percuma bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · kita perlu sentiasa...

23
Oktober 2007 www.pmbj.gov.my PERCUMA Bil 006 “Membaca secara berkala dan memahami kandungan al-Quran boleh menjauhkan seseorang itu daripada perkara yang bertentangan dengan ajaran agama,”...Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Upload: votu

Post on 06-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007www.pmbj.gov.my

PERCUMA Bil 006

“Membaca secara berkala dan memahami kandungan al-Quran boleh menjauhkan seseorang itu daripada perkara yang bertentangan dengan ajaran agama,”...Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Page 2: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

NOTA EDITOR

LAMA dahulu, masyarakat Melayu di Johor sudah terbiasa menerima kad-kad jemputan untuk dua majlis berlainan setiap kali munculnya cuti sekolah.

Satu kad adalah untuk jemputan kahwin dan kad yang satu lagi pula menjemput penerimanya menghadiri majlis khatam al-Quran.

Ketika itu, jemputan ke kedua-dua majlis berkenaan adalah perkara biasa.

Namun sekarang, sedang menerima undangan ke majlis perkahwinan kekal sebagai perkara biasa, peluang untuk dijemput ke khatam al-Quran umpama menanti bulan jatuh ke riba.

Majlis khatam al-Quran ketika itu sama pentingnya dengan majlis perkahwinan.

Ibu bapa yang anak-anak mereka telah menamatkan bacaan 30 juzuk kitab suci itu dengan bangga mengadakan majlis yang sama besar dengan perkahwinan.

Khemah didirikan, pelamin dihiasi cantik dan makanan yang disajikan umpama majlis menyambut menantu. Anak-anak yang khatam pula disarungkan dengan pakaian paling cantik yang mampu diadakan ibu bapa mereka.

Bukan setakat itu sahaja, kanak-kanak ini dilayan umpama “raja sehari” dengan diarak, biasanya dari rumah guru yang mengajar mereka mengaji, diiringi

paluan kompang serta bunga manggar.

Ada juga bapa, sebagai menunjukkan rasa bangga bahawa anak lelakinya sudah khatam al-Quran akan memikul anaknya di atas bahu, sepanjang perarakan itu.

Anak-anak ini kemudian akan duduk di atas pelamin dan memperdengarkan kepada khalayak bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan dikelilingi rakan-rakan mengaji lain.

Pendek kata, majlis khatam al-Quran ketika itu semeriah majlis perkahwinan.

Kini, dalam persekitaran yang kian mencabar terutamanya jati diri masyarakat Melayu, kegemilangan penganjuran majlis khatam al-Quran oleh ibu bapa harus dikembalikan.

Majlis khatam al-Quran seperti yang kerap diadakan suatu ketika dahulu mesti kekal diamalkan dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu Johor.

Program Membudayakan al-Quran yang diperkenalkan Kerajaan Negeri kira-kira 12 tahun lalu disasar menjadikan membaca kitab suci ini sebagai amalan harian.

Hasilnya telah dilihat dan diharap sedikit masa lagi, kita akan menerima kad jemputan untuk dua majlis yang berlainan.

4 SEMASA Johor tidak terima geran air

6 SEMASA Satu bayi satu pokok

8 BELASUNGKAWA Perginya Bapa Pembangunan Luar Bandar Johor

12 FOKUS Membudayakan al-Quran

18 NIAGA JCorp perintis waqaf korporat

20 KENALI JOHOR Penangan asam pedas Parit Jawa

Sejak memegang jawatan ini pada Disember lepas, apakah perubahan atau pembaharuan yang ingin Dato’ lakukan dalam menambah baik mutu perkhidmatan Jabatan Agama Johor (JAJ)?

Saya sentiasa cuba untuk membuat pe-rubahan secara aktif dan pro aktif teru-tama yang berkaitan prosedur nikah, cerai dan rujuk dan pengurusan kema-tian seiring keadaan semasa. Selain itu, saya juga mahu mengemaskini kaedah pengajian dan tarannum al-Quran di samping menggerakkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk cuba mem-beri kepakaran dalam bidang tertentu kepada golongan fakir dan miskin. Ini bertujuan membolehkan mereka berdi-kari. Suka juga saya sebut di sini bahawa kita sudah menubuhkan MAIJ Urus Sdn Bhd yang berfungsi sebagai pembimbing kepada mereka yang ingin menceburi sesuatu aktiviti ekonomi untuk menin-gkatkan pendapatan.

Dato’ sebelum ini pernah menjadi Pe-nolong Pegawai Daerah, Penolong Pe-mungut Hasil Tanah dan Ketua Ekse-kutif Yayasan Pembangunan Keluarga. Jadi berapa lama Dato’ ambil untuk menyesuaikan diri dengan jawatan sekarang.

Saya berada di sini untuk bekerja. Tidak

kira di mana saya ditempatkan, saya ti-dak ada tempoh tertentu untuk menye-suaikan diri dengan tempat baru. Saya sentiasa bersedia untuk terus bekerja.

Apakah cabaran utama yang Dato’ jangkakan dalam mentadbir dan men-gurus jabatan ini.

JAJ adalah sebuah “jabatan yang tertu-tup” (close department). Oleh itu cabaran utuk saya ialah memastikan perubahan yang dibawa sesuai dengan keadaan semasa. Kita perlu sentiasa sensitif dengan perkembangan di sekeliling dan segera bertindak terhadap segala perubahan yang berlaku serta sanggup berubah mengikut arus perdana. Selain itu, saya juga mahu mewujudkan se-mangat kerja berpasukan dengan semua Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah yang boleh menerima dan menghormati saya sebagai pemimpin dan peneraju dalam memacu jentera kerajaan bagi meningkatkan syiar Islam di negeri ini melalui penggunaan ICT, MMS, SMS dan seumpamanya..

Bagaimana Y.B. Dato’ hendak mengha-dapi cabaran ini.

Saya menggunakan pelbagai pendeka-tan seperti mengadakan kursus, cera-mah motivasi, tindakan, pengiktirafan mengikut keperluan dan kehendak semasa.

Apakah perkara yang sering dirujuk ke jabatan ini.

Orang ramai sering beranggapan JAJ hanyalah tempat untuk urusan nikah, cerai dan rujuk selain membaca doa selamat, pengajian al-Quran, dakwah Islamiah dan pengurusan masjid. Bagi saya, jabatan ini sebenarnya jabatan yang menguruskan hal ehwal kehidu-pan seorang sejak lahir hinggalah ke hari dia menemui kematian. Saya cuba menerapkan konsep “Islam sebagai cara hidup” dalam masyarakat daripada segenap aspek kehidupan sama ada pembuatan rumah, pembinaan kehidu-pan, pengurusan kehidupan dan sega-la-galanya berdasarkan kepada syariat Islam.

Apakah peranan sebenar jabatan ini? Apakah yang membezakannya dengan MAIJ?

Jabatan ini menguruskan hal berkaitan akidah, syariah dan akhlak umat Islam dengan menguatkuasakan Enakmen yang terkandung di bawah Enakmen Majlis Agama Islam. Kita juga membuat penyelidikan mengenai tareqat dan melaksanakan penggunaan logo halal dan banyak lagi.

MAIJ pula ialah badan yang membuat polisi atas dasar Islam seperti yang yang berkaitan zakat, Baitul Mal dan waqaf serta hal ehwal berkaitan seluruh ke-

hidupan umat Islam. Ia juga membantu mengurus ekonomi sehingga seseorang itu mampu berdikari.

Apakah perkara yang paling kerap di-uruskan jabatan ini?

Biasanya yang membabitkan hal rumah tangga serta yang berkaitan ekonomi umat Islam.

Apakah visi dan misi Dato Saya cuba menerapkan apa yang di-katakan “Islam sebagai cara hidup” (Is-lam is the way of life). Kita hendak cuba tonjolkan bahawa jabatan ini tugasnya bukan sekadar berkaitan nikah kahwin, tetapi keseluruhan kehidpuan umat Is-lam. Sebagai contoh, kita berbelanja be-sar untuk pendidikan. Kerajaan negeri memperuntukan kira-kira RM100 juta setahun bagi tujuan pendidikan. Kita hendak bila kita belajar, kita faham apa itu Islam, kita hayati apa itu Islam dan kemudiannya kita amalkan ajaran-aja-ran Islam. Ini yang kita mahu. Bila kita makan, bercakap dan bertemu orang lain, semua ini ada caranya mengikut Islam. Ini seterusnya dipanjangkan ke-pada misi saya iaitu membawa umat Islam ke arah kebahagiaan hidup di dunia, mendapat kesejahteraan di alam barzakh dan mendapat kejayaan di akhirat. Kita tidak mahu jabatan ini hanya dipandang sebagai jabatan yang mementingkan akhirat sahaja.

EditorialKetua EditorEditor Wartawan

Jurufoto/ Pereka Grafik

Penyelidikan

PenyiaranPembantu Editorial

Sa’odi Mat Atar

Zuhrin Azam Ahmad

Aivizanoorwani Shah Shahroni

Hamirul Hairi Mohd Noh

Rozza Khairiah Rosli

Hairul Baharuddin Abu Bakar

Azmee Awang

Saripah Sayuthi

Mohd Fadzli Abu Bakar

Rabiey Besah

Norazah Mohd Yussof

Rumiah Semirono

Khadijah Abd Rahman

Mana-mana bahagian penerbitan ini boleh dikeluar, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain dengan keizinan Editor. Sidang Editor berhak melakukan penyuntingan ke atas tulisan yang diterima selagi tidak mengubah isinya. Karya yang disiarkan tidak semesti-nya mencerminkan pendapat dan pendirian holistik. Segala sumbangan karya yang dikirim, sama ada di-siarkan atau tidak, tidak akan dikembalikan. Penerbit juga tidak bertanggungjawab atas kehilangan karya yang dikirimkan melalui pos.

holistik diterbitkan oleh Unit Media & Komunikasi (MedKom),Pejabat Menteri Besar Johor,Aras 13 Menara TH,Jalan Ayer Molek,80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim.Tel 07-226 3781/83/84 Fax 07-222 6200

Web www.pmbj.gov.my E-mel [email protected] boleh di muaturun melalui :Web www.pmbj.gov.my/holistik

Bersama Ketua JabatanPengarah Jabatan Agama

“Orang ramai sering beranggapan JAJ hanyalah sebagai tempat untuk urusan nikah, cerai dan rujuk, membaca doa selamat, pengajian al-Quran, dakwah Islamiah dan pengurusan masjid,”...Dato’ Zalil Baron.

Kembalikan kegemilangan majlis khatam al-Quran

Ralat : Holistik Bil 005, muka 14Dato’ Mustapha (1928-1931) adalah abang kepada Dato’ Abdullah Jaafar dan bukan anak saudara seperti yang dilaporkan

Page 3: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

Apakah yang akan dibangunkan oleh konsortium berkenaan?

Pelaburan M4.1 billion itu adalah atas nilai tanah seluas 883 hektar dengan kos untuk membina infrastrukturnya. Ber-makna tapak berkenaan lengkap dengan infrastruktur yang akan dibina ini dalam tiga kluster dengan sembilan zon. Ia hanya membabitkan pelaburan awal insfrastruktur dan tanah.

Oleh itu, apakah bermakna nilai sebenar pelaburan akan menjadi lebih tinggi?

Ia begini, konsortium yang dit-erajui Mubadala Development Company akan bertindak seb-agai Master Concessionaire and Land Developer (MCLD) bagi pembangunan Kluster Gaya Hidup dan Santai bernilai RM1.8 bilion (AS$520 juta). Kluster di kawasan seluas 502 hektar itu mengandungi pusat bandaraya, perkampungan Golf, teluk hi-buran, daerah penduduk serta perkampungan perubatan dan lesihatan.

Al Nibras 2 Limited, iaitu dana yang dikendalikan anak syari-kat Kuwait Finance House, Ku-wait Finance House (Labuan) Berhad, pula bertindak sebagai MCLD bagi pembangunan klus-ter kebudayaan bernilai RM1.2 bilion (AS330 juta). Kluster di kawasan seluas 250.9 hektar itu mengandungi perkampungan logistik, taman kreatif dan dae-rah warisan.

Sementara itu, Millenium Devel-opment International Company (MDI) - syarikat kumpulan Sa-raya Holdings, akan bertindak sebagai MCLD bagi pemban-gunan Zon Wilayah Kewangan bernilai RM1.1 bilion (AS$325 juta) di kawasan seluas 147.7 hektar.

Kemudian ditambah pula oleh pelabur lain datang untuk men-gisi menyertai kemajuan di situ seperti bank, bank saudagar, perbankan Islam. Bermakna pelaburan di kawasan berke-naan adalah lebih besar lagi.

Ada banyak perkhidmatan so-kongan dan pembekalan bakal diperlukan dalam pembangu-nan dikawasan tersebut. Saya percaya ini akan membuka pel-uang yang cukup luas kepada usahawan dan pelabur tempa-tan untuk melibatkan diri.

Apa bidang yang ditawarkan kepada pelabur?

Keseluruhannya merangkumi bidang perkhidmatan dengan pelbagai tumpuan sama ada dalam bentuk rekreasi, hotel, perubatan selain komersil ter-masuk peruncitan dan perda-

gangan. Satu lagi yang dapat perhatian ialah sektor pembua-tan yang terletak di Senai yang boleh dijadikan Taman Teknolo-gi Tinggi yang menawar golon-gan pekerja yang mahir.

Kita perlu wujudkan Taman Teknologi Tinggi kerana nam-paknya pelabur begitu cen-derung dengan kemudahan seumpama itu. Kita juga akan membukan pembuatan pengel-uaran makanan organik, penge-luaran dan pemproses makanan, hab halal, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pelaburan RM4.1 billion sudah diperolehi, kini menjadi cabaran kepada Pihak Berkuasa Iskandar (Irda) untuk menjadikan projek itu menjadi kenyataan. Adakah Dato’ percaya Irda boleh melak-sanakan tugas itu dengan cekap dan pantas?

Ini memang satu cabaran, tiba masanya kita bekerja. Kita ya-kin setiap permohonan dapat disempurkanakan, kita yakin kita akan dapat kerjasama dari semua pejabat tanah, bekalan air, imigresen, Mida. Semua pihak terbabit menganggotai Onestop Centre (Pusat Sehenti). Kita pastikan semua jabatan itu diwakili oleh pegawai yang di-anggap tertinggi untuk menim-bang permohonan-permohonan itu.

Bagaimana jika ada anggota Pu-sat Sehenti agak lambat mem-buat keputusan?

Tak sepatutnya berlaku, saya sendiri yang akan mem-pengerusikannya. Kita pastikan maklumatnya cukup pada per-mohonan yang dimajukan dan masing-masing diberi tempoh yang tertentu untuk membuat keputusan mereka. Kelebihan pusat ini, ia akan mampu ber-sidang bila-bila masa, mungkin beberapa kali dalam satu ming-gu. Saya yakin bahawa keputu-san dapat diterima dalam tem-poh masa yang dijanjikan dan semua jabatan perlu menepati dengan peruntukan.

Sejak Iskandar dilancarkan tahun lalu, banyak majlis pen-erangan, seminar dan konven-syen diadakan bagi memberi penjelasan kepada orang ra-mai, masyarakat peniaga dan pelabur. Bagaimanapun, masih ramai mendakwa kabur dengan Iskandar dan sesetengahnya tidak yakin projek ini akan ber-jaya. Komen Dato’?

Saya tidak terkejut ada pihak yang sangsi dengan projek ini. Tapi, jika kita lihat tempoh masa pelancaran dan pengumu-man pelaburan dalam tempoh sembilan bulan membabitkan kehadiran kumpulan pelabur yang agak ‘high rated’ daripada luar negara, membuktikan Is-kandar adalah satu destinasi yang menarik.

Sembilan bulan satu jangkama-sa yang tidak begitu lama untuk Iskandar diisi dengan pela-buran dan mereka komited un-tuk membuat pelaburan. Hanya sembilan bulan dengan jumlah pelaburan yang besar, dan ada lagi yang lain akan menyusul.

Dalam satu seminar peluang pelaburan yang dianjurkan Kementerian Perdagangan An-trabangsa dan Industri di Sin-gapura, timbul beberapa soalan kononnya peniaga negara itu bimbang melabur di sini kerana pengalaman pahit sebelum ini. Mereka memberi contoh pela-buran di kompleks beli-belah Lot One, Kemayan City dan Best World yang tidak berfungsi lagi?

Jika kita lihat dalam bidang hartanah, ia tertakluk kepada turun naiknya keadaan harga pasaran lebih-lebih lagi apabila disebut nama seperti Kemayan City, ia pelaburan sebelum kri-sis kewangan, maka ia tertakluk kepada krisis kewangan dan selepas daripada krisis. Jadi ia satu yang amat luar biasa.

Walaupun begitu kalau kita membuat pelaburan kita sewa-jarnya mampu mengambil risiko. Walaupun begitu kita

yakin bahawa dasar kita bukan-lah berubah dengan sewenang-wenangnya. Jadi kita maklum bahawa pelabur asing tidak suka melihat dasar yang sering berubah-berubah. Kita beri jaminan bahawa jika ada insen-tif dan pakej sokongan, maka ia akan diumumkan sejelas-jelasnya. Kita jamin bahawa apa yang diputuskan ia tidak akan diubah. Kita jamin bahawa kita punya dasar bukan mudah diubah atau dalam istilah Ing-geris ‘Flip-flop’, dasar kita yang amalkan terhindar daripada dasar flip-flop terhadap pelabur asing.

Bilakah rombongan Kerajaan Johor akan membuat promosi sendiri ke luar negara?

Pada masa ini, Iskandar yang menerima kunjungan, kita me-nerima lebih kunjungan dari-pada mereka yang berhasrat melabur di sini. Walaupun, be-gitu kita tunggu dulu pelaburan di peringkat awal ini, bila perlu, kita juga akan menganjurkan

misi pelaburan. kita dikerumu-ni oleh pelabur yang berminat datang ke sini.

Jika kita ingin membuat promo-si, negara mana yang menjadi sasaran misi pelaburan itu?

Antaranya, negara India, China selain negara daripada Timur Tengah dan negara di rantau ini.

Bagaimana dengan negara Je-pun?

Jepun nampaknya lebih mirip ke Vietnam, mungkin dasar lib-eralisasi sedang berlaku di Viet-nam pada peringkat awal, maka ia menunjukkan kecenderungan mengalih modal ke negara itu.

Bagaimana minat daripada negara Eropah dan Amerika Syarikat?

Dari segi pelaburan awal harta-nah belum nampak lagi, tetapi kalau suatu hari nanti kita dapat tawarkan perkhidmatan yang ada nilai yang tinggi, ber-beza daripada apa yang mereka nikmati di Eropah dan Amerika Syarikat, kita percaya mereka akan datang ke sini.

Bagaimana kerajaan mengawal pemaju yang objektif utamanya keuntungan tanpa menjejaskan kepentingan atau meminggir-kan Bumiputera?

Jangan bimbang, kita sudah ran-cang kedudukan Melayu dalam konteks Iskandar. Mereka tidak akan tertinggal kerana kita mempunyai pendekatan khu-sus untuk mereka. Kita punyai caranya. Sampai masanya kita semua akan tahu dan faham.

03FOKUS

Iskandar, kawasan seluas 2,200 kilometer persegi di Selatan Johor adalah koridor wilayah pertama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dilancarkan Perdana Menteri pada 4 No-vember lalu.

Wilayah itu terbahagi kepada lima zon utama, iaitu Bandaraya JohorBahru, Nusajaya, Pemban-gunan Koridor Barat di Tanjung Pelepas, Gelang Patah; Koridor Timur di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang dan Tanjung Langsat serta Senai-Kulai di Utara.

Pembangunan Iskandar dijangka mengambil masa antara 15 hingga 20 tahun dengan nilai pelaburan dijangka mencecah RM180 bilion dengan jumlah penduduk pada 2025 diang-garkan mencapai tiga juta berbanding 1.4 juta pada 2006.

Page 4: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

04 SEMASA

JOHOR tidak memperolehi geran pengurusan air daripada Kerajaan Persekutuan sejak 12 tahun lepas yang berjumlah hampir RM1 bilion.

Tanpa geran itu, beban kewangan bagi memastikan kemudahan bekalan asas berkenaan terus dinikmati rakyat negeri ini digalas sepenuhnya Kerajaan Neg-eri.

Meskipun perkhidmatan bekalan air telah diswastakan dan diurus sebuah syarikat yang dikenali sebagai Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ), kera-jaan masih bertanggungjawab terhadap-nya atas statusnya sebagai anak syarikat kerajaan negeri.

Kerana itulah setiap pinjaman SAJ untuk memperbaiki serta meluaskan perkhidmatannya dibuat melalui kera-jaan negeri.

Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Oth-man berkata ketiadaan geran penguru-san air itu amat dirasakan.

Menurutnya geran itu, jika ada, bo-leh mengurangkan tekanan terhadap kedudukan kewangan SAJ.

“Tanpanya, SAJ perlu membuat pinja-man yang agak besar untuk melak-sanakan pelbagai projek seperti membi-na loji rawatan air yang baru,” katanya.

Untuk rekod, negeri-negeri lain terus menerima geran tahunan itu di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh dan Rancangan Malaysia Kelapan dengan jumlah yang dianggarkan sekitar RM7 bilion.

Abdul Ghani berkata kini sudah ada persetujuan antara kerajaan negeri dan persekutuan untuk memindahkan pen-gurusan air negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad ( PAAB).

Beliau berkata bila ini berlaku, dengan sendirinya pinjaman yang tertunggak akan berpindah kepada PAAB.

Tiada geran pengurusan air sejak 12 tahun

Gambar hiasan

Mersing tidak mengecewakan lagiKERAJAAN Negeri Johor, merakamkan penghargaan yang amat mendalam kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana bersetuju memasukkan Negeri Johor, khususnya daerah Mersing untuk menjadi satu daripada kawasan tumpuan Rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Demikian Menteri Besar Johor Dato’ Abdul Ghani Othman, memulakan ucapan sempena pelancaran ECER oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kuantan, 30 Okt lalu. Ikuti sedutan ucapan beliau seterusnya.

SETINGGI-TINGGI penghargaan juga kepada Menteri Besar Pahang, yang sudi memberi kesempatan kepada kami menumpang sama dalam majlis yang penuh bermakna ini. Kemesraan ini adalah tanda hubungan erat lagi se-rasi di antara dua negeri berjiran, bukan hanya kerajaannya, malah rakyatnya, yang mempunyai persamaan budaya hidup, kegiatan ekonomi harian dan diperkukuhkan oleh hubungan tali per-saudaraan, saling memakmurkan sejak zaman berzaman, khususnya di antara Mersing dan Pahang.

Hubungan serasi lagi mesra ini akan di-perkukuhkan lagi melalui satu rancan-gan pembangunan yang komprehensif, tepat lagi sarat dengan tanggungjawab sosial kepada rakyat jelata. Peranan yang dimainkan oleh Petronas dalam merangka pelan yang lengkap lagi tepat, yang mengenalpasti potensi kawasan timur ini melalui kegiatan ekonomi yang boleh disertai oleh rakyat, dijang-ka berupaya meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup mereka. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Johor merakamkan ucapan terima kasih kepada Petronas di atas komitmen dan kesungguhan dalam merangka satu pelan induk yang leng-kap lagi menyeluruh demi kesejahter-aan rakyat.

Pendekatan pembangunan berasaskan wilayah ini yang dipelopori oleh Per-dana Menteri akan membawa rakyat seluruhnya ke dalam arus perdana pembangunan, bersama-sama menik-mati kesejahteraan hidup, mewujudkan keseimbangan antara wilayah sekaligus memastikan tidak ada kawasan yang tersisih mahupun tercicir daripada kemajuan.

Johor dianugerah Allah sebagai satu-satunya negeri dengan alam semula-jadi yang sempadannya merentasi ke tiga penjuru Semenanjung dengan ada baratnya, timurnya dan selatannya. Se-latannya pula sudahpun diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan menjadi satu wilayah pembangunan iaitu Wilayah Pembangunan Iskandar. Kini, daerah Mersing, kawasan paling jauh di timar Johor, dimasukkan pula dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Langkah Kerajaan Persekutuan ini amat bertepatan sejajar kedudukan strate-gik Mersing dengan Pantai Timur Se-menanjung dan keistimewaannya yang tersendiri. Sejak dulu lagi, Mersing sudah termasyhur dengan pantai yang memanjang lagi memutih, sungai yang luas lagi jernih, pulau-pulaunya yang

banyak lagi indah, hutannya luas lagi tertua, hasil buminya kaya lagi subur; menjadi tumpuan pedagang dan pela-bur.

Mashyurnya Mersing didendangkan dalam lagu Seri Mersing, sebuah lagu lama yang terus segar, dengan men-gisahkan keindahan pantai Mersing yang bersih dan indah. Namun ia juga mengaitkan rasa kecewa dan patah hati orang yang berdagang di Mers-ing. Kisah patah hati dan kecewa ini menjadi lagenda Seri Mersing yang mengisahkan seorang gadis yang cantik bernama Seri menjadi rebutan di antara pemuda Mersing dengan perantau dari daerah jiran. Kesudahan kisah lagenda ini disimpulkan dalam serangkap pan-tun yang disesuaikan dengan pantun Melayu lama;

Kajang Pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu;Dagang Pak Malau dagang bertempat,Dagang hamba musafir Lalu.

Itu pantun dahulu kala yang terungkap dalam sebuah lagenda Seri Mersing. Na-mun sekarang keadaan sudah berlainan, Mersing sentiasa mengalu-alukan ses-iapa sahaja seperti pantun terkini;

Kapal tuan mudik ke tanjung,Turun ke laut mengail gelama; Sekali tuan sudi berkunjung, Hati terpaut selama-lama.

Sinar terpancar fajar menyingsing,Embun menitik di hujung daun,Indah dilihat mengusik jiwa; Jangan gusar berdagang ke Mersing,Bandarnya cantik giat membangun,Pasti terubat rasa kecewa.

Hari ini, Mersing yang terkenal itu, berada dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur untuk dimanfaatkan potensinya, khususnya dalam sektor pelancongan yang kaya dengan kepelbagaian. Hanya dengan satu destinasi, pelancong menik-mati semuanya sekali, lautan mahupun daratan; bersantai di pulau dan meny-elam ke dasar lautan atau mengembara di hutan dan menyusuri sungai.

Sesungguhnya, Mersing amat berse-dia untuk berkembang sebagai bandar pelancongan pesisir pantai. Gugusan kepulauannya adalah yang terbanyak di Malaysia. Setiap satu sudah ada kelebihan dan keistimewaan serta iden-titi tersendiri. Kalau mahu bersantai, berkunjunglah ke Pulau Sibu Besar; mahukan kemudahan persidangan, pilihlah Pulau Sibu Tengah; untuk kerja penyelidikan, kajilah hidupan marin di gugusan Pulau Tinggi; kalau mahukan cabaran dasar lautan, menyelamlah di perairan Pulau Aur dan Pulau Pemang-gil; manakala untuk kegiatan lasak, bo-leh diatur di Pulau Besar, Pulau Hujung dan Pulau Tengah.

BERSAMBUNG MUKA 05

Page 5: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

05SEMASA

DARI MUKA 05

MASYARAKAT tempatan terutamanya Bumiputera tidak akan dipinggirkan dalam kerancakan Wilayah Pembangu-nan Iskandar (Iskandar) apabila kerajaan mengenal pasti 17 kawasan untuk dijadi-kan pusat pertumbuhan ekonomi baru.

Kawasan itu merupakan yang sedia ada di selatan Johor di mana masyarakat Bu-miputera mempunyai pemilikan harta dalam bentuk tanah persendirian dan tanah kurniaan Kerajaan Negeri.

Ia akan dibangunkan seiring dengan pelaksanaan Iskandar.

Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Oth-man berkata ketika ini pun, kerajaan su-dah mula membina infrastruktur baru di 17 kawasan berkenaan.

“Ia membabitkan perbelanjaan yang be-sar di kawasan yang merangkumi kam-pung dan taman perumahan.

“Maka, tidak seharusnya timbul lagi da-kwaan bahawa masyarakat Bumiputera dipinggirkan,” katanya pada majlis Mesra Aidilfitri Umno Bahagian Pasir Gudang baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ketua Umno Bahagian itu turut hadir.

Abdul Ghani berkata kerajaan akan mem-buktikan bahawa masyarakat tempatan bakal turut menikmati limpahan faedah menerusi penyertaan mereka dalam Is-kandar.

“Saya amat yakin kita akan dapat me-nikmati faedah ini dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.

“Apabila ini berlaku, ia dengan sendir-inya menyangkal dakyah pembangkang kononnya Iskandar dikuasai dan dibolot orang asing sehingga meminggirkan ma-syarakat tempatan,” katanya.

Beliau juga berkata selepas menerima pelaburan RM4.1 bilion dari Timur Ten-gah seperti yang diumumkan Ogos lalu, beberapa lagi pelaburan besar lain dalam Iskandar akan dibuat menjelang hujung tahun ini.

MERSING yang sekian lama bergan-tung kepada sektor pelancongan seb-agai aktiviti utama ekonominya bakal berkembang lebih pesat lagi selepas ia dimasukkan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Sebagai satu-satunya daerah di Johor yang dimasukkan dalam ECER, Mers-ing boleh mengharapkan sejumlah peruntukan bagi memastikan segala perancangan koridor ini menjadi ke-nyataan.

Bertepatan dengan pemilihan sektor pelancongan sebagai teras ekonomi Mersing di bawah ECER, antara pem-bangunan fizikal yang pasti berlaku ialah pembinaan jalan yang lebih baik untuk memudahkan lagi perhubungan antara daerah ini dengan bandar-ban-dar utama di sekelilingnya termasuk Kuantan, Johor Bahru dan Kluang.

Meskipun belum diumumkan, satu laluan baru yang menyambungkan Mersing dengan Lebuh raya Utara Se-latan melalui Kluang dan Kahang akan diwujudkan.

Apabila ini berlaku, perhubungan darat antara Pantai Barat dan Pantai Timur di bahagian selatan semenan-

jung akan menjadi lebih efisyen.

Satu lagi laluan baru yang dicadang-kan untuk merancakkan lagi ekonomi kawasan ini ialah yang menghubung-kan Johor Bahru dengan Sedili terus ke Mersing melalui jalan pesisir pantai.

Laluan ini dilihat sebagai usaha me-narik minat rakyat Singapura yang sememangnya gemar memandu ke Malaysia terutama ke destinasi pelan-congan berpantai.

Selain pulau dan pantai, Taman Negara Endau-Rompin yang juga hutan sim-pan tertua dunia terletak dalam daerah Mersing.

Ia menawarkan pelancongan berbentuk pengembaraan yang begitu popular di kalangan orang Eropah dan Amerika seperti yang dilihat di Sabah dan Sar-awak.

Melihat hakikat itu, adalah tidak mustahil juga Kerajaan menyediakan kemudahan untuk perkhidmatan pesawat kecil di Mersing yang boleh menjadi pendorong kepada pelancong mengunjunginya.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah

menerima beberapa cadangan dari-pada sektor swasta untuk memastikan Mersing benar-benar menepati status-nya sebagai antara destinasi pelancon-gan utama.

Antaranya ialah meluaskan kawasan daratan di Mersing dengan menebus tanah di hadapan bandarnya supaya jeti yang digunakan untuk membawa pelancong ke pulau-pulau berhampi-ran dapat digunakan sepanjang masa.

Ketika ini penggunaan jeti itu terhad ketika air pasang akibat pemendapan di muara Sungai Mersing.Pembangunan pesat yang bakal berlaku di daerah ini juga dijangka membawa kesan sampingan seperti penghijrahan penduduk luar bandar ekoran pelaung pekerjaan yang lebih luas.

Mersing kini mempunyai kira-kira 83,000 penduduk dengan 65 peratus daripadanya tinggal di kawasan luar bandar.

Meskipun kesan sebenar ECER di Mersing tidak dijangka berlaku dalam sekelip mata, penduduknya perlu me-nyediakan diri mulai sekarang untuk memastikan peluang yang di depan mata berlalu begitu sahaja.

Semua 13 pulau dalam tiga gugusan itu dengan masing-masing mempunyai ciri-ciri semulajadinya yang tersendiri, dikekalkan dengan keasliannya. Pem-bangunannya mestilah mengekalkan pemeliharaan keunikan, keindahan dan alam semulajadinya.

Secara semulajadi juga, Mersing su-dahpun serasi dengan Pahang. Kita berkongsi alam semulajadi, khususnya kekayaan khazanah Taman Negara. Namanya juga dikenali secara bersama, Endau-Rompin gelarannya, hutan hu-jan tropika paling tua di dunia. Di situ ada segala untuk dinikmati dan me-nambah ilmu pengetahuan, mengenai haiwan mahupun tumbuh-tumbuhan, unggas dan segala macam kehidupan

hutan.

Itulah Mersing yang kaya dengan kepelbagaian, yang potensinya akan diperkukuhkan dengan kemudahan perhubungan yang bakal dipertingkat-kan. Kedudukan Mersing yang agak jauh, akan didekatkan melalui jalan perhubungan daratan. Jarak perjala-nan akan dipendekkan dari Lebuhraya Utara Selatan, selain satu laluan pantai akan disediakan. Maka, akan mu-dahlah perjalanan untuk sampai ke Mersing dari arah timur, barat mahu-pun selatan, sekali gus membuka luas Mersing, untuk bersama-sama dalam arus perdana kemajuan.

Alhamdulillah, sekalipun berada agak

jauh di Timur Johor, rakyat Mersing menerima kesan limpahan pembangu-nan dengan taraf hidup yang sederhana dan kadar kemiskinannya yang rendah itu, InsyaAllah akan dapat ditangani dalam tempoh singkat, lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini.

Kami di Johor yakin Wilayah Ekonomi Pantai Timur ini akan mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk tempatan, bagi meningkatkan lagi taraf hidup rakyat. Sehubungan itu, Johor menjanjikan sepenuh komitmen dalam menyahut inisiatif ini demi ke-sejahteraan hidup rakyat, khususnya penduduk Mersing.

Pelanconganteras ekonomi Mersing

Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Page 6: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

06 SEMASA

LEBIH 47,000 orang murid seko-lah seluruh Johor yang terjejas akibat banjir gelombang per-tama hujung tahun lepas telah menerima wang ihsan yang ber-jumlah kira-kira RM6.57 juta.

Daripada bilangan itu, 28,600 adalah murid sekolah rendah.

Mereka menerima RM100 manakala penuntut sekolah menengah diberikan RM200 setiap seorang.

Daerah Batu Pahat menerima

wang ihsan paling besar iaitu RM1.92 juta diikuti Segamat (RM1.38 juta) dan Muar (RM1.22 juta).

Pelajar-pelajar daerah Kota Tinggi pula menerima RM599,00; Johor Bahru (RM565,000), Kluang (RM548,000), Kulai (RM142,000) Pontian (RM135,000) dan Mers-ing (RM55,000).

Wang ihsan itu disalurkan me-lalui Pegawai-pegawai Daerah yang kemudian mengagihkan-nya kepada Pejabat Pendidikan

Daerah sebelum disampaikan kepada murid-murid oleh pen-getua sekolah masing-masing.

Setakat ini, masih ada kira-kira 24,000 pelajar yang terjejas den-gan banjir gelombang kedua yang belum menerima bantuan berkenaan.

Perbendaharaan Negeri telah meminta pengarah Jabatan Pe-lajaran Negeri menyediakan senarai murid dan sekolah yang terjejas untuk disampaikan ban-tuan itu.

Persidangan Dewan Negeri Johor

INDUSTRI bio bahan api di negeri ini mempunyai potensi yang besar untuk berkembang berdasarkan kepada bilan-gan lesen pembuatan yang telah dikelu-arkan.

P e n g e r u s i Jawatankuasa Pertanian, In-dustri Asas Tani, Kebu-dayaan dan Warisan, Ah-mad Zahri Jamil berkata sehingga Julai lepas, 15 lesen

pembuatan sudah dikeluarkan untuk membina kilang bio-diesel.

Katanya tiga daripada kilang itu mem-punyai kapisiti pengeluaran 210,000 tan setahun.

“Kilang berkenaan menghasilkan produk bio-diesel berasaskan sawit untuk dieks-port,” katanya menjawab pertanyaan wakil rakyat Sungai Abong, Datuk Dr Hariss Salleh.

Ahmad Zahri berkata sebuah lagi kilang dengan kapasiti pengeluaran 100,000 tan setahun kini pada peringkat pengeluaran percubaan.

Menurutnya jumlah eksport bio-diesel Johor antara Ogos 2006 dan Julai lepas ialah sebanyak 73,285 tan yang bernilai RM184.38 juta.

Bio bahan api punyai potensi besar

Jan - Ogos 06 Jan - Ogos 07 +/- Peratus19,259 kes 17,812 kes -1,447 kes -7.51%

Jadual perbandingan jenayah indeks bagi tempoh sama Januari hingga Ogos 2006 dan 2007.

KEHADIRAN ramai warga asing dalam Wilayah Pembangunan Iskan-dar (Iskandar) boleh menyebabkan kemungkinan peningkatan kejadian jenayah.

Kemungkinan itu, menurut Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman, boleh berlaku jika individu dan syari-kat yang melabur dalam Iskandar memberi perlindungan dan peker-jaan kepada warga asing yang masuk secara haram.

Sehubungan itu, katanya, sebagai persediaan untuk memastikan perka-ra itu dapat dielakkan, pengurusan tenaga manusia dan kebajikan pe-kerja asing perlu diperbaiki.

“ K e g a g a l a n m e n g u r u s dengan baik hal berkaitan d o k u m e n p e r j a l a n a n , gaji, peruma-han, faedah kesihatan dan sosial boleh

mendatangkan masalah,” katanya menjawab pertanyaan wakil rakyat Kemelah, Ayub Rahmat.

Ayub bertanya mengenai tanggapan umum bahawa Iskandar menyum-bang kepada peningkatan kejadian jenayah ekoran kehadiran ramai warga asing.

Abdul Ghani berkata kemungkinan untuk perkara itu berlaku tidak din-afikan.

Beliau juga berkata tanggapan umum bahawa tumpuan polis terhadap Iskandar menyebabkan tahap kes-elamatan di kawasan lain longgar adalah tidak benar.

“Keanggotaan dan logistik pasukan polis diagih mengikut keperluan daerah yang diberi perhatian sama rata,” katanya.

Beliau berkata statistik Jenayah In-deks bagi antara Januari dan Ogos menunjukkan penurunan 7.51 pera-tus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. (Sila lihat jadual)

Abdul Ghani berkata Polis Johor telah melaksanakan pelbagai usaha untuk mewujudkan suasana aman dan selamat di negeri ini.

Antaranya, kata beliau, ialah menin-gkatkan kehadiran anggota polis di kawasan yang kerap berlaku jenayah dan meningkatkan kualiti serta keu-payaan risikan melalui penubuhan Centre Intelligence Unit.

“Polis juga giat mempromosi konsep Bandar Selamat di samping meng-galakkan pembabitan masyarakat dalam pelbagai program kepolisian masyarakat seperti Rakan Cop,” ka-tanya.

JOHOR akan memperkenalkan program “satu kelahiran satu pokok” sebagai sebahagian daripada usaha menangani pemanasan global.

Menerusi program itu, sebatang pokok akan ditanam apabila ada kelahiran di-catatkan di hospital kerajaan.

P e n g e r u s i J a w a t a n k u a s a Kesihatan dan Kerajaan Tem-patan, Datuk Halimah Mo-hamed Sadique berkata ibu bapa bayi yang baru dilahirkan akan

diberikan sebatang pokok untuk dita-nam sama ada di sekitar hospital atau kawasan lapang yang bersesuaian.

“Kita amat yakin program ini akan mem-

bantu mencapai matlamat menghijaukan lagi negeri ini,” katanya menjawab per-tanyaan wakil rakyat kawasan Rengit, Ayub Jamil.

Ayub bertanya mengenai rancangan Kerajaan Negeri menangani masalah pemanasan global yang menurutnya se-makin meruncing kebelakangan ini.

Halimah juga berkata lebih 672,700 batang pokok telah ditanam di seluruh Johor sepanjang enam tahun lepas.

Katanya usaha itu membabitkan kos ber-jumlah RM40.4 juta yang dibiayai Jabatan Landskap Negara.

“Di samping itu, kita juga menggalakkan pembukaan lebih banyak tapak semaian yang menawarkan pelbagai jenis pokok untuk ditaman di kawasan persend-irian,” katanya.

...ibu bapa bayi yang baru dilahirkan akan diberikan sebatang pokok untuk ditanam...

Pekerja asing yang tak terurus boleh sebabkan jenayah meningkat

Satu bayi satu pokok

Bantuan banjir...Dato’ Abdul Ghani menyerahkan cek sumbangan pembelian pakaian sekolah kepada wakil bahagian pendidikan, Jabatan Agama Johor daerah Kluang, Mohd Fauzi.

Murid mangsa banjir gelombang pertama sudah terima wang ihsan

Page 7: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

07SEMASA

FESTIVAL Muzik Wataboshi Asia Pacific, satu-satunya festi-val muzik dunia untuk golongan kurang upaya akan berlangsung di Johor Bahru, November ini.

Ini adalah kali pertama Johor menganjurkan festival itu.

Ia akan berlangsung di Persada Johor pada 25 November.

Kali terakhir festival dua tahun sekali itu diadakan ialah pada 2005 di Shanghai.

Festival ini bermula di Jepun pada 1973 apabila beberapa pelajar kurang upaya di Nara menulis puisi yang kemudian dikompilasikan.

Ia memberi inspirasi kepada sekumpulan ahli muzik untuk mengubah lagu berdasarkan ke-pada puisi itu yang seterusnya

mempersembahkannya kepada umum bersama-sama golongan kurang upaya berkenaan.

Wataboshi, iaitu biji benih bunga dandelion yang mudah diterbangkan angin pula dipilih sebagai menggambarkan usaha peneraju festival ini menye-barkan mesej penyayang dan persefahaman ke serata dunia.

Antara negara lain yang pernah menganjurkan festival ini ialah Singapura pada 1991, Korea (1993), Shanghai (1995), Thai-land (1997) Taiwan (2001) dan Australia (2003).

Wataboshi 2007 adalah yang kesembilan dan anjuran ber-sama Kerajaan Johor, Yayasan Warisan Johor, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor dan Yayasan Pembangunan Kelu-arga.

Turut terbabit ialah dua pertu-buhan bukan kerajaan - Asia Pacific Forum on Families (AP-FAM) dan Badan Amal Isteri Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita).

Setakat ini 12 buah negara telah mengesahkan penyertaan pada

festival itu.

Johor, selaku tuan rumah akan mempersembahkan tiga tarian kaum utama di negara ini.

Tarian itu, termasuklah zapin yang sinonim dengan Johor akan dipersembahkan oleh kira

–kira 1,000 kanak-kanak kurang upaya.

Selain persembahan kesenian, Wataboshi 2007 juga diisi dengan deklamasi puisi, per-tandingan muzik dan pameran kraftangan.

Festival Muzik Wataboshi Asia Pasifik

Menerima tanggungjawab...Yang Dipertua Juita, Datin Paduka Prof Dr Jamilah Ariffin menunjukkan Wataboshi yang diserahkan Timbalan Presiden Yayasan Orang Kurang Upaya Shanghai, Gong Borong bagi menganjurkan Wataboshi 2007.

JB jadi tumpuan pengiat seni kurang upaya Nov ini

Johor dan Xinjiang perkukuh jalinan kerjasamaJOHOR dan Xinjiang, sebuah wilayah di barat laut China me-mang berbeza budaya dan adat resamnya.

Namun, itu bukanlah yang dicari delegasi Kerajaan Johor semasa lawatan mereka ke wilayah berkenaan baru-baru ini sebaliknya persamaan yang boleh dimanfaatkan.

Sebagai permulaan, persamaan yang ditemui menunjukkan bahawa Johor dan Xinjiang adalah pengeluar utama hasil pertanian negara masing-mas-ing.

“Sektor inilah yang boleh kita manfaatkan dengan bekerjasama meningkatkan penguasaan pasaran dunia,” kata Menteri Besar Dato’ Abdul

Ghani Othman.

Beliau dan penasihat khas ke-pada Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar), Tun Musa Hitam mengetuai delegasi 100 pegawai kerajaan, swasta dan peniaga itu dalam lawatan ulung untuk mempromosi Is-kandar di China.

Satu seminar mengenai pelu-ang pelaburan dan perniagaan Johor-Xinjiang turut diadakan. Ia adalah sebahagian daripada agenda Johor-Malaysia China Business Council (MCBC) un-tuk meneroka peluang baru antara kedua-dua wilayah itu. Abdul Ghani berkata walaupun jarak yang memisahkan Johor dan Xinjiang agak jauh, beliau melihat kepada sinergi daripa-

da segi kedua-dua masyarakat-nya yang pelbagai etnik tetapi berlatar belakangkan Islam.

“Terdapat peluang yang besar untuk kedua-dua wilayah ini menjalinkan kerjasama dan penyatuan perniagaan serta jaringan dan bekerja bersama-sama mereka bentuk dan mem-bangunkan produk bagi me-ningkatkan penguasan pasaran global kita.

“Xinjiang adalah pengeluar ter-besar minyak Lavender, anggur manis dan buah-buahan lain sementara kita di Johor juga merupakan pengeluar utama sayur-sayuran, ayam itik dan telur serta buah-buahan segar. Kita tidak boleh membiarkan persamaan ini dipersia-siakan,” katanya.

Beliau berkata melalui jalinan kerjasama ini, kedua-dua pihak dapat berkongsi pengetahuan saintifik dan teknikal untuk meningkatkan hasil pertanian.

“Tumpuan kita juga bukan hanya kepada pertanian tetapi merangkumi kerjasama dalam bidang tekstil dan perabot un-tuk pasaran dunia,” katanya.

Untuk rekod, Batu Pahat dan Muar adalah pusat pengeluar-an tekstil dan perabot terbesar di Malaysia.

Musa pula melihat kepada satu wilayah autonomi yang di-penuhi masyarakat beragama Islam yang boleh dijadikan batu loncatan untuk ahli perni-agaan Bumiputera menembusi China.

Menurutnya, Xinjiang yang bersempadan dengan lapan negara termasuk Negara-negara Bekas Russia, Kazakh-stan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Pakistan, Mongolia, India dan Afghanistan boleh menjadi sumber pelancong bagi Johor dan Malaysia.

Semasa lawatan itu, kedua-dua pihak juga memeterai satu memorandum persefahaman untuk membuka ruang men-gukuhkan perdagangan, pela-buran dan jalinan kebudayaan antara Johor dan Xinjiang.

Johor diwakili Setiausaha Kera-jaan Negeri, Dato’ Abdul Latiff Yusof sementara Timbalan Gabenor, Aili Geng mewakili Xinjiang.

Page 8: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

08 BELASUNGKAWA

UNGKAPAN kalau hendak seribu daya kerap disebut baik semasa berucap kepada khalayak ramai mahupun ketika bermesyuarat dengan pegawai kerajaan.

Bagi beliau, halangan utama un-tuk maju bukan kerana kekuran-gan peralatan tetapi sifat malas dan suka mencari alasan.

Berpegang pada prinsip itulah, Tan Sri Othman Saat membuka penempatan-penempatan baru menerusi Rancangan Tanah Felda dan Felcra di seluruh Jo-hor sekitar tahun 70an.

Berulang kali beliau menjelajah seluruh pelusuk negeri untuk menarik minat anak jati men-cuba usaha baru ini.

Memang tidak ramai yang berminat kerana untuk mem-buka penempatan baru, terlalu banyak kerja yang perlu dibuat termasuklah membersihkan hutan belantara yang pasti me-menatkan.

Namun menyedari bahawa memajukan negeri ini dan raky-atnya adalah tanggungjawab seorang menteri besar, Othman

tidak berputus asa malah me-ningkatkan usahanya.

Kini, Johor boleh berbangga sebagai antara negeri yang mempunyai kawasan Rancan-gan Tanah Felda paling besar dengan peneroka yang beribu bilangannya.

Ini adalah antara buah tangan Othman sepanjang 15 tahun menerajui Johor.

Usahanya itu amat dihargai sehingga beliau diberi gelaran “Bapa Pembangunan Luar Bandar” di kalangan peneroka Rancangan Felda.

Keperihatinan Othman terha-dap pembangunan luar bandar dan Rancangan Felda diakui Dato’ Abdul Ghani Othman, menteri besar sekarang.

“Johor amat beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang begitu perihatin dengan kawasan luar bandar.

“Rancangan Felda yang begitu berjaya adalah hasil usaha be-liau,” katanya.

Othman adalah Menteri Besar Johor yang ke-11.

Anak pedagang beras di Muar ini dilahirkan di Kampung Ten-gah, Muar pada 4 April, 1927.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi Arab Al-Attas di Johor Bahru, beliau dihantar ke Mekah untuk meneruskan pelajaran dalam bidang agama.

Othman kembali ke tanah air ketika berusia 16 tahun dan terus membantu perniagaan bapanya sambil berjinak-jinak dengan politik setempat.

Kian hari minatnya terhadap politik semakin mendalam yang mendorongnya menyertai Gerakan Nasionalisme Melayu yang aktif sekitar tahun 40an.

Jika ramai masih tidak tahu, Othman juga adalah antara yang terawal menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan. Beliau mendaftarkan diri pada 11 Mei, 1946 – hari Umno ditu-buhkan.

Sebagai anak muda yang ber-semangat tinggi, beliau meng-gunakan kemudahan yang ada untuk bersama-sama para pe-mimpin Umno lain membakar semangat orang Melayu me-nyingkirkan penjajah melalui kekuatan parti.

Kesungguhannya bekerja mem-buka mata pucuk pimpinan Umno yang membuka peluang untuk beliau menganggotai jawatankuasa Umno pada 1952.

Kerjaya politik Othman terus bersinar apabila dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum 1955 bagi Dewan Negeri kawasan Jorak.

Beliau memenangi kerusi itu tanpa bertanding dan tiga ta-hun kemudian, dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan portfolio Kera-jaan Tempatan dan Perumahan sebagai tanggungjawab perta-manya.

Semasa memegang portfolio ini, beliau memperkenalkan skim rumah kos rendah un-tuk golongan miskin terutama masyarakat Melayu yang jauh ketinggalan dalam arus pem-bangunan ketika itu.

Ketokohan dan bakat kepimpi-nan Othman memang tidak dapat dinafikan lagi dan pada 1967, beliau dilantik sebagai menteri besar ketika berusia 43 tahun.

Jika dalam kerajaan beliau tidak suka mencari alasan untuk men-gelak daripada melaksanakan tanggungjawab, beliau dikenali sebagai pemimpin yang ber-jaya memantapkan Umno pada semua peringkat.

Othman begitu disegani dan di-hormati bukan sahaja di kalan-gan anggota Umno bahkan parti komponan Barisan Nasional.

Beliau meletakkan jawatan pada 1982 dan sejak itu banyak

menghabiskan masa bersama keluarga.

Beberapa tahun kemudian, kesihatan beliau terjejas dan pernah dua kali diserang angin ahmar ringan iaitu pada 2001 dan 2002.

Kesihatan beliau tidak pulih sepenuhnya sejak itu dan pada 2 Oktober lepas, kaki kanannya terpaksa dipotong akibat gangren.

Dua puluh lima hari kemudian, Othman menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7 pagi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada usia 84 tahun.

Isterinya, Puan Sri Kamariah Bujang dan anak sulung, Zulki-fli, adalah antara anggota ke-luarga terdekat yang berada di sisi Othman ketika itu.

Jenazah Allahyarham disemadi-kan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail, Speaker Dewan Negeri Dato’ Mohd Ali Hassan dan beberapa Ahli Majlis Me-syuarat Kerajaan Negeri turut menziarahi jenazah.

Johor amat terhutang budi dengan Othman. Semoga Al-lah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan be-liau di kalangan mereka yang dikasihiNya.

Tan Sri Othman SaatPerginya BapaPembangunan Luar Bandar

Bersemadi...Isteri Allahyarham, Puan Sri Kamariah menabur bunga di pusara suaminya.

Page 9: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

09SEMASA

KEMPUNAN. Mungkin itulah perkataan yang paling sesuai untuk menceritakan perasaan Noor Ateka Jamadi yang ke-hilangan suami dalam satu na-has udara Julai lepas.

Sedang isteri lain sibuk me-milih warna baju Melayu un-tuk dipakai suami di Aidilfitri, wanita ini hanya mampu me-nyedekahkan Fatihah.

Juga di kala isteri lain bersero-nok meraikan lebaran, beliau menyambutnya dengan per-asaan serba kekosongan.

Pada majlis itu, sumbangan turut disampaikankan kepada ibu-ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya.

Suami Noor Ateka, Laskar Udara Kanan Saifulnizam Alias terkorban apabila pesawat Nuri yang dinaiki terhempas di Gu-nung Bunga Buah di Karak ber-hampiran Genting Highlands pada 13 Julai lepas.

Tragedi itu turut mengor-bankan lima lagi rakan setugas Allahyarham iaitu Kapten Nor Azlan Termuzi, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, Flait Sarjan Khusnizaim Ariffin, Flait Sarjan Mohd. Azmie Md. Yassin dan Laskar Udara Muhammad Ridzuan Ahmad.

Sambut Syawal di pusara suami

Noor Ateka mengakui beliau “kehilangan punca” buat seke-tika selepas tragedi itu kerana kehilangan suami dalam seke-lip mata.

Menurutnya, seperti isteri lain, beliau mengimpikan keme-riahan Aidilfitri bersama suami apatah lagi ia sepatutnya yang pertama untuk mereka berdua.

“Saya mahu mengucup tangan-nya sambil memohon kemaafan serta meminta dihalalkan makan dan minum.

“Namun, apalah daya saya. Ai-

dilfitri ini memang memilukan kerana saya menyambutnya dengan menziarahi pusara sua-mi hanya selepas lapan bulan bergelar isteri,” keluhnya.

Mengenai sumbangan RM5,500 itu, Ateka yang berasal dari Muar dan tidak bekerja berkata, ia akan dibelanjakan untuk mengadakan tahlil dan sebagai simpanan.

Bagi Konstabel Rosman Mohd Arshad pula, ucapan syukur tidak lekang dari mulutnya kerana masih berpeluang me-nyambut lebaran meskipun ru-suk kirinya ditembusi peluru.

“Apa lagi yang dapat saya katakan selain bersyukur kera-na Allah memanjangkan umur saya untuk dapat bersama kelu-arga,” ujarnya.

Konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Daerah Polis Johor Bah-ru Selatan itu ditembak pada jarak dekat semasa bergelut dengan seorang penjenayah di Kota Puteri, Masai awal tahun ini.

Beliau ketika itu sedang meron-da kawasan berkenaan apabila terserempak dengan seorang lelaki yang berkelakuan mencu-rigakan.

“Peristiwa itu akan saya jadikan iktibar supaya lebih berhati-hati,” katanya yang menerima sumbangan RM2,000.

Sumbangan raya...Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani menyerahkan bantuan sempena Aidilfitri di Sungai Mati, Muar.

Duit raya...Datin Paduka Prof Dr Jamilah menyerahkan sumbangan Juita kepada kanak-kanak Sekolah Pendidi-kan Khas Princess Elizabeth.

“Kami baru sahaja lapan bulan mendirikan rumah tangga dan Aidilfitri ini sepatutnya adalah yang pertama bagi kami sebagai suami dan isteri.

“Banyak yang telah saya rancangkan tetapi malangnya saya kempunan untuk merayakan Aidilfitri bersama suami,” cerita Noor Ateka

pada majlis penyampaian sumbangan hari raya Kerajaan Negeri dan Juita di Saujana, kediaman rasmi Menteri Besar Johor, baru-baru ini.

Kempunan sambut Aidilfitri bersama suami

Page 10: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

10

DUA daripada puluhan artikel yang dipaparkan di media perdana sepan-jang sambutan 50 Kemerdekaan negara baru-baru ini, cukup mengesankan dan menggamit bicara kerana masing-mas-ing menulis dengan berpijak di bumi nyata, terang lagi jelas, mengenai Me-layu dan Cina.

Tulisan Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman di Berita Minggu pada 16 September, amat tajam mengenai kedudukan orang Melayu di tanah airnya diikuti seminggu kemudian kolum Joceline Tan yang mendedahkan sikap sebenar orang Cina kepada kerajaan dalam Sunday Star.

Abdul Aziz yang dulunya kerap menu-lis mengenai bidang pengurusan dalam majalah Dewan Masyarakat ketika men-erajui MAS sebagai pengarah urusan, keluar daripada ‘pertapaannya’ sekian lama, dengan nada tegas mempertah-ankan hak orang Melayu yang semakin cair di bumi ini, yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.

Beliau menegaskan soal kontrak sosial tidak wajar timbul lagi kerana ia sudah diterjemahkan secara hitam putih dalam Perlembagaan Negara dengan per-setujuan kaum yang terlibat. Ia sudah menjadi perkara 153 iaitu hak istimewa orang Melayu yang sudah dilindungi dan termaktub dalam Perlembagaan.

Katanya, perkara 153 bukanlah urusan yang boleh dijual beli dalam rundingan tawar-menawar oleh mana-mana pihak sekalipun, bermakna tidak sekali-kali boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

Joceline pula melaporkan daripada satu kajian bahawa 85 hingga 90 peratus dar-ipada 6.5 juta penduduk Cina di negara ini adalah dalam kumpulan yang ber-pegang teguh kepada tradisi kecinaan dengan dipengaruhi oleh sekolah Cina, pertubuhan Cina seperti huo zong dan akhbar-akhbar berbahasa Cina.

Katanya, mereka hidup dalam gelem-bung kaumnya sendiri, berkecimpung dalam pertubuhan etniknya, berpendi-dikan sekolah Cina dan hanya membaca akhbar berbahasa Cina.

Lalu, tidak hairanlah kebanyakan mer-eka lebih mengenali perkembangan politik di Taiwan berbanding Umno mahupun PAS. Lantas sebahagian dari-pada mereka yang sokong pembang-kang dan kekal menyokongnya; begitu juga sebahagian lagi menyokong MCA, mereka kekal membuntutinya.

Kedua-dua penulisan itu sebenarnya memaparkan latar sebenar di negara ini yang sudah mencapai usia 50 tahun ke-merdekaan. Satu tempoh masih muda

bagi hayat sebuah negara, tetapi sewaja-rnya sudah cukup matang bagi seorang manusia.

Latar yang dilakar oleh kedua-dua penulis ini, yang tentunya ditulis secara sedar dan penuh rasa tanggungjawab, seharusnya menyedarkan kepimpinan negara, pemimpin Umno dan MCA di semua peringkat, serta orang Melayu dan Cina keseluruhannya.

Kalau itu keadaan itu diterima dan diakui secara terbuka mahupun secara senyap sunyi dalam hati sanubari mas-ing-masing, sepatutnya amat mudah difahami dan dihayati; lantas perlu di-hormati.

Namun, sebaliknya pula berlaku. Per-lembagaan yang tepat, seimbang lagi adil itu, longgar dalam amalan dan pelaksanaan. Dapatkan kita bertanya kepada diri sendiri, siapa yang melang-gar dan melonggar kandungan perlem-bagaan itu?

Bila sudah longgar, kita jadi gusar mahu bicara soal Melayu? Bukankah itu adalah hal di bumi nyata dan di depan mata?

Apakah pemimpin Melayu dan orang Melayu tidak peduli lagi apa akan jadi kepada bangsa Melayu? Yang kaya hanya selesa dengan kumpulan elitnya, yang miskin terus terpinggir.Yang bert-ambah hanyalah penyakit sosial seperti dadah, mat rempit, perlakuan sumbang dan jenayah.

Mereka tidak peduli peristiwa-peris-tiwa bersejarah negara, tidak kenal tokoh dan pejuang tanah air, tidak men-tafsir pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969, tidak mampu menyebut lima prinsip Rukunegara, tidak menghayati semangat DEB, tidak hirau kandungan Perlembagaan Negara, tidak endah nilai budaya dan kebudayaan Melayu, tidak berasa apa-apa untuk mempertah-ankan bahasa; dan tidak kecewa apabila Agamanya dipersenda.

Ini semua adalah ‘batu tanda’ keMe-layuan yang semakin cair, yang boleh membawa kepada tenggelamnya, atau akhirnya berkubur tamadun Melayu pada satu hari kelak. Ini adalah realiti masyarakat Melayu pada hari ini, sekali gus menyebabkan kekaburan dalam masa depan bangsa Melayu.

Maka, sempena Perhimpunan Agung Umno 2007 ini, Umno hendaklah bersi-dang bukan untuk 2,500 perwakilannya sahaja, atau hampir empat juta ahli-ah-linya, tetapi untuk lebih 15 juta orang Melayu di seluruh negara.

Bukankah itu semua kerana kerajaan menterjemah hak Melayu dalam Per-lembagaan? Hak yang sahih, yang ter-maktub dan yang bukan sahaja Melayu yang setuju, tapi turut diakui oleh kaum lain. Begitu besar maknanya Perlem-bagaan, begitu bernilainya pengertian agenda Melayu.

Pemimpin Melayu perlu memperteg-askan kembali perjuangan asal Umno ketika ia dilahirkan hasil gabungan 41 pertubuhan Melayu. Nama Umno itu sendiri – Pertubuhan Kebangsaan Mela-yu Bersatu – adalah cerminan daripada semangat juang Hidup Melayu, sebagai pemegang amanah orang Melayu.

Ini jelas dinyatakan dalam fasal 3 Per-lembagaan Umno, iaitu dalam bab asas dan tujuan Umno ditubuhkan. Fasal ini menyatakan bahawa Umno adalah sebuah parti politik yang berjuang men-dukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah, martabat bangsa, agama dan negara.

Lalu, orang Melayu mesti sanggup berjuang dan mesti faham serta tahu apa yang mereka perlu perjuangkan. Kita dengar orang Melayu bertelagah mengenai balak, projek, tanah dan per-niagaan. Tapi jarang kita dengar orang Melayu bermati-matian pasal kemiski-nan, pendidikan, budaya, jati diri dan

bahasa.

Parti memilih pemimpin-pemimpin untuk diamanahkan kuasa bagi melak-sanakan perjuangan orang Melayu. Tapi kita dengar orang Melayu mempersoal pemimpin-pemimpin yang tidak jujur. Orang Melayu merungut pemimpin tidak mempedulikan orang Melayu, melainkan puaknya sendiri.

Ahli-ahli parti selalu setia kepada pe-mimpin tertentu, bukan kepada parti. Ramai pengikut mengampu pemimpin dan ada pengikut dibeli undinya. Apa-bila memilih pemimpin, keputusan dibuat berdasarkan perut, bukan akal fikiran.

Mereka yang mahu berkecimpung dalam politik ialah rakyat biasa. Orang Melayu berpelajaran tinggi tidak mahu terlibat dengan politik. Sehinggakan ada yang berkata: “ Itu kerja orang politik”. Seolah-olahnya politik adalah hal yang tidak ada kena-mengena den-gan hidupnya. Mereka tidak sedar ada keperluan orang Melayu bersatu me-lalui politik.

Pada masa sama, ada juga pemimpin politik Melayu tidak mahu orang bijak pandai jadi ahli politik, kerana bimbang kedudukannya pula terancam. Begitu-lah orang Melayu dengan masalah an-tara orang Melayu sendiri.

Semua itu, membuatkan orang Melayu tidak dapat mengesan atau barangkali tidak sedar ada orang lain mahu ‘mem-bunuh’ politik orang Melayu. Rasuah, kebendaan dan gejala lain telah mula digunakan dalam taktik membunuh politik Melayu.

Sudah ada usaha mengembalikan semu-la Melayu dalam era sebelum Merdeka, iaitu mempunyai jiwa hamba sehingga mudah dijajah. Ini membuatkan Melayu menerima apa sahaja tekanan pihak lain, sehingga semakin hari semakin terpinggir.

Selepas 50 tahun Merdeka, masa depan orang Melayu untuk tempoh 50 tahun lagi, akan ditentukan oleh golongan Muda Melayu sekarang. Terpulang kepada generasi muda hari ini untuk mencari sifat-sifat politik Melayu yang baik dengan kembali kepada perjuan-gan agama, bangsa dan tanah air.

ASAM PEDAS

Page 11: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

11SEMASA

Program membudayakan al-Quran yang diamalkan di negeri ini mendapat pujian Perdana Menteri yang berkata ia umpama serampang dua mata.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata selain menggalakkan umat Islam membaca al-Quran, program itu juga memberi peluang untuk mereka mema-hami kandungan dan ilmunya.

“Kitab suci umat Islam ini adalah khaza-nah segala ilmu dunia dan akhirat.

“Membaca secara berkala dan mema-hami kandungannya boleh menjauhkan seseorang itu daripada perkara yang bertentangan dengan ajaran agama,” kat-anya selepas menghadiri majlis khatam al-Quran Umno Johor di Saujana, kediaman rasmi Menteri Besar baru-baru ini.

Majlis khatam itu berlangsung selepas wakil 26 bahagian Umno Johor selesai bertadarus.

Program bertadarus dan khatam al-Quran di Saujana adalah amalan sempena Rama-dhan.

Ia turut membabit kakitangan kerajaan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta pertubuhan bukan kerajaan yang diadakan pada hari berasingan.

Abdullah juga berkata perubahan ter-hadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran agama Islam di sekolah akan membantu pelajar bukan sekadar boleh membaca al-Quran, malahan memahami bahasa yang digunakan kitab suci itu.

“Saya mahu umat Islam negara ini tidak sahaja berkebolehan membaca al-Quran tetapi turut memahami bahasanya un-tuk memperolehi ilmu yang terkandung dalamnya.

“Selain itu, ilmu yang dipelajari juga me-ningkatkan darjat seseorang dalam ma-syarakat,” katanya.

...Saya mahu umat Islam negara ini tidak sahaja berkebolehan membaca al-Quran tetapi turut memahami bahasanya untuk memperolehi ilmu yang terkandung dalamnya

PM puji Program Membudayakan al-Quran

Page 12: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007 Oktober 2007

TANPA gembar-gembur, generasi al-Quran terus bercambah di Johor apabi-la semakin ramai mampu memperdengarkan bacaan kitab suci itu di depan khalayak, berkat Program Membudayakan al-Quran (PMQ) yang diperkenal-kan Kerajaan Negeri, 12 tahun lalu.

Membaca al-Quran kini menjadi ama-lan harian masyarakat Islam di negeri ini. Begitu juga memahami makna dan menghayati ajarannya untuk dijadikan pedoman serta amalan hidup.

Suasana tadarus di bulan Ramadhan di masjid-masjid yang dulunya boleh dibilang dengan jari daripada segi pe-nyertaan, sekarang semakin meriah.

Program tadarus dan khatam bera-mai-ramai di kediaman Menteri Besar Johor, Saujana, sepanjang Ramadhan adalah mercu tanda kepada budaya ini.

Berikutan itu, adalah satu keadaan bi-asa apabila ribuan pegawai kerajaan, ahli-ahli Umno, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar sekolah berkun-jung dan menyertai majlis tadarus dan khatam di Saujana.

Budaya membaca al-Quran ini tidak hanya terhad dalam bulan Ramadhan tetapi sepan-jang tahun sama ada di jabatan-jabatan kerajaan, masjid dan surau serta sekolah.

Di jabatan kerajaan, se-jam yang pertama setiap pagi Jumaat dikhaskan untuk membaca al-Quran beramai-ramai manakala sekolah, masjid dan surau pula menganjurkannya mengikut kesesuaian peserta dan kariah.

