perjanjian inggeris belanda

16
1.0 ) PENGENALAN Kejatuhan empayar kerajaan Melaka pada tahun 1511, telah menyebabkan kuasa-kuasa barat berlumba-lumba ingin menguaisai dan memperluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu. Kedatangan kuasa- kuasa imperialisme telah menyebabkan berlakunya perebutan tanah jajahan. Tujuan utama kedatangan penjajah ke negeri-negeri melayu ialah untuk mencuri hasil bumi yang kaya dengan sumber galian dan mineral. Bagi menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku sebuah perjanjian telah ditandatangani iaitu pejanjian Inggeris-Belanda atau perjanjian London yang juga turut dikenali sebagai The Anglo-Dutch Treaty pada tahun 1824. 1 Inggeris dan Belanda dikatakan telah bermusuhan antara satu sama lain selama lebih dari 200 tahun. Persaingan yang berlaku diantara kedua-dua negara ini di kepulauan melayu telah menarik perhatian pegawai- pegawai tinggi di Eropah untuk menyelesaikannya di meja rundingan. Apabila perang Nepoleon hampir sampai ke penghujungnya, menteri-menteri British yang amat bimbang atas keselamatan negara mereka, telah mengalihkan perhatian mereka kepada masalah penubuhan semula negara Belanda yang kuat di Eropah. Akhirnya perjanjian ini ditandatangani antara pihak Belanda dengan pihak British. Pihak Belanda diwakili oleh George Canning dan Charles 1 Anglo-Dutch Treaty of 1824, (atas talian),http//en.wikipedia.org/wiki/Anglo- Dutch_treaty_of 1824.(24 Mac 2015)

Upload: farahhaniey

Post on 17-Dec-2015

115 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

perjanjian inggeris belanda

TRANSCRIPT

1.0 ) PENGENALANKejatuhan empayar kerajaan Melaka pada tahun 1511, telah menyebabkan kuasa-kuasa barat berlumba-lumba ingin menguaisai dan memperluaskan kuasanya di negeri-negeri Melayu. Kedatangan kuasa-kuasa imperialisme telah menyebabkan berlakunya perebutan tanah jajahan. Tujuan utama kedatangan penjajah ke negeri-negeri melayu ialah untuk mencuri hasil bumi yang kaya dengan sumber galian dan mineral. Bagi menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku sebuah perjanjian telah ditandatangani iaitu pejanjian Inggeris-Belanda atau perjanjian London yang juga turut dikenali sebagai The Anglo-Dutch Treaty pada tahun 1824.[footnoteRef:1] Inggeris dan Belanda dikatakan telah bermusuhan antara satu sama lain selama lebih dari 200 tahun. Persaingan yang berlaku diantara kedua-dua negara ini di kepulauan melayu telah menarik perhatian pegawai-pegawai tinggi di Eropah untuk menyelesaikannya di meja rundingan. [1: Anglo-Dutch Treaty of 1824, (atas talian),http//en.wikipedia.org/wiki/Anglo-Dutch_treaty_of 1824.(24 Mac 2015)]

Apabila perang Nepoleon hampir sampai ke penghujungnya, menteri-menteri British yang amat bimbang atas keselamatan negara mereka, telah mengalihkan perhatian mereka kepada masalah penubuhan semula negara Belanda yang kuat di Eropah. Akhirnya perjanjian ini ditandatangani antara pihak Belanda dengan pihak British. Pihak Belanda diwakili oleh George Canning dan Charles Watkins Williams Wynn.[footnoteRef:2] Kedua-dua pihak iaitu British dan Belanda telah melakukan rundingan untuk menyelesaikan masalah persaingan antara mereka yang berkaitan dengan soal Singapura.[footnoteRef:3] Perjanjian ini telah ditandatangani pada 17 Mac 1824 di London. Dalam rundingan yang telah dijalankan akhirnya British dan Belanda bersetuju menamatkan persaingan dan pergeseran antara mereka demi kepentingan politik dan ekonomi masing-masing di Kepulauan Melayu dengan menandatangani Perjanjian London 1824. Mengikut perjanjian ini, Asia Tenggara terbahagi kepada dua bahagian iaitu, bahagian Nusantara menjadi lingkungan pengaruh Belanda dan bahagian tanah besar termasuk semenajung Tanah Melayu merupakan wilayah dalam lingkungan pengaruh British.[footnoteRef:4] [2: D.G.E.Hall,1981,Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm 577] [3: Joginder Singh Jessy,1978,Sejarah Tanah Melayu(1400-1959),Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm 101] [4: Ibid,hlm 5578]

2.0 ) FAKTOR-FAKTOR PERJANJIAINGGERIS-BELANDA 1824 DITANDATANGANI

2.1 ) Persaingan Perdagangan British-Belanda di TimurPersaingan perdagangan di antara British-Belanda telah menyebabkan perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan, dimana sikap Belanda yang menjalankan dasar ingin memonopoli perdagangan di Asia Tenggara manakala orang British berpendapat semua bangsa mempunyai hak dan kebebasan untuk berdagangan di rantau ini. Belanda dapat memonopoli perdagangan melalui perjanjian perdagangan dengan pemerintahan tempatan. Buktinya Vereenidge Oostandische Compagnie (VOC) yang bertapak di Betawi pada tahun 1619 telah menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja tempatan pada ketika itu.[footnoteRef:5] Perselisihan antara pihak British dengan Belanda telah menyebabkan hubungan yang buruk ini menjadi semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai Belanda yang bersifat anti-British manakala bagi pihak British pula terdapat juga pegawai yang bersikap anti-Belanda. Buktinya, Jan Paterzoon Coen yang bersikap anti-British telah menyerang orang British di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar dari jaya.Selain itu, keadaan menjadi semakin serius apabila berlaku pembunuhan beramai-ramai di Pulau Ambon pada tahun 1623. Peristiwa ini telah menyebabkan beberapa orang British dan Portugis telah dihukum bunuh kerana dituduh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintahan Belanda di Ambon. Akibat daripada kejadian tersebut, hubungan diantara Belanda dan British menjadi semakin tegang dan pihak British hampir menutup semua lojinya kecuali di Bangkahulu iaitu di selatan Pantai Barat Sumatera kemudian berundur dari Kepulauan Hindia Timur. [5: Joginder Singh Jessy, 1978, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959) ,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm 102]

2.2 ) Bantahan Belanda Terhadap Pengambilan Singapura Tindakan Raffles menduduki Singapura dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua di Singapura telah dibantah oleh Belanda. Pada 28 Januari 1819, Stamford Raffles bersama-sama William Farquhar telah sampai di Singapura dan membuat keputusan untuk mendirikan pertempatan Inggeris di Singapura.[footnoteRef:6] Raffles telah menandatangani perjanjian sementara dengan Temenggung Abdul Rahman. Bagi mengiktiraf pendudukan Raffles di Singapura, Raffles telah melantik Tengku Hussin menjadi Sultan Johor yang sah. Tengku Hussin berhak menaiki takhta kerajaan Johor, namun Belanda lebih menyukai adiknya iaitu Tengku Abdul Rahman. Oleh yang demikian, pada 6 Februari 1819 Sultan Hussin dan Raffles telah menandatangani satu perjanjian serta mengesahkan pendudukan Inggeris di Singapura menurut undang-undang. Pendudukan Inggeris di Singapura menjadi tamparan hebat terhadap Belanda.[footnoteRef:7] Belanda tidak menyangka Singapura yang berada di dalam kawasan lingkungannya, akhirnya menjadi milik British. Oleh itu, Belanda menyifatkan pengambilan Singapura sebagai percabulan hak mereka dan menuntut supaya pihak British mengundurkan diri dari Singapura. Keadaan ini telah mencetuskan satu perbalahan atau yang dikenali sebagai perang kertas diantara pihak Belanda dan British antara tahun 1819 hingga 1824.[footnoteRef:8] [6: Ibid,hlm 104] [7: Lotfi Ismail,1974,Sejarah Malaysia 1400-1963,Kuala Lumpur:Utusan Publication &Distributors,hlm 106-107] [8: Ibid,hlm 107]

2.3 ) Kemajuan SingapuraSingapura menunjukkan perkembagan yang pesat sejak tahun 1819. Pada awalnya, Singapura merupakan kawasan perkampungan kecil namun bertukar menjadi pelabuhan yang besar dan maju di Asia Tenggara setelah pendudukan Raffles di Singapura. Selain itu, pertambahan penduduk sungguh mengalakkan. Menjelang akhir tahun 1819, jumlah penduduk Singapura dianggarkan mencapai 5000 orang, namun menjelang akhir tahun berikutnya, jumlah penduduk menjadi 10,000 orang.[footnoteRef:9] Singapura juga telah diberi taraf pelabuhan bebas dan mendapat keuntungan sebanyak $4 juta dalam masa setahun selepas pelabuhan itu dibuka. Pada bulan Ogos 1820, segala keuntungan yang diperoleh cukup untuk membiayai perbelanjaan pentadbirannya sendiri. Kedudukan Singapura sebagai sebuah pelabuhan bebas bejaya memecah monopoli perdagangan Belanda di asia tenggara. Kemajuan pesat Singapura telah menjejaskan perdagangan Belanda di Hindian Timur seperti Betawi mengalami kemerosotan.[footnoteRef:10] [9: Joginder Singh Jessy,1978,Sejarah Tanah Melayu (1400-1959),hlm 104 ] [10: Lotfi Ismail,1974,Sejarah Malaysia 1400-1963,hlm 107]

2.4 ) Masalah Kewangan BelandaBelanda menghadapi krisis kewangan yang amat teruk akibat daripada Perang Napoleon. Belanda telah kehilangan perusahaan perkapalan dan perdagangan yang diambil alih oleh British. Selain itu, VOC telah berhutang dengan pihak British. Menurut J.S.Furnival, hutang Belanda pada tahun 1815 ialah 600 juta Florin dimana hutang terhadap British sebanyak 144 juta.[footnoteRef:11] Apabila VOC dibubarkan, kerajaan Belanda yang bertanggungjawab memikul beban hutang yang ditinggalkannya. Bagi menyelesaikan masalah hutang piutang tersebut Belanda telah mengambil langkah untuk berunding dengan British untuk mencapai suatu persefahaman melalui perjanjian serta untuk mengelakkan pertempuran antara mereka berlaku.[footnoteRef:12] [11: Ibid] [12: Ibid]

2.5 ) Dasar Persahabatan British Belanda di EropahBritish menganggap persahabatan dengan Belanda adalah penting dari aspek pertahanan dan keselamatan. Hal ini disebabkan, kedudukan, kedudukan belanda dengan British adalah berdekatan. Selain itu, Belanda merupakan tempat yang paling sesuai digunakan oleh pihak musuh sebagai tapak untuk menyerang British. Ini kerana, selepas berlakunya Perang Napoleon, pihak British telah menyedari keadaan ini. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1795, apabila Napoleon Bornaparte menggunakan negeri Belanda sebagai pusat gerakan tenteranya untuk menyerang British. Keinginan pihak British untuk berbaik-baik dengan belanda jelas kelihatan dalam Konvensyen 1815 yang berlangsung selepas tamatnya PErang Nepoleon. British telah bersetuju untuk menyerahkan Jawa pada tahun 1816 dan Melaka pada tahun 1818 kepada Belanda[footnoteRef:13] [13: Mills,L.A,1966,British Malaya 1824-67,Kuala Lumpur:MBRAS Reprint No.22,hlm 22]

3.0 ) KANDUNGAN PERJANJIAN INGGERIS BELANDA 1824

3.1 ) Wilayah Pihak BelandaDalam hal berkaitan Singapura yang selama ini menjadi perebutan antara British dan Belanda telah berpihak kepada British. Belanda tidak boleh masuk campur dalam hal ehwal Singapura lagi kerana wilayah itu telah diiktiraf sebagai tanah jajahan British dan hanya British sahaja yang berkuasa ke atas negeri itu.Bangkahulu diserahkan kepada belanda dan pihak Belanda bersedia untuk berundur dari Sumatera yang menjadi penguasaannya semasa Belanda menghadapi Perang Nepoleon. British juga berundur dari Syarikat Hindia Timur.[footnoteRef:14] Selain itu, British juga tidak boleh membuka sebarang petempatan di Sumatera , Pulau Karimo, Riau-Lingga ataupun di pulau-pulau lain di Selatan Singapura dan tidak akan membuat sebarang perjanjian di Sumatera sama ada pengulu atau raja-raja. Belanda membenarkan saudagar-saudagar British dating berdagang di Indonesia kecuali Pualu Maluku. [14: Ibid]

Belanda juga seperti British terpaksa meyerahkan kesemua loji-loji di India dan melepaskan ke semua keistimewaan kepada British serta pengecualian yang berkaitan dengannya.[footnoteRef:15] Belanda juga menarik menarik balik tuntutan terhadap Singapura dan tidak lagi menimbulkan sebarang tuntutan kepada British selagi British di bawah penguadaannya sahaja iaitu kepulauan Indonesia. [15: Barbara Watson Andaya &Leonard Y.Andaya,1983,Sejarah Malaysia,Kuala Lumpur:Syarikat R&S,hlm 185]

Melaka yang selama ini menjadi naungan Belanda telah ini menjadi naungan Belanda telah diserahkan kepada British serta jajahannya dan mereka mengaku tidak akan membuka petempatan di Semenanjung Melaka dan tidak akan membuat sebarang ikatan dengan mana-mana yang berkaitan dengan negeri Melayu.[footnoteRef:16] Selama Perang Napoleon berlangsung, Belanda telah meminjam wang daripada British dan pada syarat perjanjian ini Belanda dikehendaki membayar 100,00 Sterling bagi melangsaikan hutangnya kepada British sebelum akhir tahun 1825. [16: Zainal Abidin b Abdul Wahid,et,al,1922,Malaysia Warisan dan Pembangunan,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa&Pustaka,hlm 80]

3.2 ) Syarat PerdaganganBelanda mengakui pendudukan Inggeris di Singapura adalah sah. Belanda bersetuju menyerahkan Melaka kepada Inggeris. Sebagai balasan, pihak Inggeris bersetuju menyerahkan Bengkulen ataupu Bangkahulu secara rasminya kepada Belanda dan semua loji Belanda di India diserahkan kepada Inggeris. Belanda juga berjanji tidak akan membuka sebarang penempatan atau menjalinkan hubungan dengan mana-mana pemerintah tempatan di wilayah yang terletak di selatan Singapura termasuklah kepulauan Riau-Lingga, Kepualaun Karimo, dan Sumatera yang menjadi milik Belanda. Kedua-dua kuasa ini juga telah bersetuju tidak akan membuka petempatan baru tanpa keiziman dan pengetahuan kedua-dua pihak sekirannya Inggeris atau Belanda ingin meninggalkan sesuatu petempatan, maka hendaklah mereka memberikan keiziman kepada salah satu kuasa untuk menduduki wilayah tersebut.

4.0 ) KESAN PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA

4.1 ) Pembahagian Keulauan Melayu Kepada dua Lingkungan PengaruhKesan yang nyata hasil daripada perjanjian ini ialah terbentuknya dua kawasan pengaruh.[footnoteRef:17] Belanda ingin menguasai kawasan-kawasan meliputi Pulau Jawa, Sulawesi atau dengan kata-kata lain semua gugusan Kepulauan Melayu ke selatan Selat Singapura. Manakala British pula menguasai kawasan-kawasan yang meliputi Singapura, Melaka dan daerah-daerah lain di Tanah Melayu. Pembahagian kawasan ini adalah untuk menamatkan masalah perebutan kuasa antara British dan Belanda. Perjanjian ini merupakan satu titik peralihan dalam perkembangan politik di Kepulauan Melayu. British dan Belanda kini dapat meluaskan pengaruh perdagangan dan politik mereka di kawasan masing-masing tanpa ganguan daripada pihak lain. Seterusnya, apabila keadaan politik menjadi stabil, mudahlah untuk menrik pelabur atau pemodal untuk melabur di Malaysia dan seterusnya boleh membantu meningkatkan perkembangan ekonomi. [17: Graham Irwin,1986,Borneo Abad Kesembilan Belas,Selangor:Malindo Printer Sdn Bhd,hlm 80-81]

Disamping itu juga, perang Nepoleon juga turut dikatakan menjadi asas kepada perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Setelah tamatnya perang, Belanda telah kembali semula ke Asia Tenggara dan mendapati British menjalankan aktiviti perdagangan di Betawi tanpa kebenaran Belanda. Batawi sebenarnya merupakan tanah jajahan Belanda dan keadaan ini telah menimbulkan keadaan kurang senang Belanda dengan penempatan British di Batawi. Disamping itu juga, Belanda dikatakan risau dengan penempatan British di Batawi kerana Belanda takut kedudukan atau pengaruhnya tergugat. Selain itu pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di London turut berang dengan tindakan Stamford Raffles yang menjalankan aktiviti perdagangan di Singapura tanpa persetujuan mereka.[footnoteRef:18] Akhirnya, bagi menjaga hubungan baik British dan Belanda di Eropah, mereka bersetuju menjalankan rundingan dengan menandatangani Perjanjian Inggeris Belanda 1824.[footnoteRef:19] [18: Tan Ding Eing,1975,Oxford Progressive History:A Potrait of Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur:Oxford University Press,hlm 47] [19: D.G.E.Hall,1981,A History Of South-East Asia (Fourth Edition).London:the Macmillan Press Ltd,hlm 550]

Dengan termeterainya perjanjian ini maka gugusan Melayu telah dipisahkan kepada dua kawasan dibawah pengaruh British dan Belanda. Keadaan ini jelas menunjukkan pembahagian tersebut mengikut syarat yang telah dipersetujui iaitu Belanda menyerahkan Melaka dan kawasan takluknya serta logi India kepada British. Manakala, British mengundur diri dari Hindia Timur dan menyerahkan Sumatera serta Bangkahulu. Dengan ini, jelas menunjukkan bermulanya pembentukan entiti geopolitik baharu yang dikenali sebagai Tanah Melayu.[footnoteRef:20] Jelaslah, Tanah Melayu secara keseluruhan telah menjadi milik British dan menyebabkan pengaruhnya mudah tersebar di Tanah Melayu tanpa ganguan daripada kuasa Barat. [20: Abdul Rahman Haji Ismail,2005,Malaysia;Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm234]

4.2 ) Perpecahan Empayar Johor-RiauDengan pembahagian dua kawasan pengaruh itu, secara tidak langsung turut membawa kesan kepada Empayar Johor-Riau kerana sebahagian wilayahnya terletak dalam pengaruh Belanda dan sebahagian lagi terletak pada British.. Kini Singapura dan Tanah Besar Joror dikuasai oleh British dan Riau-Lingga jatuh ke bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga menyelesaikan masalah perebutan takhta Johor kerana Sultan Hussein menjadi sultan yang sah di Tanah Besar Johor dan Sultan Abdul Rahman menjadi sultan di Kepulauan Riau-Lingga.[footnoteRef:21] Keadaan ini telah membolehkan Bendahara Ali di Pahang juga mengambil kesempatan untuk cuba membebaskan diri dari kekuasaan Johor. Pada tahun 1853, Bendahara Ali telah mengisytiharkan kemerdekaan Pahang dan Empayar Johor dikatakan runtuh sejak saat itu. Seterusnya, Sultan Hussain pada waktu itu tidak mempunyai kuasa yang kuat ke atas wilayahnya. Selepas daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1877, maka terputusnya zuriat dari Bendahara sebagai pemerintah Johor.[footnoteRef:22] Akhirnya, kuasa politik Johor terus beralih ke tangan keluarga Temenggung. Keadaan ini boleh dilihat apabila Temenggung Ibrahim telah berjaya meletakkan asas yang kukuh dan akhirnya berjaya mengasaskan sebuah kesultan baru. Maharaja Abu Bakar terus memantapkan lagi kedudukan dan mula menggunakan gelaran sultan pada tahun 1885. [21: Abdullah Zakaria,1984/1985, Kemunculan Keluarga Pemerintah Baru Dalam Kerajaan Tanah Melayu,1600-1900-Satu kajian Awal,hlm 52] [22: Mohd Isa Othman,2002,Sejarah Malaysia (1800-1963),Kuala Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd,hlm 6]

4.3 ) Perhubungan Inggeris-Belanda di TimurPerhubungan mereka masih tegang. Rasa benci orang Inggeris terhadap Belanda disuarakan dalam laporan-laporan pegawi-pegawai Negeri-Negeri Selat dan dalam akhbar-akhbar Singapura. Persaingan perdagangan terus menjadi sengit. British menuduh Belanda melanggar syarat-syarat perjanjian,tetapi, British terpaksa menelan hakikat ini dan terus member bantuan kepada Belanda dan memastikan bahawa Belanda benar-benar menjadi sekutu yang dapat mengimbangkan kekuatan British terutama di Eropah.

4.4 ) Pertelingkahan Mengenai BorneoPerbalahan antara pihak British dan Belanda di Kepulauan Melayu tercetus akibat salah faham terhadap syarat-syarat kewilayahan. Perbalahan mengenai syarat seberang pulau lain ke selatan Singapura tercetus apabial Sultan Brunei menyerahkan Labuan kepada pihak British pada tahun 1846. Belanda menganggap bahawa Labuan terletak di Selat Singapura dan berada di lingkungan pengaruhnya. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diselesaikan apabila pihak British dapat membuktikan kedudukan geografi Labuan yang sebenarnya.

4.5 ) PelanunanFrancis Light pernah menyebut pada kurun ke 18 pedagang-pedagang yang mahir di pulau-pulau timur juga terkenal dengan kehandalan mereka di Nusantara sabagai lanun. Setiap tahun angin lanun membawa mereka ke Selat Melaka mengancam perahu-perahu yang menghala ke Singapura. Gugusan pulau-pulau itu semakin kehilangan penduduknya kerana diculik untuk dijadikan hamba abdi. Mereka juga banyak melakukan bermacam-macam kerosakan dan kacau bilau. Pada awal abad ke 19, pantai barat laut Kalimatan sebagai menjadi pusat lanun yang terkecil sekali, gerakan-gerakan lanun sebenarnya dilakukan oleh orang Dayak iaitu lebih terkenal sebagai orang Laut yang berada dibawah kuasa dan arahan pembesar-pembesar Melayu dan orang perseorangan yang tinggal bersamanya. Peerjanjian Inggeris Belanda 1824 dikatakan tidak pernah mendatangkan hasil. Belanda yang mempunyai lebih banyak kapal perang daripada British di gugusan pulau-pulau melayu, telah banyak mengusahakan penghapusan lanun-lanun, tetapi mereka menghadkan usaha-usaha mereka ke kawasan mereka sahaja.Belanda telah mematuhi sepenuhnya syarat yang berkenaan dengan penghapusan lanun di perairan Kepulauan Melayu. Pihak Belanda hanya mengambil tindakan terhadap kegiatan pelanunan di kawasan perairan di bawah pengaruhnya iaitu Kepulauan Hindia Timur. Akibatnya, British terpaksa mengambil langkah-langkah sendiri untuk menghapuskan pelanunan dan ini memakan masa serta menelan banyak perbelanjaan.

KESIMPULANKesimpulannya, Perjanjian Inggeris Belanda telah memberi impak yang cukup besar dan bermakna terhadap perkembangan kuasa di Malaysia. Perkembangan kuasa politik dan ekonomi dikaitkan dengan usaha penjajah untuk menguasai kepentingan ekonomi dan politik di Malaysia. Hal ini jelas menunjukkan pengaruh kolonialisme kerana perjanjian ini dimeterai tanpa merujuk kepada raja-raja Melayu. Selain perkara yang berlaku selepas perjanjian ini menjadi titik tolak kepada pembentukan negara moden Tanah Melayu yang kemudiannya Malaysia dan Indonesia.

BIBLIOGRAFI