perkembangan jawi

3
1.1.1 PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT I Perkembangan ejaan Jawi peringkat pertama ini telah melalui empat tahap,iaitu menggunakan tulisan dan sistem ejan Bahasa Arab sepenuhnya,menghilangkan tanda baris tetapi mengekalkan ejaan dan huruf sedia ada,mewujudkan huruf-huruf saksi dan menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua. MENGGUNAKAN TULISAN ARAB Tulisan ini menggunakan sistem ejaan Arab sepenuhnya.Ejannya menggunakan tulisan Arab yang lengkap dengan tanda-tanda baris bagi mengeja perkataan Melayu asli atau kata-kata pinjaman daripada Bahasa Arab. Contohnya: Ejaan seumpama ini terdapat pada beberapa buah manuskrip Melayu lama seperti dalam kitab Aqa’id al-Nasafi ,iaitu manuskrip Melayu tertua yang pernah ditemui.Pada manuskrip ini terdapat banyak perkataan Melayu dan perkataan Arab yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu.Perkataan tersebut menggunakan tanda-tanda baris seperti contoh yang berikut: Penggunakan tanda baris atau diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan yang menonjol bagi tulisan Jawi pada tahap ini.Penggunaannya melambatkan proses penulisan,di samping terdapat tanda-tanda baris yang tidak lengkap.Oleh itu,wujud tahap kedua dalam sistem ejaan Jawi yang menghilangkan tanda-tanda baris tersebut. MENGHILANGKAN BARIS Pada tahap ini, tulisan Jawi masih dipengaruhi oleh sistem ejaan Arab,tetapi tanda- tanda baris telah dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundul.Hal ini bermakna,ejaan bagi perkataan yang tersebut di atas masih sama cuma tanda tanda baris tidak lagi diletakkan seperti contoh yang berikut: Sistem ejaan ini timbul setelah sistem ejaan tahap pertama mantap digunakan , iaitu penggunaannya telah mahir dengan huruf-huruf yang digunakan dan dengan itu bantuan tanda baris sudah tidak diperlukan lagi.Namun demikian, menghilangkan tanda baris ini juga mempunyai banyak kelemahannya.Kelemahannya yang ketara adalah sukar untuk menyembunyikan sesuatu perkataan itu dengan tepat serta menimbulkan perkataan yang berbentuk homograf, iaitu perkataan yang sama ejaan, tetapi berbeza dari segi sebutan.Sebagai contoh, perkataan boleh disebut sebagai tambang , tumbang , timbang , tombong , dan tembung .Demikian juga perkataan boleh disebut sebagai tombak , tembak , tambak , tembuk , dan tumbuk . Contoh di atas menunjukkan bahawa kedua-dua sistem ejaan tersebut didapati mengelirukan para pembaca.Kesukaran ini bukan sahaja dihadapi oleh mereka yang kurang mahir dalam ejaan Jawi,malah mereka yang mahir juga menghadapi masalah yang sama.Hal ini menyebabkan munculnya sistem ejaan jawi

Upload: zaki-mohammad

Post on 22-Oct-2015

128 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

Page 1: perkembangan jawi

1.1.1 PERKEMBANGAN EJAAN JAWI PERINGKAT I

Perkembangan ejaan Jawi peringkat pertama ini telah melalui empat tahap,iaitu menggunakan tulisan dan sistem ejan Bahasa Arab sepenuhnya,menghilangkan tanda baris tetapi mengekalkan ejaan dan huruf sedia ada,mewujudkan huruf-huruf saksi dan menggunakan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua.

MENGGUNAKAN TULISAN ARAB

Tulisan ini menggunakan sistem ejaan Arab sepenuhnya.Ejannya menggunakan tulisan Arab yang lengkap dengan tanda-tanda baris bagi mengeja perkataan Melayu asli atau kata-kata pinjaman daripada Bahasa Arab.

Contohnya:

Ejaan seumpama ini terdapat pada beberapa buah manuskrip Melayu lama seperti dalam kitab Aqa’id al-Nasafi ,iaitu manuskrip Melayu tertua yang pernah ditemui.Pada manuskrip ini terdapat banyak perkataan Melayu dan perkataan Arab yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu.Perkataan tersebut menggunakan tanda-tanda baris seperti contoh yang berikut:

Penggunakan tanda baris atau diakritik yang banyak merupakan satu kelemahan yang menonjol bagi tulisan Jawi pada tahap ini.Penggunaannya melambatkan proses penulisan,di samping terdapat tanda-tanda baris yang tidak lengkap.Oleh itu,wujud tahap kedua dalam sistem ejaan Jawi yang menghilangkan tanda-tanda baris tersebut.