Usaha melahirkan genera-si al-Quran ini agak mudah menyerap dalam masyarakat Johor berikutan lebih 90 peratus anak-anaknya boleh menulis dan membaca jawi dengan baik atau sekurang-kurangnya mampu membacanya secara sederhana, kesan pembelajaran di Sekolah Agama Neg-eri Johor.

Sejak PMQ dicetuskan oleh Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman, pada Jun 2005, sebaik mengambil alih teraju pentadbiran Negeri, 817 masjid dan 1,735 surau mengadakan program berkenaan sama ada selepas zohor,

selepas maghrib atau isyak; setiap hari mahupun secara mingguan mengikut kesesuaian masing-masing.

Ia diilhamkan ditengah-tengah ke-adaan di mana masih ramai masyarakat Islam tidak tahu membaca al-Quran dan kalau tahu pun, amalannya kian pudar.

Justeru, PMQ ingin mengembalikan minat dan kesungguhan terhadap al-Quran agar generasi akan datang terus celik dan berpegang teguh kepadanya sebagai panduan hidup.

Namun, tentulah sama ada masyara-kat akan benar-benar menghayati dan mengamalkan ajarannya, terpulang kepada diri masing-masing, tetapi setidak-tidaknya ia dapat membentuk ketahanan diri. Sekurang-kurangnya setiap umat Islam yang menyahut program ini, ti-dak berasa kekok mahupun janggal, malah hilang rasa malu dan segan ma-sing-masing apabila cara membacanya dilakukan dengan bimbingan seorang guru diikuti bacaan beramai-ramai.

Ia menjadi lebih bermakna apabila setiap ayat yang dibaca itu disusuli dengan tafsirannya manakala dihu-jungnya setiap sesi diadakan pula huraian mengenai keseluruhan ayat yang dibaca, sekali gus bukan sahaja dapat membetul dan melancarkan bacaan, malah memahami serta meng-hayati kandungannya.

“Program ini dibimbing oleh guru-guru yang diwajibkan mengikuti kursus asas, pemantapan dan lanjutan al-Quran. Pada 2005 kita mempunyai 1,622 orang guru al-Quran dan tahun lepas, ia bertambah kepada 1,931 orang.

“Pengajaran dan pembelajaran PMQ adalah merujuk kepada al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid dengan makna oleh Ustaz Mahadi Dahlan dan Ustaz Azharuddin Sahil yang diterbit-kan sepuluh jilid bagi 30 juzuk dan

12 13FOKUS FOKUS

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) maka diberikan satu ganjaran dan ganjaran itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif, lam, mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” Sabda Rasulullah SAW

PROGRAM Membudayakan al-Quran (PMQ) yang diperkenalkan di Johor ketika amalan membaca kitab suci itu semakin pudar di negara ini, pernah di-perolok-olokan sesetengah pihak.

Entah di mana letaknya akal, ada yang mempersendakannya sebagai “program membahayakan al-Quran” dengan tidak diketahui niatnya.

Barangkali terlalu sempitnya pemikiran mereka sehingga tidak dapat menerima perkataan budaya dikaitkan dengan Al-Quran, sedangkan istilah itu membawa maksud tamadun, peradaban dan kema-juan akal budi.

Saidatina Aisyah ketika ditanya menge-nai akhlak Rasulullah, menjawab: akhlak Baginda adalah al-Quran.

Lantas, boleh diertikan bahawa mem-budayakan al-Quran ini ialah menjadi-kannya amalan membaca, menghafaz, memahami dan menghayati isi kandung

al-Quran sebagai cara hidup.

Pernah didedahkan pada awal 1990an, bahawa lebih 200,000 orang yang beru-mur antara 35 hingga 40 tahun di seluruh negara buta al-Quran akibat ketiadaan sistem pendidikan agama.

Malah, lebih 400,000 murid-murid Islam tercicir daripada kelas al-Quran dan taj-wid di mana daripada 1.2 juta murid Is-lam di seluruh negara, hanya 8,000 sahaja yang mengikuti kelas fardu ain.

Oleh itu, tidak menghairankan apabila kajian terhadap 100 mahasiswa Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1993, mendapati hanya 18 peratus boleh membaca al-Quran dengan baik manakala 69 peratus lagi tidak boleh membaca dan sekadar mengenal huruf. Selebihnya boleh membaca sedikit-se-dikit.

Kajian oleh Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia Jabatan

Pengajian Islam UTM itu mendapati 35 peratus daripada sampel kajian tidak pernah khatam al-Quran manakala 65 peratus khatam sekali sahaja. Senario itu bagaimanapun menunjukkan amalan membaca al-Quran tetap boleh diterapkan dengan satu pendekatan ber-kesan kerana masih ramai yang bersedia untuk mempelajarinya seperti yang di-dapati dalam satu kajian melibatkan 15 buah sekolah menengah di Johor Bahru pada tahun yang sama.

Menurut kajian berkenaan, daripada 469 pelajar yang diselidiki, 97.6 peratus mempunyai kesediaan mempelajari dan membaca al-Quran walaupun 77.4 pera-tus daripadanya, sama ada jarang atau ti-dak pernah membaca al-Quran manakala 22.6 peratus sememangnya kerap mem-baca kitab suci itu.

Pengalaman pejabat-pejabat agama di seluruh negara dalam temuduga untuk mendapatkan surat kebenaran nikah juga

mendapati sebilangan besar pemohon tidak tahu atau tidak lancar membaca al-Quran sehingga menjadi polimik dalam masyarakat.

Perkembangan itu telah menguatkan iltizam Kerajaan Negeri Johor untuk melaksanakan PMQ sekalipun menye-dari usaha menjadikan membaca al-Quran sebagai satu budaya hidup adalah amat sulit.

Namun, setelah 12 tahun menempuh pen-galaman melaksanakannya dengan sema-kin ramai menjadikan al-Quran bacaan harian, ia dengan sendirinya meneng-gelamkan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan sebelum ini.

Johor boleh berbangga dengan PMQ yang begitu berkesan di samping program keagamaan lain seperti Saham Wakaf, Modul Keluarga Sakinah dan ujian HIV bakal pengantin yang sudah menjadi model kepada negeri-negeri lain.

diedarkan kepada masjid, para imam, guru al-Quran dan guru takmir masjid di seluruh negeri,” katanya. Beliau berkata PMQ perlu dikembangkan pelaksanaannya dari semasa ke semasa seperti program perguruan al-Quran dan tarannum (mengaji secara berlagu) bagi mencungkil bakat baru dan menggilap bakat qari dan qariah.

“Selain itu, program tahfiz al-Quran pun kita buat mulai 1999 dengan membabit-kan imam-imam dan sesiapa sahaja yang berminat,” katanya.

Sejak pelancaran PMQ Enam oleh Sultan Johor pada Februari 1996 di Masjid Sul-tan Ibrahim, Muar, JAJ sudah menerbit-kan siri risalah Mutiara al-Quran, Tafsir

Mutiara al-Quran mengikut juzuk, Mod-ul Tarannum, Modul Tasmi’ (menyemak) dan Tahfiz al-Quran dan Modul Qiraat (jenis-jenis bacaan) termasuk al-Quran Rasm Uthmani Bertajwid.

Budaya ini juga turut disebarkan melalui Radio Malaysia Johor 101.90 FM dan Best 104 yang menyiarkan bacaan al-Quran beserta terjemahan dan tafsir sebelum

azan.

Jainal sebagai antara pegawai yang di-pertanggungjawabkan merancang, men-golah, melaksana dan memantau PMQ menyatakan rasa berpuas hati dengan perkembangan program ini sejak ia di-laksanakan.

“Bahkan Kerajaan Negeri Melaka ber-

minat untuk melancarkan program ini di sana dan tahun lepas, saya telah dijemput memberi taklimat mengenai pengalaman Johor melaksanakan PMQ,” katanya.

Kini katanya, JAJ menerima amanah untuk menubuhkan pula Pusat Pengem-bangan Pengajian al-Quran Tangkak (PPPQT) yang melibatkan penyediaan asrama, pakar al-Quran, modul, pengu-

rusan dan pentadbiran yang lebih tersu-sun.

Rancangan itu adalah satu lagi langkah untuk terus mengembangkan PMQ yang mempunyai objektif jelas bagi menyan-jung martabat al-Quran sebagai sumber mukjizat yang kekal hingga ke akhir za-man.

Ketua Penolong Pengarah

Pengurusan Masjid Jabatan Agama

Johor (JAJ), Jainal Sakiban

berkata, program itu mempunyai kurikulum yang

jelas berdasarkan konsep 5M yang merangkumi aktiviti membaca,

menghafal, memahami, menghayati dan mengamalkan.

Mutiara al-Quran...Diterbitkan sebagai hasil kompilasi terjemahan, tafsir dan huraian ayat-ayat yang dibaca pada Program Membudayakan al-Quran.

Pemantap pelaksanaan...Penglibatan kakitangan kerajaan membentuk jati diri mereka dan pengamalannya menjadi model kepada masyarakat di seluruh negeri Johor

Generasi al-Quran…Masa remaja diisi dengan pembudayaan al-Quran agar generasi akan datang terus celik al-Quran di samping celik IT.

Page 13: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

PENDUDUK Kampung Oren yang sudah 23 tahun menduduki rumah mer-eka dengan hati yang tidak tenteram kerana ketiadaan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO), kini boleh menarik nafas lega.

Keresahan mereka berakh-ir pada 25 Ogos lepas apa-bila sijil yang sekian lama diidam-idamkan berada dalam genggaman.

Keceriaan jelas terbayang pada wajah setiap pen-duduk kerana ia adalah saat yang amat mengem-birakan, seperti yang diru-muskan Hussin Othman.

“Sudah cukup lama kami

menanti saat ini kerana CFO berkenaan membukti-kan rumah diiktiraf layak diduduki.

“Kami amat berterima ka-sih kepada wakil rakyat yang telah berusaha menamatkan penantian kami,” katanya.

Bagi Abdul Halim, melihat kegembiraan pada wajah penduduk kampung itu adalah kepuasan padanya kerana beliau mengetahui betapa besarnya makna sijil berkenaan kepada mereka.

“Selain mengesahkan ba-hawa rumah mereka layak diduduki, ia sekali gus menambah nilai kepada rumah berkenaan. “Saya difahamkan selepas memperolehi CFO, rumah di kawasan ini kini berni-lai antara RM50,000 dan RM60,000, ” katanya.

JPMM14

Halim lali layan kerenah pengundi bandarMENJADI wakil rakyat kepada penduduk bandar memerlukan tahap tindak balas yang cekap dan tepat kerana mereka tahu hak mereka yang tidak segan-segan menuntutnya. Mereka tidak mudah menerima apa sahaja alasan, biarpun ia adalah kenyataan, apabila rungutan tidak dilayan, cerita Abdul Halim Suleiman kepada wartawan Aivizanoorwani Shah.

Apakah prinsip hidup Yang Berhormat (YB)?Prinsip saya ialah mempertah-ankan kebenaran dan berani membuat apa jua keputusan. Bagi saya, “apa yang benar tetap benar, yang salah tetap salah dan setiap kebenaran itu adalah prinsip yang perlu dipertahankan dan kita kena tegas dalam apa jua keputusan yang dibuat”. Misalnya, dalam berurusan dengan rakyat, saya tidak akan menabur janji. Jika saya tahu sesuatu itu tidak dapat dilaksanakan, saya akan berkata “tidak” dan begituah sebaliknya. Saya juga berpe-gang kepada prinsip “bekerja bukan untuk nama tetapi un-tuk kepuasan rakyat”.

Rancangan YB untuk Puteri Wangsa?Saya mahu melihat penduduk yang saya wakili tinggal dalam keadaan yang kondusif. Ini bermaksud mendiami kawasan rumah yang dilengkapi den-gan semua kemudahan awam serta keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, saya juga mahu meningkatkan usaha mengekalkan perpaduan di kalangan penduduk yang ber-bilang kaum.

Apakah cabaran YB sebagai wakil rakyat sebuah kawasan dalam bandar?Ianya mencabar kerana pen-duduk mahukan kemudahan infrastruktur yang lengkap ber-sesuaian dengan lokasinya dalam bandar. Saya harus me-mastikan penduduk mendapat

keselesaan hidup seperti yang diharapkan. Cabaran tugas saya menjadi rencam kerana ada tempat dalam kawasan yang saya wakili terletak di pinggir bandar seperti Kampung Sina-ran dan Kampung Maju Jaya. Oleh itu, kadang-kala adalah agak mustahil untuk saya memuaskan hati semua kerana terdapat juga kengkangan terutamanya dalam hal yang berkaitan pemaju.

Masalah pemaju yang bagaimana YB maksudkan itu?Antaranya, pemaju tidak me-nyediakan kemudahan awam seperti masjid, surau, sekolah, balai raya mahupun taman-taman rekreasi. Seharusnya, kemudahan ini dimasukkan dalam perancangan pembangu-nan taman perumahan. Setakat ini, kawasan yang saya wakili dimajukan oleh 32 syarikat, be-sar dan kecil. Saya amat meng-harapkan agar pemaju dapat memberikan kerjasama agar penduduk dapat menikmati ke-mudahan yang sepatutnya

Apakah jangkaan daripada pengundi-pengundi YB me-mandangkan kawasan YB sudah mempunyai Majlis Ban-daraya Johor Bahru Tengah (MBJBT)Saya akui kewujudkan MBJBT berupaya membantu mengu-rangkan masalah yang tim-bul. Namun begitu masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Antaranya, pen-duduk amat berharap agar

sistem pungutan sampah dilak-sanakan dengan lebih teratur. Southern Waste Management sepatutnya mencari satu jalan penyelesaian yang lebih efektif kepada masalah pengangkutan sampah pepejal kerana kerajaan sudah memberi tanggungjawab itu kepada mereka.

Selain masalah yang ha-rus diselesaikan kerajaan, bagaimana pula YB melihat mentaliti masyarakat kita dalam membantu mengu-rangkan masalah berbangkit terutamanya yang berkaitan dengan kebersihan?Seharusnya kerajaan mengam-bil langkah mendidik rakyat atau membentuk mentaliti mer-eka agar sedar bahawa keber-sihan adalah tanggungjawab bersama. Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman telah mengumumkan peruntukan se-banyak RM1 billion bagi kerja-kerja pembersihan tiga sungai iaitu Sungai Skudai, Tebrau dan Segget. Dengan pembelanjaan yang begitu besar, pastinya kita mahukan kebersihan sungai dipelihara. Untuk mencapai ini, rakyat pelu dididik untuk menjaga kebersihan dan menja-dikan ia sebagai amalan harian. Ini penting kerana jika sungai-sungai itu tidak dijaga, ia boleh mengakibatkan bencana banjir seperti yang berlaku pada akhir tahun lepas dan awal tahun ini.

Bagaimana pula YB melihat masalah ban- jir yang berlaku sedan- g k a n kawasan YB t e r -

letak di kawasan bandar dan apa tindakan yang diambil bagi menangani masalahnya?Banjir berlaku terutamanya jika hujan lebat. Keadaan ini amat membimbangkan kerana semasa banjir besar yang lepas, hampir 3,000 keluarga terjejas dan keadaan lebih memeritkan kerana ia adalah banjir lumpur. Ini berlaku kerana pembangu-nan yang tidak teratur selain Sungai Tebrau dan Sungai Pandan yang cetek. Pada hemat saya, kerajaan harus mengam-bil tindakan pantas seperti memperbaiki sistem perparitan agar masalah banjir kilat dapat diatasi.

Bagaimana dengan Projek Pe-rumahan Rakyat (PPR) bagi memindahkan penduduk setinggan yang sering terjejas dengan banjir terutamanya penduduk di Jalan Melati dan Jalan Kiambang di Kampung Oren?Puteri Wangsa diperuntu-kan sebanyak 700 unit rumah daripada 2,000 unit PPR yang dibangunkan oleh Perumahan Negeri Johor. Penduduk hanya perlu membayar RM124 sebu-lan untuk tempoh lima tahun sebelum berpindah ke rumah lain dan digantikan dengan penyewa baru. Permohonan untuk rumah di bawah pen-gurusan perumahan negeri ini dibuka kepada mereka yang sudah berkahwin dan bujang. Insya’allah mereka yang ber-jaya boleh berpindah selewat-lewatnya Januari depan.

PROFIL WAKIL RAKYATDEWAN NEGERI KAWASAN PUTERI WANGSA

Tarikh Lahir : 16 Disember 1962Isteri : Siti Yusnita Binti Mohd YusopAnak : Nurshafena, Muhamad Redzuan, Nurshefa Atiqa, Nurnazifa, Muhamad Muhaimin Afiq, Muaamar Hamidi Hafizi, Nur Arfa NizaAlamat Rumah : No 15, Jalan Suria 46, Bandar Baru Sri Alam, 81750 Masai, Johor.Alamat Pejabat : Pusat Khidmat Wakil Rakyat DN Puteri Wangsa, No 30-02, Jalan Kencana Mas 1/5, Tebrau Business Park, Taman Daya, 81100 Johor Bahru.No Telefon (P) : 07-3574919 No Telefon (R) : 07-3861918Faks : 07-3584919HP : 019-3712832

PENDIDIKAN :- Sekolah Kebangsaan Ngee Heng, Johor Bahru- Sekolah Menengah Masai, Johor- Sijil Pengurusan Perhotelan di In-stitut Teknologi Mara (ITM) Dungun, Terengganu - Humber College of Art & Technol-ogy, Otawa, Ontario, Canada

PENGLIBATAN POLITIK :1981-1985 - Pemeriksa Kira-kira Umno Cawangan Masai1985-1987 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Cawa-ngan Masai1993-1995 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan pemuda Umno Baha-gian Tebrau1993-1995 - Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Tebrau 1997-2000 - Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tebrau2001-2004 - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Negeri Johor, Timbalan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Negeri Johor, Ahli Jawatankuasa Biro Antarabangsa Umno2004-kini - Ahli Jawatankuasa Kelab Golf Umno 2005-kini - Timbalan Ketua Umno Bahagian Tebrau, Pengerusi Biro Pembangunan / Insfra-struktur Umno Bahagian Tebra, Jawatankuasa Biro Agensi Dadah Majlis Tertinggi Umno

BADAN BUKAN KERAJAAN 1993-2000 - Pengerusi Kelab Usahawan Tebrau1995-2000 - Pengerusi Belia 4B Cawangan Masai1997-2002 - Yang Di-Pertua Sek. Men. Dato’ Penggawa Barat2001-2003 - Ketua Penerangan Belia 4B Kawasan Tebrau2004-2007 - Pengerusi Belia 4B Ka-wasan Tebrau, Penaung Persatuan Seni Silat Lian Padukan Johor2005-kini - Penaung Persatuan Kelab Bermotorsikal Johor

BADAN BERKANUN : 2004–kini - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor

ANUGERAH/PINGAT :- Kesatria Mangku Negara (KMN)- Ahli Mangku Negara (AMN)

Gerak Kerja

Serah...Abdul Halim menyerahkan CFO kepada penduduk kampung

Oren yang menunggu sehingga 23 tahun untuk mendapatkannya.

Penantian 23 tahun penduduk kampung berakhir

Page 14: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

Gerak Kerja

Siap...Ali bersama ketua Kampung Dato’ Onn Jaafar, R. Azmi Md. Aris meninjau surau yang selesai pembinaannya sebelum Ramadhan lepas.

HAMPIR tujuh tahun penduduk Larkin Perdana yang beragama Islam terpaksa menumpang surau-surau jiran untuk beriba-dat dan melakukan atvitivi keagamaan lain.

Ia bukan satu keadaan yang ideal bagi mereka kerana adat menumpang, pastinya ada rasa kurang selesa untuk mengan-jurkan aktiviti kejiranan sendiri seperti majlis cukur jambul atau marhaban.

Kepayahan yang mereka lalui ini bukan kerana tiada perancangan membina surau untuk kejiranan itu sebaliknya ekoran kegagalan

pemaju menyiapkannya.Ali berkata pemaju berkenaan hanya menyiapkan kira-kira 10 peratus sahaja projek itu yang bernilai RM700,000.

“Ia kemudian dibiarkan terbeng-kalai sehinggalah penduduk dan saya dapat mengaturkan perbin-cangan dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk mencari jalan menyiapkan surau itu.

“Syukur, selepas beberapa sesi perbincangan, kerajaan me-nambah RM200,000 lagi untuk menyiapkan surau berkenaan,” katanya.

Pembinaan surau itu akhirnya selesai dan siap digunakan dua hari sebelum Ramadhan lepas bermula.

Ali berkata kegembiraan pen-duduk amat jelas apabila mereka berpakat mengadakan kelengka-pan lain untuk surau itu seperti kipas dan permaidani.“Saya juga gembira kerana dapat membantu menamatkan kepaya-han tujuh tahun mereka.

“Saya yakin surau ini, selain menjadi tempat beribadat, akan berperana sebagai pusat ma-syarakat Islam di Larkin Perdana bermuafakat,” katanya.

15JPMM

MASALAH kekurangan rumah berlaku di mana-mana tetapi apabila membabitkan penduduk bandaraya, ia pastinya lebih meruncing dan memeningkan. Tidak kira dengan cara apa sekalipun, yang mereka ingin lihat ialah

penyelesaiannya. Wartawan Aivizanoorzawani Shah menemuramah Ali Mohamed untuk menyelami keadaan itu.

Apakah cabaran utama Yang Berhormat (YB) sebagai wakil rakyat dalam kawasan ban-dar?Apa yang saya lihat, kawasan saya ini berdepan dengan masalah kemiskinan bandar. Berbeza dengan kemiskina di kawasan luar bandar, kemiski-nan bandar tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia berpunca daripada pendapatan pen-duduk di bandaraya yang tidak mencukupi sedangkan kos sara hidupnya yang tinggi.

Apa masalah lain yang di-hadapi oleh penduduk di ka-wasan YB?Masalah lain termasuklah kekurangan penempatan bagi mereka yang berhijrah ke sini. Kaji selidik saya mendapati ra-mai yang berhijrah ke sini ker-ana yakin bahawa Johor Bahru menyediakan peluang peker-jaan yang lebih luas yang sekali gus dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka. Masalah timbul apabila rumah yang mampu mereka duduki tidak mencukupi yang menyebabkan ramai menghuni kawasan set-inggan.

Apakah penyelesaian?Kerajaan cuba mengatasinya dengan menswastakan projek perumahan mampu milik. Hasilnya, banyak juga kawasan setinggan yang dapat diko-songkan apabila penduduknya ditawarkan dengan rumah yang lebih sempurna, di ka-wasan yang teratur dan yang paling penting, mampu mereka miliki.

Namun perlu juga saya sebut

bahawa terdapat projek yang lewat disiapkan yang menye-babkan penduduk kawasan setinggan ternanti-nanti rumah mereka. Saya akan terus pantau keadaan ini dan mengambil tindakan yang bertepatan den-gan kedudukan saya.

Suka juga saya mencadangkan kepada Kerajaan Negeri un-tuk menggunakan agensinya seperti Johor Corporation atau Baitulmal membina rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah ini.

Bagaimana YB melihat Wilayah Pembangunan Is-kandar (Iskandar) meman-dangkan kawasan YB terletak dalam projek ini.Ia adalah pemangkin untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk terutamanya dalam kawasan Parlimen Johor. Ker-ana itu, saya amat berharap agar masalah kesesakan lalu lintas, banjir, perumahan serta keselamatan dapat ditangani dengan lebih efisyen.

Kita hendak membangunkan selatan Johor ini dan khususnya Johor Bahru sebagai sebuah me-tropolis, maka kemudahan asas penduduk sepatutnya melam-bangkan status yang ingin di-capai itu. Ngeri untuk saya bay-angkan kata-kata perli mereka yang mencemburui projek ini andai kemudahan dan perseki-taran hidup penduduk Johor Bahru tidak setanding dengan statusnya.

Masyarakat Melayu keden-garan agak bimbang dengan

ekonomi mereka dalam Iskan-dar. Apa pandangan YB?Saya mengharapkan agar kedudukan ekonomi masyara-kat Melayu dapat diperting-katkan. Sehubungan itu, saya mencadangkan kepada kera-jaan mewujudkan lingkaran ekonomi Melayu yang merang-kumi kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu seperti Bakar Batu, Larkin, Majidee dan Bandar Baru UDA. Seharusnya setiap perancangan mengambil kira sentimen orang Melayu agar bukan sahaja mer-eka tidak merasa dipinggirkan, malahan imej diperbaiki.

Adakah soal keselamatan di Johor Bahru masih lagi satu isu?Saya tidak fikir begitu kerana sekarang kita boleh melihat anggota polis hampir di merata tempat. Kereta peronda polis pun kelihatan berada di jalan raya dengan lebih kerap. Selain itu, helikopter polis juga me-mantau keadaan di bandaraya ini dari udara. Saya percaya semua ini telah mewujudkan satu perasaan lega di kalangan penduduk yang sebelum ini dihantui kegelisahan beriku-tan kejadian jenayah yang agak tinggi. Bagi pihak penduduk, saya mengucapkan terima ka-sih kepada kerajaan dan Polis Diraja Malaysia kerana peka dengan luahan rasa kami dan bertindak segera.

Padang bola memang amat se-dikit dalam Johor Bahru dan tidak lama dahulu, padang bola di Kebun Teh yang diang-gap paling baik di bandaraya ini telah diambil untuk satu

projek komersil. Ramai yang membantah namun ia tidak menghalang projek itu dari-pada diteruskan. YB sendiri bagaimana.Saya akui yang saya kecewa apabila padang itu menjadi mangsa. Kini hanya tinggal dua buah padang bola sahaja iaitu di rumah pangsa Larkin dan Kampung Melayu Majidee. Keadaan ini pasti menyukar-kan mereka yang berminat dengan sukan bola sepak untuk meneruskan aktiviti. Sudahlah kita kekurangan padang bola, yang ada (padang bola Kebuh Teh) pun, lenyap daripada pandangan. Sukan adalah riadah yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Melalui sukan kita dapat melihat hapusnya sempadan yang membezakan warna kulit dan tutur kata. Tetapi bila kita kurangkan kemudahan bersu-kan ini, kita seperti mengundur pula. Dalam hal ini, mungkin kita boeh mencontohi Singa-pura yang memastikan adanya sebuah kompleks sukan serba lengkap di setiap zon.

Apa YB lakukan bagi memas-tikan masalah kekurangan padang bola ini dapat diatasi?Saya telah mencadangkan agar dibina kompleks sukan komu-niti di kawasan berhampiran rumah panjang Larkin dan Bukit Chagar. Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman m e m b e r i k a n reaksi posi-tif terhadap cadan-gan ini dan k i t a b e r h a r a p ia akan menjadi ke-nyataan.

PROFIL WAKIL RAKYAT DEWAN NEGERI KAWASAN TANJUNG PUTERI

Tarikh Lahir : 02 Mei 1941Isteri : Rokiah OthmanAnak : Shareen, Zulfikar, Latifah dan Mohd Farhan Alamat Rumah : No. 17, Jalan Seruling, Taman Perbadanan Islam, Kebun Teh, 80250 Johor BahruTel Bimbit : 019-7781605Alamat Pejabat : No. 16A, Jalan Suria 19, Taman Putera, 81100 Johor BahruTel : 07-3317177Faks : 07-3357177

PENDIDIKAN- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia - LCCI - Accounting

PENGALAMAN KERJAAhli Majlis Bandaraya Johor Bahru (1990-2004). Sebelum itu, lebih 30 tahun di pelbagai jabatan kerajaan dengan tempat terakhir di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

PENGLIBATAN POLITIK 1970 – Setiausaha UMNO Cawangan Taman Larkin1970 – Ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Johor Bahru1972 – Ketua Pemuda Cawangan Taman Larkin1978 – Ahli jawatankuasa UMNO Johor Bahru1983 – Ketua Cawangan Taman Perbadanan Islam1990 – Naib Ketua UMNO Johor Bahru1994 – Timbalan Ketua UMNO Johor Bahru

ANUGERAH/PINGAT:- Pingat Ibrahim Sultan (PIS)- Pingat Pangkuan Negara (PPN)- Ahli Mangku Negara (AMN)- Kesatria Mangku Negara (KMN)

Penduduk Larkin Perdana lega surau siap

Masalah setinggan jadi tumpuan

Page 15: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

16 MINDA PEMBACA

Mungkin sudah menjadi trend apabila menjelang musim perayaan, berlumba-lumbalah harga barangan naik. Awal Ramadhan lalu, kenaikan harga ayam semakin membimbangkan apabila para peniaga beberapa pasar besar di se-luruh negara tidak mengendahkan ama-ran kerajaan dengan menaikkan harga

ayam melebihi had siling RM5.60.

Para peniaga nampaknya tidak ambil peduli dengan arahan atau takut dengan tindakan yang dikenakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) apabila menaikkan harga barangan dengan ses-uka hati.

Mengapa ini boleh berlaku? Jika den-gan kementerian yang bertanggung-jawab pun mereka tidak takut, dengan siapa lagi pengguna boleh bergantung harap dalam keadaan seperti ini.

Mungkinkah tindakan yang dikena-kan kepada peniaga ini terlalu minima sehinggakan pengerusi Persatuan Pe-niaga Ayam Itik Perak, Jimmy Chong seperti yang dilaporkan Utusan Malay-sia pada 11 Sept lepas dengan terang-terang berkata, mereka sanggup disa-man oleh KPDNHEP daripada terus menanggung kerugian.

Dalam hal kenaikan harga ayam, ma-sing-masing menuding jari kepada orang lain bak lagu rakyat bangau oh bangau atau lebih sedap ditukar men-jadi ayam oh ayam, apabila peniaga menyalahkan pembekal yang kemu-dian menyalahkan penternak yang

akhirnya menyalahkan kos makanan ternakan mahal.

Kalaulah perkara ini berlanjutan, alamat sampai kiamat masalah ini tidak akan selesai. Akhirnya pengguna juga yang jadi mangsa.

Sudah tiba masanya kementerian terb-abit mencari jalan penyelesaian yang lebih “dihormati” semua pihak bagi mengatasi kemelut ini.

Antara yang boleh dipertimbangkan ialah kementerian berkenaan memanggil setiap pihak daripada peniaga sehingga-lah kepada pembekal makanan ternakan berbincang mengenai masalah yang dih-adapi pada setiap peringkat sehinggalah ia sampai kepada pengguna.

Kalau kos makanan ternakan yang menjadi puncanya, galak dan bimbing lebih ramai usahawan untuk menceburi bidang membuat makanan ternakan su-paya penternak tidak terikat kepada satu pembekal sahaja.Jika bekalan makanan diimport, henti-kan! Bawa tenaga pakar dari luar untuk melatih usahawan tempatan mengenai proses pembuatan makanan ternakan.

Jika asas kepada permasalahan itu dapat diatasi, nescaya tidak ada sebab menga-pa harga ayam naik. Mungkin boleh di-perluaskan kepada bidang penternakan yang lain pula jika ia berjaya.

Selamah SarmidiKluang

“Minda pembaca” ialah ruangan khusus bagi orang ramai memberi pandangan atau komen tentang isu semasa, sama ada di kawasan sendiri atau Negeri Johor. Editor berhak melakukan suntingan terhadap isi surat.Editor juga berhak memilih surat untuk disiarkan. Hanya surat yang disertakan dengan nama sebenar penulis sahaja akan dilayan. Sertakan no. kad pengenalan,no. telefon dan alamat penuh. E-melkan surat anda ke [email protected]

+ Berita semasa+ Jadual umum Menteri Besar+ Koleksi teks ucapan Menteri Besar+ Galeri video+ Galeri gambar+ Holistik ( versi digital )

Page 16: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

17

RM100 juta. Itulah sasaran kutipan zakat Majlis Agam Islam Johor (MAIJ) dalam tempoh tiga tahun lagi.

Jumlah itu tidak mustahil dicapai beri-kutan meningkatnya kutipan zakat perdapatan.

Ketua Penolong Pengarah Zakat, Bait-ulmal dan Wakat MAIJ, Yahya Ahmad berkata, sehingga Ogos lepas, kutipan zakat pendapatan sudah mencecah RM12 juta.

Menurutnya tahun lepas, umat Islam Johor membayar RM9 juta sebagai zakat pendapatan.

“Peningkatan ini amat menggalakkan yang membuatkan kita yakin dapat mencapai sasaran RM100 juta zakat pada 2010,” katanya.

MAIJ memungut hampir RM55 juta za-kat tahun lepas sementara RM49 juta di-kutip pada 2005. Pada 2004, umat Islam Johor membayar RM38 juta pelbagai zakat.

Yahya berkata peningkatan kutipan zakat pendapatan yang menggalakkan adalah berikutan pengenalan kemuda-han potongan gaji.

“Kita memperkenalkan kemudahan ini yang dinamakan Skim Infaq pada Okto-ber 2004 dan dalam tempoh tiga bulan tahun itu, sejumlah RM800,000 telah dikutip,” katanya.

Beliau berkata sejumlah RM9 juta zakat pendapatan dikutip tahun lepas.

“Sehingga Ogos lepas pula, zakat pendapatan yang dibayar menerusi Skim Infaq ini telah mencecah RM12 juta.

“Jumlah ini dijangka terus meningkat dan apabila dicampur dengan zakat lain, sasaran RM100 juta dalam tempoh tiga tahun itu tidak mustahil untuk di-capai,” katanya.

Yahya berkata setakat ini, lebih 22,000 kakitangan awam Johor menggunakan skin itu.

“Ia satu perkembangan yang sihat dan kini zakat pendapatan menyumbang 20 peratus kepada kutipan zakat keseluru-han,” katanya.

Beliau berkata MAIJ juga menyediakan kaunter di lokasi strategik untuk memu-dahkan umat Islam yang majikan mer-

eka tidak dapat menyertai skim itu menunaikan kewajipan mereka.

Yahya berkata unit pemasaran zakat juga telah ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada kempen dan dakwah mengenai pentingnya membayar zakat.

Unit itu, katanya, turut mensasarkan syarikat korporat untuk menggalakkan mereka membayar zakat perniagaan,

Mengenai pengagihan za-kat, beliau berkata ia sema-kin berkesan dengan pen-genalan sistem saringan fakir dan miskin melalui had kifayah.

“Had kifayah adalah ber-dasarkan kepada jumlah pendapatan dan tanggun-gan ketua keluarga dengan mengambil kira keperluan asas mereka termasuk pen-didikan.

“Pengagihan yang lebih teratur dan berkesan ini melenyapkan kesangsian orang ramai mengenai as-naf penerima,” katanya.

Sebagai renungan, Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat ke 261 yang bermaksud: “Diumpamakan orang-orang yang menafkahkan har-tanya pada jalan Allah, adalah seperti sebiji benih yang tumbuh menjadi tu-juh tangkai, dan pada setiap tangkai terdapat seratus biji benih lagi; Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas (kurniaanNya) lagi maha mengetahui,”.

AGAMA

BAKAT dan minat yang mendalam ter-hadap bacaan al-Quran secara berlagu atau taranum memang terserlah pada Aziz Mustakim sejak dari kecil lagi.

Ia terbukti apabila pada usia seawal 11 tahun, beliau sudah menyertai tilawah dan muncul johan peringkat negeri pada 1975 ketika berumur 12 tahun.

Bakat itu terus diasah semasa berkh-idmat dengan Angkatan Tentera Ma-laysia (ATM) apabila beliau mewakili

pasukannya dan merangkul beberapa kejayaan.

Dan selepas 20 tahun menimba pengala-man, cita-cita anak kelahiran Batu Pahat ini untuk mewakili negeri tercinta pada tilawah peringkat kebangsaan akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya masih lagi dengan ATM dan pada tilawah 1994 itu, saya mendapat tempat ketiga,” katanya.

Penyertaan Aziz tidak berakhir di situ apabila beliau dipilih lagi mewakili Jo-hor pada 1996 dan 2004 di mana beliau muncul naib johan.

Namun kegagalannya untuk ke tilawah peringkat kebangsaan pada 2005 kera-na ketidaksediaan tidak mematahkan semangat beliau.“Saya habiskan dua tahun dengan menghadiri pelbagai seminar tahsin al-Quran untuk memperbaiki mutu bacaan.

“Alhamdulillah, tahun ini saya muncul johan peringkat kebangsaan dan layak mewakili Malaysia,” katanya.

Aziz berkata selaku wakil negara, beliau berpeluang mempelajari teknik pemba-caan al-Quran dengan lebih sempurna daripada pakar dari Mesir dan ia mem-bantunya dalam membuat persiapan.

Pada tilawah peringkat antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur itu, Aziz muncul johan. Pada tilawah itu juga, Malaysia mencatatkan kejayaan berganda apabila Amnah Ayup pula memenangi kategori wanita.

Setelah melalui pelbagai liku untuk berada di puncak kejayaan, Aziz ber-hasrat menurunkan ilmunya kepada generasi muda.

Beliau kini adalah penyelia perguruan al-Quran Pejabat Agama Daerah Kluang.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2007

FITRAH HARTA JUMLAH

10

20

30

40

50

60

1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006

4,11

8,39

7.00

13,7

44,6

90.0

017

,863

,087

.00

5,34

0,47

8.00

17,2

16,7

67.0

022

,557

,245

.00

5,35

3,32

0.15

18,0

74,0

30.0

123

,427

,350

.16

6,15

5,48

4.00

20,1

78,8

57.7

726

,334

,341

.77

14,1

31,9

36.0

0 22,1

46,0

49.6

336

,277

,985

.63

7,55

7,48

6.20

23,8

75,4

35.7

531

,432

,921

.95

8,14

2,39

0.00

21,5

93,3

26.6

0 29,7

35,7

16.6

0

7,85

9,07

1.60

26,0

99,9

43.7

6 33,9

59,0

15.3

6

8,07

7,34

5.20

29,9

75,4

57.4

2 38,0

52,8

02.6

2

8,19

1,01

7.55

41,1

66,1

36.4

8 49,3

57,1

54.0

3

8,25

4,65

4.50

46,4

78,2

87.9

5 54,7

32,9

42.4

5

Jadual pungutan zakat fitrah dan harta dari tahun 1996 hingga 2006.

Johan...Aziz Mustakim bersama-sama johan qariah, Amnah Ayup dengan piala kemenangan masing-masing.

Wa k t u S o l a tDaerah-daerah Negeri Johor

Subuh Zuhur Asar Maghrib IsyakNov

Zon I Pulau Aur, Pulau Pemanggil

Syuruk123456789

101112131415

5.265.265.265.265.265.265.265.265.265.265.265.265.265.265.26

6.456.456.456.456.456.456.456.456.456.456.466.466.466.466.46

12.4812.4812.4812.4812.4812.4812.4812.4912.4912.4912.4912.4912.4912.4912.49

4.074.074.084.084.084.084.084.094.094.094.094.094.104.104.10

6.476.476.476.476.476.476.476.476.476.476.476.476.476.476.47

7.587.587.587.587.587.587.587.597.597.597.597.597.598.008.00

Subuh Zuhur Asar Maghrib IsyakNov

Zon II Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing

Syuruk123456789

101112131415

5.295.285.285.285.285.285.285.285.285.285.285.285.285.285.28

6.456.456.456.456.456.456.456.456.456.456.456.456.466.466.46

12.5212.5212.5112.5112.5112.5112.5212.5212.5212.5212.5212.5212.5212.5212.53

4.104.104.104.114.114.114.114.124.124.124.124.134.134.134.14

6.516.516.516.516.516.516.516.516.516.516.516.516.516.526.52

8.028.028.028.028.028.028.038.038.038.038.038.038.038.048.04

Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak

Zon III Kluang, Pontian

Syuruk5.305.305.305.305.295.295.295.295.295.295.295.295.295.295.29

6.486.486.486.486.486.486.486.486.496.496.496.496.496.496.50

12.5312.5312.5312.5312.5312.5312.5312.5312.5312.5312.5312.5312.5312.5412.54

4.114.124.124.124.124.124.124.134.134.134.144.144.144.154.15

6.536.526.526.526.526.526.526.526.536.536.536.536.536.536.53

8.038.048.048.048.048.048.048.048.048.048.058.058.058.058.06

Nov123456789

101112131415

Subuh Zuhur Asar Maghrib Isyak

Zon IV Batu Pahat, Muar, Segamat

Syuruk5.335.335.335.335.335.335.335.335.335.335.335.335.335.335.33

6.506.506.506.506.516.516.516.516.516.516.516.516.516.526.52

12.5612.5612.5612.5612.5612.5612.5612.5612.5612.5612.5612.5612.5612.5612.56

4.144.144.154.154.154.154.154.164.164.164.164.174.174.174.17

6.556.546.546.546.546.546.546.546.546.546.556.556.556.556.55

8.058.068.068.068.068.068.068.068.068.068.068.078.078.078.07

Nov123456789

101112131415

Kegigihan Aziz baiki kelemahan hasilkan kejayaan

Page 17: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

18 NIAGA

JOHOR Corporation (JCorp) dengan lebih 50,000 tenaga kerja, terus bangkit daripada tekanan kegawatan ekonomi dunia apabila mun-cul sebagai organisasi bisnes pertama menerokai waqaf korporat dengan mewaqa-fkan RM200 juta saham anak-anak syarikatnya.

Ia mewaqafkan kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) saham tiga anak syarikatnya yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia iaitu Kulim (Malaysia) Berhad dengan 12.35 juta unit saham bersamaan 4.68 peratus terbitan ekuiti, KPJ Healtahcare Berhad (18.60 juta unit saham bersamaan 4.32 peratus terbitan ekuiti) dan Johor Land Berhad (4.32 juta unit saham bersamaan 3.57 peratus ter-bitan ekuiti).

Pewaqafan itu, yang dipercayai pertama seumpamanya di dunia, disempurnakan pada 3 Ogos 2006 oleh Ketua Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim dan Mufti Johor, Dato’ Nooh Gadut.

Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Oth-man yang juga pengerusi JCorp menjadi saksi.

Serentak itu, Kumpulan Waqaf An Nur Berhad (KWANB) dipertanggungjaw-abkan sebagai sebuah syarikat berhad yang diiktiraf oleh MAIJ dengan jaminan tanpa syer, mengurus aset dan saham-saham yang diwaqafkan itu.

KWANB menjadi pemegang saham Kulim yang diwaqafkan yang bernilai RM142, saham KPJ (RM45 juta) dan JLand (RM13 juta).

Pendekatan serampang dua mataMuhammad Ali berkata pewaqafan syarikat bukanlah satu perkara baru kerana ia sudah bermula sejak Zaman Othmaniah lagi.

Di negara ini, katanya, sistem waqaf wujud sejak 1907 dengan individu kaya mewaqafkan harta mereka dalam pel-bagai bentuk termasuklah saham atau hartanah.

“Apa yang kami lakukan dikenali seb-agai waqaf korporat.

“Kita mewaqafkan beberapa peratus saham anak syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Malaysia kepada MAIJ tanpa kehilangan kepentingan dalam syarikat berkaitan,” katanya.

Pendekatan itu umpama serampang dua mata. Syarikat yang mewaqafkan sahamnya masih mangaut laba semen-tara pihak yang dipilih untuk menerima waqaf, menikmati manfaatnya.

Muhammad Ali berkata 70 peratus keun-tungan daripada saham yang diwaqa-fkan itu dikembalikan kepada JCorp untuk dilaburkan semula.

Keuntungan selebihnya menjadi habuan pihak yang ditetapkan.

“Kita akan menyalurkan 25 peratus un-tuk fisabilillah seperti bantuan kepada organisasi amal JCorp dan baki lima peratus diberikan kepada MAIJ.

“Pendekatan ini secara tidak langsung membantu menghentikan hakisan pemi-likan ekuiti umat Islam di Malaysia, khu-

susnya masyarakat Melayu,” katanya.

Beliau berkata JCorp akan menggunakan pulangan 70 peratus itu untuk mengem-bangkan lagi perniagaan syarikat yang telah mewaqafkan sahamnya termasuk-lah menerokai peluang perniagaan baru.

“Ini bertepatan dengan konsep waqaf itu sendiri iaitu pendapatan dikembangkan agar faedahnya dapat dinikmati semua.

“Konsep waqaf korporat ini juga mem-bantu menyeimbangkan semula ekono-mi umat Islam agar lebih berdaya saing dan maju,” katanya.

Daripada tiga syarikat yang telah me-waqafkan saham mereka, Kulim dilihat paling menguntungkan dengan asetnya dijangka mengembang dari RM1.91 bil-ion tahun lepas kepada RM2.46 bilion

tahun ini manakala keuntungan sebelum cukai diramal meningkat dari RM220.55 juta kepada RM230.50 juta untuk tem-poh yang sama.

Kini JCorp bercadang mewaqafkan lagi RM50 juta saham syarikat di bawah kumpulanya jika syarikat itu meraih keuntungan keseluruhan melebihi RM100 juta tahun ini.

“Sasaran kita seterusnya ialah mewaqa-fkan RM50 juta saham syarikat setiap tahun,” ujar Muhamad Ali.

Klinik Waqaf An Nur: juga waqaf korporat JCorp turut melaksanakan waqaf kor-porat menerusi pembukaan beberapa cawangan klinik, hospital dan pusat di-alisis Waqaf An Nur yang untuk diman-faatkan masyarakat.

Setakat ini, JCorp mempunyai cawangan klinik di Kotaraya Johor Bahru, Pasir Gudang, Batu Pahat, Seremban, Sungai Buloh, Selangor serta klinik bergerak Waqaf An Nur.

Klinik bergerak Waqaf An Nur ini berop-erasi di empat lokasi sekitar Pasir Gudang iaitu Kampung Pasir Putih, Perigi Acheh, Kong Kong Laut dan Sungai Tiram.

Sejak pembukaannya, klinik Waqaf An Nur telah merawat lebih 300,000 pesakit tanpa mengira latar belakang, bangsa atau agama dengan caj serendah RM5.

Satu lagi cawangan klinik Waqaf An Nur akan dibuka di Kuching atas permintaan Tabung Baitulmal Sarawak.

Perintis...Muhammad Ali bersama Mufti Johor, Nooh menandatangani hujjah pewaqafan saham JCorp dengan disaksikan Abdul Ghani.

Waqaf korporat pastikan laba dinikmati semua

“Sasaran kita seterusnya ialah mewakafkan RM50 juta saham syarikat setiap tahun,” ujar Muhammad Ali.

Sumbangan sosial...Pesakit buah pinggang Abdul Hamid Hashim menjalani pemeriksaan di pusat dialisis An-Nur yang disediakan JCorp menerusi program kliknik waqaf An-Nur.

Page 18: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

PENDIDIKAN

Kongsi kegembiraan...Rahmat (tengah) meraikan kejayaan bersama penerima anugerah lain (dari kiri) Susanti, Norizah, Mohd Firdaus dan Muniruddin.

LAUTAN yang memisahkan dua negara bukan halangan untuk Rahmat Zul Azmi Zulkifli meneruskan cita-citanya mendalami ilmu agama.

Malah, pengorbanan keluarga di kam-pung halaman menyemarakkan lagi semangat pemuda kelahiran Aceh ini untuk belajar bersunguh-sungguh.

Menurutnya bukan mudah untuk be-liau dan keluarganya berjauhan tetapi peluang untuk mendalami ilmu agama di Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah) juga tidak senang diperolehi.

“Saya berusaha memberikan yang ter-baik agar pengorbanan selama ini tidak sia-sia.

“Alhamdulillah, saya amat gembira ker-ana segala penat lelah berbaloi,” katanya selepas majlis konvokesyen kelapan Marsah baru-baru ini.

Rahmat Zul Azmi muncul pelajar cemer-lang apabila menerima tiga anugerah – Anugerah Menteri Besar Johor, Anugerah Ketua Ekskutif Marsah dan Anugerah Dekan Jabatan Syariah Isla-miah.

Beliau menamatkan pengajian di kolej itu

dengan memperolehi Diploma Syariah Islamiah kelas Mumtaz atau pertama.

Turut menerima diploma masing-mas-ing ialah 42 lagi graduan dalam jurusan-jurusan Tahfiz al-Quran Wa al-Qiraat, Syariah Islamiah dan Usuluddin.

Anugerah kecemerlangan dan diploma disampaikan Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman.

Rahmat Zul Azmi berkata memenangi anugerah itu bukanlah sasaran utama beliau.

“Saya memang belajar bersungguh-sungguh dan mahu mencapai kecemer-langan.

“Saya amat gembira kerana lulus den-gan cemerlang dan anugerah ini adalah bonusnya,” katanya.

Rahmat Zul Azmi mula menjejakkan kaki di bumi Johor kira-kira empat ta-hun lepas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama.

Misi beliau bermula di Sekolah Tahfiz Akhiyar di Nong Chik, Johor Bahru dan kemudian disambung di Marsah Johor.

Rahmat Zul Azmi kini sedang menyam-bung pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Al-Azhar, Mesir atas pembi-ayaan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Graduan lain yang turut menerima anugerah kecemerlangan ialah Mohd Fir-daus Abd Hamid (Anugerah Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Pengajian Tinggi), Norizah Maulan (Anugerah Ketua Pegawai Ekskutif MAIJ), Muniruddin Abdullah (Anugerah Sahibus Samahah Mufti Negeri Johor) dan Susanti Syafii (Anugerah Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor).

Graduan aliran agama modal insan lengkapMenteri Besar dalam ucapannya berkata graduan aliran agama adalah modal in-san lengkap untuk memenuhi kriteria alam pekerjaan masa kini kerana selain kelayakan akademik, mereka turut dibekalkan dengan pengukuhan jati diri.

Abdul Ghani berkata Islam mengambil berat mengenai kecemerlangan ilmu dan sentiasa menggesa supaya umatnya menambah pengetahuan, membimbing serta membudayakannya untuk kebai-kan masyarakat.

“Graduan Marsah adalah harapan kera-jaan untuk menabur bakti dan meng-hadapi cabaran berkaitan agama serta pembangunan rohani masyarakat di Johor,” katanya.

Beliau juga melahirkan harapan agar sekolah agama dan sekolah menen-gah agama Kerajaan Johor dan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah tahfiz dan Marsah akan menjadi benteng raky-at Johor dalam mengukuhkan jati diri.

“Saya memang belajar bersungguh-sungguh dan mahu mencapai kecemerlangan. Saya

amat gembira kerana lulus dengan cemerlang dan anugerah ini adalah bonusnya,” kata

Rahmat Zul Azmi.

19

Anak Aceh cipta kecemerlangan di Marsah Johor

Page 19: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

20 KENALI JOHOR

TANPA diran-cang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang di-anggap agak terpencil satu ketika dahu-lu telah menaikkan populariti masakan asam pedas.

Hari ini, 17 tahun selepas gerai per-tama yang menghidangkan asam pedas di situ dibuka, tempahan awal perlu dibuat agar tidak kempunan.

Jika sudah ada tempahan, menunggu dalam kenderaan sehingga sejam kera-na ketiadaan tempat meletak kenderaan adalah satu lagi dugaan.

Namun bagi kaki makan lebih-lebih lagi peminat masakan itu, keistimewaan asam pedas sembilang, pari, mayong, jenahak dan merah, apatah lagi dijamu dengan nasi panas atau roti canai men-gatasi segalanya.

Yang sudah terkena penangan asam pedas Parit Jawa, jarak beratus batu bu-kan lagi penghalang untuk mengulangi kunjungan ke jeti nelayan ini.

Suasana kuala sungai yang cukup jelas sebagai pangkalan nelayan dipenuhi bot dan sampan, disertai kehangatan angin laut menambah selera tidak kira di waktu matahari tegak di atas kepala mahupun dikala kesunyian malam.

Bermula dengan sebuah warong yang diusahakan Yusof Merah di tebing sun-gai berhampiran pangkalan itu pada 1990, gerai asam pedas telah bercambah melebihi 10 buah termasuk yang dibina dengan lebih kemas oleh Majlis Perban-daran Muar.

Menurut Yusof, ke-tika mula-mula

b e r n i a g a , h a n y a gerainya

y a n g menye-

d i a k a n menu asam

pedas untuk pelang-gan yang terdiri dari-

pada kalangan penduduk setempat dan juga nelayan

yang hendak ke laut.

“Hari berlalu dan ditakdirkan Tuhan semakin ramai yang mengunjungi tem-pat ini sementara bilangan gerai bert-ambah dan semuanya menghidangkan masakan asam pedas.

“Sekarang sudah ada kira-kira 10 gerai yang menjadikan asam pedas menu uta-manya dan sambutan sungguh meng-galakkan sehingga menjadikan tempat ini terkenal dengan asam pedas,” kat-anya.

Yusof bagaimanapun hanya kembali mengusahakan sendiri Gerai Asam Pedas Ani miliknya sejak dua tahun lalu selepas menyewakannya kepada peniaga lain. Beliau menyewakan gerai itu kerana tidak mampu menguruskan-nya sendiri.

“Ketika itu tiada sesiapa membantu saya tetapi kini saya mengusahakan-nya sendiri bersama-sama anak dan menantu.

“Saya tidaklah mahu mengatakan kami pengasas asam pedas di sini, tapi kami-lah yang mula-mula sekali membuka gerai di sini,” katanya.

Yusof berkata pelanggan datang dari

merata tempat.

Katanya menge-tahui ada yang datang dari Kuala Lumpur dan Sin-gapura untuk me-nikmati keenakan

asam pedas Parit Jawa bukanlah suatu perkara baru.

“Tetapi bila ada yang mengatakan bahawa mereka sanggup memandu sejauh itu semata-mata untuk makan asam pedas Parit Jawa adalah sesuatu yang menakjubkan,” katanya.

Yusof berkata kebanyakan gerai dibuka pada jam 10 pagi tetapi waktu menu-tupnya tidak menentu.

Namun, melihat gerai-gerai di situ terus dipenuhi pengunjung hingga seawal 2 pagi adalah perkara biasa.

Boleh dikatakan setiap ikan seperti sembilang, pari, mayong, jenahak dan merah mempunyai peminatnya sendiri, sebagaimana diakui Zaini, anak Yusof yang membantunya di gerai.

Menurutnya, orang Melayu amat gemar dengan asam pedas ikan sembilang dan kepala ikan mayong yang tentunya ikan segar yang didaratkan nelayan di pan-gkalan di situ yang dimakan bersama nasi putih panas.

Pelanggan Cina pula, katanya lebih ge-mar mencecah roti canai dengan asam pedas pari dan jenahak.

Namun, ada ketikanya pelanggan men-jilat tapak tangan apabila ikan yang dicari sudah habis kerana kekurangan bekalan ikan segar dari nelayan di situ dan di bandar Muar.

“Bukan mereka sahaja yang kecewa malah kami pun sedikit terkilan tidak dapat menghidangkan masakan keban-gaan kami terutamanya apabila yang datang dari jauh bersama keluarga,” kata Zaini.

Keistimewaan asam pedas Parit Jawa mengundang pertanyaan mengenai rahsia memasaknya.

Adakah ramuannya atau cara mema-saknya yang menjadikan asam pedas di pangkalan nelayan ini disebut di merata negara?

Yusof yang dianggap ramai sebagai perintis gerai asam pedas di sini pun tidak dapat menyatakan rahsia yang membuatkan asam pedas Parit Jawa begitu istimewa.

“Bagi saya apa yang paling penting ialah bahan-bahannya mestilah yang terbaik.

“Lada kering adalah yang penting sekali. Saya gunakan lada kering gred satu kerana bila dimasak, kuah akan menjadi lebih merah dan pekat serta rasanya lebih sedap berbanding lada kering gred lain,” jelasnya.

Yusof berkata pernah terjadi apabila be-liau secara tidak sengaja menggunakan lada kering gred lain, warna kuah asam pedasnya kurang merah dan ia disedari pelanggan tetapnya.

“Saya tidak menganggap itu rahsia se-baliknya petua saya,” katanya.

Ditanya mengenai perbezaan antara asam pedas Parit Jawa dengan asam pedas Melaka, beliau berkata kedua-duanya agak sama.

“Kalau ada pun cuma daripada segi ramuannya. Asam pedas Melaka meng-gunakan belacan dan lengkuas sedang-kan di sini, kedua-dua bahan itu tidak digunakan,” katanya.

Yusof juga bercadang mengembangkan sayap perniagaannya dengan membuka sebuah gerai asam pedas di Melaka.

“Saya dan anak sudah ke sana untuk meninjau lokasi yang sesuai. InsyaAl-lah, jika ada rezeki saya akan membuka satu gerai di sana,” katanya.

Hidangan utama...Zairi Fitri, pembantu Yusof menyediakan asam pedas untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Makan bersama...Pengunjung Cina turut tidak ketinggalan menikmati keenakan asam pedas Parit Jawa.

Page 20: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

21SENI

PENGUNJUNG Teluk Danga, terutama yang julung kali men-jejak kaki ke situ, pastinya teruja dalam kekaguman apabila bera-da dalam satu kampung tradis-ional di tengah-tengah bandar - Perkampungan Rumah Limas – warisan kebanggaan senibina Johor.

Lapan buah rumah di situ yang dinamakan mengikut lapan daerah selain sebuah rumah ibu dan sebuah lagi rumah cendera-hati, dibina daripada kayu den-gan ciri-ciri tersendiri, adalah khazanah negeri yang tidak ternilai mutunya.

Sesungguhnya di negeri Johor, rumah limas adalah rumah tra-disi yang masih kekal sehingga kini.

Lalu, Kerajaan Negeri mewu-judkan pekampungan itu den-gan usahasama pengurusan Teluk Danga.

Konsep limas dipercayai ada pengaruh kepulauan Riau-Ling-ga yang turut dikatakan dipen-garuhi Belanda dan Inggeris.

Bukti ini diperkukuhkan lagi apabila kebanyakan reka ben-tuk bangunan Belanda di kepu-lauan Riau-Lingga mempunyai ciri-ciri berkenaan.

Limas sebenarnya membawa maksud satu bentuk timba atau takir yang diperbuat dari-pada daun pisang atau upih, berbentuk tirus ke atas seperti piramid.

Dalam konteks rumah tradisi Johor, limas merujuk kepada bumbung rumah yang mempu-nyai lima perabung berbentuk piramid.

Lantas, nama itu diambil sem-pena gabungan perkataan “lima emas” kerana pada masa lalu, hanya pembesar yang membuat rumah berbumbungkan limas.

Setiap rumah limas mempunyai keistimewaan tersendiri seperti yang ada di Teluk Danga. Reka bentuknya mengikut keselesaan serta kesesuaian gaya hidup masyarakat daerah masing-ma-sing.

Ukiran bunga cengkih terdapat pada papan manis rumah sep-erti rumah limas Johor Bahru dan Pontian.

Rumah limas Kota Tinggi dan Muar mempunyai persamaan kerana menggunakan kaca berwarna. Namum sedikit per-bezaan, rumah limas Muar ada tangga batu.

Mersing dengan sebahagian be-sar penduduknya adalah nelay-an, memerlukan ruang anjung rumah yang lebih luas kerana bukan sahaja menjadi tempat melayan tetamu, bahkan untuk melekukan kerja-kerja seperti membaiki jala.

Setiap ukiran ada peranan

Menurut arkitek landskap Teluk Danga, Asrulnizam Kamaludin, keunikan rumah limas juga terletak pada pintu masuk dari arah hadapan dengan laluan masuk membelok 45 darjah.

Katanya, senibina rumah limas Johor menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan.

“Dari sudut keselamatan, kita boleh melihat seperti rumah limas Batu Pahat dibina tinggi dari aras tanah bagi mengelak-kan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam.

“Jika diteliti, setiap ukiran atau jejaring yang ada di setiap rumah limas, bukan sahaja ber-fungsi sebagai hiasan tetapi juga memudahan kemasukkan caha-ya serta udara ke dalam rumah,

seperti rumah limas Pontian dan Johor Bahru,” jelasnya.

Beliau berkata kebanyakan rumah limas Johor juga mem-punyai “kolong” iaitu bahagian bawah rumah berpagar dihiasi corak bunga banji untuk meny-impan barang seperti yang ter-dapat pada rumah limas Muar dan Kluang.

Perkampungan berkenaan yang dibina di atas kawasan seluas 18,500 meter persegi turut di-penuhi dengan tanaman yang biasanya didapati di kawasan kampung seperti pokok-pokok herba, ulam dan buah-buahan. Antaranya ialah serai, nangka, belimbing, limau purut, nanas, pandan serta rambutan.

Susun atur tanaman itu juga mengekalkan keadaan sebenar di kampung, misalnya, ma-syarakat Melayu menanam po-kok serai di kawasan tepi rumah mereka.

Asrulnizam berkata, perkam-pungan itu juga mempunyai satu dataran di tengah-tengahn-ya dengan semua rumah limas menghadap ke arah itu sebagai halaman bersama, selain diseri-kan dengan

Halaman Orkid Juita yang men-gadaptasi konsep Taman Laran-gan seperti yang ada di istana-istana Melayu zaman dahulu.

Halaman Orkid Juita ini den-gan keluasan 1,400 meter per-segi, mempunyai lebih 50 spesis orkid daripada lima baka utama iaitu Vanda, Aranda, Cattleya, Epidendrum dan Phalaenopsis.

Empat daripada lapan rumah limas itu turut dijadikan cafe iaitu rumah limas Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan Se-gamat yang beroperasi dari pagi hingga larut malam. Antara makanan yang disediakan ialah ikan bakar, sate, nasi lemak serta kuih-muih tradisional.

Rumah ibu

Tampak belakang rumah limas Pontian

Tampak kiri rumah limas Johor Bahru

Tampak hadapan rumah limas Mersing

Tampak kiri rumah limas Kluang

Page 21: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

22 MASYARAKAT KITA

GEMA takbir memuji kebesa-ran Illahi pada malam 1 Syawal memang dinantikan kerana ia menandakan bermulanya sam-butan Aidilfitri.

Namun, bagi sebahagian besar daripada lebih 200 penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Jalan Ungku Mohsin di Johor Bahru, gema takbir yang ber-tingkah-tingkah dari surau di sekitarnya amat meruntun perasaan.

Manakan tidak. Sedang ra-mai yang seusia menyambut Syawal di samping anak dan cucu di rumah sendiri, mereka, sama ada terpaksa, dipaksa atau sukarela meraikannya tanpa sanak saudara umpama di perantauan.

Walaupun ketupat, lemang dan rendang masih dapat dinikmati sementara ruang dalam bangunan dihias indah bertemakan Aidilfitri, ia tidak cukup untuk mengubat rasa kepiluan mereka yang terpak-sa menjadikan RSK itu sebagai mahligai untuk menghabiskan sisa-sisa hidup.

Kepiluan begitulah yang mere-ka lalui setiap kali berakhirnya Ramadhan dan menjelmanya Syawal dengan hanya ditemani rakan seusia yang nasib mas-ing-masing hampir serupa - hidup sebatang kara, dibuang keluarga mahupun masuk ke mahligai itu secara sukarela.

Dihalau anak sendiriKesedihan lebih dirasai oleh mereka yang julung kali me-nyambut lebaran di rumah perantau ini seperti Jamal (bu-kan nama sebenar) yang sama sekali tidak menduga melalu-inya walaupun dikurniakan 70 zuriat terdiri daripada anak cucu dan cicit.

“Kesemua anak pakcik tak mahu pakcik lagi...mereka ha-lau pakcik dari rumah.

“Pakcik pun tak tahu sebab-nya. Tambah sedih bila mereka suruh pakcik duduk di mana-mana sahaja, tak kira surau atau masjid,” ceritanya.

Lalu, berbekalkan RM4,000 hasil jualan barang-barang ru-mah seperti perabot dan perka-kas elektrik, Pak Jamal yang berasal dari Melaka membawa diri ke Johor.

“Alhamdulillah pakcik ter-jumpa seorang hamba Allah di Larkin dan dia cadangkan pakcik datang ke sini.

“Maka, jadilah pakcik peng-huni mahligai ini,” katanya.

Anak semakin mengabaikan ibu

bapaP e n g u a s a RSK Jalan U n g k u M o h s i n , Hanib Ali b e r k a t a , kini seolah-olah sudah m e n j a d i

satu trend dalam masyarakat yang kian kurang rasa tang-gungjawab serta kasih sayang terhadap ahli keluarga teruta-manya kepada ibu bapa meng-hantar mereka ke rumah orang tua.

Katanya pelbagai alasan di-berikan untuk menghantar ibu bapa mereka ke RSK termasuk-lah kerana banyak tanggungan, pertelingkahan adik-beradik untuk menjaga ibu bapa dan tiada masa disebabkan tugas.

“Bagi mereka, tinggal di ka-wasan bandar, kos kehidupan yang tinggi, anak ramai dan rumah kecil adalah alasan terbaik untuk mengelak tang-gungjawab menjaga ibu bapa.

“Tidak semua pula anak-anak atau saudara-mara penghuni di sini datang menjenguk mereka. Segelintir sahaja yang datang melawat atau sekali-sekala membawa penghuni berkenaan pulang,” katanya.

Rakan pengganti keluargaItulah yang dialami Samad (bu-kan nama sebenar), 71, bekas prebet SC (Special Constable) Malaya yang berkhidmat seki-tar 1950an.

Sepanjang lima kali menyam-but Syawal di mahligai peran-tau itu, tiada seorang pun ahli keluarganya datang menjen-guk, hanya kenalan rapat yang singgah bertanya khabar.

“Tetapi pakcik tetap bersyu-kur apabila rakan lama sudi datang. Tak apalah...pakcik pun sudah anggap penghuni di sini sebagai saudara ganti.

“Suasana Aidilfitri tetap kami rasa. Pada malam raya kami bertakbir, selepas solat Ai-dilfitri kami bermaafan dan makan bersama-sama.

“Kecewa memanglah ada, tapi pakcik sudah tidak kisah lagi. Bagi pakcik, hidup kini cu-kup menggembirakan kerana semua keperluan, makan dan minum terjaga,” katanya.

Enon (bukan nama sebenar), 67, yang sebelum ini 13 tahun

tinggal bersama adiknya juga semakin pasrah selepas dua kali menyambut Ramadhan serta Syawal tanpa keluarga di sisi.

Wanita yang lebih mesra den-gan panggilan Mak Enon di ka-langan penghuni RSK itu men-gakui tidak dapat menahan rasa sedih setiap kali Aidilfitri menjelma.

“Mak Enon tiada suami atau anak dan saudara-mara pun tiada yang datang melawat.

“Tidak mengapalah kerana be-

raya di sini tetap meriah, Mak Enon tetap dapat baju baru, duit raya dan makan juadah Adilfitri macam masa bersama keluarga dahulu,” katanya.

Pembantu Pembangunan Masyarakat di RSK itu, Musa Husin berkata, sambutan Ai-dilfitri di mahligai perantau berkenaan tetap meriah den-gan juadah raya selain baju baru untuk setiap penghuni.

“Yang tiada ialah riuh-rendah hilai ketawa kanak-kanak,” ujarnya.

Aidilftri di mahligai perantau

Persiapan Aidilfitri...Menganyam sarung ketupat tetap dilakukan.

Ceria... Aidilfitri disambut dengan gembira walaupun hanya dikelilingi rakan dan petugas tanpa kehadiran ahli keluarga.

Page 22: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

Oktober 2007

GALERI GAMBAR 23

Sambutan

di Saujana

Page 23: PERCUMA Bil 006 - pdnj.johor.gov.mypdnj.johor.gov.my/buletin/holistik6.pdf · Kita perlu sentiasa sensitif ... Pembantu Editorial Sa’odi Mat Atar Zuhrin Azam Ahmad ... daerah penduduk

GALERI GAMBAR

Sambutandi Johor