perdagangan dan perniagaan di portugal

4
Perdagangan dan Perniagaan di Portugal Pengenalan Portugal merupakan penjelajah dan pelayar ulung yang merintis jal an ke timur. Portugal bukan sahaja berjaya membentuk jaringan perdagangan malah berjaya membina empayar yang luas. Faktor yang mendorong perkembangan penjelajahan orang Portugal 1. Peranan Putera Henry Menubuhkan Akademi Laut. Memberikan galakan kepada pelayar Portugal. Melahirkan tokoh pelayaran berwibawa seperti Diego Cam, Bartholomew Diaz dan Vasco da Gama. 2. Peranan Pemerintah Portugal Portugal mempunyai pemimpin yang bekaliber. Berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negara. Memberikan galakkan kepada rakyat Portugal untuk menerokai bidang perkapalan dan pelayaran. 3. Kesan Perang Salib Orang Islam merupakan pelayar yang hebat. Penaklukan ke atas kerajaan / wilayah Islam menyebabkan ilmu pelayaran Islam diketahui oleh orang Eropah termasuklah Portugal. Menjadi dorongan kepada pelayar Portugal. 4. Penemuan Baharu / Teknologi Kemajuan dalam bidang pelayaran terutama penemuan baharu atau teknologi baru mendorong giatnya pelayaran oleh orang Portugal. Contohnya : reka bentuk kapal, peta dan kompas. Portugal berjaya membina kapal jenis Caravel yang tahan dan kuat. Kesan Perkembangan Penjelajahan Portugal Perluasan Pengaruh dan empayar Perluasan hubungan antarabangsa

Upload: muhammad-idriez-abdul-hamid

Post on 31-Dec-2015

1.155 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

Perdagangan Dan Perniagaan

TRANSCRIPT

Page 1: Perdagangan Dan Perniagaan Di Portugal

Perdagangan dan Perniagaan di Portugal

Pengenalan

Portugal merupakan penjelajah dan pelayar ulung yang merintis jalan ke timur. Portugal bukan sahaja berjaya membentuk jaringan perdagangan malah berjaya membina empayar yangluas.

Faktor yang mendorong perkembangan penjelajahan orang Portugal1. Peranan Putera

Henry Menubuhkan Akademi Laut. Memberikan galakan kepada pelayar Portugal. Melahirkan tokoh pelayaran berwibawa seperti Diego Cam,

Bartholomew Diaz dan Vasco da Gama.

2. Peranan Pemerintah Portugal

Portugal mempunyai pemimpin yang bekaliber. Berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran Negara. Memberikan galakkan kepada rakyat Portugal untuk menerokai

bidang perkapalan dan pelayaran.

3. Kesan Perang Salib

Orang Islam merupakan pelayar yang hebat. Penaklukan ke atas kerajaan / wilayah Islam menyebabkan ilmu

pelayaran Islam diketahui oleh orang Eropah termasuklah Portugal. Menjadi dorongan kepada pelayar Portugal.

4. Penemuan Baharu / Teknologi

Kemajuan dalam bidang pelayaran terutama penemuan baharu atau teknologi baru mendorong giatnya pelayaran oleh orang Portugal.

Contohnya : reka bentuk kapal, peta dan kompas. Portugal berjaya membina kapal jenis Caravel yang tahan dan kuat.

Kesan Perkembangan Penjelajahan Portugal

Kesan Perkembangan Penjelajahan Portugal

Perluasan Pengaruh dan empayarPerluasan hubungan

antarabangsa

Kepesatan Perdagangan

Page 2: Perdagangan Dan Perniagaan Di Portugal

Perkembangan Perdagangan dan Perniagaan Portugal

Kesimpulan :

o Kejayaan Portugal dalam bidang pelayaran membolehkan mereka memperluaskan

penjelajahan dan empayar sehingga turut membawa kepada perkembangan perdagangan dan perniagaan.

o Portugal berjaya merintis jalan ke Timur dan membuka beberapa pelabuhan penting

termasuk di Goa dan Melaka bagi membolehkan mereka memonopoli perdagangan rempah di Timur.

o Portugal juga turut menjalin hubungan dagang dengan Jepun dan China.

