perkaitan antara pembelajaran pemerhatian · pdf filepeluang untuk anak-anak menabung kelak...

9
148 PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN PEMERHATIAN DAN PENGETAHUAN KEWANGAN Nor Azman Bin Mohamed Kolej Matrikulasi Selangor, Kementerian Pelajaran Malaysia, 42700 Banting, Selangor. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pembelajaran pemerhatian dan pengetahuan kewangan dalam kalangan generasi muda. Seramai 391 belia terlibat dalam kajian ini. Teknik persampelan rawak sistematik telah digunakan dan pengumpulan data menggunakan soal selidik mod pelaporan kendiri. Analisis inferensi mengaplikasikan kaedah pekali korelasi Pearson, ujian t dan anova sehala. Dapatan menunjukkan perkaitan yang signifikan antara pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa dalam pemerolehan pengetahuan kewangan. Kajian mendedahkan bahawa peserta perempuan didapati lebih kerap memerhatikan tingkah laku kewangan ibu bapa berbanding lelaki. Manakala peserta yang mempunyai ibu bapa berpendidikan tertiari lebih kerap memerhatikan tingkah laku kewangan rakan sebaya berbanding peserta yang berlatarbelakang pendidikan ibu bapa yang rendah. Kata kunci;Sosialisasi kewangan, pembelajaran pemerhatian, pengetahuan kewangan ABSTRACT This study investigate the relationship between observational learning and financial knowledge among young generation. A total of 391 youth participated in the survey. The systematic random sampling technique was used. Data was collected through self-administered mode. The method of inference analysis included Pearson correlation coefficients, independent samples t tests and anova. Indeed, more frequently observed with parents were positively related to the acquisition of financial knowledge. Study revealed, female observed more to their parents regarding financial compared to man. While participants without tertiary educated parents observed more to their peers regarding financial compared to their counterpart. Keywords; Financial socialization, observational learning, financial knowledge PENGENALAN Danes (1994) mentakrifkan sosialisasi kewangan sebagai proses memperoleh dan membina nilai, sikap, standard, norma, pengetahuan dan tingkah laku kewangan yang menyumbang terhadap daya maju dan kesejahteraan kewangan individu. Melalui proses sosialisasi, pengetahuan kewangan diperolehi melalui pembelajaran dengan agen-agen sosialisasi utama seperti ibu bapa dan rakan sebaya (Moschis dan Churchill 1978). Pada peringkat awal pembesaran individu, ibu bapa merupakan agen sosialisasi primer dalam pembelajaran berkaitan kewangan (Danes 1994). Begitupun, seiring dengan peningkatan dalam umur, rakan sebaya cenderung menjadi sumber maklumat utama kepada kanak-kanak (Moschis dan Moore 1980). Dengan itu, rakan sebaya merupakan agen sosialisasi yang cenderung mempengaruhi kanak-kanak dan menjadi semakin penting apabila kanak-kanak membesar dan mempunyai hubungan yang lebih kerap dengan rakan sebaya sehingga mampu membentuk pengaruh yang besar kepada remaja (Bandura 1969). Banyak idea dan kepercayaan kanak-kanak diperkukuhkan oleh orang di sekeliling terutamanya rakan- rakan dan persekolahan (Witt 2000). Apabila mereka memperuntukkan lebih banyak masa dengan rakan sebaya (Mounts & Steinberg 1995), rakan sebaya sering menjadi kumpulan rujukan utama kepada kanak- kanak (Hartup 1999). Walaupun kita mengetahui bahawa ibu bapa dan rakan sebaya merupakan agen

Upload: dinhdien

Post on 11-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN PEMERHATIAN  · PDF filepeluang untuk anak-anak menabung kelak (Friedline 2015). Amalan kewangan keibubapaan yang

148

PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN

PEMERHATIAN DAN PENGETAHUAN

KEWANGAN

Nor Azman Bin Mohamed

Kolej Matrikulasi Selangor, Kementerian Pelajaran Malaysia, 42700 Banting, Selangor.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pembelajaran pemerhatian dan pengetahuan

kewangan dalam kalangan generasi muda. Seramai 391 belia terlibat dalam kajian ini. Teknik persampelan

rawak sistematik telah digunakan dan pengumpulan data menggunakan soal selidik mod pelaporan kendiri.

Analisis inferensi mengaplikasikan kaedah pekali korelasi Pearson, ujian t dan anova sehala. Dapatan

menunjukkan perkaitan yang signifikan antara pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa dalam

pemerolehan pengetahuan kewangan. Kajian mendedahkan bahawa peserta perempuan didapati lebih kerap

memerhatikan tingkah laku kewangan ibu bapa berbanding lelaki. Manakala peserta yang mempunyai ibu

bapa berpendidikan tertiari lebih kerap memerhatikan tingkah laku kewangan rakan sebaya berbanding

peserta yang berlatarbelakang pendidikan ibu bapa yang rendah.

Kata kunci;Sosialisasi kewangan, pembelajaran pemerhatian, pengetahuan kewangan

ABSTRACT

This study investigate the relationship between observational learning and financial knowledge among

young generation. A total of 391 youth participated in the survey. The systematic random sampling

technique was used. Data was collected through self-administered mode. The method of inference analysis

included Pearson correlation coefficients, independent samples t tests and anova. Indeed, more frequently

observed with parents were positively related to the acquisition of financial knowledge. Study revealed,

female observed more to their parents regarding financial compared to man. While participants without

tertiary educated parents observed more to their peers regarding financial compared to their counterpart.

Keywords; Financial socialization, observational learning, financial knowledge

PENGENALAN

Danes (1994) mentakrifkan sosialisasi kewangan sebagai proses memperoleh dan membina nilai, sikap,

standard, norma, pengetahuan dan tingkah laku kewangan yang menyumbang terhadap daya maju dan

kesejahteraan kewangan individu. Melalui proses sosialisasi, pengetahuan kewangan diperolehi melalui

pembelajaran dengan agen-agen sosialisasi utama seperti ibu bapa dan rakan sebaya (Moschis dan

Churchill 1978). Pada peringkat awal pembesaran individu, ibu bapa merupakan agen sosialisasi primer

dalam pembelajaran berkaitan kewangan (Danes 1994). Begitupun, seiring dengan peningkatan dalam

umur, rakan sebaya cenderung menjadi sumber maklumat utama kepada kanak-kanak (Moschis dan Moore

1980). Dengan itu, rakan sebaya merupakan agen sosialisasi yang cenderung mempengaruhi kanak-kanak

dan menjadi semakin penting apabila kanak-kanak membesar dan mempunyai hubungan yang lebih kerap

dengan rakan sebaya sehingga mampu membentuk pengaruh yang besar kepada remaja (Bandura 1969).

Banyak idea dan kepercayaan kanak-kanak diperkukuhkan oleh orang di sekeliling terutamanya rakan-

rakan dan persekolahan (Witt 2000). Apabila mereka memperuntukkan lebih banyak masa dengan rakan

sebaya (Mounts & Steinberg 1995), rakan sebaya sering menjadi kumpulan rujukan utama kepada kanak-

kanak (Hartup 1999). Walaupun kita mengetahui bahawa ibu bapa dan rakan sebaya merupakan agen

Page 2: PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN PEMERHATIAN  · PDF filepeluang untuk anak-anak menabung kelak (Friedline 2015). Amalan kewangan keibubapaan yang

149

sosialisasi yang penting dalam perkembangan pemerolehan pengetahuan kewangan kanak-kanak, namun

kajian tentang sosialisasi kewangan kanak-kanak di dalam keluarga adalah terhad (Danes 1994). Begitu

juga kekurangan kajian tentang pengaruh rakan sebaya dalam sosialisasi kewangan sedangkan pengaruh

rakan sebaya kini semakin meningkat berbanding kanak-kanak terdahulu (Erskine et al. 2006).

TINJAUAN LITERATUR

Sosialisasi Kewangan

Pembelajaran melalui pemerhatian dan interaksi sosial dengan ibu bapa dan rakan sebaya membolehkan

kanak-kanak memperolehi pengetahuan dalam kewangan (Moschis et al. 1978). Menurut Moschis dan

Churchill (1978), pembelajaran pemerhatian atau pemodelan melibatkan peniruan terhadap tingkah laku

agen-agen sosialisasi. Iaitu individu belajar melalui tingkah laku individu lain (model) untuk menghasilkan

tingkah laku seperti yang dipamerkan oleh model tersebut (Bandura 1977). Berdasarkan Danes & Dunrud

(1993), Webley dan Nyhus (2006), Whitebread dan Bingham (2013) dan Eccles et al. (2013) pula, interaksi

sosial adalah seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan atau membuat keputusan, penyertaan aktif,

perbincangan, pengajaran serta galakan pihak yang signifikan untuk mempraktikkan norma dan kemahiran

tertentu. Kanak-kanak belajar menguruskan wang dan berinteraksi dengan dunia kewangan orang dewasa

adalah melalui ibu bapa mereka (Danes & Habermann (2007). Mereka memerhatikan kemahiran tidak

formal yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam kehidupan seharian yang melibatkan kewangan (Danes &

Habermann 2007). Bowen (1995) menjelaskan bahawa pendidikan non formal tersebut yang bermula pada

peringkat awal kanak-kanak boleh membentuk satu asas terhadap pendidikan kewangan masa depan

mereka. Schuhardt et al. (2009) mengakui bahawa ibu bapa merupakan agen sosialisasi yang banyak

mempengaruhi perkembangan kewangan kanak-kanak samada secara langsung atau tidak langsung.

Mereka mempengaruhi secara langsung menerusi proses komunikasi seperti interaksi terbuka atau latihan

kepenggunaan bertujuan dengan memberikan garis panduan yang jelas berkaitan kewangan (Moschis

1987). Ibu bapa juga sering berbincang tentang perkara kewangan bagi membantu anak-anak memahami

proses membuat keputusan kewangan (Danes & Habermann 2007). Bahkan terdapat ibu bapa yang

mengajar anak-anak tentang kepentingan membuka akaun simpanan di bank dalam usaha menyediakan

peluang untuk anak-anak menabung kelak (Friedline 2015). Amalan kewangan keibubapaan yang

mendemonstrasi konsep kewangan boleh mempengaruhi pengetahuan kewangan kanak-kanak (Clarke et

al. 2005). Selain itu, pelajar didapati turut mempelajari aspek perbelanjaan, kebaikan menyimpan dan

simpanan untuk pelaburan melalui pengajaran ibu bapa menggunakan mekanisme perbincangan, sokongan

serta galakan anak-anak berfikir tentang dan kebaikan menyimpan (Solheim et al. 2011). Mereka juga

mempengaruhi tingkah laku anak-anak secara tidak langsung dengan menyediakan peluang kepada anak-

anak untuk memerhatikan tingkah laku kepenggunaan mereka (Moschis 1985, Grable & Bagwell 2003).

Antaranya kanak-kanak selalu menjadi peserta aktif bersama ibu bapa dalam perkara kewangan seperti

membeli-belah di pasaraya bagi mendapatkan keperluan keluarga (Danes & Habermann 2007). Solheim et

al. (2011) turut mendapati konsep kewangan yang biasa dipelajari melalui ibu bapa adalah tentang

simpanan, tabungan persaraan, keutamaan antara keperluan dan kehendak, belanjawan, menjejak

perbelanjaan, menyemak akaun dan pengurusan kredit. Konsep tersebut dipelajari melalui pemerhatian

terhadap tingkah laku simpanan dan penggunaan kad kredit ibu bapa. Amalan ibu bapa dalam menjejak

perbelanjaan elaun anak-anak juga boleh meningkatkan pengetahuan kewangan mereka (Allen et al. 2007).

Sehubungan itu, ibu bapa sangat relevan sebagai sumber utama dalam sosialisasi kewangan kanak-kanak

(Solheim et al. 2011). Kajian lepas mendapati semakin besar pergantungan remaja terhadap rakan sebaya,

semakin banyak masa akan dihabiskan di luar rumah. Seterusnya memberi kesan terhadap kekerapan

remaja berinteraksi dengan ibu bapa dan rakan sebaya mereka (Gunter & Furnham 1998), menyebabkan

interaksi mereka dengan ibu bapa cenderung berkurangan. Hal demikian, rakan sebaya juga cenderung

menjadi sumber yang penting dalam perkembangan kewangan kepada kanak-kanak.

Kebanyakan kajian lepas menunjukkan terdapatnya perbezaan dalam sosialisasi kewangan berdasarkan

jantina. Kajian Falahati dan Paim (2011) mendapati peserta lelaki bersosialisasi lebih awal berbanding

perempuan dan melibatkan diri dalam perbincangan bersama keluarga dalam perkara kewangan. Ini

menyebabkan peserta lelaki lebih dipengaruhi oleh ibu bapa berbanding dengan pelajar perempuan.

Manakala pelajar perempuan kurang berpeluang untuk bersosialisasi dengan keluarga dalam perkara

Page 3: PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN PEMERHATIAN  · PDF filepeluang untuk anak-anak menabung kelak (Friedline 2015). Amalan kewangan keibubapaan yang

150

kewangan menyebabkan mereka meminta bantuan ejen sosialisasi sekunder sebagai sumber kewangan

maklumat. Allen et al. (2002) mendedahkan bahawa lelaki lebih cenderung untuk menerima nasihat dalam

perkara belanjawan dan isu kewangan yang sukar dalam keluarga. Begitu pun, Edwards et al. (2007)

menyatakan bahawa golongan muda lelaki adalah lebih tertutup dalam perbincangan dan kurang

kemungkinan untuk berbincang dengan ibu bapa tentang kewangan terutama yang melibatkan penggunaan

kad kredit. Sebaliknya Allen et al. (2002, 2008) menunjukkan remaja perempuan melaporkan ibu bapa

mereka lebih terbuka dan mudah didekati semasa perbualan kewangan, mereka menerima banyak nasihat

tentang penggunaan kad kredit dan lebih berkecenderungan untuk membandingkan kemahiran belanjawan

negatif kepada ibu bapa mereka berbanding lelaki. Dengan itu, perempuan cenderung untuk menetapkan

matlamat kewangan jangka panjang berdasarkan pemerhatian terhadap kejayaan atau kegagalan orang lain

(Rowley et al. 2012). Gutter et al. (2009) pula mendapati pelajar perempuan lebih kerap memerhatikan

tingkah laku kewangan ibu bapa dan rakan sebaya serta lebih kerap berinteraksi dalam perkara kewangan

dengan dua agen sosialisasi utama tersebut. Selain itu, latar belakang pendidikan ibu bapa turut memainkan

peranan dalam pemerolehan pengetahuan kewangan dalam kalangan kanak-kanak. Kajian Moschis dan

Moore (1978) pada era 70an mendapati remaja dari keluarga berpendapatan tinggi lebih kerap berinteraksi

dengan rakan sebaya berbanding remaja dari keluarga berpendapatan rendah serta didapati bersosial lebih

awal (Moschis & Churchill 1978). Sebaliknya Salikin et al. (2012) berhujah, ibu bapa yang berpendidikan

lebih rendah serta pernah berhadapan dengan kesukaran kewangan menyebabkan mereka tidak sabar untuk

berkongsi pengalaman dan memberikan nasihat kepada ahli keluarga berkaitan keadaan tersebut. Ini

merupakan antara faktor peserta yang mempunyai ibu bapa berpendapatan rendah cenderung memperoleh

pengetahuan dalam kewangan berbanding peserta dari latarbelakang ibu bapa berpendidikan tinggi.

Pengetahuan Kewangan

Hilgert et al. (2003) membuktikan bahawa isi rumah yang mempelajari hal kewangan daripada keluarga

dan rakan sebaya didapati memperoleh skor yang tinggi dalam pengetahuan kewangan. Bowen (2002)

merumuskan bahawa sosialisasi kewangan adalah satu proses pembelajaran untuk memperoleh

pengetahuan tentang wang, pengurusan wang dan membangunkan kemahiran dalam pelbagai amalan

kewangan. Huddleston et al. (1999) dan Bernheim et al. (2001) mendapati pendedahan awal berkaitan

konsep kewangan memberikan kesan positif terhadap kemahiran pengurusan kewangan kepada pelajar

sekolah tinggi seterusnya kesan positif yang berpanjangan dalam pengetahuan kewangan dan tabiat

menabung apabila pelajar mencapai kedewasaan. Solheim et al. (2011) mendapati konsep kewangan yang

biasa dipelajari melalui keluarga adalah tentang simpanan, simpanan untuk persaraan, keutamaan antara

keperluan dan kehendak, belanjawan, menjejak perbelanjaan, menyemak akaun dan pengurusan kredit.

Konsep tersebut dipelajari melalui pemerhatian terhadap tingkah laku simpanan dan penggunaan kad kredit

ibu bapa. Selain itu, pelajar didapati turut mempelajari aspek perbelanjaan, kebaikan menyimpan dan

simpanan untuk pelaburan melalui pengajaran ibu bapa menggunakan mekanisme perbincangan, sokongan

serta galakan anak-anak berfikir tentang dan kebaikan menyimpan. Peserta juga cenderung mempelajari

pengurusan kewangan melalui perbualan atau perbincangan dengan keluarga berkaitan pembayaran bil dan

mengesan perbelanjaan.

Kajian lepas membuktikan terdapatnya perbezaan dalam pengetahuan kewangan berdasarkan jantina.

Danes dan Hira (1987) menjelaskan bahawa lelaki lebih berpengetahuan dalam topik insurans dan

pinjaman peribadi manakala perempuan lebih terserlah dalam pengurusan kewangan umum. Markovich

dan De Vaney (1997) melaporkan bahawa pelajar lelaki di kolej lebih berpengetahuan dalam kewangan

berbanding pelajar perempuan, mereka didapati lebih mengetahui tentang topik insurans dan pinjaman

peribadi sedangkan pelajar perempuan lebih berpengetahuan dalam pengurusan kewangan. Chen dan

Volpe (1998) membuktikan bahawa pelajar perempuan kurang berpengetahuan dalam topik kewangan

secara keseluruhan yang meliputi topik kewangan umum, peminjaman, simpanan, insurans dan pelaburan

berbanding dengan pelajar lelaki. Chen dan Volpe (2002) juga mendapati peratusan jawapan betul bagi

peserta perempuan adalah jauh lebih rendah berbanding peserta lelaki yang mengukuhkan bukti bahawa

peserta perempuan memperolehi pengetahuan kewangan lebih rendah secara keseluruhan berbanding

peserta lelaki. Peng et al. (2007) mendapati wujud perbezaan antara jantina dalam pengetahuan pelaburan.

Alumni lelaki memperolehi skor lapan belas peratus lebih tinggi berbanding rakan perempuan dalam

Page 4: PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN PEMERHATIAN  · PDF filepeluang untuk anak-anak menabung kelak (Friedline 2015). Amalan kewangan keibubapaan yang

151

pengetahuan berkaitan pelaburan. Selain itu, Danes dan Habermann (2007) turut menyerlahkan

pengetahuan sedia ada yang lebih baik bagi pelajar lelaki berkaitan kos pinjaman, insurans kereta dan

pelaburan berbanding pelajar perempuan. Mereka berpendapat bahawa pelajar perempuan tidak

disosialisasikan berkaitan hal kewangan dalam keluarga atau konteks yang lain sepertimana pelajar lelaki.

Justeru pelajar perempuan memanfaatkan peluang pendidikan kewangan formal di sekolah tinggi untuk

meningkatkan pengetahuan kewangan mereka berbanding pelajar lelaki. Seterusnya kajian Lusardi dan

Mitchell (2007), Borden et al. (2008), Lusardi dan Tufano (2009), Robb dan James III (2010), Clark et al.

(2012) dan Taft et al. (2013) turut memaparkan bahawa peserta lelaki cenderung untuk memperolehi skor

yang lebih baik berbanding peserta perempuan dalam pengetahuan kewangan dan secara tidak langsung

menunjukkan bahawa lelaki lebih mengambil berat berkaitan hal kewangan berbanding perempuan. Selain

dapatan yang menunjukkan peserta perempuan kurang cenderung untuk menjawab soalan-soalan

pengetahuan kewangan dengan betul berbanding lelaki, mereka juga lebih cenderung untuk memberikan

jawapan 'tidak tahu' (Lusardi & Mitchell 2014). Di dalam konteks Malaysia, kajian Falahati dan Paim

(2011) berkaitan perbezaan jantina jelas membuktikan pelajar lelaki adalah lebih berpengetahuan dalam

kewangan berbanding pelajar perempuan. Kajian lepas juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan

dalam pengetahuan kewangan berdasarkan pendidikan ibu bapa. Moschis dan Moore (1978b) mendapati

remaja berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan tinggi lebih cenderung untuk memperoleh

pengetahuan dalam penggunaan berbanding remaja dari kumpulan berpendapatan rendah. Bahkan peserta

yang mempunyai ibu bapa berlatarbelakangkan sosioekonomi yang baik cenderung mempunyai tahap

pengetahuan kewangan yang tinggi. Lusardi et al. (2010) menunjukkan peserta lelaki yang mempunyai ibu

bapa yang memiliki saham dan simpanan persaraan adalah lebih cenderung untuk mengetahui tentang topik

kepelbagaian risiko berbanding peserta perempuan yang tidak berpendidikan sekolah tinggi serta ibu bapa

yang tidak berpendapatan tinggi. Sebaliknya pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan

sederhana dan berpendapatan rendah cenderung untuk mencatatkan skor yang rendah dalam pengetahuan

kewangan (Robb & James III 2010).

MATLAMAT KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan hubungan antara sosialisasi kewangan dan pemerolehan

pengetahuan kewangan peserta. Sehubungan itu, beberapa hipotesis telah dibina oleh pengkaji bagi

memenuhi matlamat tersebut.

HIPOTESIS KAJIAN

HO1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa dan

pengetahuan kewangan.

HO2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemerhatian tingkah laku kewangan rakan sebaya

dan pengetahuan kewangan HO3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemerhatian tingkah

laku kewangan ibu bapa berdasarkan jantina lelaki dan perempuan.

HO4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemerhatian tingkah laku kewangan rakan sebaya

berdasarkan jantina lelaki dan perempuan.

HO5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa

berdasarkan pendidikan ibu bapa.

HO6 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemerhatian tingkah laku kewangan rakan sebaya

berdasarkan pendidikan ibu bapa.

Page 5: PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN PEMERHATIAN  · PDF filepeluang untuk anak-anak menabung kelak (Friedline 2015). Amalan kewangan keibubapaan yang

152

DAPATAN KAJIAN

Hubungan Yang Signifikan Antara Pemerhatian Tingkah Laku Kewangan Ibu Bapa dan

Pengetahuan Kewangan.

Analisis menunjukkan terdapat hubungan yang positif tetapi kekuatan yang lemah antara pemerhatian

tingkah laku kewangan ibu bapa dan pengetahuan kewangan, r = .232, p < .05, iaitu semakin kerap peserta

memerhatikan tingkah laku kewangan ibu bapa mereka, semakin tinggi skor pengetahuan kewangan yang

diperolehi peserta. Begitupun, hanya 5.38 peratus varian pengetahuan kewangan boleh dijelaskan oleh

pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa.

Hubungan Yang Signifikan Antara Pemerhatian Tingkah Laku Kewangan Rakan Sebaya dan

Pengetahuan Kewangan.

Hipotesis nol diterima. Analisis menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pemerhatian

tingkah laku kewangan rakan sebaya dan pengetahuan kewangan, r = .046, p > .05.

Perbezaan dalam pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa berdasarkan jantina lelaki dan

perempuan.

Statistik menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor pemerhatian tingkah laku kewangan

terhadap ibu bapa berdasarkan lelaki dan perempuan. Iaitu lelaki (M = 15.18, SP = 3.96) dan perempuan

(M = 16.04, SP = 4.11); t (389) = -2.01, p =.04, two-tailed). Kekuatan perbezaan dalam min (perbezaan

min = -.85, 95% CI:-1.68 sehingga -.01) adalah sangat rendah (eta square = 0.01). Ini menunjukkan hanya

1.02 peratus varian dalam pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa boleh dijelaskan berdasarkan

jantina. Analisis menunjukkan bahawa peserta perempuan lebih banyak memerhatikan tingkah laku

kewangan ibu bapa mereka berbanding peserta lelaki.

Perbezaan dalam pemerhatian tingkah laku kewangan rakan sebaya berdasarkan jantina lelaki dan

perempuan.

Hipotesis nol diterima. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor

pemerhatian tingkah laku kewangan rakan sebaya untuk lelaki (M = 13.42, SP = 4.23) dan perempuan (M

= 13.89, SP = 4.05); t (389) = -1.08, p =.27, two-tailed). Begitu juga kekuatan perbezaan dalam min

(perbezaan min = -.47, 95% CI:-1.34 sehingga -.386) sangat kecil (eta square = 0.02). Dapatan

menunjukkan hanya 0.29 peratus varian dalam pemerhatian tingkah laku kewangan rakan sebaya boleh

dijelaskan berdasarkan jantina.

Perbezaan dalam pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa berdasarkan pendidikan ibu bapa.

Hipotesis nol diterima. Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor

pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa untuk tahap pendidikan menengah (M = 15.43, SP = 3.96)

dan tertiari (M = 15.80, SP = 4.38); t (389) = -.688, p =.492, two-tailed). Kekuatan perbezaan dalam min

(perbezaan min = -.37, 95% CI:-1.44 sehingga .69) sangat kecil (eta square = 0.001). Eta square adalah

berdasarkan Cohen (1988). Ini menunjukkan hanya 0.12 peratus varian dalam pemerhatian tingkah laku

kewangan ibu bapa boleh dijelaskan berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

Perbezaan dalam pemerhatian tingkah laku kewangan rakan sebaya berdasarkan pendidikan ibu

bapa.

Statsitik menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor pemerhatian tingkah laku kewangan

rakan sebaya berdasarkan tahap pendidikan menengah (M = 13.31, SP = 4.12) dan tertiari (M = 14.97, SP

= 4.16); t (389) = -2.98, p =.003, two-tailed). Kekuatan perbezaan dalam min (perbezaan min = -1.66, 95%

CI:-2.75 sehingga -.56) sangat besar (eta square = 0.022). Ini menunjukkan 2.2 peratus varian dalam

pemerhatian tingkah laku kewangan rakan sebaya boleh dijelaskan berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa.

Analisis menunjukkan bahawa peserta yang mempunyai ibu bapa berpendidikan sehingga tertiari adalah

lebih kerap memerhatikan tingkah laku kewangan rakan sebaya berbanding peserta yang mempunyai ibu

bapa berpendidikan lebih rendah. PERBINCANGAN

Page 6: PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN PEMERHATIAN  · PDF filepeluang untuk anak-anak menabung kelak (Friedline 2015). Amalan kewangan keibubapaan yang

153

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa dan

pengetahuan kewangan. Ini selaras dengan kajian Moschis (1985), Hayhoe et al. (2000), Joo et al. (2003),

Lachance dan Choquette-Bernier (2004) yang membuktikan bahawa kanak-kanak memperoleh

pengetahuan kewangan melalui cara pemerhatian terhadap tingkah laku kewangan ibu bapa. Jorgenson dan

Savla (2010) mengakui bahawa ibu bapa memainkan peranan utama dalam sosialisasi kewangan anak-anak

mereka. Pengaruh ibu bapa memberikan kesan positif berpanjangan dalam pengetahuan kewangan anak-

anak (Huddleston et al. 1999, Bernheim et al. 2001). Di dalam konteks masyarakat Asia, hubungan antara

ibu bapa dan anak-anak telah terbentuk pada awal pembesaran, mereka telah dididik tentang kepentingan

hubungan dan tanggungjawab terhadap keluarga dan seterusnya membina tanggungjawab moral serta

kesetiaan utama kepada keluarga apabila mencapai kematangan (Detzner et al. 2010). Kedudukan ibu bapa

dihormati serta sangat berpengaruh dalam banyak perkara termasuklah kewangan berbanding rakan sebaya.

Kajian lepas turut mendapati hubungan negatif antara individu dengan ibu bapa serta rakan sebaya,

sekiranya individu cenderung untuk memerhatikan tingkah laku ibu bapa mereka, maka mereka kurang

memerhatikan tingkah laku rakan sebaya. Ini ditunjukkan dalam dapatan kajian yang menunjukkan tiada

perkaitan antara pemerhatian terhadap tingkah laku kewangan rakan sebaya dan pengetahuan kewangan.

Selain itu, kajian menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan dalam skor pemerhatian tingkah laku

kewangan ibu bapa untuk lelaki dan perempuan. Peserta perempuan didapati lebih kerap memerhati atau

memodelkan tingkah laku kewangan ibu bapa berbanding peserta lelaki. Dapatan ini menyokong kajian

Gutter et al. (2009) yang menunjukkan pelajar perempuan lebih kerap memerhatikan tingkah laku

kewangan ibu bapa dan rakan sebaya serta lebih kerap berinteraksi dalam perkara kewangan dengan dua

agen sosialisasi utama tersebut. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor

pemerhatian tingkah laku kewangan rakan sebaya berdasarkan tahap pendidikan. Analisis menunjukkan

bahawa peserta yang mempunyai ibu bapa berpendidikan sehingga tertiari adalah lebih kerap

memerhatikan tingkah laku kewangan rakan sebaya berbanding peserta yang mempunyai ibu bapa

berpendidikan lebih rendah. Ibu bapa berpendidikan lebih tinggi berupaya untuk memperoleh status

ekonomi yang lebih baik menyebabkan anak-anak mereka didapati bersosial lebih awal dalam kewangan

(Moschis & Churchill 1978). Ibu bapa turut cenderung untuk memodelkan tingkah laku kewangan yang

lebih efektif menyebabkan anak-anak terdedah dengan pengetahuan kewangan yang lebih kompleks.

Lusardi (2005) menjelaskan bahawa tahap pendidikan yang rendah dalam kalangan isi rumah

berpendapatan rendah menyebabkan mereka kekurangan pengetahuan asas kewangan dan tidak memiliki

akaun bank yang menghalang mereka untuk mendapatkan akses kepada produk dan perkhidmatan

kewangan seterusnya menyebabkan anak-anak terhalang untuk memperoleh pengetahuan kewangan yang

sepatutnya. Di dalam kajian ini, statistik tidak menunjukkan wujudnya hubungan antara lelaki dan

perempuan dalam pemerhatian tingkah laku kewangan terhadap rakan sebaya dan tiada perbezaan dalam

pemerhatian tingkah laku kewangan ibu bapa berdasarkan tahap pendidikan.

KESIMPULAN

Peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam membentuk anak-anak mereka dengan pengetahuan

kewangan yang sepatutnya. Mereka perlu memodelkan tingkah laku kewangan yang betul supaya anak-

anak tidak terjerumus dalam masalah kewangan yang sama seperti ibu bapa mereka. Dengan itu, anak-anak

dapat membina kefahaman dalam kewangan sebagai persediaan untuk menjadi seorang dewasa yang

berpengetahuan kewangan. Seterusnya mengelakkan mereka dari membuat pilihan yang salah dalam

perkara kewangan pada masa depan. Ibu bapa juga perlu memanfaatkan perbezaan gender dengan

menitikberatkan pendedahan hal kewangan kepada anak perempuan lebih awal dan sofistikated setanding

dengan anak lelaki kerana cabaran dunia kewangan pada masa kini tidak mengenal batasan gender.

Page 7: PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN PEMERHATIAN  · PDF filepeluang untuk anak-anak menabung kelak (Friedline 2015). Amalan kewangan keibubapaan yang

154

RUJUKAN

Allen, M.W. 2008. Consumer Finance and Parent-Child Communication. Dlm J.J. Xiao. (pnyt.). 2008.

Handbook of Consumer Finance Research:351-359. New York: Springer.

Allen, M. W., Amason, P., Warren, R. B., Lin, L., Dubbs, K. & Copeland, K. 2002. Financial discussion

within the family: Conversational climate, discussants, topics, and advice. Kertas Kerja Mesyuarat

Tahunan Persatuan Komunikasi Kebangsaan, New Orleans, LA. Dlm. J.J. Xiao (Pnyt.). 2008. Handbook

of Consumer Finance Research:351-359. New York: Springer.

Allen, M. W., Edwards, R., Hayhoe, C. R. & Leach, L. 2007. Imagined interaction, attitudes towards money

and credit, and family coalitions. Journal of Family and Economic 28: 3 – 22.

Bandura, A. 1969. Social-learning theory of identification processes. Handbook of Socialization Theory

and Research, Rand McNally & Company. (atas talian) http://www.uky. edu/eushe2/

Bandura/Bandura1969HSTR.pdf (5 Mei 2014).

Bandura, A. 1977. Social Learning Theory. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall.

Bernheim, B. D., Garrett, D.M. & Maki, D. M. 2001. Education and saving: The long-term effects of high

school financial curriculum mandates. Journal of Public Economics 80(3):435-465.

Borden, L. M., Lee, S. A., Serido, J. Collins, D. 2008. Changing college students’ financial knowledge,

attitudes and behavior through seminar participation. J Fam Econ Iss 29:33-40.

Borden, L. M., Lee, S. A., Serido, J. Collins, D. 2008. Changing college students’ financial knowledge,

attitudes and behavior through seminar participation. J Fam Econ Iss 29:33-40.

Chen, H., & Volpe, R. P. 1998. An analysis of personal financial literacy among college students. Financial

Services Review 7:107–128.

Clark, A. E. 2012. Back to baseline in Britain: Adaption in the British Household Panel Survey. Economica

80(319): 496-512.

Clarke, M. D., Heaton, M. B., Israelsen, C. L., & Eggett, D. L. (2005). The acquisition of family financial

roles and responsibilities. Family and Consumer Sciences Research Journal, 33, 321 – 340.

Danes, S. M. & Hira, T. K. 1987. Money management knowledge of college students. The Journal of

Students Financial Aid 17:4-16.

Danes, S.M. & Dunrud, T. 1993. Children and money: Teaching children money habits for life. Minnesota

Extension Service Publication, HE-FO-6116, University of Minnesota.

Danes, S.M. 1994. Parental perceptions of children’s financial socialization. Financial Counseling and

Planning 58:127-149.

Danes, S.M. dan Haberman, H.R. 2007. Teen financial knowledge, self-efficacy and behavior: A gendered

view. Financial Counseling and Planning 18(2):48-60.

Danzinger, S. & Ratner, D. 2010. Labor market outcomes and the transition to adulthood. The Future of

Children 20(1):133-158.

Detzner, D., Xiong, B. & Eliason, P. A. 2010. Background on Southeast Asian Parenting. (Atas Talian)

http://www.extension.umn.edu/family/families-with-teens/resources-parents/bicultural-

parenting/background/ (30 Dis. 2016). drug use. Developmental Psychology, 31, 915–922.

Eccles, D., Ward, P., Goldsmith, E.& Arsal, G.2013. The relationship between retirement wealth and

householders’ lifetime personal financial and investing behaviors. The Journal of Consumer Affairs 47(3):

432-464.

Edwards, R., Allen, M. W., Hayhoe, C. R. 2007. Financial attitudes and family communication about

students’ finances: The role of sex differences. Communication Reports 20(2):90-100.

Page 8: PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN PEMERHATIAN  · PDF filepeluang untuk anak-anak menabung kelak (Friedline 2015). Amalan kewangan keibubapaan yang

155

Erskine, M., Kier, C., Leung, A. & Sproule, R. 2005. Peer crowds, work experience and financial saving

behaviour of young Canadians. Journal of Economic Psychology 27:262-284.

Friedline, T. 2015. A developmental perspective on children’s economic agency. The Journal of Consumer

Affairs 49(1) :39-68.

Gunter, B. & Furnham, A. 1998. Children As Consumers: A Psychological Analysis Of The Young

People’s Market. London: Routledge.

Gutter, M. S, Copur, Z., & Garrison, S. 2009. Which students are more likely to experience financial

socialization opportunities? Exploring the relationship between financial behaviors and financial well-

being of college students. (atas Talian) http://ssm.com/abstract=1432523 (25 Jun 2014).

Hartup, W. W. (1999). Constraints on peer socialization: Let me count the ways. Merrill-Palmer Quarterly,

45, 172–183.

Hayhoe, C. R., Leach, L. J., Turner, P. R., Bruin, M. J. & Lawrence, F. C. 2000. Differences in spending

habits and credit card use of college students. The Journal of Consumer Affairs 34(1):113-133.

Hilgert, M. A., Hogarth, J. M. & Beverly, S. G. 2003. Household financial management: The connection

between knowledge and behavior. Federal Reserve Bulletin:309-322.

Huddleston, C. A., Danes, S. M. & Boyce, L. 1999. Impact evaluation of a financial literacy program:

Evidence for needed educational policy changes. Consumer Interests Annual 45:109-144.

Joo, S. H., Grable, J. E. & Bagwell, D. C. 2003. Credit card attitudes and behaviors of college students.

College Student Journal 37(3):405-419.

Jorgensen, B. L., & Savla, J. 2010. Financial literacy of young adults: The importance of parental

socialization. Family Relations 59(4):465-478.

Lachance, M. J. & Choquette-Bernier, N. 2004. College students' consumer competence: A qualitative

exploration. International Journal of Consumer Studies 28(5):433-442.

Leila Falahati & Laily H. Paim. 2011. Toward a framework of determinants of financial management and

financial problems among university students. African Journal of Business Management 5(22):9600-9606.

Lusardi, A. & Mitchell, O. S. 2007. Baby boomers retirement security: The role of planning, financial

literacy and housing wealth. Journal of Monetary Economics 54(1): 205-224.

Lusardi, A. & Mitchell, O. S. 2014. The Economic Importance of Financial Literacy: Theory and evidence.

Journal of Economic Literature 52(1): 5-44.

Lusardi, A. & Tufano, P. 2009. Debt literacy, financial experiences and overindebtedness. Kertas Kerja

Center for Financial Studies No. 2009/08, Goethe University Frankfurt, Mac. (Atas talian)

http://www.econstor.eu/bitstream/10419/432 42/1/606213376.pdf (10 September 2015).

Lusardi, A. 2005. Financial education and the saving behavior of African American and Hispanic

households. (atas talian) http://www.citeseerx.st.psu.edu/viewdoc/ down

load?doi=10.1.318.9166&rep=rep1&type=pdf. (12 Nov 2015).

Lusardi, A., Mitchell, O. & Curto, V. 2010. Financial Literacy Among the Young. Journal of Consumer

Affairs 44(2): 358-380.

Markovich, C. A. & DeVaney, S. A. 1997. College seniors’ personal finance knowledge and practices.

Journal of Family and Consumer Sciences 89:61–65.

Mather, B.D. (2002). Making up titles for conference papers. Ext. Abstracts CHI 2000 (pp. 1-2), ACM

Press.

Moschis, G. P. & Churchill, G. A. 1978. Consumer Socialization: A Theoretical and empirical analysis.

Journal of Marketing Research 15(4):599-609.

Page 9: PERKAITAN ANTARA PEMBELAJARAN PEMERHATIAN  · PDF filepeluang untuk anak-anak menabung kelak (Friedline 2015). Amalan kewangan keibubapaan yang

156

Moschis, G. P. & Moore, R. L. 1978. An analysis of the acquisition of some consumer competencies among

adolescents. The Journal of Consumer Affairs 12(2): 277-291.

Moschis, G. P. 1985. The role of family communication in consumer socialization of children and

adolescents. Journal of Consumer Research 11:898-913.

Moschis, G.P. dan Moore, R. L. 1980. Purchasing behaviour of adolescent consumers. Proceedings of the

American Marketing Association 45:89-92.

Mounts, N. S., & Steinberg, L. (1995). An ecological analysis of peer influence on adolescent grade point

average and

Peng, T. M., Bartholomae, S., Fox, J. J. & Cravener, G. 2007. The impact of personal finance education

delivered in high school and college courses. Journal of family and Economic Issues 28:265-284.

Phanjaruniti, S. (1994). Traditional child rearing practices among different ethnic groups in Houaphan

Province. Vientane, Laos: Lao People's Democratic Republic, United Nation Children's Fund Vientiane.

Robb, C. A. & James III, R. N. 2010. Associations between individual characteristics and financial

knowledge among college students. Journal of Personal Finance 8:170-184.

Salikin, N., Ab Wahab, N., Zakaria, N. Masruki, R. & Nordin, S. N. 2012. Students’ saving attitude: Does

parents’ background matter? International Journal of Trade, Economics and Finance 3(6):479-483.

Schuchardt, J., Hanna, S. D., Hira, T. K., Lyons, A. C., Palmer, L. & Xiao, J. J. 2009. Financial literacy

and education research priorities. Journal of Financial Counseling and Planning 20(1): 84–95.

Solheim, C. A., Zuiker, S., & Levchenko, P. 2011. Financial socialization family pathways: Reflections

from college students’ narratives. Family Science Review 16, (2):97-112.

Taft, M. K., Hosein, Z. Z., Mehrizi, S. M. T. & Roshan, A. 2013. The relation between financial literacy,

financial wellbeing and financial concerns. International Journal of Business and Management 8(11):63-

75.

Webley, P. & Nyhus, E. K. 2006. Parents influence on children’s future orientation and saving. Journal of

Economic Psychology 27:140-164.

Whitebread, D. & Bingham, S. 2013. Habit formation and learning in young children. Money Advice

Service, Holborn, London. Mei.

Witt, S. D. 2000. The influence of peers on children’s socialization to gender roles. Early Child

Development and care 162(1):1-7.

Zellweger, P.T., Bouvin, N.O., Jehøj, H., & Mackinlay, J.D. (2001). Fluid Annotations in an Open World.

In Proc. Hypertext 2001 (pp. 9-18). ACM Press