percuma 14 - 20 mac 2019, 5 - 12 rejab 1440 · gara di eropah yang memiliki kualiti pendidikan...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Selangor dijangka akan menjadi negeri maju dan sukar ditandingi dalam tempoh terdekat menerusi pelbagai bidang yang mampu memberi impak juga kekuatan segera. Dalam lawatan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan delegasi ke Jerman minggu lalu, bebe- rapa perbincangan industri konglomerat serta la- watan ke pusat latihan industri negara berkenaan dilawati. Antaranya European School of Management and Technology (EMST) di Berlin serta Federal Ins- titute for Vocational Education Training, di Bonn College. Selain itu, beliau juga berkunjung ke Techinical University of Munich dan BMW di Munich serta In- ternationale Tourism Borse-Berlin (ITB). Sektor perkhidmatan dan bidang pendidikan diberi perhatian Kerajaan Negeri dalam merang- ka dan memberi nilai tambah khususnya kepada perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan sistem Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasio- nal (TVET). Amirudin berkata, Selangor dijangka kekal menerajui rantau Asia Tenggara dalam kajian dan penerokaan Industri melalui Malaysia Smart Fac- tory (MSF) iaitu institut pertama di Asia Tenggara sebagai landasan melahirkan tenaga kerja berke- mahiran tinggi. “Kerajaan Negeri merancang mengembang- kannya memandangkan Selangor sebagai pintu masuk ke ASEAN bukan sahaja bagi sektor pela- buran tetapi juga perkhidmatan,” katanya. Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor, Dr Ir Muhidin Arifin, diberikan tanggungjawab mengkaji dan melaksanakan TVET di semua peringkat usia se- lain memperkasakan program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS). “Dengan mengambil semangat Fiji dan sema- ngat dizahirkan Amirudin, saya percaya Selangor akan muncul sebagai penjana utama profesional berkemahiran dalam sektor industri termaju, di Malaysia,” katanya. Impak dan kekuatan segera bagi mengangkat martabat Selangor sebagai sebuah negeri maju nombor satu di Malaysia mampu direalisasikan memandangkan Jerman adalah salah satu ne- gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- nguasaan ilmu dan latihan seperti yang diamal- kan Jerman terbukti mampu memacu negara berkenaan ke arah kemajuan. Tidak ketinggalan, Amirudin bersama EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Me- layu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari turut menghadiri ITB, di Berlin. Katanya, acara tahunan itu menjadi landasan Selangor untuk mengetengahkan gugusan eko- pelancongan Selangor. Dengan pelancaran kempen baru Discover Se- langor, #TakeMeAnywhere, negeri itu akan meneri- ma lebih ramai pelancong, dari benua itu. Untuk rekod, Selangor menerima sejumlah be- sar pelancong pada suku pertama 2018, berban- ding tahun sebelumnya. Delegasi Selangor ketika menghadiri Internationale Tourismus-Börse Berlin (ITB), di Berlin. Dari kiri: Noorul Ashikin Mohd Din (Pengurus Besar Tourism Selangor), Datuk Mohamaddin Ketapi (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya), Amirudin Shari (Dato’ Menteri Besar) dan Datuk Abdul Rashid Asari (Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor) EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Upload: trinhdieu

Post on 20-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Selangor dijangka akan menjadi negeri maju dan sukar ditandingi dalam tempoh terdekat menerusi pelbagai bidang yang mampu memberi impak juga kekuatan segera.

Dalam lawatan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan delegasi ke Jerman minggu lalu, bebe-rapa perbincangan industri konglomerat serta la-watan ke pusat latihan industri negara berkenaan dilawati.

Antaranya European School of Management and Technology (EMST) di Berlin serta Federal Ins- titute for Vocational Education Training, di Bonn College.

Selain itu, beliau juga berkunjung ke Techinical University of Munich dan BMW di Munich serta In-ternationale Tourism Borse-Berlin (ITB).

Sektor perkhidmatan dan bidang pendidikan diberi perhatian Kerajaan Negeri dalam merang-ka dan memberi nilai tambah khususnya kepada perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan sistem Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasio-nal (TVET).

Amirudin berkata, Selangor dijangka kekal menerajui rantau Asia Tenggara dalam kajian dan penerokaan Industri melalui Malaysia Smart Fac-tory (MSF) iaitu institut pertama di Asia Tenggara sebagai landasan melahirkan tenaga kerja berke-mahiran tinggi.

“Kerajaan Negeri merancang mengembang-kannya memandangkan Selangor sebagai pintu masuk ke ASEAN bukan sahaja bagi sektor pela-buran tetapi juga perkhidmatan,” katanya.

Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor, Dr Ir Muhidin Arifin, diberikan tanggungjawab mengkaji dan melaksanakan TVET di semua peringkat usia se-lain memperkasakan program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

“Dengan mengambil semangat Fiji dan sema-ngat dizahirkan Amirudin, saya percaya Selangor akan muncul sebagai penjana utama profesional berkemahiran dalam sektor industri termaju, di Malaysia,” katanya.

Impak dan kekuatan segera bagi mengangkat martabat Selangor sebagai sebuah negeri maju nombor satu di Malaysia mampu direalisasikan memandangkan Jerman adalah salah satu ne-gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia.

Sistem pendidikan yang menggabungkan pe-nguasaan ilmu dan latihan seperti yang diamal-kan Jerman terbukti mampu memacu negara berkenaan ke arah kemajuan.

Tidak ketinggalan, Amirudin bersama EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Me-layu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari turut menghadiri ITB, di Berlin.

Katanya, acara tahunan itu menjadi landasan Selangor untuk mengetengahkan gugusan eko-pelancongan Selangor.

Dengan pelancaran kempen baru Discover Se-langor, #TakeMeAnywhere, negeri itu akan meneri-ma lebih ramai pelancong, dari benua itu.

Untuk rekod, Selangor menerima sejumlah be-sar pelancong pada suku pertama 2018, berban-ding tahun sebelumnya.

Delegasi Selangor ketika menghadiri Internationale Tourismus-Börse Berlin (ITB), di Berlin.

Dari kiri: Noorul Ashikin Mohd Din (Pengurus Besar Tourism Selangor), Datuk Mohamaddin Ketapi (Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya), Amirudin Shari (Dato’ Menteri Besar) dan Datuk Abdul Rashid Asari (Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor)

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 2: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

2Utama

SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

MB ucap syabas Air Selangor diiktiraf Pusat

Dinobat sebagai pemenang anjuran NCOSH

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari, mengucap-kan syabas kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Sela-ngor) kerana dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pe-kerjaan Kebangsaan 2018 (ka-tegori kemudahan air).

Katanya, dengan anugerah itu, ia akan menjadi pemangkin ke-pada Air Selangor dalam mem-beri perkhidmatan cemerlang kepada pengguna.

“Syabas kepada Air Selangor, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Cemerlang Kesela-matan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 (kategori ke-mudahan air).

“Saya berharap ini akan men-jadi pemangkin buat Air Selangor dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada pengguna,” tulisnya dalam Twitter, pada 12

Ekonomi Melayu baharu bakal digubalSHAH ALAM - Kerajaan bakal meng-gubal satu dasar ekonomi Melayu baharu dalam usaha mendepani cabaran ekonomi semasa.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dasar terbabit akan berte-raskan pertumbuhan, menjamin kesaksamaan serta perkongsian kemakmuran.

“Dasar ini mencerakinkan se-mangat inklusiviti dan nilai ke-adilan yang akan menyumbang kepada kekayaan untuk dikong-si bersama-sama seluruh rakyat Malaysia berkonsepkan ‘shared prosperity’ (perkongsian kemak-muran),” ka-tanya seperti dilapor MalaysiaKini.

Beliau berkata demikian se-bagai mendukung kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad yang menegaskan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) sentiasa membela hak dan kepentingan masyarakat Me-layu dan Bumiputera.

Mohamed Azmin berkata, la-watan kerjanya ke Kelantan se-bagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan, minggu lalu, membuka lembaran baharu

Hukuman mati atas budi bicara mahkamahKUALA LUMPUR - Kerajaan mencadangkan hukuman mati atas budi bicara mahkamah di-laksana bagi menggantikan hu-kuman mati mandatori.

Ia membabitkan sembilan ke-salahan mengikut Kanun Kesek-saan dan dua kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Be-rat) 1971.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Ha-nipa Maidin berkata, cadangan itu bagi mengotakan janji ke-27 ma-nifesto Pakatan Harapan (PAKA-TAN) yang mahu memansuhkan hukuman mati mandatori.

“Hukuman mati mandatori ini hanya membabitkan dua un-

dang-undang iaitu Kanun Kesek-saan dan Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) di Dewan Rakyat, pada 13 Mac lalu.

Pada masa sama, katanya, ke-rajaan juga tidak mempunyai se-barang cadangan sama ada mahu memansuhkan hukuman mati berkaitan kesalahan yang ter-dapat, di negara ini.

Terdahulu, Che Abdullah ber-tanya berkenaan mahu mengeta-hui sama ada kerajaan membuat kajian terperinci sebelum mem-buat keputusan pemansuhan hu-kuman mati.

Kerajaan pertimbang naik elaun petani, nelayan RM���GEORGETOWN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan Elaun Sara Hidup (ESH) untuk nelayan dan petani dinaikkan ke RM300 ta-hun depan berbanding RM200 sekarang jika keadaan kewa-ngan negara mengizinkan.

Menterinya, Datuk Sala-huddin Ayub berkata, kabinet membincangkan jenis bantu-an tambahan bersesuaian un-tuk disalurkan akibat kejatuhan

harga komoditi, keadaan cuaca tidak menentu dan musim ke-marau.

“Saya memberi jaminan baha-wa pihak kementerian akan usa-hakan untuk memastikan ESH kekal diberikan dalam jumlah RM300 dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentang, pada Oktober ini,” katanya selepas merasmikan Hari Bertemu Pelanggan kementerian itu bagi peringkat negeri Pulau Pinang,

di Batu Maung, dekat sini, lapor BERNAMA.

Beliau berkata, ESH yang se-belum ini berjumlah RM300 dikurangkan kepada RM150 bagaimanapun disemak semu-la kepada RM200 untuk tahun ini selepas mengambil kira pel-bagai aspek.

Katanya, pemberian ESH itu membabitkan hampir 40,000 nelayan dan 320,000 pesawah yang layak, di seluruh negara.

Mac lalu.Air Selangor melalui pejabat

Wilayah Gombak dipilih sebagai pemenang dalam anugerah an-juran Majlis Negara bagi Kesela-matan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) itu.

Anugerah terbabit bertujuan mengiktiraf organisasi yang mempamerkan rekod penca-paian cemerlang dalam melak-sanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pe-kerjaan, di tempat kerja.

dalam usaha memperkukuh hubun-gan kerajaan Persekutuan dan Kera-jaan Kelantan, selain menyuburkan semangat federalisme yang akan melonjakkan ekonomi rakyat khu-susnya masyarakat desa.

Dasar ini mencerakinkan semangat inklusiviti dan nilai keadilan yang akan menyumbang kepada kekayaan untuk dikongsi bersama-sama seluruh rakyat Malaysia MOHAMED AZMINMenteri Hal Ehwal Ekonomi

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 3: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

Selangor Business School terus diperkasa

Kerjasama Selangor, institut Berlin nilai tambah pendidikan

OLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA - Kerjasama an-tara Kerajaan Negeri dan Euro-pean School of Management and Technical (ESMT), di Berlin, akan dirangka bagi memberi nilai tam-bah kepada perkembangan Sela-ngor Business School (SBS).

Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, langkah itu akan membantu Selangor me-ningkatkan lagi sektor perkhid-matan, khususnya dalam bidang pendidikan.

“Ketika di Berlin, saya sempat

melawat ESMT dan mungkin akan ada kerjasama yang akan dirang-ka. Tidak ketinggalan, saya juga melawat beberapa tempat lain dengan perancangan menjurus kepada teknikal dan vokasional secara keseluruhan, di Jerman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Anugerah Per-khidmatan Cemerlang 2018 dan Meraikan Pesara 2019 Majlis Banda-raya Petaling Jaya, di Dewan Sivik MBPJ, pada 12 Mac lalu.

Tidak ketinggalan, Amirudin bersama EXCO Kebudayaan dan

Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Rashid Asari, turut menghadiri Berlin Interna-tionale Tourism Borse.

Katanya, pada program tahun ini, Malaysia adalah rakan kongsi penganjuran ekspo pelancongan terbesar itu.

“Selangor juga menghantar delegasi yang agak besar diketuai saya sendiri dan kita hadiri bebe-rapa program yang fokus kepada Datuk Rashid selaku EXCO untuk mempromosi negeri sebagai des-tinasi pelancongan terbaik,” ka- tanya.

Peranan besar penjawat awam pastikan kestabilan ekonomiPETALING JAYA - Rakyat dan pen-jawat awam di Selangor mempu-nyai tanggungjawab besar dalam memastikan kestabilan ekonomi bukan sahaja di peringkat negeri, malahan di peringkat nasional.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ekonomi di Sela-ngor mampu memberi impak se-cara langsung atau tidak langsung

kepada ekonomi negara secara ke-seluruhannya.

“Pada 2009, ketika kita berde-pan kesulitan dan pencapaian eko-nomi yang agak lemah, kesannya Malaysia turut mencapai pertum-buhan ekonomi yang tidak mem-berangsangkan.

“Bagaimanapun, pada 2017, kita diberi lonjakan pencapaian

dengan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7.1 peratus yang turut memberi kesan baik kepada eko-nomi persekitaran nasional yang melonjak dari 4.5 hingga 4.9 per-atus kepada 5.9 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 dan Meraikan Pesara di 2019 Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Dewan Sivik MBPJ, pada 12 Mac lalu.

Amirudin berkata, status itu perlu dikekalkan dengan melaku-kan anjakan progresif dalam diri penjawat awam, pemimpin, pen-tadbir dan seluruh rakyat Selangor untuk mengekalkan kemakmuran, di negeri itu.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada 160 penerima anugerah perkhidmatan cemerlang.

Katanya, anugerah diberikan itu menjadi penyuntik semangat ke-pada kakitangan untuk mengekal-kan prestasi perkhidmatan kepada rakyat Selangor.

SHAH ALAM - Kerja menaik taraf bulatan Kota Kemuning, di sini, di-jangka siap penghujung Mac ini, kata Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Beliau berkata, projek berke-naan sepatutnya siap tahun lalu, namun lewat berpunca daripada kegagalan kontraktor.

“Saya sudah dimaklumkan Maj-lis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bahawa projek ini seharusnya siap tahun lalu, namun gagal ditepati kontraktor.

“MBSA juga mengambil tinda-kan terhadap kontraktor berke-naan atas kelewatan. Projek ini dijangka siap, pada penghujung Mac ini,” katanya melalui Twitter.

Sementara itu, MBSA memak-lumkan pihaknya kini sedang giat menaik taraf bulatan di Jalan Per-siaran Anggerik Vanilla dan Per-siaran Anggerik Mokara, Kota Kemuning.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBSA, Cheremi Tarman berkata, kerja menaik taraf bulatan itu se-

Bulatan Kota Kemuning siap hujung bulan ini

MAS raih penerbangan terbaik di AsiaSHAH ALAM - Syarikat pener-bangan negara, Malaysia Air-lines (MAS) dinobatkan sebagai syarikat penerbangan terbaik di Asia sempena anugerah pelan-congan antarabangsa Majlis Antarabangsa Persatuan Penu-lis Pelancongan Kawasan Pasifik (PATWA) 2019, di Internationale Tourismus-Börse Berlin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kum-pulannya, Izham Ismail berkata,

kejayaan itu adalah hasil dedi-kasi pekerja syarikat berkenaan yang komited dalam memberi-kan perkhidmatan terbaik kepa-da pelanggan.

Katanya, pekerjanya mem-berikan perkhidmatan terbaik di darat dan sepanjang perjala-nan penumpang.

“Anugerah ini mengiktiraf be-berapa perkembangan positif yang kami lancarkan sejak dua

tahun lalu termasuk pesawat ba-haru, produk dan inovasi digital.

“Ini adalah bukti komitmen kami untuk menawarkan pe-numpang pengalaman hebat di udara dan di lapangan,” katanya dalam kenyataan.

MAS kini sedang mengadakan potongan harga tiket sehingga 20 peratus ke beberapa destina-si terpilih termasuk Hong Kong dan Sydney.

MBSA juga mengambil tindakan terhadap kontraktor berkenaan atas kelewatan. Projek ini dijangka siap, pada penghujung Mac iniAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

bagai usaha mengurangkan kese-sakan jalan raya dihadapi terutama penduduk Kota Kemuning serta orang ramai yang berurusan, di ka-wasan sekitarnya.

Projek berkenaan menelan kos RM3.7 juta membabitkan penam-bahan lorong, pelebaran jalan di bulatan, pemasangan empat lam-pu isyarat dan lapan ‘amber lamp’, jalan susur dan pengalihan kerja utiliti.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 4: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

4Utama

SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB

PENGARANG KUMPULAN: Fathi Aris OmarPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera & Hafizan TaibWARTAWAN:

Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofREKA LETAK: Mohd Azwa, Nor Azarina, Farah Azila, Zul Albani

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Jangan cemar imej negara IslamPUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menolak sebarang usaha mengiktiraf lesbi-an, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mo-hamad Nordin Ibrahim berkata, pendirian itu selaras kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad, bahawa Malaysia tidak boleh menerima sistem ni-lai yang diamalkan di negara barat iaitu LGBT dan perkahwinan se-jenis.

Katanya, demokrasi tidak ber-maksud semua orang bebas mem-buat perkara disukai, apatah lagi perkara yang diperjuangkan ber-tentangan dengan undang-un-

dang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat.

“Sejak dahulu lagi LGBT tidak diterima di negara kita. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej Malaysia se-bagai negara Islam.

“JAKIM merasa kesal dengan tindakan sekumpulan peserta per-arakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur, pada 9 Mac lalu yang menyokong golongan LGBT dalam negara.

“Pendirian sama juga turut ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang mela- rang sebarang usaha untuk mem-promosi LGBT,” katanya dalam ke-

nyataan, pada 10 Mac lalu.Pada masa sama, Mohamad

Nordin berkata, JAKIM komited menangani dan membantu golo- ngan terjebak budaya LGBT me-lalui program rawatan serta pemu-lihan yang dijalankan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pel-bagai pihak.

Media sebelum ini melapork-an bahawa beberapa badan bu-kan kerajaan termasuk Women’s Aid Organization, Sisters In Islam serta penyokong LGBT menyer-tai perhimpunan sempena Hari Wanita Sedunia, berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, ba-ru-baru ini.

Ibarat api dalam sekam

Kebebasan LGBT perlu dikekang OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kebebasan cara hidup golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) perlu dibendung sewajarnya daripada terus merebak, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

Beliau berkata, namun kekangan ter-babit bukan bermakna Islam menghalang kebebasan, sebaliknya kebebasan Islam adalah mengikut syarak.

“Aktiviti LGBT ini sudah tentunya dili-hat bercanggah dengan agama dan se-cara terang-terangan perjuangan mereka

ialah lelaki boleh berkahwin dengan lela-ki, perempuan boleh berkahwin dengan perempuan.

“Amat wajar jika Kerajaan Negeri me-ngambil tindakan serius isu ini meman-dangkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sudah bertitah bahawa ancaman LGBT ibarat api dalam sekam yang sedang memusnahkan Islam dan pengikutnya, dari dalam,” katanya.

Paa 11 Mac lalu, Sultan Selangor menerusi akaun Instagram Selangor Ro-yal Official bertitah, fahaman libe-ralisme yang memperjuangkan hak ke-

samarataan sehingga membawa budaya LGBT perlu ditangani segera.

Titah baginda lagi, budaya LGBT itu perlu ditangani dengan lebih berkesan agar ianya tidak menjadi satu ikutan dan trend.

Mohd Tamyes berkata, Islam adalah agama terpimpin serta bukannya bebas mengikut logik semata-mata.

“Sultan Selangor juga sudah menyua-rakan perkara ini, tetapi kita bertindak bukan atas titah tuanku semata-mata, sebaliknya umat Islam ini perlu patuh pada undang-undang syarak Islam,” ka-tanya.

Gaya hidup, kurang penghayatan agama punca penularanSHAH ALAM - Gaya hidup dan kurang penghayatan agama an-tara faktor yang menyebabkan penularan Lesbian, Gay, Bisek-sual, Transgender (LGBT).

Pengarah Jabatan Agama Is-lam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim berkata, walaupun pendi-dikan agama diberikan sejak ke-cil, namun kencenderungan ke arah golongan itu tetap berlaku kerana pengamalan kehidupan beragama kurang.

Katanya, hal itu menyebab-kan mereka terjerumus kerana tidak dapat membezakan antara perkara baik atau tidak.

“Faktor mudah terpengaruh dengan rakan dan sekeliling tu-rut mendedahkan individu ke-pada golongan LGBT ini.

“Ia selain konflik keluarga menjadi penyumbang seperti masalah dalaman keluarga yang dialami individu menyebabkan mereka mencari keseronokan di luar melalui perhubungan bagi mengantikan ibu bapanya,” ka-

tanya.Beliau berkata demikian

ketika merasmikan Seminar Keibubapaan mengenai LGBT bertajuk Keliru dan Kelabu di Dewan Muzakarah dan Syarah-an Islam, di Masjid Negeri,di sini, pada 11 Mac lalu.

Haris berkata, masyarakat di negara itu menolak untuk mene-rima golongan LGBT berkenaan kerana ia tidak selari dengan aja-ran Islam.

Katanya, lebih sedih apabila golongan itu adalah umat Islam dan mendapat tuntutan ilmu yang mendalam tentang Islam.

“LGBT adalah perbuatan mungkar dilaknat dan diharam-kan Allah SWT secara terang juga tersembunyi.

“Ia juga adalah perbuatan dosa besar dan terkutuk me- nyalahi hak kemuliaan se-seorang manusia, sekali gus menafikan hak berhubungan melalui perkahwinan yang sah,” katanya.

Henti salah guna ruang demokrasiSHAH ALAM - Ahli Dewan Ne-geri Kota Anggerik, Najwan Halimi, menegaskan rakyat Ma-laysia menolak budaya songsang komuniti penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Golongan LGBT perlu teri-ma hakikat rakyat Malaysia se-cara majoritinya menolak budaya songsang yang mereka amalkan.

“Hormati sensitiviti awam. Henti tuntut perkara yang tak munasabah,” tulisnya di Twitter.

Paparan itu sehingga kini mendapat lebih 13,000 retweet dan lebih 9,000 digemari (like).

Kenyataan itu susulan per-arakan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disertai se-kumpulan komuniti penyokong LGBT, di ibu negara, pada 9 Mac lalu.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, menzahir-kan rasa terkejut kerana perarakan sambutan itu digunakan untuk mempertahankan hak LGBT.

Katanya, tindakan itu disifat-kan sebagai salah guna ruang de-mokrasi.

Aktiviti LGBT ini sudah tentunya dilihat bercanggah dengan agama dan secara terang-terangan perjuangan mereka ialah lelaki boleh berkahwin dengan lelaki, perempuan boleh berkahwin dengan perempuanMOHD TAMYESMufti Selangor

“Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan ruang de-mokrasi untuk mempertahan-kan perkara yang salah di sisi Islam.

“Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kera-jaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali, di negara ini.

"Mana mungkin, kita mengik-tiraf suatu perbuatan yang salah disisi undang-undang,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaKini.

Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang salah di sisi IslamDR MUJAHIDMenteri di Jabatan Perdana Menteri

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 5: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

YRMS ajak belia sertai kursus buat kerisSHAH ALAM - Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) mengajak belia se-luruh Malaysia yang berminat untuk menyertai kursus Seni Kemahiran Pembuatan Keris Tradisional.

Selangor Youth Community (SAY) menerusi laman Facebooknya me-maklumkan, kursus kemahiran itu berlangsung selama 12 bulan, ber-mula April hingga Mac 2020.

Katanya, sesi kursus itu diadakan di Kuala Terengganu bagi Seni Uki-ran Keris, manakala Marang untuk Seni Tempaan Besi.

“Kami akan menyediakan latihan percuma selama 12 bulan dan elaun RM500 sebulan kepada pemohon

yang berjaya mengikuti kursus lati-han kemahiran ini.

“Latihan akan dijalankan mentor berpengalaman dalam bidang seni ukiran keris dan seni tempaan besi,” katanya.

Pada masa sama, YRMS berkata, sesi temuduga bakal dilaksanakan ke-pada mentee yang berpotensi dise- narai pendek selepas kursus berke-naan selesai.

“Sesi temuduga itu akan dijalan-kan bersama dengan rakan strate-gik kami iaitu Yayasan Diraja Sultan Mizan dan Universiti Sultan Zai- nal Abidin, di Kuala Terengganu,” ka-tanya.

Sedia hadapi cabaran IR�.�

Laluan baharu bantu penduduk ke Hospital SerdangSERI KEMBANGAN - Penduduk Seri Kemba-ngan bakal menarik nafas lega ekoran laluan baharu Bas Smart Selangor bakal memudah-kan mereka berkunjung ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, penduduk tidak lagi runsing untuk menggunakan kenderaan sen-diri ekoran kawasan hospital kekurangan tem-pat letak kereta.

"Sebelum ini, sudah ada bas Smart Sela-ngor ke Hospital Serdang iaitu mengguna-kan laluan SJ04 iaitu dari Serdang hingga ke

hospital, namun ada beberapa laluan yang tidak dapat menghubungkan laluan bas ini sehingga menyukarkan penduduk.

"Kerana prihatin dengan permintaan pen-duduk, Kerajaan Negeri mewujudkan laluan baharu yang dipanggil SJ05 bermula dari Ta-man Equine seterusnya boleh berhubung de-ngan laluan SJ04. Oleh itu, penduduk boleh terus sampai ke hospital tanpa rasa bimbang lagi," katanya kepada media.

Beliau berkata demikian selepas merasmi-kan perkhidmatan bas Smart Selangor Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi laluan baru SJ05, di sini, pada 11 Mac lalu.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohammad Zulkurnain Che Ali; Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan Ketua Pegawai Eksekutif Bas Rapid, Mu-hammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin.

Sementara itu, Hian Wah berkata, beliau berharap supaya penduduk menggunakan perkhidmatan bas baharu itu sebaik mungkin.

"Gunakan kemudahan yang diberi se-cara percuma ini dan saya berharap supaya penduduk tempatan lebih peka dengan ke-mudahan Bas Smart Selangor, di kawasan pen-tadbiran MPSJ.

"Saya juga berharap supaya pada masa de-pan MPSJ akan memperuntukkan laluan ba-haru yang lain, sekali gus menaikkan jumlah pengguna bas ini, pada masa hadapan," ka-tanya.

Revolusi Industri 4.0

Selangor dijangka kekal peneraju di Asia TenggaraOLEH NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA - Selangor dijang-ka kekal menerajui rantau Asia Tenggara dalam kajian dan pene-rokaan Industri Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) melalui Malaysia Smart Factory (MSF) yang dilancarkan, pada September lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-

din Shari berkata, langkah mem-perkembangkan MSF diperhalusi bahagian Pendidikan dan Pengu-rusan Sumber Manusia Setiausaha Kerajaan Negeri.

Katanya, Swiss Smart Factory (SSF), di Switzerland, yang dibuka pada 2017 adalah institut pertama di dunia yang menjalankan kaji-an serta menyediakan asas pen-

ting untuk mengharungi cabaran IR 4.0.

“Saya sedang fikir untuk kem-bangkan kerana inilah antara pin-tu masuk ke Asia Tenggara yang kita impikan bukan sahaja dalam aspek ekonomi atau pelaburan tetapi dalam sektor perkhidmatan seperti pendidikan dan penyedia-an terhadap persediaan IR 4.0,” ka-

tanya.Pada masa sama, Amirudin ber-

kata, lawatannya ke SSF baru-baru ini memberi peluang kepadanya meninjau sendiri kaedah yang dibangunkan, di makmal berke-naan.

“Kita memang sudah ada ker-jasama MSF dengan SSF yang di-lancarkan September tahun lalu,

yang juga maklmal IR4.0 pertama, di Asia Tenggara.

“Hanya pada tahun ini barulah SSF akan dibuka di Korea, Jepun dan Indonesia. Sebab itu, saya lawat SSF dengan harapan kita dapat kembangkan lagi makmal itu supaya Selangor tetap menjadi peneraju kepada pengkajian IR4.0, pada masa hadapan,” katanya.

DAMANSARA - Orang ramai dinasihat-kan supaya tidak takut menghadapi Re-volusi Industri 4.0 (IR4.0), kata Pengarah Global dan Rakan Pengurusan Frost & Sullivan, Aroop Zutshi.

Beliau berkata, seba-liknya ia perlu dijadikan cabaran untuk terus me-majukan Selangor ekoran revolusi itu bakal mem-bawa perubahan besar dalam negara terutama mewujudkan peluang pe-kerjaan yang lebih banyak.

“Justeru, anak muda perlu lebih ber-siap sedia menghadapi perubahan ini kerana pastinya peluang pekerjaan yang lebih baik akan tersedia buat mereka.

“Perkembangan positif dalam menuju IR4.0 ini juga akan memberi kesan baik kepada syarikat terbabit, tahap pengu-rusan akan menjadi lebih efisien dan mereka akan menjadi sebuah organisa-si lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam per-temuan khas bersama SelangorKini selepas Sesi Taklimat Inovasi Pertum-buhan IR4.0 anjuran Frost & Sullivan, pada 7 Mac lalu.

Sesi taklimat yang turut disertai pemain industri Selangor itu dimulai

dengan pembentangan par-adigma industri digital serta masa depan industri pem-buatan.

Aroop berkata, pihaknya melihat sesi taklimat sela-ma hampir empat jam itu penting bagi memboleh-kan pemain industri mahu-pun masyarakat memahami maksud IR4.0.

Katanya, IR4.0 bukan seka-dar memacu pertumbuhan

industri sesebuah negara, sebaliknya ia turut membantu tahap keselamatan siber (cybersecurity) yang sering dibin-cangkan dunia moden, hari ini.

“Malah, sehingga kini di Amerika Syarikat turut berdepan dengan ma-salah pencerobohan data. Justeru, kami melihat arus kemodenan dunia perlu seiring dengan IR4.0 bagi memboleh-kan keselamatan siber lebih terjamin.

“Oleh itu, di samping manfaatnya yang banyak, impak teknologi dan globalisasi bakal menggandakan per-saingan dan meluaskan capaian tanpa sempadan,” katanya.EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 6: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

6Utama

SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

Sewa lot kepada warga asing, pemilik bakal disenarai hitamPUCHONG - Warga tempatan yang menyalahgunakan lesen perniagaan dengan menye-wakan lot premis atau pasar ke-pada warga asing akan disenarai hitamkan Kerajaan Negeri.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pe-ngangkutan Awam dan Pemba-ngunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, tindakan itu bakal dilaksanakan menerusi dua fasa

pelaksanaan yang dirancang.Katanya, Pihak Berkuasa Tem-

patan (PBT) tidak pernah menge-luarkan lesen kepada warga asing, namun ia berlaku berke-mungkinan melalui warga tem-patan.

“Kita menggariskan dua fasa pelaksanaan sebagai jangka pendek bagi mengatasi isu pen-jaja kecil warga asing ini.

“Saya berpandangan Undang-Undang Kecil (UUK) di PBT sudah cukup baik, namun hanya tinda-kan penguatkuasaan.

“Saya juga sudah menerima laporan daripada 12 PBT, mereka tidak mengeluarkan lesen kepada warga ini tetapi ia berkemungki-nan diberi sewa oleh warga tem-patan,” katanya ketika ditemui.

Sehubungan itu, Sze Han ber-

kata, tindakan tegas bakal dilak-sanakan dengan dimulakan di pasar pagi dan pasar malam.

“Sama ada warga asing atau tempatan, kedua-duanya akan diambil tindakan. Lesen mereka akan ditarik balik dan disenarai hi-tamkan,” katanya.

Sebelum ini, Majli Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) menga-rahkan semua 12 PBT mengkaji

dan membuat penambahbaikan kepada UUK khususnya berkaitan dengan penjaja kecil bagi mela-rang pembabitan warga asing se-bagai pekerja atau pemilik.

Malah, Kerajaan Negeri juga se-dang merangka pelan tindakan dan pelaksanaan membabitkan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imi-gresen, Majlis Daerah dan PBT.

�� pengusaha padi tamat kursus di Farmers Field SchoolTANJONG KARANG - Seramai 19 pe-ngusaha tanaman padi di Tanjong Ka-rang berjaya menamatkan kursus ‘Farmers Field School’ (FFS), Institut Pengurusan Peladang (IPP) yang dianjurkan Jabatan Pertanian Selangor.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Jamal Harizan Yang Razali berkata, kursus itu dijalankan bagi mendidik peserta meng-hasilkan padi yang baik, sekali gus me-ningkatkan pengeluaran padi dengan kaedah betul, bermula daripada pemili-han benih hingga pemasaran

“Seramai 51 tenaga pengajar daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Pertanian sendiri dan Agro Bank mengajar secara teori juga pratikal kepada peserta.

“Kursus ini berlangsung selama enam bulan membabitkan 18 kelas keselu-

ruhannya,” katanya ketika merasmikan Majlis Graduasi FFS dan Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pertanian Daerah Kua-la Selangor, di Dewan IPP, di sini, pada 6 Mac lalu.

Pada masa sama, katanya, Jabatan Per-tanian Selangor mula menjalankan kursus itu, sejak dua tahun lalu.

Katanya, ia tidak terhad kepada pena-naman padi sahaja tetapi turut membabit-kan tanaman lain.

“Tahniah kepada peserta dan saya ha-rap mereka dapat mengembangkan ilmu diperolehi kepada rakan pesawah yang lain,” katanya.

Terdahulu, Jamal menyampaikan si-jil tamat kursus kepada 19 peserta FFS.

Turut hadir, Pengarah Pertanian Sela-ngor, Mat Lesak Ngathinee.

Balu pemandu lori rentung terima sumbangan PERKESO

PUCHONG - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Yayasan Pelajaran MARA mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada balu Allahyarham Mo-hamad Suhaimi Khamis, yang maut dalam kemalangan, pada 23 Februari lalu.

Bantuan itu diserahkan kepada Khati-jah Abdul Karim, 36, oleh EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ng Sze Han, di kediamannya, pada 5 Mac lalu.

Sze Han berkata, bantuan itu bagi me-ringankan beban balu Allahyarham mem-besarkan anaknya yang masih bersekolah.

“Khatijah menerima pencen faedah orang tanggungan dan faedah penguru-san mayat daripada PERKESO serta ban-tuan tunai di bawah skim bantuan khas persekolahan Yayasan Pelajaran MARA.

“Caruman PERKESO sangat penting bagi golongan pekerja mendapat fae-dah tertentu jika berhadapan sebarang kemudaratan, pada masa hadapan,” ka-tanya selepas menyerahkan cek bantuan kepada Khatijah.

Pada masa sama, beliau berkata, pi-haknya sedia membantu Khatijah me-lalui pelbagai bantuan lain jika diperlukan.

Terdahulu, pemandu lori tangki min-yak, Mohamad Suhaimi maut dalam ke-bakaran selepas kenderaannya terbabit dalam kemalangan, di Kilometer 372 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan.

Allahyarham meninggalkan seorang balu yang sedang hamil tujuh bulan dan tiga anak termasuk pasangan kembar Mo-hamad Amar dan Mohamad Amir, 9, serta Nur Afiqah, 8.

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menghulurkan bantuan kepada bekas peman-du Grab yang hilang punca pendapatan selepas buah ping-gangnya bengkak dan bernanah ekoran batu karang, sejak Ogos lalu.

LZS melalui facebook memak-

lumkan pihaknya menyalurkan bantuan awal RM500 kepada Ah-mad Nuraddin Mohd Yusoff, 39, selain bantuan lain secara bula-nan termasuk sewa rumah.

“Beliau yang berstatus duda tinggal di Rawang menghidap sakit batu karang menyebabkan jangkitan pada buah pinggang dan mata serta tidak dapat lagi bekerja membawa Grab.

“Semoga dengan bantuan za-kat ini dapat meringankan beban beliau. Semoga beliau diberi ke-sembuhan dan sihat seperti se-dia kala,” katanya.

Ahmad Nuraddin turut me-ngalami situasi malang apabi-la jangkitan kuman merebak ke bahagian mata dan kanta mata kanannya terpaksa dibuang ser-ta penglihatan mata kiri kabur.

Kini, beliau bimbang tidak dapat membayar sewa biliknya di bangunan kedai di Bandar Rawang pada kadar RM250 se-bulan kerana tidak mampu lagi untuk bekerja.

Malah, wang simpanannya su-dah habis dibelanjakan ketika menjalani rawatan dan kini ber-gantung pada bantuan orang ra-mai untuk belanja harian.

LZS bantu bekas pemandu GrabBeban Ahmad Nuraddin diringankan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 7: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

SACC Walk Flea Market

Lubuk barangan vintage

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - SACC Walk Flea Market di sini menjadi lubuk jua-lan barangan vintage, khas kepa-da pengumpul koleksi berkenaan.

Mula beroperasi dari jam 6 pe-tang hingga 12 tengah malam pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, ia bukan sahaja menjadi syurga barangan antik tetapi tu-rut menyediakan jualan makanan kendera saji dibawakan khas oleh Tapak Urban Street Dining.

Pemangku Pengurus Pusat PKNS Real Estate Sdn Bhd (PKNS PREC), Syahril Mohd Rashid ber-kata, pihaknya berusaha menye-diakan ruang dan peluang kepada usahawan terutama Bumiputera ti-dak mempunyai modal untuk me-nyewa tapak jualan, di luar.

“PKNS PREC bertanggungja- wab membantu mereka melebar-kan sayap bagi menjana pendapa-tan sendiri, sekali gus membantu ekonomi negeri,” katanya dalam

PKNS Bizpoint komited bantu usahawanSHAH ALAM - Bahagian Pemban-gunan Usahawan (BPU) Perbada-nan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bizpoint komited mem-bantu usahawan mereka meluas-kan perniagaan melalui pelbagai inisiatif.

Pengurusnya, Shamsul Bahrin Md Shukur berkata, ia bersesuaian dengan objektif kelab itu untuk mempertingkatkan keberkesa-nan pelaksanaan program keusa-hawanan, sekali gus mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Per-

industrian Bumiputera berdaya.Katanya, sehingga kini pi-

haknya berjaya melahirkan lebih 100 ahli BizClub dan yakin jumlah itu akan meningkat, dari semasa ke semasa.

“Pelbagai manfaat usahawan berdaftar dengan BizClub ini teri-ma antaranya kita menyediakan bazaar untuk mereka berniaga secara mingguan atau tibanya musim perayaan, di sekitar pusat komersial Seksyen 7, di sini.

“Malah, manfaat lain antara-

nya tersenarai dalam direktori BPU PKNS, keutamaan menyertai program promosi jualan anjuran BPU PKNS, menjadi ahli kumpulan WhatsApp PKNS BizClub dan dapat menerima pelbagai informasi pro-gram keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada program Tak-limat ‘Jom Bisnes Raya Di Shopee’ di PKNS BizPoint, di sini, pada 9 Mac lalu.

Pada masa sama, beliau meng-alu-alukan mana-mana usahawan

berminat untuk menyertai PKNS BizClub untuk menghadirkan diri ke BizPoint, Seksyen 7, di sini.

Shamsul Bahrin berkata, ahli PKNS BizClub boleh mendaftar-kan diri dengan hanya dikenakan bayaran RM100 dan mereka boleh menggunakan fasiliti disediakan.

“Mereka boleh menggunakan ‘event space’ atau ‘working space’ yang ada di tingkat bawah ba-ngunan kita jika mereka bermi-nat mahu meluaskan pemasaran perniagaan,” katanya.Shamsul Bahrin

PKNS X Shopee sedia landasan pasar produkSHAH ALAM - Bahagian Pemba-ngunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bergabung dengan aplikasi jua-lan dalam talian, Shopee Malaysia, bagi mewujudkan tempat pema-saran kepada usahawannya untuk memasarkan produk.

Pengurus Pembangunan Usa-hawan PKNS, Shamsul Bahrin Md Shukur berkata, hampir 40 usaha-wan dalam kalangan ahli kelab Biz-Club perbadanan itu terpilih untuk berniaga melalui landasan berke-naan.

Katanya, gabungan julung kali itu turut mendapat kerjasama daripada Selangor Information Technology & Ecommerce Coun-cil (SITEC).

“Ini adalah kali pertama kita mewujudkan hab perniagaan bersama Shopee dan SITEC ber-tujuan mewujudkan ‘market place’ kepada setiap usahawan untuk memasarkan produk mereka ke peringkat lebih jauh.

“Malah, kita panggil semua 40 usahawan ini untuk mendengar sendiri taklimat berkaitan pasa-ran e-dagang, sekali gus mem-beri pendedahan lebih terperinci bagaimana mahu menjenama-kan serta memasarkan sesuatu produk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Taklimat ‘Jom Bisnes Raya Di Shopee’ di PKNS Bizpoint, di sini, pada 9 Mac lalu.

kenyataan.Beliau berkata, pihaknya bakal

menambah baik suasana di ka-wasan itu dengan menganjurkan pertandingan kereta mini Tamiya 4WD, gusti lengan, pertandingan karaoke dan pertandingan makan.

Selain itu, katanya, turut diada-kan persembahan ‘buskers’, aktiviti pelukis jalanan, ‘sand art’, persem-bahan badut dan pemberian gula-gula kapas percuma.

“PKNS PREC kini sedang me-ngorak langkah mewujudkan kerjasama dengan Persatuan Pe-dagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Selangor bagi membuka peluang dan me-nambah lagi jumlah peniaga, di SACC Walk Flea Market,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan cadangan berkenaan SACC Walk Flea Market, sila hubungi Nashriq, di talian 012-6290992.

Pada masa sama, katanya, usa-hawan terbabit mula berniaga di Shopee Malaysia, pada 25 April hingga 25 Mei ini, sempena ke-datangan Hari Raya Aidilfitri.

Shamsul Bahrin berkata, setiap usahawan memasarkan produk melalui aplikasi itu tidak perlu membayar sebarang kos, seba-liknya ditanggung sepenuhnya Bahagian Pembangunan Usaha-wan PKNS.

“Kita juga akan menyediakan studio jika mereka mahu mengam-bil gambar produk yang ingin di-pasarkan.

“Selain itu, perniagaan dalam Shopee Malaysia ini juga tidak hanya dikhususkan ketika sesuatu perayaan sahaja tetapi mereka bo-leh meneruskan pada masa akan datang kerana kita sudah menye-diakan landasan untuk mereka,” katanya.

Ini adalah kali pertama kita mewujudkan hab perniagaan bersama Shopee dan SITEC bertujuan mewujudkan ‘market place’SHAMSUL BAHRINPengurus Pembangunan Usahawan PKNS

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 8: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

8Nasional

SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

KUALA LUMPUR - Sistem soko-ngan komprehensif perlu dirang-ka bagi membantu memperkasa golongan wanita daripada segi ekonomi, sosial dan politik.

Timbalan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, agenda pembangunan dan pemerkasaan wanita tidak akan berkesan jika tiada keseda-ran, sokongan serta pembabitan inklusif daripada semua pihak.

“Program pembangunan wani-ta dalam suasana global yang pantas ini tidak mungkin boleh

SHAH ALAM - Kementerian Peruma-han dan Kerajaan Tempatan (KKPKT) tekad memastikan golongan wanita mendapat tempat dalam segala hal berkaitan pembangunan, terutama daripada sudut peningkatan taraf hidup dalam komuniti dan keterli-batan secara langsung dalam peren-canaan kehidupan bermasyarakat.

Menterinya, Zuraida Kama-ruddin berkata, wanita memain-kan peranan amat penting dalam pembangunan sejagat dan sudah membuktikan kemampuan seba-gai penggerak kepada kemajuan ekonomi, budaya, sosial, pendidi-kan dan menjadi faktor terpenting dalam membina sebuah negara maju.

“Pembangunan mampan dan le-stari bukan hanya terletak kepada pembangunan fizikal, tetapi turut membabitkan agenda kesejahte-raan komuniti serta pertumbuhan ekonomi menyeluruh.

“Pelaksanaan setiap proses pem-

KUALA LUMPUR - Hanya 17 pera-tus perniagaan di Malaysia melan-tik wanita sebagai Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengarah Urusan.

Rangkaian perkhidmatan pro-fesional global, Grant Thornton In-ternational Ltd berkata, menerusi kajian ‘Wanita dalam Perniagaan’ mendapati peratusan wanita yang memegang jawatan kepimpinan kanan menurun kepada 23 peratus daripada 28 peratus yang direkod-kan, pada Mac tahun lalu.

Katanya, ia turut mendapati 16 peratus daripada responden me-metik kekurangan akses kepada peluang perkembangan pekerjaan

IPOH - Perokok yang berhasrat berhenti merokok digalakkan mendapatkan perkhidmatan bimbingan berhenti merokok menerusi program ‘mQuit’ yang disediakan Kementerian Kesiha-tan Malaysia (KKM), sejak 2012.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, 143 perokok sudah mendaftar bagi mendapatkan perkhidmatan se-cara percuma itu, sejak Januari hingga minggu kedua Februari lalu.

“Seramai 12,400 perokok ber-jaya berhenti merokok meneru-si kemudahan itu (mQuit) yang disediakan oleh Kementerian Ke-sihatan, sepanjang 2012 hingga 2017,” katanya lapor BERNAMA.

Katanya, sejak 2015 hingga 2017 terdapat peningkatan pada bilangan peserta yang mendaf-tar di bawah program itu iaitu 27,567 dan daripada jumlah itu 8,092 berjaya berhenti merokok.

Rangka sistem sokongan komprehensif

Kerajaan mahu kaum hawa terus berjaya

dijalankan secara isolasi. “Ia memerlukan kolaborasi

semua pihak membolehkan ke-mahiran yang wujud di pelbagai pihak dapat digabungjalin bagi menghasilkan sesuatu program yang lebih berimpak,” katanya lapor BERNAMA.

Beliau berkata demikian sem-pena Hari Wanita Sedunia berte-makan #BalanceforBetter.

Dr Wan Azizah yang juga Men-teri Pembangunan Wanita, Keluar-ga dan Masyarakat berkata, sistem sokongan komprehensif itu pen-

ting dalam usaha menangani cabaran berkaitan wanita terma-suk peratusan wanita dalam sek-tor tenaga buruh serta kejadian jenayah dan penderaan.

Sambil menarik perhatian ba-hawa 15.8 juta daripada 32.6 juta penduduk negara ini adalah wani-ta, beliau bagaimanapun berkata, angka penyertaan wanita dalam tenaga buruh masih jauh keting-galan daripada kaum lelaki.

“Walaupun enrolmen wanita di peringkat pendidikan tertiari lebih tinggi iaitu 48.3 peratus berban-

ding lelaki pada 38.2 peratus, wanita hanya mewakili 54.7 pera-tus keseluruhan tenaga buruh di Malaysia berbanding lelaki iaitu 80.1 peratus.

“Mengikut statistik, wanita juga menerima upah dan gaji lebih ren-dah berbanding lelaki. Oleh itu, usaha yang lebih produktif perlu

dilaksana dan diusahakan bagi memastikan golongan wanita dalam sektor tenaga buruh adalah selari dengan golongan lelaki,” ka-tanya.

Dr Wan Azizah berkata, kerajaan menyasarkan peningkatan kepada 56.5 peratus tenaga buruh wanita, pada tahun 2020.

Katanya, kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang mendorong wanita untuk mening-galkan bidang kerjaya antaranya perkahwinan dan penjagaan anak, diskriminasi gender dan gaji serta gangguan seksual.

“Bagi mengatasi isu itu, Ca-reer Comeback Programme (CCP) adalah antara inisiatif yang telah dilaksanakan bagi memastikan golongan wanita kembali bekerja.

“Oleh itu, semua pihak disaran terbabit dapat memainkan pera-nan dalam membantu menja-yakan program serta aktiviti bagi menggalakkan lebih ramai wanita me-nyertai pasaran kerja,” katanya.

KPKT mahu pembabitan wanita terus dipertingkatkan

bangunan harus dilakukan tanpa kemudaratan supaya dapat dinik-mati generasi hari ini dan masa ha-dapan.

“Kita (KPKT) mengambil pen- dekatan inklusif gender dalam se-tiap dasar dan polisi yang digubal. Elemen penyertaan serta keterli-batan wanita dizahirkan dalam tiga dasar utama yang dilaksanakan KPKT iaitu Dasar Komuniti Nega-ra, Dasar Perumahan Negara 2019 dan Dasar Perumahan Mampu Mi-lik Negara.

“Secara jelas, golongan wanita dilibatkan secara langsung dalam ekosistem pembangunan yang su-dah dirancang KPKT,” katanya dalam perutusan sempena Hari Wanita Se-dunia 2019, pada 8 Mac lalu.

Beliau berkata, KPKT turut mem-beri fokus kepada perancangan pembangunan lebih berinovatif su-paya kesaksamaan gender dapat di-percepatkan bagi memberdaya dan meningkatkan penyertaan wanita

Hanya �� peratus CEO wanita

dalam sektor pembuat keputusan serta pembangunan infrastruktur yang mampan.

Katanya, menjadi hasrat KPKT melihat perubahan positif dalam mengangkat martabat wanita di seluruh negara terutama dalam hal pembangunan komuniti dan in-frasturktur yang lebih holistik dan inklusif.

“Golongan wanita perlu diberi-kan tempat dalam pentadbiran kerajaan tempatan supaya setiap dasar, polisi dan keputusan yang dibuat Pihak Berkuasa Tempatan menjadi lebih inklusif dan peka ter-hadap kehendak setiap golongan masyarakat.

“Keupayaan sesebuah nega-ra mencapai setiap sasaran dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) memerlukan keterlibatan semua pihak. Golongan wanita adalah pemegang taruh terpen- ting dalam menjayakan agenda ini,” katanya.

serta tanggungjawab di luar kerja, sebagai halangan dalam mencapai tahap pengurusan kanan.

“Selain itu, 14 peratus respon-den berkata mencari masa seiring tanggungjawab pekerjaan teras juga adalah halangan untuk diata-si sebelum dapat memenuhi per-anan sebagai eksekutif.

“Ini menunjukkan kedudukan wanita sebagai ketua masih jauh,” katanya lapor BERNAMA.

Dalam kajian itu, 63 peratus perniagaan di Malaysia mengam-bil inisiatif meningkatkan kesaksa-maan jantina.

Grant Thornton berkata, 26 peratus daripada perniagaan tempatan menyediakan khidmat pementoran serta bimbingan un-tuk wanita, manakala 25 peratus syarikat melaksanakan waktu kerja fleksibel untuk membantu mereka.

Kaji selidik itu mendapati 95 per-

atus daripada perniagaan di negara ini mempunyai sekurang-kurang-nya seorang wanita di pe-ringkat pengurusan kanan tahun ini, pen-ingkatan 15 peratus dari 2018.

Sementara itu, BERNAMA turut melaporkan, rakan kongsi negara Malaysia, Grant Thornton Malay-sia, Datuk NK Jasani berkata, perlu adanya sokongan yang lebih baik kepada wanita bekerja.

Katanya, ia terutama dalam membantu mereka menerus-kan tanggungjawab di luar ker-ja, memandangkan ramai dalam kalangan mereka meninggalkan pekerjaan untuk menjaga anak.

“Dalam aspek ini, kerajaan menerima gesaan untuk membu-ka pusat penjagaan kanak-kanak di semua pejabat kerajaan, de- ngan Parlimen menjadi lokasi perta-ma dan mula beroperasi, tahun ini.

“Keputusan untuk menubuh-kan pusat penjagaan kanak-kanak itu adalah sejajar dengan dasar kerajaan untuk menggalakkan pe-nyertaan lebih aktif wanita dalam politik, pembuat dasar dan tena-ga kerja.

“Syarikat korporat digalakkan mengikutinya kerana ia akan menggalakkan wanita untuk kem-bali bekerja,” katanya.

Perokok disaran sertai mQuit

Menurut Dr Lee, Kementeri-an Kesihatan menyediakan per- khidmatan itu di 731 klinik kesi-hatan dan 46 hospital kerajaan ,di seluruh negara.

“Kita mengambil serius berke-naan dengan merokok ini kerana sekarang ini kalangan dewasa ada 21 peratus perokok dan ka-langan remaja ada 11.7 peratus perokok. Ini adalah satu trend yang tidak digalakkan,” katanya.

“Di Ipoh, kemudahan itu bo-leh didapati di Klinik Kesihatan Greentown, Gunung Rapat dan Jelapang,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 9: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

SHAH ALAM - Kerajaan mengam-bil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa ke-bangsaan, di sekolah.

Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad berkata, pendeka-tan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran berke-naan dan ada juga yang menen-tang.

“Tetapi kita akan kaji supaya disamakan bagi semua sekolah kerana menganiayakan sesuatu

CYBERJAYA - Rangka inisiatif khas yang diperkenalkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tem-patan (KPKT) bagi memudahkan golongan sederhana (M40) memi-liki rumah, dijangka siap Mei ini.

Menterinya, Zuraida Kama-ruddin berkata, pihaknya kini dalam proses meneliti cara mem-bantu golongan itu dengan me-nyediakan rumah mampu milik berdasarkan pendapatan.

Katanya, proses merangka inisia- tif berkenaan dilaksanakan de-ngan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

“M40 adalah ‘extension’ (sam-bungan) daripada program B40, cuma M40 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori atasan dan bawahan.

“Kategori berpendapatan isi rumah atasan iaitu RM5,000 hing-ga RM10,000, dan kategori bawa-han RM3,000 hingga RM5,000,”

PUTRAJAYA - Malaysia buat ju-lung kalinya menganjurkan Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Seni dan Budaya di KL Performing Arts Centre (KL PAC), di Kuala Lumpur, pada 11 hingga 14 Mac ini.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) berkata, per-sidangan kali kelapan itu bertu-juan memberi inspirasi berhubung kesan perubahan global dalam kalangan masyarakat, teknologi, politik, alam sekitar ke atas budaya dan persekitaran kreatif.

“Persidangan ini juga mencari perspektif berbeza bagaimana ke-rajaan dan pembuat dasar mencari keseimbangan antara permintaan semasa, di samping memelihara budaya dalam arus kemajuan dan transformasi masyarakat,” katanya dalam kenyataan, pada 9 Mac lalu.

Dianjurkan bersama Interna-tional Federation of Arts Councils and Culture Agencies (IFACCA) dan

Isu pengajaran Sains, Matematik

Kerajaan ambil jalan tengah kumpulan kerana mereka dapat keuntungan daripada satu baha-sa dan (tetapi) mereka tidak diberi hak belajar daripada bahasa itu.

“Ramai berpendapat bahawa bahasa Inggeris menjadikan se-seorang yang lulus lebih mudah diterima, di pasaran,” katanya ke-pada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Filipina, pada 8 Mac lalu.

Turut hadir dalam sidang akh-bar berkenaan ialah Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antara-bangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Berhubung lawatannya ke Fili-pina, Dr Mahathir berkata, beliau berpeluang mengadakan perte-muan empat mata dengan rakan sejawatannya, Presiden Rodrigo

Inisiatif khas M�� miliki rumah siap Mei

katanya kepada pemberita pada majlis penutup kempen global #KitaSemuaMaryam, pada 9 Mac lalu.

Pada 7 Mac lalu, Zuraida me-laporkan KPKT bakal memperke-nalkan inisiatif atau skim khas bagi memudahkan M40 memiliki kedia-man sendiri.

Beliau dipetik berkata, kerajaan bukan sahaja prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah (B40) tetapi juga M40 yang dilihat turut berdepan cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Malaysia tuan rumah bincang isu seni budaya dunia

Jabatan Kebudayaan dan Ke-senian Negara (JKKN), MoTAC berkata, persidangan itu ber-temakan ‘Minda Mudah Alih: Budaya, Pengetahuan dan Pe-rubahan’.

“Tema ini diilhamkan Ma-laysia atas dasar negara ini kaya dengan kepelbagai-an budaya dan tradisi yang unik,” katanya.

MoTAC berkata, lebih 400 peser-ta dari 70 negara bakal menghadiri persidangan itu dengan 93 pence-ramah dijangka membentangkan pelbagai isu.

Katanya, pembekal perkhid-matan komunikasi, YTL Com-munications Sdn Bhd turut menyumbangkan perkhidmatan internet percuma YES, sepanjang tempoh persidangan.

“Sidang kemuncak ini diharap dapat menemukan idea dan solusi baharu menerusi panda-

ngan dan perkongsian ilmu oleh karyawan, ilmuan, penyelidik, pembuat dasar dan semua yang terbabit dalam sektor seni budaya serta teknologi, di seluruh dunia.

“Ia sebagai usaha merancakkan dan memacu sektor industri kreatif di negara kita, di peringkat global,” katanya.

Maklumat lanjut persidangan boleh didapati di laman sesawang www.artsummit.org atau melalui laman sosial Facebook World Sum-mit on Arts and Culture.

Tiada diskriminasi dalam angkatan tenteraSHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Moha-mad Sabu, memberi jaminan tiada diskri-minasi dalam angkatan tentera sebaliknya anggota yang tekun bakal mendapat gan-jaran setimpal.

Katanya, anggota berdisiplin dinaikkan pangkat dan beliau melihat sendiri perkara itu sejak mengetuai kementerian terbabit.

“Saya harap semua kaum menyertai ang-katan tentera kerana kita rakyat Malaysia.

“Tanggungjawab mengekalkan kesela-matan tidak terletak pada satu kaum sa-haja tetapi semua warga,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini, pada 9 Mac lalu.

Terdahulu, beliau menyertai sesi dialog bersama Sinar Harian yang dikendalikan pengacara, Tan Sri Johan Jaafar.

Dalam dialog sama, Mohamad turut mengakui bilangan anggota baru daripa-da kaum Cina masih rendah.

“Kami akan meneruskan kempen. Kami tahu kadar kemasukan dalam kalangan ma-syarakat India tinggi tetapi dalam kalangan Cina, kita harap lebih ramai,” katanya.

Berkenaan beberapa cabaran dihadapi tentera, beliau berkata, perumahan adalah isu besar bagi anggota dan usaha menam-bah baik keadaan itu sedang berjalan.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat pada masa ini berdepan kekangan belanjawan, namun yakin lebih banyak dana bakal disalurkan apabila keadaan ekonomi bertambah baik.

“Baru-baru ini, Kabinet diberi taklimat oleh menteri perdagangan antarabangsa dan industri berkenaan berhubung pela-buran asing yang kian meningkat.

“Kami berharap ekonomi bertambah baik untuk beberapa tahun akan datang dan (maka) dana untuk tentera, termasuk perumahan turut bertambah,” katanya.

Pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran berkenaan dan ada juga yang menentang.TUN DR MAHATHIR MOHAMADPerdana Menteri

Duterte dan membincangkan pel-bagai isu berkenaan kepentingan bersama Malaysia dan Filipina.

“Hampir kesemua isu (dibin-cangkan dengan Presiden Du- terte) tidak ada yang tidak diper-

setujui. “Persepsi mungkin berlainan

tetapi persoalan tuntutan ke atas Sabah (oleh Filipina) bukan sub-jek perbincangan yang begitu menekan,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 10: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

10Global

SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

ATLANTA - Pentadbiran Pener-bangan Persekutuan (FAA) Ameri-ka Syarikat terus bertegas ‘tiada asas’ untuk melarang penggunaan pesawat model Boeing 737 Max 8 yang terhempas, di Ethiopia, ba-ru-baru ini.

Pemangku pentadbir FAA, Daniel K Elwell berkata, sema-kan pihaknya mendapati tiada masalah prestasi sistematik pe-sawat model berkenaan, lapor portal CNN.

Sejak nahas 10 Mac lalu, sema-kin banyak negara termasuk Ke-satuan Eropah, China, India dan

LONDON - Amerika Syarikat (AS) mem-beritahu Jerman pihaknya akan m e m b e n d u n g perkongsian pe-risikan jika Berlin m e m b e n a r k a n Huawei men-gambil bahagian dalam rangkaian mudah alih 5G.

Perkara itu disebut dalam se-pucuk surat daripada duta AS ke Jerman seperti dilihat oleh akhbar berpengaruh Wall Street Journal, lapor portal BBC, ming-gu ini.

Kerajaan AS sedang melobi negara sekutunya supaya mem-

ANTARTIKA - Jumlah pelancong yang melawat Antartika mening- kat dalam tempoh beberapa ta-hun kebelakangan ini, menurut data Persatuan Pelancong Anta-rabangsa Antartika (IAATO).

Data itu mendedahkan ter-dapat peningkatan 28 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, menyaksikan pada 2013 hing-ga 2014 seramai 37,405 orang pelancong meningkat kepada 51,707, pada 2017 hingga 2018.

Kos lawatan ke Antartika kira-kira AS$5,500 hingga AS$96,100.

Kebanyakan pelawat yang mengunjungi benua itu 33 pera-tus dari Amerika Syarikat diikuti China (16%) dan Australia (11%).

Pembantu Operasi dan Ko-munikasi IAATO, Amanda Lynnes berkata, jumlah pelancong ke

RIYADH - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi merancang mengeluarkan visa elektronik untuk pakej dan syarikat per- khidmatan haji serta umrah, dalam masa singkat

Penasihat Menteri Haji dan Umrah, Abdulrahman Shams berkata, pengenalan landasan elektronik itu membantu meng-galakkan kemasukan lebih ramai jemaah haji, pada masa depan.

“Jemaah yang datang dari luar terikat dengan syarikat serta ejen perkhidmatan haji dan umrah untuk mendapatkan visa.

“Visa elektronik akan dikeluar-kan kepada entiti terbabit yang diberi lesen oleh negara ini,” ka-tanya kepada MBC seperti dipe-tik Arab News.

Shams yang juga penyelia am landasan elektronik haji dan um-rah berkata, landasan elektronik itu termasuk perkhidmatan baru yang membolehkan warga bu-kan Arab Saudi mengakses ger-bang elektronik (e-portal), sekali gus mereka boleh menilai pak-ej perkhidmatan, memilih pakej dan memohon visa secara ele-ktronik.

Tragedi Ethiopia

FAA: ‘Tiada asas’ gantung khidmat Boeing ��� Max 8

Malaysia menggantung peng-gunaan pesawat Boeing yang paling laris itu, di negara ma-sing-masing.

Pesawat baru Ethiopian Airlines model Boeing 737 Max 8 terhem-pas sejurus berlepas dari Addis Ababa dalam penerbangan menu-

AS ingatkan Jerman ‘Huawei berisiko ancam keselamatan’

boikot syarikat gergasi teknologi China itu

atas alasan risiko keselamatan ne-gara.

Firma itu pula menolak dakwaan negara kuasa be-sar terbabit ter-masuk berhasrat menyaman kera-jaan AS.

Duta AS, Richard Grenell di-laporkan berkata, negaranya ti-dak dapat mengekalkan tahap kerjasama yang sama dengan agensi keselamatan Jerman jika ia membenarkan Huawei atau fir-ma China menyertai rangkaian 5G.

‘Raja’ K-Pop bersara selepas dituduhbekal pelacurLONDON - Bintang K-Pop terkenal kumpulan Big Bang mengumum-kan persaraannya sehari selepas didakwa membekalkan pelacur kepada pelabur.

Seungri, nama pentas Lee Seung-hyun, membatalkan semua perjumpaan yang dirancang sejak Februari dan juga semua pertun-jukan solo, pada bulan ini.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 28 tahun itu menafikan dakwaan mengupah khidmat pe-lacur untuk tujuan itu, lapor por-tal BBC.

Visa elektronik permudah urusan umrah, haji

Semakan kami mendapati tiada masalah prestasi sistematik pesawat model berkenaanDANIEL K ELWELLPemangku pentadbir FAA

ju Nairobi, lalu membunuh kese-mua 157 penumpang.

Nahas itu berlaku kira-kira lima bulan selepas tragedi pesawat Lion Air model Boeing 737 Max 8 di laut Jawa yang mengorbankan 189 orang sejurus berlepas, dari Jakarta.

“Saya membuat keputusan untuk bersara kerana kontroversi itu sudah menjadi begitu besar,” coretnya di Instagram peribadi yang diikuti sembilan juta pe-minat.

Seungri akan meninggal-kan Big Bang yang sebelum ini menjual 140 juta rekod sejak penampilan mereka, pada 2006.

Kumpulan lima penghibur dari Korea Selatan ini dianggap ‘raja K-pop’ dan lagu popular mereka termasuk Fantastic Baby, Bang Bang Bang dan Fxxk It.

Pelancong ke Antartika meningkat

benua itu diramal akan terus meningkat pada tahun beri-kutnya.

Beliau berkata, bagi memas-

tikan alam semula jadi terus ter-pelihara, kapal yang membawa lebih 500 penumpang tidak dibenarkan melawat benua itu.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 11: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

Perutusan Hari Wanita Sedunia

Kerajaan Negeri komited bangun ekonomi wanitaSaya mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh kaum wanita khususnya di Selangor Darul Ehsan sempena Hari Wanita Sedunia 2019.

Sambutan tahun ini adalah pang-gilan kepada seluruh masyarakat untuk mengingati perjuangan dan pengorbanan selama ber-puluh tahun untuk menegakkan

keadilan bagi semua wanita. Pada Hari Wanita Sedunia tahun 1917,

kira-kira 150,000 wanita berkumpul di Zna-menskaya Square, Rusia, bagi menuntut hak mengundi mereka untuk turut bersama dalam proses demokrasi.

Tujuh hari selepas demonstrasi terbabit, suara mereka berjaya didengar dan wanita berhak mengundi, di sana.

Selepas Hari Wanita Sedunia pertama pada tahun 1911, proses menuntut hak wanita menunjukkan bahawa masa depan bagi kaum wanita amat cerah.

Di Malaysia juga, kita melihat bahawa proses perkembangan ini dari tahun 1985 dengan adanya Dasar Kebangsaan untuk Wanita. Pencapaian wanita di Malaysia amat membanggakan merentasi pelbagai aspek daripada sukan, politik dan pentadbiran, perniagaan dan pendidikan. Wanita terus menjadi peneraju ibarat obor yang me-nyuluh kepada kejayaan.

Di Selangor, Kerajaan Negeri mengang-kat agenda memartabat wanita sebagai keutamaan. Selangor terus berbangga men-jadi satu-satunya negeri yang mempunyai 30 peratus pembabitan wanita dalam badan eksekutif iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, selaras dengan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu #BalanceforBetter.

Kerajaan Negeri juga terus menterjemah agenda mengangkat martabat wanita menerusi pelbagai program seperti Ka-sih Ibu Smart Selangor (KISS), penubuhan Institut Wanita Berdaya (IWB) dan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di setiap 56 DUN,

di Selangor. Saya percaya bahawa peranan wanita ti-

dak harus terbatas kepada aspek kekeluar-gaan sahaja tetapi terus membugar menjadi pembuat keputusan dan pelaksana polisi dalam politik serta ekonomi.

Justeru, pada tahun ini kita sudah menunjukkan komitmen melalui dasar Kerja Dari Rumah atau-pun ‘Work From Home’ iaitu penerima program KISS boleh terbabit se-cara aktif dalam membina syarikat mikro sendiri un-tuk menjana pendapatan bukan dikekang daripa-da pembabitan ekonomi hanya kerana tanggung-jawab menjaga anak.

Dasar inovatif sebe-gini akan dikembang-kan dalam semua aspek kerajaan kerana tema #BalanceforBetter menye-ru kita bahawa wanita adalah pemimpin hari ini juga penentu masa hada-pan yang lebih cerah.

Melalui pusat Institut Wanita Berdaya, saya melihat ruang untuk memartabatkan wanita daripada segenap aspek bagi men-capai tahap kesaksamaan antara gender dan menolak diskriminasi daripada semua aspek.

Pembangunan wanita perlu menjadi asas kepada semua dasar pembangunan negara daripada segi politik, ekonomi juga sosial untuk memartabatkan peranan wani-ta, di Malaysia.

Selamat Hari Wanita 2019!

Di Selangor, Kerajaan Negeri mengangkat agenda memartabat wanita sebagai keutamaan. Selangor terus berbangga menjadi satu-satunya negeri yang mempunyai 30 peratus penglibatan wanita dalam badan eksekutif iaitu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, selaras dengan tema Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu #BalanceforBetter.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 12: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

Album Klik!13SelangorKini 14 - 20 Februari 201912 SelangorKini 14 - 20 Februari 2019

KIRIPelajar SJK Sungai Long berlatih alat muzik ukelele sebelum persembahan, di Taman Mahkota Cheras | FIKRI YUSOF

KANANKeindahan pemandangan tasik dirakamkan dari Laman Budaya Shah Alam | ASRI SAPFIE

KIRIPasukan Frisbee Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tintreach menjalani latihan, di Padang Shah Alam | ASRI SAPFIE

KANANPengumpul barangan klasik mencari koleksi piring hitam, di Amcorp Mall, Petaling Jaya | FIKRI YUSOF

KIRIProgram hafazan al-Quran berlangsung, di Pusat Tahfiz Pandan Indah | HAFIZ OTHMAN

KANANPasukan Selangor berterima kasih kepada penyokong yang hadir, di Stadium Shah Alam| REMY ARIFIN

KIRIBekas pelakon filem klasik, Mazli Mohamad, 76, menjadi salah seorang penghuni Pusat Jagaan Mahmudah | HAFIZ OTHMAN

KANANKanak-kanak tekun belajar, di Masjid Negeri Shah Alam| REMY ARIFIN

Menyempurnakan pelepasan Larian Cergas Ceria Sekolah Kebangsaan Methodist Pelabuhan Klang (SKMPK)

Turut serta dalam program membuat aneka kuih anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB), di DUN beliau

Turut serta dalam aktiviti gotong-royong membersihkan Surau Air Bangi bersama masyarakat setempat

Menyantuni kaum wanita di sekitar DUN beliau sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia

Mengadakan Sambutan Hari Wanita Sedunia bersama penghuni Rumah Warga Emas Kerling

Menyampaikan hadiah kepada pemenang di Kejohanan Bola Baling Sekolah-sekolah Daerah Petaling Utama

ADN PELABUHAN KLANG

ADN HULU KLANG

ADN BATANGKALI

ADN KUALA KUBU BHARU

ADN HULU BERNAM

ADN TAMAN MEDAN

Azmizam Zaman Huri

Saari Sungib

Harumaini Omar

Lee Kee Hiong

Rosni Sohar

Syamsul Firdaus

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 13: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

14ADN

SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

KLANG - Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Sungai Kandis melancar-kan Kempen Banteras Pembakaran Terbuka Tanah Gambut Johan Se-tia bagi mengatasi masalah keba-karan, di kawasan itu.

Ahli Dewan Negerinya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, kempen itu bagi membudayakan pembabitan penduduk dalam u-saha melestarikan keindahan dan kesejahteraan kawasan tanah gambut.

“Pada masa sama, penduduk akan bertindak sebagai ejen

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUNGAI BULOH - Ribut yang me-landa beberapa kawasan di Paya Jaras, pada 8 Mac lalu, disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah.

Kejadian lewat petang itu me-ngakibatkan kerosakan 300 rumah selain 35 pokok tumbang.

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman ber-kata, walaupun sedih dengan musibah yang menimpa pen-duduk, namun beliau bersyukur ekoran tiada kemalangan jiwa, dalam kejadian itu.

“Saya sudah meminta bantu-an daripada pelbagai agensi dan bersama-sama pegawai turun ke kawasan ditimpa bencana dalam operasi bantuan yang tertumpu kepada kejadian pokok besar tum-bang menimpa rumah penduduk.

Jayakan kempen banteras pembakaran terbuka

pemberi maklumat berkenaan laporan pembakaran terbuka dan boleh melakukannya melalui kaedah laporan menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja,” ka- tanya.

Beliau berkata, kempen berke-naan turut mendapat kerjasama Ahli Majlis, Pejabat MPKK Kam-pung Johan Setia serta sokongan Pusat Khidmat Rakyat DUN Su- ngai Kandis.

