga SMK Taman Mutiara Rini 2 dengan

memberikan peluang kepada pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk bekerjasama antara satu sama lain dengan semangat muhibah.

4. Menyemai sikap berdisiplin dan bertanggungjawab serta peranan pelajar ketika melakukan aktiviti perkhemahan untuk diamalkan dalam kehidupan.

D. PERANCANGAN

Tarikh : 19 – 21 Jun 2009Tempat : Taman Negara (Johor) Tanjung Piai, Johor.Penyertaan : 120 orang ahli badan beruniform beserta 4 orang guru pengiring. Badan

Beruniform yang terlibat:a) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)b) Kadet Remaja Sekolah (KRS)c) Kadet Polisd) Pengakape) Brigade Puteraf) PKBM (D)g) St. John Ambulanh) Pandu & Ranjer Puterii) Puteri Islamj) Taekwando

Page 3: perkhemahan unit uniform

E. ANGGARAN PERBELANJAAN

PendapatanPerkara JumlahPeruntukan Koko RM 100Sumbangan PIBG RM 5000Yuran Pelajar RM30 X 120 RM 3600Jumlah RM 8 700

PerbelanjaanPerkara Kuantiti Jumlah

Bayaran Peserta RM 27 seorang peserta RM 27 x 120 = RM 3 240Bilik RM80 semalam RM 80 x 2 x 2 = RM 320Makan RM21 seorang peserta RM 17 x 120 = RM2 520Makan Guru RM 21 seorang guru RM 21 x 10 x 2 = RM 420Pengangkutan RM 400 sebuah bas RM 750 x 3 = RM 2250

Jumlah RM 8 750

F. PENUTUPGenerasi muda perlu diberi peluang awal oleh semua pihak untuk memahami erti

berkerjasama, berdisiplin dan membina keyakinan diri dengan cara aktiviti perkhemahan ke arah menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan hidup berdikari pada masa hadapan. Program Perkhemahan yang melibatkan sepuluh badan beruniform SMK Taman Mutiara Rini 2 bertujuan memupuk dan membina sikap jati diri dan semangat persahabatan dan kerjasama menerusi aktiviti luar bilik darjah, iaitu perkemahan.

Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk membina keyakinan diri , membentuk sahsiah dan motivasi diri pelajar dalam masyarakat berbilang kaum . Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk murid-murid. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan perlaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai objektif yang dikehendaki khususnya kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini.

Disediakan oleh :

S. MUGUNEN A/L CHENDUPenolong Kanan KokurikulumSMK Taman Mutiara Rini 2Johor Bahru