pergerakan puteri islam

54
Sejarah Penubuhan PPIM PPIM ditubuhkan awal tahun 1960-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaan – untuk pelajar sekolah menengah. Kurikulum – aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Upload: rais-wahab

Post on 03-Jul-2015

13.035 views

Category:

Documents


58 download

TRANSCRIPT

Sejarah Penubuhan PPIM

PPIM ditubuhkan awal tahun 1960-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM).

LKPIM diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Keanggotaan – untuk pelajar sekolah menengah.

Kurikulum – aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Sejarah Penubuhan PPIM

Pelancaran rasmi pada 17 Jun 1981

oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6, Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah

Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sejarah Penubuhan PPIM

Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.

17 Jun sambutan Hari Puteri setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM

20 Jun 1987 – sambutan pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan. 

2 Disember 1988 – diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang berpelembagaan sendiri dan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Sejarah Penubuhan PPIM

Pada Hari Puteri 1988, anugerah ‘Puteri Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah diiktiraf oleh Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM

Piala Pusingan disumbangkan oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.

Pada 11 September 1993, PPIM bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. 

Sejarah Penubuhan PPIM

23 November 1996, Skuad Puteri dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tujuannya meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan kepada mangsa banjir dan program ziarah hospital.

8 April 2000, PPIM dilancarkan di institusi pengajian tinggi oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di Universiti Islam Antarabangsa. 

Sejarah Penubuhan PPIM

Awal 2004, di bawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM berpindah ke Darul Puteri.

Perasmian Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.

24 Mac 2007 - kekosongan jawatan Yang Dipertua diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah Badiah Abdul Manan hingga kini.

Visi PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam.

Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal.

Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Misi PPIM

Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui program- program yang dijalankan.

 Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik.

 Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Objektif PPIM(peringkat sekolah)

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut:-

1.1 Melahirkan satu masyarakat muda yang Taat kepada Allah, Raja dan Negara Berilmu Berakhlak mulia Berbakti kepada masyarakat

1.2 Membimbing gadis-gadis dalam segi akhlak, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, mengajar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasaskan jalan yang diterima Allah S.W.T. dan dapat berbakti untuk Agama, Nusa dan Bangsa.

1.3 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, progresif dan di terima masyarakat.

1.4 Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

Objektif PPIM(peringkat institut pengajian tinggi)

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan:

2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:

Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara.

Menguasai berbagai bidang ilmu.Berakhlak mulia.Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.

2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan.

2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara.

2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat.

2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.

Objektif PPIM(peringkat institut pengajian tinggi)

Objektif Pergerakan Puteri Islam Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi bertujuan:

2.1 Melahirkan pemimpin yang cekap, berketrampilan, berwibawa, berdedikasi dan mempunyai wawasan bagi mewujudkan masyarakat remaja yang mampu:

Menghayati dan mengamalkan ketaatan kepada Allah S.W.T., Rasul S.A.W dan pemerintah serta cintakan Negara.

Menguasai berbagai bidang ilmu.Berakhlak mulia.Berbakti kepada masyarakat tanpa mengira keturunan dan masyarakat.

2.2 Membimbing para pemimpin pelatih PUTERI dari segi intelek, akhlak, emosi, rohani dan jasmani supaya menjadi insan kamilah, berilmu, berdaya maju, berdaya juang, berdaya tahan dan berketrampilan.

2.3 Menyemai rasa cinta dan selesa dengan ajaran Islam supaya hidup mereka kelak berasaskan jalan yang diredhai Allah S.W.T. dan dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan Negara.

2.4 Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri dan berwawasan, progresif, berfikiran terbuka serta mampu menjadi penggerak masyarakat.

2.5 Mengukuh persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua serta menjadi penghubung kesinambungan antara generasi lama dan baru.

Matlamat PPIM

Mengimbangkan antara perkembangan intelektual, sosial, intelektual, dan fizikal puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan.

Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturahim di kalangan puteri-puteri.

Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri dalam pelbagai bidang gerak kerja ko-kurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti

Matlamat PPIM

Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri.

Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan.

Meningkatkan hubungan dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, khususnya masyarakat setempat.

Bendera PPIM

Merah samar – keharmonian dan kelembutanHijau – agama di mana taqwa sebagai teras.Putih – kesucianKuning – ketaatan dan kesetiaan

Lagu PPIM

Puteri Lembaga Islam riang gembiraTetap taat kepada Allah dan RajaBerkorban untuk agama dan negaraDunia akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuanBerbakti membuat kebajikanBelajar mencapai kemajuanBersemangat penuh keimanan

Ulang rangkap di atas

Ikrar PPIM

“Taat kepada Allah, ibu bapa, raja dan pemerintah,

Menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam,Berkhidmat untuk kebajikan masyarakat.”

Cogan Kata

“BERIMAN, BERAMAL, BERKHIDMAT”

Suluh Kata PPIM

P Patuh dan taat kepada Allah dan Rasul

U Ugama dijunjung adat dikelek

T Taat kepada ibu dan ayah

E Erat ukhuwah Islam sejagat

R Rela berbakti kepada umat

I Iman dipupuk ilmu dituntut

I Iman dipupuk ilmu dituntut

S Sembahyang di tunai setiap waktu

L Larangan Allah mesti dijauhkan

A Akhlak mulia mengukuh iman

M Mukminin mukminat rakyat seperjuangan

Carta OrganisasiPeringkat Kebangsaan

Yang DipertuaNaib Yang Dipertua I Naib Yang Dipertua IISetiausaha KehormatBendahari KehormatSetiausaha Eksekutif

Ahli Pentadbir

Wakil Kem. PelajaranWakil Kem. Belia & Sukan

Carta OrganisasiJawatankuasa Kokurikulum Sekolah

PenyelarasPersatuan dan Kelab

PenyelarasSukan & Permainan

PenasihatPengetua (SM)/Guru Besar (SK)

PengerusiPen. Kanan HEM (SM)

Pen. Kanan Kokurikulum (SK)

Setiausaha(dilantik)

PenyelarasPasukan Pakaian

Beragam

Jawatankuasa

Guru Permainan Guru PenasihatGuru Penjaga

Ikatan dan Simpulan

Tali digunakan untuk membuat ikatan, simpulan dan perhiasan.

Empat istilah simpulan dan ikatan ialah:Simpulan (knotting)Ikatan (lashing)Sambat (splicing)Mematikan hujung tali (whipping)

Lebih kurang 40 jenis ikatan dan simpulan yang biasa digunakan untuk aktiviti pioneering dan gejet.

Fungsi Ikatan: Untuk menyambung dua utas tali yang sama besar

saiznya. Untuk mematikan hujung tali pada bungkusan,

membalut luka dan sebagainya. Boleh dibuat menggunakan tali atau kain anduh.

Fungsi Ikatan: Untuk menyambung dua utas tali yang tidak sama besar

saiznya. Biasanya digunakan untuk mengikat tali kapal dan

perahu di jeti. Tidak sesuai untuk tugasan berat kerana mudah terbuka.

Fungsi Ikatan: Untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.

Contohnya menjerut leher binatang. Juga digunakan semasa kerja menyelamat di air.

Simpul ini akan diikat pada pinggang mangsa.

Fungsi Ikatan: Untuk mengikat tali pada tiang atau balak. Juga untuk mengikat benda yang licin spt hujung

pacang khemah, botol dsb. Tidak mudah terburai. Digunakan semasa memula dan menamatkan ikatan

seraya dan ikat silang gunting.

Fungsi Ikatan: Untuk mengikat tali pada kayu atau batang yang besar

saiznya. Digunakan untuk menarik atau menurunkan beban. Tujuannya agar kayu mudah digerakkan dan tidak

tercabut. Merupakan ikatan sementara sahaja.

