peribahasa yang sama maksud

Upload: rahani-abas

Post on 02-Mar-2016

469 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • Peribahasa Yang Sama Maksud..... :-)0302: Bagai ayam naik ke surau.

    Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda.Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan EncikRamli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendakmempelawanya minum.Sehinggalah ia membuat keputusan untukbalik, secawan air pun tidak dihidangkan.Keadaan yang dialamioleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau.

    0303: Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekorbergelimang tahi.Makna: Seseorang yang bercakap tinggi tetapi keluarganya dalamkemelaratan.Sama erti: 1.Membasahkan garam sendiri.2.Buah kedempung, diluar berisi di dalam kosong.Contoh: Sentiasa memberi nasihat dan cadangan, tetapi dia sendiritidak amalkan hinggakan keadaan kehidupan keluarganya tidaksempurna.Caranya ini bagai ayam si tombong, kokokberderai-derai, ekor bergelimang tahi.

    0304: Bagai ayam yang terkecundang.Makna: Sangat ketakutan.Sama erti: 1.Malu berani, mati takut.2.Pelandok di cerangrimba.Dalam ketakutan dan gelisah.3.Jiwa bergantung dihujung rambut.4.Bagai kambing dalam biduk.Contoh: Keadaan Seman bagai ayam kecundang kerana ia jugaterlibat dalam kes pengedaran dadah di kampung tersebut.Iaberasa takut kerana polis sedangmembuat penyiasatan pada kestersebut.

    0305: Bagai bajak wangkang makan diangkat.Makna: Orang yang gemar dipuji.Sama erti: 1.Ditanam tebu di telinga,berkembang bunga raya dimuka.2.Lemak manis pada dialah, pahitmaung pada orang.Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan olehbeliau, pasti akandiheboh-hebohkan kepada semua rakan-rakannya.Tindakannyasupaya ia mendapat pujian.Sikapnya bagai bajak wangkang makandiangkat.

    0306: Bagai balak terendam.jMakna: Orang gemuk yang malas bergerak.Sama erti: 1.Seperti badak berendam.2. Seperti sumpit abuditegakkan.3.Bagai sumpit dientakkan.Contoh: Banyak tugasan yang belum disiapkanoleh Tina kerana diaasyik tidur sahaja bila di dalambilik.Badannya yang gemuk danmalas inimenjadikan iadigelar bagai balak terendam.

    0308: Bagai beliung dengan asahan.Makna: Tidak pernah berpisah.Sama erti: 1.Seperti belangkas.2.Bagai dakwat dengankertas.Contoh: Sejak dari tahun pertama, merekasentiasa bersama-samaada ke kuliah atau untuk membuattugasan.Keadaan mereka bagai

  • beliung dengan asahan.

    0309: Bagai belut digetir (= diketil) ekornya.Makna: Cepat sekali.Sama erti: 1.Pantasnya seperti kilat.2.Berabu.3.Bakcetus api.4.Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).Contoh: Pertandingan acara berlari semuanyadibolot oleh Ali.Kepantasa lariannya bagai belutdigetir.

    0310: Bagai belut diregang.Makna: Tinggi dan kurus.Sama erti: Cicak kobeng.Contoh: Pasukan B berjaya berjaya di dalampertandingan bolakeranjang kerana terdapat seorangpemain yangtinggi dan sentiasaberjaya memasukkan gol.Keadaan fizikalnya bagai belutdiregang.

    0311: Bagai berkain tiga hasta.Makna: Serba tak cukup (miskin).Sama erti: 1.Berkain tak cukup seblitpinggang.2.Berkayuhsampan bocor.3.Kain dibakar tiada berbau.4.Sudah dahagasampai pula telagakering.5. Teranggit-anggit seperti rumputdi pintu.6.Tertelentang berisi air,tertiarap berisi tanah.Contoh: Sejak kematian suaminya, mak limahterpaksa bekerjakeras untuk menyara makan minum anaknyayang ramai.Keadaanhidupnya sekarang bagai berkain tigahasta.

    0313: Bagai berseru di padang pasir.Makna: Seruan yang tidak diendahkan orang.Sama erti: Seperti memekik di tengah padangluas.Contoh: Walaupun telah beberapa kali wakilrakyat itu memintasupaya penduduk di kawasan perumahanitu bersatu untuk menjagakeharmonian, tetapi tidak adakata sepakat dan tidak dipedulikansahaja.Seruannyabagai berseru di padang pasir.

    0315: Bagai bertanak di kuali.Makna: Terlalu murah hati hingga binasa kerananya.Sama erti: 1.Seperti pelita, membakar diri,menyalankan orang.2.Seperti lilin membakar diri.3.Memerah kain basahan orang.4.Mengairi sawah orang.Contoh: Keadaannya bagai bertanak di kuali,kerana habis wangnyatelah digelapkan oleh wakil syarikatyang kononnya hendakmeminjam.Rupa-rupanya ia telahmenipu.

    0316: Bagai bertandang ke rumah janda.Makna: Bertemu ke rumah orang yang tidak menjamu apa-apa.Sama erti: Bagai ayam naik ke surau (No. 302).Oleh itu sayatidak akan menghuraikannya lagi sebab sama.

    0317: Bagai bertemu(= makan) buah si malakamo :dimakan matibapak, tidak dimakan mati ibu.Makna: Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit;dalamkeadaan yang serba salah.

  • Sama erti: 1.Bagai memegang buah kepantanganberuk : ditelanmati emak, diluah mati bapa.2.Seperti Quran buruk : dibacatak boleh dipersebarang dosa.3.Digenggam takut mati,dilepaskan takut terbang.4.Dikatakan mati emak, takdikatamati bapak.5.Lalu hangus, surat layu,Contoh: Keputusan yang terpaksa dibuat olehSuzi bagai bertemubuah malakoma, dimakan mati bapak,tidak dimakan mati ibu,kerana ia akan melibatkan masadepan dirinya dan nasihkeluarganya.

    0318: Bagai bertepuk sebelah tangan.Makna: Cinta kasih yang tidak berbalas.Sama erti:1. Bertepuk sebelah tangan,bersiul sambil menganga.2.Tepuk sebelah tangan tak akanberbunyi.Contoh: Gadis yang cantik itu telah menyebabkanramai oranglelaki yang cuba mendekatinya tapi sedikitpun tidak dilayan.Akibatnya mereka bagai bertepuksebelah tangan.

    0319: Bagai buruk kena ipuh.Makna: Mengeliat-geliut (kerana kesakitan).Sma erti:1.Cengkelingbagai ular kena palu.2.Bagaicacing kepanasan.Contoh: Mat mengidap penyakitgastrik.Sekiranya dia tersilapmakan, penyakit akan datangmenyebabkan ia tidakdapatmenahannyadan keadaannyabagai beruk kena ipuh.

    0320: Bagai berumah di tepi tebing.Makna: Selalu dalam kekuatiran.Sama erti: 1.Bagai telur di hujung tanduk.2.Menanti lakipulang maling.Contoh: Malim berasa kuatir kerana anaknyasudah dua hari tidakpulang ke rumah.Semua kerjanyatidak menjadi kerana kuatirbagai berumah di tepi rawa.

    0321: Bagai besi dengan penamban.Makna: Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.Sama erti: 1.Bagai kayu lempung, ditebuk kumbangtembus-menembus.2.Kalau langit hendak menimpabumi, bolehkahditahan dengantelunjuk.3.Seperti tepung di tanganpengadun.Contoh: Pada zaman penjajahan Jepun, semuaorang takut dengancara pemerentahan mereka.Keadaan inibagai besi denganpenamban.

    0322: Bagai biawak mengulangi bangkai.Makna: Lelaki yang suka pergi ke tempat orang jahat.Sama erti: 1. Seperti anjingh mengulangibangkai. 2. Lalatlangaumengerumunibangkai.

    0323: Bagai buah keras di dalam sekul.Makna: Bercakap dalam keadaan tergopoh-gapah.Sama erti: 1.Seperti bertih direndang.2.Menggerutu sbagaibuluh diperun.Contoh: Sejak dari tadi Min tidak berhenti-henti becakap.

  • Cakapnya yang tergopoh-gopoh bagai buahkeras di dalam sekulamat sukar difahami.

    0324: Bagai budak menyapu ingus.Makna: Beroleh malu dalam sesuatu majlis.Sama erti: 1.Laksanakedidi : di mana pantaitercunggit-cunggit.2.Seperti cicak makan kapur.Contoh: Ada tetamu yang tersinggong tanganAminah, menyebabkancawan yang dipegangnya terjatuhsemasa majlis jamuan itudiadakan.Walaupun bukan salahdirinya tetapi ia rasa sangatmalu bagai budak menyapuingus.

    0325: Bagai bulan empat belas.Makna: Kecantikan wajah seorang wanita.Sama erti: 1.Seperti emas baru disepuh.2. Bagai janda barubangun tidur.3.Serupa bulan penuh. 4.Serupa burak.5.Seperti kelopak pandan.Contoh: Semua pakaian yang digayakan olehnyakelihatan sangatmenarik.Bukan sahaja kerana rekabentukitu yang menarik tetapikerana kecantikan wajahnya bagaibulan empat belas.

    0326: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.Makna: Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya keranahendakberjalan.Sama erti: 1.Seperti penjajap berpalinghendak hilir.2.Bagai cacing gila.Contoh: Hampir dua jam aminah bersolek, bila iahendak pergiberjalan.Kecantikannya selalu mendapatperhatian di luar.Dirinya bagai bulan penuh mengambangdi kaki awan. 0327: Bagai buntal kembung.Makna: Bodoh dan sombong.Sama erti: 1.Beriak tanda dalam, bergoncangtanda tak penuh.2. Bagai tagar di Pulau Sembilan.Contoh: Mak Limah selalu bersungut keranaanaknya selalu membuatsilap semasa kiraan dalamperniagaan.Bila diajar tidak diambilpeduli.Perangaianaknya bagai buntal kembung.

    0329:Bagai bunyi orang dikoyak harimau.Makna: Berteriak-teriak dan melolong dengan kuat.Sama erti: 1.Berjerit-jerit seperti kucing biang.2.Sepertikuang memekik dipuncak gunung.3.Bagai halilintar membelahbumi. Contoh: Zaiton sentiasa berhati-hati dalammembuat kerja-kerjarumah supaya emaknya tidak marah.iaberasa malu sekiranyadimarahi oleh emaknya yangmempunyai suara terlalu kuat bagaibunyi orang dikoyakharimau.

    0330: Bagai bunyi perempuan di air.Makna: Ramai (= riuh) sekali.Sama erti: 1.Bagai keling karam.2.Bagai ombak purus.Contoh: Bagai bunyi perempuan di air, apabilakeluarga EncikSeman berkumpul pada hujung minggu.Anakcucunya yang ramaimenjadikan rumahnya sangat bising.

  • 0331: Bagai bunyi siamang kenyang.Makna: Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapatkesenangan.Sama erti1.Seperti gadis jolong bersubang,bujang jolongberkeris.2.Seperti si buta mendapattongkat, dipukulkan butatuli.Contoh: Che Mat selalu menghebab-hebahkanbagaimana caranya iaberoleh kesengan sekarang ini.Sikapnya bagai siamang kenyang.

    0332: Bagai cacing gila.Makna: Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya.Sama erti: Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.Contoh: Ali berang bila orang mengatakan isterinya bagai cacinggila.Dia mesti bertindak tegasterhadap sikap isterinya yangsuka bertandang ke rumahorang.

    0333: Bagai cacing kena air panas.Makna: Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, maludanlain-lain).Sama erti: 1.Bagai kucing hendak beranak.2. Terloncat-loncatbagai ulatpinang.3. Seperti kucingdi atastitian.4.Kera kena belacan.Contoh: Berita kemalangan yang menimpakeluarganya menyebabkandia tidak dapat berbuat apa-apa.Keadaannya bagai cacing kenaair panas, hingga terpaksaorang lain memujuknya supayabersabar.

    0345: Bagai emak mandul baru beranak.Makna: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlaluamat.Sama erti: 1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.2.Seperti labah-labah sayang kepada telurnya.3.Sepertigerup dengan sisir.4.Selapik seketiduran, sebantal sekalunghulu.5.Kasih sepantun tulisan pinggan.Contoh: Permohonan untuk mendapatkan anakangkat telah berjaya.Puan Aminah terlalu gembira bagaiemak mandulbaru beranaksahaja tingkahlakunya.

    0346: Bagai hempedu lekat di hati.Makna: Sangat karib (tentang orang yang bersahabat atauberkasih-kasihan).Sama erti: 1.Seperti keroncor denganbelangkas.2.Sepertiapi dengan asap.3.Sebagai aur dengan tebing.4.Berjarakserasa hilang,bercerai serasa mati.Contoh: Sejak mereka bertunang, keadaan merekabagai hempedulekat di hati kerana tidak pernah berpisah.

    0347: Bagai enaudalam belukar, melepaskan pucukmasing-masing.Makna: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.Sama erti: 1.Siapa lu, siap gua.2.Nafsu, nafsi.Contoh: Ali selalu tidak mahu memberi pendapatsemasa dalamperbincangan sekiranya sama masalah yangwujud.Apa yang iatahu akan disimpannya.Sikapnyabagai enau dalam belukar

  • melepaskan pucuk masing-masing.

    0334: Bagai cembul dapat tutupnya.Makna: Sangat sesuai.Sama erti: 1.Bagai dulang dengan tudungsaji.2.Sepertitelap dengan tutupnya.3.Bagai kunyit dengan kapur.4.Bagaipinang dibelah dua.5.Bagai lepat dengan daun.6. Bersuabeliung dengan sangkal.Contoh: Kata orang bagai cembul dengan tutupnyakepada pasanganpengantin itu kerana sama-sama bijak dancantik.

    0335: Bagai dakwat dengan kertas.Makna: Tidak pernah bercerai; sangat cocok.Sama erti: 1.Bagai isi dengan kuku.2.Bagai beliung denganasahan.3.Diuji sama merah, ditahil samaberat.4.Laksanaterung bertunang ikankering.5.Seperti belangkas.Contoh: Kebanyak pelajar menggelar mereka bagaidakwat dengankertas kerana mereka sentiasa bersama sejakdari tahun pertamahingga ke tahun keempat.

    0336: Bagai dekan di bawah pangkal buluh.Makna: Pandai menyembunyikan rahsia. Sama erti: 1.Telan batu.2. Memakan habis-habis, menyuruhilang.3.Membuhul jangan membuku,mengulas jangan mengesan.4.Menyuruk hilang-hilang, memakanhabis-habis.Contoh: Setelah seminggu kes pembunuhan ituberlaku, barulahmasyarakat di Segamat mengetahui bahasaZain juga terlibat dalamkes itu.Sikap selama-lamanyaini bagai dekan di bawah pangkalbuluh.

    0337: Bagai denai gajah lalu.Makna: Pekerjaan atau kejadian benar yang payah hendakdisembunyikan.

    Sama erti: 1.Kalau tak ada angin, pohon takakan bergoyong.2.Bagai kelip-kelip terbangmalam.3.Seperti ditempuh gajahlalu.4.Mana busuk yang tidak berbau.Contoh: Kejayaan Encik Amin mencipta kaki palsuuntuk anaknyajtelah diketahui di seluruh negeri.Walaupun ia tinggal di luarbandar tetapi kejayaannyabagai denai gajah lalu.

    0338: Bagai diikat dengan sehasta tali.Makna: Dalam keadaan yang sangat terbatas.Sama erti: 1.Seluas dada tuma.2.Seperti ikan dalam belat.Contoh: Undang-undang yang dikenakan kepadasekolah pemulihanakhlak itu sangat ketat.Inimenyebabkan penghuninya merasapergerakan mereka sangatterbatas bagai diikat dengan sehastatali.

    0339: Bagai diiris dengan sembilu.Makna: Pedih sekali rasa hatinya.Sama erti: 1.Seperti pedang bermata dua.2.Kena parangbermata dua.3.Tertarung kaki boleh diinai,tertarung hatisusah ubatnya.

  • Contoh: Hati mak Temah bagai diiris dengansembilu, apabilamendengar sindiran dari orang kampungkerana perbuatan jahatanaknya.

    0341: Bagai ditembak putus tunggal.Makna: Dialahkan oleh orang yang bodoh.Sama erti: Dientak ulu luncung.Contoh: Bagai ditembak putus tunggal, apabilaia kalah dalamperdebatan itu.Sedangkan ia seorangpegawai yang bijak, tetapitidak tahu mempraktikkansesuatu, manakala orang kampung yangbodoh tahumembuatnya.j[1]

    0342: Bagai diurap dengan daun katung-katung.Makna: Sangat marah.Sama erti: 1.Rasa pedih cuping telinga.2.Panas hati.Contoh: Bagai diurap dengan daun katung-katungapabila didituduh mencuri.Oleh itu dia berusaha untukmembuktikankebenaran yang di tidak mencuri.

    0345: Bagai emak mandul baru beranak.Makna: Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlaluamat.Sama erti: 1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek.2.Seperti labah-labah sayang kepada telurnya.3.Sepertigerup dengan sisir.4.Selapik seketiduran, sebantal sekalunghulu.5.Kasih sepantun tulisan pinggan.Contoh: Permohonan untuk mendapatkan anakangkat telah berjaya.Puan Aminah terlalu gembira bagaiemak mandulbaru beranaksahaja tingkahlakunya.

    0346: Bagai hempedu lekat di hati.Makna: Sangat karib (tentang orang yang bersahabat atauberkasih-kasihan).Sama erti: 1.Seperti keroncor denganbelangkas.2.Sepertiapi dengan asap.3.Sebagai aur dengan tebing.4.Berjarakserasa hilang,bercerai serasa mati.Contoh: Sejak mereka bertunang, keadaan merekabagai hempedulekat di hati kerana tidak pernah berpisah.

    0347: Bagai enaudalam belukar, melepaskan pucukmasing-masing.Makna: Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.Sama erti: 1.Siapa lu, siap gua.2.Nafsu, nafsi.Contoh: Ali selalu tidak mahu memberi pendapatsemasa dalamperbincangan sekiranya sama masalah yangwujud.Apa yang iatahu akan disimpannya.Sikapnyabagai enau dalam belukarmelepaskan pucuk masing-masing.

    0348: Bagai gadis jolong menumbuk.Makna: Rajin dan bersungguh-sungguh.Sama erti: 1.Bagai semut penghimpun melukut.2.Sepertianai-anai makan kayu.3.Lurah diturun, bukit didaki.4.Cepat kaki ringan tangan.5.Ringan tulang.Contoh: Cuma tinggal dua bulan sahaja lagiuntuk menghadapi

  • peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.Masa yang sudah singkatini telah dipenuhi denganmengulangkaji pelajarannyabersungguh-sungguh dan pergike kelas tambahan.Aktivitiseharian dan kerjanya bagaigadis jolong menumbuk.

    0350: Bagai galah dijual.Makna: Terlalu miskin.Sama erti: 1. Sepertikain buruk dibakar tak berbau.2. Dudukdengan sukatan.Contoh: Kami sungguh bersimpati dengan merekayang hidup bagaigalah dijual tetapi elok sekiranyamereka membuang tabiat yangburuk itu sebelum diberibantuan.

    0351: Bagai galah di tengah arus.Makna: Selalu berkeluh kesah.Sama erti: 1. Seperti kodok ditimpa kemarau.2. Seperti air didalam kolam.Contoh: Kesempitan hidup menyebabkan mereka bagai galah di tengaharus dan tidak berkesempatanlangsung untuk bersuara menentangpihak yang berkuasa.

    0352: Bagai gelegar buluh.Makna: Bercakap besar.Sama erti: 1. Laksana meriam buluh.2. Sepertiilmu padi hampa,makin lama makin mencongak.3. Seperti ular menyusur akar tiadahilang bisanya.Contoh: Biar pun ia telah diberi amaran olehpihak polis tetapisuaranya masih lantang bagai gelegarbuluh.

    Dayung sudah di tangan, perahu sudah di airMaksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

    Yang lama dikelek, yang baharu didukungMaksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

    Seperti lembu dicucuk hidungMaksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

    Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasMaksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

    Bagai kaca terhempas ke batuMaksud : Sangat sedih atau kecewa.

    Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatMaksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

    Bagai Aur Dengan TebingMaksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

    Berat sama dipikul, ringan sama dijinjingMaksud : mengalami susah senang bersama-sama.

    Bara yang digenggam biar sampai jadi arang

  • Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

    Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiriMaksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

    PERIBAHASA YANG SAMA MAKSUD

    PERIBAHASA SAMA MAKSUD

    1. Seperti bunga dengan perdunya2. Seperti tanduk bersendi tulang3. Seperti cincin dengan permata4. Bagai pinang dibelah dua

    MaksudPasangan suami isteri yang secocok, sama cantik, sepadan

    PERIBAHASA SAMA MAKSUD

    1. Seperti sirih pulang ke gagang2. Seperti belut pulang ke lumpur3. Seperti ikan pulang ke lubuk4. Seperti janggut pulang ke dagu

    Maksud* Pasangan suami isteri yang rujuk semula lepas bercerai* Balik ke tempat asal

    PERIBAHASA SAMA MAKSUD

    1. Sudah jatuh ditimpa tangga2. Antah patah lesung hilang

    MaksudKesusahan datang secara berturut-turut

    PERIBAHASA SAMA MAKSUD

    1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul2. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa3. gar-gar kata helegar, rusuk juga yang menahannyaMaksudOrang yang mengalami sesuatu masalah, kesukaran untuk mengetahui kesusahan sebenar yang dihadapi

    PERIBAHASA SAMA MAKSUD

    1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing2. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing6. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

  • 7. Terendam sama basah, terampai sama kering

    MaksudBergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu

    PERIBAHASA SAMA MAKSUD

    1. Burung terbang dipipiskan dada2. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

    Maksudangan-angan ke atas sesuatu yang belum pasti.

    PERIBAHASA SAMA MAKSUD

    1. Belum duduk sudah berlunjur2. Belum betul membilang, jari sudah hendak berkuasa sendiri3. Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah

    MaksudOrang muda hendak berlagak seperti orang tua

    PERIBAHASA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN TEBU

    PERIBAHASA 1Tebu masuk mulut gajah

    MAKSUDBinasa sama sekali, tidak dapat ditolong lagi

    PERIBAHASA 2Tebu seruas berulat pula

    MAKSUDAnak seorang sahaja tetapi buruk pula perangainya

    PERIBAHASA 3Tebu setuntung masuk geraham gajah

    MAKSUDPemberian sedikit kepada orang yang kaya tentu tidak dihargainya

    PERIBAHASA 4Bertanam tebu di bibir

    MAKSUDMengeluarkan kata-kata yang manis untuk memujuk

    PERIBAHASA 5Dapat tebu rebah

    MAKSUDMendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah

    PERIBAHASA 6Diminta tebu, diberi tembakau

    MAKSUDYang diminta dikabulkan tetapi kurang daripada yang diminta

  • PERIBAHASA 7Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

    MAKSUDSeia sekata atau bersatu padu

    PERIBAHASA 8Seperti tebu, airnya diminum, hampasnya dibuang

    MAKSUDTiap-tiap perkataan yang didengar dari mulut orang hendaklah dipilih yang baik daripada yang jahat

    PERIBAHASA MELAYU YANG MENGGUNAKAN KATA "HATI"

    PERIBAHASA 1hati tawajudMAKSUDHati yang dihadapkan semata-mata kepada Tuhan.

    PERIBAHASA 2Hati bagai baling-balingMAKSUDFikiran atau pendirian yang tidak tetap.

    PERIBAHASA 3Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah.MAKSUDOrang yang kurang perasaan malunya.

    PERIBAHASA 4Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecahMAKSUDBeruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit.

    PERIBAHASA 5Hati gatal mata digarukMAKSUDPerihal orang yang tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan yang dia sangat-sangat berjahat hendak melakukannya.