sesi disember 2020 - ptss

31
SESI DISEMBER 2020

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

SESI DISEMBER 2020

Page 2: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2020

PENAUNG ABDUL MALEK BIN HASSAN

Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

PENASIHAT

ROSNIZAM BIN KAMIS Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

EDITOR MAZRUL HISYAM BIN MAT ALI Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

PENULIS SYAZWANI BINTI SOBRI

Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan dan Data) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Page 3: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

1. Maklumat anda akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran. Anda dinasihatkan tidak datang mendaftar jika:

a. memberi maklumat salah atau palsu semasa permohonan berkaitan dengan: i. Kewarganegaraan

ii. Keputusan Peperiksaan SPM atau Keputusan Peperiksaan Semester Akhir

b. anda seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

2. Jika anda terlibat dengan perkara (i) dan (ii), tindakan menarik balik atau pembatalan tawaran kemasukan ke Politeknik akan dilakukan.

3. Pelajar yang mendapat tawaran program yang disenaraikan di bawah ini, dikehendaki memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik dengan SEGERA sekiranya didapati Buta Warna setelah membuat Pemeriksaan Doktor.

i. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) ii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) iii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Optoelektronik)

*Syarat bagi program ini adalah calon tidak buta warna.

4. Pelajar dikehendaki mencetak surat tawaran terkini di laman web http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk simpanan sendiri.

PERINGATAN PENTING

Page 4: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

Bahagian Perkara M/surat

A1- Maklumat Pendaftaran

A2 - Dokumen Yang Perlu Dibawa

A3 – Panduan Pendaftaran

A4 - Maklumat Yuran

A5 - Panduan & Kaedah Bayaran Yuran Pengajian dan Kamsis

di Bank Islam (BIMB)

a) Pembayaran Melalui Mesin Cash Deposit (CDM)

b)Pembayaran di Mesin ATM BIMB

c)Perbankan Internet

1

1

3

A 4

MAKLUMAT 5

PENDAFTARAN

B1 - Latarbelakang Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

B2 - Panduan Lokasi dan Pengangkutan

B3 - Kemudahan Penginapan Kamsis (Asrama/Kolej Kediaman))

B4 - Keperluan Perbelanjaan dan Sara Hidup di Politeknik

B5 - Peraturan Pakaian dan Rupa Diri Pelajar

a) - Pakaian dan Rupadiri Pelajar Semasa Hari Pendaftaran

b) - Pakaian dan Rupadiri Pelajar Politeknik

c) - Jadual Bergambar Contoh Jenis Pakaian Yang Dibenarkan

B6 - Hal-Hal lain

a) - Peraturan dan Disiplin Pelajar

b) - Program Laluan Kecemerlangan (PLK) Pelajar Baharu

c) - Gambar Pelajar

d) - Penginapan Ibubapa & Penjaga Semasa Hari Pendaftaran

9

9

9

11

11

B

MAKLUMAT

PTSS

14

C LAMPIRAN

C1 – Peta Tunjuk Arah 18

C2 – Panduan Lalu Lintas Hari Pendaftaran 19

C3 – Senarai Semak 20

C4 – Borang Permohonan Kamsis 21

C5 – Borang Senarai Inventori Bilik Kamsis 22

C6 – Slip Penerimaan Kunci 23

C7 – Panduan Pendaftaran Online 24

C8 – SOP Hari Pendaftaran Pelajar 26

ISI KANDUNGAN

Page 5: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

1

Sila baca maklumat berikut dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya agar proses

pendaftaran anda dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya memulakan pengajian di Politeknik

dengan selesa.

(Pendaftaran anda akan terganggu sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah

tidak dipenuhi.)

A1. HARI PENDAFTARAN

Anda hendaklah hadir untuk mendaftar diri sebagai pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)

seperti maklumat berikut:

Maklumat Pendaftaran

Semua Calon Pelajar

Program Diploma

Tarikh Rujuk Surat Tawaran

Masa

Tempat Kamsis, PTSS

Penginapan - Semua pelajar baharu disediakan penempatan penginapan di Kamsis Politeknik.

Pihak kamsis TIDAK menyediakan bantal untuk pelajar.

A2. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA

Sila bawa semua dokumen asal seperti kad pengenalan, sijil SPM, borang-borang berkaitan

yang telah lengkap seperti borang HEP1 – HEP6, borang kamsis, gambar berukuran passport (4

keping beserta CD, latarbelakang gambar warna merah), slip bayaran yuran-yuran berkaitan

serta keperluan-keperluan lain yang dinyatakan dalam buku panduan pendaftaran atau perkara

yang difikirkan perlu untuk di bawa.

PENTING:

Sekiranya kehilangan sijil SPM/SPMV, anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Jika tidak, anda tidak dibenarkan mendaftar.

PERINGATAN:

Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL dan tidak membuat pembayaran seperti

yang dinyatakan maka pihak politeknik berhak MENOLAK dan TIDAK DIBENARKAN MENDAFTAR.

A: MAKLUMAT PENDAFTARAN

Page 6: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

2

*MAKLUMAT/DOKUMEN TAMBAHAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PELAJAR DALAM KATEGORI OKU: 1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar; 2. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)- KECACATAN HANYA PENDENGARAN

SAHAJA. 3. Salinan surat tawaran pengajian; 4. Salinan buku akaun Bank Islam @ Cimb.

Page 7: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

3

Mula

Selesai

A3. PANDUAN PENDAFTARAN

Membuat setuju terima tawaran dan menghantar Borang

Jawapan Terima (BJT) ke Politeknik dalam tempoh 14 hari

(Layari portal rasmi : http://ambilan.mypolycc.edu.my)

Daftar secara online (selepas 24 jam bayaran dilakukan) di

laman web politeknik (SPMP/i-HELP) & cetak salinan slip

pengesahan pendaftaran

Lengkapkan Borang HEP1 – HEP6

(Cetak Borang HEP1 – HEP6 di

http://ambilan.mypolycc.edu.my )

Lapor diri di Politeknik pada Hari Pendaftaran dengan

membawa bersama :

1. Slip Pengesahan Pendaftaran

2. Borang HEP1 – HEP6

3. Senarai Semak (m/s 20)

4. Resit Bayaran Yuran (Pengajian & Kamsis)

5. Borang Kolej Kediaman (m/s 21-23)

6. Gambar berukuran passport

7. Salinan Penyata Akaun Bank Pelajar (disahkan)

8. Surat Asal Tajaan cth : MAIS, MAIP (jika ada)

Membuat bayaran yuran

(Rujuk Kaedah Bayaran di m/s 5 - 7 )

Page 8: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

4

A4. MAKLUMAT YURAN

Semua pelajar WAJIB MEMBUAT BAYARAN Yuran Pengajian dan Yuran Kamsis di bank berkenaan SEBELUM datang mendaftar pada hari pendaftaran.

Pembayaran di kaunter pendaftaran secara tunai pada hari pendaftaran tidak akan diterima.

JADUAL YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2020

BIL. JENIS BAYARAN JUMLAH (RM) KAEDAH BAYARAN

1. Yuran Pengajian 200.00 Bayar melalui Perbankan Internet / Mesin ATM / Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB atas nama POLITEKNIK KPT

2. Yuran Kolej Kediaman (Kamsis) 60.00 Bayar melalui Perbankan Internet / Mesin ATM / Mesin Cash Deposit (CDM) BIMB atas nama POLITEKNIK KPT

3. Yuran Pelbagai 300.00 Dibayar pada hari pendaftaran dokumen. Menggunakan kaedah pembayaran aplikasi Touch n Go e-Wallet atau debit kad yang mempunyai fungsi paywave.

4. Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak pelajar.

NOTA :

Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan.

Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian/ Yuran Kamsis di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran yuran.

Setiap resit bayaran yuran hendaklah di buat salinan dan resit asal hendaklah di simpan oleh pelajar sebagai bukti pembayaran.

Pelajar disaran untuk menggunakan kaedah pembayaran cashless semasa berurusan di koperasi dan kafetaria politeknik.

Pelajar yang mendapat tajaan/pembiayaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta DIWAJIBKAN membawa bersama surat pengesahan penajaan semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja ataupun dalam proses permohonan kepada penaja hendaklah dijelaskan oleh calon sebelum hari pendaftaran. Sekiranya tajaan/pembiayaan sebahagian sahaja, calon perlu menjelaskan dahulu yuran pengajian dan yuran kamsis.

Semua pelajar DIWAJIBKAN mempunyai akaun bank. Perkhidmatan ATM Bank Islam disediakan di kawasan politeknik.

Bagi pinjaman PTPTN, akaun Bank Islam diperlukan.

Page 9: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

4

Pengembalian Wang Yuran (Pelajar Tidak Melapor Diri)

Bagi calon yang telah membuat pembayaran yuran tetapi tidak melapor diri pada hari

pendaftaran, anda boleh mendapatkan semula wang tersebut dengan mengemukakan

surat permohonan ke alamat berikut:

Pengarah

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

02600 Arau

Perlis

(U/P: Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

Dokumen yang diperlukan adalah:

i) Surat permohonan pembayaran balik yuran (format surat boleh di dapati di Pejabat Hal Ehwal Pelajar)

ii) Salinan kad pengenalan pemohon. iii) Resit/slip bayaran yang ASAL beserta satu (1) salinan fotostat.

iv) Salinan buku akaun bank/ slip maklumat akaun bank milik pemohon.

Sila ambil perhatian bahawa permohonan tersebut mestilah dikemukakan dalam

tempoh 30 HARI daripada tarikh pendaftaran. Permohonan yang lewat tidak akan

dilayan. Semua pengembalian bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun calon.

Page 10: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

5

Yuran Pengajian RM200

Yuran Kolej Kediaman

RM60

A5. PANDUAN & KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN DAN KAMSIS

KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN CASH DEPOSIT (CDM) BIMB

1. Pilih menu YURAN IPT.

4. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis bayaran.

2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar. 5. Sahkan jumlah kemasukan wang.

6. Transaksi selesai dan ambil resit. 3. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran Pengajian (RM 200).

7. Bagi pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman ulangi langkah 1 hingga 6 untuk Yuran Kamsis (RM60). Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan.

Page 11: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

6

KAEDAH MENGGUNAKAN MESIN ATM BIMB

1. Pilih menu LAIN-LAIN

5. Masukkan No Kad Pengenalan pelajar.

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT.

6. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran Pengajian RM200.

3. Pilih menu YURAN IPT.

7. Amaun akan dipaparkan mengikut jenis bayaran.

4.Pilih Akaun Pembayar (akaun yang akan didebit).

8. Sahkan jumlah kemasukan wang. 9. Transaksi selesai dan ambil Resit.

10. Bagi pelajar yang tinggal di Kolej Kediaman ulangi langkah 1 hingga 9 untuk Yuran Kamsis (RM 60). Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat secara berasingan.

Page 12: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

7

KAEDAH MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET 1. Layari www.bankislam.biz . Masukkan “USER ID” dan kata laluan. 2. Pilih “Bill Presentment”. 3. Pilih New Ic Number. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar pada ruang Kad Pengenalan dan klik “Submit”. 4. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak dibayar dan klik ‘pay’. Klik menu Politeknik KPT untuk

bayaran Yuran Pengajian RM200.00. 5. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “From account” yang hendak didebitkan. Sahkan

jumlah amaun dan klik “pay”. 6. Klik Request i-access code untuk dapatkan nombor kod transaksi melalui sms. Masukkan no i-access code.

Klik “Confirm” untuk meneruskan pembayaran. 7. Skrin berikut akan menunjukkan maklumat bayaran yang telah dilakukan. Tekan “print” setelah transaksi

berjaya sebagai transaksi bayaran. 8. Ulangi langkah 1 hingga 7 untuk bayaran Yuran Kolej Kediaman. Setiap jenis bayaran hendaklah dibuat

secara berasingan.

Page 13: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

8

PERHATIAN!

BAYARAN

HENDAKLAH

DIBUAT MELALUI

CDM ATAU

PERBANKAN

INTERNET BIMB

SAHAJA!!

Jika ada masalah berkaitan bayaran, sila

hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PTSS

Page 14: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

9

B1. LATAR BELAKANG POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)

B2. PANDUAN LOKASI DAN PENGANGKUTAN

B3. KEMUDAHAN PENGINAPAN DI KOLEJ KEDIAMAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) merupakan sebuah politeknik di bawah Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT) yang ke-18 ditubuhkan. Pada awalnya, politeknik ini dikenali sebagai

Politeknik Perlis dan mula beroperasi dengan kemasukan staf pertama pada 16 Mei 2003

menggunakan pejabat sementara di Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Kampus

tetap ini telah siap sepenuhnya pada tahun 2004. Pada 22 Mei 2006, Politeknik Perlis telah

dirasmikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin.

Semenjak daripada itu, nama Politeknik Perlis dengan rasminya ditukar kepada Politeknik Tuanku

Syed Sirajuddin.

Kampus PTSS terletak dalam kawasan Pauh Putra dengan pekan terdekatnya ialah Arau iaitu

sejauh 9 km. Kampus ini juga terletak bersempadan dengan Negeri Kedah iaitu kira-kira 10 km

dari pekan terdekat Changlun. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin boleh dikunjungi dengan mudah

menggunakan Lebuhraya Kuala Perlis – Changlun.

Maklumat lokasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin boleh dirujuk di lampiran atau anda boleh

melayari laman web www.ptss.edu.my

Bagi memastikan para pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran di

politeknik, mereka DIWAJIBKAN untuk tinggal di kamsis yang disediakan. Manakala bagi pelajar

senior semester 2 dan ke atas, mereka yang memerlukan kemudahan penginapan kamsis perlu

membuat permohonan pada setiap hujung semester. Tawaran penginapan adalah tertakluk

kepada kekosongan tempat dan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan

kamsis.

Untuk keselesaan pelajar baharu yang tinggal di Kolej Kediaman, barangan keperluan seperti

berikut perlu DISEDIAKAN SENDIRI (jumlah boleh ditambah mengikut keperluan masing-

masing):

Pelitup muka (mask) dan hand sanitizer

Bantal

1 helai selimut.

1 set sarung bantal dan cadar.

1 pasang lengkap Baju Melayu (warna bebas) – siswa Muslim.

1 pasang Baju Kurung (warna bebas) – siswi Muslim.

Songkok berwarna hitam – siswa Muslim.

Tudung – siswi Muslim.

Kasut ke kuliah dan kasut sukan.

Pakaian harian secukupnya untuk ke kuliah. Sila rujuk perkara B5 – Peraturan Pakaian dan Rupadiri Pelajar.

Barang kemas tidak digalakkan.

B : MAKLUMAT PTSS

Page 15: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

10

Kedai Koperasi Politeknik (mini market) ada menjual semua keperluan para pelajar meliputi

keperluan peribadi (seperti baldi, berus & ubat gigi, sabun mandi dan lain-lain) dan keperluan

untuk ke kuliah (seperti alatulis, kalkulator saintifik dan lain-lain). Pelajar boleh mendapatkan

segala keperluan mereka di situ dan harga barangan yang dikenakan adalah pada kadar yang

berpatutan.

Page 16: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

11

B5. PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI PELAJAR

Pelajar perlu menanggung sendiri perbelanjaan seharian mereka semasa mengikuti pengajian di

Politeknik. Antara kos yang terlibat termasuklah perbelanjaan makan dan minum seharian,

keperluan pembelajaran seperti buku nota, alatulis, fotostat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pelajar boleh memohon pinjaman/biasiswa pendidikan daripada senarai penaja pinjaman yang bersedia memberi kemudahan tersebut. Perkara tersebut akan diuruskan oleh pihak politeknik selepas pelajar mendaftar. Namun begitu, pelajar bolehlah melayari www.ptss.edu.my untuk mengetahui maklumat penaja pinjaman/biasiswa yang tersenarai.

Semua pelajar adalah tertakluk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 (Akta

174) dan pindaan-pindaannya serta semua peraturan bertulis di Politeknik. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar beragama Islam) dan sopan seperti pakaian ke pejabat. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. Pelajar lelaki mesti berambut pendek dan tidak dibenarkan memakai sebarang barangan kemas.

Peraturan-peraturan ini perlulah diikuti oleh semua pelajar pada hari pendaftaran nanti dan juga

di sepanjang pengajian di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Berikut adalah pakaian dan rupadiri

yang dibenarkan dan peraturan rambut sepanjang masa sebagai pelajar Politeknik Tuanku Syed

Sirajuddin.

Pelajar yang melanggar akta/peraturan yang ditetapkan oleh politeknik boleh dikenakan tindakan

disiplin atau denda seperti yang termaktub di dalam Akta 174.

a) Pakaian dan Rupadiri Pelajar Semasa Hari Pendaftaran

PELAJAR PERKARA

Lelaki

Baju Kemeja dan bertali leher. Seluar panjang (slack-berwarna hitam). Kasut bertutup (warna gelap). Rambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan.

Perempuan

Baju kurung ATAU blouse dan berkain labuh. Bertudung (bagi muslim) Kasut bertutup (warna gelap). Pakaian mestilah sopan di mana ianya labuh dan tidak ketat.

B4. KEPERLUAN PERBELANJAAN DAN SARA HIDUP DI POLITEKNIK

Page 17: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

12

b) Pakaian dan Rupadiri Pelajar Politeknik

PERKARA PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN

a) Pakaian ke kuliah (semua pelajar)

o Kemeja lengan panjang/pendek. o Tali leher (pilihan). o Seluar panjang (slack) yang

TIDAK ketat. o Seluar ketat / jeans

DILARANG.

o Baju kurung/Blouse o Kain/Maxi/Skirt labuh & longgar o Seluar panjang (slack) yang TIDAK

ketat

o Seluar ketat / jeans DILARANG.

b) Pakaian ke bengkel

(Pelajar Kejuruteraan)

o Kemeja lengan panjang/pendek. o Baju T berkolar. o Seluar panjang (slack). o Seluar ketat / jeans

DILARANG.

o Baju kurung/Blouse o Kain/Maxi/Skirt labuh dan longgar. o Seluar panjang (slack). o Seluar jeans / ketat / jarang

DILARANG. c) Kasut o Kasut yang sesuai dan berstokin

(kulit/kain/sukan). o Selipar, terompah, capal, selipar

dan sebagainya adalah dilarang.

o Kasut Keselamatan / safety boots (wajib bagi pelajar Kejuruteraan Mekanikal) - boleh diperolehi di kedai hardware.

o Kasut yang sesuai dan berstokin (kulit/kain/sukan).

o Selipar, terompah, capal, selipar dan sebagainya adalah dilarang.

o Kasut Keselamatan / safety boots (wajib bagi pelajar Kejuruteraan Mekanikal) - boleh diperolehi di kedai hardware.

d) Rambut o Pendek, kemas dan tidak diwarnakan.

o Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju.

o Aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga.

o Aras depan tidak melebihi dahi o Tidak botak kecuali syariat

agama

o Kemas dan beridentitikan pelajar perempuan.

o Pelajar Islam dimestikan bertudung seperti syariat agama.

o Tidak mewarnakan rambut.

e) Perhiasan o Sebarang bentuk perhiasan adalah dilarang kecuali cincin daripada bahan bukan emas.

o Tidak digalakkan memakai barang kemas.

o Dilarang mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan.

Page 18: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

13

c) Jadual Bergambar Contoh Jenis Pakaian Yang Dibenarkan

Jenis Pakaian Yang Dibenarkan (Pakaian Hendaklah Sentiasa Kemas)

PELAJAR LELAKI

PELAJAR PEREMPUAN

Page 19: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

14

B6. HAL-HAL LAIN

a) Peraturan dan Disiplin Pelajar

Selepas selesai mendaftar, pelajar secara rasminya tertakluk kepada peraturan disiplin

politeknik termasuk peraturan kamsis (bagi pelajar yang tinggal di kamsis). Kegagalan

mematuhi peraturan disiplin ini boleh mengakibatkan pelajar dikenakan tindakan denda,

disekat daripada menggunakan kemudahan politeknik, digantung pengajian atau

diberhentikan pengajian. Pelajar dipohon agar sentiasa mematuhi peraturan dan disiplin

sepanjang masa bergelar pelajar politeknik. Peringatan: Pelajar bertanggungjawab

menjaga nama baik politeknik sepanjang masa dan wajib mematuhi peraturan dan

undang-undang yang berkuatkuasa termasuk Akta 174 sepanjang masa samada di

dalam kampus atau di luar kampus.

b) Minggu Haluan Siswa (MIHAS) Pelajar Baharu Semua pelajar baharu WAJIB mengikuti Program Minggu Haluan Siswa (MIHAS) selepas

mereka mendaftar. Sila rujuk aturcara program seperti yang terdapat di dalam buku program yang akan diedarkan pada hari pendaftaran nanti.

c) Gambar Pelajar

Sediakan 4 keping gambar warna terbaharu anda yang bersaiz pasport atau kad pengenalan untuk dibawa pada hari pendaftaran nanti beserta CD gambar tersebut. Sila catatkan nama penuh dan program anda di belakang setiap gambar. Panduan gambar adalah seperti berikut:

Pelajar lelaki hendaklah berbaju kemeja & bertali leher serta berambut pendek dan tidak diwarnakan.

Pelajar perempuan hendaklah berbaju kurung atau blouse. Bagi pelajar Perempuan Islam hendaklah bertudung.

d) Penginapan Ibubapa & Penjaga Semasa Hari Pendaftaran

Penginapan untuk ibubapa dan penjaga yang datang menghantar pelajar pada hari

pendaftaran perlu diuruskan sendiri.

Berikut adalah maklumat penginapan yang terdapat di sekitar PTSS:

ARAU, PERLIS (ANGGARAN 10 KM) TELEFON

Metro Inn 04-9866555/ 04 - 9861001

Sooguan Villa 04-9772250

Motel Arau 04-9869928

MLC Motel 012-5468927

KANGAR, PERLIS (ANGGARAN 20 KM) TELEFON

Hotel Putra Palace 04-9767755

Hotel Federal 04-9766288

Hotel Kayangan Inn 04-9768121

Hotel Sri Garden 04-9773188

Hotel Darul Farah 04-9763903

Saloma Villa Homestay & Roomstay 04-9782230 / 017-5017476

KUALA PERLIS, PERLIS (ANGGARAN 27 KM) TELEFON

Hotel Putra Brasmana 04-9855900

Hotel T Kuala Perlis 04-9853888

Hotel Q, Kuala Perlis 012-5876054/04-985 1770

Page 20: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

15

SINTOK, KEDAH (ANGGARAN 20 KM) TELEFON

Hotel EDC-UUM 04-9288888

JITRA & CHANGLUN, KEDAH (ANGGARAN 15 KM)

TELEFON

Hotel Changlun Inn 019-4084988

Hotel T Changlun 04-9248888

Seri Kedah Gardeniaa Resort 04-9161977 / 04-9172381

Page 21: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

16

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, 02600 Arau, Perlis Tel: 04-9886200 Faks: 04-9886300

Website: http://www.ptss.edu.my

PEGAWAI / UNIT / JABATAN SAMBUNGAN:

Pejabat Pengarah 6212

Timbalan Pengarah Akademik 6292

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik 6222

Pejabat Perhubungan Awam PTSS (PRO) 6228

Pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) 6206 / 6207 / 1040 / 6209

Ketua Jabatan HEP 6202

Pegawai HEP (Pendaftaran Pelajar) 6204

Pegawai HEP (Disiplin & J/K Perwakilan Pelajar) 6203

Pegawai HEP (Kebajikan Pelajar) 1040

Pejabat Unit Kediaman Kolej/Kamsis 6356

Unit Kaunseling 6208 / 6205 / 1051

Unit Peperiksaan 6386 / 1030 / 6388

Unit Latihan Industri 6278 / 6279

Unit Kebudayaan, Sukan dan Ko-Kurikulum 6344 / 1988

KETUA JABATAN AKADEMIK:

Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) 6288

Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) 6233

Ketua Jabatan Perdagangan (JPG) 6255

Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH) 6266

Ketua Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) 6299

Ketua Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV)

6366

*Ibubapa / waris dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat & nombor telefon

Penasihat Akademik para pelajar untuk memudahkan urusan pertanyaan berkaitan

akademik pelajar.

Page 22: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

17

1. Peta Tunjuk Arah Ke Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

2. Panduan Lalu Lintas Semasa Lapor Diri Pelajar

3. Borang Permohonan Kolej Kediaman

4. Borang Senarai Inventori Bilik Kediaman Pelajar (Check-In)

5. Slip Penerimaan Kunci

6. Panduan Pendaftaran Online Pelajar Baru

7. SOP Hari Pendaftaran Pelajar

LAMPIRAN

Page 23: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

18

Politeknik

(PTSS)

Dari AlorSetar/

Jitra (melalui

Lebuhraya Utara

– Selatan (PLUS)

Dari Alor Setar/Kuala

Perlis/Arau

PETA TUNJUK ARAH

KE POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PERLIS

Dari Alor Setar/Jitra

Kodiang

Page 24: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

19

Kenderaan waris memasuki kampus melalui Pintu Pagar A dan keluar melalui Pintu Pagar B.

Page 25: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

20

Page 26: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

21

Page 27: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

22

Page 28: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

23

Silalengkapkan slip penerimaan kunci ini dan GUNTING mengikut saizslip. Serahkan slipini semasa

mendaftar di kaunter pendaftaran kamsis untuk mengambil kunci bilik pada hari pendaftaran.

*Sila rujuk slip pendaftaran online anda bagi tujuan mengisi maklumat pada slip penerimaan kunci.

Page 29: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

24

1. Sila layari spmp.ptss.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp.

2. Masukkan no Kad Pengenalan anda dan klik teruskan.

3. Sila ikuti langkah seperti yang tertera pada rajah berikut.

*Perhatian: Langkah ke-3 hanya akan dipaparkan selepas 24 jam anda menjelaskan bayaran

yuran di Bank Islam.

4. Selepas anda klik pada langkah 3 di atas, paparan berikut akan dipaparkan. Sila cetak slip

pendaftaran online. Contoh paparan seperti berikut:

PANDUAN PENDAFTARAN ONLINE PELAJAR BARU

Page 30: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

25

5. Cetak slip pendaftaran online dan bawa pada hari pendaftaran. Contoh paparan seperti

berikut:

Page 31: SESI DISEMBER 2020 - PTSS

26

SOP HARI PENDAFTARAN PELAJAR

1. Memasang (install) aplikasi MySejahtera di telefon pintar masing-masing.

2. Hanya DUA ORANG waris / penjaga sahaja boleh iringi pelajar ke dalam kampus.

3. Petugas keselamatan akan mensaring suhu badan pelajar dan waris.

Suhu badan MELEBIHI 37.5 CELCIUS tidak dibenarkan memasuki

kampus.

4. Semua waris yang datang pada sesi pagi perlu beredar dari kawasan kampus

SEBELUM pukul 1.00tgh bagi memastikan kelancaran trafik pada sesi petang.

5. Kenderaan waris akan MASUK ke kampus melalui PINTU A dan KELUAR melalui

PINTU B.

6. Semua waris dan pelajar DIWAJIBKAN mematuhi sop yang ditetapkan oleh KKM dan

golongan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan bayi tidak dibenarkan

memasuki institusi

7. Amalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, kerap cuci tangan dan

pakai mask (pelitup muka) sepanjang berada di persekitaran institusi.