Fungsi Ikatan: Untuk mengikat dua utas tali yang sama besar saiznya,

halus dan licin seperti tali tangsi dan tali nylon. Biasa digunakan oleh nelayan dan pemancing untuk

mengikat mata kail.

Fungsi Ikatan: Untuk menyambung dua utas tali yang sama besar. Penyambungan tali lebih selamat semasa digunakan

dan senang untuk diuraikan kembali. Digunakan untuk mengikat bungkusan.

Fungsi Ikatan: Untuk mengikat tali pada tiang atau kayu dan mengikat

hujung tali khemah pada pancangnya. mudah dibuka dan tidak mudah tanggal ikatannya.

Fungsi Ikatan: Untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat

gejek. Kayu atau buluh dapat diikat dengan kuat.

Caranya:1. Mulakan ikatan dengan menggunakan simpul manuk

atau lilit balak pada tiang.2. Seterusnya, ikat berselang-selang pada buluh lantai dari

atas ke bawah tiang spt dlm rajah (b).3. Tamatkan dgn simpul manuk.4. Lilit kacang dengan 2 utas tali adalah lebih kemas dan

terjamin kuat.

Fungsi Ikatan: Sangat penting dalam aktiviti membuat gejek dan

pioneering. Digunakan apabila kayu yang diikat itu dalam keadaan

bersilang dan bersudut tepat.

Caranya:1. Mula dengan simpul manuk pada batang kayu.2. Kemudian lilit dengan kemas dan ketatkan.3. Selepas itu, tali dililit di celah kayu.4. Tamatkan ikatan ini dengan simpul manuk pada salah

satu batang kayu.

Fungsi Ikatan: Sangat penting dalam aktiviti membina, pioneering dan

membuat gejek. Digunakan pada kayu yang bersilang dan dalam

keadaan serong.

Caranya:1. Mula dengan simpul manuk pada batang kayu. 2. Selepas itu, belitkan secara membujur dan melintang.3. Lilitkan tali di celah silang supaya lebih kuat dan kemas.4. Tamatkan dengan menggunakan simpul manuk.

Fungsi Ikatan: Sangat penting dalam aktiviti pioneering dan membuat

gejek. Digunakan untuk menyambung dua batang tiang atau

mengikat dua batang kayu.

Caranya:1. Mulakan dengan simpul manuk pada sebatang kayu.2. Lilit kedua-dua kayu itu dengan kuat dan ketat.3. Kemudian, belitkan secara bersilang di celah kayu.4. Tamatkan dengan simpul manuk pada sebatang kayu.

Fungsi Ikatan: Sangat penting dalam aktiviti pioneering dan membuat

gejek. Digunakan untuk menyambung tiang gejek.

Caranya:1. Tiang gejek memerlukan kayu yang sama panjang.2. Pada hujung ketiga-tiga tiang diikat silang tungku.3. Dimulakan dengan lilit balak atau simpul manuk pada

sebatang tiang.4. Kemudian belit-belitkan pada ketiga-tiga tiang berselang-

selang.5. Selepas itu, belitkan tali dicelah-celah batang kayu.6. Tamatkan dengan simpul manuk pada tiang tengah.

Fungsi Ikatan: Untuk mengikat tali khemah ke pancang atau tali ke

tiang supaya ia dapat dikendurkan atau ditegangkan.

Fungsi Ikatan: Untuk memendekkan tali yang panjang tanpa

memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang

tidak kukuh.

Fungsi Ikatan: Untuk mengikat perahu atau kuda pada tiang. Ikatan ini

sangat mudah dan pantas untuk dibuka. Boleh juga digunakan untuk turun dari pokok

menggunakan tali.

Fungsi Ikatan: Untuk mematikan hujung tali supaya tidak terurai.

Ab. Alim Abdul Rahim. (1994). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

http://www.puteri-islam.org.my/v1/