perdana menteri

14
PENDAHULUAN Perdana Menteri adalah ketua yang menerajui pemerintahan bagi sesebuah negara. Bermula dengan Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir Mohamad dan kini Perdana Menteri Ke-5 iaitu Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi memperjuangkan hala tuju bangsa Melayu. Kepimpinan yang ditonjolkan menyemarakkan semangat juang generasi dan pendukung perjuangan bangsa Melayu pada alaf ini.

Upload: maizatul-akmal-atan

Post on 21-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PERDANA MENTERI MALAYSIA

TRANSCRIPT

Page 1: perdana menteri

PENDAHULUAN

Perdana Menteri adalah ketua yang menerajui pemerintahan bagi sesebuah negara. Bermula dengan Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir Mohamad dan kini Perdana Menteri Ke-5 iaitu Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi memperjuangkan hala tuju bangsa Melayu. Kepimpinan yang ditonjolkan menyemarakkan semangat juang generasi dan pendukung perjuangan bangsa Melayu pada alaf ini.

Page 2: perdana menteri

Di bawah kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, beliau memimpin negara ke tahap lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mengharungi arus cabaran dunia tanpa sempadan. Beliau mampu memimpin negara ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 seperti yang dihasratkan oleh kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia dalam menuju kecemerlangan hakiki melalui konsep yang diperkenalkan iaitu ‘Islam Hadhari’.

Konsep ini merupakan kesinambungan kepada Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam yang diperkenalkan pada awal era kepimpinan Dr. Mahathir. Konsep Islam Hadhari yang diilhamkan oleh Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi bermatlamat untuk meletakkan rakyat negara ini serta kedudukan Islam ditahap yang lebih disegani diperingkat sejagat. Ia merupakan pendekatan baru yang berasaskan kepada pembangunan dalam membina tamadun yang lebih gemilang.

Page 3: perdana menteri

Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).

Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghoa) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera

DEFINISI PERDANA MENTERI

Page 4: perdana menteri

LATAR BELAKANG

Dilahirkan pada 26 November 1939 dalam sebuah keluarga ternama di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah mendapat pendidikan awal di kampungnya dan kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Penang Methodist Boys' School dan sekolah agama yang telah diasaskan oleh keluarganya. Abdullah seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam pada 1964.

Page 5: perdana menteri

Perdana Menteri Malaysia kini ialah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang dilantik pada 31 Oktober 2003. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Sebaik selepas menamatkan pengajian, Abdullah menyertai Perkhidmatan Awam, di mana beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada 1978, Abdullah mula melibatkan diri secara aktif dalam politik dan terpilih sebagai wakil rakyat. Jawatannya yang pertama dalam Kerajaan adalah Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan. Sejak itu hingga 1999, Abdullah telah memegang beberapa portfolio penting dalam kabinet termasuk Pelajaran, Pertahanan dan Luar Negeri.

Page 6: perdana menteri

Pada Januari 1999, Perdana Menteri Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad melantik Abdullah sebagai Timbalannya. Dalam Pentadbiran, Perdana Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri dan enam orang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pejabat Ketua Setiausaha Negara juga membentuk sebahagian daripada Jabatan Perdana Menteri. Dato' Seri Abdullah berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood sejak 1965 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Kamaluddin, dan seorang anak perempuan, Nori.

Page 7: perdana menteri

SEBAGAI PERDANA MENTERI

Sejak menjadi Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.

Page 8: perdana menteri

Dato’ Seri Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Hasrat ini telah mencetuskan ilham kepada zuriat ulama ini untuk memperkenalkan konsep ‘Islam Hadhari’ untuk kebaikan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Konsep yang bertujuan mewujudkan pencapaian seimbang dalam diri setiap rakyat ini mengandungi 10 perinsip utama iaitu:

Page 9: perdana menteri

1. Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi2. Kerajaan Adil dan beramanah3. Rakyat berjiwa merdeka4. Penguasaan ilmu pengetahuan5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif6. Kehidupan berkualiti7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita8. Keutuhan budaya dan moral9. Pemeliharaan alam dan semulajadi10.Kekuatan pertahanan

Page 10: perdana menteri

Prinsip-prinsip tersebut digubal dengan mengambil kira realiti kehidupan rakyat di negara ini bagi mengelak timbulnya salah faham dan kebimbangan mana-mana pihak. Umumnya, Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan memberi penekanan kepada pembangunan seperti yang diperjuangkan dan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin sebelum beliau. Konsep Islam Hadhari yang dicetuskan oleh Dato’ Seri Abdullah merupakan suatu gagasan strategik yang akan dilaksanakan dalam semua rancangan, program dan aktiviti-aktiviti harian rakyat negara ini.

Page 11: perdana menteri

RUMUSAN

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi merupakan pemimpin yang berhemah tinggi serta berperwatakan sederhana yang membawa dimensi baru dalam senario kepimpinan negara di abad ke-21 dalam mengharungi cabaran pada era dunia tanpa sempadan.

Page 12: perdana menteri

Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia amat bertuah mempunyai seorang Perdana Menteri yang bepekerti luhur, arif dalam ilmu-ilmu Islam serta memahami tuntutan era globalisasi. Gandingan cirri-ciri istimewa inilah yang menjadikan beliau pemimpin yang diyakini ramai, di luar dan dalam negara dimana dapat membawa Malaysia ke era kecemerlangan baru demi kesejahteraan hidup generasi hari ini dan akan datang tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Inilah yang dihajati oleh beliau dalam mencari damai abadi dalam perjuangannya yang menuju kecemerlangan hakiki.

Page 13: perdana menteri

Kucari Damai AbadiAku cari bukan harta bertimbun-timbun

Untuk hidup kayaAku cari bukan wang berjuta-juta

Untuk hidup bergayaAku cari bukan kawan-kawan

Untuk hidup sekadar berfoya-foyaAku cari mana dia Al-GhazaliAku cari mana dia Al-Syafie

Kita bongkar rahsia kitab suciCari pedoman

Kita bongkar rahsia sunnah NabiCari panduan

Aku hidup kerana Dia RabbiDialah temanDialah wali

Dia mencukupiAku hidup beerti

Menikmati damai abadi

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

Page 14: perdana menteri

DISEDIAKAN OLEH:

NORHIDATULSHIMA BINTI SHAHABUDDIN

820118-06-5074

TAJUK : TOKOH ( DATO’ SERI ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI )