perjanjian hudaibiyah

3
Sejauh manakah faktor pencabulan terhadap Perjanjian Hudaibiyah oleh golongan Quraisy membawa pembukaan kota Makkah, dan huraikan tindakan – tindakan Rasulullah s.a.w. mengukuhkan kota Makkah yang baru dikuasai itu. A. Pengenalan 1. Penentangan orang – orang Quraisy terhadap Rasulullah s.a.w. tidak tamat dengan peristiwa penghijrahan Baginda s.a.w. dan umat Islam ke kota Madinah. Malah, apa yang berlaku ialah penentangan semakin hebat sehingga membawa kepada beberapa siri peperangan, umpamanya Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang Ahzab. 2. Penentangan terhenti seketika pada tahun 6 H, apabila kedua – dua pihak telah bersetuju menandatangani Perjanjian Hudaibiyah yang mengandungi beberapa perkara penting seperti gencatan senjata selama 10 tahun, pihak Islam atau Quraisy tidak boleh memaksa mana – mana kabilah menyebelahi mereka serta terlibat dalam apa jua konflik, Nabi Muhammad mesti menyerahkan penduduk Makkah yang berhijrah ke kota Madinah tanpa keizinan penjaganya, sementara mereka yang lari ke Makkah tidak perlu dikembalikan. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w. hanya dibenarkan masuk ke kota Makkah pada tahun berikutnya B. Faktor Pembukaan Kota Makkah 1. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pencabulan Perjanjian Hudaibiyah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan umat Islam bertindak membuka kota Makkah. Ketika gencatan senjata sedang berjalan sebagaimana yang diputuskan oleh kedua – dua pihak, satu konflik telah berlaku antara Bani Bakr dan Bani Khuzaah. Bani Bakr merupakan sekutu kepada golongan Quraisy sedangkan Bani Khuzaah merupakan puak yang telah membuat perjanjian persahabatan dengan orang – orang Islam. 2. Musyrikin Makkah telah bertindak mencampuri konflik yang sedang berlangsung dengna tiba – tiba bertindak membunuh orang – orang Bani Khuzaah yang sedang mencari perlindungan di kota Makkah. Hal ini jelas menunjukkan golongan Quraisy telah melanggar fasal yang ditetapkan dalam Perjanjian Hudaibiyah. 3. Apabila Rasulullah s.a.w. mengetahui tindakan golongan Quraisy mencabuli perjanjian ini, maka Baginda s.a.w. telah bertindak menyiapkan tentera yang berjumlah 10 000 orang untuk mara ke kota Makkah. Kedatangan tentera Islam yang jumlahnya agak besar ini menggerunkan para pemimpin Quraisy yang mengambil keputusan menyerah kalah tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah. Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak mengumumkan sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan ataupun kaabah, ia akan selamat dan aman. 4. Selain itu, faktor yang mendorong pembukaan kota Makkah ialah kekuatan dan keadaan politik Islam yang lebih baik dari keadaan sebelumnya. Sesudah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani, semakin banyak kabilah Arab menerima Islam, begitu juga dengan pemimpin Quraisy, sesetengah daripada mereka telah menerima Islam sebagai ad din seperti Khalid al Walid dan Ikrimah bin

Upload: mohdzakiahmad

Post on 05-Jul-2015

297 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Sejauh manakah faktor pencabulan terhadap Perjanjian Hudaibiyah oleh golongan Quraisy membawa pembukaan kota Makkah, dan huraikan tindakan – tindakan Rasulullah s.a.w. mengukuhkan kota Makkah yang baru dikuasai itu.

A. Pengenalan

1. Penentangan orang – orang Quraisy terhadap Rasulullah s.a.w. tidak tamat dengan peristiwa penghijrahan Baginda s.a.w. dan umat Islam ke kota Madinah. Malah, apa yang berlaku ialah penentangan semakin hebat sehingga membawa kepada beberapa siri peperangan, umpamanya Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang Ahzab.

2. Penentangan terhenti seketika pada tahun 6 H, apabila kedua – dua pihak telah bersetuju menandatangani Perjanjian Hudaibiyah yang mengandungi beberapa perkara penting seperti gencatan senjata selama 10 tahun, pihak Islam atau Quraisy tidak boleh memaksa mana – mana kabilah menyebelahi mereka serta terlibat dalam apa jua konflik, Nabi Muhammad mesti menyerahkan penduduk Makkah yang berhijrah ke kota Madinah tanpa keizinan penjaganya, sementara mereka yang lari ke Makkah tidak perlu dikembalikan. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w. hanya dibenarkan masuk ke kota Makkah pada tahun berikutnya

B. Faktor Pembukaan Kota Makkah

1. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pencabulan Perjanjian Hudaibiyah merupakan salah satu faktor yang menyebabkan umat Islam bertindak membuka kota Makkah. Ketika gencatan senjata sedang berjalan sebagaimana yang diputuskan oleh kedua – dua pihak, satu konflik telah berlaku antara Bani Bakr dan Bani Khuzaah. Bani Bakr merupakan sekutu kepada golongan Quraisy sedangkan Bani Khuzaah merupakan puak yang telah membuat perjanjian persahabatan dengan orang – orang Islam.

2. Musyrikin Makkah telah bertindak mencampuri konflik yang sedang berlangsung dengna tiba – tiba bertindak membunuh orang – orang Bani Khuzaah yang sedang mencari perlindungan di kota Makkah. Hal ini jelas menunjukkan golongan Quraisy telah melanggar fasal yang ditetapkan dalam Perjanjian Hudaibiyah.

3. Apabila Rasulullah s.a.w. mengetahui tindakan golongan Quraisy mencabuli perjanjian ini, maka Baginda s.a.w. telah bertindak menyiapkan tentera yang berjumlah 10 000 orang untuk mara ke kota Makkah. Kedatangan tentera Islam yang jumlahnya agak besar ini menggerunkan para pemimpin Quraisy yang mengambil keputusan menyerah kalah tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah. Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak mengumumkan sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufyan ataupun kaabah, ia akan selamat dan aman.

4. Selain itu, faktor yang mendorong pembukaan kota Makkah ialah kekuatan dan keadaan politik Islam yang lebih baik dari keadaan sebelumnya. Sesudah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani, semakin banyak kabilah Arab menerima Islam, begitu juga dengan pemimpin Quraisy, sesetengah daripada mereka telah menerima Islam sebagai ad din seperti Khalid al Walid dan Ikrimah bin Abi Jahal. Hal ini memberikan keyakinan kepada umat Islam seandainya mereka menyerbu kota Makkah pastinya kemenangan akan menyebelahi mereka.

5. Selain itu, umat Islam terdorong untuk membebaskan atau menguasai kiblat mereka iaitu Masjidil Haram yang berada dalam genggaman golongan kafir Quraisy serta membersihkannya daripada kekotoran agama berhala. Berdasarkan alasan inilah Rasulullah s.a.w. telah bertegas menolak permintaan Abu Sufyan melanjutkan lagi tempoh kunjungan ibadat umat Islam ke kota Makkah.

6. Faktor seterusnya ialah berhubung perilaku orang Quraisy yang langsung menggambarkan tidak mahu hidup dalam keadaan aman. Keputusan serta akibat Perang Mu’tah yang mengorbankan beberapa perajurit Islam seolah - olah menggambarkan umat Islam kini lemah, kerana itulah mereka berani mencabar orang Islam sekaligus melanggar Perjanjian Hudaibiyah.

7. Rasulullah s.a.w. juga dikatakan menerima wahyu daripada Allah supaya melaksanakan pembukaan kota Makkah sekaligus menghapuskan amalan syirik di sana. Kemenangan tentera Islam telah dibayangkan dengan turunnya Surah al Fath selepas termetarainya Perjanjian Hudaibiyah.

C. Tindakan Pengukuhan Di Kota Makkah

1. Langkah pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah menyelesaikan masalah tawanan perang. Nabi Muhammad bertindak mengampunkan kesalahan yang dilakukan oleh penentang – penentang Islam sekaligus membebaskan mereka tanpa syarat. Namun beberapa orang yang dianggap berbahaya dijatuhkan hukuman bunuh. Hal ini sekaligus menggambarkan keperibadian Rasulullah s.a.w. yang mulia serta etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam.

2. Langkah seterusnya yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ialah membersihkan kota Makkah dari patung – patung berhala yang disembah oleh masyarakat Quraisy sejak zaman nenek moyang mereka dahulu. Selain itu, Baginda juga menguruskan perkaara berkaitan pengurusan kaabah, jawatan pengurusan kaabah ini telah diserahkan kepada Usman bin Talhah dan anak cucunya, sementara pengurusan minuman dan makanan diserahkan kepada Abbas bin Abdul Mutalib.

3. Nabi Muhammad s.a.w. turut melancarkan dua peperangan, iaitu Perang Hunain dan Perang Taif ke atas suku Bani Hawazin dan sekutu – sekutunya yang masih enggan akur akan kekuatan tentera Islam. Dalam dua siri peperangan ini, Nabi Muhammad telah memperkenalkan taktik baru iaitu mengepung kota Taif dan mengugut akan membakar ladang –

Page 2: PERJANJIAN HUDAIBIYAH

ladang yang dimiliki oleh seteru Islam itu. Implikasinya, Malik dan Auf dan golongan Hawazin serta Bani Thaqif akhirnya menyerah kalah kepada tentera Islam.

4. Pada tahun 9 H, Rasulullah s.a.w. turut melancarkan Perang tabuk ke atas orang – orang Rom di sebelah utara khususnya daeraah Ghassan. Dalam peperangan ini, tentera Rom telah mengundur ke sempadan mereka. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah mengarah tentera Islam agar tidak mengejar tentera – tentera Rom itu kerana bimbang sekiranya ada perangkap yang bakal menanti tentera Islam. Kekuatan tentera Islam semakin diakui walaupun tidak memperoleh kemenangan yang mutlak, ini terbukti dengan kesanggupan penduduk Ayla membayar jizyah begitu juga dengan penduduk Daumah al Jandal.

5. Selepas daripada itu, pelbagai kabilah telah datang menemui Rasulullah s.a.w. sama ada menyatakan kesanggaupan menerima Islam ataupun membayar jizyah. Antaranya kabilah Muzainah, Asad, Tamin, ‘Abs, Ghatfan, Tayy, Kinanah, Kilab, Syaiban dan sebagainya. Peristiwa atau tahun ini telah dikenali sebagai Tahun Perdamaian yang menjadi titik tolak perkembangan agama Islam di pelosok Semenanjung Tanah Arab.

6. Langkah seterusnya Rasulullah s.a.w. ialah mengerjakan haji bersama – sama seluruh umat Islam. Peristiwa ini merupakan haji yang terakhir yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dikenali sebagai Haji Wida’. Ketika inilah Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan amanat kepada umat Islam agar hidup saling bekerjasama antara satu sama lain serta tidak melupakan al Quran dan Hadis ketika menghadapi masalah.

7. Selepas mengerjakan haji, Rasulullah s.a.w. telah menyiapkan angkatan tentera yang diletakkan di bawah pimpinan Usamah bin Zaid untuk digerakkan ke Ghassan. Walau bagaimanapun tentera ini tidak sempat digerakkan disebabkan Rasulullah s.a.w. telah wafat, namun selepas Abu Bakar al Siddiq dilantik sebagai Khalifah, tentera ini telah digerakkan dan berjaya mencapai kemenangan yang gilang – gemilang.

D. Kesimpulan

1. Kemenangan serta kejayaan membuka kota Makkah merupakan suatu tamparan hebat yang dialami oleh para pemimpin Quraisy yang begitu kuat menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. peristiwa pembukaan kota Makkah sekaligus telah melenyapkan permusuhan dan memberi amaran kepada Rom dan Parsi bahawa kedua – dua kuasa tersebut akan menerima nasin yang sama kelak.