perbandingan antara pepejal sekata dengan pepejal separa sekata

2

Click here to load reader

Upload: carbonate-tie

Post on 22-Dec-2015

65 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

geometri

TRANSCRIPT

Page 1: Perbandingan Antara Pepejal Sekata Dengan Pepejal Separa Sekata

Perbandingan Antara Pepejal Sekata Dengan Pepejal Separa Sekata

Pepejal Sekata Pepejal Separa Sekata

Persamaan

Berbucu cembung.

Berbentuk tiga dimensi.

Tiada berlaku pertindihan antara permukaan pada sisi.

Setiap bucu pepejal bertemu pada bilangan bentuk permukaan yang sama

banyak.

Setiap bucu mempunyai sudut tidak lebih daripada 180°

Dapat diwakili dengan simbol schlafli {p, q}.

Mematuhi rumus Euler.

Perbezaan

Tokoh : Plato Tokoh: Archimedes

Nama lain : Pepejal Platonik Nama lain : Pepejal Archimedean

Dibentuk daripada satu poligon sekata

yang kongruen.

Lebih daripada dua poligon sekata

yang kongruen digunakan.

Dibentuk daripada lima poligon sahaja,

iaitu segi tiga sama, segi empat sama,

dan pentagon.

Boleh dibentuk daripada gabungan

beberapa poligon sekata,.

Antara poligon sekata yang boleh

digunakan ialah segi tiga sama, segi

empat sama, pentagon, heksagon, dan

oktagon.

Contoh:

1. Tetrahedron

2. Hexadehron

3. Dodekahedron

4. Oktahedron

5. Ikosahedron

Contoh:

1. Kuboktahedron

2. Ikosidodekahedron

3. Truncated Tetrahedron

4. Truncated Oktahedron

5. Truncated Kiub

6. Truncated Ikosahedron

7. Truncated Dodekahedron

8. Rhombikuboktahedron

Page 2: Perbandingan Antara Pepejal Sekata Dengan Pepejal Separa Sekata

9. Truncated Kuboktahedron

10.Rhombikosidodekahedron

11.Truncated Ikosidodekahedron

12. Snub kiub

13.Snub Dodekahedron

Dari jadual di atas dapat kita peroleh bahawa pepejal sekata den pepejal

separa sekata mempunyai persamaan dan perbezaannya. Dari segi persamaan,

dapat kita peroleh bahawa kedua-dua jenis pepejal tersebut mempunyai tiga

dimensi dan berbucu cembung. Setiap bucu pepejal bertemu pada bilangan

bentuk permukaan yang sama banyak dan tiada pertindihan antara permukaan

pada sisi. Bukan itu sahaja, sudut bucu kedua-dua pepejal adalah tidak melebihi

180°. Kedua-dua jenis pepejal ini dapat ditulis dalam simbol Schlafli {p, q}, di

mana p adalah bilangan sisi bagi setiap permukaan dan q adalah bilangan

permukaan yang bertemu pada setiap bucu. Akhir sekali, kedua-dua pepejal ini

mematuhi rumus Euler.

Dari segi perbezaan, pepejal sekata dan pepejal separa sekata

mempunyai beberapa perbezaan. Pepejal sekata adalah diperkenalkan oleh

Plato manakala pepejal separa sekata adalah diperkenalkan oleh Archemedes.

Pepejal sekata dibentuk oleh sejenis poligon sekata yang kongruen manakala

pepejal separa sekata dibentuk oleh dua atau lebih daripada dua jenis poligon

sekata yang kongruen. Akhir sekali, pepejal sekata mempunyai lima jenis

manakala pepejal separa sekata mempunyai tiga belas jenis.