perdagangan ting 4 - latihan b

18
LATIHAN (BAB 1 – BAB 3) 1. Apakah keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh manusia? A. Keperluan utama B. Keperluan fisiologi C. Keperluan kemesraan D. Keperluan hiburan 2. Rajah 1 berikut menunjukkan Hierarki Keperluan Maslow Rajah 1 Apakah X dan Y? I. Keperluan keselamatan II. Keperluan penghargaan III. Keperluan kasih sayang IV. Keperluan sempurna kendiri A. I dan II 1 X Y

Upload: maiey

Post on 15-Feb-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Objektif

TRANSCRIPT

Page 1: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

LATIHAN (BAB 1 – BAB 3)

1. Apakah keperluan asas yang perlu dipenuhi oleh manusia?

A. Keperluan utama

B. Keperluan fisiologi

C. Keperluan kemesraan

D. Keperluan hiburan

2. Rajah 1 berikut menunjukkan Hierarki Keperluan Maslow

Rajah 1

Apakah X dan Y?

I. Keperluan keselamatan

II. Keperluan penghargaan

III. Keperluan kasih sayang

IV. Keperluan sempurna kendiri

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

1

X

Y

Page 2: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

3. Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti untuk memenuhi keperluan manusia.

Apakah kegiatan di atas?

A. Pengkhususan

B. Perdagangan

C. Pengeluaran

D. Perusahaan

4. Syarikat Beras Fazidah menghantar bekalan beras dari Kedah ke Pahang.

Apakah nilai faedah yang telah dicipta oleh Syarikat Beras Fazidah?

A. Masa

B. Bentuk

C. Tempat

D. Milikan

5. Apakah yang dimaksudkan dengan pengeluaran langsung?

A. Kegiatan menghasilkan keluaran untuk keperluan sendiri

B. Kegiatan menghasilkan keluaran untuk keperluan orang lain

C. Kegiatan menghasilkan keluaran untuk jualan langsung

D. Kegiatan menambahkan nilai faedah untuk sejenis keluaran tertentu

6. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pengkhususan.

Apakah jenis pengkhususan tersebut?

A. Pengkhususan antarabangsa

B. Pengkhususan mengikut proses

C. Pengkhususan mengikut profesion

D. Pengkhususan mengikut kawasan

2

Kegiatan menghasilkan barang atau perkhidmatan

yang mempunyai nilai faedah

Johor merupakan pengeluar utama nanas di Malaysia

Page 3: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

7. Pernyataan manakah yang menunjukkan kelemahan pengkhususan?

A. Kualiti keluaran susah untuk dikekalkan

B. Pengkhususan memerlukan ramai pekerja mahir

C. Kos pengeluaran akan meningkat

D. Wujudnya pergantungan antara satu peringkat dengan peringkat yang lain

8. Faktor pengeluaran manakah yang diperlukan bagi menghasilkan barang atau

perkhidmatan?

A. Tanah

B. Usahawan

C. Buruh

D. Modal

9. Apakah syarat yang diperlukan dalam sistem barter?

I. Kemahuan yang serentak

II. Barang yang berlebihan

III. Wang yang berlebihan

IV. Memerlukan gudang

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

10. Antara yang berikut, yang manakah kelemahan sistem barter?

A. Tidak memerlukan orang tengah

B. Alat perantaraan pertukaran tidak diperlukan

C. Kedua-dua pihak mesti mempunyai kemahuan serentak

D. Pihak yang bertukar barang berpuas hati dengan apa yang diperolehi

3

Page 4: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

11. Singapura mengimport barang-barang dari Malaysia untuk diproses dan dieksport

semula. Apakah jenis perniagaan yang terlibat?

A. Perniagaan entreport

B. Perniagaan import

C. Perniagaan bebas cukai

D. Perniagaan eksport

12. Antara yang berikut, perkhidmatan bank yang manakah merupakan kemudahan

pembayaran dan penerimaan wang?

I. Overdraf

II. Arahan tetap

III. Pindahan kredit

IV. Simpanan tetap

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

13. Maklumat berikut berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan untuk melancarkan

kegiatan perniagaan.

Apakah bantuan perniagaan tersebut?

A. Promosi

B. Insurans

C. Komunikasi

D. Pergudangan

4

Meluaskan pasaran

Meningkatkan permintaan

Page 5: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

14. Gambar 2 menunjukkan bantuan perniagaan yang digunakan dalam perniagaan.

Gambar 2

Apakah fungsi bantuan perniagaan di atas dalam perniagaan?

I. Menyampaikan maklumat

II. Memudahkan aktiviti perniagaan

III. Menstabilkan harga barang di pasaran

IV. Mengurangkan kos penyimpanan barang

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

15. Antara yang berikut, aktiviti yang manakah berkaitan dengan bantuan perniagaan?

A. Menjual pisang goreng di tepi jalan

B. Bekerja di bahagian kawalan mutu di kilang elektronik

C. Bekerja sebagai guru di sekolah

D. Syarikat Mahligai mengiklankan barang jualannya di dalam surat khabar

5

Page 6: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

16. Gambar 3 menunjukkan salah satu bantuan perniagaan yang disediakan dalam bantuan

perniagaan.

Gambar 3

Apakah peranan bantuan perniagaan tersebut?

A. Mengumpul maklumat pasaran

B. Melakukan kerja-kerja akhir

C. Menstabilkan harga barang

D. Meningkatkan jualan

17. Gambar 4 menunjukkan produk keluaran Syarikat XYZ.

Gambar 4

Saluran agihan yang manakah sesuai bagi Syarikat XYZ memasarkan produk tersebut?

A. Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna

B. Pengeluar Ejen Peruncit Pengguna

C. Pengeluar Pemborong Pengguna

D. Pengeluar Peruncit Pengguna

6

Page 7: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

18. Gambar 5 menunjukkan sejenis keluaran.

Gambar 5

Apakah bentuk saluran agihan di atas?

A. Pengeluar Pemborong Peruncit Pengguna

B. Pengeluar Pemborong Pengguna

C. Pengeluar Peruncit Pengguna

D. Pengeluar Pengguna

19. Antara yang berikut, yang manakah cabang perniagaan dalam negeri?

I. Perniagaan runcit

II. Perniagaan borong

III. Perniagaan antarabangsa

IV. Perniagaan entreport

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

20. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan perniagaan dalam negeri?

I. Menggunakan sistem ukuran dan timbangan yang sama

II. Membuat pembayaran secara tunai atau cek

III. Melibatkan kegiatan borong dan runcit

IV. Menggunakan kredit berdokumen

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

7

Page 8: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

21. Apakah fungsi peruncit kecil-kecilan?

I. Memberi nasihat

II. Menstabilkan harga barang

III. Membiayai pengeluar

IV. Menjual mengikut keperluan pengguna

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

22. Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis perniagaan runcit besar-besaran?

I. Kedai am

II. Kedai khusus

III. Kedai sejaras

IV. Koperasi runcit

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

23. Pernyataan di bawah berkaitan dengan ciri sejenis pemborong.

Apakah jenis pemborong tersebut?

A. Pemborong bayar dan bawa

B. Pemborong satu barisan

C. Pemborong jobber para

D. Pemborong khusus

8

Pemborong mempamerkan stok di kedai peruncit dan akan mengunjunginya dari semasa ke semasa untuk menambah stok.

Page 9: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

24. Puan Sharifah mendapatkan hak ejen tunggal dari Indonesia untuk menjual produk

kesihatan herba di seluruh Malaysia. Beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman

luas dalam bidang teknologi maklumat serta laman web sendiri. Apakah bentuk

perniagaan yang sesuai untuk Puan Sharifah?

A. Kedai katalog

B. Pesanan mel

C. E-dagang

D. Francais

25. Ejen penjual memasarkan barang bagi pihak

A. Penjual

B. Pengguna

C. Pengeluar

D. Pemborong

26. Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk lain peruncitan.

Apakah bentuk perniagaan runcit tersebut?

A. Francais

B. E-dagang

C. Pesanan mel

D. Jualan langsung

9

Kebenaran atau hak diberi kepada peniaga untuk menjual barang di

bawah jenama syarikat induk

Page 10: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

27. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri satu bentuk perniagaan runcit.

Apakah bentuk perniagaan runcit tersebut?

A. Pesanan mel

B. Jualan langsung

C. Televisyen interaktif

D. Mesin peruncitan automatik

28. Antara yang berikut, yang manakah tugas seorang pemborong berfungsi penuh?

I. Menjual dan membeli pelbagai jenis barang

II. Menyediakan kemudahan pergudangan

III. Menjual barang pada harga yang murah

IV. Memperagakan barang di premis perniagaan

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

29. Pernyataan manakah yang menerangkan aktiviti broker?

A. Menyediakan perkhidmatan penghantaran barang

B. Menemukan antara pihak penjual dan pembeli

C. Membekalkan barang di kedai tanpa dipesan

D. Menyimpankan barang perniagaan

10

Modal besar Perkhidmatan layan diri Beroperasi 24 jam tanpa pengawasan

Page 11: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

30. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemborong.

Apakah jenis pemborong itu?

A. Pemborong am

B. Pemborong khusus

C. Pemborong jober para

D. Pemborong pesanan berwakil

31. Apakah dokumen yang dihantar kepada pembeli jika barang dijual menggunakan kaedah

urus niaga uji dahulu sebelum membeli?

A. Invois proforma

B. Borang pesanan

C. Penyata akaun

D. Nota debit

32. Maklumat berikut berkaitan dengan pembelian sebuah perabot.

Berapakah ansuran bulanan yang perlu beliau bayar?

A. RM221.25

B. RM243.37

C. RM245.83

D. RM265.50

11

Menyampaikan tempahan barang daripada pelanggan kepada pengeluar

Barang dihantar terus kepada pelanggan

Encik Hamid membeli sebuah perabot antik dengan harga RM5,900. Beliau mennjelaskan wang pendahuluan sebanyak RM590. Faedah dikenakan sebanyak 10% setahun. Beliau membayar untuk tempoh dua tahun.

Page 12: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

Soalan 33, 34 dan 35 merujuk kepada dokumen perniagaan berikut.

33. Berapakah nilai T?

A. RM15.50

B. RM38.75

C. RM155.00

D. RM775.00

12

INVOISSyarikat Pemborong Matahari

99, Jalan Puteri,53000 Kuala Lumpur

Tel: (03) 26990077Faks: (03) 26991111

Tuan PengurusKedai Bunga Dahlia13, Lorong Saga13000 Pulau Pinang

23 Februari 2004No. Invois : 14297No. Serahan : 073No. Pesanan : 211

No. Rujukan Butir Kuantiti Harga/Unit (RM) Jumlah (RM)

F 44 Bunga plastik 200 kuntum 1.20 240.00

F 75 Bunga kaca 150 kuntum 2.30 345.00

N 10 Kain net 50 meter 0.80 40.00

V 08 Pasu kecil 60 biji 2.50 150.00

Tolak : diskaun niaga 20% T

JUMLAH BERSIH W

Serahan : Angkutan dibayarSyarat : 5% 10 hari, 2% 30 hari

K & K di K

______(BENNY CHIA)Pengurus

Page 13: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

34. Hitungkan nilai W.

A. RM620.00

B. RM736.25

C. RM795.50

D. RM930.00

35. Berapakah jumlah bersih bayaran yang akan dibayar oleh Kedai Bunga Dahlia jika dia

membayar pada 2 Mac 2004?

A. RM589.00

B. RM607.60

C. RM736.25

D. RM759.50

36. Encik Muthu membeli televisyen berharga RM3200 daripada BenQ Berhad dan

ditawarkan diskaun niaga sebanyak 15%. Berapakah jumlah diskaun niaga yang diterima

oleh Encik Muthu?

A. RM480

B. RM370

C. RM330

D. RM280

37. Berikut adalah maklumat mengenai sejenis kaedah jualan.

Apakah kaedah jualan tersebut?

A. Jualan Tunai

B. Jualan Kredit

C. Jualan Prabayar

D. Jualan Konsainan

13

Barang dihantar oleh pembekal kepada peniaga Peniaga dibayar komisen ke atas barang yang dijual Barang yang tidak laku dipulangkan semula kepada

pembekal

Page 14: Perdagangan Ting 4 - Latihan B

38. Maklumat berikut menunjukkan kelemahan sejenis kaedah jualan kepada penjual.

Apakah kaedah jualan tersebut?

A. Prabayar

B. Sewa beli

C. Konsainan

D. Bayaran tertunda

39. Pernyataan manakah yang merupakan kelebihan perniagaan secara sewa beli kepada

pembeli?

A. Barang mewah mampu dimiliki

B. Kadar faedah tidak dicaj ke atas ansuran

C. Hak milik barang diperoleh sebaik sahaja deposit dibayar

D. Wang pendahuluan dikecualikan ketika membeli

40. Maklumat berikut berkaitan dengan satu kaedah jualan.

Apakah jenis kaedah jualan yang terlibat dalam situasi di atas?

A. Jualan konsainan

B. Jualan prabayar

C. Jualan kredit

D. Jualan tunai

14

Menanggung risiko hutang lapuk kerana barang menjadi hak milik pembeli sebaik sahaja bayaran pendahuluan dibuat.

Puan Chong membeli-belah di sebuah pasar raya dengan menggunakan kad kredit.