Penjelajahan Portugal berkembang hingga Berjaya mewujudkan rantaian pelabuhan yang luas seperti Goa di India dan Melaka.

Pada abad ke-16, Portugal Berjaya memonopoli perdagangan rempah di Timur setelah menguasai Kepulauan Rempah.

1580-1640 : Portugal ditakluk oleh Sepanyol hingga menyebabkan kekayaan Portugal merosot.

Portugal turut menghadapi persaingan Belanda di Kepulauan Rempah. Lama-kelamaan, Belanda, British dan Perancis Berjaya pusat perdagangan rempah yang dikuasai Portugal

Page 3: Perdagangan Dan Perniagaan Di Portugal

Perdagangan dan Perniagaan di BelandaPengenalan Pada abad ke-16 hingga abad ke-18, Belanda muncul sebagai kuasa ekonomi [perdagangan] di Eropah. Belanda menjadi pusat perdagangan terpenting di Eropah dan menjadi perantara antara pedagang timur dengan Eropah.Faktor Perkembangan Perdagangan di Belanda

1. Belanda menjadi pusat perkapalan pada abad ke-17 :- Revolusi pembinaan kapal menggunakan teknologi baru)

2. Pembukaan pelabuhan Antwerp :- Menjadi pusat pengedaran barangan dari England ke Eropah dan juga sebaliknya.- Menjadi pusat pertukaran barangan Eropah Asia.

3. Sumber tenaga yang Murah :- Penggunaan kincir angin memudahkan aktiviti pertanian.- Mengurangkan penggunaan tenaga buruh sekaligus mengurangkan kos.

4. Tindakan Belanda tidak bergantung kepada pelabuhan Sepanyol dan Portuga :- Belanda berusaha mencari bahan mentah dan pasaran sendiri.

5. Migrasi penduduk ke bandar-bandar pelabuhan seperti Amsterdam, Bruges dan Ghen :- Kemasukan tenaga mahir, kapitalis dan ahli perniagaan menjadi pemangkin

perkembangan perdagangan.

Migrasi tenaga mahir, golongan kapitalis, guru, ahli perniagaan dan pertukangan menjadi penggerak ekonomi Belanda. Serangan Sepanyol ke atas Antwerp membuka peluang kepada Amsterdam untuk berkembang. Amsterdam akhirnya muncul sebagai pelabuhan penting dan pusat perdagangan dunia menjelang tahun 1630. Amsterdam muncul sebagai pembekal komoditi di Eropah. Antara barang dagangan utama Belanda ialah balak, bijirin, kain, garam, ikan herring, tembikar, kaca, tenunan sutera dll.

Belanda menubuhkan 2 syarikat perdagangan:1. Syarikat Hindia Timur Belanda [VOC] VOC berperanan mengendalikan bursa saham. SHTB kemudiannya berjaya memonopoli perdagangan di Asia [perdagangan teh, kopi dan rempah ratus]

2. Syarikat Hindia Barat Belanda [WIC]

Belanda mempelopori dan mendominasi perdagangan dengan negara2 Eropah . Turut menjalin hubungan perdagangan dengan Jepun dan China. Pada tahun 1680, Belanda berjaya menguasai sebahagian besar perdagangan dengan negeri2 di Utara Amerika.

Kesimpulan : Perkembangan ekonomi perdagangan dan perniagaan di Belanda menyaksikan Belanda muncul sebagai kuasa ekonomi Eropah bermula abad ke-16. Amsterdam muncul sebagai pelabuhan utama Belanda dan menjadi tumpuan pedagang dari Eropah dan juga timur.

Page 4: Perdagangan Dan Perniagaan Di Portugal