perkamusan

3
1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 1.1. .KONSEP BAHASA Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yanga lain dan sebagainya). Hal ini bermakna bahawa bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapakan oleh alat-alat pertuturan manusia bukanlah bahasa namanya. Malahan, jikalau bunyi yang dihasilkan itu ialah bunyi yang tidak berstruktur atau bunyi yang tidak mempunyai makna bagi manusia lain bererti bunyi itu bukanlah bahasa. 1.2. DEFINISI BAHASA MELAYU Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit. Bagi pengertian yang luas istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Tanah Melayu. Berdasarkan “The Malay Culture Study Project” (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-Melayu

Upload: hikmatur-rahman

Post on 04-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

perkamusan

TRANSCRIPT

1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1.1. .KONSEP BAHASA

Bahasa ialah kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara yang arbitrari, yang telah dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu yanga lain dan sebagainya).

Hal ini bermakna bahawa bunyi-bunyi lain yang cara penghasilannya bukan yang diucapakan oleh alat-alat pertuturan manusia bukanlah bahasa namanya. Malahan, jikalau bunyi yang dihasilkan itu ialah bunyi yang tidak berstruktur atau bunyi yang tidak mempunyai makna bagi manusia lain bererti bunyi itu bukanlah bahasa.

1.2. DEFINISI BAHASA MELAYU

Istilah Melayu dapat diberi dua pengertian iaitu pengertian yang luas dan pengertian yang sempit. Bagi pengertian yang luas istilah Melayu merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Tanah Melayu. Berdasarkan The Malay Culture Study Project (1972), konsep Melayu merujuk kepada suku bangsa di semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina dan Madagaskar. Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa pengertian Melayu merujuk kepada bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, Pantai Timur Sumatera dan beberapa tempat lain di Nusantara.

Bagi petafsiran ngertian yang sempit pula sama seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Perkara153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti lazimnya berbahasa Malayu, berkebudayaan Melayu dan beragama Islam.

Tafsiran Melayu mengikut pengertian suku bangsa lebih berdasarkan etnik. Walaupun begitu, syarat berbahasa Melayu dan kebudayaan Melayu masih diperlukan. Walau bagaimanapun mereka tidaklah semestinya beragama Islam. Untuk maksud ini, orang-orang Melayu ialah

i) Orang-orang seperti yang terdapat di dalam Perlembagaan Malaysia

ii) Orang-orang Melayu yang mendiami kawasan Selatan Thai, Persisir Sumatera yang beragama Kristian ,

iii) Orang-orang Melayu dibahagian pertama Sarawak yang beragama Kristian.

iv) Orang-orang Melayu di Brunei dan Sabah yang tiada agama dan agama-agama lain.

Tafisaran Melayu mengikut pengertian ras merangkumi penduduk seluruh Nusantara. Berdasarkan kajian Galden dan Kern, kumpulan bangsa Melayu berasal dari utara ke selatan.