perkaitan antara asbab nuzul dan asbab wurud hadis

Upload: darulkautsar

Post on 07-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Perkaitan Antara Asbab Nuzul Dan Asbab Wurud Hadis

    1/3

    Perkaitan Antara Asbab Nuzul Dan Asbab Wurud Hadis

    Muhammad Hanief Awang Yahaya

    www.darulkautsar.net

    Asbab al-Nuzul ialah perkara yang ayat al-Qur`an menceritakan tentangnya atau menjelaskan

    hukumnya pada ketika ia berlaku. Ia bermaksud ayat al-Qur an diturunkan sebaik sahaja

    peristiwa itu berlaku bagi menjelaskan hukumnya.

    Ia merupakan ilmu yang penting dalam memahami al-Qur`an kerana tidak boleh mentafsirkan al-

    Qur`an melainkan setelah mengetahui sebab-sebab penurunannya.

    Manakala asbab wurud hadis ialah ilmu yang membincangkan faktor-faktor yang mendorong

    terbitnya hadis Rasulullah s.a.w. sama ada dalam bentuk pengucapan, perbuatan dan

    pengakuan.

    Terdapat hubungan yang utuh antara asbab nuzul dan asbab wurud hadis untuk mengetahui

    memahami makna nas secara sahih.

    Kedua-duanya bergantung kepada periwayatan sekiranya ia berdasarkan kepada sanad yang

    sahih atau sekurang-kurangnya hasan maka ia boleh dijadikan asas untuk mengetahui latar

    belakang suasana datangnya nas. Dalam hal ini, tidak dapat tidak mesti terikat dengan kaedah

    ulama hadis dalam penerimaan dan penolakan riwayat.

    Terdapat keadaan di mana sabab nuzul dan sabab wurud hadis adalah riwayat yang sama.

    Maksudnya turunnya ayat al-Qur`an kerana suatu peristiwa di zaman Rasulullah s.a.w. dan

    dalam masa yang sama ada hadis menyebutkan peristiwa yang sama.

    Hal ini dapat dijelaskan dengan contoh berikut

    http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3865http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3865
  • 8/6/2019 Perkaitan Antara Asbab Nuzul Dan Asbab Wurud Hadis

    2/3

  • 8/6/2019 Perkaitan Antara Asbab Nuzul Dan Asbab Wurud Hadis

    3/3

    {

    {

    Bab ayat yang bermaksud: maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang

    menyakiti di kepalanya (lalu ia mencukur rambutnya), hendaklah ia membayar fidyahyani

    berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih dam. Seseorang itu diberikan pilihan. Adapun

    puasa maka ia adalah 3 hari.

    Daripada Kab bin Ujrah daripada Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bertanya kepadanya Boleh

    jadi kutu pada kamu itu mengganggu kamu? Saya menjawab: Ya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Cukurlah rambutmu, berpuasa 3 hari atau memberi makan kepada 6 orang miskin atau

    menyembelih seekor kambing.

    Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3865

    http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3865http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3865