percuma 27 disember 2017 - 2 januari 2018, 8 - 14 rabi ... · konsep smart state sebegini bukan...

21
Ikuti kami dan like @smartselangor @smart_selangor MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi'ulakhir 1439

Upload: phamtu

Post on 14-Jun-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

Ikuti kami dan like

@smartselangor @smart_selangor

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi'ulakhir 1439

Page 2: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

Smart Selangor: Menuju visi Smart State 2025

Smart Selangor yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali adalah suatu usaha untuk menjadikan Selangor sebagai negeri terulung di rantau ASEAN yang peduli rakyat, dilandasi dengan penggunaan teknologi terkini bagi memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.

Iltizam kerajaan negeri untuk menjayakan Smart Selangor telah dimula-kan dengan penubuhan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) sebagai unit pelaksana Smart Selangor pada April 2016. Untuk memastikan unsur citizen centricity digarapkan ke dalam program ini beberapa sesi kaji selidik, bengkel dan perbincangan telah diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan termasuklah agensi-agensi kerajaan, industri, pihak swasta, pihak berkuasa tempatan serta rakyat berjumlah hampir 15,000 orang.

Sudah menjadi lumrah bahawa kecurigaan akan wujud dalam kebanya-kan struktur yang baru dibentuk, lebih-lebih lagi apabila dipertanggung-jawabkan untuk mendepani cabaran-cabaran baru seperti Smart Selan-gor. Pada tahun pertama, SSDU lebih fokus kepada membina keyakinan dan kepercayaan dengan pihak-pihak berkepentingan menerusi budaya kolaborasi, smart partnership dan co-creation dengan meminggirkan budaya mentaliti silo di antara agensi.

Alhamdulillah dengan kerjasama baik yang diberikan oleh semua pihak, versi pertama Smart Selangor Blueprint telah dilancarkan pada bulan Disember 2016 dengan mengenalpasti 12 domain utama iaitu: Smart Governance, Smart Digital Infrastructure,

Smart Transport & Mobility, Smart Waste Management, Smart Social Support, Smart Healthcare & Well-Being, Smart Education, Smart Water Management, Smart Energy, Smart Food & Agro, Smart Safety & Secu-rity, Smart Building & Smart Disaster Management.

Berdasarkan inisitatif-inisiatif yang dirangka di dalam setiap domain, SSDU terus mara kehadapan melakar pelbagai kemajuan untuk memu-dahkan kehidupan harian rakyat negeri Selangor.

Akan datangTahun 2018 adalah tahun yang agak mencabar bagi SSDU. Amat penting untuk disegerakan pembangunan lebih banyak inisiatif-inisiatif Smart Selangor untuk dinikmati oleh rakyat dan juga untuk memastikan kesinambungan sokongan rakyat bagi menjayakan program ini terus sehingga tahun 2025.

SSDU akan melaksanakan beberapa inisiatif baru yang akan lebih terkesan kepada rakyat dan kami amat mengharapkan sokongan dan dorongan yang berterusan daripada kerajaan negeri dan rakyat. Smart Selangor harus menjadi suatu mani-festasi collaboration dan co-creation yang utuh di antara smart citizens dan smart government. Mudah-mudahan Selangor akan terus menjadi peneraju kepada implementasi konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global.

Oleh Dr. Fahmi Ngah, Timbalan Pengarah SSDU

Untuk maklumat lanjut, sila emel: [email protected]

Penambahbaikan kemudahan awamBas Smart Selangor yang dijenamakan semula pada tahun 2015 bukan sahaja percuma dan dilengkapi dengan liputan WiFi percuma, malah ianya juga adalah salah satu ikon Smart Selangor yang amat dikenali dan dinikmati oleh rakyat Selangor.

Perkhidmatan yang meliputi lebih 30 laluan ini juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai bas percuma terbanyak yang disedia-kan oleh kerajaan negeri apabila bas ke-100 dilancarkan. Kini lebih 130 bas sudahpun beroperasi di seluruh Selangor.

Untuk menjamin keselesaan pengguna, SSDU telah melancarkan aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS) pada bulan Oktober 2017 yang dapat memberi panduan kepada pengguna tentang semua laluan Bas Smart Selangor, perhentian bas terdekat dan waktu ketibaan bas pada setiap perhentian bas. Aplikasi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana lebih 10,000 muat turun telah dicapai dalam tempoh sebulan pelancaran.

SSDU juga telah berjaya membangunkan sebuah live dashboard untuk memantau operasi Bas Smart Selangor menerusi Smart Selangor Com-mand Centre (SSCC). Buat pertama kali sejak perkhidmatan bas percuma ini diperkenalkan, kerajaan negeri telah diupayakan untuk melihat operasi sebenar perkhidmatan ini secara real-time.

Kerjasama rakyat yang menggunakan aplikasi Waze untuk melaporkan lokasi jalan berlubang seluruh Selangor kepada pihak kerajaan telah membuahkan hasil. Dengan mengguna-kan khidmat lebih 2.5 juta pengguna Waze di Selangor, lebih 19,000 pelaporan telah diterima sepanjang tahun 2017 ini. Angka ini jauh lebih memberangsangkan berbanding laporan yang diperolehi menerusi kakitangan PBT sebelum ini.

Pihak SSDU telah membangunkan sistem Intelligent Response Selangor (i-RS) untuk memudahkan proses penyaluran data lokasi jalan berlubang secara real-time daripada pengakalan data Waze terus kepada pihak yang akan memperbaiki jalan tersebut samada PBT mahupun JKR.

Pengukuhan kerjasama rakyat dan kerajaan

Sebuah sistem pengurusan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam telah berjaya dilaksanakan di tiga kawasan PBT Selangor iaitu di Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Maljis Perbandaran Selayang, menerusi KDEB Waste Management Sdn Bhd yang dimiliki penuh kerajaan negeri.

Sistem ‘Smart Waste Management’ ini telah membolehkan pemantauan operasi sub-kontraktor yang lebih berkesan dan sistem aduan menggunakan aplikasi i-Clean Selangor menerusi sebuah Central Command and Control Centre. Penggunaan sistem ini nyata berkesan apabila ketiga-tiga PBT ini telah mencatatkan pengurangan jumlah aduan rakyat sebanyak 95% setelah 4 bulan berop-erasi.

Penstrukturan semula pengurusan sisa pepejal

Sebuah lagi aplikasi yang dibangunkan SSDU adalah Community Opinions On-Line (COOL) yang wujud sebagai suatu ruang untuk rakyat menyampaikan pandangan kepada kerajaan dan untuk kerajaan memahami keperluan dan denyut nadi rakyat berdasarkan lokaliti.

COOL juga akan memperkasakan wakil-wakil rakyat Selangor untuk mereka menyampaikan maklumat aktiviti kawasan kepada rakyat dan juga untuk kerajaan negeri mewarwarkan insentif-insentif baru kepada rakyat dengan lebih pantas dan tersasar.

Mendakap pandangan dan denyut nadi rakyat

Pemantauan persekitarannegeri SelangorSmart Selangor Command Centre (SSCC) telah dibangunkan oleh SSDU dan telah mula dioperasikan bersama dengan Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor sejak Ogos 2017. Dilengkapi dengan rangka-ian data selaju 100Mbps, SSCC kini digunakan untuk memantau persekitaran negeri Selangor mengguna-kan teknoloji drone seperti lokasi banjir, kualiti udara, lokasi pembakaran terbuka, tanah runtuh dan lokasi tapak sampah haram.

SSDU akan menggunakan data terkumpul daripada SSCC untuk mencadangkan pembangunan dasar-dasar baru kerajaan negeri berdasarkan angka-angka yang terkini dan tepat.

Page 3: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

Utama3SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SPR Boneka BN?

Rakyat jangan tertipuOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Tindakan Suru-hanjaya Pilihan Raya (SPR) memu-lakan pendengaran bagi ban-tahan cadangan persempadanan semula pilihan raya Selangor, ber-mula 27 Disember lalu adalah ti-dak wajar.

Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor, Yin Shao Loong berkata, tindakan SPR itu menyusahkan pembantah

untuk hadir ke sesi pendengaran kerana minggu terakhir Disember adalah musim cuti kritikal.

Katanya, ia adalah masa bagi kebanyakan orang bercuti bersa-ma keluarga, bersiap memulakan sesi persekolahan dan menyam-but Hari Krismas.

“Tindakan SPR itu jelas dibuat dalam keadaan tergesa-gesa de-ngan notis terlalu singkat dalam musim cuti panjang, walaupun SPR mempunyai tempoh sehing-

ga September 2018 untuk menye- lesaikan perkara berkenaan.

“Ia juga menandakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) se-makin hampir dan paling mem-bimbangkan ialah sekali lagi akan menyaksikan proses pilihan raya kotor dan tempang dalam sejarah negara,” katanya dalam kenyata-an.

Pada 18 Disember lalu, Mah-kamah Rayuan membenarkan rayuan SPR meneruskan sesi pen-

dengaran siasatan tempatan ber-hubung cadangan persempadan-an semula di Selangor.

Shao Loong berkata, tindakan SPR itu secara langsung menun-jukkan terdapat campur tangan politik memanipulasi proses pili-han raya untuk terus kekal me-nguasai negara.

Katanya, cadangan persem-padanan semula yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) juga adalah bukti BN gagal menyaingi

pentadbiran Selangor daripada aspek urus tadbir awam dan pen-capaian dasar.

“SPR yang seharusnya bebas daripada menjadi boneka BN. Rakyat Malaysia diseru supaya ti-dak tertipu dengan helah yang merampas hak pengundi.

“Dalam PRU14, semua rakyat perlu bersatu memastikan ke-menangan adalah milik rakyat, bukannya milik kleptokrat,” ka-tanya.

Veteran ATM hargai kepedulian Selangor SHAH ALAM - Peranan Kerajaan Negeri membantu kebajikan vete- ran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Selangor di bawah perun-tukan RM1 juta disambut baik golongan itu.

Setiausaha Kelab Veteran Ko-mando Malaysia, Ali Din menghar-gai inisiatif dan komitmen berke-bajikan dilaksanakan pentadbiran negeri.

“Saya pernah terbabit untuk bersama AJK Persatuan Veteran ATM cawangan Hulu Selangor menerima satu sumbangan dari-pada Kerajaan Selangor sebanyak RM1 juta.

“Kita lihat di Selangor ini, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali sangat meman-dang serius kebajikan veteran seperti kami dan inisiatif ini ber-patutan dengan peranan ayah be-liau yang juga bekas tentera.

“Saya puji cara Dato’ Menteri Besar dan saya mewakili kem-pimpinan veteran ATM mengu-

capkan terima kasih kepada be-liau dan pentadbiran Kerajaan Selangor,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Beliau ditemui pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Ma-laysia (PJM) di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, baru-baru ini.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi program kemasyarakatan dan ke-

bajikan veteran ATM, di Selangor.Dato’ Menteri Besar berkata,

peruntukan berkenaan turut me-liputi bantuan keperluan peru-batan dan kebajikan membabit-kan 89 veteran yang cedera perang, di Selangor.

Katanya, sebanyak RM500,000 pula diperuntukkan terus ke dalam Tabung Pahlawan Angka-tan Tentera Malaysia (ATM).

Isu ‘Budaya Budiman’ selesaiGOMBAK - Exco Pembangu-nan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangu-nan Usahawan, Amirudin Shari menganggap isu penganjuran Festival Bahasa dan Persuratan Melayu Serantau selesai.

Beliau berkata, sebarang keperluan untuk mengulas isu itu tidak munasabah selepas mengambil kira sambutan pe-nyertaan umum dalam program itu.

“Saya sudah berikan kenyata-an (sebelum ini) kerana Kera-jaan Negeri sentiasa mengikut peraturan. Program itu dihadiri tiga Sasterawan Negara terma-suk yang baru, Dr Zurinah Has-san.

“Tidak dilupakan beberapa budayawan lain dari luar turut hadir dan menarik lebih 1,000 hadirin. Jadi tidak mengapalah, ada pihak bertanya. Tetapi dak- waan kononnya program itu ti-dak dapat sambutan, itu saya

sanggah,” katanya kepada Se-langorKini, baru-baru ini.

Beliau mengulas kenyata-an Ahli Dewan Negeri Sungai Panjang, Budiman Mohd Zoh- di yang menyifatkan program berkenaan sebagai ‘syok sendiri’ dan gagal.

Budiman mendakwa, pemili-han penganjur program juga dibuat secara terus kepada Pusat Kajian dan Dokumentasi Pementasan Tradisional (PUSA-KA).

Bagaimanapun Amirudin se-belum ini dalam satu kenyataan di Twitter menegaskan, proses pelantikan dibuat secara ter-tib dengan kebenaran pihak ke-wangan negeri.

“Budiman harus semak fak-ta sebelum memberi komen. Beliau tidak hadir sekali pun dalam sesi dan terus anggap program itu gagal walaupun se-benarnya dia tidak layak untuk komen,” katanya.

RM�.� juta upaya belia tingkat jaringan budayaGOMBAK - Golongan belia berpe-ranan untuk membantu pentadbiran negeri meningkatkan lagi prospek pembangunan budaya dan kesenian di Selangor.

Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pem-bangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, komitmen itu dilaksanakan menerusi peruntukan RM5.2 juta khu-sus memajukan aktiviti budaya dan seni dalam masyarakat untuk tempoh 2018.

“Ia meliputi tanggungjawab semua pihak bukannya penggiat industri yang bertungkus-lumus untuk me-martabatkan industri ini.

“Tetapi ia memerlukan keterlibatan semua pihak termasuk golongan muda supaya industri ini tidak tercicir kerana kemajuan peredaran zaman ketika ini,” katanya kepada Selangor-Kini.

Beliau berkata demikian ketika dite-mui pada Program Pemimpin Bersama

Rakyat : Mengenali Kebudayaan dan Budaya Masyarakat Bawean Selangor, di Dewan Majlis Perbandaran Sela-yang (MPS), Taman Gombak, pada 25 Disember lalu.

Terdahulu, Kerajaan Negeri komit-med melaksanakan pelbagai dasar ba-haru bagi mengukuhkan lagi jaringan kebudayaan dan seni tempatan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali ketika memben-tangkang Belanjawan 2018 lalu ber-kata, Kerajaan Negeri melaksanakan program pembangunan bakat muda untuk merancakkan lagi perkemba-ngan seni dan budaya.

“Budaya dan seni adalah jati diri ses-ebuah bangsa. Belanjawan yang tidak dilengkapi dengan aspek budaya dan seni adalah tempang juga mencer-minkan kemuflisan akal budi.

“Maka, kecergasan budaya adalah penting untuk kemajuan negeri yang holistik dan bukan semata-mata aspek ekonomi,” katanya.

Amirudin mengesa semua pihak bertungkus-lumus memartabatkan budaya dan kesenian

Page 4: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 4

UtamaSelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB

PENGARANG KUMPULAN: Mohsin AbdullahKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Ermizi Muhamad : [email protected] Aziz : [email protected] Fathil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Hafiz OthmanGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Pakej upgrading

Pemaju tiada hak paksa pembeliOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Pemaju tidak dibenarkan menaikkan harga rumah kos rendah atau Rumah Selangorku jenis A dan perlu di-jual dengan harga RM42,000 atau RM35,000 bagi bekas peneroka bandar yang layak.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri meneri- ma aduan terdapat pemaju me-maksa dan mengugut pembeli menerima pakej upgrading de-ngan bayaran tambahan sehing-ga RM30,000.

Katanya, pembeli kononnya dijanjikan bakal mendapat kema-san lantai, dinding, siling dan ke-lengkapan rumah yang lebih baik dengan pakej itu.

“Pembeli berkemungkinan

boleh mendapat upgrading ini dengan harga yang lebih murah jika melantik kontraktor mereka sendiri.

“Mereka mesti melaporkan ke-pada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) jika terdapat pemaju yang memaksa mereka menerima pakej berke-naan,” katanya dalam kenyataan.

Iskandar berkata, pemaju juga tidak boleh mengugut mem-batalkan perjanjian jual-beli jika pembeli enggan menerima pakej itu.

Katanya, pembeli juga dinasi-hat membuat laporan polis jika pemaju memaksa mereka de-ngan menggunakan kekerasan atau ahli kongsi gelap.

“Pakej upgrading ini adalah taktik licik dalam kalangan pema-ju untuk menaikkan harga rumah kos rendah.

Tingkat kualiti infrastruktur jalan rayaBANGI - Kerajaan Negeri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti infrastruktur jalan raya demi ke-selesaan dan keselamatan peng-guna.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam, Pemodenan Perta-nian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, ia termasuk menambah baik aspek kualiti pe- nyelenggaraan jalan, jangka ha-yat jalan dan pengurusan aset ja-lan yang efektif.

“Antara usaha dijalankan adalah menaik taraf Jalan Bangi Lama bermula dari pekan Ba-ngi Lama ke hentian Bas Kajang membabitkan pelebaran jalan kepada empat lorong.

“Kemudahan ini sekali gus dapat menampung kapasiti ken-deraan yang semakin bertambah terutama dari pekan Semenyih, Sepang, Dengkil yang menuju ke Bandar Baru Bangi, Kajang dan Putrajaya.

“Diharapkan, ia dapat mem-beri manfaat dan keselesaan ke-pada pengguna jalan raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerah-an projek menaik taraf laluan B17 (Jalan Bangi Lama/Jalan Reko), di sini, baru-baru ini.

Zaidy berkata, projek yang siap pada Ogos lalu itu membabitkan kerja menaik taraf dan melebar-

kan laluan B17 dari dua laluan ke-pada empat laluan sepanjang 5.5 kilometer, termasuk melebarkan jambatan Sungai Tangkas dan jambatan Sungai Reko.

“Selain itu, skop projek ini tu-rut merobohkan jambatan lama, membuat kerja saliran, lampu ja-lan, pengambilan semula tanah dan pengalihan utiliti Telekom, Tenagan Nasional Berhad (TNB) serta Air Selangor,” katanya.

Projek dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor itu ber-mula pada 2 November 2012 dan siap pada 30 Ogos lalu di bawah kontraktor Jurumart Sdn Bhd dan direka bentuk perunding Khairi Consult Sdn Bhd.

Hian Wah bersama wakil penduduk kampung bagan mempamer-kan buku i-Kampung Bagan Selangor

.

Info LPHSLPHS boleh dihubungi menerusi talian atau lawati laman sesawang http://lphs.selangor.gov.my/

03 5510 392403 5510 348703 5544 753703 5510 2177

“Kerajaan Negeri akan ber-tindak tegas termasuk menge-luarkan notis berhenti kerja, menahan kelulusan Kebenaran Merancang atau Pelan Bangunan untuk projek Rumah Selangorku atau projek rumah harga bebas.

“Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga diharap dapat mengambil tindakan tegas se-

perti menarik balik atau meng-gantung lesen pemaju,” katanya.

Untuk makluman, LPHS bo-leh dihubungi menerusi talian 03-55103924, 03-55103487, 03-55447537 atau 03-55102177.

Orang ramai juga boleh faks ke 03-55135568 / 03-55100798 ataue-mel [email protected],[email protected], [email protected] atau [email protected].

Keunikan �� kampung bagan dibukukanSHAH ALAM - Keunikan 19 kam-pung bagan di Selangor kini di-bukukan menerusi siri khas, ‘i-Kampung Bagan Selangor – Garis Pantai Yang Hilang dari Peta’.

Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, ini-siatif itu diterjemah bagi mer-ekodkan budaya, sejarah dan keistimewaan setiap kampung bagan, di Selangor.

Katanya, ia sekali gus dapat memperkenalkan kewujudan kampung bagan yang masih kurang disedari rakyat terutama penduduk bandar.

“Usaha ini juga penting ke-rana kampung bagan berke-naan juga tidak dapat ditemui di dalam peta, mungkin kerana

saiznya yang tidak besar.“Dengan terbitnya buku ini,

rakyat kini berpeluang menge-nali lebih dekat setiap kampung bagan dan kisah menarik di se-baliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran ‘i-Kam-pung Bagan Selangor – Garis Pantai Yang Hilang dari Peta’, di pejabatnya, di Bangunan Se-tiausaha Kerajaan Negeri, pada 20 Disember lalu.

Hian Wah berkata, 1,500 cetakan sedia untuk diedar-kan secara percuma di agensi berkaitan seperti perpustakaan, sekolah dan badan bukan kera-jaan (NGO).

Katanya, penerbitan buku berkenaan juga mampu mem-buka ruang lebih luas bagi sek-

tor pelancongan dan ekonomi berkembang, di kampung bagan.

“Selain pemandangan indah, setiap kampung juga mempu-nyai hasil laut dan keunikan tersendiri dan nilai ini mampu menjadi utama pelancongan.

“Apabila sektor pelanco- ngan berkembang, ekonomi juga dapat digiatkan dan mem-beri manfaat kepada penduduk setempat,” katanya.

Antara kampung bagan yang terkenal dengan sektor pelanco-ngan adalah Kampung Bagan Pulau Ketam, Seri Sekinchan dan Pasir Penambang.

Untuk rekod, Selangor mem-punyai jumlah kampung bagan tertinggi di Malaysia dengan 19, diikuti Perak (16), Johor (7) dan Pulau Pinang (2).

Page 5: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

Utama5SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Kad Kasih Ibu Smart Selangor

Bakal dilancar Januari iniOLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Kad Kasih Ibu Smart Sela-ngor (KISS) yang dinantikan rakyat bakal dilancarkan Januari ini oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi ber-kata, pelancaran itu dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada seluruh wanita, terutama golongan ibu di negeri ini.

“Setiap hari di Pusat Khidmat Masyara-kat (PKM) seluruh Dewan Undangan Nege- ri (DUN) sentiasa dipenuhi orang ramai yang hadir untuk memohon KISS.

“Selepas perayaan Krismas ini, kami akan mula membuat tapisan dan memilih pemohon yang layak menerima kad KISS,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata, setiap permohonan akan ditapis mengikut kategori ditetapkan.

“Kita faham dengan keadaan ekonomi kini, sudah pasti ramai tidak sabar untuk menikmati faedah yang diberikan,” katanya.

Terdahulu, menerusi Belanjawan 2018, Mohamed Azmin mengumumkan program

KISS dengan pemberian RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan yang akan mem-beri manfaat kepada 30,000 penerima.

KISS dikhususkan kepada wanita ber-pendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah

yang melayakkan mereka mendapat beka-lan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung, peralatan juga pakaian sekolah untuk anak di pasar raya serta ke-dai runcit yang akan dikenal pasti.

Permohonan KISS larisRAWANG - Program Kasih Ibu Smart Se-langor (KISS) yang memfokuskan golo-ngan ibu, di negeri ini terus mendapat sambutan menggalakkan daripada rak-yat.

Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, sehingga kini lebih 700 permoho-nan KISS sudah diterima, di kawasan De-wan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Kami sasarkan 1,000 permohonan bakal diterima sehingga hujung tahun ini.

“Setiap hari Pusat Khidmat Rakyat DUN Rawang menerima kunjungan dari-pada komuniti setempat untuk memo-hon KISS,” katanya.

Beliau berkata, setiap permohonan KISS akan menjalani proses tapisan sebe-lum diluluskan sama ada layak atau tidak untuk menerima skim terbabit.

Pei Nei berkata, setakat ini sudah lima kedai runcit di DUN Rawang sudah dike-nal pasti akan bekerjasama mengguna-kan skim KISS.

“Kebanyakan kedai runcit memuji skim ini kerana ia membantu mereka mendapatkan lebih sumber pendapa-tan,” katanya.

RM���,��� bina tebing Sungai GombakSHAH ALAM - Sejumlah RM200,000 di-peruntukkan Kerajaan Negeri bagi mena- ngani isu runtuhan tebing di Sungai Gom-bak, baru-baru ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, peruntu-kan itu bagi melaksanakan kerja pembai-kan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Katanya, ia sekali gus menafikan dak-waan media Kerajaan Persekutuan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kononnya pen-tadbiran Selangor gagal menangani isu terbabit.

“Pada September lalu, JPS Gombak siap melaksanakan kerja pemulihan pada tebing runtuh dengan menggunakan kae-dah pembinaaan Armour Rock membabit-kan kawasan berisiko dan orang ramai.

“JPS Gombak juga menyiapkan spe-sifikasi kerja serta kawasan baru yang terbabit untuk dibaik pulih seperti Jalan Mohd Saad dan Jalan Kunci Air,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, faktor hujan lebat sejak No-vember lalu menyebabkan hakisan dan runtuhan lebih teruk di beberapa lokasi, di tebing Sungai Gombak.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, banjir kilat itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya em-pat rumah, di penempatan Batu 7/12 Gombak dinaiki air sedalam 0.5 meter.

Antara kawasan terjejas adalah Taman Rawiyah Jaya, di Batu 8 dan Batu 9; Kam-pung Sungai Pusu serta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di Gom-bak, lapor Berita Harian.

GOMBAK - Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI Selangor) terus komited membantu masyarakat dengan memberi 1,560 baju seragam sekolah di empat De-wan Undangan Negeri (DUN) menerusi program Jelajah Jom Ke Sekolah.

Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali ber-kata, pengagihan baju sekolah itu diterima 1,500 penduduk di DUN Bukit Antarabangsa, Gombak Setia, Batu Caves dan Hulu Klang.

“Kita terus komited menjayakan pro-gram tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bagi menyantuni dan meringan-kan beban ibu bapa khususnya untuk me-

nyediakan persiapan anak sempena pem-bukaan sekolah.

“Pengagihan baju sekolah ini sedikit amal dan bakti kami mewakili Kerajaan Negeri dalam meneruskan kesinambu-ngan program Inisiatif Peduli Rakyat,” ka-tanya.

Beliau berkata dalam ucapan pada Maj- lis Penyerahan Pakaian Seragam Sekolah Jelajah Jom Ke Sekolah oleh CSR MBI Se-langor di Dewan MPS, Dewan Beringin Seri Gombak, baru-baru ini.

Program itu dirasmikan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan.

Selain itu, Hasbullah berkata, usaha MBI melaksanakan program CSR adalah untuk menyantuni dan mengasihi rakyat Sela-ngor khususnya kepada golongan pelajar.

“Rakyat memerlukan perhatian dan kepedulian. Oleh itu, Kerajaan Negeri sen-tiasa hargai dan ambil peduli kebajikan mereka secara keseluruhan dengan pem-berian inisiatif sebegini bagi membantu mereka,” katanya.

Terdahulu, majlis berkenaan turut di-meriahkan dengan kehadiran tiga ikon sosial media iaitu Luqman Podolski, Adib Alexx dan Kyopropaganda serta persem- bahan nyanyian daripada Zara Ali.

MBI agih �,��� baju sekolah di empat DUN

Page 6: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 6

UtamaSelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

Selangor tambah RM1.5 juta

Bendung peningkatan kes demam denggi

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Sejumlah RM1.5 juta peruntukan tambahan disediakan Kerajaan Negeri bagi membendung peningkatan kes demam denggi yang dijangka berlaku, pada awal 2018.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Dar-oyah Alwi berkata, ia adalah tamba-han kepada peruntukan RM2.66 juta yang disediakan pada awal tahun bagi membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melakukan langkah kawalan dan pencegahan.

Katanya, Mesyuarat Tindakan Denggi Selangor turut mencatatkan beberapa pencapaian membang-gakan, sepanjang 2017.

“Antaranya, trend kes daftar denggi mingguan terkini adalah te-rendah untuk tahun ini dengan 408 kes didaftarkan, pada minggu epid (ME) ke-48 dan ia adalah rekod te-rendah, sejak 2015.

“Angka kurang dari 500 kes ini

berterusan sejak beberapa minggu, termasuk hanya 466 kes, pada ME-49 dan 459 pada ME-50, iaitu minggu terkini,” katanya dalam kenyataan.

Daroyah berkata, jumlah kumu-latif kes daftar denggi sehingga ME-50 yang berakhir, pada 16 Disember lalu turut mencatatkan penurunan 5,961 kes bersamaan 11.9 peratus.

Katanya, ia menjadikan hanya 44,196 kes didaftarkan, pada 2017 berbanding 50,157 kes, pada 2016 untuk tempoh sama.

“Jumlah hotspot juga berada pada paras terendah iaitu untuk ME-50, Selangor hanya mencatatkan 10 lo-kaliti hotspot dan tiada lagi lokaliti hotspot melebihi 100 hari, di Sela-ngor.

“Kejayaan ini hasil kerjasama agensi yang terbabit termasuk PBT, Jabatan Kesihatan Negeri, Pe-jabat Kesihatan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah serta agensi lain seperti Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis juga badan bukan kerajaan,” katanya.

Kerajaan Negeri sentiasa komited tangani denggi dengan melaksanakan pelbagai program disetiap peringkat serata negeri

PAC puas hati agensi baiki kesilapanSHAH ALAM - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Se-langor berpuas hati terhadap penjelasan agensi bertang-gungjawab berhubung be-berapa perkara dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016.

Pengerusinya, Ng Suee Lim berkata, pendengaran tertu-tup pada 21 Disember lalu itu berhubung pengurusan Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Sesi Takli-mat berhubung Projek Tebatan Banjir, di Batu Tiga membabit-kan Lebuhraya Pantai Barat ser-ta kawasan sekitar.

“Kita berpuas hati dengan maklum balas dan penjelasan agensi dipanggil.

“PAC akan masukkan semua butiran dalam penyata untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri bagi tindakan susulan,” katanya pada sesi pendenga-ran tertutup, di Dewan Annex.

Pendengaran tertutup itu tu-rut dihadiri Ahli Dewan Nege- ri (ADN) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; ADN Batu Tiga, Rodziah Ismail; ADN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan ADN Balakong, Ng Tien Chee.

Terdahulu, laporan audit mendapati beberapa jawatan

utama dalam PLAS tidak diisi, mengakibatkan kelancaran urusan pentadbiran mereka terjejas.

“Mereka kekurangan kaki-tangan dan jawatan pengarah tidak diisi, hampir tiga tahun. Perkara ini sangat serius, se-hinggalah Jun lalu pengarah baru mengisi kekosongan.

“Kita nampak ada banyak peningkatan berlaku. Dahulu dalam tempoh tiga tahun, ada 56 kursus dianjurkan tetapi untuk 2017 sebanyak 52 kur-sus. PAC mengambil perhatian kekosongan jawatan termasuk di agensi lain,” katanya.

Mengulas berkenaan penjelasan banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga khusunya di Sungai Rasau, Suee Lim berkata, beliau ber-harap semua agensi dapat memberi kerjasama dan me-ngambil tanggungjawab ma-sing-masing.

Katanya, pembentukan jawatankuasa bertindak kecil diketuai Unit Perancang Eko-nomi Negeri (UPEN) juga di-harap dapat mengelakkan ke-jadian sama daripada berulang.

“Isu ini sangat panas kerana terdapat tiga projek sedang berjalan membabitkan 12 agensi di Sungai Rasau.

“Kita harap selepas UPEN me-

Kita berpuas hati dengan maklum balas dan penjelasan agensi dipanggil. PAC akan masukkan semua butiran dalam penyata untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri bagi tindakan susulanNG SUEE LIMPengerusi PAC

ngetuai koordinasi semua agensi ini, semua hal berkaitan dapat di-percepatkan dan kekangan diata-si. PAC turut berpuas hati ada tin-dakan turun padang dilakukan,” katanya.

�� karya di Pameran Terbuka ����

SHAH ALAM - Sebanyak 85 karya dipamerkan daripada 228 penyer- taan yang diterima dalam Pame-ran Terbuka 2017 bermula 27 No-vember lalu hingga 23 Februari 2018, di Galeri Shah Alam, di sini.

Melalui jumlah itu, ia menun-jukkan peningkatan penyertaan sebanyak 16 peratus berbanding 196 peserta, pada tahun lalu.

Pameran terbabit menampil-kan karya yang dihasilkan dari-pada cat akrilik, cat air, fotografi, arca, seni cetak, media campuran dan instalasi.

Ia bertujuan memberi ru-ang dan peluang kepada pelu-kis juga karyawan bagi meluah-

kan ekspresi serta menonjolkan bakat serta kreativiti mereka dalam bidang media dan seni vi-sual khususnya golongan muda tanpa mengira etnik atau jantina.

Pameran itu dirasmikan oleh Tan Sri Sanusi Junid, pada 19 Di-sember lalu.

Turut hadir Ahli Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor, Prof Dato’ Raja Zahabuddin Raja Yaacob.

Lima pengkarya turut mene-rima Anugerah Insentif dengan setiap pemenang menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan sijil penyertaan dalam majlis terbabit.

Pameran di Galeri 1 dan 2, Galeri Shah Alam dibuka kepada pe-ngunjung bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dan ditutup pada cuti am

Page 7: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

Utama7SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Demi keselesaaan penduduk

Bangun insfrastruktur di RawangOLEH SHEEDA FATHIL

RAWANG - Sejumlah RM900,000 diperuntukkan Ke-rajaan Negeri bagi pembangu-nan kompleks pelbagai guna di padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Batu 17, di Taman Jati, di sini.

Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, ia ber-tujuan menjadikan padang berkenaan sebagai zon riadah bagi kemudahan penduduk sekitar.

“Pelbagai aduan diterima daripada penduduk setempat (berhubung padang ini), jus-teru cadangan pembangunan ini mula dibincang dan dilak-sanakan.

“Cadangan pembangunan kompleks pelbagai guna ini selaras hasrat Kerajaan Negeri mewujudkan amalan kelesta-rian hijau, di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media cadangan pembangunan kompleks pel-bagai guna di padang PKNS, Batu 17 dan cadangan me-naik taraf infrastruktur taman rekreasi awam (Fasa 1) di Tasik Taman Bersatu, pada 22 Disem-ber lalu.

Pei Nei (dua dari kiri) bergambar bersama pelan pembangunan kompleks pelbagai guna di padang PKNS, Batu 17, Tamna Jati, Rawang

Cadangan pembangunan kompleks pelbagai guna ini selaras hasrat Kerajaan Negeri mewujudkan amalan kelestarian hijau di SelangorGAN PEI NEIADN Rawang

Pei Nei berkata, padang PKNS berkeluasan 3.22 ekar itu akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan seperti pagar keselamatan, padang bola sepak, mini granstand serta tandas, alatan senaman, gelanggang serbaguna, kerusi taman, tong sampah, lampu limpah dan lampu solar.

“Projek pembangunan ini bakal bermula pada Januari dan dijangka siap pada Sep-tember 2018,” katanya.

Pada masa sama, taman rekreasi awam di kawasan itu akan dinaik taraf dengan pe-runtukan hampir RM400,000 daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Arkitek Landskap MPS, Syam-sul Arif Mahmud berkata, projek itu akan mula dilaksanakan pada Januari 2018 dan dijangka siap, pada Jun tahun sama.

“Tasik ini adalah kawasan ria-dah utama komuniti sekitar se-tiap hari, jadi kami mencadang-

kan untuk menaik taraf infrstruk-tur demi kemudahan mereka,” katanya.

Antara cadangan menaik taraf adalah memperbaiki lantai dataran terbuka, laluan pejalan kaki, alatan permainan, kawasan padang, membina aerator,

menaik taraf mini skate park, gelanggang bola keranjang dan gelanggang serbaguna.

Selain itu, Pei Nei turut me-nyeru penduduk setempat menjaga kemudahan awam disediakan dan mengelakkan vandalisme.

Page 8: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 8

NasionalSelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

Telus dan integriti

Reformasi akta dana politik perlu holistikOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Penggubalan semula akta dana awam untuk parti politik perlu bersifat holistik dengan memberi tumpuan as-pek ketelusan dan integriti.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifud-din Abdullah berkata, ia perlu merangkumi dua faktor utama yang memerlukan perubahan se-cara jelas dan menyeluruh bagi menghalang wujudnya salah laku penggunaaan dana awam bagi tujuan parti politik.

“Ia tidak cukup sekadar de-ngan hanya penggubalan un-dang-undang itu sahaja, tetapi perlu diubah daripada aspek budaya, soal sikap, amalan dan perilaku individu itu sendiri.

“Untuk memastikan ia berdiri secara holistik, perundangan lain juga perlu digubal contohnya penggubalan undang-undang atau akta menbabitkan pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Dana Awam untuk Parti Politik di Auditorium Institut Da-rul Ehsan (IDE), pada 20 Disember lalu.

Mengakui perkara sama, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming mencadangkan perubahan Reformasi sumbangan dana poli-tik yang mengehadkan kepada parti politik dan bukan individu tertentu.

“Kita mengakui masih wujud-nya kelompongan itu, namun akhirnya dalam manifesto Paka-tan Harapan (Pakatan) yang di-umumkan pada Perhimpunan 'Sayangi Malaysia, Hapus Klep-tokrasi' menyaksikan Pakatan Ha-rapan tampil dengan cadangan baru lebih holistik.

“Pendekatan terbaik terma-suk menetapkan setiap penyum-bang terhad kepada maksimum RM50,000 sahaja dan sebarang sumbangan melebihi RM10,000 perlu direkodkan.

“Selain itu, sumbangan politik

hanya boleh dibuat oleh individu dan bukan badan korporat untuk membanteras pengaruh korpo-rat terhadap pemimpin,” katanya.

Terdahulu, penganjuran Fo-rum Dana Awam dilaksanakan

IDE bagi mengupas kemelut dan isu pemberian dana awam bagi tujuan kepentingan politik indi-vidu tertentu yang berlaku kini.

Ia susulan pendedahan me-dia antarabangsa mengaitkan

wujudnya sentimen penyelewe-ngan dana awam dan sumba-ngan politik terhadap pimpinan utama negara yang dilabel se-bagai, Malaysian Official Number 1 (MO1).

Selebriti juga berhak bersuaraSHAH ALAM - Bukan hanya di Parlimen, selebriti tempatan juga mempunyai hak untuk me-nyatakan pendapat terhadap se-barang isu yang berlaku, di ne-gara ini.

Penyanyi Syamel berkata, pendekatan media sosial boleh digunakan selebriti tempatan un-tuk ‘bersuara’.

Bagaimanapun kata penyanyi Lebih Sempurna itu, ia bergan-tung kepada kebijaksanaan se-lebriti itu untuk melontarkan pandangan dalam bentuk positif atau negatif.

“Bagi saya itu adalah hak ma-sing-masing dan kalau benda itu baik, seseorang itu sendiri juga yang dapat nama.

“Tetapi jika sesuatu (isu) itu itu diperlihatkan dalam gamba-ran tidak baik, maka selebriti itu sendiri yang akan terkena tempi-asnya.

“Jadi, itu semua hak masing-masing dan kalau artis itu nak luahkan apa-apa pendapat, itu (media sosial) adalah tempat ter-baik.

“Tak kan nak pergi (bersuara) Parlimen pula kan?” katanya ke-pada SelangorKini ketika dite-mui pada Majlis Pelancaran Jela-jah Jom Ke Selangor, di Menara

Yayasan Selangor, pada 19 Di-sember lalu.

Tular di media sosial baru-baru ini, membabitkan beberapa sele-briti tempatan menggunakan me-dia sosial seperti Twitter dan Insta-gram untuk mengkritik sebarang isu panas terkini.

Antaranya pelakon Fathia Latiff, Datuk Afdlin Shauki, Azwan Ali dan Yassin yang lantang menyatakan pandangan masing-masing.

Perkembangan sama turut ber-laku barat terutama di Amerika Syarikat membabitkan beberapa selebriti seperti Jay Z, Rihanna, Robert De Niro dan John Legend yang mengkritik Presiden Donald Trump.

Hentikan segala 'wayang'SHAH ALAM - Kerajaan di- minta menghentikan segala 'wayang' dan mulakan siasatan berhubung isu hak milik empat bidang tanah Lembaga Kema-juan Tanah Persekutuan (Felda) yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta.

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, beliau terpegun dengan ke-nyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ko-nonnya tiada sebarang kemungkinan berlaku-nya salah laku penye- lewengan berkenaan isu terbabit.

"Kita ingin melihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyempur-nakan siasatan dengan segera dan bagaimana peguam negara serius atau tegas mengambil tindakan terhadap kepimpinan lama FELDA yang diterajui Tan Sri Isa Samad," katanya.

Shamsul berkata, Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Sa-mad juga tidak boleh membuat alasan bahawa beliau kononnya dulu tiada dalam Felda Invest-ment Corporation Sdn Bhd (FIC), sekali gus beliau tidak tahu apa-apa berkenaan perkara itu.

"Saya pasti ramai terkejut de-

ngan respon dikemukakan Shah-rir bahawa isu 'hilang' tanah di Jalan Semarak itu dipindah milik tanpa pengetahuan FELDA.

"Kita tahu Shahrir dilantik seb-agai pengerusi FELDA sejak awal 2017 dan mengapa isu jual beli tanah baru kini dibangkitkan, mengambil masa beratus hari

baru sedar, hairan," ka-tanya ketika dihubu-ngi SelangorKini.

Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman Twitter, beliau me-minta supaya FELDA mengambil tindakan

sepatutnya bagi melindungi hak kepentingan FELDA.

Shamsul berkata, beliau sen-diri berasa janggal apabila Najib sendiri seolah-olah prihatin de-ngan isu tanah FELDA yang me-minta supaya ia disiasat.

"Saya minta jaminan Najib se-cara terbuka bahawa beliau tidak akan sama sekali menggunakan kuasa politik untuk menghenti-kan pendakwaan terhadap me-reka yang terbabit.

"Panggil dulu bekas pengerusi FELDA, Isa Samad dan mereka yang dikatakan terbabit dalam isu ini, siasat, saya desak supaya

semua pihak berlaku adil," ka-tanya.

Shamsul yang juga selaku Pengerusi Biro Felda Kebangsaan berkata, beliau yakin jika perkara ini berlaku di Kerajaan Selangor sudah pasti SPRM akan datang menyerang malah berkotak-ko-tak dokumen akan dibawa keluar kononnya untuk membuat siasa-tan secara teliti.

"Ini yang dikatakan layanan double standard diberikan SPRM.Saya pasti rakyat tidak boleh terima kenyataan bahawa tiada unsur rasuah mahupun penye- lewengan berkenaan isu jual beli tanah FELDA.

"Rakyat terutama peneroka FELDA sudah pasti mahu meli-hat mereka terbabit ini dibawa ke muka pengadilan.

"Pada masa sama, inilah di-katakan apabila parti yang mene- rajui kerajaan tidak mengamal-kan prinsip ketelusan, maka har-ta yang nilainya hampir berbilion ringgit boleh hilang dengan be-gitu mudah," katanya.

Terdahulu, sumber mende-dahkan FELDA hilang hak milik tanah bernilai lebih RM200 juta di Jalan Semarak yang kini dimaju-kan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dipercayai bertukar milik transaksi diragui, sejak 2015.

Saifuddin (dua dari kiri) antara panel pada Forum Dana Awam untuk Parti Politik di AuditoriumInstitut Darul Ehsan

Syamel

Page 9: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

9SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

Page 10: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

10ADN

SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

IPR bantu semua lapisan rakyat

Negeri lain patut contohi

Saari menyampaikan

sumbangan kepada waris

peserta SMUE fasa pertama di DUN Hulu

Kelang

OLEH NAZLI IBRAHIM

HULU KELANG - Program Inisiatif Peduli Raky-at (IPR) bukan gula-gula pilihan raya sebaliknya pemangkin bagi negeri lain menambahbaik perkhidmatan mereka kepada rakyat.

Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Su-ngib, berkata, langkah Kerajaan Negeri mem-perkenalkan 42 skim itu juga boleh dianggap sebagai ‘latihan’ sebelum program besar dilak-sanakan di peringkat Persekutuan, jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya.

“Skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Kad Peduli Sihat dan lain-lain dalam IPR bukan gula-gula tetapi untuk melatih negara melak-sanakan perkhidmatan kepada rakyat dengan pelbagai skim lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Pimpinan Bersama Rakyat 2017, di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Hulu Kelang, baru-baru ini.

Katanya, kesan positif itu dapat dilihat apa-bila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri lain yang ditadbir Umno-Barisan Nasional (BN) berlumba-lumba meniru skim yang diperkenal-kan, di Selangor.

Sebelum itu, program yang dihadiri kira-kira 200 hadirin dimulakan dengan bacaan tahlil.

Turut diadakan, penyampaian sumbangan khairat kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa pertama sebanyak RM1,000 kepada waris peserta.

Projek perintis jaga kebersihanPETALING JAYA - Sebanyak 25 tong sampah dipasang di Jalan 1/12 dan Jalan 1/14 berhampiran Jalan Oth-man, di sini, demi mewujudkan persekitaran bersih di kawasan itu.

Ahli Dewan Negeri Bukit Gasing, R Rajiv berkata, pemasangan semua tong sampah bersaiz kecil itu adalah projek perintis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing untuk keperluan penduduk tempatan.

“Projek ini kita mulakan di Jalan 1/12 dan Jalan 1/14. Ia adalah per-mulaan di DUN ini juga mungkin di Petaling Jaya.

“Diharapkan, selepas ini kemuda-han sama akan dapat disediakan di seluruh DUN Bukit Gasing juga Peta-ling Jaya, malahan mungkin seluruh

Selangor,” katanya.Beliau berkata, peruntukan

bagi kemudahan itu adalah kira-kira RM9,000 daripada Pusat Khid- mat Masyarakat PKM) Bukit Ga-sing dengan kerjasama Ahli Maj-lis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tan Teck Seng.

Katanya, pemasangan tong sampah itu ditumpukan di ka-wasan rumah kedai dan kontrak-tor dilantik MBPJ akan menjalan-kan kerja mengangkut sampah setiap hari.

“Orang ramai diminta bertang-gungjawab dan menggunakannya dengan baik supaya kita dapat menjaga kebersihan, di sini,” ka-tanya.

Rajiv (kanan)meninjaupemasangan tong sampah iaitu projek perintis ke arah mewujudkan persekitaran bersih di DUN Bukit Gasing

SHAH ALAM - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Chem-paka menganjurkan program motivasi pelajar We Are The Champions membabitkan pela-jar tujuh hingga 17 tahun, pada 24 Disember lalu.

Ahli Dewan Negeri Chem-paka, Dato’ Iskandar Abdul Sa-mad berkata, penganjurannya memberi pendedahan buat pe-serta untuk membina kepimpinan terbaik dalam pelbagai aspek.

“Menerusi kerjasama pihak masjid, ahli jawatankuasa Kam-

pung Pandan dan pegawai pelaksana bagi DUN Chempaka, program ini memberi manfaat langsung kepada peserta untuk mengisi masa cuti sekolah dan bersedia dengan motivasi sebe-lum musim persekolahan bermu-la,” katanya.

Terdahulu, bertempat di Mas-jid Nurul Hidayah, Pandan Indah, program sehari itu disertai 83 pe-lajar lelaki dan perempuan yang turut menampilkan pendakwah bebas, Pencetus Ummah Fakhrul dan Abu Sufian.