Katanya, bagi memastikan ke-berkesanan kempen itu, pejabat Ahli Majlis Zon N49 juga akan di-

Teburuk dalam sejarah

��� rumah terjejas akibat ribut

“Operasi bantuan yang dilan-carkan serta-merta itu disertai Unit Bencana Pejabat Daerah Pe-taling, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Kerja Raya, Tenaga Nasional Berhad, Balai Bomba dan Penyela-mat Sungai Buloh, Pasukan Bomba Sukarelawan Saujana Utama, Pasu-kan Bomba Sukarelawan Kepong dan penduduk kampung,” katanya.

SHAH ALAM - Masyarakat teru-tama lelaki digesa tidak mendis-kriminasi hak wanita dengan memandang rendah kemampuan dan kebolehan dimiliki golongan terbabit.

Ahli Dewan Negeri Bukit Ma-la-wati, Juwairiya Zulkifli berkata, per-anan wanita sangat penting dalam memberi keseimbangan terhadap pelbagai aspek kehidupan terma-suk sosial, ekonomi, pendidikan dan kesihatan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

“Saya optimis kaum lelaki memberi peluang kepada wani-ta untuk menceburi apa sahaja bidang yang mereka minati sela-gi ia tidak melanggar batas aga-ma,” katanya.

Pada masa sama, beliau ber-

Jangan diskriminasi hak wanita

harap masyarakat menghormati dan menyayangi wanita kerana hidup tidak akan lengkap tanpa golongan itu.

Terdahulu, Juwairiya bersama Wanita Cabang Kuala Selangor meluangkan masa mengedar-kan 200 kuntum bunga mawar kepada wanita, di Pasar Malam Bandar Baru Kuala Selangor sem-pena sambutan Hari Wanita Se-dunia yang jatuh, pada 8 Mac lalu.

“Edaran bunga mawar ini se-bagai tanda penghargaan dan hadiah untuk wanita yang ba-nyak berkorban dalam mem-bina keluarga, membesarkan generasi masa depan negara serta menyumbang kepada ke-sejahteraan keluarga,” katanya.

Saya sudah meminta bantuan daripada pelbagai agensi dan bersama-sama pegawai turun ke kawasan ditimpa bencana dalam operasi bantuan yang tertumpu kepada kejadian pokok besar tumbang menimpa rumah penduduk.MOHD KHAIRUDDIN OTHMANAhli Dewan Negeri Paya Jaras

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya akan meng- hulurkan bantuan bersama Pejabat Daerah Petaling kepada mangsa ter-jejas.

“Pegawai Daerah Petaling, Da-tin Paduka Roslinah Md Jani, menyatakan komitmen untuk mem-bantu mengurangkan beban mang-sa dalam masa terdekat,” katanya.

jadikan sebagai pusat ‘one stop centre’, selain melantik dua koor-dinator penyelaras aduan jika ber-laku pembakaran terbuka.

“Diharapkan dengan pelan-caran kempen ini, kegiatan pem-bakaran terbuka dapat dibanteras demi keselesaan rakyat khususnya di kawasan Johan Setia dan pen-duduk sekitarnya.

“Semoga kelestarian kawasan Sungai Kandis dapat dipelihara kerana kemakmuran rakyat men-jadi agenda semua untuk kita lebih maju bersama,” katanya.

Kawasan tanah gambut di Johan Setia sering terbakar

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 14: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

15SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

Rencana MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAEEM RAFFI

Tumbesaran adalah satu proses fisiologi yang kom-pleks seawal dua tahun

pertama kehidupan kanak-kanak sebelum proses itu berterusan pada kadar yang tetap iaitu lima hingga sembi-lan sentimeter setiap tahun hingga mereka berusia kira-kira 10 tahun.

Apabila kanak-kanak memasuki usia remaja iaitu 11 tahun bagi perempuan dan 13 tahun bagi lelaki, lonjakan tumbesaran berlaku sekali lagi selama kira-kira dua ta-hun sebelum ia berakhir perlahan-lahan, pada usia 16 hingga 18 tahun.

Hormon tumbesaran dihasilkan oleh kelenjar pituitari yang terdapat dalam otak untuk merangsang tumbesaran. Se-lain menggalakkan tumbesaran fizikal (ketinggian), ia juga mem-pengaruhi perkembangan tu-lang, otot dan lemak tubuh.

Oleh itu, hormon tumbesaran sangat penting untuk perkem-bangan dan fungsi tubuh manu-sia yang sihat.

Kebanyakan kanak-kanak di Malaysia membesar dengan normal, namun Kaji Seli-dik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan terdapat juga kanak-kanak yang tidak membesar dengan baik.

Apa kata pakar?

Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) meneru-si IMFed Malaysia dengan sokongan Abbott Malaysia melancarkan kempen Get Growth On Track untuk mengenal pasti dan mem-bantu kanak-kanak berisiko menghadapi masalah pertumbuhan.

Presiden MPA, Prof Madya Dr Muham-mad Yazid Jalaludin berkata, ramai kanak-kanak yang kelihatan sedang membesar dengan normal mungkin akan menjadi le- bih rendah dan ringan daripada yang dijang- ka apabila meningkat dewasa.

“Kadar prevalens kanak-kanak terbantut (rendah untuk usianya) di bawah umur lima tahun meningkat daripada 17 peratus pada 2006 kepada 20.7 peratus (2016).

“Kurang berat badan bagi kumpulan umur sama juga meningkat daripada 12.9 peratus pada 2006 kepada 13.7 peratus (2016),” katanya.

Prof Yazid berkata, kanak-kanak mempu-nyai kadar pertumbuhan yang sihat lebih cenderung mempunyai corak pertumbu-han sihat apabila terus membesar.

“Oleh itu, kita perlu mengesan dan membetulkan masalah pertumbuhan un-tuk semua kanak-kanak bagi membantu

Get Growth On Track

Adakah anak anda membesar dengan baik?

mereka membesar dan menca-pai potensi penuh pertumbu-han mereka.

“Ini sangat penting teruta-ma bagi lima tahun pertama ke-

hidupan kanak-kanak. Sebanyak 60 peratus potensi pertumbuhan kanak-

kanak dicapai, pada usia ini,” katanya.Intervensi awal, menurut Prof Yazid sa-

ngat penting kerana ia boleh menghindar-kan pelbagai masalah jangka panjang yang dikaitkan dengan pertumbuhan tidak baik termasuk masalah kesihatan (penya-kit metabolisme) dan cabaran perkemba- ngan atau psikososial seperti prestasi kog-nitif yang lemah selain keyakinan diri yang rendah.

Sementara, Pengerusi IMFeD Malaysia, Prof Dr Lee Way Seah pula meng-

galakkan ibu bapa untuk beker-jasama dengan pihaknya bagi mengoptimumkan pertumbu-han anak-anak mereka.

“Kami menjemput ibu bapa untuk mengunjungi pakar pe-

diatrik yang mengambil bahagian yang dilatih untuk ‘Mengukur, Mengenal

Pasti & Menguruskan’ masalah pertumbu-han, dalam kalangan kanak-kanak.

“Kami akan memplot nilai berat badan dan ketinggian mereka ke atas carta per-tumbuhan, menyiasat faktor risiko pertum-buhan yang mungkin dan menasihati ibu bapa berhubung langkah seterusnya yang perlu diambil,” katanya.

Prof Lee berkata, pakar pediatrik akan memberi perhatian khusus kepada bebera-pa tanda penting termasuk diet yang tidak baik, pengambilan makanan tidak mencu-kupi dan kewujudan masalah kesihatan yang kronik.

“Terdapat banyak perkara yang boleh menjejaskan status pemakanan kanak-kanak yang setakat ini adalah penentu yang paling penting dan langsung untuk betapa baiknya seseorang kanak-kanak itu mem-besar,” katanya.

“Ini mungkin menjadi sebab mengapa kanak-kanak terbabit lebih rendah atau ringan daripada kanak-kanak biasa atau mungkin menjadi sedemikian dalam masa beberapa tahun, dari sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, Prof Lee berkata, ter-dapat beberapa strategi yang boleh diamal-kan ibu bapa untuk membantu mengatasi faktor risiko pertumbuhan ini.

“Ibu bapa akan diberi nasihat berhubung jenis makanan untuk diberi, peraturan dan teknik makan, panduan untuk memastikan tidur yang mencukupi, malahan juga pan-duan keibubapaan yang berkaitan.

“Jika perlu, pakar pediatrik juga mungkin

Melihat cahaya mata membesar depan mata suatu detik penting yang sering didambakan setiap ibu bapa. Namun, dalam keasyikan melihat anak-anak terus membesar, ada juga ibu bapa tidak sedar bahawa tumbesaran anak mereka tidak berlaku dengan sempurna.

akan menyarankan penambahan pemak-anan oral jika anak anda memerlukan tena-ga dan nutrien tambahan untuk mengejar (catch up) pertumbuhannya.

“Intervensi ini perlu disesuai-kan untuk anda dan anak anda. Kami berharap, ia menjadi pet-anda permulaan usaha anda bersama pakar pediatrik untuk terus memeriksa perkemban-gan anak anda dan mengawasi pertumbuhannya,” kata beliau.

Demi kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak

Pengurus Besar Abbott Malaysia, Robert Cleveland, percaya kempen ‘Get Growth On Track’ tepat pada masanya untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

“Di Abbott, kami memahami kebim-bangan ibu bapa tentang sama ada anak-anak mereka membesar dengan baik dan

mendapat pemakanan yang diperlukan un-tuk mencapai potensi penuh pertumbu-han mereka.

“Inilah sebabnya, kami bekerjasama dengan MPA melalui IMFeD untuk

menyokong dan melatih pakar pediatrik berhubung peranan pemakanan dalam pertumbu-han kanak-kanak, sejak 2012,”

katanya.Robert juga berkata, pihaknya

kini kami lebih teruja untuk bekerjasa-ma dengan MPA dalam kempen penyarin-gan dan kaunseling untuk pertumbuhan kanak-kanak yang pertama serta terbesar ini.

Ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung kempen ‘Get Growth On Track’ atau ingin mencari pakar pediatrik, sila hubungi sekretariat program IMFeD Ma-laysia di [email protected] atau telefon 03-7931 1868 atau 03-7960 9788.SUMBER: IMFeD Malaysia

MESRA OKU

J U R U B A H A S A I S YA R ATD I S E D I A K A N

03-5523 130903-5524 7740

*Sila Bawa Bersama Salinan Resume,Sijil-sijil, Dokumen & Kad OKU (Jika Perlu)*Sila Bawa Bersama Salinan Resume,Sijil-sijil, Dokumen & Kad OKU (Jika Perlu)*Sila Bawa Bersama Salinan Resume,Sijil-sijil, Dokumen & Kad OKU (Jika Perlu)*Sila Bawa Bersama Salinan Resume,Sijil-sijil, Dokumen & Kad OKU (Jika Perlu)

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 15: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

KAUNTER RASA DI BURSA PEREMPUAN

Emosi perempuan umpama graf indeks di bursa jiwasekejap melonjak dengan tiba-tibasekejap menjunam tanpa dapat diterkakekadang statik sukar diramal perasaannya.

Membaca graf perasaan perempuanperlu kepada analisis teknikalbukan sekadar fundamental jiwanyasoal hati, emosi dan tanggungjawabbukan sekadar terjahan sentimen cintayang kadang-kadang menggodamainkan hati sekadar suka-suka.

Barangkali jiwa wanita terlalu halusdi papan jiwakadang-kadang kencang berombaksentimen emosinya terlalu ganassehingga terpancar gembirapada wajah yang mencukawalaupun indeks atma ditutup bercampur pada hujung dagangansetiap kali lafaz cinta ditutup.

Tentang jiwa perempuanhatinya bukan saham utamauntuk kita beli dan jual sesuka hatitatkala rugikita tinggalkan kaunter cintanyamencari kaunter baru yang lebih mudatinggi, seksi dan menggoda.

Besok kita lihat paparan beritaindeks perasaan tiba-tiba menjunammemecah lantai emosikerana ada lelaki mengambil kesempatankemudian lari sembunyi dirihabis madu sepah dibuang.

Nimoiz T.YIpoh, Perak

OLEH LOKMAN HAKIM

Saya tidak tahu apa yang mereka lakukan di seko-lah itu. Dengar ceritanya ada pilihan raya, tetapi

saya tidaklah ambil berat hal re-meh-temeh seperti itu. Ah, bu-kanlah saya tidak peka dengan senario politik negara ini. Cuma soalnya, mereka mahu mengundi siapa? Tiada calon kelihatan. Tiada sesiapapun yang muncul di pa-paran media mencalonkan dirin-ya. Tiada janji ditaburi. Tiada visi. Nihil. Tiba-tiba Suruhanjaya Pili-han Raya mengeluarkan kenyata-an media memaklumkan hari ini ada pilihan raya tanpa letak se-bab-musababnya.

Lalu apa pula tujuan mereka berkumpul di sekolah itu? Kotak undi sudah diusung masuk. Mer-eka akan mengisi kertas cabutan undi yang tidak diletakkan nama-nama calon. Tiada parti politik juga kelihatan di mana-mana. Bendera-bendera dan sepanduk digantung hanya terdiri daripada warna-war-na pelbagai. Hijau, merah, biru warnanya. Ada yang nakal me-letak bendera warna pelangi. Ada juga yang bubuh iklan produk ke-cantikan tiada kelulusan KKM pada

bendera, mengiringi bendera-ben-dera berwarna pelbagai itu. Tiada siapa tahu makna warna-warna tersebut. Tanpa cogan kata. Tan-pa nama parti. Tanpa nama calon.

Kosong macam otak rakyat keban-yakan sekarang yang sudah jenuh disuruh bertahan dengan segala bentuk kesusahan tanpa usaha jelas untuk menyelesaikannya.

Rengsa juga dibuatnya. Majik-an telah memberi cuti kerana su-dah digazetkan hari pengundian ialah hari cuti. Saya tetap mahu bekerja kerana majikan berka-ta cuti tahunan terpaksa dipo-tong kerana hari mengundi itu. Ah, mana boleh macam itu! Tapi sebab saya makan gaji, kenalah patuh sahaja. Setakat bercuti apa masalahnya? Setakat potong gaji sehari tidak mengganggu perbe-lanjaan bulanan sangat.

Saya bertegas untuk tidak per-gi mengundi. Biarpun setelah itu, saya diberi leteran bertele-tele mengenai pentingnya menanam rasa patriotik dalam diri. Kita ha-rus ikhlas mengundi, demi pe-rubahan masa hadapan generasi seterusnya, kata majikan. Sambil-sambil itu, dia menghisap cerut dan menghembuskan asapnya ke muka saya seolah-olah saya tiada masa hadapan. Saya tidak pedu-li akan hal itu. Saya cuma mahu bekerja menghidupkan hari ini. Menghidupkan detik kini itu lebih bermakna daripada berjuang un-tuk hari esok yang mungkin tak sempat saya temui pun.

Soalnya sekarang ialah bukan saya tidak mahu pergi mengundi. Cuma saya tidak nampak mana-mana parti politik pun. Bagaima-na mahu mengundi sesuatu yang tidak ada? Apakah negara ini su-dah gila? Saya jadi bingung. Gaji saya dipotong demi pilihan raya palsu. Ia tidak akan mengubah apa-apa. Namun, saya sudah be-lajar untuk bertahan hingga otak kosong. Saya juga harus meneri-ma sesuatu yang tidak masuk akal seperti pilihan raya ini.

Kereta diparkir di bahu jalan.

Saya hanya mahu menikmati sarapan di sebuah warung ber-hadapan dengan sekolah terse-but. Mujurlah ada beberapa gerai dibuka khas untuk para pengun-di membeli makanan ringan. Sekurang-kurangnya, ketenter-aman saya di warung kegema-ran ini tidak begitu terganggu. Jelas, bilangan pengunjung wa-rung berganda tiga kali berband-ing hari biasa. Saya harus akur berkongsi meja dengan bebera-pa orang pengunjung. Masing-masing punya jari yang sudah diwarnakan menandakan undi-an sudah dibuat.

Ah, harapnya mereka tidak memandang serong pada diri ini yang tidak mengundi. Tan-pa mahu berbual dengan sesia-pa, saya ambil nasi lemak di atas meja, lalu menempah teh susu kegemaran. Namun, apabila be-rada semeja dengan para pen-gundi, pastinya saya tidak dapat mengelakkan diri daripada men-dengar perbualan mereka. Saya dapat rasa cuping ini bergerak-gerak macam telinga keldai me-nepis lalat.

“Kau rasa siapa yang akan menang nanti?”

“Entahlah. Aku ikut sahaja ara-han. Undi tetap undi. Undi demi masa depan.”

“Betul. Yang penting, kita dah laksanakan tanggungjawab kita.”

Saya menghabiskan nasi le-mak mungkin hampir tiga bung-kus dan tidak berasa kenyang langsung. Sepertimana keti-adaan wakil rakyat untuk diun-di, begitu jugalah rasanya hilang perut ini. Saya tempah pula roti telur. Disusuli roti sardin. Teh susu yang habis digantikan pula oleh secangkir nescafe. Habis cangkir nescafe, saya minum pula kopi O gelas besar. Entah apa pula yang menghuni perut saya pada waktu

ini. Mungkin ia berkait rapat den-gan apa yang saya dengar.

Kedengaran seperti berintipati tetapi kosong makna. Kata-kata retorik yang dilontar sebelum ini juga puas sudah menerjang tel-inga. Saya patut berhenti makan. Pengunjung-pengunjung warung kian hangat membicarakan hal-hal politik tanpa menyebut nama parti dan individu. Aneh sekali. Bagaimana mereka boleh begitu konsisten? Adakah dimensi saya sudah berubah?

Rasa ingin tahu membuatkan saya pergi ke sekolah merangkap pusat mengundi tersebut. Ketika membayar harga makanan dan minuman, saya dimaklumkan bahawa seseorang telah mem-bayarkan makan minum setiap pengunjung-pengunjung wa-rung seikhlas hati tanpa mahu dikenali.

Saya disambut petugas pilihan raya dengan senyuman manis. Ti-daklah saya berbaris sepertima-na orang lain. Saya maklumkan bahawa saya sekadar mahu me-numpang tandas sekolah. Jalan raya masih sesak. Semangat para pengundi amat luar biasa.

Ketika membuang air kecil, terdengar suara dari kubikel ber-sebelahan. Mungkin orangnya tengah bercakap di telefon. En-tahlah.

“Hari ini politik cuti sakit! Tapi ramai datang mengundi sebab ketiadaan parti politik juga suatu pilihan! Kau datang ke tak?”

Betul juga, ya? Saya patut berbaris dan menurunkan undi-an, yakni pada ketiadaan. “Parti yang tidak ada” juga sejenis parti, bukan? Dengan semangat berko-bar-kobar saya segera menyertai barisan selama sepuluh minit se-belum teringat bahawa saya be-lum mendaftar selaku pengundi lagi. Tidak pernah sama sekali.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 16: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

17SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

Gaya Hidup MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisah-kan sehingga menjadi lumrah setiap golo-

ngan hawa ingin terlihat menawan.Begitu juga dengan graduan Dip-

loma Hiasan Dalaman Universiti Lim Kok Wing, Diyana Sofia Mohd Amin, sehingga berjaya menjadi-kan kecantikan sebagai satu kerja-ya dengan tertubuhnya Akademi Kecantikan Artistik Diyana Sdn Bhd (Akademi Diyana) untuk ber-sama wanita lain berkongsi ilmu.

Menjadikan ibunya, Sofia Ab-bas sebagai idola dalam bidang kecantikan, Diyana akui daripada situ timbul minatnya untuk melu-askan empayar Akademi Diyana supaya ia lebih dikenali bukan sa-haja di Malaysia tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa.

Meneruskan warisan ibu, aka-demi kecantikan itu mula bertapak di Kuantan, Pahang sejak 1999 dan mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ,pada 2008.

Minat dan niat mahu menu-runkan ilmu kecantikan, Diyana mula melebarkan sayap dengan menubuhkan akademi induk di Setia Alam di bawah program JPK dan pusat latihan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), pada 2011.

Hampir lapan tahun berope-rasi di Setia Alam, Akademi Di- yana mendapat sambutan mem- berangsangkan apabila sudah melahirkan lebih 800 pelajar bi-dang kemahiran kecantikan.

Diyana berkata, minat men-dalam terhadap bidang kecanti-kan mendorong beliau mengambil peluang mempelajari teknik sole-kan semburan udara di Temptu New York bagi memperluaskan ilmu terbabit.

“Di akademi ini, kita menawar-kan pelbagai kursus kemahiran an-taranya bidang solekan, dandanan rambut, ekstetik, juruterapi, jurute-rapi spa, juruterapi urutan dan re-fleksologi selain turut menyediakan latihan profesional solekan sem-buran udara, seni wajah dan tubuh juga solekan kesan khas filem bagi pelbagai tahap Sijil Kemahiran Ma-laysia (SKM).

“Sejak dibuka, sambutan diteri-ma amat memberangsangkan, malahan kita turut membuka pe-luang kepada individu yang mahu mengikuti pakej kelas persendirian dengan harga berpatutan, selama enam bulan,” katanya kepada Se-langorKini.

Pada masa sama, katanya, be-liau menyarankan ibu bapa mem-beri peluang kepada anak mereka yang berminat menceburi bidang kemahiran seperti ini kerana ia

Lahir ratusan pelajar

Akademi Diyana impi buka kolej

mampu menjana pendapatan, pada masa akan datang.

“Kita amat menggalakkan pela-jar terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menceburi bidang kemahiran ini kerana ia bukan sa-haja boleh menjana pendapatan, malahan individu itu akan mem-punyai kepakaran yang keba-nyakan orang lain tiada,” katanya.

Menariknya, beliau dan ibunya juga berbakat dalam bidang pe-nulisan apabila mereka turut beker-jasama menerbitkan tujuh siri buku kecantikan antaranya teknik mela-kar kening, teknik menggunakan pembayang, teknik solekan mata yang diguna pakai pelajarnya.

Optimis dinaik tarafsebagai kolej kecantikan

Selaku Ketua Pegawai Ekse-kutif Akademi Diyana, Diyana optimis akademi itu dapat di-naik taraf sebagai kolej ke-cantikan, pada masa akan datang.

Katanya, jika sebelum ini beliau sering dijemput membuat demonstrasi sole-kan di sekolah, Kolej Komu-niti dan Kolej Vokasional, namun pada masa akan datang Diyana berharap akademi itu mampu men-jadi sebuah kolej selain dapat melahirkan ramai pelajar berkemahiran.

“Saya amat ber-harap Akademi Diya-na dapat melahirkan lebih ramai tenaga pengajar dan pa-kar dalam bidang kecantikan supaya kita boleh ber- sama-sa-ma me-m a r -

tabatkan serta membangunkan budaya maju kaum wanita di Ma-laysia dengan wujudnya landasan disediakan kami ini.

“Matlamat saya juga mahukan setiap pelajar yang dilahirkan dapat menjadi pelajar contoh dan mam-pu membuka akademi atau pusat latihan mereka sendiri di setiap negeri dengan pengawasan serta bimbingan daripada kami,” katanya.

Katanya, sehingga kini, se-gelintir bekas pelajarnya sudah ada yang mempunyai akademi dan pusat latihan sendiri antaranya di Kuantan, Johor, Miri dan Indonesia.

Tidak hanya memfokuskan ke-pada golongan belia, akademi itu turut membuka peluang kepada ibu tunggal atau mereka yang kurang berkemampuan untuk mebimba ilmu dalam bidang kecantikan.

“Saya berharap mana-mana ja-batan atau agensi kerajaan berkai-tan bekerjasama dengan kami dalam membantu ibu tunggal atau golongan kurang berkemampuan menyertai Akademi Diyana, sekali gus menimba ilmu yang mampu mengubah kehidupan mereka, pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, beliau yakin bidang kecantikan mampu me-

nyumbang ke arah tenaga kerja berkemahiran tinggi, sejajar has-rat kerajaan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Sijil diiktiraf tarik ramaisertai Akademi Diyana

Oleh kerana sijil yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), ramai dalam kalangan pe-lajar lepasan sekolah, suri rumah, dan ibu tunggal selain turut tidak ketinggalan golongan lelaki me-ngambil peluang menimba ilmu ,di Akademi Diyana.

Nurbalqis Muhd Zaidi, 19, ber-kata, beliau akui setiap orang su-kakan kecantikan, namun tidak semua mempunyai semangat mahu belajar dan menimba ilmu sehingga tahap yang lebih tinggi.

Katanya, minatnya terhadap bi-dang kecantikan sejak di bangku sekolah lagi apabila ibunya sen-diri membuka perniagaan menjual produk kosmetik dan daripada situ matlamatnya semakin jelas untuk menjadi seorang jurusolek serta usahawan.

“Daripada membuang masa be-lajar bidang yang tidak diminati, saya tekad untuk meneruskan pembelajaran di Akademi Diyana memandangkan di sini mempu-nyai sijil bertauliah,” katanya.

Manakala, seorang surirumah, Noraizah Mohd Nasir, 36, berkata, minat terhadap bidang kecantikan sudah lama, namun kini baru ber-kesempatan mengikuti kursus ,di akademi ini.

“Selepas mengikuti kursus di akademi ini, saya turut dipanggil beberapa produksi untuk meng-hias artis mereka dengan pelbagai teknik antaranya ‘special effect’,” ka-tanya.

Kesimpulannya, Diyana amat mengalu-alukan masyarakat me-ngambil peluang mence-buri bidang kemahiran kecanti-kan sekali gus menjadi usahawan berjaya dan mampu menang-gung segala risiko dalam dunia perniagaan.

Saya amat berharap Akademi Diyana dapat melahirkan lebih ramai tenaga pengajar dan pakar dalam bidang kecantikan supaya kita boleh bersama-sama memartabatkanserta membangun-kan budaya maju kaum wanita di Malaysia dengan wujudnya landasan disediakan kami iniDIYANA SOFIA MOHD AMIN

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi DiyanaEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 17: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

18PBT

SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

PETALING JAYA - Majlis Banda-raya Petaling Jaya (MBPJ) melan-carkan aplikasi pintar Smart PJ Enforcement pada 8 Mac lalu bagi memudahkan pelanggan menye-mak dan membayar kompaun se-cara eletronik.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, masyara-kat Petaling Jaya tidak perlu lagi hadir ke MBPJ untuk membayar dan menyemak kompaun dengan aplikasi itu.

Katanya, semua jenis kesalahan di bawah penguatkuasaan MBPJ boleh dibayar melalui aplikasi itu, kecuali dua kesalahan iaitu kesala-han di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan dan kes dalam tindakan mahkamah.

“Kita juga beri tawaran is-timewa kepada pengguna ap-likasi, bagi kesalahan parkir. Jika dibayar dalam tempoh 24 jam, kadar bayaran hanya RM10.

“Bayaran melalui aplikasi ini juga diberi tambahan diskaun 10

Smart PJ Enforcement

Mudah urusan semak, bayar kompaunperatus,” katanya ketika meras-mikan Pelancaran Aplikasi Smart PJ Enforcement, di Ibu Pejabat MBPJ.

Pada masa sama, beliau berka-ta, MBPJ sedang mengintegrasi-kan seluruh aplikasi yang dibina kepada satu aplikasi supaya le-bih efektif.

Terdahulu, trend pembayaran secara dalam talian melalui ePay@MBSJ meningkat 46.7 peratus pada 2018 berbanding 2017.

Smart PJ Enforcement boleh dimuat turun melalui Play Store, bagi pengguna IOS ia masih dalam pembangunan.

Anggota Pengu-at Kuasa MBPJ m e n u n j u k k a n aplikasi Smart PJ Enforcement

SUBANG - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) meraikan hampir 600 kakitangan wanitanya dengan memberikan hadiah mis-teri, sempena Hari Wanita 2019.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, ia bagi menghargai kerja keras kakitangan wanita yang selama ini berusaha menaikkan martabat MPSJ di peringkat negeri juga negara.

“Terima kasih atas usaha serta kesung-guhan ditunjukkan selama ini, MPSJ amat menghargai setiap apa yang dilakukan,” ka-tanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika Majlis

Rai ��� kakitangan sempena Hari Wanita

Noraini menurunkan tandatangan merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat MPSJ

MPSJ perkenal garis panduan pelesenan e-sukanSUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan garis panduan pelesenan sukan elektronik (e-sukan) di pusat siber dan kafe siber serta permainan digital secara dalam talian.

Pengarah Jabatan Perlesenannya, Mu-hammad Azli Miswan berkata, perniagaan berkonsepkan e-sukan semakin mendapat tempat dalam kalangan komuniti MPSJ teta-pi perlu dikawal dengan peruntukan un-dang-undang serta dilesenkan.

“Sehingga kini, tiada garis panduan jelas menyebabkan pengusaha e-sukan tidak dapat menjalankan perniagaan. Tindakan penguatkuasaan diambil akan menjejaskan aktiviti sukan itu.

“Untuk memastikan aktiviti e-sukan dapat dilaksanakan oleh pengusaha dan dilesen-kan dengan tatacara pelesenan yang jelas, MPSJ melalui Jabatan Pelesenan sudah me-nyediakan Garis Panduan Perlesenan Sukan Elektronik di Pusat Siber dan Kafe Siber Ser-ta Permainan Digital Secara Dalam Talian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi takli-mat di The Pantheon, The Square One City, pada 5 Mac lalu.

Katanya, MPSJ merangka garis panduan bersesuaian sejak 2017 dan merujuk kepada empat punca kuasa sedia ada iaitu Seksyen 107, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171),

Undang-Undang Kecil Pusat Kafe Siber Dan Kafe Cyber (MPSJ-2013), Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 dan Peraturan-Peraturan Hiburan dan Tem-pat-Tempat Hiburan (Permainan Snuker dan Video) (Kawalan dan Penyeliaan) (Selangor) 1996.

Setakat ini, MPSJ melesenkan aktiviti e-sukan ini kepada dua premis iaitu INNO Ig-nition Sdn Bhd – The Pantheon, The Square One City dan Future Games Sdn Bhd, Sun-way, Subang Jaya.

Muhammad Azli berkata, garis pan-duan ini juga adalah langkah awal MPSJ melesenkan aktiviti e-sukan lain seperti pusat siber, permainan video (PS4), per-mainan realiti maya (virtual reality) dan per-mainan simulasi.

Di samping itu, MPSJ juga mahu mening-katkan hasil pendapatan pelesenan dengan mewujudkan suasana komersial mesra pernia- gaan selain melahirkan bakat sukan digital masa hadapan menerusi aktiviti sukan sihat.

The Pantheon adalah pusat permainan e-sukan pertama yang memperoleh Nvi-dia Platinum GeForce Icafe di Malaysia dan mampu memuatkan 1,000 orang, dalam satu masa.

Menempatkan tujuh bahagian permai-nan, The Pantheon juga kini sedang me-nyiapkan pusat e-sukan, di Cyberjaya dan Johor Bharu.

Sambutan Hari Wanita Peringkat MPSJ, pada 8 Mac lalu.

Hadir sama, Pengarah Korporat dan Pe-ngurusan Strategik MPSJ, Hamizun Moha-mad Basar.

Noraini berkata, beliau mahu seluruh ka-kitangan wanitanya sentiasa menuntut ilmu dan memanfaatkan kelebihan untuk berbak-ti kepada masyarakat.

“Jangan lupa menjaga harga diri, sentiasa berkeyakinan dan perlu bijak dalam semua aspek termasuk penjagaan kesihatan dan diri,” katanya.

SERI KEMBANGAN - Kerajaan Negeri se-dang mengkaji penggunaan bas mini bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor, di ka-wasan Sepang.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, kajian itu dilakukan bagi mengurangkan kos selenggaraan bas Smart Selangor bagi lokasi terbabit.

“Saya tidak nafikan, permintaan daripada penduduk untuk menggunakan bas itu ma-sih ada, namun melalui langkah penjimatan ini kemungkinan Kerajaan Negeri boleh me-nambah laluan baharu, di situ.

“Untuk pengetahuan, buat masa ini, ka-jian untuk menggunakan bas mini hanya dilakukan bagi kawasan Sepang sahaja ter-lebih dahulu,” katanya.

Bas mini Smart Selangor sedang dikaji

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 18: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

19SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KSSB_18x3col (TENDER NO. T03/2019)

19 hb Mac 2019 (Selasa)Tarikh Lawatan Tapak

11.00 pagi

Restoran Selera RimbaKampung Belia 2, Jalan Sungai PanjangSungai Besar, Selangor Darul Ehsan(GPS: 3°42'31.47"N 101°10'27.97"E)

Waktu Berkumpul /Pendaftaran

Tempat Berkumpul

21hb (Khamis) dan 22hb Mac 2019 (Jumaat)9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari2.30 petang hingga 4.00 petang

Masa dan TarikhPenjualan DokumenTender

28hb Mac 2019 (Khamis)9.00 pagi hingga 4.00 petang Penyertaan lewat dan tidak lengkap akan ditolak

Masa dan TarikhPenyerahan DokumenTender

Ibu Pejabat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tempat Pembelian danPenyerahan DokumenTender

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (“KSSB”) adalah organisasi yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di Negeri Selangor. KSSB bercadang untuk membuka tapak operasi baru dan menjemput pemohon-pemohon yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai lawatan tapak sebagai pra-syarat untuk menyertai tender berikut:-

TENDER NO. T03/2019

PELAWAAN TENDER TERBUKA BAGI OPERASI PEMINDAHAN BAHAN BATUAN TANAH MERAH DI ATAS TANAH PT 2328, PT 2329 DAN PT 4537 CANGKAT MENTERI,

MUKIM SUNGAI PANJANG, DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN

1. Syarat-syarat kelayakan pemohon:i. Mempunyai alamat berdaftar atau alamat perniagaan di Negeri Selangor

2. Harga Dokumen Tender : RM100.00. (Tunai sahaja). Tidak dipulangkan.3. Fi Pemprosesan Tender : RM1,000.00 (Cek Jurubank / Draf Bank). Tidak dipulangkan.4. Deposit Tender : RM5,000.00 (Cek Jurubank / Draf Bank). Akan dipulangkan kepada

pembida yang tidak berjaya.Catatan: 1. Lawatan tapak adalah wajib bagi melayakkan pemohon-pemohon menyertai tender berkenaan.

Pemohon-pemohon yang tidak menyertai dan tidak mendaftarkan diri semasa lawatan tapak tidak layak untuk menyertai tender tersebut. Penyertaan lawatan tapak, pembelian dan penyerahan dokumen tender hendaklah dilakukan di atas nama syarikat yang sama.Adalah dicadangkan supaya pemohon-pemohon hadir ke lawatan tapak dengan menggunakan kenderaan yang bersesuaian seperti kenderaan pacuan empat roda. Keselamatan pemohonserta risiko dan kos yang terlibat semasa lawatan di tapak tersebut adalah tanggungjawabpemohon sepenuhnya. Pihak KSSB tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang liabiliti,kerugian, kerosakan, tuntutan dan kecederaan yang timbul daripada lawatan pemohon dan/atau ejen/wakil pemohon ke tapak tersebut.

2. KSSB berhak untuk menerima atau menolak mana-mana permohonan atau membatalkantender tanpa perlu membayar balik apa-apa perbelanjaan atau kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pemohon. Semua keputusan oleh KSSB adalah muktamad.

3. KSSB tidak pernah melantik atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjalankan sebarang transaksi berkenaan tender bagi pihak KSSB dan KSSB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga dan tidak akan menanggung apa-apa liabiliti berkenaan sebarang kesimpulan, kerugian ataukerosakan dalam apa jua bentuk yang telah ditanggung atau mungkin ditanggung olehorang ramai yang berpunca daripada mereka bergantung atau menggunakan maklumat yang diberikan oleh pihak ketiga. Pihak awam dinasihatkan agar menghubungi KSSBbagi sebarang pengesahan dan/atau maklumat lanjut.

4. Maklumat lanjut tender boleh diperolehi di laman sesawang rasmi kami www.semesta.com.my

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (822993-H)Tingkat 5, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440000 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTel: 03-5518 7735 Faks: 03-5518 7736www.semesta.com.my

Pegawai Bertugas Untuk Lawatan Tapak:En. Mohd Hisham Mohd Ghaus 019-659 2166En. Jafrikhairi Mhd Idris 017-615 6140En. Abdul Hamid Hassan 019-332 2037En. Khairul Hisyam Abdul Halim 012-360 2405

OLEH SHEEDA FATHIL

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) komited meme-rangi gejala rasuah, sekali gus berjaya mengekalkan integriti dalam kalangan kakitangannya.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohd Yasid Bidin berkata, sejak melaksanakan Ikrar Bebas Ra-suah (IBR) dua tahun lalu, tiada lagi kes membabitkan rasuah berlaku dalam kalangan kaki-tangannya.

“Setakat IBR dilaksanakan pada 2016 sudah tiada kes ra-suah berlaku cuma hanya satu kes membabitkan tohmahan dan belum mempunyai kepu-tusan sama ada betul atau tidak.

“Berdasarkan tempoh dua ta-hun, kita lihat belum ada yang dijatuhkan hukuman atau dipen-jara, namun siasatan SPRM (Su-ruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) itu tetap dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media selepas Program Semarak Kasih Penghargaan Ahli

Kekalkan integriti

MPK komited perangi rasuah

Majlis dan Penggerak Belia Tem-patan (PeBT), di Dewan Hamzah, pada 7 Mac lalu.

Turut hadir, Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Alias Salim; Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Abdul Ghani Pateh Akhir; dan Setiausaha MPK, Adi Faizal Ah-mad Tarmizi.

Pada majlis sama turut diada-kan bacaan IBR membabitkan 24 Ahli Majlis MPK serta 21 PeBT sambil disaksikan Mohd Yasid, Alias Salim dan Abdul Ghani.

Sementara itu, Mohd Yasid berkata, bacaan IBR itu adalah

julung kali diadakan meman-dangkan ia adalah yang perta-ma membabitkan PeBT.

“Ini adalah inisiatif MPK s u p a y a s e t i a p i n d i v i d u menandatangani IBR lebih ber-tanggungjawab dalam melak-

sanakan tugas dan amanah yang dipikul.

“Selain itu, saya optimis anda semua dapat menjauhkan diri daripada sebarang salah laku perlakuan rasuah selama me-megang jawatan ini,” katanya.

KLANG - Penggerak Belia Tempa-tan (PeBT) di Majlis Perbandaran Klang (MPK) disaran melaksanakan program berasaskan sukan dan ekonomi.

Yang Dipertuanya, Dato’ Moha-mad Yasid Bidin berkata, aktiviti sukan dan ekonomi seperti jua-lan kraftangan, batik dan pame-

ran mampu menyatupadukan be-lia.

“Justeru, PeBT bertindak sebagai medium Kerajaan Negeri dan MPK kepada belia bagi melaksanakan sebarang aktiviti.

“PeBT adalah landasan terbaik menarik golongan muda, sekali gus melahirkan belia yang berwibawa

dan bermatlamat,” katanya.Beliau berkata demikian pada

Program Semarak Kasih Penghar-gaan Ahli Majlis dan PeBT 2019, di Dewan Hamzah, pada 7 Mac lalu.

Pada masa sama, beliau berka-ta, pihaknya sedia membantu PeBT melalui pelbagai bantuan fasiliti jika diperlukan.

PeBT disaran laksana program sukan dan ekonomi

KUALA LANGAT - Padah me- ngabaikan kebersihan dan gagal mematuhi peraturan, tiga pre-mis makanan di sita Majlis Dae-rah Kuala Langat (MDKL).

Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Yasin Alwi berkata, dua premis menjual makanan disita di bawah Undang-Undang Kecil Es-tablisymen Makanan (MDKL) 2007 dan satu lagi di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan Pe-raturan-Peraturan Makanan 1985 oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.

Katanya, terdapat juga penia-ga dikenakan tindakan kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MDKL) 2007 kerana membuang cecair kotor ke dalam longkang dan satu no-tis pemberitahuan berkenaan alat perangkap minyak.

“Tujuan pemeriksaan adalah bagi memastikan kebersihan premis menjual makanan bera-da pada tahap baik, keselamatan terjamin, memberikan penarafan dan pengiktirafan premis maka-nan mengikut tahap kebersihan.

“Selain itu, ia untuk memper-tingkatkan tahap kebersihan pre-mis, mengurangkan kadar insiden penyakit bawaan makanan dan air, memberi pengetahuan serta kesedaran pengusaha juga pe-ngendali premis terhadap ke-bersihan selain keselamatan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, pemeriksaan disertai Jabatan Imi-gresen Malaysia itu turut mena- han enam warga asing kerana tidak memiliki pas sah di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, Kementerian Perdaga-

ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut menge-luarkan satu kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antiper-catuan Peraturan 3 (1) Penandaan Harga oleh Peniaga Runcit (PHOPR) 1993 kerana tidak mempamerkan tanda harga makanan.

Beliau turut mengingatkan pe-niaga supaya mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan.

Terdahulu, seramai 41 penguat kuasa dari pelbagai agensi dige-rakkan bagi melakukan pemerik-saan mengejut ke atas 14 premis perniagaan antaranya restoran, ke-dai makan dan restoran makanan segera, pada 28 Februari lalu.

Pemeriksaan yang bermula jam 6 petang hingga 12 malam itu tu-rut disertai Pejabat Kesihatan Dae-rah Kuala Langat, Jabatan Imigresen Malaysia dan KPDNHEP.

Tiga premis abai kebersihan disita

Setakat IBR dilaksanakan pada 2016 sudah tiada kes rasuah berlaku cuma hanya satu kes membabitkan tohmahan dan belum mempunyai keputusan sama ada betul atau tidak

MOHD YASID BIDINYang Dipertua MPSJ

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 19: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

ARAU - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedia bekerjasama de-ngan Kementerian Pembangunan Usahawan dan pelbagai agensi dalam usaha membangun kereta terbang di negara ini berdasarkan kepakaran sedia ada dimiliki pusat pengajian tinggi itu.

Naib Canselornya, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berka-ta, kereta terbang atau ‘aeromo-bile’ bukan sesuatu yang mustahil direalisasikan di Malaysia seiring perkembangan teknologi yang kian pesat, pada abad ini.

“Kereta terbang antara lainnya hampir menyamai fungsi dron. Ia mampu dibangunkan dan me-merlukan peruntukan serta ba-jet tinggi memandangkan ia membabitkan penggunaan teknologi sistem tanpa pe-mandu (UAS) yang terkini,” katanya kepada BERNAMA.

Katanya, Pusat Kecemerlangan Sistem Tanpa Pemandu (COEUAS)

yang diterajui Prof Dr Hazry Desa, sememangnya adalah hab penye-lidikan yang memberi fokus kepa-da teknologi UAS.

“UniMAP bersedia memberi-kan kepakaran untuk idea ini dan bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam aspek perpindahan teknologi secara bersepadu,” ka-tanya lapor BERNAMA.

Bagaimanapun, Zul Azhar ber-kata, dalam merealisasikan hasrat itu, kerajaan perlu menyediakan peruntukan dalam bentuk dana kewangan mencukupi dan mem-buka peluang serta ruang ke-pada rakyat di negara ini untuk turut me-

nyumbang idea.Katanya, usaha giat perlu

dikemukakan secara berfasa dan semua pihak harus menyokong inovasi serta penciptaan warga tempatan dalam UAS kerana ti-dak mustahil Malaysia mencapai kejayaan lebih tinggi termasuk membangunkan kereta terbang.

Terdahulu, Menteri Pembangu-nan Usahawan, Redzuan Md Yusof berkata, prototaip kereta terbang pertama Malaysia dijangka diper-kenalkan kepada awam, tahun ini.

20Pendidikan

SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Universiti Sela- ngor (UNISEL) terus gah membi-na reputasi dengan menjadi insti-tusi terpenting di Malaysia, sejak penubuhannya 20 tahun lalu.

Pengarah Komunikasi Korpo-ratnya, Hasril Abu Hassan berkata, berbekalkan suasana desa di kam-pus Bestari Jaya dan bandar di Shah Alam, UNISEL menjadi pilihan lebih 30,000 pelajar, setakat ini.

“Tidak dinafikan lagi, UNISEL adalah pilihan utama ibu bapa dan pelajar kerana menawarkan yuran pengajian termurah tanpa menga-baikan aspek kualiti pendidikan.

“Bagi peringkat diploma, UNISEL menawarkan yuran pengajian di bawah RM20,000 manakala bagi peringkat ijazah sarjana muda pula bawah RM40,000,” katanya.

Katanya, bagi menggalas pen-demokrasian pendidikan, UNISEL memperkenalkan beberapa lang-kah antaranya Skim Dermasiswa,

KUALA LUMPUR - Kementeri-an Pendidikan perlu memper-banyakkan latihan dan agihan guru yang boleh mengajar sub-jek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bagi memasti-kan bilangan guru yang mam-pu mengajar kedua-dua subjek dalam bahasa itu mencukupi.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebang-saan (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata, langkah itu per-lu bagi memastikan bilangan guru yang berkemampuan selari dengan pendekatan kerajaan yang membenarkan pengajaran kedua-dua subjek berkenaan dalam bahasa Ing-geris.

Katanya, setakat ini jum-lah guru yang boleh menga-jar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris ma-sih terhad.

“Sekolah yang menawarkan Dual Language Programme (DLP) perlu diberi perhatian dan (perkara itu) tidak boleh dilepaskan kepada penguru-san sekolah sahaja.

“Kementerian juga perlu memastikan ketua sekolah (guru besar/pengetua) fasih berbahasa Inggeris supaya mereka dapat menjalankan program itu tanpa kekangan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pembangunan Manu-sia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr Saedah Siraj, turut menyuarakan kebimbangan berhubung kecekapan guru mengajar subjek berkenaan

dalam bahasa Inggeris.Beliau menyifatkan perkara

itu boleh menimbulkan keke-liruan kepada pelajar sewaktu sesi pengajaran dan pembe-lajaran.

“Pada peringkat sekolah rendah, guru masih boleh menyampaikan dalam baha-sa Inggeris walaupun masih kekurangan guru cekap. Ma-salah akan timbul di peringkat sekolah menengah yang pe-nguasaan bahasa Inggeris di-perlukan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Men-teri, Tun Dr Mahathir Mo-hamad berkata, kerajaan mengambil pendekatan mem-benarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matema-tik dalam bahasa Inggeris di sekolah, namun pada masa sama pengajaran subjek itu dalam bahasa kebangsaan tetap diteruskan.

Katanya, pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelaja-ran terbabit dan ada yang me-nentangnya.

Program DLP, yang dilak-sanakan di sekolah kebang-saan dan sekolah menengah kebangsaan sejak 2016, mem-beri pilihan kepada sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembela-jaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Ma-laysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

SHAH ALAM - Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) BizClub menggalakkan pelajar menceburi bidang keusahawa-nan seawal di bangku sekolah.

Pengurus Pembangunan Usa-hawannya, Shamsul Bahrin berka-ta, pendedahan bidang itu sudah dilaksanakan pihaknya melalui be-berapa program yang dianjurkan khusus kepada pelajar sekolah dan universiti.

“Memandangkan Seksyen 7 adalah tumpuan pelajar, PKNS Bi-zClub membuka peluang kepada pelajar lepasan universiti untuk

mengorak langkah dalam bidang keusahawanan.

“Pelajar yang ingin menggu-nakan kemudahan dan mengak-ses maklumat di PKNS BizPoint dikenakan caj dengan kadar yang lebih murah,” katanya ketika dite-mui media pada program Takli-mat ‘Jom Bisnes Raya di Shopee’, di PKNS Bizpoint, pada 9 Mac lalu.

Katanya, PKNS BizClub me-nyediakan pelbagai kemudahan kepada ahli kelab dan pelajar uni-versiti, di sekitar kawasan Shah Alam.

Terdahulu, PKNS berjaya mela-hirkan 1,240 usahawan dalam kalangan cilik, melalui Program Perintis Usahawan untuk pelajar sekolah rendah, sejak 2007.

20 tahun bertapak

UNISEL gah cipta nama

iaitu yuran pengajian secara per-cuma yang diberikan kepada pe-lajar Tahun Asas.

Hasril berkata, UNISEL turut menawarkan trek pengajian khas

pek antaranya proses rasionalisasi fakulti yang menggabungkan lapan fakulti kepada empat fakulti terma-suk dua pusat pengajian.

“Langkah itu bagi melahirkan pe-lajar bersifat ‘multi-discipline’, selain mengoptimumkan tenaga kerja dan kemampuan dengan sumber yang ada,” katanya.

Mereka berminat menyambung pengajian di UNISEL boleh mem-buat permohonan secara dalam talian melalui www.unisel.edu.my atau terus ke kaunter pertanyaan di kampus Shah Alam atau Bestari Jaya.

Selain itu, boleh menghubu-ngi Azman (0123401740), Juni-ran (01133907681) dan Amin (0133743450).

Pastikan guru cekap bahasa Inggeris

Galak pelajar ceburi bidang keusahawanan

UniMAP sedia kerjasama bangunkan kereta terbang

kepada hafiz dan hafizah al-Quran melalui program Asasi –Trek Huffaz dalam usaha melahirkan lebih ra-mai modal insan profesional yang holistik juga bersepadu.

“Justeru, pada tahun ini, UNISEL membuka permohonan kepada mereka yang berminat untuk men-jadi sebahagian warga universiti ini, pada kemasukan April 2019,” katanya.

Sementara itu, katanya, 1 Janua- ri 2016 menjadi titik permulaan kepa-da tagline ‘Peneraju Tranformasi’ apa-bila UNISEL menerima Presiden dan Naib Canselor ketujuh iaitu Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Katanya, berdasarkan reputasi sebagai profesor cemerlang dalam bidang akademik dan pentadbiran, beliau dilihat sebagai calon yang la-yak membawa UNISEL ke arah kece-merlangan.

“Sepanjang tiga tahun menera-jui transformasi, banyak perubahan dapat dilihat daripada pelbagai as-

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 20: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

21SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

14 - 20 MAC 20197 - 13 REJAB1440H

14 Khamis 5:55 6:05 7:18 1:25 4:35 7:27 8:36 15 Jumaat 5:54 6:04 7:18 1:25 4:34 7:27 8:36 16 Sabtu 5:54 6:04 7:18 1:25 4:33 7:27 8:35 17 Ahad 5:54 6:04 7:17 1:25 4:32 7:26 8:35 18 Isnin 5:53 6:03 7:17 1:24 4:31 7:26 8:35 19 Selasa 5:53 6:03 7:17 1:24 4:31 7:26 8:35 20 Rabu 5:53 6:03 7:16 1:24 4:30 7:26 8:35

14 Khamis 5:58 6:08 7:20 1:28 4:38 7:30 8:39 15 Jumaat 5:57 6:07 7:20 1:28 4:37 7:30 8:38 16 Sabtu 5:57 6:07 7:19 1:28 4:36 7:29 8:38 17 Ahad 5:56 6:06 7:19 1:27 4:35 7:29 8:38 18 Isnin 5:56 6:06 7:19 1:27 4:35 7:29 8:38 19 Selasa 5:56 6:06 7:18 1:27 4:34 7:29 8:38 20 Rabu 5:55 6:05 7:18 1:26 4:33 7:29 8:37

14 Khamis 5:55 6:05 7:19 1:26 4:35 7:28 8:36 15 Jumaat 5:55 6:05 7:19 1:26 4:34 7:27 8:36 16 Sabtu 5:55 6:05 7:19 1:25 4:33 7:27 8:36 17 Ahad 5:54 6:04 7:18 1:25 4:32 7:27 8:36 18 Isnin 5:54 6:04 7:18 1:25 4:31 7:27 8:36 19 Selasa 5:53 6:03 7:18 1:24 4:31 7:27 8:35 20 Rabu 5:53 6:03 7:17 1:24 4:30 7:26 8:35

A project by LLSB

Gateway to a better tomorrow

Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) mempelawa syarikat/syarikat usahasama/konsortium (tempatan dan/atau antarabangsa) yang berkelayakan untuk menyertai ‘Expression of Interest’ bagi pra-kelayakan syarikat/syarikat usahasama/konsortium.

SYARIKAT/SYARIKAT USAHASAMA/KONSORTIUM UNTUK CADANGAN PEMBANGUNAN DAN REHABILITASI SUNGAI KLANG

DI BAWAH SELANGOR MARITIME GATEWAY (“SMG”)Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat berikut:1. Berpengalaman menyiapkan pembangunan/projek/pembinaan/sistem bernilai

tidak kurang daripada RM500 juta dalam tempoh lima (5) tahun; DAN/ATAU2. Berpengalaman/berkeupayaan mendapatkan rakan kongsi untuk kerja-kerja loji

rawatan air/teknologi rehabilitasi sungai. Pemohon hendaklah mengambil Dokumen “Expression of Interest” daripada pejabat AECOM Perunding Sdn Bhd (konsultan dilantik), Level 7, Guoco Tower, Damansara City, No. 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur dari 11 Mac 2019 hingga 22 Mac 2019 pada waktu pejabat (8.30 pagi – 4.30 petang).Pemohon hendaklah memastikan dokumen yang lengkap (di dalam bungkusan bermeteri ke alamat yang tertera di dalam Dokumen “Expression of Interest”) diterima sebelum 12.00 tengah hari pada 29 Mac 2019.

LANDASAN LUMAYAN SDN BHD (989368-H)MILIKAN PENUH MENTERI BESAR SELANGOR (PEMERBADANAN) (MBI)

‘EXPRESSION OF INTEREST’ BAGI PRA-KELAYAKAN SYARIKAT/SYARIKAT USAHASAMA/KONSORTIUM

SEREMBAN - Unit pemantau di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Ja-kim) menerima kira-kira 10,000 ad-uan berkaitan penulisan menghina dan provokasi kepada agama Islam di semua landasan media termasuk media sosial sejak unit itu ditubuh-kan, minggu lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Per-dana Menteri, Fuziah Salleh berkata, setiap aduan diterima akan diteliti dan ditapis rapi terlebih dahulu bagi menentukan kesahihannya kerana ada juga aduan diterima membabit-kan ‘akaun palsu’.

“Itulah yang akan kita tapis dan te-ngok secara teliti tetapi saya kira le- bih merisaukan ialah jumlahnya begitu besar dan seolah-olah menjadi-jadi. Ini adalah satu perkara tidak sihat.

