suara pusat islam upm · imam kholad (perawi/anak murid) nama sebenar beliau adalah kholad bin...

16
SIDANG PENGARANG PENAUNG Dr. Razali bin Othman Pengarah Pusat Islam UPM EDITOR Mohd Hafiz bin Ghazali SIDANG PENGARANG Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh Dr. Pabiyah Hajimaming @ Pabiyah Toklubok Dr. Amini Amir bin Abdullah Drs. Wan Aminurrashid Hj. W. Abd. Hamid Muhammad Syahmi bin Rusli Zuhaimi Abdul Rahim Mohd Hafiz bin Ghazali Khairul Fahmi bin Mukhid Mohd Firdaus bin Abdul Rashid Siti Rohani binti Muhamad Muhammad Norhisyam bin Nordin 08 SUARA PIU 2015 Suara Pusat Islam UPM Sampaikanlah Dariku Walaupun Sepotong Ayat SEPTEMBER-DISEMBER 2015 http://www.pic.upm.edu.my GEJALA FITNAH MERUNTUHKAN UMMAH (Petikan Khutbah JAIS) Fitnah bermaksud tuduhan yang diada-adakan sama ada ia berbentuk gambar, berita, kisah-kisah dan sebagainya yang boleh memburukkan atau memusnahkan seseorang individu, sesebuah instusi atau kumpulan dan seumpamanya. Dalam zaman serba moden dan era teknologi ini, penyebaran fitnah mudah berlaku sama ada melalui ucapan, khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mail, laman sesawang atau blog, whatssap, facebook, instagram dan sebagainya. Penyebaran berita fitnah tersebut berlaku dengan cepat, meluas dan mudah diperolehi tanpa sebarang kewaspadaan untuk menyelidik maklumat yang diterima seterusnya tanpa teragak-agak disampaikan kepada yang lain. Sikap ini amat ditegah oleh Islam. Ini kerana Islam menganjurkan umatnya agar seap berita yang sampai terutamanya melalui orang yang digolongkan sebagai fasik iaitu mereka yang dak mempedulikan perintah Allah SWT yang sepatutnya diselidiki terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada yang lain. Firman Allah SWT dalam surah al - Hujurat ayat 6: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu dak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang dak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. Berdasarkan ayat tersebut, wajib bagi seap Muslim menghalusi segala berita yang diterima supaya dak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita yang diterima terlebih dahulu perlu dipaskan kebenarannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penng digunakan bagi memaskan dak terpedaya dengan berita berunsur fitnah. Budaya menabur fitnah, menyebarkannya dan berkongsi fitnah dan islah moden hari ini disebutkan “share” dan “like” adalah sesuatu yang keji dan amat dibenci oleh Islam. Bersambung di Halaman 02 1 Sebarang cadangan & komentar sila e mailkan kepada kami di: [email protected] atau, hubungi kami di: PUSAT ISLAM UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468581 FAKS: 03-89483742 SEDUTAN KHUTBAH PILIHAN

Upload: others

Post on 23-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SIDANG PENGARANG

PENAUNG

Dr. Razali bin Othman Pengarah Pusat Islam UPM

EDITOR

Mohd Hafiz bin Ghazali

SIDANG PENGARANG

Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh

Dr. Pabiyah Hajimaming @ Pabiyah Toklubok

Dr. Amini Amir bin Abdullah

Drs. Wan Aminurrashid Hj. W. Abd. Hamid

Muhammad Syahmi bin Rusli

Zuhaimi Abdul Rahim

Mohd Hafiz bin Ghazali

Khairul Fahmi bin Mukhid

Mohd Firdaus bin Abdul Rashid

Siti Rohani binti Muhamad

Muhammad Norhisyam bin Nordin

08 SUARA PIU 2015

Suara Pusat Islam UPM Sampaikanlah Dariku Walaupun Sepotong Ayat

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 http://www.pic.upm.edu.my

GEJALA FITNAH MERUNTUHKAN UMMAH

(Petikan Khutbah JAIS)

Fitnah bermaksud tuduhan yang diada-adakan sama ada ia berbentuk gambar, berita, kisah-kisah dan sebagainya yang boleh memburukkan atau memusnahkan seseorang individu, sesebuah institusi atau kumpulan dan seumpamanya. Dalam zaman serba moden dan era teknologi ini, penyebaran fitnah mudah berlaku sama ada melalui ucapan, khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mail, laman sesawang atau blog, whatssap, facebook, instagram dan sebagainya.

Penyebaran berita fitnah tersebut berlaku dengan cepat, meluas dan mudah diperolehi tanpa sebarang kewaspadaan untuk menyelidik maklumat yang diterima seterusnya tanpa teragak-agak disampaikan kepada yang lain. Sikap ini amat ditegah oleh Islam.

Ini kerana Islam menganjurkan umatnya agar setiap berita yang sampai terutamanya melalui orang yang digolongkan sebagai fasik iaitu mereka yang tidak mempedulikan perintah Allah SWT yang sepatutnya diselidiki terlebih dahulu sebelum disebarkan kepada yang lain. Firman Allah SWT dalam surah al - Hujurat ayat 6:

“Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang

fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan

perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Berdasarkan ayat tersebut, wajib bagi setiap Muslim menghalusi

segala berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita yang diterima terlebih dahulu perlu dipastikan kebenarannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah. Budaya menabur fitnah, menyebarkannya dan berkongsi fitnah dan istilah moden hari ini disebutkan “share” dan “like” adalah sesuatu yang keji dan amat dibenci oleh Islam.

Bersambung di Halaman 02

1

Sebarang cadangan & komentar

sila e mailkan kepada kami di: [email protected]

atau, hubungi kami di:

PUSAT ISLAM UNIVERSITI,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 43400 UPM SERDANG,

SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-89468581

FAKS: 03-89483742

SEDUTAN KHUTBAH PILIHAN

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

Sambungan daripada Halaman 01 Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 19: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan beroleh azab yang amat pedih di dunia dan di akhirat dan Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui”.

Menabur fitnah dengan mengumpat dan sebagainya berlaku sama ada disedari atau tidak, termasuk dalam sikap buruk apabila seseorang menyebut atau menceritakan keburukan seseorang tanpa menyiasat terlebih dahulu. Penyebar berita biasanya menyebut "dengar khabar", "khabar angin" atau “viral”. Bagaimanapun, apabila berita tersebut disampaikan daripada seorang ke seorang, diulang-ulangkan, maklumat yang belum sahih itu seolah-olah sudah menjadi fakta dan berita benar.

Selain ancaman dan dosa fitnah dan penabur fitnah sebagaimana yang disebutkan oleh syarak, fitnah juga turut membawa keburukan dalam kehidupan bermasyarakat. Antaranya ialah: 1. Dosa pembuat dan penyebar fitnah disifatkan sebagai dosa sesama manusia. Dosa ini tidak akan diampunkan kecuali orang yang difitnah memaafkan perbuatan tersebut. 2. Fitnah memecahbelahkan rumahtangga dan merosakkan masyarakat. Kerana fitnah, hubungan adik beradik, suami isteri, jiran tetangga dan sebagainya akan hancur dan membawa kepada permusuhan yang berkekalan. Bahkan perbuatan menyebar fitnah diumpamakan sebagai api yang marak membakar tanah gambut kerana ia cepat merebak sehingga akhirnya menjadi jerebu yang menyusah dan menyakitkan ramai serta merugikan negara. 3. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Sikap seperti ini bertujuan menonjolkan diri dan menganggap dirinya lebih baik atau lebih layak berbanding orang yang diburukkan. Banyak pihak yang terbabit dengan penyebaran fitnah ini terkadang tidak mempunyai sebarang kepentingan pun. Tetapi, disebabkan amalan tersebut sudah menjadi kebiasaan, walaupun ianya hina namun dapat memberi satu kepuasan kepada pelakunya. 4. Budaya menabur fitnah boleh menganggu gugat kestabilan dan keamanan Negara. Oleh itu, usah biarkan diri, keluarga dan masyarakat sekeliling menjadi alat atau ejen pembuatan dan penyebar fitnah yang boleh menimbulkan huru-hara dan mengancam kestabilan sesebuah negara. 5. Fitnah boleh mengakibatkan jatuhnya maruah seseorang individu dan perkumpulan, begitu juga ia boleh menyebabkan kerugian dari segi kewangan. Ini kerana saman malu boleh dibuat terhadap penyebar fitnah dan bakal mengakibatkan kerugian yang besar dari sudut kewangan, emosi dan sebagainya.

“Wahai anak-anak Adam! Pakailah paka-ian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

(Al-Anfaal: 7:31)

MUTIARA AL-QURAN

MUTIARA AL-SUNNAH

“ Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya

mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya saya itu niscayalah memohonkan pengam-punan kepada Allah serta bertaubat kepadaNya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali."

(Riwayat Bukhari)

2

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

Biodata Para Imam al-Qiraat (as-Syatibiyyah)

Imam Hamzah

Nama sebenar beliau adalah Hamzah bin Habib bin ‘Amarah bin Ismail al-Kufi at-Tamimy dan diberi gelaran sebagai “Abu ‘Amarah”. Imam hamzah lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau merupakan salah seorang daripada imam Qiraat tujuh (syatibiyyah) di Kufah, Iraq. Beliau juga merupakan seorang penghafaz hadis, pakar dalam Bahasa Arab, pakar dalam ilmu Faraid serta setiap hujah-hujahnya boleh dipercayai. Imam ‘Asim telah mempelajari ilmu al-Quran (talaqqi) daripada Abi Muhammad Sulaiman bin Mahran, Abi Hamzah Hamran bin A’yaan. Abi Ishak ‘Amru bin Abdullah, Muhammad bin Abdul Rahman, Talhah bin Mashraf dan Abi Abdullah Jaafar as-Sodiq bin Muhammad Al-Bakir. Anak-anak murid yang telah mengambil bacaan daripada beliau adalah Ibrahim bin Adham, Husain bin Ali al-Ja’afi, Salim bin Isa, Yahya bin Ziyad dan Yahya bin Mubarak. Manakala, anak-anak murid Imam Hamzah yang ter-masyhur adalah Imam Kholaf dan Kholad. Beliau meninggal dunia pada tahun 156 Hijrah di Helwan, Iraq ketika berusia 76 tahun.

Imam Kholaf (Perawi/ Anak Murid)

Nama sebenar beliau adalah Kholaf bin Hashim bin Tha’lab bin Kholaf al-Asadi al-baghdadi al-Bazzar dan digelar dengan nama “Abu Muhammad”. Imam Kholaf dilahirkan pada tahun 150 Hijrah. Beliau merupakan seorang yang thiqah, zuhud, alim, kuat beriba-dat dan telah menghafaz al-Quran ketika berusia 10 tahun. Imam Kholaf telah mengambil bacaan (talaqqi) bersama beberapa orang guru iaitu Salim bin Isa, Abdul Rahman bin Hamad dan Abi Zaid Said bin ‘Aus al-Ansari. Manakala, anak-anak muridnya yang telah mengambil bacaan dari beliau adalah Ahmad bin Ibrahim, Ishak bin Ibrahim, Ibrahim bin Ali, Idris bin Abdul Karim dan Muhammad bin Ishak. Imam Kholaf meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah di Baghdad.

Imam Kholad (Perawi/Anak Murid)

Nama sebenar beliau adalah Kholad bin Khalid as-Syaibani dan digelar dengan nama “Abu ‘Isa”. Beliau dilahirkan pada tahun 119 atau 130 Hijrah. Imam Kholad merupakan seorang imam yang pakar dalam ilmu Qiraat, seorang yang thiqah, berpengetahuan tinggi, pandai bertaranum, dan seorang yang diyakini oleh masyarakat. Beliau berguru dengan Salim bin Isa dan Husin bin Ali. Manakala anak-anak muridnya ialah Ahmad bin Yazid, Ibrahim bin Ali, Ali bin Husin, Ibrahim bin Nasrurrazi, Qasin bin Yazid, Muhamad bin Fadhil dan Muhamad bin Said. Imam Kholad meninggal dunia pada tahun 220 Hijrah.

Bersambung di Halaman 04

KALAM SUCI

Oleh: Muhammad Syahmi bin Rusli [email protected]

Penulis merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM

3

PENGENALAN ILMU AL-QURAN DAN QIRAAT

خلف

)Kholaf)

خالد

(Kholad)

همزة

)Hamzah)

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

Sambungan daripada Halaman 03 Di antara Cara Bacaan (Manhaj) Imam Hamzah 1) Tidak membaca ‘basmalah’ (bismillahirrahmanirrahim) antara dua (2) surah. 2) Menghazafkan ‘alif’ (membuang /baca dengan pendek tanpa harkat) pada perkataan ”مالك“ di dalam surah Al-Fatihah. 3) Mengisymamkan huruf ‘sod’ pada kalimah )صراط( dibunyikan seperti huruf ‘zai’ )ز (.

4) Mad Wajib Muttasil dan Mad Jaiz Munfasil dibaca dengan kadar 6 harkat.

5) Membaca ‘Saktah’ ( memberhentikan bacaan pada kadar dua harakat tanpa memutuskan nafas) pada kalimah ال , شئ dan saktah mafsul pada من ءامن

4

SUDUT JAWI

Oleh : Mohd Firdaus Abd Rashid [email protected]

دروايتكن درڤد عبدهللا بن عمر بن العش رضي هللا عنه: اكو مندڠر رسول هللا صلىلهللا هللا علىل له

وسىم برسبدا: هللا ت دق اكن مڠمب ل كمبالي عىمو ﴿اڬام﴾ دڠن مڠمب ىڽ دري ﴿دالم هاتلي﴾ ملسي،لي

تتاڤي مڠمب ىڽ كمبالي دڠن كمات ن ڤارا عىماء ه ڠڬا تل لدق تلرسل لكل،لا ڠللو اورا راملاي اكلن

اورا ايت برتاڽ كڤد مريل، ملريل، -اورا بودوه سباڬاي ڤم مڤ نڽ يڠ اڤاب ال اورا-مڠمب ل اورا

جواڤن يڠ ت دق دداسركن كڤد عىمو. م، مري، اكن برادا دالم ك،ل،لاتلن دا -اكن ممبريكن جواڤن

﴿حديث رواية البخاري﴾ مڽ،تكن اورا ڠين.

باڬايمان علمو اڬام دتاريك

Bagaimana باڬايمان

Ilmu علمو

Agama اڬام

Ditarik دتاريك

Diriwayatkan دروايتكن

Pernah ڤريه

Mendengar مندڠر

Bersabda برسبدا

Mengambil مڠمبيل

Kembali كمبالي

Hati هاتي

Manusia مأنسي

Tetapi تتاڤي

Kematian كماتين

Para ڤارا

Ulama’ علماء

Hingga هيڠڬا

Tersiksa ترسيكسا

Lalu اللو

Orang اورڠ

Ramai راماي

Bodoh بودوه

Sebagai سباڬاي

Pemimpinnya ڤميمڤينڽ

Apabila اڤابيال

Bertanya برتاڽ

Mereka مريك

Memberikan ممبريكن

Jawapan جواڤن

Didasarkan دداسركن

Berada برادا

Dalam دالم

Kesesatan كسساتن

Menyesat-

kan مڽستكن

Lain الين

Hadis حديث

Riwayat رواية

Al-Bukhari البخاري

Diriwayatkan dari Anusyirwan, bahawa ia pernah mengatakan: “Semua ujian di dunia ini dapat dikategorikan menjadi dua bahagian. Pertama, yang dapat dicari jalan keluarnya, iaitu ubatnya adalah goncangan jiwa. Dan kedua, yang tidak dapat dicari jalan keluarnya, iaitu sembuh justeru dengan menyambutnya.”

Menurut kalangan bijak bistari: “Untuk menyelesaikan suatu masalah yang tidak ada jalan keluarnya adalah dengan bersabar.” Dikatakan: “Barangsiapa yang selalu bersabar, pasti akan beroleh kemenangan.” Orang-orang Arab mengatakan: “Sesungguhnya dalam keburukan itu ada kebaikan.” Menurut Al-Ashma’i ungkapan tersebut bererti, keburukan itu lebih mudah dari apa sahaja.

Sedangkan menurut Abu Ubaidah bererti, jika kita ditimpa musibah kita seharusnya menyedari bahawa di sana masih ada musibah lain yang jauh lebih besar, sehingga kita akan merasa bahawa musibah yang menimpa diri kita itu masih sangat ringan.

Seorang bijak pandai mengatakan: “Akibat dari segala sesuatu itu masih di awang-awang. Boleh sahaja sesuatu yang dicintai itu ternyata ada dalam hal yang tidak disukai, atau yang tidak disukai itu ternyata ada dalam hal yang dicintai. Orang yang bergelumang dengan kenikmatan ternyata banyak termakan oleh kenikmatan itu sendiri, dan yang menderita dalam hidupnya kerana penyakit yang dideritainya ternyata boleh sembuh oleh penyakit itu sendiri.”

Boleh jadi kebaikan itu datang dari keburukan dan sesuatu yang berguna datang dari hal yang membahayakan. Wada’ah As-Sahmi mengatakan: “Bersabarlah atas keburukan jika itu harus engkau terima kerana boleh jadi keburukan itu membuatmua gembira. Di bawah buih itu terdapat susu yang putih bersih.”

Allah akan mendatangkan kegembiraan tatkala semua harapan telah putus. “Sehingga apabila para rasul sudah tidak mempunyai harapan lagi (akan keimanan kaumnya) dan telah yakin bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan Kami...” (surah Yusuf: 110)

Seorang penulis mengatakan: “Allah datang menghampiri orang yang dicintaiNya dari arah yang telah ditentukan sebagai arah datangnya hal yang tidak disukai, dan membukakan jalan keluar ketika harapan telah pupus dan ketika semua jalan telah buntu. Ini semua dimaksudkan agar semua makhlukNya terdorong untuk mengalihkan harapannya kepadaNya, dan memurnikan niat untuk bertawakal kepadaNya, agar suatu saat nanti ia tidak berpaling dariNya, dan tidak bosan menunggu jalan keluar dariNya. Di samping itu, ketika ia ditimpa kesusahan ia masih tetap dapat tertawa dengan keyakinan bahawa Allah hanya menurunkan ujian yang ringan, bukan yang lebih besar dari itu; dan ia juga masih dapat senang kerana Allah hanya menurunkan musibah yang kecil yang dibandingkan jika yang ditimpakan lebih besar lagi (yang tentunya tidak dapat di-tanggung).”

Bersambung di Halaman 06

BERSABARLAH ( Dipetik dari Kitab La Tahzan oleh: Dr ‘Aidh Abdullah Al-Qarni)

RENUNGAN / TAZKIRAH

Oleh : Siti Rohani binti Muhamad [email protected]

5

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

Sambungan daripada Halaman 05 Ishaq, seorang ahli ibadah mengatakan: “Mungkin Allah menguji hambaNya dengan suatu musibah, justeru untuk menyelamatkannya dari kebinasaan. Sehingga musibah itu menjadi nikmat terbesar baginya.”

“Orang yang bersabar dalam menghadapi ujian, menerima semua ketentuan Allah, dan bersabar atas semua kesulitan, nescaya Allah akan menampakkan kepadanya kebaikan agar ia dapat memahami kemaslahatan yang tersembunyi di sebalik itu.”

Cerita dari kalangan Kristian mengatakan bahawa seorang nabi pernah berkata: “Ujian itu adalah latihan dari Allah, dan tentunya latihan tidak selamanya. Maka beruntunglah orang yang bersabar selama masa ujian berlangsung. Dia berhak mengenakan mahkota kemenangan dan mahkota kejayaan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang mencintaiNya dan taat kepadaNya.”

Ishaq mengatakan: “Awas, jangan mengeluh ketika engkau dicengkam taring-taring ujian kerana memang jalan ke arah kebaikan sangat sukar.”

Kata Bezrajmahar: “Menunggu pertolongan dan jalan keluar dengan bersabar akan mendatangkan kebahagiaan.”

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

Al-Quran menyebut bahawa untuk membersihkan diri dari sifat-sifat yang tidak baik itu hanya dapat ditempuh dengan ajaran-ajaran yang telah dituntut oleh agama. Allah s.w.t berfirman: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. Melainkan orang-orang yang mengerjakan sem-bahyang. Dan mereka yang menjaga kehormatannya, iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya. Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dugaan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya). Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya. Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorang pun) merasa aman terhadapnya. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. (Al-Ma’aarij: 70:19-29) Sebagaimana kita mengetahui bahawa akhlak yang baik tidak akan mantap dan kuat dalam jiwa secara tiba-tiba, ia memerlukan masa untuk mendidik dan mematangkannya. Itulah rahsia hubungan antara akhlak dengan amal ibadah, seperti solat, zakat, percayaan terhadap hari pembalasan, sentiasa takut terhadap seksa Allah s.w.t dan sebagainya.Kesimpulannya, amal ibadah yang diperintahkan oleh islam ialah untuk menegakkan dan memelihara fitrah serta menjaga nafsu. Ibadah tidak akan mencapai kesempurnaan jika tidak memiliki akhlak yang baik.

6

AKHLAK SEORANG MUSLIM

( Dipetik dari Kitab Khuluq al-Muslim oleh: Sheikh Muhammad al-Ghazali)

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

ADAB/AKHLAK

Oleh : Mohd Hafiz bin Ghazali [email protected]

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

Muqaddimah:

Manusia dicipta untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Dzariyat ayat 56 menerusi firmanNya yang bermaksud: “Tidak Aku ciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepadaKu”. Justeru, sebagai hamba, kita perlu berusaha untuk melakukan apa-apa sahaja yang diperintahkan demi mencapai keredhaan Allah S.W.T. Keredhaan inilah yang akan membawa kepada kecintaan Allah S.W.T terhadap hambaNya. Namun sebelum mencapai keredhaaan Allah S.W.T seterusnya kecintaanNya, seseorang hamba juga perlu terlebih dahulu melakukan amalan-amalan yang membuktikan kecintaanya kepada Allah S.W.T. Tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah S.W.T Terdapat beberapa amalan yang membuktikan cinta seorang hamba kepada Allah S.W.T. Anataranya adalah seperti yang berikut: 1- Mengikuti petunjuk Nabi S.A.W. Allah S.W.T berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 31: Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 2- Bersifat lemah lembut terhadap orang mukmin dan berlaku tegas terhadap orang kafir serta berjihad di jalan Allah S.W.T dan tidak takut melainkan kepadaNya. Kesemua sifat ini digambarkan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Maidah, ayat 54: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela." 3. Melakukan amalan yang sunnah. Allah S.W.T berfirman dalam hadits Qudsi yang bermaksud: “Dan hambaKu senantiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” 4. Saling cinta dan mencintai semasa mukmin, saling mengunjungi, saling tolong menolong dan saling memberi nasihat kerana Allah S.W.T. Tanda cinta Allah S.W.T kepada hambaNya Apabila kita telah melakukan kesemua perkara tersebut di atas, nescaya Allah S.W.T akan mencintai kita. Sekiranya Allah S.W.T telah mencintai kita, maka kita akan tergolong sebagai kekasihNya. Di antara kebaikan yang bakal diperoleh hasil kecintaan Allah S.W.T kepada hambaNya adalah seperti yang berikut: Pertama : Kecintaan seluruh makhluk kepadanya sama ada di langit mahupun di bumi. Sebagaimana dalam hadith Bukhari, 3209. Maksudnya: “Kalau Allah mencintai seorang hamba, Jibril menyeru ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia. Maka Jibril mencintainya. Kemudian Jibril menyeru penduduk langit, ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia. Maka penduduk langit mencintainya. Kemudian ditaruh baginya penerimaan di bumi.” Kedua : Kelebihan yang banyak seperti yang disebutkan oleh Allah S.W.T dalam hadits Qudsi dari keutamaan-keutamaan yang akan diraih oleh kakasihNya. Maksudnya : Dari Abu Hurairah Radhiallahuanhu berkata : Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhya Allah ta’ala berfirman : Siapa yang memusuhi waliKu maka Aku telah mengumumkan perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaKu yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnah diluar yang fardhu) maka Aku akan mencintainya dan jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan. Jika dia meminta kepadaku nescaya akan aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku nescaya akan Aku lindungi.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7

CINTA DUA HALA: CINTA HAMBA KEPADA ALLAH DAN ALLAH KEPADA HAMBA

Oleh: Dr Pabiyah binti Hj Maming

[email protected] Penulis merupakan Pensyarah Fakulti

Bahasa Moden & Komunikasi UPM

INDAHNYA ISLAM

Hukum Penggunaan Dakwat Kekal (Indelible Ink) Dalam Proses Pengundian Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Penggunaan Dakwat Kekal (Indelible Ink) Dalam Proses Pengundian Oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Berdasarkan pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada Jabatan Kimia Malaysia serta penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), adalah didapati Dakwat Kekal (Indelible Ink) yang akan digunakan oleh SPR tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak memberikan kesan mudharat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit (telap air) apabila digunakan.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dari aspek syarak penggunaan Dakwat Kekal (Indelible Ink) tersebut adalah harus dan dibenarkan kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam. Keputusan ini hanya tertakluk kepada bahan yang telah dikemukakan oleh SPR dan diuji oleh Jabatan Kimia Malaysia sahaja”.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-dakwat-kekal-(Indelible-Ink)-dalam-proses-pengundian-oleh-suruhanjaya-pilihan-raya-malaysia

Koleksi Himpunan Fatwa di Malaysia ( Dipetik dari laman e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ )

8

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

نة للذين رب نا ل تجعلنا فت كفروا واغفر لنا رب نا إنك أنت

العزيز الحكيم Mafhumnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami fitnah bagi orang-orang kafir dan ampunilah kami, wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana .”

( Surah Al-Mumtahanah : 5)

DOA DARIPADA AL-QURAN

DOA DARIPADA AL-SUNNAH

DOA APABILA RIBUT .

ع لي اللهم اغفرلي ذنبي ووس في داري، وبارك لي

تني فيما رزق

“Ya Allah , ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan

pada tempat tinggalku , dan ber-katilah pada rezki yang Kau kur-

niakan padaku .” (HR Ahmad , al-Tirmizi )

Pengaduan Nuh telah diterima oleh Allah..." Janganlah engkau berdukacita diatas segala keengganan, degil dan penolakan kaum-kaum mu, kerana Allah akan karamkan orang-orang kafir. Mereka tidak akan selamat melainkan Nuh dan keluarganya serta orang-orang yang ikhlas mengikut ajaran Nuh." Tuhan menyuruh Nuh membuat sebuah bahtera untuk melepaskan dia dan orang-orang yang mengikutnya daripada bahaya. Nuh pun pergi mencari kayu untuk membina bahtera tersebut, kayu-kayu itu dibelah dan dijadikan papan, lalu kepingan-kepingan papan-papan itu diatur dan dilekatkan hingga terbinalah sebuah bahtera. Apabila kaumnya orang-orang kafir melihat Nuh sedang membuat bahtera, mereka mengejek dan mentertawakan dia. Mereka berkata kepada Nabi Nuh: " Hai Nuh..! mengapa sekarang engkau meninggalkan membuat seruan pada kami, dan engkau membuat bahtera pula ? Apakah sekarang ini bertukang kayu lebih menguntungkan dari menjadi Nabi ? " lantas sesetengah yang lain pula berkata: " Semua orang membuat bahtera ditepi sungai atau dilaut, Nuh yang gila ini membuat bahtera diatas darat !! Agaknya lembu akan menarik bahteranya itu..!!" Nabi Nuh a.s. hanya menjawab: " Tunggulah masanya akan tiba dan kamu akan tahu kelak apa yang akan berlaku. Sekarang kamu ketawakan aku, nanti kamu akan dapat balasan diatas perbuatan kamu itu." Setelah bahtera itu siap, Tuhan memerintahkan Nuh mengisi ke dalam bahtera itu jenis-jenis binatang yang ada dimuka bumi ini berpasang-pasangan dan Tuhan menyuruh Nabi Nuh beserta ahli-ahli keluarganya serta orang beriman dengannya naik keatas bahtera.Nuh pun menghimpunkan binatang-binatang sebagaimana yang Tuhan perintahkan. Setelah itu Tuhan memerintahkan Nabi Nuh menaiki bahtera dengan ahli keluaranya dan pengikutnya yang beriman, naiklah mereka semua melainkan anak dan isteri Nuh tidak ikut bersama. Mereka ingkar dan tidak percaya kepada Nuh. Setelah semuanya naik ke bahtera lalu pintu bahtera pun ditutup. Tidak lama selepas itu bertiuplah angin ribut yang terlalu kencang, dunia menjadi gelap gelita, langit hitam kelam, guruh dan halilintar sambar menyambar, hujan turun dengan lebatnya, bumi juga turut menyemburkan airnya. Keadaan menjadi amat menakutkan. Air mulai naik dan naik dan terus naik lalu bahtera mulai terapung dan bergerak. Rumah-rumah mulai tenggelam dan tumbuh-tumbuhan mulai rebah. Orang-orang yang tidak mengikut, ingkar dan tidak percaya kepada Nabi Nuh bertempiaran lari menuju ke tempat yang tinggi, ke bukit dan gunung untuk menyelamatkan diri dari air bah yang besar itu. Di waktu itu Nuh terlihat anaknya sedang berenang, Nuh berteriak : " Wahai anakku..!.naiklah bersama-sama kami..!" Jawab anaknya: " Aku akan naik kebukit dan akan selamat dari air bah ini." Dimasa itu datanglah segulung ombak yang be-sar menenggelamkan anak Nuh dan orang-orang yang kafir. Maka hilanglah mere-ka dari pandangan mata. Bahtera Nabi Nuh a.s. pun belayarlah ditengah-tengah ombak dan gelombang yang besar, hujan ribut turun tanpa berhenti-henti hingga habis bukit dan gunung yang tinggi, manusia dan binatang tenggelam semuanya melainkan orang-orang di atas bahtera bersama nabi Nuh sahaja yang selamat. Setelah kaum Nuh semuanya karam dihanyutkan oleh air bah yang maha dahsyat itu, hujan pun mulai berhenti, air mulai surut, angin dan ribut mulai reda, matahari mula memancarkan sinarnya. Bahtera Nuh lalu terdampar diatas sebuah bukit bernama ' Al-Judi'. Nabi Nuh a.s. menghantarkan seekor burung merpati untuk mengetahui adakah air telah kering dan bumi boleh diduduki oleh manusia. Tidak lama kemudian kembalilah burung merpati itu dengan membawa bersamanya sebatang ranting yang masih hijau, dengan itu tahulah Nuh bahawa air bah telah surut dan kering lalu Nabi Nuh pun melepaskan binatang-binatang. Kemudian barulah Nuh keluar beserta ahli keluarga dan orang-orang beriman yang mengikuti bersamanya.

QASAS AL-ANBIYA’

Oleh : Muhammad Norhisyam bin Nordin [email protected]

KISAH NABI NUH A.S. DAN BAHTERANYA

( Dipetik dari Kitab Qasas al-Anbiya’ ‘Ibaratun li-Ulil Albab,

Abul Fidaa’ Ismail Bin Kathir al-Qurais)

9

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

Latar Belakang 10 peratus daripada 1.7 billion umat Islam di dunia berfahaman Syiah. Ini bermakna terdapat 170 juta penganut Syiah di dunia ini. Manakala 90 peratus rakyat Iran juga berfahaman Syiah. Berdasarkan kepada statistik tahun 2013, negara ini mempunyai 1,500 penganut Syiah, 21,000 di Thailand, 5,000 di Singapura dan 2 juta di Indonesia (“Jalin Kerjasama

Sekat Syiah Di IPT”. Berita Harian. 20-09-2013). Pada dasarnya, Syiah mempunyai tiga kelompok utama dan lain-lain puak adalah golongan cabangan. Tiga kelompok utama Syiah ialah:

1. Syiah Imam Dua Belas (Ja’fariyyah) – Kelompok ini merupakan majoriti Syiah di Iran dan mereka mempunyai pengaruh yang amat kuat. 2. Syiah Isma’iliyyah – Kelompok ini bertapak di India dan mempunyai pengaruh di beberapa negara lain. 3. Syiah Zaidiyyah – Kelompok ini mempunyai pengaruh yang kuat di Yaman. Shianews.com melaporkan bahawa terdapat di antara 2000 hingga 3000 pengikut Syiah di Malaysia pada tahun 2001. Walau bagaimanapun Majlis Syiah Malaysia mendakwa pengikut mereka mencecah 200,000 hingga 300,000 orang. Isu ancaman Syiah kembali timbul apabila Majlis Syiah Malaysia menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada 6 Jun 2011 menuntut agar semua fatwa pengharaman Syiah dibatalkan dan seterusnya membenarkan mereka beramal dengan ajaran Syiah. Di Malaysia, Syiah merupakan satu kelompok yang sangat minoriti tetapi mempunyai potensi berkembang jika propaganda ajarannya diagresifkan serta tidak dihalang. Empat kelompok Syiah yang berkembang di Malaysia dan telah dikenalpasti oleh pihak berkuasa ialah Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra), Syiah Isma’iliyyah Agha Khan, Syiah Ja’fariyyah @ Imamah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas) dan Syiah Husiniyyah (Syiah ini disebutkan oleh Marchinkwoski (2006)). Syiah Ja’fariyyah adalah Syiah yang paling berpengaruh di Malaysia. Ia disebarkan oleh para pensyarah di institusi pengajian tinggi, guru-guru sekolah dan beberapa orang perseorangan. Menurut Aizam (2014), Syiah Melayu mempunyai tapak yang kuat di Kedah, Perak, Melaka, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutu-an Kuala Lumpur.

Sejak zaman Kesultanan Melaka lagi, penduduk Islam Semenanjung Tanah Melayu mengamalkan mazhab Syafie dan beraliran teologi Asha’irah. Walau bagaimanapun, menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1963), tarekat Tasawuf telah pun bertapak ketika itu. Pada tahun 1488 Masihi, Melaka sudah menjadi pusat sufisme di Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1600 Masihi, Hamzah Fansuri menonjolkan dirinya sebagai pengikut tarekat Qadiriyyah. Beliau menyebarkan Tarekat Qadiriyyah kepada rakan-rakan dan pengikutnya terutamanya semasa beliau melawat Pahang. Sekurang-kurangnya terdapat sembilan tarekat sufi ketika itu di Semenanjung Tanah Melayu seperti Chistiyyah, Shattariyyah, Ahmadiyyah (juga dikenali sebagai Idrisiyyah), Qadiriyyah, Rifa'iyyah, Naqshabandiyyah, Shaziliyyah, ‘Alawiyyah dan Tijaniyyah (Abdul Rahman Abdullah, 1981) Mungkin tarekat-tarekat ini telah dibawa oleh mubaligh Islam dan pedagang dari India, Iran dan Arab. Naqshabandi dibawa dari Asia Tengah, Qadiriyyah dari Baghdad, Idrisiyyah dari Hadramaut dan Rifa'iyyah dari Mesir (HAMKA, 1965).

Pada kurun ke 18 Masihi, pihak British telah membawa tentera dari India ke Pulau Pinang untuk membantu mereka. Ada dalam kalangan tentera India ini (kebanyakannya India Muslim) berfahaman sama ada Syiah Isma’iliyyah atau Ithna Asya’irah. Selepas Revolusi Iran pada 1979, gelombang kebangkitan semula Islam dan tentangan terhadap penjajahan baharu Barat menjadi semakin hebat. Revolusi Iran pada tahun 1979 telah memberikan satu nafas baharu dan penggerak kepada umat Islam untuk membebaskan diri mereka dari penguasaan Barat dan penjajahan. Walau bagaimanapun, dari sudut yang lain, pengaruh Syiah menjadi semakin hebat pada peringkat antarabangsa dan ia dianggap sebagai kemenangan psikologi bagi puak Syiah. Adalah di luar jangkaan bahawa tulisan-tulisan 'Ali Shari’ati menjadi terkenal di Malaysia tiba-tiba selepas Revolusi Iran. Malah, tiada siapapun di Malaysia telah mengiktiraf 'Ali Shari’ati sebelum itu (Amini Amir, 2000).

Menurut Marchinkwoski (2006), pada tahun 80an dan 90an beliau telah menemui ramai pelajar Malaysia dan Indonesia belajar di Qum, Iran. Pelajar-pelajar ini ada ketikanya mengkritik kerajaan Malaysia kerana kononnya kerajaan bersikap double standard kerana berpegang teguh dengan semangat ortodoks Sunni dan pada masa yang sama mengamalkan cara hidup Barat dan corak minda yang merosakkan.

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

10

KAJIAN MENGENAI NIKAH MUTA’AH DI MALAYSIA

Oleh: Dr. Amini Amir bin Abdullah [email protected]

Penulis merupakan Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia UPM

SEMASA

Hadith :

ع عظم البالء ، وان م عن أنس بن مالك رضى هللا عنه قال : قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم : )) ان عظم الجزاء

خط ((. هللا تعالى اذا أحب قوما ابتالهم ، فمن رضي فله الر ضا ، ومن سخط فله الس

Ertinya : "Dari Anas b. Mālik r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Besarnya suatu pahala adalah tergantung dari besarnya

ujian (dari Allah SWT). Dan sesungguhnya Allah SWT apabila mencintai suatu kaum, Allah SWT menguji mereka. Maka siapa yang

redha dengan ujian itu, maka ia akan mendapatkan keredhaan-Nya. Dan siapa yang membenci (tidak redha) ujian tersebut, maka

ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya."

Takhrij Hadith : Hadith ini direkodkan oleh Imam al-Tirmidhī, Ibnu Mājah, Ahmad dan lain-lain daripada hadīth Anas b. Mālik r.a.

Hadīth ini berdarjat Hasan (حسـن(. Hadīth ini dihasankan oleh Syeikh al-Albānī rahimahullah dalam kitabnya Sahīh al-Jāmi' al-

Saghīr (صحيح الجامع الصغير(, no. hadīth 2110.

Penjelasan :

Rasulullah SAW mengajar dan mengingatkan umatnya menerusi hadīth tersebut bahawa segala musibah yang menimpa atau

berlaku terhadap manusia merupakan ketentuan Allah SWT. Orang beriman perlu meyakini bahawa terdapat hikmah di sebalik

setiap ujian yang diberikan Allah SWT yang mana hanya Allah sendiri sahaja yang mengetahui rahsianya. Setiap Muslim mesti

berfikiran positif dengan menganggap bahawa apa sahaja yang diberi atau ditentukan Allah SWT semuanya mendatangkan

kebaikan, kerana Allah SWT tidak sekali-kali menzalimi hamba-Nya.

Mukmin beriman hendaklah bersikap redha kepada segala ketentuan Allah SWT walaupun pada zahirnya pelbagai musibah yang

menimpa banyak membawa kesusahan kepada manusia, seperti kematian orang tersayang, kemalangan, penyakit, kesusahan

dan seumpamanya.

Sebenarnya Allah memberikan pelbagai musibah adalah bertujuan untuk menguji, membersihkan, memilih, mendidik dan untuk

menghapuskan kesalahan dan dosa. Pernahkah anda terfikir bahawa apa sahaja bentuk ujian atau musibah adalah bertujuan

mengangkat darjat seseorang hamba di sisi Allah SWT, ujian adalah tanda cintanya Allah kepadanya, ingin memberi ganjaran

pahala yang besar, supaya kita belajar bersabar, juga sebagai pembersihan dosa jika ujian tersebut dilalui dengan solat dan

penuh sabar.

Seseorang yang pada mulanya sentiasa lalai dari mengingati Allah SWT, lalu Allah SWT memberinya musibah untuk

menyedarkannya, lalu kemudian dia menjadi seorang hamba yang taat. Seseorang tidak akan dapat merasakan betapa besarnya

nilai kenikmatan jika ia tidak mengalami bencana atau musibah.

Kenikmatan yang paling mahal dan manis adalah jika seseorang lebih dahulu merasai pahir getirnya musibah. Jika dirinya tidak

lebih dahulu merasa kegetiran dan kepahitan, maka ia tidak akan dapat merasai nikmat yang sedang ia perolehi. Bahkan ia akan

merasa bosan sehingga akhirnya lupa yang ia sebenarnya sedang mendapat nikmat yang besar.

Namun, dengan kehadiran musibah dan kesedihan yang melanda dirinya, maka pada saat itu akan membuatkan ia sedar dan

insaf akan hari-hari kebahagiaan yang pernah ia kecapi sebelumnya. Sehingga ia dapat menghayati dan mengetahu betapa

besarnya kenikmatan dan kebahagiaan tersebut, ia akan mengenggam erat-erat kenikmatan itu, mensyukurinya serta

mengikatnya dengan ketaatan kepada Allah SWT. Demikianlah bagi orang yang mengetahui dengan benar sunnatullah

(ketentuan Allah SWT) dalam perkara musibah;

Orang yang sihat tidak akan mengetahui nilai atau besarnya erti kesihatan kecuali jika ia sakit. Orang yang bebas tidak akan dapat

mengetahui harga dan nilai satu kebebasan kecuali jika ia dipenjara. Demikian juga halnya, seseorang tidak akan merasakan ba-

hawa ia sangat memerlukan air kecuali ia dalam kehausan.

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

11

REDHA TERHADAP MUSIBAH BERBUAH NIKMAT

Oleh: Drs. Wan Aminurrashid Hj. W. Abd. Hamid [email protected]

Penulis merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM

BICARA HADITH

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, berikanlah sebahagian daripada rezeki yang telah dikurniakan kepadamu (untuk ke jalan Allah), sebelum datangnya suatu hari yang sudah tiada sebarang urusan perniagaan, tiada juga sebarang persahabatan dan tiada lagi sebarang bantuan. Sesungguhnya mereka yang ingkar itulah mereka yang zalim”. Al Baqarah : 254 HURAIAN : Sedekah bukan sekadar memberi. Amalan bersedekah mempunyai banyak manfaat yang perlu kita ketahui. Manfaat sedekah bukan hanya dirasakan oleh para penerimanya, malahan ianya akan turut serta merta dirasakan oleh pengamalnya. Amalan bersedekah adalah sangat digalakkan oleh Islam kerana terlalu banyak manfaat yang bakal diraih, di antaranya ialah harta akan menjadi berkat dan semakin bertambah. Dari Abu Hurairah R.A. berkata, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah...bertambah...dan terus bertambah...” Hadis Riwayat Al Tirmidzi Firman Allah S.W.T. lagi: "Sesiapa sahaja yang meminjamkan hartanya kepada Allah (bersedekah) untuk mendapatkan yang terbaik, pasti Allah akan melipat gandakan anugerah-Nya, dan pastinya dia akan memperolehi pahala yang mulia.” Al Hadid : 11 Dalam surah al-Baqarah, ayat 245, Allah S.W.T. berfirman: "Janganlah kamu bimbang menjadi miskin hanya kerana membelanjakan harta kepada Allah (bersedekah)” Inilah rahsianya bagaimana harta yang disedekahkan tidak akan pernah berkurang, malahan ianya akan semakin bertambah, meski pun pada zahirnya harta tersebut kelihatan semakin berkurang dari sudut materialnya, namun demikian, dalam masa yang sama seiring dengan waktu yang berlalu, hartanya akan semakin bertambah terutama sekali dari sudut keberkatannya.

MUHASABAH & MOTIVASI

Oleh : Zuhaimi Abdul Rahim [email protected]

Penulis merupakan Ketua Seksyen Promosi dan Pemasaran Wakaf Ilmu

Pejabat Bursar UPM,

اللغة العربية

Celik Arab أعضاء اجلسم

12

Anggota Badan

Dagu ذقن

Leher عنق

Wajah وجه

Rambut شعر

Pipi خد Mata عين

HARTA BERTAMBAH DENGAN BERSEDEKAH

1. Education The Messenger of Allah (p.b.u.h.) once said: "Acquiring knowledge is compulsory for every Muslim. (At-Tabarani) This narration applies equally to men and women. "Knowledge" in this context refers primarily to knowledge of the Holy Quran and Sunnah as no Muslim should be ignorant of his or her Faith, but it also covers other areas of general education, which can contribute to the welfare of civilization. It is precisely the ignorance about their religion among Muslims that has led to men oppressing women because they believe it is permitted, women not demanding their God-given rights because they are igno-rant of them, and children growing up to perpetuate their parents' follies. Throughout Islamic history, men and women both earned respect as scholars and teachers of the Faith. The books of Rijal (Reporters of Hadith) contain the names of many prom-inent women, beginning with Aishah and Hafsah. 2. Worship Both men and women are the slaves of Allah and have a duty to worship and obey Him. Men and women have to pray, fast, give charity, go on pilgrimage, refrain from adultery, avoid the prohibited, enjoin the good and forbid the evil, and so on. Because of women's roles as mothers, a role which does not end at a specific time but is a round the-clock career, they have been exempted from attending the Mosque for the five daily prayers or for Jumuah (Friday) prayer. Nevertheless, if they wish to attend the Mosque, no one has the right to stop them. 3. Charitable Acts Men and women are both encouraged to give charity, and there is nothing to stop a woman giving charity from her husband's income. Aishah reported that the Messenger of Allah said: "A woman will receive reward (from Allah) even when she gives charity from her husband's earnings. The husband and the treasurer (who keeps the money on the husband's behalf) will also be rewarded, without the reward of any of them decreasing." Asmaa once said to the Prophet "O Messenger of Allah, I have nothing except what Zubair (her husband) brings home." The Prophet told her: ‘O Asmaa give in charity. Don't lock it lest your subsistence is locked.’"

THE RIGHTS & DUTIES OF WOMEN IN ISLAM

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

ENGLISH SECTION

13

NASIHAT IMAM AL-GHAZALI

Oleh : Khairul Fahmi bin Mukhid [email protected]

Penulis merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam Pusat Islam UPM

IKHLASKAN NIATMU ( Dipetik dari Kitab ايها الولد: karangan Imam Al Ghazali Terjemahan oleh : Abu Ali Al

Banjari An-nadwi Al Makki (Al fadhil Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zam-Zam)

NASIHAT KELAPAN (8) ILMU SAHAJA BELUM MEMBERI MANFAAT AKAN ENGKAU Wahai anakku yang tercinta Ilmu tanpa amalan adalah gila, dan amal tanpa ilmu adalah sia sia,dan ketahuilah bahawasanya ilmu semata mata masih belum dapat menjauhkan engkau daripada perbuatan maksiat,dan belum mampu mendorong engkau berbuat taat,dan tidak dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat dari api neraka,dan apabila engkau tidak mengamalkan ilmu yang ada pada diri mu,dan engkau tidak membuat pembetulan terhadap segala kesilapan yang engkau lakukan pada masa yang lalu,kelak engkau akan berkata pada hari kiamat nanti : Maksudnya : (wahai tuhan ) kembalikan aku kedalam dunia untuk aku dapat beramal soleh , (Surah Sajdah : 12) NASIHAT KESEMBILAN (9) TINGGIKAN HEMAH MU,LAWANLAH NAFSUMU DAN BUATLAH BEKALAN AKHIRAT Wahai anakku yang tercinta Jadikanlah hemahmu itu dalam meningkatkan rohanimu,dan jadikanlah segala kegagalan itu berada di pihak hawa nafsu mu,dan jadikanlah kematian itu hanya pada badanmu,kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur,dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatangan mu pada setiap masa ,maka jangan sekali kali engkau datang kesana tanpa bekalan. Dan berkata sayyidina Abu Bakar As Sidiq R.A “Badan kita itu tidak ubahnya laksana sangkar burung ataupun kandang binatang ,maka fikirlah baik-baik untuk dirimu,dan tentukanlah bagi dirimu yang mana satu dari dua perumpamaan ini. Jika engkau laksana burung yang terbang tinggi,maka ia akan terbang denga riang gembira apabila mendengar seruan”

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

4. The Right to Own Wealth and Property A woman has the right to keep her property or wealth, whether earned or inherited, and spend it as she may please. This right was granted to Western women only very recently, and the women of India had to wait until 1956 for a right which Muslim women have always taken for granted. Concerning the right to one's earnings, the Holy Quran says:

"And wish not for the things in which Allah has made some of you excel the others. For men there is reward for what they have earned, (and likewise) for women there is reward for what they have earned, and ask Allah of His Bounty. Surely, Allah is Ever All-Knower of everything." (V. 4:32)

5. Freedom to Express One's Opinion Few societies exist in which the ordinary citizen can confront the ruler face to face and challenge his policies. Even fewer socie-ties allow women to be so bold, yet the Islamic ideal has always been open and accessible. This freedom of expression is aptly demonstrated by a famous incident involving Omar the second Rightly- Guided Caliph. Omar was once standing on the pulpit, severely reprimanding the people and ordering them not to set excessive amounts of dower at the time of marriage. A woman got up and shouted, "Omar, you have no right to intervene in a matter which Allah the All-Mighty has already decreed in Quran: "But if you intend to replace a wife by another and you have given one of them a Qintar (of gold, i.e., a great amount as Mahr bridal money), take not the least bit of it back; would you take it wrongfully without a right and (with) a manifest sin?" (V.4:20)After being reminded of this Verse, Omar withdrew his order, saying, "I am in the wrong and she is correct."

Pendapat Ulama Tentang Penggunaan Darah Dalam Makanan

Pertama: haram secara mutlak sama ada sedikit atau banyak dan ia tetap dikira sebagai najis. Ini selaras dengan kaedah fiqh:

إذا اجتمع الحالل والحرام أو المبيح والحرم غلب جانب الحرام

“Apabila bercampur di antara halal dan haram atau harus dan haram, dilebihkan haram.”

ما اجتمع الحالل والحرام إال غلب الحرام الحالل

“Apabila bercampur di antara halal dan haram, dilebihkan haram ke atas halal.”

الحالل ال يحرم الحالل

“Halal tidak boleh mengharamkan sesuatu yang halal.”

Kedua, pengharaman ini tidak termasuk darah haiwan air seperti ikan, jantung, limpa dan hati serta sumber darah yang berada dalam

saraf binatang selepas ia disembelih selama mana ia tidak mengalir dan darah yang masih kekal selepas dibasuh.

Ketiga: terdapat satu pandangan yang menyatakan darah yang mengalir adalah bersih dan tidak ada yang menunjukkan ianya najis jika

digunakan secara luaran.

Pengharaman darah yang mengalir

Imam Maliki, Syafi’I dan al-Ghazali: darah yang mengalir daripada ikan, lalat dan kutu anjing adalah haram.

Imam Hanafi dan ibn Arabi daripada kalangan mazhab Maliki berpendapat bahawa darah yang keluar daripada badan ikan bukan

najis, kerana mereka berpendapat ianya bukan darah, tetapi bahan lembapan.

14

Oleh : Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh [email protected]

Penulis merupakan Ketua Laboratori Institut Penyelidikan Produk Halal & Pensyarah Jabatan Pengajian Kenegraan

dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, UPM

HUKUM KEGUNAAN PLASMA DARAH DALAM MAKANAN ISLAM & PERUBATAN

Dr Yusuf al-Qaradawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori yang tidak asing lagi di dunia Islam. Beliau dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H.

Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-qardhah dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampungnya ini terletaknya makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi. Di kampung inilah beliau tinggal sehingga wafat pada tahun 86H. Sehingga kini makamnya sangat dimuliakan dan para penduduk kampung amat berbangga dengannya. Perkara ini telah dinyatakan oleh pengkaji sejarah seperti Ibn Hajar ketika menceritakan kisah sahabat ini.

Al-Qaradhawi menyebutkan bahawa beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama dan bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai peniaga. Beliau menjadi yatim ketika berusia 2 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Kemudian beliau dipelihara oleh bapa saudaranya berna-ma Ahmad. Bapa saudaranyalah yang menjadi bapa dan sepupu-sepupunya sebagai saudara-saudara beliau. Beliau telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan mendapat keistimewaan daripada keluarga. Malah kata Yusuf sendiri: “ itulah gantian daripada takdir yang menjadikan saya yatim ketika berusia masih terlalu awal.”

Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran. Apabila usianya men-jangkau 7 tahun, beliau memasuki sekolah rendah (madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan lain-lain. Yusuf sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah petang.

Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan ciri-ciri ulamak. Bakatnya terserlah apabila sering dipanggil untuk menjadi imam dan syarahan agama di Masjid kampungnya. Beliau menyebutkan bahawa semenjak hari itu ( hari khatam al-Quran) penduduk kampung terutama Syeikh Yusuf telah meminta kepada saya untuk menjadi imam apabila bersolat terutama solat jahriah kerana kurniaan Tuhan kepada saya yang dapat membaca al-Quran dengan baik. Ini merupakan penghormatan yang terlalu awal, menyebabkan saya tidak mempunyai peluang bermain sebagaimana yang dinikmati oleh rakan sebaya. Kehidupan seorang yang agung bermula sejak kecil lagi. Suasana rumah, keluarga dan masyarakat memberi saham yang besar dalam membentuk jiwa seseorang. Yusuf telah didewasakan dalam suasana keislaman yang kuat dan mantap. Bukan sahaja keluarga bapa saudaranya tetapi penduduk kampungnya yang telah mengambil berat dan memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang menghafal al-Quran.

Apabila tamat madrasah Ilzamiyyah, beliau melanjutkan pelajaran ke Maahad Rendah Tanta (madrasah ibtida’ittah) selama 4 tahun dan di Maahad Menengah (madrasah thanawiyya) selama lima tahun.Maahad ini terletak dibawah penguasaan al-Azhar.Menurut al-Qaradhawi, pada mulanya bapa saudaranya enggan menghantar beliau ke sekolah maahad al-Azhar kerana ia memakan masa yang lama apatah lagi banyak graduannya menganggur ketika itu. Bapa saudaranya inginkan beliau menamat-kan pelajaran dan cepat mendapat pekerjaan atau menjadi peniaga yang berjaya. Tetapi takdir allah yang menentukan apabila ada seorang syeikh yang datang melawat kampung shafat al-Turab dan menyarankan kepada bapa saudara bahawa wajib beliau menghantar saya ke al-Azhar. Saat itulah yang merubah kehidupan al-Qaradhawi dan menjadi salah seorang pelajar di Maahad Agama Tanta dengan memakai pakaian rasmi al-al-Azhar iaitu jubah dan serban merah.

Semasa di Maahad Tanta, al-Qaradhawi mulai banyak membaca buku. Ia tidak hanya membatasi diri untuk membaca buku-buku silibus sahaja, tetapi buku-buku yang lain untuk meluaskan ufuk pemikiran dan menghilangkan kehausan terhadap ilmu pengetahuan. Untuk itu, al-Qaradhawi mendapatkan buku-buku tersebut melalui perpustakaan Dar al-Kutub Tanta atau menyewanya dari perpustakaan Fak al-azmah. Pada masa ini, bacaan al-Qaradhawi lebih tertumpu kepada dunia kesusasteran Arab dengan membaca buku-buku karya al-Manfaluti, Mustafa al-Sadiq al-Rafa’i Taha Husain, Abbas Aqqad dan Ahmad Amin. Di Maahad Agama Tanta, al-Qaradhawi belajar dengan al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Diftar dan Syeikh Mutawalli Sya’rawi.

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 08/15

15

TOKOH ILMUAN ISLAM

DR YUSUF AL-QARADAWI

SEPTEMBER-DISEMBER 2015 SUARA PIU 07/15

16

AKTIVITI PUSAT ISLAM & MASJID UPM

PROGRAM MUSAHIR HANA Pusat Islam UPM telah mengambil inisiatif mengadakan Program Musafir Hana UPM di Masjid UPM sempena kemasukan pelajar-pelajar baharu ke UPM yang bermula pada 29 Ogos 2015. Program ini memberi tumpuan dan bantuan dengan menye-diakan jamuan ringan secara percuma kepada para musafir teru-tamanya untuk ahli keluarga pelajar yang datang dari jauh hanya untuk menghantar anak mereka mendaftar di UPM. Dalam mere-alisasikan program yang telah dirancang, Pengarah Pusat Islam sendiri iaitu Dr. Razali Otman turut turun padang bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar dan teratur.

PIC

KAUNTER SAHABAT MASJID DI BAZAR PERSATUAN UPM

Pada 5 September 2015 telah berlangsungnya Bazar Persatuan di UPM untuk pelajar baharu sesi kemasukan Semester Pertama 2015/2016. Sahabat Masjid juga telah mengambil peluang ini untuk mempromosikan Sahabat Masjid kepada pelajar baharu yang terdiri dari pelbagai program dan kolej. Alhamdulillah, penyertaan dan pendaftaran dari pelajar baharu ini juga sangat-sangat menggalakkan dan diluar jangkaan. Bazar Persatuan ini berlangsung dari jam 7.30 pagi sehingga 1.00 tengahari. Sahabat Masjid UPM mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu.

AKTIVITI KORBAN & AKIKAH 1436H Pada hari Khamis, 24 Sept 2015 Majlis Solat Sunat Hari Raya Eidul Adha dan Qurban 1436H telah diadakan di Masjid UPM Serdang. Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Mohd Fauzi Hj Ramlan turut sama menunaikan Solat Sunat di Masjid UPM. Bagi aktiviti Qurban sebanyak 16 ekor lembu telah disembelih di mana penyertaannya adalah melibatkan warga UPM dan Kariah Serdang. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan bantuan dari kariah dan warga UPM sendiri. Aktiviti Qurban pada tahun ini telah dilaksanakan di Masjid UPM dengan penglibatan bersama pihak Pembangunan dan Taman Pertanian Universiti.

PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT KEBANGSAAN 1437H

Buat pertama kalinya, kontinjen UPM melalui Pusat Islam dan Sahabat Masjid telah menghantar wakil seramai 60 orang untuk Majlis Perarakan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1437H. Majlis tersebut telah diadakan pada tanggal 1 Muharram 1437H bersamaan Rabu 14 Oktober 2015. Perarakan tersebut telah diketuai oleh YBhg Dr Razali Othman, Pengarah Pusat Islam UPM. Perarakan tersebut bermula pada jam 7.30 pagi dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka dan berakhir ke Masjid Negara Kuala Lumpur.

PIC

LAWATAN MAHABBAH UNIMAP KE PUSAT ISLAM UPM Pada hari Khamis 12 November 2015, Pusat Islam UPM telah menerima lawatan mahabbah dari Pusat Islam UniMAP yang dianggotai seramai 15 orang. Sesi ucapan dimulai oleh Drs. Wan Aminurrashid selaku Pegawai Hal Ehwal Islam yang mewakili Pengarah Pusat Islam UPM mengalu-alukan kedatangan delegasi dan memberikan taklimat mengenai Pusat Islam UPM. Ucapan balas disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam UniMAP dan kemudian disusuli dengan sesi perbincangan dua hala berlang-sung. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderamata dan sesi bergambar serta melawat sekitar kawasan masjid.