We Are The Champions penuhi masa cuti sekolah

Page 11: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

11SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

Page 12: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

Album Album13SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 201812 SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

Dis

edia

kan

oleh

Jur

ufot

o S

elan

gor K

ini

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Selangor 2017

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Selangor 2017

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Selangor 2017 Himpunan Kapcai Selangor 2017

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Selangor 2017

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Selangor 2017

Pelepasan Couple Ride Selangor To London

Malaysia Women Marathon 2017

Perasmian Gerbang Kota Darul Ehsan

Perasmian Jambatan ke-3 Klang Sambutan Aidilfitri Peringkat Selangor 2017

Lawatan Diraja Selangor menaiki sistem pengangkutan awam MRT dan LRT

Sambutan Deepavali Peringkat Selangor 2017

Larian Obor KL2017 sempena Sukan Sea ke-29

Belanjawan Selangor 2018

Selangor Food Mega Festival 2017

Sambutan Vasakhi Peringkat Selangor 2017Selangor Champions League Grand Final 2017 Discover Selangor dipamerkan di pesawat Fire Fly

Page 13: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

14Khas

SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

Belanjawan Selangor

PEMBENTANGAN Belanjawan Negeri dengan jumlah perun-tukan RM3.12 bilion dan defisit RM870 juta.

Mengangkat tema Memba-ngun Bangsa, Memakmur Ne-geri, sejumlah RM1.66 bilion diperuntukkan untuk tujuan pembangunan dan baki RM1.46 bilion untuk pengurusan.

Peratusan peruntukan naik satu peratus kepada RM1.66 bi-lion yang mensasarkan kebaji-kan seluruh negeri.

Bersifat komprehensif kepada semua rakyat, kakitangan Kera-jaan Negeri turut menerima ban-tuan kewangan tiga bulan gaji.

Jambatan Ketiga Klang

KERAJAAN Negeri meneruskan pembangunan Jambatan Ketiga Klang menerusi peruntukan ber-nilai RM199 juta.

Projek itu diteruskan pentad-biran Selangor selepas Kerajaan Pusat gagal melaksanakan pem-bangunan projek berkenaan.

Jambatan sepanjang 2.5 kilo-meter bermula dari persimpa-ngan Sungai Udang dan bera-

Hala tuju pembangunan Smart State

Gemilang Selangor ����

khir di persimpangan Jalan Goh Huck Huat dibina bagi mengu-rangkan kesesakan lalu lintas.

Penjenamaan logo baru Smart Selangor

SMART Selangor tampil de-ngan imej baru dengan mem-beri tumpuan kepada konsep sinergi dan perhubungan dalam usaha membangunkan Selangor sebagai negeri pintar, menjelang 2025. Pemilihan konsep itu se-laras hasrat pentadbiran negeri yang konsisten membangunkan agenda Smart Selangor demi

manfaat masyarakat seluruh negeri.

KDEB ambil alih pengurusan sampah

domestik PBT

KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) melebaar ja-ringan pengurusan sampah do-mestik di Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Majlis Perban-daran Selayang.

Sejak pengambialihan dibuat,

pengurusan sampah negeri le-bih efisyen dan mampu menye- lesaikan 1100 aduan sisa pepejal.

Aplikasi ICelan Selangor turut diperkenalkan bagi memudah-kan proses pengurusan dan a-duan kutipan sampah.

Belangsungkawa

AWAL Januari lalu, Ahli Dewan Negeri Sungai Air Tawar, Kama-rol Zaki Abdul Malek meninggal dunia selepas ditemui dalam ke-adaan tidak sedarkan diri di ke-

diamannya. Pemergian bonda Dato' Men-

teri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Che Tom Yahaya kerana serangan angin ahmar. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, pada 18 Februari lalu.

Kemangkatan adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Puteri Sofiah Almarhum Sultan Sala-huddin Abdul Aziz Shah yang mangkat di Hospital Tengku Am-puan Rahimah (HTAR) Klang, 8

Page 14: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

15SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

Khas MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Jun lalu. Pada 25 Julai lalu, ibu mertua kepada

Dato' Menteri Besar, Siti Rahmah Ismail disahkan meninggal dunia.

Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Shahar, 72, me-ninggal dunia akibat penyakit barah hati, pada Disember lalu.

Pelaburan IKEA, Jepun

IKEA bersetuju melabur RM1 bilion bagi membina pusat pengedaran produknya untuk rantau Asia Pasifik, di Pulau Indah, Selangor

IKEA Pulau Indah dikatakan bakal men-jadi pusat pengedaran produk IKEA keti-ga terbesar di dunia selepas IKEA Chica-go, Amerika Syarikat dan IKEA Dusseldorf, Jerman.

Selain itu, pelaburan baru dari Jepun sebanyak RM1.2 bilion turut memilih Se-langor yang meliputi aspek pembangu-nan berteknologi tinggi.

Ia bakal membuka peluang ekonomi lebih baik kepada golongan belia di Se-langor.

Lawatan delegasi Selangor ke luar negara

PERBELANJAAN RM696,969.74 diperun-tukkan Kerajaan Negeri membabitkan la-watan ke tujuh negara bagi rangka kerja promosi pelaburan negeri.

Jumlah berkenaan dilapor masih ren-dah berbanding ketika pentadbiran Kera-jaan Umno Barisan Nasional sebelum ini iaitu RM1 juta.

Delegasi Selangor diketuai Dato’ Men-teri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali,

Exco Kerajaan Negeri dan wakil pelaburan negeri mengadakan lawatan ke luar ne-gara di Jerman, Belgium, Sepanyol, China, Taipei, Taiwan dan India.

Lawatan berkenaan dibuat bagi me-ninjau prospek pelaburan dari luar neg-ara ke Selangor, bermula awal Januari hingga Mei lalu.

Smart Sewa Selangor

SKIM Smart Sewa dilaksanakan atas ke-prihatinan Kerajaan Negeri terhadap ke-sukaran rakyat mendapatkan bantuan pembiayaan peribadi daripada bank.

Fokusnya tertumpu kepada dua matla-mat utama memastikan individu berke-

layakan mendapat akses kepada pembe-lian rumah selepas tempoh kadar sewa tamat.

Smart Desa Selangor

SMART Desa Selangor diperkenalkan bagi memberdaya masyarakat luar ban-dar untuk terus berada dalam arus per-dana pembangunan serta menikmati kemudahan dan mutu kehidupan setara kehidupan moden masyarakat bandar

Ia dilaksanakan menerusi Pelan Hala Tuju Strategik Desa Selangor 2035 iai-tu dokumen perancangan spatial ber-hubung perancangan dan cadangan pembangunan desa.

Ia merangkumi aspek fizikal, eko-nomi, sosial dan persekitaran yang menjadi asas perancangan dan kluster pembangunan strategik demi memper-tingkatkan potensi kemajuan desa.

Pengukuhan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR)

SEJAK PAKATAN mentadbir Selangor mulai Mac 2008, satu agenda besar di-rangka dan dilaksanakan segera. Kes-eluruhan agenda itu dirangkumkan se-bagai “Hasil Negeri untuk Rakyat”.

Kekayaan hasil Selangor disalurkan kepada rakyat melalui program Inisiatif Peduli Rakyat yang dahulunya dikenali sebagai Merakyatkan Ekonomi Sela-ngor.

Dimulakan dengan tujuh agenda ke-mudian ditambah dan meningkat dari semasa ke semasa melalui fasa demi fasa.

Hasilnya bagi tempoh 2017, pe-ngenalan Kad Peduli Sihat dilancarkan kepada golongan sasar bagi mening-katkan jaringan akses kesihatan ma-syarakat.

Selain itu, penjemaan Bas Smart Se-langor turut diperlebar apabila mene-rima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record sebagai negeri paling banyak menyediakan perkhidmatan bas percumaa kepada rakyat sebanyak 100 bas percuma.

Kecemerlangan atlet Selangor

KEJAYAAN kotinjen Malaysia dalam Su-kan Sea Kuala Lumpur 2017 lalu meraih 111 kutipan emas turut disumbang at-let kelahiran Selangor.

Kecemerlangan negara dalam tema-sya sukan itu menyaksikan seramai 142 atlet Selangor menyumbang 74 pingat menerusi 41 acara sukan dipertanding-kan.

Pencapaian gemilang atlet Selan-gor adalah daripada hasil program pembangunan sukan Kerajaan Negeri berteraskan konsep 2I iaitu Incorporate dan Integrate bagi mencungkil bakat baharu bermula dari peringkat perseko-lahan lagi.

Page 15: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

16Khas

SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

Pelbagai peristiwa me-narik dan tidak kurang menghadirkan kedukaan dalam kalangan rakyat

dapat dirakamkan berlaku di Ma-laysia sepanjang tahun ini. Anta-ranya ialah:

JANUARI

1 Tahun Melawat ASEAN 2017 bermula secara rasmi.

9Pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri,

memenangi Anugerah Puskas untuk gol terbaik di Anugerah Bolasepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland.

FEBRUARI

13Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara,

Kim Jong-un, dibunuh di Malay-sia oleh dua wanita tidak dike-nali, spekulasi untuk menjadi ejen Korea Utara, ketika perjala-nan pulang ke Macau di terminal penerbangan tambang murah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Pada 14 Februari, polis Malay-sia menahan seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Doan Thi Huong, 28, yang memiliki dokumen per-jalanan Vietnam dan dua hari kemudian, warga Indonesia, Siti Aishah, 25, serta rakyat Malaysia, Muhammad Farid Jalaluddin, 26, bagi membantu siasatan.

Seorang rakyat Korea Utara, Ri Jong Chol, 46, turut ditahan bagi tujuan sama, beberapa hari ber-selang.

18 Jamilah Anu, balu kepa-da bekas Ketua Menteri

Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, memenangi Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu dengan majoriti 6443.

MAC

8 Ulang tahun ketiga nahas penerbangan MH370 Pe-

nerbangan Malaysia.

22 Google Doodle memberi penghargaan kepada se-

niman agung, Tan Sri P Ramlee, di laman utama Malaysia untuk meraikan ulang tahun kelahiran-nya ke-88.

APRIL

13 Pelumba trek Malaysia, Azi-zulhasni Awang membawa

pulang pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Dunia 2017 di Hong Kong. Beliau menjadi pemenang pingat Asia kedua memenangi pingat emas.

2017 bakal melabuhkan tirai

Rentetan setahunsuka duka Malaysia

24 Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelan-

tan, Sultan Muhamad V sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

MEI

24 Proton dan Geely menan-datangani perjanjian yang

menyaksikan Geely mengambil pegangan 49.9 peratus dalam Proton dan kepentingan menga-wal dalam Lotus, pengeluar kereta sport British daripada Proton.

JUN

19 Hari Al-Quran Dunia diada-kan di seluruh negara.

26 Pembukaan Movie Ani-mation Park Studios di

Ipoh, Perak. Ia menjadi taman tema a-nimasi pertama, di Asia.

JULAI

10 Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, pelajar

tahfiz meninggal dunia pada 26 April kerana disyaki dipukul warden hingga mencetuskan kemarahan orang awam. Beliau disahkan mati akibat penyakit bukan dipukul.

OGOS

31 Malaysia meraikan ulang tahun ke-60 (Jubli Per-

ak) Hari Kemerdekaan Ne-gara bertema Negaraku Sehati Se-jiwa.

SEPTEMBER

4 Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ket-

ua Polis Negara ke-11 menggan-tikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

14 23 pelajar dan dua guru terbunuh dalam keba-

karan di sebuah sekolah agama, Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Ia adalah tragedi terburuk sejak kebakaran Madrasah Kedah 1989.

OKTOBER

1 Pelumba Belgium dari Red Bull Racing, Max Verstappen,

memenangi Grand Prix Malaysia terakhir di Sepang, Selangor, iaitu perlumbaan Formula Satu tera-khir negara.

17 Ketua Pegawai Ekseku-tif Malaysia Airlines, Pe-

ter Bellew meletak jawatan dan kembali ke Ryanair sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

27 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mem-

bentangkan Bajet 2018.

NOVEMBER

5 Pulau Pinang dilanda ban-jir besar akibat hujan lebat

sehari sebelumnya. Kejadian ber-laku beberapa hari itu mengor-bankan tujuh nyawa dan hampir 70,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

19 Perodua Myvi generasi ketiga dilancarkan secara

rasmi.

DISEMBER

6 Pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Do-

nald Trump, mengiktiraf Baitul-maqdis sebagai ibu negara Israel, mendapat bantahan antarabang-sa termasuk Malaysia yang me-nolak sekeras-kerasnya cadangan AS itu.

31 Tahun Melawat ASEAN 2017 secara rasmi berakhir.

SUKAN

Page 16: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

17SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

Khas MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

11 Januari Tan Sri Adenan Satem - Ketua Menteri Sarawak ke-5

18 Januari Abdul Manan Othman - Ahli politik UMNO

1 Mac Tan Sri Jins Shamsuddin - Pelakon veteran

24 Mac Johan Nawawi - Komposer dan penerbit muzik; suami kepada penyanyi Nora

2 Mei Datuk Seri A Rahman Rosly - Bekas Pengulas Sukan dan Menteri Sukan Terengganu

3 Jun Rehman Rashid - penulis dan wartawan

4 Jun Satish Rao - pelakon

8 Jun Tengku Puteri Sofiah - Kekanda Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah

9 Jun Raja Ahmad Zainuddin - Bekas naib presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), bekas ahli par-

limen Larut dan ADUN Kubu Gajah

4 Julai Azzam Supardi - penulis komik Blues Untuk Aku

8 Ogos Suleiman Mohd Noor - Bapa Bolasepak Johor.

11 Ogos Zainuddin Saleh (Lengkuas) - kartunis

12 Ogos Datuk Raja Roslay Raja Mazlan @ Pak Engku - Cef selebriti

17 Ogos Ismail Mustapa - Bekas Pengarah Hal Ehwal Radio Televisyen Malaysia (RTM)

2 September Samuri Juraimi - Pengasas Satay Kajang

3 September Mohd Taib Osman - Bekas Naib Canselor Universiti Malaya

7 September Man Kadir - Pelakon dan aktivis politik

11 September Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah - DYMM Sultan Kedah, Yang di-Pertuan Agong (1970-

1975) dan (2011-2016)

29 Oktober Nadira Azizan (Khidirah Naimah Mohd Zain) - penyampai radio

31 Oktober Tan Sri Muhammad Ali Hashim - bekas CEO Perbadanan Johor (JCorp)

8 November Ismail Awang - tokoh korporat

15 Disember Datin Seri Azizah Hamdi - isteri Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun

26 Disember Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad - Sasterawan Negara

BELASUNGKAWASepanjang tahun menyaksikan beberapa kematian membabitkan

kerabat diraja, tokoh dan orang kenamaan yang menimbulkansituasi sedih di Malaysia. Antara mendapat tumpuan

SUKAN

2 Mac Pelumba Team Dimension Data kelahiran Afrika Selatan, Ryan Gibbons juara keseluruhan Le

Tour De Langkawi 2017

20 Mei Kedah julang Piala FA tewaskan Pahang 3-2

6 Ogos Johor Darul Ta’zim (JDT) sahkan kejuaraan Liga Super 2017 buat kali keempat berturut-

turut

30 Ogos Malaysia juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan kutipan

145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa

23 September Malaysia kedua

keseluruhan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) dengan kutipan 90 pingat emas, 85 perak dan 83 gangsa

1 Oktober Mark Verstappen juara

F1 Malaysian Grand Prix 2017 yang dianjurkan kali terakhir di Litar Sepang

27 Oktober Kuala

Lumpur sahkan kejuaraan Liga Perdana 2017

29 Oktober Pelumba

Ducati, Andrea Dovizioso mengungguli MotoGP Malaysia Grand Prix 2017

4 November Johor Darul Ta’zim (JDT) julang Piala

Malaysia 2017 tewaskan Kedah

2-0

1. Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

2. Tengku Puteri Sofiah

3. Raja Ahmad Zainuddin

4. Samuri Juraimi

5. Shahnon Ahmad

6. Tan Sri Muhammad Ali Hashim1

2

4 5 6

3

Page 17: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

18Rencana

SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Politik: Debaran PRU-14

Tahun 2018 dianggap sebagai tahun yang amat penting bagi menentukan masa depan Malaysia. Selepas 2017 berlalu tanpa pembubaran Parlimen, maka tidak syak lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan diadakan tahun depan.

Ketika ini, khabar angin semakin ber-tiup kencang PRU-14 bakal diadakan an-tara Mac hingga Mei 2018. Malah, ada juga yang meramalkan tarikh lebih spesifik lagi iaitu antara 16 Mac hingga 24 Mac ekoran cuti sekolah pertengahan penggal per-tama berlangsung, sekali gus masa paling sesuai pilihan raya diadakan.

Jangkaan ini juga berdasarkan bebera-pa faktor lain seperti faktor mandat Parli-men ke-13 yang ada pada hari ini bakal be-rakhir 24 Jun 2018. Jika tidak dibubarkan, maka Parlimen akan terbubar secara au-tomatik bagi memberi laluan untuk PRU-14 diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran berkenaan.

Faktor lain yang mungkin menjadi perkiraan bagi menentukan tarikh PRU-14 adalah bulan Ramadhan yang jatuh, pada 16 Mei nanti. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan hampir pasti cuba mengelakkan PRU berlangsung, pada bu-lan puasa.

Pembebasan Ketua Umum Parti Keadi-lan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti turut dianggap sebagai fak-tor mempengaruhi tarikh pembubaran Parlimen.

Sesetengah pihak percaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengadakan pilihan raya ketika An-war masih di dalam penjara bagi mengha-langnya menyertai kempen menentang Barisan Nasional (BN) apabila gelanggang dibuka nanti.

Aura yang ada pada Anwar bukan sa-haja mampu memberi impak kepada kempen Pakatan Harapan sekiranya PRU-14 diadakan selepas pembebasan beliau, malahan mampu menyatukan kem-kem dalam Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, SPR perlu menyele-saikan bantahan Kerajaan Selangor di mahkamah terlebih dahulu bagi memas-tikan mereka memiliki kelebihan ke atas persempadanan baru ketika gelanggang PRU-14 dibuka nanti.

Dalam aspek lain, berbeza dengan lima PRU iaitu PRU-9 hingga ke PRU-13 lalu, PRU kali ini bakal menampilkan senario berbe-za membabitkan pertarungan tiga penjuru yang dikatakan mampu melemahkan so-kongan kepada pembangkang.

Namun, benarkah senario politik hari ini

Mengintai tabir 2018

Apa sedang menanti kitaOLEH NAZLI IBRAHIM

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2018. Sama se-perti tahun-tahun sebelum-

nya, sudah pasti tahun 2018 turut menjanjikan warna-warni suka dan duka bermacam cabaran yang se-dang menanti.

Sempena melangkah ke tahun baru, pembaca akan dibawa untuk mengintai beberapa peristiwa pen-ting yang akan berlaku, pada tahun 2018.

bakal memecahkan undi pembangkang? Atau adakah ini cuma satu master plan-yang sedang direncanakan dengan cer-mat?

Walaupun pertandingan tiga penjuru banyak kali berlaku sebelum Anwar dipe-cat daripada Umno lagi yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri antara PAS, DAP dan PSRM di pihak pembangkang dan BN di pihak kerajaan, namun banyak pihak terlepas pandang perbezaan tiga penjuru kali ini.

Pembaca tidak perlu menjadi pakar penganalisis politik untuk melihat per-bezaan tersembunyi ini.

Selain itu, rakyat tentunya ternanti-nanti tindakan susulan yang bakal diam-bil Pakatan Harapan sekiranya mereka menang PRU-14.

Misalnya, langkah mengehadkan tem-poh perkhidmatan perdana menteri ke-pada 10 tahun, memansuhkan Cukai Bara- ngan dan Perkhidmatan (GST) dan lain-lain yang dijanjikan dalam manifesto pili-han raya nanti.

Selain itu, paling menarik untuk disak-sikan, bagaimanakah nasib riwayat politik Najib sekiranya BN tewas dalam PRU-14 nanti?

Adakah beliau mampu mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Umno atau adakah beliau dihumban dan dike-cam oleh ahlinya sendiri akibat tindak tan-duknya yang banyak melemahkan Umno, hari ini.

Paling utama, adakah Najib terselamat daripada diheret ke mahkamah di atas banyak tuduhan skandal yang dilempar-kan kepada beliau ketika ini.

Anwar dibebaskan

Selepas tiga tahun empat bulan me-rengkok dalam Penjara Sungai Buloh, An-war bakal dibebaskan, pada 10 Jun nanti.

Anwar mula dipenjarakan pada 10 Fe-buari 2015 selepas Mahkamah Perseku-tuan mengekalkan keputusan Mahkamah

Rayuan berhubung kes fitnah II.

Pemilihan parti

Pemilihan barisan kepimpinan baru be-berapa parti juga bakal berlangsung pada 2018. Antaranya Parti Keadilan Rakyat (KE-ADILAN) dan Umno.

Apa yang menarik untuk disaksikan nanti, adakah pemilihan kali ini adalah pe-milihan julung kalinya diadakan selepas Umno memegang status sebagai parti pembangkang.?

Jika ini berlaku, pemilihan kali sudah tentu tidak lagi sama seperti tahun sebe-lumnya apabila tiadanya kuasa, dana ke-rajaan yang mengalir masuk dan kontrak kerajaan untuk ditawarkan kepada per-wakilan yang mengundi.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, keadaan ini sudah pastinya menyebabkan kedudukan Najib bagaikan telur di hujung tanduk.

Sebelum ini bukanlah satu rahsia lagi, elemen kuasa dan wang adalah faktor penting membolehkan pucuk pimpi-nan Umno mengawal tindak tanduk pe-mimpin mereka, sekali gus memberi per-sepsi adanya kesatuan di dalam Umno.

Realitinya, tanpa kedua-dua elemen itu, Umno bakal berhadapan kesukaran untuk menyatukan partinya, lebih-lebih lagi ke-banyakan pemimpin mereka sekian lama dibiasakan dengan sogokan wang ringgit dan kedudukan bagi memastikan ‘kesatu-an’ palsu ini berkekalan.

Selain pemilihan Umno, turut menarik untuk disaksikan nanti adalah pemilihan KEADILAN. Persoalannya, adakah pe-milihan kali ini diadakan dalam suasana mereka sebagai salah sebuah parti yang berkuasa, di Putrajaya.

Ekonomi 2018

Seperti yang diperakui oleh mana-ma-na pakar ekonomi, kestabilan politik turut memberi kesan terhadap kestabilan eko-

nomi sesebuah negara.Seperti dinyatakan pada awal tadi, ke-

mungkinan Pakatan Harapan mengam-bil alih pentadbiran di Putrajaya yang di-jangka mampu mempengaruhi ekonomi negara.

Bagaimanapun, hanya dengan bari-san kepimpinan negara yang betul dan dengan tindakan betul sahaja mampu membawa negara ini ke landasan yang di-inginkan.

Paling tidak, barisan kepimpinan baru ini haruslah berkeupayaan mengurang-kan tekanan kos sara hidup dihadapi rakyat dan meyakinkan masyarakat perda-gangan antarabangsa negara ini adalah sebuah destinasi yang stabil dan selamat dalam semua aspek.

Paling utama adalah bagaimana kera-jaan baru itu menguruskan hutang nega-ra tinggalan Umno-BN yang dianggarkan mencecah RM1 trilion.

Tidak boleh tidak, kerajaan masa hada-pan itu wajar mengambil langkah dras-tik dengan merancakkan lagi sumber pendapatan negara, menghentikan pem-baziran dan mengurangkan kebergantu-ngan negara kepada kuasa ekonomi dunia seperti China.

Pada masa ini, Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dilihat se-bagai model terbaik dalam menguruskan ekonomi negara.

Manakala dalam sektor hartanah pula, pakar ekonomi meramalkan harga pasa-ran hartanah berharga sederhana dan mewah pada 2018 akan merosot akibat lebihan hartanah berada di pasaran yang tidak terjual.

Kesannya akan lebih dirasai bagi harta-nah kategori komersial apabila lebih ba-nyak unit kategori terbabit siap, pada ta-hun 2018.

Pemaju juga akan kehilangan pembia- yaan untuk memulakan projek baru jika ti-dak banyak rumah yang boleh dijual.

Selain pemaju, keadaan ini turut me-

Page 18: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

19SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

WAKTU SOLAT SELANGOR27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

8 - 14 Rabiulakhir 1439HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

27 Rabu 5:45 5:55 7:15 1:17 4:40 7:13 8:2828 Khamis 5:46 5:56 7:16 1:18 4:40 7:14 8:2829 Jumaat 5:46 5:56 7:16 1:18 4:41 7:14 8:2930 Sabtu 5:47 5:57 7:17 1:19 4:41 7:15 8:2931 Ahad 5:47 5:57 7:17 1:19 4:42 7:15 8:3001 Isnin 5:48 5:58 7:17 1:19 4:42 7:17 8:3102 Selasa 5:48 5:58 7:17 1:20 4:42 7:17 8:32

27 Rabu 5:48 5:58 7:18 1:19 4:42 7:15 8:3028 Khamis 5:48 5:58 7:18 1:20 4:42 7:16 8:3129 Jumaat 5:49 5:59 7:19 1:20 4:43 7:16 8:3130 Sabtu 5:49 5:59 7:19 1:21 4:43 7:17 8:3131 Ahad 5:50 6:00 7:20 1:21 4:44 7:17 8:3201 Isnin 5:50 6:00 7:19 1:22 4:44 7:18 8:3202 Selasa 5:51 6:01 7:19 1:22 4:45 7:18 8:33

nyukarkan pemilik hartanah menjual kembali hartanah masing-masing.

Acara sukan dinantikan 2018

Sementara itu dalam arena sukan pula, yang pasti menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan pada 2018 adalah Piala Asian Football Con-federation atau AFC B-23 di China pada 9 hingga 27 Januari yang menyaksikan buat kali pertama di bawah Presiden FAM yang baru, pasukan bawah 23 tahun negara layak ke pusingan akhir kejohanan ini.

Malah, lebih membang-gakan apabila pasukan bawah 19 tahun negara tu-rut layak ke pusingan akhir Kejuaraan Piala Asia AFC B-19 2018 di Indonesia pada 18 Okto-ber hingga 4 November, manakala pa-sukan bawah 16 tahun pula bakal ber- aksi di pusingan akhir Piala Asia AFC B16 2018 pada September di Malaysia selaku tuan rumah.

Kejayaan pasukan bawah 23, bawah 19 dan bawah 16 ini dicapai ketika pa-sukan senior Harimau Malaya bukan sahaja gagal layak ke Piala Asia, mala-han masih bergelut memperbaiki ran-king FIFA.

Sementara itu, tahun 2018 juga me-nyaksikan Juara Liga Super Malaysia empat kali berturut, kelab Johor Darul

Takzim sekali lagi mencuba nasib un-tuk menjadi kelab tempatan pertama berjaya melayakkan diri pada pusi-ngan akhir kejuaraan tertinggi Asia, Kejuaraan Liga Juara-juara AFC (ACL).

Pasukan Harimau Selatan yang per-nah menjuarai Piala AFC pada 2015 itu bakal menentang pasukan gergasi Thai-land, Muangthong United pada 23 Janu-ari nanti pada perlawanan Kela-yakan

Pusingan Kedua ACL 2018.Selain kejohanan bola

sepak yang membabitkan pasukan negara, turut di-nantikan rakyat Malaysia adalah Piala Thomas 2018 di Bangkok, Thailand, pada 20 hingga 27 Mei.

Selepas kempunan bergelar juara pada kejo-hanan 2016, rakyat Malay-sia sekali lagi meletakkan

harapan tinggi ke atas skuad negara untuk menjuarainya buat kali keenam.

Kali terakhir Malaysia bergelar juara Kejohanan Piala Thomas adalah pada 1992 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah.

Bagaimanapun, persoalan yang berlegar di fikiran peminat badminton tanah air, adakah jaguh perseorang negara, Datuk Lee Chong Wei masih berada dalam skuad itu nanti.

Sementara itu, acara temasya sukan kedua terbesar dunia selepas Sukan Olimpik iaitu temasya Sukan Komanwel pula akan membuka tirainya, pada 4 April

dan berakhir 15 April.Temasya kali ke-21

atau Gold Coast 2018 XXI Commonwealth Games itu akan dilangsungkan di Queensland, Australia dengan membabitkan penyertaan 70 negara bekas jajahan British ter-masuk Malaysia.

Selain pertandingan membabitkan pasukan Malaysia, paling ditunggu-tung-gu sudah semestinya Piala Dunia FIFA di Rusia yang bermula, pada 14 Jun nanti.

Sepak mula kejohanan kali ini dia-dakan ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, di penghujung bulan Ra-madan.

Kali terakhir Piala Dunia dijalankan pada bulan puasa adalah 31 tahun lalu iaitu Piala Dunia 1986 di Mexico.

Pada kejohanan kali ini, juara bertahan, Jerman ditempatkan dalam kumpulan A bersama Arab Saudi, Mesir dan Uruguay.

Jerman akan memulakan kempen me-nentang wakil Asia iaitu Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan.

Selain Arab Saudi, wakil Asia lain pada kejohanan kali ini adalah Australia, Korea Selatan, Iran dan Jepun.

Demikianlah serba sedikit ringkasan peristiwa bakal kita hadapi sepanjang 2018 nanti. Apapun cabarannya, tidak kira politik, ekonomi juga sukan, sebenar- nya apa yang paling penting adalah bagaimana kita laluinya.

Justeru, rakyat perlu bersatu kerana hanya dengan perpaduan dan pilihan yang betul sahaja kunci utama kejayaan negara ini, pada 2018 nanti.

# Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis bukan mencerminkan pendirian SelangorKini

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mempelawa firma-firma peguam yang berminat dan berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia serta memenuhi kriteria-kriteria kelayakan Panel Peguam PKNS menyertai Pra Kelayakan Perkhidmatan Perunding untuk berdaftar sebagai Panel Peguam PKNS bagi sesi 2018-2020.

Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan Panel Peguam PKNS:-

KENYATAAN PRA KELAYAKAN PERKHIDMATAN PERUNDING PENDAFTARAN PANEL PEGUAM PKNS BAGI SESI 2018

i. Jumlah Rakan Kongsi Tiga (3) orang

ii. PengalamanRakanKongsi Dua(2)orangrakankongsifirmahendaklah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya Sepuluh (10) tahun

iii. Penubuhan Firma Sekurang-kurangnya selama Lima (5) tahun ke atas

iv. Jumlah Insuran Tanggung Ringgit Malaysia Tiga Juta (RM3 juta) Rugi Profesional

v. Status Firma Sekurang-kurangnya seorang (1) rakan kongsi firmaberstatusBumiputra

vi. Jumlah Kakitangan Sokongan Sekurang-kurangnya minima Tiga (3) orang

Firma Peguam yang memenuhi kriteria-kriteria kelayakan Panel Peguam PKNS yang dinyatakan di atas hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

i) Profil lengkap firma peguam bagi tahun 2018; ii) Salinan Sijil Amalan Guaman bagi setiap peguam yang beramal di bawah firma peguam bagi tahun 2018; dan iii) Salinan Insuran Tanggung Rugi Profesional bagi tahun 2018.

Dokumen-dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan dicatat dengan jelas “PRA KELAYAKAN PERKHIDMATAN PERUNDING PEGUAM” di sebelah kiri atas sampul dan dikemukakan ke alamat berikut:-

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGORBAHAGIAN PERUNDANGAN BANGUNAN IBU PEJABAT PKNS,BLOK B, TINGKAT 2,NO.2, JALAN INDAH 14/8, SEKSYEN 14,40000 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN

Tarikh Tutup Penghantaran Dokumen : sebelum atau pada 8 Januari 2018, jam 12.00 tengahhari

PKNS tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan dokumen dan kelewatan penerimaan dokumen. Bukti pengeposan tidak akan diterima sebagai bukti penghantaran dokumen.

Hanya firma peguam yang lulus proses Penilaian Pra Kelayakan Perkhidmatan Perunding akan didaftar sebagai panel peguam PKNS.

Bakhtiar dan Abd Halim bersalaman seusai menandatangani Memorandum Persefahaman Pengurusan Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS dan AADK

MAIS-AADK pulih penagihKLANG - Majlis Agama Islam Selan-gor (MAIS) dan Agensi Antidadah Ke-bangsaan (AADK) menjalinkan kerjasa-ma mengendalikan Pusat Pemulihan Rawatan Penagih Dadah yang akan ber-mula, pada Januari 2018.

Setiausaha MAIS, Dato’ Bakhtiar Hus-sin berkata, program itu adalah inisiatif memberi perlindungan dan bantuan ke-pada penagih dadah atau pesakit HIV/AIDS, di Selangor.

“Kerjasama ini berkaitan pemban-gunan sosial masyarakat Islam yang akan memberi peluang kepada mereka mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Cetusan idea kerjasama ini bermula apabila konsep kepakaran dalam men-gendalikan penagih dadah ditawarkan Ketua Pengarah AADK ketika rawatan rasmi beliau ke Baitul Islah, pada 2 Okto-ber 2014,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika beru-cap pada Majlis Menandatangani Memo-

randum Persefahaman (MoU) Penguru-san Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS dan AADK di Hotel Aliya, pada 18 Disem-ber lalu.

MoU ditandatangani Dato’ Bakhtiar Hussin bersama Ketua Pengarah AADK, Dato’ Dr Abd Halim Hussin.

Bakhtiar berkata, pusat pemulihan yang terletak di Serendah, Hulu Selangor itu menelan belanja RM9.1 juta menerusi sumber riqab, Lembaga Zakat Selangor.

“Bahagian Al-riqab MAIS juga mem-beri peruntukan RM1.8 juta kepada pusat itu merangkumi bayaran emolu-men pengurusan pentadbiran dan ope-rasi.

Kerjasama antara MAIS dan AADK bermula sejak 2010 melalui pelbagai program dan aktiviti seperti lawatan ke rumah asnaf, ziarah serta naziran ke Rumah Pemulihan Al-riqab juga pro-gram kelas bimbingan agama yang dia-dakan, di premis AADK.

Page 19: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

20PBT

SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Inisiatif perniagaan kendera saji (Food Truck) pinggir bandar yang diperkenalkan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di-sambut baik Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebuda-yaan dan Pembangunan Usaha-wan, Amirudin Shari.

Beliau memuji komitmen berkenaan yang diyakini mampu menjana pulangan pendapatan kepada usahawan muda negeri.

Lebih membanggakan katanya, langkah MDHS mengenakan kadar bayaran minimum permit pernia-

Mampu menjana pulangan pendapatan

MDHS perkenal kendera saji luar bandar

Inisiatif kendera saji memberi

inspirasi kepada usahawan untuk

lebih efektif menjana

pendapatan pada kadar maksimum

gaan berkenaan itu dilihat mam-pu menarik lebih ramai usahawan muda untuk terbabit sama dalam bidang itu.

“Saya sangat berpuas hati ke-rana projek sebegini mendapat kerjasama yang baik di antara pe-niaga dan orang ramai.

“Langkah pihak majlis me-ngenakan kadar bayaran per-mit rendah pada tahun pertama sekitar RM15 adalah berkesan dan lebih rendah berbanding dengan Pihak Berkuasan Tem-patan (PBT) lain,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, MDHS berjaya me-

SETIA ALAM - Majlis Perban-daran Klang (MPK) mengiktiraf peranan media dalam menyam-paikan laporan dan maklumat ke-pada masyarakat berkenaan Pihak Berkuasa Tempatan itu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mo-hamad Yasid Bidin berkata, he-bahan media membantu ma-syarakat menerima maklumat terhadap inisiatif dan gerak kerja dilaksanakan secara komprehen-

sif oleh MPK.“MPK sangat menghargai pe-

ranan media dalam menyam-paikan maklumat dan informasi kepada masyarakat yang mem-bantu kita melebar luas inisiatif serta gerak kerja dilaksanakan.

“Contohnya, berkenaan isu penerimaan geran RM5 juta dari-pada KPKT (Kementerian Kese-jahteraan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tem-

patan) yang membolehkan ma-syarakat mendapat maklumat jelas terhadap apa dijalankan MPK,” katanya.

Antara media diraikan pada majlis berkenaan adalah Sela-ngorKini, TV Selangor, NTV7, TV9, RTM dan Sinar Harian.

Turut diraikan, Kumpulan Me-dia Karangkraf, Berita Harian, Ber-nama, Sin Chiew Daily, Selangor FM dan Astro Awani.

MPK rai peranan media

Majlis Malam Penghargaan Media 2017 MPK berlangsung meriah di Setia City Convention Centre, pada 22 Disember lalu

SETIA ALAM - Wartawan Sela-ngorKini, Norhayati Umor ber-jaya mendominasi anugerah ter-tinggi pada Malam Penghargaan Media, Majlis Perbandaran Klang (MPK), di Setia City Convention Centre, pada 22 Disember lalu.

Norhayati dipilih sebagai pemenang bagi Anugerah Pelancongan Terbaik menerusi laporan ‘Usaha Berterusan MPK Bersihkan Sungai Klang’ bagi penerbitan online.

Lebih manis, laporan ‘Sasar Se-juta Pelancong’ yang memfokus-kan komitmen MPK mening- katkan prospek pelancongan Klang dipilih sebagai penerima bagi Anugerah Pelancongan dan Hebahan Kreatif Media (Media Cetak).

Hadiah keseluruhan berjum-lah RM600 disampaikan Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad

Yasid Bidin.Sementara sebuah lagi agensi

media di bawah penjenamaan Media Selangor iaitu TV Sela-ngor menerima pengiktira-fan khas MPK bagi kategori A- nugerah Pelancongan dan He-bahan Kreatif (Media TV).

Tahun lalu, pada majlis sama, Norhayati turut menerima peng-hargaan daripada MPK menerusi laporan kitar semula dan berjaya membawa pulang wang tunai RM650.

Terdahulu, Malam Penghar-gaan Media MPK dianjurkan se-bagai inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan itu menghargai sum-bangan pengamal media yang membuat liputan terbaik.

Penganjurannya juga dibuat bagi mengerat hubungan sila-turahim dalam kalangan media dan MPK.

Wartawan SelangorKini ungguli anugerah MPK

lancarkan perniagaan kendera saji bagi melahirkan lebih ramai usahawan muda dengan ciri per-niagaan trak mudah alih.

Pengarah Jabatan Perlesenan-nya, Kamaruzzaman Abdul Rah-man berkata, program itu sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri serta menjamin aktiviti perni-agaan teratur dan sistematik.

“Ia juga menjamin kebersihan peniaga serta memberi inspi-rasi kepada peniaga lain bahawa penggunaan kendera saji lebih bersifat efektif serta penyeleng-garaan lebih mudah berbanding berniaga, di kaki lima,” katanya.

AMPANG JAYA - Sekurang-kurang-nya 19 premis kediaman dengan nilai tunggakan RM47,124.30 disita

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sepanjang Novem-ber lalu ekoran kegagalan pemilik menjelaskan cukai taksiran.

Yang Dipertuanya, Abd Ha-mid Hussain (gambar) berkata, operasi itu dilakukan di 10 lokasi membabitkan jenis sitaan bara-ngan elektronik.

“MPAJ menyarankan selu-ruh warga Ampang Jaya segera menjelaskan cukai taksiran bagi 2017 dan tahun sebelumnya.

“Perlu diambil maklum penge-cualian cukai taksiran rumah kos rendah dan kampung hanya untuk bil 2017 dan 2016 sahaja serta bil 2018, maka tunggakan 2015 serta tahun sebelumnya harus dijelas dengan segera.

“Penggunaan perbankan dalam talian dan ICOMM Majlis adalah digalakkan serta pemilik juga ha-rus bertanggungjawab mengemas kini alamat surat menyurat supaya pro-ses penghantaran bil cukai

�� premis gagal jelaskan cukai taksiran disita

Norhayati menerima hadiah daripada Mohamad Yasid atas an-ugerah yang dimenanginya

taksiran atau Notis E diterima di lo-kasi dikehendaki,” katanya.

Antara lokasi operasi adalah di Ampang Putra, Palm Villa Condo-minium, Taman Ampang Hilir, Desa Permai dan Taman Dato Ahmad Razali.

Sitaan turut membabitkan Apartment Ampang Avenue, Pangsapuri Tiara Duta, Athenae-um, Emerald Hill Bukit Indah dan Crystal Tower Bukit Indah.

Beliau turut mengingatkan tin-dakan sivil boleh dikenakan ke atas individu atau pemaju yang gagal memberikan komitmen selain menasihatkan mereka mengemas kini butiran pemilik dan membuat bayaran.

Page 20: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

21SelangorKini 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Kelab Ragbi Ben-gals (Bengals RC) berjaya mem-pertahankan kejuaraan di kejo-hanan Mersing Monsoon Rugby Challenge 2017, baru-baru ini.

Presidennya, Abd Rahim Wasik berkata, Bengals RC menghantar dua pasukan untuk setiap pe- ringkat umur bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun.

Katanya, di peringkat kum-pulan, pasukan bawah 14 ta-

hun Bengals A dan Bengals B memenangi semua perlawanan sementara bagi bawah 16 ta-hun pula, Bengals B memenangi semua perlawanan di peringkat kumpulan.

Di dalam perlawanan akhir peringkat bawah 14 tahun, pasu-kan Bengals B muncul johan ka-tegori Cup dengan menewaskan pasukan Storm dengan kedudu-kan 12 5.

Pada masa sama, Bengals A pula menduduki tempat ketiga

SHAH ALAM - Sukan sepak takraw terus diperhebat apabila Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang) dengan kerjasama Masyarakat Bola Rotan (MBR) menganjurkan program Pembangunan Sukan Sepak Takraw, baru-baru ini.

Presiden MBR, Mohsen Amdan berkata, inisiatif itu diambil bagi menyuburkan sukan tradisi itu di segenap lapisan masyarakat, sekali gus mengcungkil bakat baru berpotensi untuk dikete-ngahkan pada masa hadapan.

“Dalam suasana sukan sepak takraw negara yang kini dilanda pelbagai isu kontroversi dan prestasi pasukan negara yang merudum sehingga disisihkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kemente-rian Belia dan Sukan (KBS) daripada acara podium, sukan tradisi ini subur menghi-jau di Kuala Selangor,” katanya dalam ke-nyataan.

Edisi kali ini membabitkan 12 regu bawah 12 tahun, tujuh regu bawah 17 ta-hun dan 16 regu kategori terbuka.

“Antara yang menarik bagi edisi kali ini ialah kategori terbuka dikenakan syarat setiap regu perlu menyenaraikan seorang peserta veteran berumur 45 tahun ke atas.

“Langkah ini berjaya ‘menarik keluar’ pemain veteran yang masih aktif di dae-rah ini dan memberi saingan sengit dalam kategori dipertandingkan,” katanya.

Bagi kategori terbuka, regu To’ Mon muncul juara dalam persaingan sengit menundukkan GETPA dengan mata 30 29.

Mersing Monsoon Rugby Challenge 2017

Bengals RC pertahan kejuaraan

Bengals RC sekali lagi mengharumkan nama Selangor apabila muncul juara di kejohanan Mersing Monsoon Rugby Challenge 2017

peringkat umur bawah 14 tahun, katanya.

Abd Rahim berkata, pihaknya berpuas hati dengan pencapaian pasukan bimbingan ketua juru-latih, Ismarizal serta dibantu juru-latih muda, Haikal.

Katanya, pemain Bengals RC turut terpilih sebagai Pemain Terbaik untuk peringkat umur bawah 14 tahun.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua war-ga Bengals RC yang memberi

kerjasama dan sokongan padu kepada pasukan.

“Kami akan terus memberi saingan dan terus berusaha un-tuk memenangi mana-mana ke-johanan pada masa akan datang,” katanya.

Sepak Takraw subur di Kuala Selangor

Bertempat di Sport Arena Pasir Tuntung, Kuala Selangor, seramai 120 peserta diberi peluang mempamerkan kebolehan Gambar ehsan FB BolarotanOf-ficial/

KENYATAAN TENDER

(419800-K)

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:-

Butir-Butir Tawaran

No Tender: WHB/PU/OT/PRO/13/2017

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN GALERI PAMERAN SEMENTARA SATU TINGKAT BESERTA KEMUDAHAN BERKAITAN DI ATAS SEBAHAGIAN PT 4288, MUKIM IJOK, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN WORLDWIDE PROPERTY MANAGEMENT SDN BHD.

No

A

Syarat-Syarat Pendaftaran

a. Berdaftar dengan CIDB

b. Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor

c. Gred: G5 – G6

d. Kategori: B04, CE21

e. Mempunyai pengalaman yang serupa dalam tempoh 5 tahun yang lepas (2013-2017)

Harga

Bayaran Dokumen

Tender RM1,300.00

kepadaJURUUKUR

BAHAN PERTAMA SDN. BHD. (Tidak akan

Dikembalikan)

Tarikh dan Tempat Pembelian Dokumen Tender

28 Disember 2017Sehingga

8 Januari 2018

Di Pejabat:JURUUKUR BAHAN

PERTAMA SDN. BHD.No. 6-2, Jalan PJS 10/2, Subang

Indah, 46000 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan.

T: 03-5637 0255 / 03-5613 0255F: 03-5637 0522

Waktu Pejabat:Isnin - Jumaat

9.00pg – 12.30tghari2.30ptg - 5.00ptg

Tarikh Tutup Tender:-Sebelum atau pada jam

12.00tgh, 26 Januari 2018

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti

Tender di alamat berikut:-

JABATAN PEROLEHANWORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

LOT 01-03-01, NO 1 WORLDWIDE@7 JALAN LAZUARDI 7/29, SEKSYEN 740000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel : 03-55102525 No. Fax 03-55104448

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan

Page 21: PERCUMA 27 Disember 2017 - 2 Januari 2018, 8 - 14 Rabi ... · konsep Smart State sebegini bukan sahaja di peringkat negara bahkan di peringkat serantau dan global. ... daripada menjadi

A I S R K J S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

JANUARI

A I S R K J S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

APRIL

A I S R K J S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

JULAI

A I S R K J S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

OKTOBER

A I S R K J S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

NOVEMBER

A I S R K J S 30 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29

SEPTEMBER

A I S R K J S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

MEI

A I S R K J S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30

JUN

A I S R K J S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

FEBRUARI

A I S R K J S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

MAC

MediaSelangor mediaselangor @Media_Selangor [email protected]

w w w . s e l a n g o r k i n i . m y

A I S R K J S 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

OGOS

A I S R K J S 30 31 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29

DISEMBER

Tarikh Cuti1 Jan Tahun Baru31 Jan Hari Thaipusam16 Feb Tahun Baru Cina17 Feb Tahun Baru Cina Hari Kedua

1 Mei Hari Pekerja29 Mei Hari Wesak2 Jun Hari Nuzul Al-Quran15 Jun Hari Raya Aidilfitri16 Jun Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua

22 Ogos Hari Raya Haji31 Ogos Hari Kebangsaan9 Sep Hari Keputeraan YDP Agong11 Sep Awal Muharram16 Sep Hari Malaysia

17 Sep Cuti Hari Malaysia6 Nov Hari Deepavali20 Nov Maulidur Rasul11 Dis Hari Keputeraan Sultan Selangor25 Dis Hari Krismas