perbadanan perpustakaan umum pulau pinanemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1885/1/... ·...

3
PERBADANAN PERPUSTAKAAN UMUM PULAU PINANe Oi Perpustakaan Pusat, Perkhidmatan Rujukan telah diperbaiki. Ia dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perpustakaan dari Bahagian Perkhfdrnatan dan seorang Pembantu Perpustakaan yang ditugas khas untuk mengendalikan Perkhidmatan Rujukan. Oengan perubahan tersebut, Perpustakaan kini telah dapat mela' yani lebih banyak pertanyaan-pertanyaan rujukan dan menyelesaikan masalah rujukan dengan lebih cepat dan sempurna. Perbadanan Perpustakaan Umum Pulau Pinang juga telah memperolehi sebuah alat baca Mikrofis jenis Micron Siri 700 untuk diletakkan di Bahagian Katalog. Bagi meningkatkan usaha untuk memelihara buku-buku di Bilik Koleksi Khas, Perbadanan Perpustakaan Umum Pulau pinang juga telah membeli sebuah 'dehumidifier'. Oalam usaha memberi kemudahan dan keselamatan barang-barang pengguna perpustakaan, Perbadanan Perpustakaan Umum Pulau Pinang telah mengenakan bayaran 10 sen untuk satu jam bagi pembaca-pembaca yang hendak menggunakan loker-loker. CAWANGAN Perkhidmatan di Perpustakaan Umum Butterworth ini telah bertambah baik dari segi Perkhidmatan Rujukan dan Pinjaman. Aktiviti tambahan telah bertambah popular terutama di kalangan kanak-kanak dan sambutan yang diberikan agak menggalakkan. Pertambahan keahliannya pun sangat memuaskan. Baru-baru ini pada bulan Mac, 1984 Perpustakaan ini telah ditutup kepada orang ramai selama tiga hari untuk memudahkan kerja-kerja memperbaiki bumbung dan menukar atap bangunan ini. 41 Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 24-Jul-2020

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBADANAN PERPUSTAKAAN UMUM PULAU PINANemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1885/1/... · 700 untuk diletakkan di Bahagian Katalog. Bagi meningkatkan usaha untuk memelihara

PERBADANAN PERPUSTAKAAN UMUM PULAU PINANe

Oi Perpustakaan Pusat, Perkhidmatan Rujukan

telah diperbaiki. Ia dikendalikan oleh seorang Penolong

Pegawai Perpustakaan dari Bahagian Perkhfdrnatan dan seorang

Pembantu Perpustakaan yang ditugas khas untuk mengendalikan

Perkhidmatan Rujukan. Oengan perubahan tersebut, Perpustakaan

kini telah dapat mela'yani lebih banyak pertanyaan-pertanyaan

rujukan dan menyelesaikan masalah rujukan dengan lebih cepat

dan sempurna.

Perbadanan Perpustakaan Umum Pulau Pinang juga

telah memperolehi sebuah alat baca Mikrofis jenis Micron Siri

700 untuk diletakkan di Bahagian Katalog. Bagi meningkatkan

usaha untuk memelihara buku-buku di Bilik Koleksi Khas,

Perbadanan Perpustakaan Umum Pulau pinang juga telah membeli

sebuah 'dehumidifier'. Oalam usaha memberi kemudahan dan

keselamatan barang-barang pengguna perpustakaan, Perbadanan

Perpustakaan Umum Pulau Pinang telah mengenakan bayaran 10 sen

untuk satu jam bagi pembaca-pembaca yang hendak menggunakan

loker-loker.

CAWANGAN

Perkhidmatan di Perpustakaan Umum Butterworth

ini telah bertambah baik dari segi Perkhidmatan Rujukan dan

Pinjaman. Aktiviti tambahan telah bertambah popular terutama

di kalangan kanak-kanak dan sambutan yang diberikan agak

menggalakkan. Pertambahan keahliannya pun sangat memuaskan.

Baru-baru ini pada bulan Mac, 1984 Perpustakaan

ini telah ditutup kepada orang ramai selama tiga hari untuk

memudahkan kerja-kerja memperbaiki bumbung dan menukar atap

bangunan ini.

41

Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: PERBADANAN PERPUSTAKAAN UMUM PULAU PINANemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1885/1/... · 700 untuk diletakkan di Bahagian Katalog. Bagi meningkatkan usaha untuk memelihara

Kerusi rneja telah ditambah untuk menyediakan

tempat duduk bagi pengguna-pengguna perpustakaan yang telah

bertambah. Rak-rak buku juga telah ditambah untuk buku-buku

Bahasa Malaysia.

Loker-loker untuk disewa ada disediakan dengan

bayaran 10 sen untuk satu jam. Perkhidmatan ini diadakan

untuk kegunaan dan kemudahan para pengguna perpustakaan.

PERPUSTAKAAN BERGERAK

Kini Perbadanan mempunyai dua buah unit

Perpustakaan Bergerak. Perpustakaan Bergerak Unit Kedua baharu

sahaja dilancarkan iaitu pada 20hb. Februari, 1984. Unit Kedua

ini ialah sebuah bas jenis panjang dan ianya boleh rnemuatkan

sebanyak 6,000 - 6,500 naskah buku. Kedua-dua unit ini di­

temp atkan di Perpustakaan Umum Butterworth dan akan berkhidmat

di Seberang Perai. Unit Pertama akan berkhidmat di sebelah

selatan sementara Unit Kedua berkhidmat di sebelah utara.

Tempat-tempat perhentian Perpustakaan Bergerak ini telah pun

bertambah kepada 49 perhentian iaitu daripada 27 perhentian

untuk Perpustakaan Bergerak Pertama.

Satu lagi perkhidmatan yang baru diperkenalkan

ialah perkhidmatan bahan-bah an bacaan ringan seperti suratkhabar

dan majalah. Orang ramai boleh rnenggunakan bahan-bahan ini

semasa kenderaan Perpustakaan Bergerak membuat lawatan di mana­

mana tempat perhentian. Buat permulaan majalah-majalah cuma

disediakan untuk bacaan sahaja dan bukan untuk pinjaman. Di

masa akan datang apabila koleksi majalah bertambah ia akan di­

buka untuk pinjaman. Untuk keselesaan dan kemudahan orang ramai,

kerusi meja (compact table) ada di-sediakan.

Sambutan orang ramai terhadap Perkhidmatan

Perpustakaan Bergerak adalah sangat menggalakkan. Sungguhpun

tempat-tempat perhentian telah bertambah, Perbadanan masih lagi menerima

42

Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: PERBADANAN PERPUSTAKAAN UMUM PULAU PINANemyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1885/1/... · 700 untuk diletakkan di Bahagian Katalog. Bagi meningkatkan usaha untuk memelihara

permintaan-permintaan dari orang ramai untuk"mengadakan tempat­

tempat perhentian yang baru. Suat masa ini Perbadanan tidak dapat

menambah perhentian-perhentian baru kerana jadual perjalanan

untuk kedua-dua unit Perpustakaan Sergerak telah digunakan secara

maksima.

LATlHAN

Perbadanan telah melatih seramai lapan orang pelatih

luar iaitu, seorang dari Maktab Sains MARA, seorang dari Pejabat

Undang-undang, seorang dari Institut Teknologi MARA, seorang dari

St. Nicholas, dua orang dari Jabatan Perancang Sandar dan Kampung

dan dua orang dari Maktab Perguruan Sri Pinang.

KAKITANGAN

Seorang lagi kakitangan baru telah diambil oleh

Perbadanan. Seliau ialah Encik Zailani bin Zakaria dan mula

bertugas pada lhb. September, 1983 sebagai Pembantu Perpustakaan

bagi Perpustakaan Sergerak Unit Kedua.

Pertukaran kakitangan di semua bahagian telah d1-

kuatkuasakan mulai daripada 3hb. Januari, 1984. Untuk memberi

perkhidmatan rujukan yang lebih berkesan seorang Pembantu

Perpustakaan dari Sahagian Perolehan telah ditugaskan untuk

mengendalikan Sahagian tersebut. Pembantu Perpustakaan dari

Sahagian Katalog telah ditukarkan ke Sahagian Perkhidmatan

Perpustakaan sementara Pembantu Perpustakaan dari Sahagian

Perkhidmatan Perpustakaan telah ditugaskan untuk bertugas d1

Sahagian Perolehan dan Sahagian Katalog.

43

Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia