ds - ir.unimas.my malaysia-singapura... · singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa inggeris...

24
DS 61 0.4 J83 1ý, 97

Upload: dangthuy

Post on 16-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

DS 61 0.4 J83 1ý, 97

Page 2: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

Pusat K6idmat Maklumat Akademik UNIVERSITi MALAYSIA SARAWAK

HUBUNGAN MALAYSIA-SINGAPURA: KEMUNGKINAN PERCANTUMAN SEMULA

P. KMIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK

11111111111111111111111 1000246023

JOSE TUNGAK

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada

syarat-syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Kajian Antarabangsa (SSA)

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 3: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

Pusat Khidmat Maklumat Akadewik UNIVERSI'I'I MALAYSIA SARAWAK

KANDUNGAN

PENGHARGAAN ........................................................................... i

ABSTRAK .. ....................................................................................... iý

... ABSTRACT ..................................................................................... iii

SENARAI JADUAL ........................................................................ iv

SENARAI GAMBARAJAH ............................................................ v

BAB I ............................................................................................... 1

PENGENALAN ............................................................................... 1

1.2 Kenyataan Masalah ....................................................... 8

.. 1.3 Matlamat Kaý ian ............................................................ 9

1.4 Metodologi Kajian ......................................................... 11

.. 1.5 Skop Kaýian ................................................................... 11

1.6 Kajian Lepas ................................................................. 12

BAB II .............................................................................................. 23

SEJARAH AWAL PERHUBUNGAN MALAYSIA-SINGAPURA ............................................................ 23

2.1 Tinjauan Sejarah ........................................................... 23

2.1.1 Zaman Kesultanan Melayu-Melaka 1400-1786............ 24

2.1.2 Kedatangan Penjajah Portugis ...................................... 27

Page 4: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

2.2 Zaman Kedatangan British Dari Tahun 1761-1824 ......................................................... 30

2.2.1 Penemuan Singapura 1819 ............................................ 33

2.3 Perkembangan Politik Malaysia-Singapura Semasa Pendudukan British ...................................................... 37

2.3.1 Perluasan Kuasa British-Pemerintahan Tidak langsung ............................................................. 38

2.4 Ru mu s an ........ .............................................................. . 44

BAB III ............................................................................................ 46

POLITIK MALAYSIA SEHINGGA 1965 .................................... 46

3.1 Pengenalan .................................................................... 46

3.2 Tanah Melayu dan Singapura Selepas 1945 .................. 47

3.3 Penubuhan Malaysia Pada Tahun 1963 ........................ 52

3.4 Pertikaian Kerajaan Singapura Dengan Keraj aan Persekutuan .................................................... 57

3.4.1 Punca Penyingkiran Singapura Daripada Persekutuan Malaysia Pada 1963-1965 .......................... 60

3.5 Penyingkiran Singapura Daripada Persekutuan Malaysia Pada Tahun 1965 ...................... 69

3.6 Rumusan ....................................................................... 71

Page 5: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

BAB IV ............................................................................................ 74

PERKEMBANGAN MALAYSIA-SINGAPURA 1965 ................. 74

4.1 Pengenalan ..................................................................... 74

4.2 Perkembangan Malaysia Selepas 1965 ......................... 75

4.2.1 Perubahan Struktur Ekonomi Malaysia ......................... 77

4.3 Perkembangan Ekonomi Singapura .............................. 82

4.4 Pembaharuan Politik Malaysia dan Singapura .............. 87

4.5 Pengurusan Etnik Di Singapura Dan Malaysia .............. 92

4.6 Rumusan ....................................................................... 99

BAB V .............................................................................................. 101

KEMUNGKINAN PENCANTUMAN SEMULA MALAYSIA-SINGAPURA ............................................................ 101

5.1 Pengenalan .................................................................... 101

5.2 Faktor Sejarah ............................................................... 102

5.3 Faktor Politik ................................................................. 103

5.4 Perbezaan Dasar Sosio-Budaya ..................................... 104

5.5 Isu Sistem Pertahanan dan Keselamatan ....................... 107

5.6 Faktor Peribadi Diri Lee Kuan Yew ............................... 108

5.7 Kebergantungan Bersama Malaysia-Singapura ............. 109

5.8 Rumusan ....................................................................... 117

Page 6: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

BAB VI ............................................................................................ 119

KESIMPULAN ............................................................................... 119

LAMPIRAN 1 .................................................................................. 125

LAMPIRAN 2 ................................................................................. 126

LAMPIRAN 3 ............................................................................... 127

LAMPIRAN 4 ............................................................................... 128

LAMPIRAN 5 ................................................................................. 129

LAMPIRAN 6 ............................................................................... 132

LAMPIRAN 7 .............................................................................. 133

LAMPIRAN 8 ............................................................................. 134

B IB LIO GRAFI ............................................................................... 135

BU KU ..................................................................................... 134

KERTAS KERJA .................................................................... 137

JURNAL ................................................................................. 137

CD-ROM ................................................................................ 138

MAJALAH ............................................................................. 138

S URATKHAB AR ................................................................... 140

Page 7: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Abdul

Rashid Abdullah selaku penyelia saya sepanjang proses kajian ilmiah ini. Beliau

telah banyak memberikan tunjuk ajar, kritikan dan cadangan yang telah memberikan

arah haluan kepada saya untuk menghasilkan kajian ini. Tak lupa juga penghargaan

buat Cik Nurul Uyun selaku penyelia ke-dua kajian ilmiah ini. Segala komen dan

pembetulan daripada beliau amatlah dihargai.

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Cik

Suseela Devi dan Cik Wan Hazlin selaku tutor yang turnt memberi sumbangan dalam

penghasilan kajian ini.

Akhir sekali jutaan terima kasih saya ucapkan kepada keluarga saya:

Ayah Tungak Nyangak Ibu : Irene Anyan Tair Kakak : Sally Abang : Richard Adik Tracey

di atas dorongan dan semangat yang diberikan sepanjang kehidupan saya sebagai

salah seorang pelajar UNIMAS. Tak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada

rakan-rakan seperjuangan di atas segala pengajaran dan pengalaman (rintangan pahit-

manis) yang telah sama-sama dilalui sepanjang tempoh Julai 1993-Mac 1997).

1

Page 8: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauhmanakah kemungkinan Singapura akan

memasuki semula Malaysia. Isu ini timbul apabila Menteri Kanan Singapura, Lee

Kuan Yew mengeluarkan kenyataan tersebut pada awal Jun 1996. Bagi melihat

sejauhmanakah kebenaran Lee boleh menjadi kebenaran maka hubungan kedua-dua

buah negara akan dilihat dari aspek sejarah, politik, ekonomi, sosio-budaya dan

sistem pertahanan. la bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada

penyertaan Singapura ke dalam Malaysia. Kajian Perpustakaan digunakan sebagai

metodologi kajian ini memandangkan kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk

mengumpul maklumat sejarah dan isu-isu semasa. Berdasarkan kepada maklumat

yang telah dikaji, ternyata percantuman semula Malaysia-Singapura adalah sukar.

Keadaan ini dijelaskan dengan bermula dari faktor sejarah yang mengasingkan

pentadbiran Singapura di dalam `Tanah Jajahan Mahkota' daripada Negeri-negeri

Melayu. Seterusnya faktor kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia

adalah berdasarkan keadaan yang merbahaya ketika itu. Ancaman kuasa komunis

menyebabkan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 1963 tanpa Singapura akan

membahayakan kedua-dua buah negara. Ketegangan dalam segala aspek seperti

matlamat politik, penguasaan sektor ekonomi, sosio-budaya dan pertahanan timbul

semasa Singapura berada di dalam Malaysia (1963-1965). Oleh itu penyingkiran

Singapura tidak dapat dielakkan. Selepas perpisahan tersebut hubungan kedua-dua

buah negara sering mengalami ketegangan khususnya apabila mereka menuju ke arah

pembangunan negara yang berbeza. Oleh itu percantuman semula dalam masa

terdekat im adalah sukar.

ii

Page 9: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

ABSTRACT

The aim of this research is to find out the possibility of Singapore joining Malaysia.

The issue was raised when Singapore Senior Minister, Lee Kuan Yew, made a

statement about the matter in early July 1996. For the issue to become into reality

concerning Lee's statement, bilateral relationship between the two countries should

be seen from various aspects such as history, politic, economy, cultural and defence

system. This was aimed to study all the factors favourable for Singapore to join

Malaysia. Library research is used for it is the most suitable method to record all the

historical facts and current issues. Based on all the facts surveyed, it is almost

impossible for Malaysia and Singapore to reinstate. This facts began from historical

factors when Singapore was administered separately as "Crown Colony" within the

Malay States. Another history factor is the issue of Singapore joining The Malaysia

Federation on 16 September 1965, where it was causes by the dangerous situation

then. Subversive Communist activities contributed to the decision of included

Singapore into Malaysia. By that time the condition was seen very dangerous for

both states if Singapore did not joined Malaysia. Relationship between Malaysia-

Singapore is filled with confrontation such as politic, economic, social, cultural and

defence. Such situation could be seen when Singapore was in Malaysia (1963-1965).

Consequently, the separation of Singapore was inevitable. After the separation of

Singapore, bilateral relationship between the two countries often filled with anxiety,

distrust and tension especially when both countries compete with each other in

different development plan. Thus, the reinstate of both countries may not occur in

this nearly time.

iii

Page 10: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

SENARAI JADUAL

Jadual 1.1 Perdagangan Pelaburan Asing Singapura, 1949 14

Jadua13.1 Jumlah Penduduk Singapura, Tanah Melayu dan

Wilayah-wilayah Borneo

Jadua14.1 Malaysia: Sektor Pengeluaran, 1970-2000

Jadua14.2 Pembahagian KNK Singapura Mengikut Sektor

1960-1991

Jadual 5.1 Perbandingan Di antara Tentera Malaysia dan

Singapura

55

81

85

107

iv

Page 11: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

SENARAI GAMBARAJAH

Rajah 4.1 Singapura: Kadar Pertumbuhan Ekonomi dan 85

Kadar Inflasi

V

Page 12: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

BAB 1

PENGENALAN

Isu kemasukan semula Singapura ke Malaysia hangat diperkatakan pada awal

bulan Jun 1996 apabila Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew (bekas Perdana

Menteri) membuat kenyataan bahawa negaranya sanggup menyertai Malaysia semula

(rujuk lampiran 1 di mukasurat 125) untuk melihat keratan akhbar Borneo Post).

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut semasa jamuan makan malam di Kelab

Akhbar Singapura

Kenyataan tersebut pula disokong oleh Perdana Menteri negara tersebut Goh

Chok Tong semasa berucap sempena Hari Kebangsaan Singapura yang ke 31 pada 18

Ogos 1996. Tindakan kedua-dua orang pemimpin Singapura ini telah menimbulkan

berbagai persoalan dan spekulasi mengenai sebab musabab kenyataan tersebut

dikeluarkan kepada pihak Malaysia. Ramai pemimpin Malaysia yang melihat

kenyataan tersebut sebagai tidak ikhlas dan ̀ ibarat kacang lupakan kulit'.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, kenyataan itu

tidak ikhlas sama sekali keraha tujuannya ialah untuk menunjukkan betapa buruknya

Malaysia yang tidak mengamalkan meritokrasi (Massa 14 September 1996: 22).

Namun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa kemungkinan perkara tersebut

akan berlaku di masa-masa akan datang jika Singapura benar-benar ikhlas.

I

Page 13: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

2

Ini adalah kerana dari segi geopolitik, Singapura dan Malaysia mempunyai

hubungan yang simbolik dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kedua-dua buah

negara berasal dari satu rumpun dan pernah dijajah oleh British. Pergantungan

Singapura terhadap Malaysia dalam sektor ekonomi dan sumber semulajadi memang

sudah berlaku sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka lagi.

"Dalam kurun masehi yang ke 15 hingga awal kurun masehi yang ke 16 kerajaan Melayu Melaka pernah menchapai zaman keemasannya

sa-bagai sa-buah kerajaan yang mempunyai jajahan taklok di-

saluroh Semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera. Kerajaan Melayu Johor-Riau pernah menguasai sa- bahagian selatan dan Timur Semananjung Tanah Melayu, Singapura, Kepulauan Riau-Lingga dan beberapa buah negeri di pantai Timur Sumatera" (Senu Abdul Rahman 1973: 36-37).

Memandangkan kedudukan kedua-dua buah negara yang berdekatan hubungan di

antara Malaysia dan Singapura yang rapat memang tidak dapat dinafikan. la

membolehkan perhubungan dua hala terjalin dengan mudah. Kedua buah negara telah

mempunyai perhubungan yang rapat dalam bidang politik, ekonomi, sosial,

keselamatan dan kebudayaan yang terjalin secara tradisional semenjak penempatan

awal penduduk tempatan pada abad ke 141agi.

Bermula dengan pembukaan Singapura (dikenali sebagai Temasik pada abad ke-

14) sebagai pelabuhan perdagangan bebas pada zaman Kesultanan Melayu Melaka di

bawah Parameswara pada tahun 1390, ia telah menjadi sebuah pusat perdagangan

untuk rantau Asia Tenggara yang berpotensi (Chew dan Lee 1991: 5). Perdagangan

bertumpu ke Singapura memandangkan ia adalah pelabuhan yang berada di tengah-

tengah perjalanan kapal-kapal di perairan Selat Melaka.

Page 14: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

3

Seterusnya Singapura berkembang dalam keadaan yang kacau-bilau dibawah

penjajahan Portugis selama 30 yang bermula daripada bulan Ogos 1511 sebelum

diambil-alih oleh kuasa Belanda pada Januari 1641. la kemudiannya dikunjungi oleh

Sir Thomas Stamford Raffles (Pembantu Setiausaha kerajaan Pulau Pinang) yang

melihat peluang cerah pelabuhan Singapura sebagai pusat perdagangan. Pelabuhan

Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian

Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London (Hall 1984: 625).

Dari sinilah bermulanya sejarah moden Singapura dan perhubungannya dengan Tanah

Melayu.

Perhubungan yang rapat bermula melalui kemasukan Singapura untuk

mendapatkan kemerdekaan ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963

bersama-sama Sarawak dan Sabah (Chew dan Lee 1991: 143). Bermula dari

penubuhan Malaysia tersebut, perkembangan serta perubahan politik, ekonomi dan

sosial di dalam Persekutuan Malaysia telah meningkat dengan cepat hingga menuju

kepada satu krisis antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan PAP yang menyebabkan

pemisahan Singapura tidak dapat dielakkan (Dato' Abdullah Ahmad 1987: 191).

Krisis tersebut timbul dari isu-isu seperti soal-soal ekonomi, kewangan, perbezaan

politik yang masih tidak diselesaikan semasa penubuhan Malaysia. Apabila berada

di dalam Persekutuan Malaysia, isu-isu tersebut telah menjadi faktor-faktor yang

membezakan politik dan cita-cita kedua-dua buah negara yang bergabung dalam

Malaysia.

' Malaysia yang dijangka akan belayar dalam tiupan bayu lembut

rupa-rupanya terpaksa menempuh taufan dan ribut politik yang bergelora. Dan pelayaran ini menjadi bertambah sulit lagi dengan

seakan-akan adanya gejala 'satu kapal dua nakhoda "' (Harun 1991: 261).

Page 15: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

4

Pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia telah diumumkan oleh Perdana

Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman pada 16 Ogos 1965.

Mengikut Yusof Harun di dalam bukunya Tunku-Idealisme Dalam Kenangan:

"sebenarnya, sekiranya kita meneliti kembali bibit-bibit peristiwa sebelum penubuhan Malaysia, maka kita akan dapati bahawa

penubuhan tersebut dilakukan secara tergesa-gesa kerana sehingga Malaysia ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September 1963,

masih banyak lagi perkara perkara mengenai ekonomi dan sebagainya yang masih belum dipersetujui secara menyeluruh di antara negara- negara yang terlibat (Harun 1991: 224).

Akhirnya selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, perbincangan

dan perbalahan yang tidak diselesaikan sebelumnya berterusan sehingga wujudnya

pertelingkahan yang kritikal terhadap perpaduan kedua-dua buah negara. Keputusan

untuk menyingkirkan Singapura telah mengejutkan berbagai pihak memandangkan

semua pemimpin kerajaan kedua belah pihak termasuklah Lee Kuan Yew (pemimpin

Parti Tindakan Rakyat Singapura) bersetuju dengan syarat-syarat integrasi pelbagai

kaum dalam Malaysia. Malah semua pihak juga bersetuju bahawa peruntukan dalam

Perlembagaan mengenai Bahasa Kebangsaan dan hak-hak Melayu akan dihormati

(Dato' Abdullah Ahmad 1987: 191).

Dalam tempoh lebih dari dua tahun kemasukan Singapura ke Malaysia,

pemimpin-pemimpin politik di Singapura semakin jelas menunjukkan sikap tidak

akan menghormati persetujuan tersebut dan malah melancarkan kempen politik

menentang kerajaan. la dilakukan oleh Parti Tindakan Rakyat (Petir atau PAP) di

bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang mencemuh pemimpin-pemimpin Melayu

sebagai `feudal', `tidak betul-betul berkaliber' dan `naif. . Semasa pilihanraya

Page 16: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

Pusat Khidmat Maklumat Akademik UNIVERSTTI MALAYSIA SARAWAK.

5

persekutuan bulan April 1964, Petir telah mengejek, mencemuh, dan mengecam

keras bentuk kerajaan Melayu di Singapura.

"Ucapan Lee yang berapi-api itu hanya menyalakan perasaan orang- orang Melayu. Sementara orang-orang Melayu tersinggung dengan kecaman-kecaman Lee, orang-orang Cina sebaliknya ghairah bertepuk dan menyokong ucapan-ucapan pemimpin Cina dari Singapura itu. Akibat dari keadaan seperti ini perhubungan dua bangsa yang terbesar di negara ini menjadi semakin renggang (Dato'Abdullah Ahmad 1987: 109) ".

Oleh itu, kerajaan telah memulakan langkah bagi menimbang semula buruk dan

baiknya menerima Singapura untuk terus menjadi anggota dalam Malaysia.

Ketegangan Malaysia-Singapura juga diburukkan lagi oleh tindakan negara-negara

jiran iaitu Indonesia dan Filipina yang menentang hebat penubuhan Malaysia. la

berikutan dari tanggapan Indonesia di bawah pimpinan Presiden Sukarno bahawa

Malaysia adalah satu projek neo-kolonial untuk melanjutkan `Kolonialisme British' di

Asia Tenggara dan tuntutan terhadap Sabah oleh kerajaan Filipina. Maka pilihan

akhir adalah membiarkan Singapura berjalan sendiri sebagai sebuah negara berdaulat

yang berasingan.

Selepas tahun 1965, di mana Singapura telah mencapai kemerdekaan,

perhubungan Malaysia-Singapura sering mengalami ketegangan dalam pelbagai

perspektif sama ada dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun,

kedua buah negara telah mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi,

sosial dan politik melalui dasar-dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan

Dengan adanya kepentingan dalam keselamatan dan kerjasama ekonomi dan politik,

ketegangan sering kembali pulih dengan diselesaikan menerusi rasa saling hormat-

menghormati dan tanggungjawab bersama. Ini adalah kerana kedua buah negara

Page 17: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

6

sedar bahawa keselamatan dan kestabilan dari ancaman luar dan dalam antara mereka

adalah saling bergantungan.

Kerjasama kedua belah pihak dapat dilihat dalam pertubuhan ASEAN

terutamanya dalam perancangan isu-isu organisasi ASEAN dan kepentingan bersama

dalam keselamatan serantau. Selain daripada itu, ia juga telah mengubah arah dasar

luar Malaysia dan Singapura terutamanya dengan kuasa-kuasa Inggeris dan

menghadapi ancaman dari keadaan anarki di Vietnam, reaksi kuasa China serta

Konfrontasi Indonesia ke atas pembentukan Malaysia. (Dato' Abdullah Ahmad 1987:

104)

Dari segi ekonomi, hubungan Malaysia-Singapura telah bermula dari amalan

perdagangan bebas semenjak era Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman

penjajahan British dahulu. Kedudukan pelabuhan Singapura yang strategik serta

mengamalkan perdagangan entreport banyak menghubungkan para pedagang Tanah

Melayu dengan pulau ini. Oleh itu kerjasama antara kedua buah negara tetap

berterusan dalam meningkatkan perkembangan ekonomi masing-masing dengan

penubuhan kawasan pertumbuhan segitiga ekonomi yang terdiri daripada Singapura-

Johor-Riau untuk meningkatkan pelaburan serta kawasan perindustrian.

Kebergantungan Singapura terhadap Malaysia juga dapat dilihat melalui

pembekalan air bersih yang sebahagian besarnya datang dan kawasan Johor. Selain

daripada itu kedua buah negara saling bekerjasama dalam memajukan kerjasama

serantau dalam bidang ekonomi melalui ASEAN (Association of Southeast Asian

Nations) dan AFTA (Asean Free Trade Area atau Kawasan Perdagangan Bebas

Page 18: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

7

Asean). Malaysia-Singapura juga bekerjasama dalam menyokong penubuhan EAEC

(East Asian Economic Caucus).

Dalam bidang sosiobudaya, hubungan Malaysia-Singapura lebih banyak

terbentuk melalui perhubungan rakyat tempatan, dimana rakyat Malaysia kini banyak

menceburkan diri dalam sektor perindustrian Singapura sebagai sumber tenaga

buruh. Namun begitu perbezaan dalam dasar-dasar sosial kerajaan di antara kedua

buah negara telah memberikan suasana yang berlainan dalam kehidupan penduduk di

negara masing-masing. Singapura yang lebih mengamalkan sistem meritokrasi telah

menyerapkan suasana yang sama rata dalam peluang-peluang untuk memajukan diri

sementara Malaysia lebih mengutamakan penjagaan hak keistimewaan golongan

bumuputera untuk menyeimbangkan struktur ekonomi dan pelajaran penduduknya.

Perhubungan sosiobudaya Malaysia-Singapura mula mengalami keadaan yang

genting dalam tahun 1963 hingga 1965. Suasana yang merbahaya antara kaum

Melayu dan Cina telah meletus di mana beberapa rusuhan kaum berlaku di Singapura

pada tahun 1965. la berikutan daripada cemuhan dan kecaman oleh kerajaan Petir

terhadap pemerintahan kerajaan Melayu. Ini menyebabkan kaum Melayu merasa

cemas akan kedudukan mereka sebagai golongan pribumi di Tanah Melayu. Keadaan

ini berterusan sehinggalah membawa kepada pemisahan Singapura dari Malaysia.

Perasaan cemas dan khuatir ini berterusan sehingga membawa kepada rusuhan kaum

di Tanah Melayu pada 13 Mei 1969.

Perhubungan dua hala Malaysia-Singapura selepas perpisahan dan ketegangan

selepas itu telah mulai reda apabila kedua-dua negara berjaya menyesuaikan diri di

antara satu sama lain sebagai negara yang merdeka dan berdaulat. Kedudukan yang

Page 19: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

9

akan dilihat sama ada ia hanyalah satu cadangan ataupun atas faktor saling

bergantung.

Persoalan adakah wajar Malaysia menerima Singapura kembali memandangkan

keadaan ekonomi dan kestabilan pembangunan negara Malaysia ketika ini juga akan

dilihat. Walau bagaimanapun, melihat kepada faktor-faktor yang memungkinkan

Singapura untuk memasuki Malaysia semula seperti halangan untuk mengembangkan

kepesatan pembangunan negaranya memandangkan saiznya yang kecil, faktor

kebergantungan ekonomi, keselamatan dan pertahanan serta keperluan bekalan air

bersih dari Johor adalah tidak mustahil Singapura akan memasuki Malaysia semula

di masa-masa depan.

Malah suasana yang berubah di mana generasi baru kini yang tidak mengalami

ketegangan kaum pada tahun-tahun penarikan diri Singapura (1965-1969) membawa

kepada pola pemikiran yang berbeza mungkin akan mendorong percantuman semula

kedua buah negara.

1.3 Matlamat Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kemungkinan Singapura memasuki Malaysia

semula berdasarkan kepada faktor-faktor politik, sejarah, keselamatan, ekonomi,

sosial-budaya, dan geografi. Selain daripada itu, suasana semasa percantuman

Malaysia-Singapura pada tahun 1963-1965 akan diteliti bagi mencari sebab-sebab

Singapura disingkirkan. Perbezaan dalam dasar-dasar kerajaan juga akan diteliti bagi

melihat sama ada percantuman semula adalah sukar ataupun diperlukan.

Page 20: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

8

hampir di antara ke dua buah negara telah membawa kepada persamaan dan

keperluan untuk saling bergantung dalam bidang-bidang yang penting dalam dasar

luar masing-masing seperti ekonomi, politik, keselamatan dan pertahanan.

Keadaan inilah yang menjadi asas perhubungan kedua buah negara untuk saling

rapat di antara satu sama lain. Kajian ini akan melihat sejauhmana kedua buah negara

saling memerlukan antara satu sama lain dan kemampuan untuk berdiri sendiri

sebagai negara yang berasingan bagi menilai kemungkinan Singapura memasuki

Malaysia semula.

1.2 Kenyataan Masalah

Dalam kajian ini, kemungkinan Singapura untuk memasuki Malaysia semula

akan dikaji. Kajian ini akan dimulakan dengan melihat perhubungan politik, ekonomi

dan sosial kedua buah negara apabila kemasukan Singapura ke Malaysia. Pergolakan

politik, ekonomi dan sosial yang berlaku dalam negara baru Malaysia selepas tahun

1963, telah menunjukkan bahawa Singapura perlu dibiarkan untuk mendirikan

kerajaan yang berasingan.

Selepas penyingkiran Singapura pada 9 Ogos 1965 daripada Persekutuan

Malaysia, kedua-dua buah negara telah berkembang mengikut haluan masing-masing.

Namun begitu, atas dasar sebagai jiran yang terdekat, kedua buah negara masih

meneruskan perhubungan dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pertahanan serta

sosial. Haluan pendirian kedua buah negara yang berbeza mungkin menyukarkan

percantuman semula. Oleh itu kemungkinan Singapura memasuki Malaysia semula

Page 21: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

10

Goh sendiri pernah mengakui bahawa Singapura lambat-laun akan memohon

menyertai Malaysia memandangkan kemerosotan ekonominya (Massa Ogos

1996: 20). Kenyataan tersebut menunjukkan kebimbangan Singapura mengenai masa

depan ekonominya yang sudah hampir mencapai tahap maksimum dan tidak mampu

berkembang lagi. Sejak keluar dari Malaysia, Singapura telah menunjukkan kejayaan

dalam pertumbuhan ekonomi yang cemeralang sehingga menjadi pusat perdagangan

antarabangsa. Namun begitu, pertumbuhan ekonominya semakin lembap dan

mencapai tahap tepu di mana pada awal tahun 1984, pertumbuhan ekonomi yang

sebanyak 10.1 peratus telah menurun kepada 9.2 peratus tiga bulan kemudian, diikuti

demgam 5.5 peratus, 2.7 peratus dan 0 peratus (Dewan Masyarakat September 1985).

Pertumbuhan ekonomi Singapura pada awal tahun 1985 adalah 1.3 peratus iaitu

yang terburuk sekali dalam tempoh dua puluh tahun ia mencapai kemerdekaan.

Kemelesetan pertumbuhan ekonomi ini merupakan kali yang ketiga bagi Singapura.

Kali pertama adalah di waktu awal penguasaan PAP pada tahun 1959 yang

menyebabkan perpindahan para majikan ke Kuala Lumpur kerana bimbangkan

ancaman komunis. Kali kedua pula berlaku pada tahun 1963, yang disebabkan oleh

rusuhan kaum dan konfrontasi Indonesia.

Kepesatan ekonomi Malaysia dijangka akan mengatasi kekuatan ekonomi

Singapura dengan kadar pertumbuhan ekonomi 8.5 peratus pada tahun 1996. Malah

keluasan Singapura yang terhad juga menyebabkan ramai rakyat Singapura berhijrah

ke luar negara. Oleh itu bagi Singapura dengan menjalinkan perhubungan yang lebih

rapat dengan Malaysia, masalah tersebut boleh disalurkan ke Malaysia

memandangkan ia masih memberikan faedah kepada negaranya.

Page 22: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

11

Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa

kemungkinan penyertaan semula Singapura ke Malaysia tidak boleh ditolak.

Malaysia boleh menerima atau menolek pelawaan tersebut berasaskan pelbagai alasan

sejarah, ekonomi, politik, dasar kerajaan, pendidikan, sumber tenaga dan sebagainya.

Dalam senario yang menyaksikan lebih banyak negara yang berpecah, kedua-dua

negara tentu tidak mahu didominasi oleh sesiapa (Massa 31 Ogos 1996: 20). Oleh itu,

kenyataan yang disuarakan oleh pemimpin Singapura tersebut perlulah dikaji dengan

lebih mendalam. Maka dengan adanya kajian ilmiah ini, diharapkan ia dapat

menyumbangkan jawapan kepada persoalan kemungkinan kemasukan semula

Singapura ke Malaysia yang timbul dan hangat diperkatakan akhir-akhir ini.

1.4 Metodologi Kajian

Secara keseluruhannya kajian tajuk ini akan berasaskan kepada penyelidikan

perpustakaan. Sebab utama kaedah ini digunakan adalah kerana kajian ini adalah

berdasarkan kepada isu-isu sejarah dan isu semasa. Tambahan pula, kajian ini

menumpu kepada maklumat-maklumat sejarah dan isu yang sedang berlaku. Kajian

ini juga akan menggunakan journal journal, majalah-majalah akademik, dan

suratkhabar tempatan. Selain daripada itu, kaedah lain seperti rangkaian Internet

dan CD-Rom juga digunakan dalam pengumpulan maklumat serta data.

1.5 Skop Kajian

Kajian ini akan bermula daripada perhubungan awal Malaysia-Singapura iaitu

semenjak penerokaan Singapura oleh rombongan Kesultanan Melayu Johor

Page 23: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

12

sehinggalah kemasukan Singapura ke Malaysia pada tahun 1963 dan penarikan

dirinya dari persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Tempoh dua tahun lebih

penyatuan Malaysia-Singapura dianggap penting kerana ia merupakan kemuncak

kepada perhubungan dua hala kedua buah negara. Malah dalam tempoh inilah

berlakunya saat-saat genting dan merbahaya dalam perhubungan tersebut.

Pertelingkahan akibat daripada beberapa soal-soal ekonomi, politik, dan sosial yang

tidak diselesaikan sebelum penubuhan Malaysia telah membawa kepada keputusan

untuk mengeluarkan Singapura terpaksa dilakukan.

Seterusnya kajian ini akan melihat kesan penarikan diri Singapura ke atas

perkembangan dan pembangunan pesat kedua buah negara. Perhubungan kedua buah

negara juga sering mengalami ketegangan namun kerjasama tidak dapat diabaikan.

Kerjasama mereka jelas dilihat melalui berbagai pertubuhan seperti ASEAN,

Komanwel, Pakatan Lima Pertahanan Kuasa, EAEG dan AFTA.

1.6 Kajian Lepas

Kajian lepas ini diambil dari hasil penulisan Michael Antolik iaitu: ASEAN and

the Diplomacy of Accommodation; Completing the Core: Singapore yang

membincangkan kesan pemisahan Singapura dari Malaysia terhadap perhubungan dua

hala kedua buah negara. Selepas pemisahan tersebut, berbagai pertelingkahan telah

berlaku berhubung dengan tindakan Singapura dalam bidang keselamatan, politik

dan ekonomi yang mengancam kestabilan perhubungannya dengan negara-negara

Asia Tenggara. Punca pertelingkahan Malaysia-Singapura adalah pada perbezaan

Page 24: DS - ir.unimas.my Malaysia-Singapura... · Singapura kemudiannya diletakkan di bawah kuasa Inggeris melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada 17 Mac 1824 yang ditandatangani di London

13

polisi iaitu berhubung dengan hak-hak bumiputera Melayu di Malaysia dan hak kaum

Cina di Singapura.

Singapura mula menonjolkan dirinya sebagai negara yang berdikari dengan

mengamalkan "Singapura-centric" selepas pemisahannya dari Malaysia. la

memulakan langkah agresifnya dengan mengumumkan penghantaran pulang 45,000

bekas pekerja Malaysia semasa penguasaan British. Walau bagaimanapun Malaysia

bertindak dengan pengumuman untuk memberhentikan 60,000 pekerja Singapura di

seluruh Malaysia. Ketegangan antara kedua buah negara berterusan selepas itu

contohnya apabila kerajaan Singapura menimbulkan kemarahan kepada pihak

Malaysia apabila beberapa belia warga Malaysia dipotong pendek rambut mereka.

Dalam bidang keselamatan dan pertahanan Singapura juga mulai meningkatkan

sistem pertahanannya dengan melihat dirinya sebagai negara Israel yang dikelilingi

oleh negara-negara besar Islam. Oleh itu Singapura telah membina model sistem

pertahanan ala Israel. Ini termasuklah pengambilan pakar penasihat ketenteraan

Israel.

Selain daripada itu, Singapura turut menawarkan negaranya untuk penempatan

kuasa-kuasa besar berhaluan kiri seperti China dan Rusia. Cadangan tersebut diambil

oleh kerajaan Singapura memandangkan ketegangan dalam perhubungan dua halanya

dengan Malaysia dan Indonesia. Oleh itu bagi menguatkan kedudukan politik dan

keselamatannya Singapura memutuskan untuk mendapatkan sokongan daripada

kuasa-kuasa besar. Pilihan penaung yang dipilih oleh Singapura telah

membimbangkan jiran-jirannya akan kewujudan kuasa-kuasa besar memandangkan

negara-negara Asia Tenggara telah bersetuju untuk mengwujudkan kawasan Aman,