MENGHILANGKAN BARIS

Pada tahap ini, tulisan Jawi masih dipengaruhi oleh sistem ejaan Arab,tetapi tanda-tanda baris telah dihapuskan dan disebut sebagai tulisan Arab Gundul.Hal ini bermakna,ejaan bagi perkataan yang tersebut di atas masih sama cuma tanda –tanda baris tidak lagi diletakkan seperti contoh yang berikut:

Sistem ejaan ini timbul setelah sistem ejaan tahap pertama mantap digunakan , iaitu penggunaannya telah mahir dengan huruf-huruf yang digunakan dan dengan itu bantuan tanda baris sudah tidak diperlukan lagi.Namun demikian, menghilangkan tanda baris ini juga mempunyai banyak kelemahannya.Kelemahannya yang ketara adalah sukar untuk menyembunyikan sesuatu perkataan itu dengan tepat serta menimbulkan perkataan yang berbentuk homograf, iaitu perkataan yang sama ejaan, tetapi berbeza dari segi sebutan.Sebagai contoh, perkataan boleh disebut sebagai ‘tambang’, ‘tumbang’, ‘timbang’, ‘tombong’, dan ‘tembung’.Demikian juga perkataan boleh disebut sebagai ‘tombak’, ‘tembak’, ‘tambak’, ‘tembuk’, dan ‘tumbuk’.

Contoh di atas menunjukkan bahawa kedua-dua sistem ejaan tersebut didapati mengelirukan para pembaca.Kesukaran ini bukan sahaja dihadapi oleh mereka yang kurang

Page 2: perkembangan jawi

mahir dalam ejaan Jawi,malah mereka yang mahir juga menghadapi masalah yang sama.Hal ini menyebabkan munculnya sistem ejaan jawi pengaruh Melayu, iaitu dengan menggunakan huruf-huruf saksi atau vokal bagi menggantikan tanda-tanda baris tersebut.

MENGGUNAKAN HURUF SAKSI

Sistem ejaan jawi pengaruh Melayu tahap awal adalah dengan membubuh huruf saksi pada suku kata pertama sahaja.Ada tiga huruf benar Arab yang dijadikan huruf saksi selain mengekalkannya sebagai huruf benar, iaitu (alif), (wau) dan (ya).Contohnya:

Sistem ejaan ini walaupun dapat mengatasi beberapa masalah pada tahap sebelumnya, namun sistem ini juga masih ada kelemahan.Bentuk homograf masih wujud walaupun tidak sebanyak sistem ejaan jawi pada tahap sebelumnya.Hal ini bermakna terdapat perkataan yang boleh dilafaskan dengan beberapa bunyi sebutan yang membawa makna yang berbeza pula.Tegasnya, perbezaan tanggapan dan kekeliruan pemahaman masih berlaku.Sebagai contoh, perkataan boleh disebut ‘mata’ dan ‘mati’; boleh disebut ‘laki’dan ‘laku’; serta boleh disebut ‘beta’ dan’bait’.Hal ini bermakna, masih wujud kelemahan pada sistem ejaan jawi tahap ini.Justeru, system ini telah diubah suai menjadi tahap yang keempat, iaitu menambahkan huruf saksi pada suku kata pertama dan kedua.

HURUF SAKSI PADA SUKU KATA PERTAMA DAN KEDUA

Pada tahap ini, huruf saksi atau vokal telah diletakkan pada kedua-dua suku kata pertama dan kedua, memandangkan kebanyakan perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata.Perubahan ini dikatakan mengurangkan kekeliruan, di samping menghasilkan sebutan perkataan yang lebih tepat.Contohnya:

Sistem ejaan pada tahap ini dapat menyelesaikan banyak kecelaruan pada sistem ejaan jawi yang terdahulu.Namun, sistem ini masih tidak sunyi daripada kelemahan, terutamanya kekurangan huruf-huruf vokal dalam tulisan Jawi bagi melambangkan fonem-fonem vokal

bahasa Melayu.Dalam huruf Jawi, hanya ada tiga huruf saksi,iaitu ,ا و ي manakala dalam bahasa Melayu terdapat lima vokal yang dilambangkan oleh enam fonem, iaitu a,e,I,o,u dan Ə .Justeru, terdapat satu huruf Jawi bagi melambangkan dua vokal Rumi,iaitu ا untuk [a], .untuk [i] dan [Ə ] ي ,untuk [o] dan [u]و

Perkembangan ejaan Jawi peringkat pertama yang dijelaskan di atas menunjukkan bahawa sistem ejaan jawi mengalami perubahan secara bertahap, bermula daripada pengaruh ejaan Arab yang menggunakan tanda baris hinggalah kepada pengaruh ejaan Melayu yang menggunakan huruf-huruf vokal.Perkembangan ini juga tidak berlaku secara serentak di semua tempatpada perkataan yang dieja.

1.1.2 PERKEMBANGAN EJAAN PERINGKAT II

Pada zaman awal perkembangannya,sistem ejaan jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada pandua bertulis.Pada masa itu,sistem ejaan jawi hanya mengikut kelaziman yang berlaku tanpa ada peraturan dan panduan.Jika perubahan dilakukan oleh seorang penulis, maka ia dengan mudah akan diikuti oleh penulis yang lain.Keadaan ini akan berterusan hingga

Page 3: perkembangan jawi

beberapa lama.Menjelang abad ke-20, perkembangan sistem ejaan jawi boleh dibahagikan kepada beberapa pedoman dan panduan yang pernah disusun atau digunakanoleh perseorangan atau pertubuhan tertentu seperti Hejaan P.B Diraja, Ejaan Jawi Za’ba, Sistem Ejaan Dian dan Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempunakan.