perbandingan antara kssr dengan kbsm

Upload: mohd-fareed

Post on 17-Oct-2015

122 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Perbandingan Antara KSSR Dengan KBSM

TRANSCRIPT

Perbandingan antara KSSR dengan KBSMTransformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan.

Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Berdasarkan Teras ke-2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, kerajaan menyasarkan dasar bagi membangunkan modal insan yang mempunyai ilmu pengetahuan dan dapat mengamalkan nilai-nilai murni. Justeru bagi merealisasikan perkara ini, kurikulum kebangsaaan mesti dikaji semula bagi mewujudkan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Oleh itu beberapa perubahan dalam membina kurikulum kebangsaan telah dibuat. Sejarah perkembangan kurikulum sekolah rendah adalah seperti berikut;

a. 1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)b. 1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)c. 2003 - KBSR (semakan)d. 2011- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Kurikulum standard sekolah rendah melibatkan perubahan bentuk, organisasi , kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Para pelajar sekolah rendah perlu mencapai beberapa ciri modal insan yang merangkumi kemahiran asas seperti ;a. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengirab. Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatifc. Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)d. Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murnie. Jati diri dan semangat patriotismef. Memahami dan menghayati budaya nasional

KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. Kurikulum sekolah rendah pada kali ini menggunakan istilah standard kerana ingin memastikan semua murid melepasi standard seperti yang ditetapkan. Ia juga merupakan penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. KSSR dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi penambahbaikan(assesment for learning) dan mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Pelaksanaan ini merupakan pentaksiran berasaskan sekolah.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), merupakan salah satu transformasi pendidikan di Malaysia. KSSM akan dilaksanakan pada tahun 2014. Pelaksanaan KSSM membawa transformasi kepada:-1. Perubahan sukatan semua mata pelajaran.2. Perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P).3. Mengurangkan fokus peperiksaan.

Konsep Transformasi Kurikulum Sekolah Menengah.Berasaskan prinsip KBSM yang sedia ada:-a. Kesinambungan pendidikan rendah dan menengahb. Pendidikan umum untuk semua muridc. Penggunaan ilmu disiplin yang adad. Kesepaduan antara unsur JERIe. Penekanan nilai-nilai murnif. Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia.g. Pendidikan sepanjang hayat.

Perubahan Kurikulum Sekolah Menengah kepada:-a. Reka bentuk kurikulumb. Organisasi kurikulumc. Kandungan kurikulumd. Penekanan kepada kemahiran abad ke-21

Kesan positif KSSM :-

a) Memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri.b) Memupuk sikap pelajar untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri c) Menerusi aktiviti eksplorasi.d) Menyerlahkan potensi pelajar.e) Membentuk pelajar seimbang dari segi akademik dan kesukanan

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu.

Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014.

Sehubungan dengan itu, satu soal selidik akan diadakan bagi mengumpul pandangan dan cadangan masyarakat dari pelbagai lapisan terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan reka bentuk dan kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah. Maklumat ini penting kepada proses penambahbaikan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam usaha transformasi kurikulum.

a) Matlamat Kajian

Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah untuk mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek yang terkandung dalam kurikulum Sejarah Sekolah Menengah di samping cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah.

b) Objektif

Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum Sejarah Sekolah Menengah Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah