perjalanan hokiusm

3
PERJALANAN PESTA HOKI Penganjuran Pesta Hoki USM-Penang International 2012 (Pesta Hoki) bukan sekadar pertandingan semata-mata namun banyak pihak boleh mempelajari sesuatu daripada acara sebegini. Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (TNCHEPP) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Adnan Hussein, siswa-siswi yang terlibat sebagai sukarelawan dalam acara pesta hoki dapat menimba pelbagai pengalaman dalam menguruskan acara yang bertaraf antarabangsa sebegini. “Bagi siswa-siswi, penganjurannya bukan sahaja memastikan perjalanan pesta hoki ini berjalan dengan lancar malah yang lebih penting ialah cara mereka bekerja dalam satu pasukan,” katanya. “Terdapat setiap kaum yang mewakili jawatankuasa dalam Pesta Hoki dan menjadi identiti kepada acara ini,” tambahnya lagi. Beliau berkata antara kejayaan penganjuran Pesta Hoki selama 39 tahun ini dapat memupuk semangat berpasukan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam kalangan siswa-siswi USM. Selain itu, peserta dari luar negara juga bukan sekadar menyertai pertandingan hoki tetapi akan mempelajari kehidupan dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia. “Semangat kesukarelawan dan pengorbanan yang tinggi telah diterapkan dalam Pesta Hoki dan menjadikan ia sebagai identiti kepada USM di peringkat antarabangsa,” katanya.

Upload: sureskumarmariskrishanan

Post on 19-Feb-2016

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

perjalanan hokiUSM

TRANSCRIPT

Page 1: perjalanan hokiUSM

PERJALANAN PESTA HOKI

Penganjuran Pesta Hoki USM-Penang International 2012 (Pesta Hoki) bukan sekadar

pertandingan semata-mata namun banyak pihak boleh mempelajari sesuatu daripada acara

sebegini.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (TNCHEPP)

Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Adnan Hussein, siswa-siswi yang terlibat sebagai

sukarelawan dalam acara pesta hoki dapat menimba pelbagai pengalaman dalam

menguruskan acara yang bertaraf antarabangsa sebegini.

“Bagi siswa-siswi, penganjurannya bukan sahaja memastikan perjalanan pesta hoki ini

berjalan dengan lancar malah yang lebih penting ialah cara mereka bekerja dalam satu

pasukan,” katanya. “Terdapat setiap kaum yang mewakili jawatankuasa dalam Pesta Hoki

dan menjadi identiti kepada acara ini,” tambahnya lagi.

Beliau berkata antara kejayaan penganjuran Pesta Hoki selama 39 tahun ini dapat memupuk

semangat berpasukan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam kalangan siswa-siswi USM.

Selain itu, peserta dari luar negara juga bukan sekadar menyertai pertandingan hoki tetapi

akan mempelajari kehidupan dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia.

“Semangat kesukarelawan dan pengorbanan yang tinggi telah diterapkan dalam Pesta Hoki

dan menjadikan ia sebagai identiti kepada USM di peringkat antarabangsa,” katanya. 

Beliau turut berharap agar Pesta Hoki dapat dijadikan contoh terbaik bagi siswa-siswi dalam

menjalankan acara-acara yang akan datang selain pemilihan jawatankuasa yang terdiri

daripada pelbagai kaum.

Page 2: perjalanan hokiUSM

Pesta Hoki USM-Penang International yang baru berlangsung merupakan pengalaman

pertama STAR menyertai kejohanan 3 hari ini. STAR buat pertama kalinya menghantar

pasukan bawah 15 Tahun untuk bertanding dalam kategori Junior Boys. STAR telah

diletakkan bersama pasukan Gold Team (Sri Lanka), Majlis sukan Sekolah-sekolah Selangor

B dan Penang Free School dalam kumpulan F.

STAR bertuah kerana dapat bermain dengan pasukan hebat dan bertaraf antarabangsa. Dalam

aksi pertama STAR bertemu dengan Gold Team (Sri Lanka). Sri Lanka menampilkan corak

menyerang yang kemas dan kemenangan memihak kepada mereka dan STAR tewas 0-1.

Perlawanan ke dua merupakan perlawanan hidup atau mati STAR. Jika tewas STAR akan

gagal ke peringkat ke dua. Dan STAR turun dengan aksi yang lebih meyakinkan dalam

perlwanan ke dua, STAR menang 2-0 mengatasi MSS Selangor hasil jaringan Iqbal Ramlan

untuk ke dua-dua gol.

Melengkapkan jadual pada hari pertama STAR dijadualkan menentang Penang Free School,

sekolah ternama dalam sukan hoki. Turun selaku underdog, STAR akhirnya berjaya

mewaskan PFS buat pertama kali dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Izham Nishah.

Alhamdulillah STAR berada pada ke dudukan ke dua kumpulan dan layak ke pusingan ke

dua.

Pusingan ke dua menyaksikan STAR bertemu Chinese Taipie. Tamat masa perlawanan

sebenar kedudukan terikat 0-0 walaupun STAR memiliki banyak peluang untuk

menjaringkan gol sama ada melalui gol padang atau PC. Keputusan seri membawa kepada

Penalti Stroke. namun , sayangnya STAR tewas 0-1.