subuh syuruk 17 mei 2013 / 07 rejab 05:42 07:02...1. imam / khatib yang bertugas juma’at minggu...

2
Mukasurat 02 Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di: [email protected] atau, hubungi kami di: PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468582 FAKS: 03-89483742 HEBAHAN & MAKLUMAN 1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 17 Mei 2013 / 07 Rejab 1434H : Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam 2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 08 - 16 Surah al-Ghafir yang akan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haikal bin Rosly (Al-Quran) & (Terjemahan) 3. Pusat Islam Universiti akan mengadakan ”Kem Motivasi Al-Quran” bertempat di Dewan Ibnu Sina, PIU,UPM pada 4 – 6 Jun 2013. (Selasa – Khamis). Masa 8.00 pagi – 5.00 petang. Yuran RM 50.00 seorang. Penyertaan terbuka kepada anak-anak warga UPM dan masyarakat setempat. Umur 10 -16 tahun. 4. Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang dan jemaah Masjid UPM akan melaksanakan majlis berbuka puasa dan aktiviti sepanjang Ramadhan tahun 1434H. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan Masjid UPM 1434H dengan penuh takzimya memohon sumbangan dana daripada Y. Bhg. Tan Sri/ Dato’/Datin/Prof. / Dr. / Tuan/ Puan untuk menjayakan program aktiviti sepanjang bulan Ramadhan bagi tahun ini. Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui (CIMB Bank), (Nombor Akaun 12150008695053: Akaun Aktiviti Ramadhan Masjid UPM) atau mengembalikan borang yang dilampirkan ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti,UPM. Di atas perhatian dan jasabaik Y. Bhg. Tan Sri/ Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan/ Puan kami ucapkan jutaan terima kasih. MUTIARA AL-QURAN “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kamu daripada sangkaan (iaitu sangkaan membawa kerosakan) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa…” (Surah al-Hujurat: 12) SUBUH SYURUK 05:42 07:02 ZUHUR ASAR 13:12 16:33 MAGHRIB ISYAK 19: 20 20:32 WAKTU SOLAT Daerah Petaling dan kawasan yang sewaktu dengannya JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID MEI 2013 17 JUMAAT Fiqh Lengkap: Ust. Hj. Ismail bin Hj Omar 18 SABTU Kuliah Subuh Sirah Nabawiyyah : Dr. Abd. Rahman bin Mahmod Kuliah Maghrib. Al-Quran dan Tajwid : Ust. Wan Hilmi bin Wan Abdullah 19 AHAD Kuliah Subuh Tasauf : Ust. Hj. Hashim bin Mahmud Kuliah Maghrib. Mustika Hadith. Dato’ Dr. Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii 20 ISNIN Tafsir al-Bayan: Ust. Hj. Hashim bin Mahmud 21 SELASA Tafsir ibn Kathir: Ust. Muhammad Arif bin Musa 22 RABU Hisn al-Muslim: Ust. Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam 23 KHAMIS Bacaan Surah Yasin

Upload: others

Post on 03-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Mukasurat 02 Minbar Putra/01/2013

    Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di:

    [email protected]

    atau, hubungi kami di:

    PUSAT ISLAM UNIVERSITI,

    UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA,

    43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN.

    TEL: 03-89468582 FAKS: 03-89483742

    HEBAHAN & MAKLUMAN

    1. Imam / Khatib yang bertugas Juma’at minggu ini 17 Mei 2013 / 07 Rejab 1434H : Ustaz Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam

    2. Sesi Bacaan al-Quran & terjemahan sebelum Solat Fardhu Juma’at , Ayat 08 - 16 Surah al-Ghafir yang akan disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haikal bin Rosly (Al-Quran) & (Terjemahan) 3. Pusat Islam Universiti akan mengadakan ”Kem Motivasi Al-Quran” bertempat di Dewan Ibnu Sina, PIU,UPM pada 4 – 6 Jun 2013. (Selasa – Khamis). Masa 8.00 pagi – 5.00 petang. Yuran RM 50.00 seorang. Penyertaan terbuka kepada anak-anak warga UPM dan masyarakat setempat. Umur 10 -16 tahun.

    4. Pusat Islam Universiti dengan kerjasama Jawatankuasa Kariah Serdang dan jemaah Masjid UPM akan melaksanakan majlis berbuka puasa dan aktiviti sepanjang Ramadhan tahun 1434H. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Aktiviti Ramadhan Masjid UPM 1434H dengan penuh takzimya memohon sumbangan dana daripada Y. Bhg. Tan Sri/ Dato’/Datin/Prof. / Dr. / Tuan/ Puan untuk menjayakan program aktiviti sepanjang bulan Ramadhan bagi tahun ini. Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui (CIMB Bank), (Nombor Akaun 12150008695053: Akaun Aktiviti Ramadhan Masjid UPM) atau mengembalikan borang yang dilampirkan ke Pejabat Am Pusat Islam Universiti,UPM. Di atas perhatian dan jasabaik Y. Bhg. Tan Sri/ Dato’ / Datin / Prof. / Dr. / Tuan/ Puan kami ucapkan jutaan terima kasih.

    MUTIARA AL-QURAN

    “Wahai orang-orang yang

    beriman! Jauhilah kamu daripada sangkaan (iaitu sangkaan

    membawa kerosakan) kerana sesungguhnya sebahagian

    daripada sangkaan itu adalah

    dosa…”

    (Surah al-Hujurat: 12)

    SUBUH SYURUK

    05:42 07:02

    ZUHUR ASAR

    13:12 16:33

    MAGHRIB ISYAK

    19: 20 20:32

    WAKTU SOLAT

    Daerah Petaling dan

    kawasan yang sewaktu

    dengannya

    JADUAL KULIAH MINGGUAN MASJID

    MEI 2013

    17 JUMAAT Fiqh Lengkap: Ust. Hj. Ismail bin Hj Omar

    18 SABTU Kuliah Subuh Sirah Nabawiyyah : Dr. Abd.

    Rahman bin Mahmod Kuliah Maghrib. Al-Quran

    dan Tajwid : Ust. Wan Hilmi bin Wan Abdullah

    19 AHAD Kuliah Subuh Tasauf : Ust. Hj. Hashim bin

    Mahmud Kuliah Maghrib. Mustika Hadith.

    Dato’ Dr. Hj. Mohd Mokhtar bin Hj. Shafii

    20 ISNIN Tafsir al-Bayan: Ust. Hj. Hashim bin Mahmud

    21 SELASA Tafsir ibn Kathir: Ust. Muhammad Arif bin Musa

    22 RABU Hisn al-Muslim: Ust. Alzasha Illiyyin bin Zainal Alam

    23 KHAMIS Bacaan Surah Yasin

    mailto:[email protected]

  • 17 Mei 2013 / 07 Rejab 1434H http://www.pic.upm.edu.my

    ميمبر ڤوترا Mimbar Putra

    RISALAH JUMAAT MINGGUAN MASJID UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Mimbar Putra/03/2013

    SEDUTAN KHUTBAH

    Ibu adalah insan mulia. Kedudukannya tiada taranya. Sehinggakan Rasulullah mengingatkan bahawa ibu

    merupakan insan yang paling berhak menerima

    kebaikan berupa kasih sayang berbanding bapa. Sekiranya berlaku pertembungan keperluan antara ibu

    dan bapa dalam mendapat khidmat anaknya, maka ibulah yang lebih utama. Mulianya ibu bukan sahaja

    kerana dia yang mengandung, melahir, menyusukan

    tetapi kerana ketabahan membesarkan, mengasuh dan mendidik anak-anak sehingga menjadi dewasa.

    Hadis daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah

    s.a.w bersabda yang bermaksud:

    “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah (s.a.w), siapakah insan yang paling berhak aku hormati dengan baik? Baginda bersabda: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki bertanya lagi: Kemudian siapa? Baginda menjawab: Bapamu”.

    (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Disebutkan bahawa seorang Ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun ibu yang seorang belum tentu

    dapat dijaga oleh anak yang ramai. Inilah realiti yang

    berlaku dalam kehidupan hari ini. Ramainya anak anak yang menderhaka kepada ibubapa, jauh sekali untuk

    berbuat baik kepada kedua-duanya. Hakikat yang tidak dapat disangkal adalah, berbuat baik dan berbakti

    kepada kedua ibu bapa bukanlah sesuatu yang ringan

    dan mudah. Ianya memerlukan pengorbanan yang besar. Kerana itu Islam menawarkan nilai dan

    kedudukannya.

    Sehinggakan pada waktu dan keadaan tertentunya

    berbuat baik kepada ibu bapa lebih utama dari keluar berjihad di medan perang.

    Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 23 yang

    bermaksud:

    “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah ", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)”.

    Ibu adalah insan mulia dan merupakan insan yang

    paling berhak menerima kebaikan berupa kasih sayang. Namun begitu, perintah berbuat baik dalam

    Islam adalah terhadap kedua ibubapa. Berbuat baik kepada ibu dan bapa merupakan suatu ibadah yang

    tinggi nilai dan kedudukannya. Berbuat baik kepada

    mereka boleh dilaksanakan dengan memudahkan urusan kehidupan mereka dari segi kewangan atau

    sebaginya dan mendoakan kesejahteraan mereka sewaktu hidup dan mati mereka. Menderhaka kepada

    ibu dan bapa adalah termasuk salah satu dari dosa-dosa besar yang akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT.

    JASA IBU TIADA TANDINGAN

    (Petikan Khutbah JAIS)