perdana menteri

6

Click here to load reader

Upload: muhammad-hazwan-rahman

Post on 15-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Teks pertandingan bahas untuk Perdana Menteri.. :) Semoga mendapat manfaat...

TRANSCRIPT

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    PERDANA MENTERI

    Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya

    membuka arena perdebatan pada hari ini.

    Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

    salam sejahtera dan salam bersidang.

    Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang

    Dipertua, Tuan Speaker Dewan, barisan

    kerajaan, perwakilan pembangkang dan ahli-

    ahli yang berhormat sidang parlimen sekalian.

    Saya selaku Perdana Menteri mewakili kabinet

    kerajaan di meja kerajaan ini menyokong

    sepenuhnya usul yang digagaskan dalam

    persidangan hari ini iaitu 'Media Massa

    Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti'.

    Sebelum kami ahli kerajaan menyimpang lebih

    jauh lagi, moleklah jika saya mulakan dengan

    sesi pendefinisian.

    Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang

    dimuliakan.

    Perkataan media menurut Kamus Dewan Edisi

    Keempat bermaksud suatu alat yang dapat

    menjadi perantaraan komunikasi serta

    berfungsi untuk menyampaikan maklumat serta

    berita kepada orang ramai dengan cepat dan

    pantas. Antara contoh alat media ialah radio,

    televisyen dan akhbar.

    Maka di sini dapat saya katakan bahawa media

    massa merupakan suatu medium di mana

    manusia boleh mendapat satu-satu maklumat

    dengan mudah dan sama di serata tempat atau

    kawasan. Kata orang pada hari ini, semuanya

    di hujung jari sahaja. Dengan sekali tekan,

    dengan sekali tunjuk kita boleh mendapat

    seribu satu maklumat serta isu seantero dunia.

    Jika dapat di lihat, tajuk perbahasan pada hari

    ini sebenarnya mempunyai maksud tersirat

    serta masksud tersurat. Maksud tersirat yang

    dapat diperoleh adalah media massa

    sebenarnya mampu membentuk ideologi

    masyarakat supaya berfikiran positif dan

    matang manakala maksud tersirat pula adalah

    semua media massa sebenarnya mampu

    mempengaruhi minda seseorang.

    Yang dipertua,

    Selesai pendefinisian saya tentang media

    massa. Seterusnya, pihak kerajaan akan tampil

    dengan hujah-hujah sekukuh Gunung Everest

    yang teramat sukar digugat oleh pihak

    pembangkang. Strategi kerajaan yang pertama

    bakal dimulai dengan hujah utama Perdana

    Menteri iaitu media massa tunjang pendidikan

    ke arah global. Menteri Kedua, akan bangkit

    lalu meneguhkan kes kerajaan dengan menolak

    definisi Yang Berhormat Ketua Pembangkang

    yang pasti tertumpu kepada sisi gelap sesuatu

    kebaikan, sebaliknya mengukuhkan definisi

    usul kerajaan. Beliau seterusnya akan

    membidas hujah Ketua Pembangkang, dan

    kemudian menampilkan dua hujah bagi

    memperteguh kes kerajaan. Hujah pertama

    beliau ialah media massa menjana masyarakat

    berilmu pengetahuan dan hujah kedua beliau

    adalah media massa membantu mengawalatur

    situasi ke arah optimum. Saya tidak nafikan

    bahawa pihak pembangkang kedua akan

    menolak dan menyembunyikan kebenaran kes

    kerajaan, namun hujah yang pastinya bersifat

    gelas separuh kosong itu mudah diruntuhkan,

    dan kes pembangkang berantakan dan punah

    ranah bagaikan puing-puing debu yang dibawa

    taufan Nargis oleh Yang Berhormat Menteri

    Ketiga. Seterusnya, menteri ke-4 dan menteri

    ke-5 dalam barisan kerajaan akan mencelah

    dan menyokong sepenuhnya usul serta hujah

    yang kami berikan supaya dapat menyokong

    tiang pihak kerajaan sekiranya kami goyah.

    Dalam sesi penggulungan, kerajaan akan

    memastikan hujah pembangkang hancur luluh

    sama sekali, manakala kebenaran usul kerajaan

    mendapat sokongan padu sidang dewan yang

    mulia.

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    Yang dipertua

    Hujah pertama saya adalah berpaksikan

    pendidikan iaitu media massa tunjang

    pendidikan ke arah global. Jika kita telusuri,

    media massa dapat mempengaruhi minda

    sesebuah masyarakat melalui pendidikan.

    Di sini sebenarnya saya ingin mengatakan

    bahawa jika media massa dipraktikkan dalam

    pendidikan, pelajar di sesebuah institusi dapat

    menghilangkan rasa bosan untuk belajar

    seterusnya menanam minat di hati setiap

    pelajar untuk terus belajar dan terus belajar

    kerana sistem pembelajaran yang menarik ini.

    Saya lebih suka memfokuskan hujah saya ini

    untuk pendidikan rendah dan menengah.Oleh

    itu, moleklah jika saya menerangkan satu demi

    satu hujah saya untuk membuka pemikiran

    Yang diPertua, ahli-ahli di meja pembangkang

    dan sidang dewan sekalian.

    Yang dipertua,

    Dahulu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

    melaksanakan hasrat mereka untuk melihat

    semua pelajar di Malaysia yang bersekolah di

    peringkat rendah dan menengah belajar

    menggunakan teknologi canggih. Oleh sebab

    itu, setiap buku teks pinjaman mempunyai

    cakera padat yang ditampal pada kulit buku

    teks. Oleh sebab itu juga, Kementerian

    Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan

    berjuta-juta ringgit untuk membeli alat-alat

    media seperti komputer dan Internet untuk

    diletakkan di semua sekolah di Malaysia.

    Tetapi malangnya, ramai guru-guru dan pihak

    sekolah memandang enteng akan hal ini

    menyebabkan kebanyakan pelajar hanya

    bergantung kepada guru sepenuhnya untuk

    rujukan semasa atau selepas waktu

    Pembelajaran dan Pengajaran (P&P).

    Oleh sebab yang demikian, Kementerian

    Pelajaran Malaysia telah mengambil alternatif

    unutk mewujudkan dasar Pelan Pembangunan

    Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 bagi

    menaik taraf sistem pendidikan di Malaysia. Di

    dalam dasar PPPM tersebut, di bawah skop 11

    anjakan PPPM yang ke tujuh menyatakan

    bahawa setiap pelajar di Malaysia perlulah

    memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti

    pembelajaran di Malaysia. Contohnya pada

    masa kini, pelajar yang bersekolah di peringkat

    rendah atau menengah disajikan dengan

    pelbagai laman web pendidikan seperti VLE

    Frog. Di sini sudah menunjukkan bahawa

    pendidikan sangat efisien jika kita

    menggunakan media massa. Hal ini

    menyebabkan semua pelajar di Malaysia

    mampu berdaya saing secara sihat dengan

    negara luar disebabkan oleh pembelajaran

    moden setaraf dengan negara maju. Rugilah

    negara tumpah tanahnya darah kita ini jika kita

    sendiri tidak menggunakan kemudahan yang

    telah diberikan.

    Bermula dari tahun 2014, prestasi

    kecemerlangan pelajar di seluruh Malaysia

    dikatakan menggalakkan dan hebat. Hal ini

    kerana dengan wujudnya dasar PPPM tersebut.

    Yang dipertua,

    Memanfaatkan media massa dalam pendidikan

    bukan sahaja mampu membantu pelajar untuk

    memajukan diri mereka sendiri tetapi

    memajukan negara tercinta mereka. Kita

    hendaklah membantu melatih atau kita sendiri

    dilatih untuk berfikiran secara berkualiti sejak

    dari bangku persekolahan lagi. Bak kata

    pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    Jika minda kita berkualiti sejak dari kecil lagi,

    nescaya mudah untuk negara maju suatu hari

    nanti.

    Mohon terus mencadang.

    Sekian terima kasih

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    MENTERI KEDUA

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya

    ucapkan kepada Yang di Pertua, rakan sejawat

    saya di meja kerajaan, barisan pembangkang

    yang sentiasa alpa dengan duniawi seterusnya

    ahli-ahli yang berhormat sidang parlimen

    sekalian.

    Tuan yang di Pertua,

    Selaku menteri kedua, saya sememangnya

    menolak definisi usul yang telah dipinda oleh

    Ketua Pembangkang sebentar tadi iaitu 'Media

    Massa Tidak Membentuk Minda Masyarakat

    Berkualiti'. Jadi saya memohon agar definisi

    usul itu dipinda semula seperti definisi yang

    diberikan oleh Perdana Menteri, iaitu "Media

    Massa Membentuk Minda Masyarakat

    Berkualiti'.

    Tuan yang dipertua,

    Sebelum saya membentangkan hujah-hujah

    saya yang akan meranapkan atap perbicaraan

    pihak pembangkang, saya akan membidas

    hujah yang dikemukan oleh Ketua pembangkan

    sebentar tadi. Ketua Pembangkan mengatakan

    bahawa ______________________________

    ______________________________________

    _____________________________________.

    Sebenarnya, __________________________

    ______________________________________

    _____________________________________.

    Tuan yang dipertua,

    Masyarakat yang berminda berkualiti bukan

    sahaja bermakna masyarakat itu seorang yang

    berfikiran positif yang mampu memartabatkan

    diri tetapi masyarakat yang mindanya

    berkualiti juga membawa makna masyarakat

    yang berlimu pengetahuan serta seorang yang

    intelek. Hal ini membawa kepada hujah

    pertama saya iaitu media massa menjana

    masyarakat yang berilmu pengetahuan.

    Seperti yang Perdana Menteri katakan dalam

    pendefinisian media. dapat saya ringkaskan

    bahwa media massa merupakan satu medium

    yang masyarakat boleh mendapat maklumat

    atau berita dengan mudah. Bagaimana definisi

    yang saya ringkaskan ini dapat menjana

    masyarakat yang berilmu pengetahuan? Di sini,

    saya akan mengupaskan hujah saya supaya

    semua ahli sidang parlimen faham dengan

    hujah yang saya berikan.

    Pada zaman milenium ini, tersebar luas berita-

    berita seantero dunia serta maklumat tentang

    pelbagai perkara melalui televisyen, berita,

    radio dan Internet yang merupakan media

    massa. Hal ini menyebabkan masyarakat akan

    sentiasa mendapat isu terbaru melalui media

    massa. Oleh itu, masyarakat akan tidak

    ketinggalan zaman dan akan sentiasa

    mengetahui isu semasa dengan mudah. Apabila

    masyarakat tidak ketinggalan zaman, minda

    masyarakat akan menjadi berkualiti dek kerana

    mempunyai ilmu pengetahuan melalui berita

    serta maklumat yang disampaikan media

    massa. Menjadikan masyarakat berkualiti juga

    merupakan objektif terciptanya media massa

    yang sehingga kini kita dapat lihat perkara

    tersebut membantu masyarakat memajukan

    pemikiran setiap rakyat.

    Jadi, negara luar akan menghormati negara

    Malaysia kerana rakyatnya yang berilmu

    pengetahuan dan sentiasa celik dengan isu-isu

    semasa. Dengan apa yang mereka lihat melalui

    media massa, mereka mampu mengubah,

    mengaplikasi ataupun membetulkan setiap

    perkara yang disampaikan melalui media

    massa mengikut situasi. Hal ini menyebabkan

    Malaysia akan terus berkembang minda

    masyarakatnya dan seterusnya maju. Dapat

    saya katakan bahawa media massa

    sememangnya mampu menjana masyarakat

    yang berilmu pengetahuan.

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    Tuan yang dipertua,

    Tamatlah sudah hujah saya yang pertama dan

    kini saya akan membuka hujah baharu iaitu

    media massa membantu mengawalatur situasi

    ke situasi ke arah optimum.

    Baiklah.

    Pada masa kini, banyak berlaku kes-kes yang

    negatif yang melibatkan media massa. Hal ini

    kerana media massa digunakan terlalu meluas

    di kalangan semua masyarakat. Tetapi, jika kita

    fikirikan semula, siapa punya angkara perkara

    ini berlaku? Perkara ini berlaku dek kerana diri

    kita sendiri yang alpa ketika menggunakan

    media massa. Hal ini juga kerana kita tidak

    dididik dengan betul semasa kecil untuk

    menggunakan media massa ke arah kebaikan.

    Oleh itu, berlakulah masalah seperti jenayah

    siber dan isu sensitiviti.

    Tuan yang dipertua,

    Jikalau kita boleh menggunakan media massa

    sejak dari bangku persekolahan lagi, saya rasa

    peratusan untuk kita melakukan masalah dapat

    dikurangkan. Hal ini kerana, minda kita sudah

    terdidik sejak kecil dan mampu berfikir serta

    dapat membezakan mana yang benar dan

    mana yang salah. Perkara inilah yang dikatakan

    minda yang berkualiti.

    Tetapi, bagaimana jika perkara ini terus

    berlaku? Adakah persoalan ini yang belegar-

    legar di ruang pemikiran barisan meja

    pembangkan? Jangn risau, saya akan menjawab

    persoalan ini sebelum pihak pembangkang

    mengutarakan bidasan yang saya rasa akan

    hampir dengan hujah saya.

    Tuan yang dipertua

    Media massa adalah punca, media massa

    adalah penawarnya. Media massa adalah

    masalah, media massalah yang membantu

    membendung masalah. Maksud saya di sini,

    jika media massa digunakan sebagai platform

    untuk melakukan keburukan maka media

    massa jugalah yang dapat membantu mengawal

    serta memperbaiki keburukan tersebut. Oleh

    itu, hujah saya ini berpaksikan mengawalatur.

    Contohnya, jika jenayah siber berlaku, pihak

    SKMM atau mana-mana pihak akan

    menyebarkan berita tersebut melalui akhbar,

    televisyen atau mana-mana media. Oleh itu,

    semua lapisan masyarakat akan peka dengan

    kejadian tersebut dan mula mengambil langkah

    berjaga-jaga. Dengan ini, kuranglah berlaku

    jenayah siber kerana semua orang yang sudah

    tahu akan taktik dan strategi si penjenayah

    yang diuarkan-uarkan oleh pihak yang

    berkaitan.

    Maka, dapat disimpulkan bahawa minda

    masyarakat akan tercenderung kepada kebaikan

    seterusnya dapat mengawalatur situasi

    keburukan kepada aras normal iaitu kebaikan.

    Tuan Yang Dipertua, Saya mohon mencadang.

    Sekian, terima kasih.

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    PENGGULUNGAN

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera Tuan

    Yang Dipertua, rakan-rakan Yang Berhormat

    daripada pihak kerajaan, barisan pembangkang

    dan seterusnya ahli-ahli dewan sekalian.

    Tuan yang dipertua,

    Bertemu sekali lagi dalam sesi penggulungan

    kali ini. Dalam sesi penggulungan ini saya akan

    membidas ketiga-tiga hujah pincang yang telah

    dikemukakan oleh barisan pembangkang

    sebentar tadi dan seterusnya saya akan

    merumuskan hujah-hujah kerajaan.

    Saya akan membidas hujah yang diberikan oleh

    pihak pembangkang iaitu

    ______________________________________

    ____________________________. (Bagi

    bidasan ketiga-tiga hujah pembangkang)

    Tuan yang dipertua,

    Seterusnya saya akan merumuskan ketiga-tiga

    hujah kerajaan seperti yang telah dikemukakan

    dalam sesi pertama sebentar tadi. Hujah

    kerajaan yang pertama berdasarkan indikator

    media massa tunjang pendidikan. Bosan serta

    letih merupakan lumrah bagi seorang pelajar

    menempuh alam pengajiannya. Oleh itu,

    dengan adanya media massa, tahap

    keseronokkan untuk belajar meningkat

    seterusnya akan meningkatkan prestasi

    kecemerlangan pendidikan di Malaysia

    seterusnya mampu mencapai hasrat

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Hujah kerajaan yang kedua pula menunjukkan

    bahawa media massa mampu melahirkan

    masyarkat ilmiah. Sebenarnya, masyarakat

    ilmiah ini merupakan modal insan sesebuah

    negara dan peranan modal insan amatlah besar

    kerana modal insan mampu memajukan negara.

    Hujah kerajaan yang ketiga iaitu berpaksikan

    frasa mengawalatur ke arah optimum. Media

    massa berupaya membantu serta mengubah

    persepsi masyarakat tentang sesuatu keburuk

    supaya berubah ke arah kebaikan. Oleh itu,

    tiada lagilah masalah yang bakal timbul

    melalui media massa.

    Tuan yang dipertua,

    Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa

    kerajaan tetap mempertahankan usul yang

    dibentangkan ini iaitu media massa membentuk

    minda masyarakat berkualiti. Jadi, berdasarkan

    rumusan hujah mantap yang saya serta kami di

    meja kerajaan nyatakan tadi, saya memohon

    usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini

    dengan sebulat suara.

    Tuan yang dipertua, saya mohon mencadang.

    Sekian terima kasih.

  • Media Massa Membentuk Minda Masyarakat Berkualiti.

    MENTERI KE-3

    Bismillahhirahmanirrahim

    Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan yang

    dipertua,barisan kerajaan,perwakilan

    pembangkang dan ahli-ahli yang berhormat

    sekalian.

    Assalamualaikumwarahmtullahhiwabarokatuh,

    Salam sejahtera dan selamat bersidang.

    Tuan yang dipertua, ahli-ahli yg berhormat

    sekalian,saya amat bersyukur kerana berkat

    keamanan dan keharmonian di bawah

    kepimpinan kerajaan pada hari ini,dewan

    kembali bersidang untuk membahaskan satu

    usul yang begitu penting untuk dilaksanakan.

    Tuan yangg dipertua,

    Berdirinya saya di sini ingin membidas segala

    hujah pihak pembangkang pertama dan

    pembangkang kedua. Sebelum saya membidas

    segala hujah pihak pembangkang, saya ingin

    mengulangi usul yang hangat diperbahaskan

    pada hari ini yang berbunyi media massa

    membentuk minda masyarakat berkualiti.

    Baiklah di sini saya akan membidas hujah yang

    disampaikan oleh pembangkang kedua

    Pembangkang kedua mengatakan

    ____________________________________.

    Bidasan bagi hujah pembangkang kedua telah

    berlalu, sekarang tiba masanya saya ingin

    membidas hujah yang disampaikan oleh Yang

    Berhormat Ketua Pembangkang.

    Yang dipertua,

    Ketua Pembangkang mengatakan

    ______________________________________

    ___________________________.

    Bidasan saya sudah berakhir, dan tibanya masa

    saya untuk memperkukuhkan kes kerajaan.

    Perdana menteri mengatakan bahawa media

    massa sememangnya menjamin minda

    masyarakat yang berkualiti dan saya

    menyokong 100% hujah tersebut kerana

    _____________________________________

    Menteri kedua telah memberikan hujah kedua

    dan hujah ketiga. Hujah yang kedua ialah

    media massa dapat melahirkan masyarakat

    yang berpengetahuan dan hal ini membawa

    maksud iaitu jika tiada media massa,

    masyarakat akan buta ilmu dan hanya seperti

    katak di bawah tempurung. Hujah yangg ketiga

    ialah media massa membantu mengawalatur

    situasi kea rah optimum. Hal ini bermakna, jika

    ada masalah berkaitan media massa, media

    massa jugalah penyelesaiannya kerana kita

    semua ini mudah dipengaruhi oleh media

    massa. Jika ada pihak yang membantu

    menyedarkan tentang jenyah siber, maka orang

    lain juga akan beringat-ingat. Itulah yang

    dikatakan minda yang berkualiti.

    Tegasnya di sini bahawa media massa

    memberikan impak serta implikasi positif jika

    digunakan dengan sebaik-baiknya. Janganlah

    kita mempermainkan atau mensia-siakan

    peluang yang sudahpun ada di hadapan mata

    kita. Maka di sini, saya juga ingin membuka

    mata yang dipertua, pihak pembangkang serta

    ahli dewan parlimen sekalian, sedarlah bahawa

    hujah-hujah yang disampaikan oleh menteri-

    menteri di meja kerajaan ini sememangnya

    benar dan bermanfaat serta tidak perlu diragui.

    Sebelum saya mengundur diri, saya megulas

    semula pendirian kerajaan iaitu jika tiada

    media massa, masyarakat menjadi mundur

    serta negara akan jatuh terduduk di jajah

    negara luar. Oleh sebab itu, saya sangat

    bersetuju dengan usul serta hujah yang

    diberikan oleh barisan ahli di kabinet kerajaan