“Adakala kita tengok ahli politik di sebelah pembangkang, mereka di-lihat terlalu ekstrim kadang-kadang sehingga menghukum orang bukan Islam. Mungkin dengan itu menim-bulkan keadaan di mana ada ‘tindak balas’ dan ini semua perkara tidak sihat,” katanya di sidang media pra pelancaran Majlis Tilawah dan Meng-hafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan

(MTHQK) 2019, di sini, pada 12 Mac lalu, lapor BERNAMA.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai perhim-punan haram lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sempena Hari Wanita, Fuziah berkata, sambutan hari wanita itu dicemari kumpulan yang membawa agenda tersendiri.

“Ini satu perkara yang amat dike-sali, seharusnya tidak berlaku dan mengapa mereka membawa agen-da mereka sendiri dalam sambutan Hari Wanita. Pendirian kita di Jabatan Perdana Menteri, kita kesal perkara itu

berlaku,” katanya.

Jakim terima ��,��� aduan hina Islam

UKM lakar sejarah

Cipta peranti arah kiblat mudah alihOLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencatat sejarah apa-bila berjaya mencipta penentu arah ki-blat mudah alih dengan inovasi terkini dinamakan InnoQibla.

Pensyarah Pusat Kejuruteraan Elek-tronik & Komunikasi Terkehadapan

(PAKET) UKM, Prof Madya Ir Dr Norhana Arsad berkata, peran-

ti dicipta penyelidik Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) itu, sekali gus meletakkan UKM sebagai

universiti pertama yang sudah menfailkan harta intelek bagi alatan berke-

naan.Katanya, teknologi

itu bermula pada 2012 selepas melihat Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia menentukan arah kiblat di surau bangunan pentad-biran FKAB.

“Melihatkan tatacara itu, kami mula melakukan penyelidikan dan memba-ngunkan satu prototaip yang memin-dahkan arah kiblat dari luar ke dalam bangunan menggunakan laser.

“Projek penyelidikan ini mendapat beberapa dana termasuk Dana Inovasi UKM diuruskan Pusat Inovasi Kolabora-tif (PIK),” katanya.

Beliau berkata, InnoQibla hanya me-ngambil masa kira-kira 10 minit dalam menentukan arah kiblat manakala kae-dah sedia ada akan mengambil masa bergantung kepada cuaca semasa.

Katanya, sementara aplikasi arah kib-lat di telefon bimbit dan kompas mudah terganggu dengan medan elektromag-net dan menyebabkan ia bergerak tan-pa arah sebenar.

103002-H

KDEB Waste Management Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Selangor secara holistik.

Pembekal adalah dipelawa daripada pengilang-pengilang atau kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di dalam kelas dan jenis pendaftaran yang berkaitan untuk;

Bil.

1

Nama Sebutharga/Jenis Kenderaan/Keperluan Ringkas

Harga Dokumen Bagi Setiap Set

Tempoh Jualan Dokumen

Kotak Tarikh Tutup

Sebutharga bagi membekal, memasang siap, menguji dan menghantar “Refuse Compactor Truck” lengkap dengan casis dan aksesori kepada KDEB Waste Management Sdn.Bhd.

RM500.00 14 hingga 15 Mac

2019

A Sebelum Jam 12:00 Tengahari

22 Mac 2019 (Jumaat)

Pembayaran bagi setiap set dokumen sebutharga yang dibeli boleh menggunakan wang tunai beserta dengan cop syarikat dan dokumen sebutharga akan mula dijual mengikut tempoh masa seperti yang telah ditetapkan di atas pada waktu pejabat di alamat berikut;

KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD. ARAS 10, MENARA SERBA DINAMIK ,

LOT PRESINT 3.4, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-5511 4344

Dokumen Sebutharga yang telah siap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan ditulis dipenjuru atas sebelah kiri Nama Sebutharga (seperti tertera pada dokumen sebutharga) dan

dimasukkan ke dalam KOTAK “A” seperti yang tertera di atas di alamat berikut:

KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD. ARAS 10, MENARA SERBA DINAMIK ,

LOT PRESINT 3.4, PERSIARAN PERBANDARAN, SEKSYEN 14, 40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

TEL : 03-5511 4344

Nota: Sila pastikan dokumen sebutharga yang telah lengkap dihantar sebelum tarikh tutup dan masa yang telah ditetapkan seperti di atas bagi mengelakkan sebutharga anda ditolak.

BAGI MEMBEKAL, MEMASANG SIAP, MENGUJI DAN MENGHANTAR KENDERAAN KEPADA KDEB WASTE MANAGEMENT SDN.BHD.

KENYATAAN SEBUTHARGA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 21: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Lebih 50 wani-ta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menyertai program Jom Sihat dan bengkel membuat sabun daripada madu kelulut, baru-baru ini.

Penyelia Pusat Wanita Berda-ya DUN terbabit, Siti Anum Tawil berkata, program itu memberi peluang kepada wanita berkema-hiran untuk menjadikan bidang berkenaan sebagai perniagaan.

Katanya, ia sekali gus dapat menambahkan pendapatan ke-luarga dan menjadikan wanita lebih berdaya daripada sudut ekonomi serta jati diri.

“Pada sebelah paginya, kita adakan program zumba melalui ‘Jom Sihat’ dan selepas itu kita anjurkan pula bengkel membuat sabun daripada madu kelulut ini.

“Di Sungai Kandis, kita

Bengkel sabun kelulut

Peluang jana pendapatanmelaksanakan dua modul antaranya program berke-mahiran dan berkapasiti an-taranya program memasak, kraftangan, landskap dan pe-nyelenggaraan kenderaan,” katanya.

Siti Anum berkata, PWB Sungai Kandis kini turut men-cari produk yang diusahakan wanita kawasan berkenaan untuk diketengahkan dan dipa- sarkan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya, ia bertepatan de-ngan saranan Kerajaan Negeri yang mahukan wanita lebih berdaya dan berdikari.

“Wanita ini turut diberi pelu-ang menyertai program kursus, seminar yang menguji minda peserta selain program kepim-pinan, kesihatan, perundangan wanita, kesaksamaan gender dan urus tadbir yang baik,” ka-tanya.

Siti Anum (tengah) bersama sebahagian peserta program menunjukkan sabun yang dihasilkan daripada madu kelulut

SHAH ALAM - Sejumlah 1,500 kun-tum bunga mawar diedarkan se-cara percuma kepada wanita di Dewan Undangan Negeri Batu Tiga sempena Hari Wanita Sedunia.

EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rod-ziah Ismail berkata, program berkenaan diadakan di keba-

nyakan lokasi kawasan DUN itu antaranya Padang Jawa, Sek- syen 18, Taman Batu Tiga terma-suk sekolah, klinik dan hospital.

“Bunga ini diedar sebagai menghargai wanita di negeri ini sempena Hari Wanita Sedu-nia yang disambut, setiap tahun.

“Wanita perlu diberi penghar-gaan dan merasai jati diri supaya meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya ketika dite-mui di Hospital KPJ, di sini, pada 8 Mac lalu.

Sempena dengan tema ‘ba-lance for better’, Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Tiga berkata, wanita perlu mengimbangi diri dan kehidu-pan seharian supaya tidak ke-tinggalan dalam arus peredaran masa.

Katanya, selaku EXCO usaha-wan, beliau melihat kepayahan wanita membantu dan menyara kehidupan dengan berniaga dalam meningkatkan taraf eko-nomi keluarga.

“Saya berharap wanita Sela-ngor belajar dan berjaya mengim-

bangi kehidupan mereka dalam konteks cabaran pekerjaan serta aspek rumah tangga supaya ke-sinambungan kehidupan berjalan lebih lancar juga sejahtera.

“Manakala, kaum lelaki pula perlu memberi ruang dan peluang

serta membantu wanita dalam apa juga pekerjaan yang mereka lakukan,” katanya.

Terdahulu, Rodziah turut ber-kesempatan mengedarkan bunga mawar kepada kakitangan wanita, di Bangunan SUK, di sini.

KUALA LUMPUR - Merit dan ke-bolehan adalah faktor penting me-nentukan matlamat akhir dasar 30 peratus penyertaan wanita se-bagai pembuat keputusan dalam sesebuah organisasi tercapai.

Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, dasar 30 peratus itu bukan kuota

tetapi hanya sasaran yang perlu dipenuhi.

“Kita membuat sasaran ini se-bagai panduan kepada pembuat dasar supaya tidak terlupa. Bila adanya sasaran 30 peratus, maka mereka perlu mencari.

“Wanita juga perlu mendapat peluang sama memajukan diri dan manfaat daripada pembangunan,” katanya dalam program Ruang Bi-

cara bertajuk ‘Wanita; Seimbang Untuk Sejahtera’, di Bernama News Channel, pada 8 Mac lalu.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wani-ta dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud pula berkata, keseim-bangan juga perlu dititikberat-kan kerana ketidakadilan masih berlaku dalam memberi peranan kepada wanita.

Edar �,��� mawar sempena Hari Wanita Sedunia

Rodziah mengedarkan bunga mawar kepada kakitangan wanita, di Hospital KPJ Shah Alam

NCWO: �� peratus bukan kuota, tapi sasaran

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 22: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

23SelangorKini 14 - 20 Mac 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Atlet perahu layar, Khairulnizam Mohd Afendy dan atlet boling padang wanita, Nurul Alyani Jamil, dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2018.

Penyampaian anugerah itu di-sempurnakan Naib Canselor UiTM, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim, di Dewan Agung Tuanku Canselor, di sini, pada 6 Mac lalu.

Khairulnizam ketika ditemui media berterima kasih kepada UiTM kerana menobatkan dirinya selaku olahragawan dan komited untuk meneruskan usaha lebih ce-

merlang, pada tahun depan.“Terima kasih kepada UiTM,

saya akan berusaha meneruskan kecemerlangan ini untuk berjaya sehingga ke persada dunia, seka-li gus membawa nama universiti ke peringkat antarabangsa,” kata-nya yang kini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan.

Sementara itu, Nurul Alyani berkata, beliau tidak menduga kemenangan berpihak kepada dirinya memandangkan sukan terbabit kurang mendapat per-hatian, terutama di negara ini.

“Saya berpuas hati dengan anu-gerah ini dan berharap sukan bo-ling padang mampu membuka mata rakyat Malaysia bahawa ia

adalah sukan bertaraf dunia.“Kemenangan ini, sekali gus

mendorong saya untuk menca-pai matlamat berjaya dalam Sukan Sea akan datang, selain Kejohanan Asia Pasifik yang akan diadakan di Gold Coast, pada Jun nanti,” ka-tanya yang juga penuntut Diplo-ma Sains Sukan.

Terdahulu, Khairulnizam per-nah muncul sebagai tiga pelayar terbaik Asia dalam acara Laser Standard lelaki di Sukan Olimpik Rio 2016 dan layak untuk temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Manakala, Nurul Alyani mencip-ta kejutan apabila menewaskan pemain terkemuka Scotland, Dee Hoogan, untuk mara ke final Kejo-

Olahragawan, Olahragawati UiTM 2018

Khairulnizam dan Nurul Alyani komited terus cemerlang

hanan Juara-Juara Perseorangan Dunia 2018 di Sydney, Australia, pada 3 November lalu.

Kedua-dua pemenang masing-

masing berusia 26 tahun itu ber-jaya membawa pulang sijil, trofi, televisyen dan hadiah wang tunai RM1,000 setiap seorang.

SHAH ALAM - Universiti Teknolo-gi Mara (UiTM) sentiasa konsisten dalam memastikan prestasi dan pencapaian atletnya melalui aka-demik serta pembangunan sukan tercapai.

Naib Canselornya, Prof Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pro-gram pembangunan disediakan bukan sekadar fizikal semata-ma-ta, namun ia turut membentuk ‘thinking athlete’ supaya mereka bijak mengurus diri.

Katanya, atlet universiti ke-biasaannya bijak mengurus diri secara profesional, pada sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

“Atlet yang bijak biasanya le-bih tenang mengawal emosi dan cekap merancang strategi ketika

menghadapi lawan, dalam per-tandingan.

“Selain itu, mereka juga tahu merancang gaya hidup ber-sesuaian dengan peranan sebagai pelajar dan atlet terutama apabila perlu menghadiri ke kelas, latihan sukan dan pertandingan.

“Pembahagian masa perlu di-buat dengan penuh disiplin supa-ya atlet pelajar ini boleh berjaya dalam kedua-dua lapangan aka-demik dan sukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika berucap merasmikan Majlis Anugerah Sukan UiTM 2018, di De-wan Agung Tuanku Canselor, pada 6 Mac lalu.

Pada masa sama, beliau percaya keupayaan pensyarah UiTM yang

dilihat lebih fleksibel menangani situasi pelajar, sekali gus mendo-rong kepada kejayaan atlet univer-siti terbabit dalam persada sukan negara.

Beliau juga optimis UiTM sen-tiasa meneruskan momentum pen-capaian cemerlang dalam persada sukan negara.

“Melalui jadual latihan dan per- tandingan ketat, mustahil sese-orang atlet memberikan komit-men sepenuhnya dalam bidang akademik seperti pelajar sepenuh masa lain.

“Namun, dengan sistem pem-belajaran fleksibel, sudah pasti ia mampu memberikan ruang ke-pada atlet untuk membahagikan masa sebaiknya,” katanya.

Pastikan prestasi akademik, sukan atlet seimbang

NCWO: �� peratus bukan kuota, tapi sasaran

KEJOHANAN Taekwando

Jemputan Piala Datuk Bandar

Shah Alam 2019 berlansung

meriah pada 2 dan 3 Mac lalu.

Pasukan Hypermax Taekwando Club

muncul juara dengan merangkul

20 pingat emas dalam kejohanan edisi kelima yang mempertanding-

kan enam kategori mengikut umur,

dari seluruhMalaysia.

SHAH ALAM - Timbalan Naib Can-selor Hal Ehwal Pelajar Universi-ti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Azizan Abdullah, dilantik sebagai presiden UiTM FC baharu.

Bercakap kepada media, be-liau berharap pelantikannya itu dapat meneruskan kecemerlan-gan UiTM FC sejak penubuhannya, pada 2009.

“UiTM dipilih menjadi pusat ke-cemerla-ngan sukan bola sepak memandangkan kejayaan dicapai, di peringkat universiti.

“Malah, kita mempunyai kepa-karan dan kemudahan tersend-iri di UiTM, sekali gus berjaya memartabatkan pembangunan sukan ini,” katanya pada majlis pelantikannya, di Pusat Sukan

UiTM, pada 6 Mac lalu.

Turut hadir, Timbalan Presiden UiTM FC, Dr Mohd Baharin Oth-man; Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad dan barisan ahli EXCO UiTM FC serta pemain.

Pada masa sama, beliau ber-kata, barisan pemain dan juru-latih perlu memberi komitmen sepenuhnya dalam menjadikan UiTM lebih disegani pasukan ser-ta kelab lain dalam Liga Malaysia.

“Sebagai sebuah kelab yang berada dalam institusi pendidikan tinggi, saya mahu UiTM FC men-jadi contoh dalam semua aspek pembangunan bola sepak.

“Ia termasuk aspek penguru-san, kejurulatihan, sains sukan, pemasaran dan yang penting kejayaan daripada segi prestasi pasukan, dalam liga diceburi,” ka-tanya.

Dr Azizan presidenbaharu UiTM FC

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 23: PERCUMA 14 - 20 Mac 2019, 5 - 12 Rejab 1440 · gara di Eropah yang memiliki kualiti pendidikan terbaik, di dunia. Sistem pendidikan yang menggabungkan pe- ... Meneruskan warisan ibu,

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SUBANG JAYA - Penyediaan garis panduan pelesenan su-kan elektronik (e-sukan) mampu mengubah persepsi negatif ma-syarakat terhadap industri itu.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, dengan garis panduan dan pemberian lesen, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengawal aktiviti per-niagaan e-sukan, sekali gus mengelak daripada gejala ne-gatif.

Katanya, Kerajaan Negeri ber-sama pengusaha e-sukan beru-saha mengubah persepsi buruk yang sering terkait dengan kafe

siber dan pusat perjudian.“Kita perlu tunjuk dan bukti-

kan kepada ibu bapa bahawa e-sukan satu industri sihat. Bukan satu pusat main judi.

“Saya perlu komitmen pe-ngusaha e-sukan dalam menja-yakan perkara ini,” katanya ketika sesi lawatan ke Pusat E-sukan, The Pantheon, Subang Jaya, pada 5 Mac lalu.

Pada masa sama, beliau ber-kata, Kerajaan Negeri akan me- ngadakan bengkel kepada semua PBT bagi membincangkan garis panduan pelesenan perniagaan e-sukan.

Terdahulu, Belanjawan’19 tu-rut memperuntukan RM 400,000 bagi membangunkan e-sukan, di Selangor.

SHAH ALAM - Exco Generasi Mu-da & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman menerima kunjungan hormat delegasi Yayasan Keba-jikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), di pejabatnya, di Bangunan SUK, pada 6 Mac lalu.

Delegasi terbabit diwakili nama besar sukan negara seperti lagen-da sukan bina badan yang juga Mr Asia enam kali, Datuk Malek Noor; bekas juara dunia silat olahraga, Zakri Ibrahim; lagenda bola sepak,

Datuk Santokh Singh, Reduan Abdullah dan Khalid Ali.

Mohd Khairuddin berkata, an-tara isu yang menjadi fokus pada pertemuan itu membabitkan hal ehwal kebajikan 799 bekas atlet Selangor yang pernah mewakili peringkat kebangsaan dalam pelbagai sukan.

“Kerajaan Negeri bersedia bekerjasama membantu dan me-lihat kembali struktur kebajikan bekas atlet kelahiran Selangor ini.

“Kita mahu belia faham, ba-

hawa sukan ini mempunyai masa depan dan sentiasa didokong Kerajaan Negeri,” katanya ke-nyataan media.

Katanya, pada masa ini, atlet di Selangor turut menerima insentif atas sumbangan mereka mengha-rumkan nama negeri dan negara.

Antaranya, pada 30 Januari lalu, Kerajaan Negeri menyerah-kan insentif sebanyak RM929,200 kepada pemenang pingat dalam SUKMA, Sukan Sea, Sukan Asia dan Para Asia 2018.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI