perawi hadis abu dzar al ghifari

3
Perawi Hadith Subjek: Tafsir Hadith

Upload: muslimah-musfirah

Post on 06-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

abu dzar al ghifariperawi hadissahabat rasullullah saw

TRANSCRIPT

Perawi Hadis

Perawi Hadith Subjek: Tafsir HadithAbu Zhar al ghifariNama:Jundub bin Janadah(asal)Gelaran:Abu Zhar al ghifariIbunya:Ramlah binti Waqiah daripada bani ghifariAkhlaknya:Antara sahabat yang terawal memeluk agama islam. Antara yang mengharamkan arak dan menilik nasib di zaman jahiliyah. Terkenal dengan sifat zuhud dan taqwa. Bersama Umar al-Khattab dalam pembukaan kota qudsi.Hadith mengenai Abu Zhar: Sabda Rasulullah:Semoga Allah s.w.t. melimpahkan rahmat-Nya kepada Abu Zhar.Dia berjalan sebatang kara.Meninggal dunia sebatang kara.Dibangkitkan nanti sebatang kara.Wafat:Di Rabadzah(Penempatan terpencil dipadang pasir antara Makkah dan Madinah).

Latar BelakangDalam sejarah Islam Abu Zar Al-Ghifari dikenali sebagai sahabat yang paling bersikap terbuka dan berterus terang. Beliau sangat tegas dalam menyatakan kebenaran, tanpa ragu-ragu kepada sesiapa saja tanpa mengira mereka adalah kawan atau sebaliknya. Jiwanya suci, bersih dan kehidupannya amat mudah.Abu Zar tidak suka kepada kehidupan yang bermewah-mewah. Semasa pemerintahan Khalifah Othman, masyarakat Islam mula suka mengumpul harta dan menjalani kehidupan yang mewah dan bermegah-megah. Keadaan ini sangat meresahkan Abu Zar kerana ianya bertentangan dengan prinsip kehidupannya yang sangat sederhana. Ini menyebabkan beliau banyak mengkritik cara pemerintahan Khalifah Othman, dan seterusnya mewujudkan suasana tegang antara beliau dan pemerintah. Akhirnya beliau diminta oleh Khalifah Othman untuk tinggal di kawasan terpencil bernama Rubza di luar kota Madinah bagi mengelak gangguan berterusan daripadanya.