nadi edisi julai 2018 - aelb.gov.my · isi kandungan barisan penyunting gan pek yen ... kami juga...

19
www.aelb.gov.my NADI Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perak m/s 8 Hari Bersama Pelanggan AELB m/s 5 Pensijilan Pegawai Perlindungan Sinaran di Malaysia m/s 11 Belasungkawa Allahyarham Encik Mohd Yasin bin Haji Sudin (1960 - 2018) m/s 13 EDISI JULAI 2018 Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Batu 24, Jalan Dengkil, 43800 Dengkil, Selangor, Malaysia (603) 8922 5888 [email protected] aelb.my @myaelb myaelb Hari Bersama Pelanggan AELB 2018

Upload: vohanh

Post on 05-May-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

www.aelb.gov.my

NADI

Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perakm/s 8

Hari Bersama Pelanggan AELBm/s 5

Pensijilan Pegawai Perlindungan Sinaran di Malaysiam/s 11

Belasungkawa Allahyarham Encik Mohd Yasin bin Haji Sudin (1960 - 2018)m/s 13

EDISI JULAI 2018

Lembaga Perlesenan Tenaga AtomBatu 24, Jalan Dengkil,43800 Dengkil, Selangor, Malaysia

(603) 8922 5888

[email protected]

aelb.my

@myaelb

myaelb

Hari Bersama Pelanggan AELB 2018

Penerbit (Nadi Atom) berhak untuk menolak atau menggugurkan/mengelu-arkan penulisan. Barisan Penyunting berhak untuk menyunting kesemua kandungan penulisan/bahan yang dikemukakan sebelum diterbitkan. Terbi-tan Nadi Atom ini adalah bertujuan untuk menyalurkan maklumat sahaja dan segala usaha telah dilakukan bagi memastikan maklumat yang disalur-kan adalah tepat dan terkini. Barisan Penyunting juga tidak akan bertanggu-ngjawab (bertanggungan) untuk sebarang maklumat yang digugurkan atau yang tidak dinyatakan dalam penerbitan Nadi Atom. Selain itu, Barisan Penyunting juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang berpunca daripada penerbitan Nadi Atom.

Penafian Penerbitan

Hari Bersama Pelanggan AELB

Bengkel Kebangsaan bagiMemuktamadkan Bahan Latihan

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah AELB ke Ketua Polis Negara

Lawatan pengukuhan kawalan sempadan - AELB dan JKDM

Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perak 2018

Pelaksanaan Eksosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di AELB

Pensijilan Pegawai Perlindungan Sinaran di Malaysia

Belasungkawa Allahyarham Encik Mohd Yasin bin Haji Sudin

(1960 - 2018)

Majlis Iftar Perdana AELB 2018

Program Berbakti kepadaTanah AELB 2018

Sorotan Aktiviti

#Sta�News & #AkanDatang

6

7

8

10

11

13

15

15

16

17

7

ISI KANDUNGAN

BARISAN PENYUNTING

Gan Pek YenKetua

Abdul ShukorAbdul AzizSetiausaha

Noor FitriahBakri

Timbalan

Siti A�dahAwangAhli

Ghazali IsmailAhli

‘AliyahMohd SaadAhli

Nurul SareezaAzidin

Ahli

Muhammad RedzaFahmi RosdiAhli

Fatma AsikinP. Ramli

Ahli

Mohamad HanifMd Arshad

Pereka Gra�k

5

Salam sejahtera kepada semua,

AELB sebagai satu agensi kerajaan sentiasa melibatkan pihak berkepentingan dalam usaha meningkatkan keberkesanan penyampaian dan kualiti perkhidmatan yang diberikan. Sehubungan itu, Hari Bersama Pelanggan AELB dianjurkan pada 27 Mac 2018 bagi tujuan merapatkan jalinan kerjasama antara pemegang lesen dan pihak berkepentingan lain. Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah Sesi Town Hall, penyampaian Anugerah Pemegang Lesen Terbaik, pameran dan sebagainya.

Dalam edisi ini, pembaca berpeluang untuk mengenali Minggu Sains Negara dengan lebih mendalam dan juga penglibatan aktif AELB dalam penganjuran Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perak. Di samp-ing itu, edisi ini juga melaporkan kunjungan kehormat Ketua Pengarah AELB ke Pejabat Ketua Polis Negara dan lawatan kerja ke Pejabat Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perlis. Lawatan tersebut merupakan usaha berterusan AELB untuk mengukuhkan kerjasama dan interaksi antara agensi kerajaan yang terlibat dalam pengawalseliaan keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan nuklear.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi seorang Pegawai Perlindungan Sinaran dan ingin mengeta-hui perkembagan semasa mengenai bidang tersebut, boleh rujuk artikel “Pensijilan Pegawai Perlindungan Sinaran” oleh Cik Siti Saleha binti So�an Suri. Dalam edisi ini, kami juga berkongsi berita duka kembalinya ke Rahmatullah seorang tokoh yang cukup sinonim dengan AELB iaitu Encik Mohd Yasin bin Haji Sudin, Pengarah Bahagian Instalasi Nuklear dan persaraan pilihan dua orang pegawai iaitu Puan Azlina binti Mohamad Jais, Pengarah Bahagian Penilaian dan Perlesenan dan Tuan Haji Nor Tarmize bin Ibrahim, Penolong Jurutera Bahagian Penilaian dan Perlesenan. Segala bakti dan jasa mereka tidak akan dilupakan, kami mengucapkan setinggi-tinggi peng-hargaan atas sumbangan mereka!

Akhir kata, semoga anda semua akan gembira membaca artikel dalam edisi surat berita ini. Komen dan maklum balas anda sentiasa dialu-alukan!

Nadi Atom Edisi Julai

Dari Barisan Penyunting

Organisasi kerajaan hendaklah sentiasa memberi perha-tian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bukan sahaja tertumpu kepada penambahbaikan sistem dan proses kerja, malah perhatian yang sewajarnya perlu diberi dalam aspek hubungan antara organisasi dengan pelanggan-pelanggannya. Penglibatan pelanggan perlu diambil kira untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan perkhidmatan yang ditawarkan adalah memenuhi kehendak dan memberi kepuasan kepada mereka.

Sebagai inisiatif untuk mengeratkan hubungan dengan pelanggan, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah menganjurkan Hari Bersama Pelanggan AELB 2018 pada 27 Mac 2018 di Dewan Besar, AELB yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, YBhg. Ir. Datuk Ahmad Fauzi bin Hasan. Antara objektif Hari Bersa-ma Pelanggan AELB 2018 adalah untuk membekalkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan, kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh AELB, sebagai platform untuk pelanggan memberikan maklum balas terhadap perkhidmatan AELB dan memberikan pengiktirafan kepada pelanggan. Program yang dianjurkan ini telah mendapat sambutan menggalakkan dengan merekodkan kehadiran seramai 224 orang peserta yang terdiri daripada pemegang lesen dan pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan lain serta pihak awam.

Hari Bersama Pelanggan AELB 2018 ini telah dilak-sanakan melalui pendekatan interaktif yang menawarkan platform dua hala. Melalui Sesi Taklimat Interaktif yang diadakan, peserta yang hadir telah berpeluang untuk men-getahui maklumat terkini mengenai perkhidmatan, kemu-dahan dan inisiatif terbaru yang disediakan dan dilak-sanakan, bukan sahaja oleh AELB, malahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai kepentingan kesela-matan dan kawalan sekuriti ke atas bahan nulear dan bahan radioaktif. Selain itu, Sesi Town Hall yang diadakan juga telah memberikan peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara terus dengan pihak pengurusan tertinggi AELB bagi mengemukakan pertanyaan, aduan, idea dan cadangan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh AELB.

Program ini juga telah melibatkan sesi penyampaian Anugerah Pemegang Lesen terbaik yang dibahagikan kepada 4 kategori pemegang lesen berdasarkan risiko operasi yang dijalankan. Anugerah ini adalah bagi mengik-tiraf pemegang lesen dalam industri yang mengamalkan good practice dalam keselamatan sinaran melalui pematu-han terhadap Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dan peraturan subsidiari di bawahnya. Pemegang lesen yang telah memenangi anugerah adalah seperti berikut;

Edisi Julai 2018 Nadi Atom 5

sambungan muka surat 6...

HARI BERSAMA PELANGGANAELB 2018

Kategori

2

KategoriLain-lain

Kategori

3

Kategori

1Synergy Sterilisation(M) Sdn. Bhd.(LPTA/A/811)

Nusantara TechnologiesSdn. Bhd.(LPTA/A/322)

Sabah Shell PetroleumCompany Limited

(LPTA/A/598)

BASF PetronasChemicals Sdn. Bhd.(LPTA/A/729)

Hari Bersama Pelanggan AELB 2018 ini turut berjaya menarik penyertaan 16 tapak jualan serta pameran yang dibuka kepada orang awam di bawah kelolaan PUSPANITA AELB. Kempen Derma Darah juga telah berjaya diadakan dengan kerjasama Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, penganjuran program Hari Bersama Pelanggan AELB 2018 ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program ini juga telah dapat mengukuh-kan hubungan kerjasama di antara AELB dengan pelang-gan yang terdiri daripada pemegang lesen dan pihak berkepentingan seperti agensi kerajaan lain serta pihak awam.

Bengkel Kebangsaan bagi MemuktamadkanBahan Latihan: Jurulatih Pegawai Barisan

Hadapan bagi Pengesanan Sekuriti Nuklear

AELB telah berjaya menganjurkan Bengkel Kebangsaan bagi Memuktamadkan Bahan Latihan: Jurulatih Pegawai Barisan Hadapan bagi Pengesanan Sekuriti Nuklear pada 26 Februari hingga 2 Mac 2018 di Putrajaya. Bengkel ini telah dibiayai sepenuhnya oleh Nuclear Smuggling Detec-tion and Deterrence program, United States (US NSDD). Objektif bengkel ini adalah bagi mengemaskini bahan pengajaran Jurulatih Pegawai Barisan Hadapan bagi Pengesanan Sekuriti Nuklear yang dibangunkan oleh IAEA dan US NSDD dan menguji bahan pengajaran yang dike-maskini supaya ianya konsisten dengan kaedah pelaksa-naan oleh AELB, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung tindak balas sekuriti nuklear negara. AELB memainkan peranan sebagai agensi teknikal utama yang bertanggungjawab di dalam proses pengesa-han pengesanan, latihan dan penasihat teknikal yang dina-makan di bawah Memorandum Persefahaman yang ditan-datangani oleh Malaysia melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Amerika Syarikat melalui Megaport Initiative, United State Department of Energy (USDoE) yang kini dinamakan semula sebagai Nuclear Smuggling Detec-tion and Deterrence, United States (US NSDD).

Pembangunan keupayaan di dalam bidang pengesanan bahan nuklear dan radioaktif telah bermula di Malaysia sejak tahun 2005. Kawalan sekuriti bagi bahan nuklear dan bahan radioaktif di luar kawalan perundangan yang bermula dengan pengoperasi kawalan sempadan ini men-jadi satu daya penolak kepada agensi berkaitan di Malaysia seperti MKN, JKDM, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan AELB mengembleng tenaga dan �kiran untuk mewu-judkan satu rangkaian kerjasama dan persefahaman untuk mencapai objektif melindungi sempadan negara daripada sebarang cubaan penyeludupan bahan nuklear dan radio-aktif ke negara ini. 10 orang pegawai AELB, 5 orang pega-wai masing-masing dari PDRM dan JKDM yang pernah mengikuti National Workshop on Training Programme on Trainer for Front Line O�cer (FLO) on Nuclear Security Detec-tion pada 15 – 26 Mei 2017 di Maktab Latihan PDRM, Cheras, Kuala Lumpur telah terlibat sebagai peserta bengkel 5 hari ini.

Edisi Julai 20186 Nadi Atom

dari muka surat 5...

Edisi Julai 2018 Nadi Atom 7

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah menja-linkan kerjasama erat melalui aktiviti pengesanan sekuriti nuklear semenjak tahun 2007 melalui kerjasama Malaysia dan Kerajaan Amerika Syarikat bagi projek Megaport Initiatives yang mula dilak-sanakan di Pelabuhan Klang. Kunci utama untuk mencapai tahap kerjasama erat tersebut adalah melalui proses interaksi berterusan antara kedua-dua organisasi termasuklah di peringkat pengurusan tertinggi. Selari dengan itu, Ketua Pengarah AELB telah melakukan lawatan kerja ke Pejabat Pengarah JKDM Perlis, Encik Wan Nor Wan Mamat dan sempadan Padang Besar di mana alat pengesanan sinaran dan keupayaan sekuriti nuklear dibangunkan di sempadan utara negara. Semasa lawatan tersebut, pihak AELB telah turut menyam-paikan pemerhatian serta status terkini berkenaan aktiviti pengesanan sekuriti nuklear di Malaysia.

Lawatan Pengukuhan Kawalan Sempadan - AELB dan JKDM

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah AELB ke Ketua Polis Negara

...................................................................................................................................................................................................................................

Pada masa yang sama, lawatan tapak telah dilakukan di lokasi pemindahan Radiation Portal Monitor (RPM) dipasang melalui bantuan kerjasama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang sedang dilakukan susulan pembesaran pintu masuk negara di kawasan tersebut. Lawatan tersebut telah mengukuhkan lagi kerjasama antara AELB dan JKDM. Kedua-dua organisasi tersebut turut sama membaharui komitmen untuk mengukuhkan sempadan negara daripada ancaman pergera-kan haram bahan nuklear dan radioaktif ke Malaysia.

Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), YBrs.Encik Hamrah bin Mohd Ali telah melakukan kunjungan hormatkepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad FuziHarun di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Amanpada 23 Februari 2018.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Tuan Ketua Pengarahbersama delegasinya telah menyampaikan ucapan tahniahdi atas pelantikan Tan Sri Dato' Sri Mohamad Fuzi Harunsebagai KPN yang ke-11 dan menyampaikan ucapan penghargaan terhadap sokongan serta kerjasama pihakPDRM dan berharap untuk meneruskan jaringan kerjasamaini pada masa akan datang dalam memastikan keselamatan,sekuriti dan kawalgunaan aplikasi nuklear bagi tujuanaman di Malaysia.

Tuan Ketua Pengarah turut menekankan beberapa siriprogram kerjasama yang akan dilaksanakan oleh AELBbersama PDRM terutamanya bagi program sekuritinuklear, seperti yang telah diperincikan di bawahIntegrated Nuclear Security Support Plan (INSSP)kebangsaan dan memohon kerjasama serta sokongan KPN bagi tujuan pelaksanaannya. Dalam pertemuan tersebut, Tan Sri KPN memberi jaminan kerjasama serta sokongan yang diperlukan serta mengucapkan terima kasih atas kunjungan hormat tersebut. Tuan Ketua Pengarah turut menyampaikan ucapan penghargaan atas penerimaan mesra pihak PDRM terhadap kunjungan hormat tersebut.

Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perak 2018

Edisi Julai 20188 Nadi Atom

AP

AK

AH

ITU M

INGGU SAINS NEGARA (M

SN)?

Minggu Sains Negara merupakan program tahunan

yang bertujuan untuk meningkat-kan kesedaran orang ramai terhadap

kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai aktiviti berasaskan “sains” yang menarik dan inter-aktif selari dengan sambutan World

Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education,

Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002.

Minggu Sains Negara diharapkan dapat meningkatkan

kesedaran dan kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) kepada semua

lapisan rakyat Malaysia. Secara tidak langsung, program ini akan meningkatkan pembangunan

modal insan dan menarik minat pelajar untuk memilih bidang dan jurusan Sains, Teknologi, Kejuteraan dan Matematik (STEM) sebagai kerjaya serta mengiktiraf sumbangan saintis, ahli akade-mik serta individu dalam mempromosikan sains.

Program ini juga diharap mampu memberi kesedaran kepada rakyat betapa pentingn-

ya (STI) dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan menjadikan Malay-

sia sebuah negara yang maju.

Minggu Sains Negara telah diluluskan oleh Jemaah Menteri

pada 13 Disember 2017 untuk dilaksanakan pada minggu pertama bulan April setiap tahun

di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, Program Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Perak

2018 yang diterajui oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah diadakan pada 31 Mac hingga 2 April

2018 bertempat di Mydin Mall Parit Buntar, Perak. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Muhamad Amin bin Zakaria iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahaya, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), YBrs.

Encik Hamrah bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), YBrs. Encik Mohd

Sabil bin Bakri, Pegawai Daerah Kerian, dan Tuan Haji Mohd Rosli bin Ahmad, Timbal-

an Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

ME

NG

APAKAH MINGGU SAINS NEGARA DISA

MB

UT

DI S

ELU

RU

H N

EGARA?

PEN

GLIBATAN LPTA DALAM MENJAYAKAN

MIN

GG

U S

AIN

S N

EG

AR

A

?

Antara pempamer yang terlibat dalam menjayakan MSN 2018 adalah AELB, Petrosains, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pendang, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH), dan Syarikat Edaran

Prestasi Sdn Bhd.

Beliau juga beramah mesra bersama Pelajar MRSM Pendang bersama robot pengesan radio-aktif ciptaan mereka. Robot pengesan bahan radioaktif ciptaan 2 pelajar MRSM Pendang iaitu adik Batrisyia binti Mohd. Razalee, 15, dan adik Safurah binti Mohd. Hazri, 17, ini telah berjaya memenangi pingat emas kategori kreatif pada Olympiad Robot Antarabangsa 2017 di Stadium Pusat Olimpik Qinhuangdao, China, pada 20

Disember 2017 yang lalu.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang MSN 2018 termasuklah pameran STI, Science Show oleh Petrosains, demonstrasi robot pengesan bahan radioaktif oleh pelajar MRSM Pendang manakala acara kemuncak pada minggu tersebut adalah Ceramah Perdana Datuk Ustaz Kazim bin Elias yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar yang bertajuk Sains & Pendidikan dalam

Islam.

Suasana MSN 2018 juga dimeriahkan lagi dengan kerjasama Kementerian Pendi-dikan Malaysia melalui Program Jelajah Pendidikan 2018, yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau yang turut diiringi oleh Tuan Haji Mohd Pauzi bin Mohd Sobari, Timbalan Ketua Pengar-ah AELB semasa sesi lawatan ke pameran MSN 2018 sempat untuk mencuba pera-latan pengesanan bahan nuklear dan radioaktif yang digunakan oleh AELB

dalam operasi tindak balas nuklear.

Destinasi terkahir bagi MSN Peringkat Negeri Perak 2018 pada kali ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Semanggol, Perak. Kehadiran kami di sana disambut mesra oleh seramai 600 orang pela-jar dan guru. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuklah sesi perkongsian bersa-ma para pelajar dan pameran peralatan yang digunakan kakitangan AELB dalam menjalank-an tugasan harian mereka. Aktiviti seumpama ini adalah bertujuan untuk memberi pendeda-han kepada orang awam berhubung aktiviti

kawalseliaan yang dilakukan oleh AELB.

Aktiviti Menarik Sepanjang Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Perak 2018

Pihak pengurusan tertinggi AELB menyokong sepenuhn-ya pelaksanaan EKSA dan bersetuju untuk menjalankan pelaksanaannya di peringkat Jabatan. Antara inisiatif awal yang telah dilaksanakan ialah dengan memberikan penerangan melalui sesi taklimat/ceramah berhubung pelaksanaan EKSA oleh pihak MAMPU. Selain itu juga, Jawatankuasa Induk EKSA juga telah ditubuhkan di pering-kat Jabatan dengan penglibatan wakil daripada semua bahagian. Mesyuarat pelaksanaan di peringkat bahagian turut diadakan secara berkala bagi tujuan pemantauan pelaksanaan EKSA.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dalam usaha pelaksanaan EKSA di AELB adalah seperti berikut:

Perlaksanaan gotong-royong di setiap bahagian;Mengenal pasti barang/dokumen yang tidak sesuai untuk digunakan lagi untuk pelupusan;Memastikan barang/dokumen disusun dengan kemas dan teratur;Melabelkan barang/dokumen mengikut nombor atau warna yang bersesuaian;Menetapkan susunan barang/dokumen yang berse-suaian mengikut kaedah yang menampakkan kekema-san dan keseragaman; danPelaksanaan sudut EKSA dan sudut kitar semula.

PELAKSANAAN EKSOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)DI AELB

EKSA merupakan singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang telah diperkenalkan sejak Januari 2014 oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). EKSA merupakan inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam yang sediakala diamalkan dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Secara umumnya komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berter-askan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penam-bahan beberapa elemen baru yang menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Antara objektif utama pelaksanaan EKSA ialah dapat membantu agensi awam meningkatkan imej korporat, menyemarakkan kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembu-dayaan Amalan Hijau. EKSA turut memberi penekanan kepada keperluan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, baik kepada anggota organisasi mahupun kepada pelanggan serta untuk memastikan elemen pengauditan bagi memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.

Edisi Julai 201810 Nadi Atom

Sesi Gotong RoyongMaklumat Pegawai

Pelan Lantai

Ruang Tanggungjawab

Sudut EKSAPensisihan Dokumen

Label Almari

Sudut Kitar Semula

Notis Jimat Eletrik Label Tandas

PENSIJILAN PEGAWAI PERLINDUNGANSINARAN DI MALAYSIA

Edisi Julai 2018 Nadi Atom 11

Keperluan pelantikan Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) adalah termaktub dalam perundangan Malaysia menerusi peraturan 16(1) Peraturan-peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 atau secara ringkasnya dikenali sebagai BSRP 2010 dimana:

Sehubungan itu, pengiktirafan PPS bagi setiap syarikat atau agensi yang berlesen adalah mandatori dengan men-yaksikan mana-mana permohonan lesen atau pemilikan lesen yang sah di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), syarikat tersebut hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya seorang PPS.

Sehingga 22 Julai 2018 sahaja, terdapat lebih 1162 PPS yang diiktiraf dan sedang berkhidmat di seluruh Malaysia dalam pelbagai bidang seperti yang direkodkan dalam sistem permohonan lesen atas talian eSPP Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). Setiap individu ini memainkan peranan dalam syarikat atau agensi masing-masing untuk memastikan aktiviti yang melibat-kan penggunaan sinaran mengion mematuhi peraturan yang ditetapkan BSRP 2010.

Proses pengiktirafan PPS bermula dengan permohonan menduduki peperiksaan PPS dan prosedur permohonan pengiktirafan PPS perlu sentiasa diperbaharui bagi perkh-idmatan berterusan. Permohonan menduduki peperiksaan ini hanya boleh dibuat setelah calon mengikuti kursus Pegawai Perlindungan Sinaran di agensi latihan PPS yang diktiraf dan memiliki kelas. Calon juga hendaklah memiliki kelayakan akademik minimum iaitu Diploma Sains atau Kejuruteraan atau bidang lain yang setara. Hanya calon yang memenuhi kriteria dari segi kehadiran kursus dan kelayakan akademik minimum tersebut akan dipertim-bang untuk permohonan ini.

Peperiksaan PPS dikendalikan oleh jabatan AELB setiap bulan merangkumi tiga kategori pensijilan iaitu Tahap 1 (Sel Penyinaran), Tahap 2 (Radiogra� Industri) dan Tahap 3 (Tolokan). Permohonan yang telah dibuat melalui sistem

“Pemegang lesen hendaklah mengambil kerja seorang pegawai perlindungan sinaran.”

peperiksaan atas talian yang dinamakan sebagai sistem Pekerja Sinaran dan Peperiksaan akan ditempatkan untuk satu kertas Asas, satu kertas Tahap dan satu kertas Amali. Peperiksaan ini akan menguji kefahaman calon dari segi Akta 304 dan perundangan-perundangan di bawahnya beserta konsep perlindungan sinaran sendiri mengikut tahap yang diduduki.

Calon yang lulus peperiksaan boleh memohon pengikti-rafan sebagai PPS melalui sistem eSPP iaitu sistem permo-honan lesen dimana calon hendaklah membuat permo-honan pengiktirafan sebagai PPS di bawah nama majikan. Dengan lulusnya pengiktirafan PPS ini, majikan boleh meneruskan permohonan lesen melalui eSPP dengan memastikan kelulusan kategori persijilan PPS adalah setara dengan aktiviti syarikat.

Jawatan-jawatan lain turut diwujudkan bagi mengganti-kan PPS secara sementara termasuklah Penyelia Sinaran (PY) yang digaji secara tetap oleh majikan yang sama yang menggaji PPS. Pengiktirafan sebagai PPS perlu melalui prosedur peperiksaan yang sama seperti PPS kerana penyandang jawatan tersebut boleh menunjukkan kom-petensi yang sama seperti PPS jika PPS tiada. Di samping itu, seseorang majikan boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan seorang Pengendali Perunding (PP) atau Pengendali Perunding Bebas (PPB) secara sementara jika tidak mempunyai PPS.

PP dan PPB dibezakan melalui tempoh pengalaman masing-masing dengan bidang perlindungan sinaran yang mana PP layak diiktiraf jawatan tersebut jika mempunyai pengalaman sebagai PPS sekurang-kurangnya 5 tahun manakala PPB memerlukan pengalaman bekerja dengan sinaran mengion selama 15 tahun untuk diiktiraf. PP digaji secara tetap oleh majikannya sendiri yang mempunyai lesen kelas H – Agensi Perunding Perlindungan Sinaran manakala PPB berkhidmat atas tiket individu tanpa terikat dengan mana-mana agensi perunding kelas H tersebut.

Jawatan-jawatan ini diwujudkan sejajar dengan Peratur-an 16 (2) BSRP 2010 yang menyebut “pemegang lesen boleh mengambil kerja seorang pakar yang berkelayakan sebagaimana yang diluluskan oleh pihak yang berkuasa untuk menjalankan kewajipan seorang pegawai perlindun-gan sinaran”.

Perundangan Malaysia

Prosedur Pengiktirafan Pegawai PerlindunganSinaran

sambungan muka surat 12...

Pengiktirafan sebagai PPS perlu dipohon secara berkala di mana kelulusan pengiktirafan sebaik sahaja selepas lulus peperiksaan hanyalah selama 3 tahun manakala pengikti-rafan seterusnya hendaklah dengan pengumpulan mata CEP untuk memastikan PPS terus meningkatkan kompe-tensi dan mengambil tahu perkembangan sinaran men-gion di Malaysia atau di peringkat global.

Perkembangan Semasa Aktiviti PerlindunganSinaran dan Peraturannya

Edisi Julai 201812 Nadi Atom

Seiring dengan perkembangan semasa, panduan tekni-kal dan notis pemberitahuan AELB sentiasa dikemaskini bagi terus memastikan perlindungan sinaran yang berke-san di Malaysia terutamanya berkaitan PPS sendiri. Terkini, pihak AELB melalui Notis Pemberitahuan Bil.03/2017 – Keperluan memastikan Kelayakan Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) adalah setara dengan Aktiviti yang dijalankan oleh Pemegang Lesen. Notis ini memberi ketetapan bahawa sesebuah syarikat dengan kategori aktiviti berbeza hendaklah dengan kelulusan PPS syarikat merangkumi keseluruhan kategori aktiviti tersebut. Perkara ini terma-suklah aktiviti penjualan dan perdagangan serta penyeli-dikan dan pengajaran bagi aktiviti berkaitan.

Permohonan menduduki peperiksaan PPS menyaksikan statistik yang berterusan saban tahun dari pelbagai bidang. Pelaksanaanya terhadap industri di Malaysia bukan sahaja memberi impak bagi permohonan pengiktirafan PPS dari kalangan tenaga kerja baru malahan turut mem-beri kesan besar kepada tenaga kerja yang telah lama berkecimpung dalam bidang penggunaan sinaran men-gion. Skim pengiktirafan PPS telah menjadi penting dengan kehendak pasaran dan industri sendiri yang mahu-kan kompetensi dan kualiti kerja yang diterima adalah tinggi. Perkara ini kini paling banyak dilihat dalam sektor RI di mana industri minyak dan gas memegang teraju utama sebagai penanda aras peningkatan kualiti tersebut. Hal ini secara langsung menyebabkan industri lain perlu bergerak seiring untuk memenuhi permintaan pasaran dan keperlu-an perundangan berkaitan juga perlu terus dikemaskini.

Cabaran Perlaksanaan Kawalseliaan TenagaAtom Menerusi Persijilan Pegawai PerlindunganSinaran

Artikel sumbangan Cik Siti Saleha bt So�an Suri,Pegawai Sains, Bahagian Penilaian dan Perlesenan, AELB

*

dari muka surat 11...

Edisi Julai 2018 Nadi Atom 13

Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1977, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di Jitra dalam jurusan Sains. Berkat usaha gigih diiringi doa kedua ibubapa, beliau telah berjaya ditawarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah menerima segulung Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Sains Nuklear) pada tahun 1985. Bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, beliau juga merupakan pelajar aktif di universiti yang sangat meminati sukan badminton, tenpin boling, bola sepak dan juga takraw.

Seorang yang tidak pernah lelah untuk mencari pekerjaan selepas tamat pengajian, Encik Mohd Yasin bin Haji Sudin pernah bertugas sebagai Pengetua di Kolej Bakti, Baling (1985-1986), berkhidmat di Pejabat Tanah Baling selama 6 bulan dan berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Diniah Pekan Kupang yang juga bertempat di Baling selama 3 tahun sebelum menceburi sektor awam.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan hatinya iaitu Puan Ruhana binti Abd Rahman pada tarikh kera-mat, 17 Oktober 1987 dan telah dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan. Alhamdulillah sehingga hari ini, empat daripada anak-anak beliau telah berjaya menamatkan pengajian mereka di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam pelbagai bidang (kejuruteraan, perubatan dan pendidikan) manakala anak bongsu beliau masih dalam pengajian dalam jurusan perniagaan.

Tanggal 16 Disember 1991 merupakan tarikh penting dalam memulakan perjalanan kerjaya beliau sebagai seorang penjawat awam. Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah ditugaskan dibeberapa bahagian iaitu Penguatkuasaan (1991-2006), Perlesenan (2007-2011), Sokongan Teknikal (2012-2017) dan yang terakhir adalah di Bahagian Instalasi Nuklear.

Pada usia dalam lingkungan 50-an, beliau masih bergiat aktif menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan oleh AELB. Antara-nya adalah aktiviti sukan badminton pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat di Dewan AELB, pertandingan tenpin boling AELB pada 27 September 2014 dan aktiviti Kayuhan Merdeka yang telah diadakan pada 2 September 2016.

Perwatakan yang mesra dan tidak lokek dengan senyuman membuat beliau sangat mudah untuk didekati. Baik rakan sejawat mahupun yang baru sahaja bersua mata. Acap kali menyapa kami dan bertanyakan sekiranya ada teh o kurang manis buat minum pagi, sementara menunggu waktu kerja bermula. Beliaulah yang sering menjamu kami di pejabat semenjak ditugaskan untuk mengetuai nakhoda di Bahagian Instalasi Nuklear.

Mohd Yasin bin Haji Sudin, nama yang tidak asing lagi buat warga AELB. Dilahirkan pada 16 Julai 1960 dan dibesarkan sendiri oleh kedua orang tuanya iaitu Puan Sabariah binti Ahmad dan bapanya Haji Sudin bin Che Wang di Kampung Siput, Baling, Kedah. Beliau yang merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik kesemuanya, telah memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Siong di Baling, Kedah.Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Siong (Tingkatan 1 hingga 3) dan Sekolah Menen-gah Kulim (Tingkatan 4 dan 5).

Belasungkawa AllahyarhamEncik Mohd Yasin bin Haji Sudin

(1960 – 2018)

sambungan muka surat 14...

Edisi Julai 201814 Nadi Atom

Tanggal 26 Mac 2018 yang lalu, AELB telah kehilangan seorang kakitangan senior yang berpengalaman iaitu Encik Mohd Yasin bin Haji Sudin. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh. Pada 9 Oktober 2017, beberapa bulan sebelumnya, beliau telah disahkan menghidap penyakit barah esofagus tahap tiga. Beliau yang pada ketika itu men-yandang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Instalasi Nuklear sejak Julai 2017. Masa yang cukup singkat untuk kami di Bahagian Instalasi Nuklear, sempat mengenali beliau dalam tempoh 2 bulan, kini tiada lagi. Berat untuk kami menerima suratan tersebut, namun yang pergi takkan kembali lagi.

Sepanjang keberadaan beliau di AELB, beliau sangat ramah untuk menyapa kakitangan dan tidak pernah lokek dengan senyuman. Rajin luangkan masa pagi beliau sebelum waktu bekerja di meja bulat belakang kafeteria AELB dengan kakitan-gan lelaki. Ketiadaan beliau pasti dirasai semua lebih-lebih lagi rakan sejawat yang sama-sama lapor diri di AELB suatu ketika dulu, kira-kira 27 tahun yang lalu. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Tenanglah kamu disana wahai Tuan Pengarah, Allahyarham Mohd Yasin bin Haji Sudin. Al-Fatihah.

dari muka surat 13...

Penganjuran Majlis Iftar Perdana 2018 pada 7 Jun yang lalu merupakan salah satu aktiviti yang dirangka oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (KKSLPTA) dengan kerjasama PUSPANITA AELB untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan al-Mubarak di samp-ing merapatkan hubungan silaturrahim antara warga AELB. Pelbagai aktiviti pengisian rohani telah diadakan seperti Quran Hour, Khatam Quran, Tahlil Arwah dan doa selamat. Kaunter zakat �trah turut dibuka untuk memudahkan warga AELB melakukan pembayaran. Manakala acara kemuncak program ini, iaitu majlis berbuka puasa dan solat berjemaah termasuk terawih telah diadakan. Pengisian program bermula dari 10.30 pagi dengan sesi Quran Hour dan Khatam Quran anjuran PUSPANITA AELB yang berakhir pada 12.30 tengahari. Setelah selesai program Quran Hour dan Khatam Quran, gotong-royong diadakan bagi memberi peluang kepada warga AELB untuk bersama-sama turun padang menyediakan menu dan juadah berbuka puasa. Menu utama yang menjadi tarikan untuk majlis berbuka puasa adalah kambing golek dan asam pedas ikan. Antara menu lain yang telah disediakan dan disumbangkan oleh setiap bahagian dan warga AELB adalah seperti nasi putih, kerabu pucuk paku, rojak buah, kuih-muih dan banyak lagi. Bermula jam 6 petang , Dewan Besar AELB mula dipenuhi oleh warga AELB yang turut datang bersama ahli keluarga untuk memeriahkan majlis yang dimulai dengan tahlil arwah dan doa selamat, majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak dan terawih. Usai solat berjemaah dan moreh, majlis bersurai dan ditutup dengan ucapan oleh Ketua Pengarah AELB sendiri, Encik Hamrah bin Mohd Ali dan Pengerusi KKSLPTA, Tuan Haji Zul Helmi bin Ghazali.

Edisi Julai 2018 Nadi Atom 15

Program Berbakti kepada Tanah merupakan satu inisiatif yang dimulakan oleh PUSPANITA AELB dengan kerjasama KKSLPTA. Hasrat utama program ini adalah untuk menerap-kan budaya hijau dalam kalangan warga AELB di samping memaksimumkan penggunaan tanah lapang di dalam premis AELB dengan penanaman pokok, tumbuh-tumbu-han dan sayuran-sayuran yang bermanfaat kepada warga AELB. Di samping itu, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan sesama warga AELB melalui aktiviti �zikal yang menyihatkan tubuh badan. Program yang diadakan pada 27 April 2018 yang lalu telah bermula pada jam 9 pagi dengan simbolik pelancar-an oleh Ketua Pengarah AELB, Encik Hamrah bin Mohd Ali yang diberi penghormatan memulakan aktiviti bercucuk tanam dengan menanam anak pokok mangga. Semua bahagian turut serta mencangkul dan membuat batas untuk menanam anak pokok dan biji benih sayur-sayuran. Setiap batas telah digunakan dengan sebaiknya oleh setiap bahagian dengan menanam pebagai jenis pokok dan sayur-sayuran seperti pokok ubi kayu, sawi, tomato, dan banyak lagi. Kawasan sekitar juga turut ditanam dengan pelbagai lagi pokok seperti avokado, belimbing buluh, durian, limau kasturi dan lain-lain. Program Berbakti kepada Tanah telah berakhir pada jam 12 tengah hari dengan sedikit jamuan ringan.

Program Berbakti kepada TanahAELB 2018

Majlis Iftar Perdana AELB 2018

SorotanAktiviti

Sorota

n

Aktiviti

SorotanAktiviti

Operation Conduit Activities pada 6 - 8 Mac 2018 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk membantu persiapan ahli INTERPOL termasuk Malaysia dalam mencegah dan memerangi penyeludupan bahan nuklear dan radioaktif di pintu keluar dan masuk.

Program Latihamal Kecemasan Radiologikal dan Nuklear Jabatan Kesihatan Negeri Selangor 2018 yang diadakan pada 28 Julai 2018.

Karnival Science, Technology, Engineering &Mathematics (STEM) 2018 pada 27 Jun 2018bertempat di SMK Meru, Klang.

Pertandingan Futsal AELB 4 Penjuru di Kipmall Bangi pada 3 Februari 2018 melibatkan pertandingan antara gabungan bahagian AELB dan telahdirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah AELB.

Taklimat Pelaksanaan Kemajuan Kerjaya Laluan Bidang Kepakaran Khusus (Subject Matter Expert-SME) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada 9 Mac 2018 untuk perkongsian pengalaman JPS.

Lawatan Anggota Lembaga ke Nuclear Security Support Centre (NSSC) Lab dan Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (PTNK) di Ibu Pejabat AELB pada 7 Jun 2018.

16 Nadi Atom Edisi Julai 2018

Azlina binti Mohamad Jais

Bahagian Perlesenan, Bahagian Dasar, Kod & Standard (kini dikenali sebagai Bahagian Dasar dan Hubungan Luar) dan Bahagian Instalasi Nuklear. Beliau telah dipinjamkan ke Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC) pada tahun 2011 sebagai Associate Director, Legal & Regulatory Unit sebelum bersara dari perkhidmatan awam pada 1 Jun 2018. Kini, Puan Azlina memangku jawatan Chief Executive O�cer di MNPC. Seluruh warga AELB mengucapkan selamat maju jaya dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Azlina binti Mohamad Jais di atas jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau dan didoakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik.

Puan Azlina binti Mohamad Jais mula bertugas di AELB pada 2 Janu-ari 1992 di Bahagian Penilaian & Perlesenan. Beliau pernah meme-gang jawatan sebagai Pengarah di beberapa bahagian lain iaitu

Tuan Haji Nor Tarmizie bin Ibrahim mula bertugas di AELB sejak 22 Februari 1985 dan pernah berkhid-mat di Bahagian Penguatkuasaan (kini dikenali sebagai Bahagian Kaw-alselia Sinaran) dan BahagianSokongan Teknikal. Beliau juga pernah mendapat pengikti-rafan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2017. Tuan Haji Nor Tarmizie bin Ibrahim mengakhiri perkhidmatan sebagai Penolong Jurutera di Bahagian Penilaian & Perlesenan pada 7 Mei 2018 setelah 33 tahun berkhidmat di jabatan ini. Seluruh warga AELB mengucap-kan selamat maju jaya dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Nor Tarmizie bin Ibrahim di atas jasa yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan beliau dan didoakan agar beliau dikurniakan kesihatan yang baik.

Nor Tarmize bin Haji Ibrahim

Edisi Julai 2018 Nadi Atom 17

#AkanDatang

Mesyuarat Pakar Mengenai Penyelarasan Aspek Keselamatan dan Sekuriti untuk Mewujudkan Integrasi Sinergi & Pertemuan Kumpulan tropika

Mengenai Infrastruktur Pengawalseliaan22 – 26 Oktober 2018

Kolokium Tahunan AELB yang ke-3. Bertemakan 'Reimagining Ideas'3 - 4 Oktober 2018

Puncak Kinabalu: Table Top Trilateral Pengesanan Nuklear dan Tindakbalas (Indonesia-Malaysia-Filipina)7 - 9 Ogos 2018, Kota Kinabalu, Sabah

National Workshop on Pratical Opera-tion of Physical Protection Systems19 - 23 November 2018

Karnival Sukan Mini AELBsempena Hari Sukan Negara

13 Oktober 2018

#StaffNews

Regional Meeting on Nuclear SecurityInformation Exchange and Coordination13 - 15 November 2018, Kuala Lumpur

Hari Keluarga AELB 201827 Oktober 2018, Bangi WonderlandTheme Park & Resort

Barisan Penyunting Nadi Atom berbesar hati, mengalu-alukan sebarang komen dari para pembaca Nadi Atom. Sebarang sumbangan idea,pandangan atau cadangan bagi Nadi Atom boleh dikemukakan kepada

[email protected].

Komen Anda

TerbitanLembaga Perlesenan Tenaga Atom

Batu 24, Jalan Dengkil43800 Dengkil, Selangor

MALAYSIA