perbezaan model modifikasi tingkah laku
DESCRIPTION
NOTA EDU PISMPTRANSCRIPT
PERBEZAAN MODEL DISIPLIN TINGKAH LAKU
( SKINNER, CANTER & DREIKURS)Disediakan oleh:
JEYNNA ERVINA JONISHASNIZA JAMARANROPITAH AHUAR
Pengenal
an
Pengurusan bilik darjah yang berkesan menghasilkan persekitaran pembelajaran
yg kondusif.
Guru hendaklah membina hubungan yang baik dengan murid-murid dan mengawasi
perjalanan rutin bilik darjah supaya berjalan dengan lancar.
Beberapa model pengurusan disiplin oleh tokoh-tokoh terkemuka akan dibincangkan
tentang bagaimana untuk menguruskan bilik darjah dengan baik dan efektif.
• Perkataan disiplin sendiri berasal daripada
perkataan Latin disiplina yang bermaksud
mengajar. (Haliza & Joy, 2009)
Konsep Disiplin
Bilik Darjah
Kamus dewan mentafsirkan disiplin sebagai kawalan yang diperoleh
daripada penguatkuasaan peraturan.
Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang bekerja atau membuat
sesuatu dengan tertib, menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah
laku yang baik, hormat-menghormati, tolong-menolong dan sentiasa
berusaha membaiki keadaan sedia ada menerusi usaha yang membina
( Haliza & Joy, 2009)
Secara ringkasnya,di dalam konteks bilik darjah, disiplin merupakan satu
set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan
mendapatkan tingkah laku yang diingini.
• Terdapat lima jenis model pengurusan disiplin yang
boleh membantu membentuk persekitaran
pembelajaran yang kondusif.
• Dalam topik ini, kita akan melihat perbezaan 3
daripada 5 model disiplin yang terdapat dalam
kelima-lima model pengurusan disiplin ini.
Jenis Model
Pengurusan Disiplin
Model Modifikasi Tingkah Laku
oleh B.F Skinner
Model Disiplin Asertif oleh
Lee Canter
Model Akibat Logikal oleh
Rudolf Dreikurs
MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU B.F SKINNER
- tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa-
apa yang berlaku sebaik sahaja sesuatu tingkah laku
ditunjukkan.
Menurut Skinner:
- Menggunakan prinsip peneguhan dan hukuman.
- Menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan
tingkah laku yang diingini.
- Dua jenis peneguhan:
- Peneguhan positif
- Peneguhan negatif
- Hukuman ialah tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku
yang tidak diingini.
- Terdapat dua jenis hukuman iaitu:
- Hukuman beri
- Hukuman sembah
Peneguhan +ve:Berlaku apabila
rangsangan diberikan.
Peneguhan –ve:Berlaku apabila
rangsangan diambil
Hukuman beri:Mengurangkan kemungkinan
tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang
diberikan
Hukuman tarik:Mengurangkan kemungkinan
tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang
selesa ditarik balik.
Jadual peneguhan
Berterusan (semua tingkah
laku diteguhkan)
Berkala (bukan semua tingkah
laku diteguhkan)
Jeda/selang masa (berasaskan masa)
Jeda tetap
Jeda berubah
Nisbah pencapaian isi kandungan (berasaskan isi kandungan pelajaran
Nisbah tetap
Nisbah berubah
- Cara menangani:
- Berikan peneguhan berterusan semasa
pembentukan tingkah laku (positif & negatif).
- Denda & Peneguhan.
- Token ekonomi.
Token Ekonomi
Kelemahan
- Kesan peneguhan mungkin tidak akan kekal lama.
- Murid-murid tidak akan menunjukkan tingkah laku yang diingini
apabila tiada ganjaran yang ditawarkan.
- Dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan motif murid
bertukar kepada mendapat ganjaran drpd. Memperoleh
pembelajaran.
- Kurang berkesan kepada pelajar yang lebih dewasa.
- Kurang berkesan untuk mengurangkan masalah tingkah laku.
MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER
Menurut Canter:
Model adalah berasaskan peneguhan
terhadap tingkah laku yang diingini dan
penerimaan murid terhadap akibat daripada
tingkah laku yang ditunjukkan.
Lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan
peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
Pendekatan yang dilakukan ialah guru mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi
secara tenang, serius dan konsisten dengan murid
Guru menyediakan persekitaran pembelajaran
yang dapat membantu murid memilih tingkah
laku yang sesuai dan bermanfaat.
Mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di
dalam bilik darjah.
Terdapat 3 jenis guru iaitu:
Guru yang agresif:
- Garang
- Kasar
- Tidak mesra
- Tidak bertimbang
rasa
Guru yang tidak asertif:- Kelam kabut- Tidak konsisten- Tidak tegas- Mudah putus asa- Kadang-kadang
boleh menjadi terlampau garang dengan murid.
Guru yang asertif:
- Jelas
- Yakin
- Menyatakan
jangkaan dan
arahan yang
konsisten dengan
tegas.
Canter mencadangkan, guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang
menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktifaran dan akibat
daripada salah laku.
Pengiktirafan diberikan kepada murid-murid yang menggalakkan
tingkah laku yang diingini.
Tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-muri yang
menganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa.
MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS
- Menekankan kepentingan guru memberikan
kepercayaan dan tanggungjawab kepada
murid-murid untuk bersama-sama menjaga
disiplin di dalam bilik darjah.
- Murid membantu menguatkuasakan peraturan dalam bilik
darjah.
- Disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah
yang demokratik.
- Pengurusan disiplin yang baik tidak boleh terbentuk di dalam
suasana bilik darjah yang autokratik atau permisif.
- Dreikurs mendapati punca berlaku tingkah laku
bermasalah adalah berdasarkan kepada:
Mendapatkan
perhatian
Mencabar kuasa
Membalas dendam
Mempamerkan kekurangan
a) Mendapatkan perhatian
- cara tingkah laku yang digunakan oleh murid untuk
mendapatkan perhatian.
- membuat lawak bodoh, mengetuk meja tanpa sebab,
bercakap dengan murid lain tanpa sebab, mengusik murid lain
dsb.
Langkah mengatasi:
- guru tidak memberikan perhatian kepada tingkah laku
yang tidak diingini tetapi memberikan perhatian kepada tingkah
laku yang diingini.
b) Mencabar kuasa (konflik)
- murid enggan bekerjasama, bersikap
degil dan melanggar peraturan yang telah
ditetapkan.
Langkah mengatasi:
- guru harus tenang dan panggil murid
untuk berjumpa dengan guru secara individu
dan kenal pasti punca kelakuan mereka.
c) Membalas dendam
- murid menyimpan dendam atas tindakan yang dikenakan
oleh guru. Cth, mencuri, sengaja mencari gaduh dengan
murid-murid lain dll.
- murid pasif, mereka lebih kepada memencilkan diri,
murung, moody, tidak ambil, kisah dan beremosi.
Langkah Mengatasi:
- bantu murid supaya mereka dapat melihat matlamat
tingkah laku mereka adalah salah.
- Bantu murid untuk menyalurkan emosi negatif kepada
tingkah laku yang lebih bermanfaat.
- dapatkan kerjasama daripada murid-murid lain.
d) Menunjukkan kekurangan
- murid bertindak memencilkan diri atau meminggirkan diri.
- murid ini suka dibiarkan berseorangan, mengelak daripada
membuat sebarang gerak kerja kumpulan, tidak bercampur
dengan rakan kelas yang lain, dan tidak mengambil
bahagian dalam mana- mana aktiviti yang dijalankan.
Langkah Mengatasi:
- tarik perhatian mereka dalam aktiviti bilik darjah.
- beri peluang kepada mereka menunjukkan keupayaan dan
hargai usaha mereka.
- kenal pasti minat mereka.
- Dendaan tidak patut dijalankan di bilik darjah.
- Hal ini kerana:
a) dendaan menunjukkan cara guru
membalas dendam.
b) menunjukkan kekuasaan mutlak guru.
- Elakkan pujian kerana ia mengakibatkan murid
bergantung kepada tindakan guru bukannya
kemahuan sendiri.
- Guru perlu memberikan galakan yang sesuai.
Perbezaan Model Disiplin Skinner, Canter & Dreikurs
SKINNER CANTERS DREIKURS
Menggunakan
prinsip
peneguhan dan
hukuman
Menekankan
penetapan dan
penguatkuasaan
peraturan.
Menggunakan
pendekatan
asertif.
Disiplin bukan hukuman
sebaliknya kawalan diri.
Tidak percaya hukuman,
paksaan dan dendaan dalam
menangani masalah tingkah
laku.
Disipin kendiri dicapai dalam
bilik darjah yang demokratik.
Cuba elakkan pujian.
SKINNER CANTERS DREIKURS
Dua jenis peneguhan:
a) Positifb) Negatif
Dua jenis hukumana) Berib) Tarik
3 jenis guru:a) Agresifb) Tidak asertifc) Asertif Guru menggunakan
bahasa yang tegas. Teknik tidak menjerit
marah/ ulang mesej dengan tenang bila berlaku pertikaian
Individu melanggar disiplin sebab merakasan peraturan berat sebelah / menghendaki sesuatu.
4 punca salah laku:a) Mendapatkan
perhatian.b) Membalas dendamc) Mencabar kuasa.d) Mempamerkan
kekurangan.
SKINNER CANTERS DREIKURS
Cara menangani:
Berikan peneguhan
berterusan.
Pembentukan (shapping)
Token ekonomi.
Aplikasi hukum
kesan/akibat
Cara menangani:
Kenal murid yang menjadi
halangan pelaksanaan
disiplin asertif.
Amalkan respon asertif.
Guru membuat
perancangan disiplin.
Berikan pengiktirafan.
Cara menangani:
Contoh masalah 1:
- Murid datang lewat ke
kelas.
- Hukuman: murid disuruh
untuk mencuci tandas.
- Akibat logikal: tidak
dapat masuk kelas
Contoh masalah 2:
- Murid menconteng
dinding.
- Hukuman: murid ditahan
dan didenda balik lambat.
- Akibat logikal: murid
perlu membersihkan
dinding yang diconteng.
SEKIAN TERIMA KASIH..