peraturan_am_sukan_2006__1_

76
P.A./ KPBBM 2006 PERATURAN AM SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA 1. NAMA Kejohanan ini dinamakan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia. 2. PENGELOLAAN Bagi maksud pengelolaan, Persatuan Badan Berkanun Malaysia akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pengelola yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif organisasi yang dipilih untuk menjadi tuan rumah. Jawatankuasa Pengelola berkenaan bertanggungjawab dengan penentuan perkara-perkara dasar. Sebuah Jawatankuasa Kerja juga dibentuk di dalam mengadakan perancangan dan mengelolakan semua perkara dan aktiviti Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia. Ianya bertanggungjawab mempastikan agar semua dasar dan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak yang berkaitan. 3. JENIS SUKAN Acara sukan yang dipertandingkan adalah seperti berikut :- Badminton Bola Jaring Bola Sepak Bola Tampar Lelaki Bola Tampar Wanita Catur Dart Golf Karom Boling Padang Lelaki Boling Padang Wanita Ping Pong Bola Sepak Veteran 1

Upload: ahmad-farris-ya

Post on 29-Jun-2015

184 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

P.A./ KPBBM 2006

PERATURAN AMSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Kejohanan ini dinamakan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2. PENGELOLAAN

Bagi maksud pengelolaan, Persatuan Badan Berkanun Malaysia akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pengelola yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif organisasi yang dipilih untuk menjadi tuan rumah. Jawatankuasa Pengelola berkenaan bertanggungjawab dengan penentuan perkara-perkara dasar. Sebuah Jawatankuasa Kerja juga dibentuk di dalam mengadakan perancangan dan mengelolakan semua perkara dan aktiviti Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia. Ianya bertanggungjawab mempastikan agar semua dasar dan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola dilaksanakan dengan kerjasama semua pihak yang berkaitan.

3. JENIS SUKAN

Acara sukan yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

BadmintonBola JaringBola SepakBola Tampar LelakiBola Tampar WanitaCaturDartGolfKaromBoling Padang LelakiBoling Padang WanitaPing PongBola Sepak VeteranSepak TakrawBola Jaring VeteranTenisTenpin Boling* Petanque

Acara baru

1

Page 2: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

4. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Peserta-peserta mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan organisasi tersebut. Ini termasuklah secara tetap /kontrak /sementara/ sambilan. Status di atas meliputi pegawai/kakitangan sedang berkhidmat dengan anak-anak syarikat yang ditubuhkan di bawah organisasi induk.

Peserta-peserta hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 90 hari daripada tarikh pertandingan. Semakan dengan KWSP akan diselaraskan untuk mengesahkan kesahihan status seorang kakitangan serta pencaruman telah dibuat oleh pihak majikan. Ini adalah bertujuan untuk mempastikan kelancaran sukan serta mengesahkan hanya pegawai dan kakitangan yang benar-benar sedang berkhidmat dengan sesuatu organisasi itu sahaja ( di dalam tempoh waktu yang disyaratkan ) mewakili organisasi tersebut

Mana-mana pasukan yang menurunkan peserta yang bukan daripada organisasi tersebut akan dibatalkan penyertaan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan. Ini akan disusuli dengan tindakan penggantungan pasukan organisasi tersebut dari seluruh pertandingan.

Setiap jenis sukan akan hanya dipertandingkan apabila disertai oleh sekurang-kurangnya 5 kontinjen.

Setiap kontinjen hanya dibenarkan mendaftar satu pasukan untuk satu jenis sukan kecuali sukan Golf.

Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 untuk setiap jenis sukan. Walau bagaimanapun acara Golf dikenakan bayaran sebanyak RM1,200.00 @ RM600.00 bagi satu pasukan dan Tenpin Boling RM500.00. Yuran penyertaan mestilah dijelaskan semasa menghantar borang penyertaan.

(a) Setiap penyertaan dikehendaki mengemukakan borang penyertaan yang disediakan mengikut jenis sukan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak lewat daripada 31 Mac 2006 . Borang penyertaan hendaklah

disertakan dengan wang cagaran sebanyak RM100.00 bagi setiap jenis sukan yang disertai. Tindakan ini diambil bagi mengelakkan kontinjen mengesahkan

penyertaan di dalam sukan yang disertai tetapi menarik diri dari menyertai acara-acara tersebut. Keadaan ini akan menimbulkan permasalahan dan terpaksa mengadakan semula undian di dalam usaha untuk melancarkan urusan pertandingan. Keadaan ini juga boleh menimbulkan ketidak puasan hati lain-lain kontinjen.

(b) Penyertaan yang tidak disertai dengan bayaran penyertaan dan wang cagaran adalah tidak sah dan tidak akan didaftarkan. Penarikan diri setelah borang penyertaan dikemukakan akan mengakibat bayaran penyertaan dan wang cagaran tidak dikembalikan. Wang cagaran walau bagaimanapun akan dikembalikan dalam bentuk cek / tunai selewat-lewatnya pada 16 Jun 2006 kepada pasukan-pasukan yang telah mematuhi Perkara 4. Para 4.7 ini.

YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

2

Page 3: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

JENIS SUKAN YURANPENYERTAAN

WANG CAGARAN

JUMLAH

Badminton RM100.00 RM100.00 RM200.00Bola Jaring RM100.00 RM100.00 RM200.00Bola Jaring (V) RM100.00 RM100.00 RM200.00Bola Sepak (S) RM100.00 RM100.00 RM200.00Bola Sepak (V) RM100.00 RM100.00 RM200.00Bola Tampar ( L ) RM100.00 RM100.00 RM200.00Bola Tampar ( W ) RM100.00 RM100.00 RM200.00Catur RM100.00 RM100.00 RM200.00Dart RM100.00 RM100.00 RM200.00Golf RM1200.00 RM200.00 RM1400.00Karom RM100.00 RM100.00 RM200.00Ping Pong RM100.00 RM100.00 RM200.00Sepak Takraw RM100.00 RM100.00 RM200.00Tenis RM100.00 RM100.00 RM200.00Tenpin Bowling RM500.00 RM100.00 RM600.00Petanque RM100.00 RM100.00 RM200.00Boling Padang RM100.00 RM100.00 RM200.00

Borang pendaftaran peserta yang lengkap dengan nama peserta dan lain-lain maklumat yang diperlukan bersama-sama salinan kad pekerja dan penyata gaji bagi bulan Februari, Mac dan April 2006 yang telah disahkan oleh Ketua Kontinjen hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak lewat daripada 13 Mei 2006. Pertukaran peserta boleh dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan sebelum sukan bermula dengan mematuhi Peraturan 4.1. dan 4.2. Sebarang permohonan untuk pindaan/pertukaran nama pemain selepas mesyuarat tersebut adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. BILANGAN PEGAWAI DAN PESERTA

Bilangan pegawai dan peserta mengikut jenis-jenis sukan ialah seperti berikut :-

JENIS SUKAN PENGURUS JURULATIH PEMAIN JUMLAHBadminton 1 1 14 16Bola Jaring 1 1 12 14Bola Jaring(V) 1 1 12 14Bola Sepak 1 2 18 21Bola Sepak (V) 1 2 18 21

3

Page 4: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Bola Tampar ( L ) 1 1 12 14Bola Tampar ( W ) 1 1 12 14Catur 1 - 6 7Dart 1 - 8 9Golf 1 - 8 9Karom 1 - 12 13Ping Pong 1 1 12 14Sepak Takraw 1 1 12 14Tenis 1 1 12 14Tenpin Bowling 1 1 7 9Boling Padang (L) 1 1 5 7Boling Padang (W) 1 1 5 7Petanque (L) 1 1 7 9Petanque (W) 1 1 7 9

JUMLAH

6. SISTEM PERTANDINGAN

Sesuatu pertandingan hanya dapat dijalankan atau diadakan sekiranya terdapat 5 pasukan mengambil bahagian. Sistem pertandingan akan dijalankan secara Liga dan/atau Kalah Mati.

6.1 Cara Satu Kumpulan.

6.1.1 Sekiranya lima (5) pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan dijalankan secara Liga Satu Kumpulan.

6.1.2 Pasukan yang mendapat mata terbanyak akan dikira sebagai Johan, Kedua terbanyak menjadi Naib Johan dan seterusnya.

6.2 Cara Dua Kumpulan.

6.2.1 Pusingan Awal.

6.2.1.1 Sekiranya enam (6) pasukan atau lebih mengambil bahagian ,pasukan akan dibahagikan kepada dua (2) Kumpulan A dan B dan pertandingan akan dijalankan secara Liga.

6.2.1.2 Johan dan Naib Johan dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan yang berasingan secara undian dan nama pasukan tersebut hendaklah dituliskan dahulu daripada pasukan lain. Penetapan kumpulan akan dbuat melalui undian.

6.2.1.3 Sekiranya berlaku penarikan diri dalam mana – mana kumpulan dengan hanya dua (2) pasukan sahaja yang mengambil bahagian dalam pasukan berkenaan, maka pasukan terakhir dalam kumpulan lagi satu secara automatik dipindahkan ke dalam kumpulan yang kurang.

6.2.2 Pusingan Separuh Akhir.

4

Page 5: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

6.2.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan dalam dua kumpulan iaitu kumpulan X dan Y seperti berikut:

6.2.2.2

Kumpulan X Kumpulan Y

Johan Kumpulan A

Naib Johan Kumpulan B

Johan Kumpulan B

Naib Johan Kumpulan A

6.2.2.3 Pertandingan dijalankan secara KALAH MATI

6.2.3 Pusingan Akhir

Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

6.3 Cara Tiga Kumpulan

6.3.1 Pusingan Awal

6.3.1.1 Sekiranya penyertaan terdiri daripada sembilan (9) pasukan , pertandingan akan dijalankan secara liga tiga kumpulan A,B dan C.

6.3.1.2 Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan berada dalam kumpulan B1.

6.3.1.3 Jika terdapat penarikan diri dalam kumpulan A, B1 akan kekal dalam kumpulan B, manakala B2 pula akan masuk kedalam Kumpulan A.

6.3.2 Pusingan Suku Akhir.

6.3.2.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan adalah layak untuk memasuki pusingan Suku Akhir.

6.3.2.2 Johan A dan Johan B diberikan “Bye” seperti berikut:

Johan A

Bye

N.Johan C

N. Johan B

Johan C

N. Johan A

Bye

5

Page 6: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Johan B

6.4 Cara Empat (4) Kumpulan.

6.4.1 Pasukan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan (A,B,C dan D).

6.4.2 Setiap kumpulan mengandungi sekurang – kurangnya 3 pasukan.

6.4.3 Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan berada dalam kumpulan B1.

6.4.4 Lapan (8) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan Suku Akhir seperti berikut:

Johan A

N. Johan D

N. Johan B

Johan C

Johan D

N. Johan A

N. Johan C

Johan B

6.5 Cara Lima (5) Kumpulan

6.5.1 Pasukan akan dibahagikan kepada (5) kumpulan (A,B,C,D dan E).

6.5.2 Setiap kumpulan mengandungi sekurang – kurangnya 3 pasukan.

6.5.3 Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan berada dalam kumpulan B1.

6.5.4 Sepuluh (10) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan Suku Akhir seperti berikut :

Johan A

N.Johan E

N. Johan B

6

Page 7: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

N. Johan D

Johan C

Johan D

N. Johan C

N. Johan A

Johan E

Johan B

6.6 Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh dan Akhir dijalankan secara KALAH MATI.

6.7 Lebih dari 20 Pasukan

i) Jika terdapat lebih daripada 20 pasukan yang mengambil bahagian ianya hendaklah dipecahkan di dalam BEBERAPA KUMPULAN dengan jumlah tidak lebih daripada 4 pasukan di dalam tiap-tiap kumpulan.

ii.) Format perlawanan seterusnya akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.8 Format Penentuan Kumpulan

6.8.1 Format bagi sistem liga adalah seperti berikut:

JUMLAH PASUKAN JUMLAH PASUKAN DALAM KUMPULAN

5 LIGA6 3,37 3,48 4,49 3,3,3

10 3,3,411 3,4,412 3,3,3,313 3,3,3,414 3,3,4,415 3,4,4,416 4,4,4,417 3,3,3,4,4

7

Page 8: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

18 3,3,4,4,419 3,4,4,4,420 4,4,4,4,4

6.9 Jadual Pertandingan.

Susunan jadual pertandingan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal Sukan Badan Berkanun.

6.10 Pemberian Mata

Menang - 3Seri - 1Kalah - 0

Atau mengikut syarat pemberian mata peraturan permainan yang mempunyai sistem pemberian mata sendiri.

7. PAKAIAN PEMAIN

7.1. Tiap-tiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam yang mematuhi Peraturan Pakaian jenis permainan berkenaan.

7.2. Nombor-nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor-nombor yang didaftarkan di dalam borang pendaftaran serta mematuhi spesifikasi-spesifikasi dalam Peraturan Pakaian jenis permainan berkenaan.

7.3. Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang namanya mula-mula tercatat di dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi kepada yang lain warnanya.

8. PENANGGUHAN

8.1. Tarikh, masa dan tempat perlawanan yang telah ditetapkan/jadual sama sekali tidak boleh diminta untuk ditangguh atau diubah oleh mana-mana pasukan yang mengambil bahagian.

8.2. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan walau bagaimanapun adalah mempunyai kuasa mutlak untuk menangguh atau mengubah sesuatu perlawanan dengan diberitahu terlebih dahulu atau dipurtuskan dengan serta merta.

8.3. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan menetapkan semula jadual perlawanan yang ditangguhkan.

9. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

9.1. Pasukan yang lewat hadir ke gelanggang atau padang permainan selepas 15 minit daripada masa yang ditetapkan di dalam jadual perlawanan akan dikira sebagai pasukan menarik diri atau menyerah kalah.

9.2. Semua keputusan perlawanan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkan memasuki pertandingan seterusnya.

8

Page 9: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

9.3. Perkara 4 para 4.7. dalam Peraturan Am Karnival Persatuan Badan Berkanun Malaysia akan digunapakai.

10. KEMUDAHAN

10.1. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan bertanggungjawab untuk menentukan tempat dan tarikh Karnival Persatuan Badan-badan Berkanun Malaysia diadakan.

10.2. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan juga akan menyediakan semua kemudahan dan peralatan pertandingan yang berkaitan dengan pertandingan tersebut.

11. GANTIRUGI

Universiti Teknologi MARA, Jawatankuasa Pengelola, Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dan Pegawai-pegawai yang dilantik oleh mereka tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kematian dan kehilangan harta benda yang mungkin berlaku kepada mana-mana peserta dan pegawai semasa berlangsungnya Karnival Persatuan Badan Berkanun Malaysia termasuk juga semasa perjalanan rumah / tempat pertandingan /rumah. Semua kontinjen adalah digalakkan untuk mengambil insuran untuk semua ahli kontinjen yang menyertai Karnival Persatuan Badan Berkanun Malaysia ini.

12. PERLANTIKAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN

12.1. Jawatankuasa pengelola akan melantik secara rasmi beberapa orang ahli untuk menentukan segala persiapan teknikal dan pertandingan disediakan dan dilaksanakan mengikut Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan setiap jenis acara seperti yang telah ditetapkan.

12.2. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan bertanggungjawab :

12.2.1. Melantik pegawai-pegawai teknikal dan pengadil/hakim setelah berbincang dengan Persatuan Sukan Negeri/Kebangsaan.

12.2.2. Melawat dan mengesahkan venue-venue pertandingan supaya sesuai digunakan untuk pertandingan.

12.2.3. Menentu dan mengesahkan Jadual Pertandingan yang disediakan setelah berbincang dengan Persatuan Sukan Negeri/Kebangsaan.

12.2.4. Menentukan semua pertandingan dijalankan mengikut peraturan dan syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

12.2.5. Menentukan giliran tugasan pegawai-pegawai teknikal seperti pengadil/hakim yang dilantik di bawah para 12.2.1.

9

Page 10: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

12.2.6. Membentuk Lembaga Tatatertib yang berkuasa membuat apa-apa keputusan berkaitan tatatertib dan menjatuhkan hukuman mengikut Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan sukan.

12.2.7. Membentuk Juri Rayuan untuk mendengar sebarang rayuan yang telah ditolak bantahannya oleh Jawatankuasa Bantahan.

12.3. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan menubuhkan Jawatankuasa Kecil Pertandingan untuk membantu dalam menentukan segala persiapan pertandingan dilaksanakan mengikut Peraturan Am dan Peraturan Pertandingan seperti yang telah ditetapkan seperti berikut :-

12.3.1. Membentuk Jawatankuasa bantahan.

12.3.2. Membantu melaksanakan tanggungjawab seperti di Para 12.2.1. hingga 12.2.5 di atas.

13. BANTAHAN

13.1. Semua pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Bantahan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan dan disertakan dengan wang pertaruhan ( tunai ) sebanyak RM200.00 ( Ringgit : Dua Ratus Sahaja ).

13.2. Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak.

13.3. Sekiranya mana-mana pasukan ingin membuat bantahan maka bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertandingan atau wakilnya

13.4. Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan atau wakilnya dalam masa satu (1) jam selepas perlawanan tamat.

14. RAYUAN

14.1. Sebarang rayuan mengenai sesuatu perkara yang telah ditolak bantahannya oleh Jawtankuasa Bantahan boleh dibuat oleh Ketua Kontinjen/Pengurus Pasukan melalui borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan kepada Juri Rayuan dalam tempoh tidak lebih dari dua jam selepas keputusan Jawatankuasa Bantahan dimaklumkan dan disertakan dengan wang tunai sebanyak RM200.00 ( Ringgit :Dua ratus Sahaja ) sebagai wang pertaruhan.

14.2. Sekiranya rayuan itu diterima wang pertaruhan akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat berhubung dengan rayuan itu.

14.3. Walau bagaimanapun wang pertaruhan akan luput dan menjadi pendapatan kepada Jawatankuasa Pengelola Karnival Persatuan Badan Berkanun Malaysia sekiranya rayuan itu ditolak.

10

Page 11: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

14.4. Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

15. HADIAH

15.1. Hadiah untuk Karnival Persatuan badan Berkanun Malaysia yang akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah seperti berikut :-

15.1.1. Acara Berpasukan

- Johan- Naib Johan- Ketiga bersama ( pasukan yang kalah di dalam

perlawanan separuh akhir kecuali acara bowling, catur dan golf )

- Untuk acara catur pemenang “ best board ” akan diberikan hadiah

15.1.2. Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat

- Johan- Naib Johan- Ketiga- Keempat hingga Kelapan

15.1.2. Johan Keseluruhan

Naib Johan keseluruhan

Ketiga Keseluruhan

16. KIRAAN MATA ( JOHAN KESELURUHAN )

16.1. Untuk menentukan Johan Keseluruhan sukan ini, mata yang akan diberikan bagi tiap-tiap permainan adalah seperti berikut :-

Johan - 5 mataNaib Johan - 3 mataKetiga - 1 mata

16.2. Untuk Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat sebanyak 8 pemenang diberikan mata seperti berikut yang akan diambilkira di dalam menentukan keseluruhan pungutan mata.

16.2.1. Johan - 5 mata16.2.2. Naib Johan - 4 mata16.2.3. Ketiga - 3 mata16.2.4. Keempat - 2 mata16.2.5. Kelima - 1 mata16.2.6. Keenam - 1 mata16.2.7. Ketujuh - 1 mata

11

Page 12: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

16.2.8. Kelapan - 1 mata

16.3. Pasukan yang mendapat jumlah mata yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan. Jika didapati 2 atau lebih pasukan mempunyai mata yang sama, Johan Keseluruhan akan ditentukan dengan cara :

a.) Pasukan yang mendapat jumlah johan permainan yang terbanyak, jika seri;

b.) Pasukan yang mendapat jumlah naib johan permainan yang terbanyak, jika seri;

c.) Pasukan yang mendapat jumlah tempat ketiga permainan yang terbanyak, jika seri;

d.) Diisytiharkan sebagai Johan Bersama

17.DISIPLIN DAN TATATERTIB

17.1. Semua kontinjen adalah bertanggungjawab di atas disiplin dan tatatertib pegawai, pemain dan penyokong masing-masing.

17.2. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan menubuhkan Lembaga Tatatertib bagi mengawasi dan mempertimbangkan sebarang kejadian yang difikirkan mencemarkan imej Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

17.3. Lembaga Tatatertib berhak membuat keputusan atas sebarang perkara yang difikirkan boleh mengganggu kelancaran pertandingan.

17.4. Keputusan Lembaga Tatatertib adalah muktamad.

18. PERCANGGAHAN

Jika terdapat apa-apa percanggahan di antara Peraturan Pertandingan dengan Peraturan Am, Peraturan Am ini hendaklah dipakai. Walau bagaimanapun jika terdapat perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan Am ini, ianya hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia. Keputusan Jawatankuasa Pengelola Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia adalah muktamad.

12

Page 13: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

P.P. / KPBBM / 1

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTONPUSAT PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Badminton Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia bagi merebut Piala Pusingan RISDA .

2. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

13

Page 14: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN /JADUAL PERMAINAN

Perlawanan Pertama : Perseorangan LelakiPerlawanan Kedua : Perseorangan WanitaPerlawanan Ketiga : Beregu Lelaki Veteran*Perlawanan Keempat : Beregu Wanita Veteran*Perlawanan Kelima : Beregu CampuranPerlawanan Keenam : Beregu WanitaPerlawanan Ketujuh : Beregu Lelaki

Umur kelayakan peserta veteran ialah:

i) Lelaki – melebihi 45 tahun – Lahir pada tahun 1961 atau sebelumnya.ii) Wanita – melebihi 40 tahun – Lahir pada tahun1966 atau sebelumnya.

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 14 orang pemain. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

6.3. Seorang pemain boleh bermain 1 acara perseorangan dan 1 acara beregu sahaja di dalam sesuatu perlawanan.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

14

Page 15: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

7.1. Pemain dikehendaki memakai kemeja T dan hendaklah mematuhi Perkara 7 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

7.2. Peserta wanita walau bagaimanapun digalakkan memakai “ track bottom ”.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

8.2. Sistem kiraan mata yang dugunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :-

Menang - 2Kalah - 0

8.3. Pasukan yang memperolehi mata yang terbanyak diisytiharkan sebagai Johan Kumpulan dan yang kedua banyak sebagai Naib Johan. Sekiranya terdapat persamaan jumlah mata, maka penentuan pasukan yang layak ke pusingan seterusnya hendaklah berdasarkan urutan seperti berikut :-

i.) Jumlah “ matches won ”ii.) Jumlah “ games won “iii.) Jumlah “ points won “iv.) Lambungan syiling ( “ toss coin ” )

9. PERTUKARAN PEMAIN

9.1. Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

10.1. Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10.2. Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan diberi 2 mata dengan keputusan pertandingan 7 – 0.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

15

Page 16: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Badminton Negeri

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan Badminton NegeriKetua Pengadil

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P / KPBBM / 2

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING (TERBUKA &VETERAN)SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Jaring Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia bagi merebut Piala PBBM.

2. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

16

Page 17: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN

Acara berpasukan

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 12 orang pemain. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

Bagi kategori veteran, semua pemain hendaklah berumur 35 tahun keatas pada tahun 2006.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1. Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua ( 2 ) set bibs .

7.2. Perkara 7 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

8.2. Sistem kiraan mata yang diguna bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :-

Menang - 2Seri - 1Kalah - 0

17

Page 18: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

8.3. Pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira menang.

i.) Jika dua atau lebih pasukan yang mendapat mata yang sama di akhir pertandingan, maka pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira menang.

ii.) Jika pasukan masih seri maka pasukan yang menjaring gol yang terbanyak dikira menang.

8.4. Jika keputusan seri di peringkat suku akhir dan seterusnya maka penentuan akan dibuat seperti berikut :-

i.) Permainan akan diteruskan dengan tiga (3) hantaran tengah.

8.5. Masa perlawanan adalah 20 minit bagi setiap satu separuh masa dengan masa rehat selama 5 minit ( 20 x 5 x 20 )

8.6. Bilangan minima pemain yang dibenarkan berada dalam gelanggang semasa permainan dilangsungkan adalah seramai 5 orang.

9. PERTUKARAN PEMAIN

9.1. Pertukaran pemain dan posisi boleh dibuat semasa waktu rehat KECUALI berlaku kecederaan. Pemain yang cedera yang dikeluarkan boleh masuk dan bermain semula dalam perlawanan berkenaan.

9.2. Setiap penggantian pemain semasa perlawanan hendaklah dimaklumkan kepada Pengadil dan Ketua Pasukan Lawan.

9.3. Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAHPerkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

18

Page 19: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Bola Jaring Negeri

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan Bola Jaring NegeriKetua Pengadil

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Bola Jaring Malaysia dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Karnival Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Karnival Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P. / KPBBM / 3

PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK (TERBUKA & VETERAN)SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bolasepak Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia bagi merebut Piala Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Hj. Hanafiah Hj. Ahmad, bekas Yang DiPertua ( Pertama ) Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2. PENGELOLAAN

19

Page 20: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN

5.1. Acara berpasukan

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyrtaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 18 orang pemain. Hanya pemain yang bedaftar sahaja dibenarkan.

6.3. Bagi kategori veteran, semua pemain hendaklah berumur diatas 40 tahun pada tahun 2006.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1. Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan warna dan bernombor.

7.2. Perkara 7 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

8.2. Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :-

Menang - 3Seri - 1Kalah - 0

8.3. Perbezaan jaringan juga akan diambilkira sekiranya berlaku persamaan mata dan sekiranya jaringan masih sama jumlah jaringan yang dilepaskan akan diambilkira.

20

Page 21: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

8.4. Masa perlawanan di peringkat awal adalah 35 minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat selama 5 minit ( 35 x 5 x 35 ). Di peringkat suku akhir dan seterusnya, masa perlawanan adalah 40 minit setiap separuh masa dengan masa rehat selama 10 minit ( 40 x 10 x 40 ).

8.5. Untuk peringkat suku akhir dan seterusnya, sekiranya perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri, masa tambahan “ Golden Goal “ akan dijalankan selama 15 minit setiap separuh masa. Jika keputusan masih lagi seri maka lima (5) tendangan penalty setiap pasukan akan diadakan dan jika masih tidak berubah “Sudden Death“ penalti akan diadakan sehingga ada pemenang.

8.6. Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning di dalam pertandingan ini secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.

8.7. Pemain yang menerima Kad Merah iaitu dikenakan perintah buang padang tidak dibenarkan bermain untuk satu perlawanan berikutnya dan penyertaan pemain tersebut seterusnya dalam pertandingan ini akan diputuskan oleh Lembaga Tatatertib acara Bolasepak.

8.8. Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning dan diikuti dengan Kad Merah dalam satu perlawanan secara automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya.

9. PERTUKARAN PEMAIN

9.1. Sebelum pertandingan dimulakan, Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama pemain-pemain kepada pengadil pertandingan di dalam borang yang disediakan.

9.2. Seramai empat (4) penukaran boleh dibuat oleh mana-mana pasukan pada bila-bila masa sewaktu perlawanan berjalan. Pemain-pemain yang telah dikeluarkan itu tidak boleh masuk bermain semula didalam perlawanan tersebut.

9.3. Pemain simpanan yang masuk membuat gentian mestilah memberitahu penjaga garisan atau pengadil simpanan terlebih dahulu dengan menggunakan borang pertukaran yang disediakan.

9.4. Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

10.1. Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10.2. Pasukan yang mrendapat kemenangan percuma akan diberi 3 mata dengan keputusan jaringan 2 – 0.

10.3. Pasukan yang menarik diri dengan SENGAJA tidak layak untuk meneruskan perlawanan seterusnya.

21

Page 22: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Bola Sepak Negeri

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan Bola Sepak NegeriKetua Pengadil

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM ) dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Badan Berkanun Malaysia.

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai

P.P. / KPBBM / 4

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPARSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia bagi merebut Piala PBBM.

2. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

22

Page 23: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN

Acara berpasukan lelaki dan wanita.

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertanbdingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 12 orang pemain lelaki dan 12 orang pemain wanita. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1. Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set jersi yang berlainan warna ( 1 set warna gelap dan 1 set warna cerah untuk membezakan pemain “ libero “ )

7.2. Jersi-jersi tersebut hendaklah bernombor di bahagian hadapan dan belakang dan hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan dalam borang penyertaan.

7.3. Perkara 7 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

8.2. Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :-

Menang - 2Kalah - 0

8.3. Kemenangan sesuatu pasukan adalah berdasarkan kepada penentuan bilangan set terbaik iaitu 3 set terbaik ( best of 3 sets ) hingga ke peringkat suku akhir dan 5 set terbaik ( best of 5 sets ) di peringkat separuh akhir dan akhir sahaja.

23

Page 24: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

8.4. i.) Untuk memenangi satu set, ( kecuali di set ketiga dan set kelima ) pasukan yang mencapai 25 mata dahulu dengan perbezaan minima 2 mata akan dikira menang. Sekiranya terikat dengan keputusan 24 – 24, permainan diteruskan sehinggalah perbezaan minima 2 mata dicapai oleh mana-mana pasukan lawan ( contoh : 26 – 24, 27 – 25 ).

iii.) Untuk memenangi satu “ game “ , pasukan hendaklah memenangi 2 set ( best of 3 sets ) dalam pusingan awal sehingga peringkat suku akhir dan 3 set ( best of 5 sets ) dalam peringkat separuh akhir dan akhir. Sekiranya keputusan seri 1 – 1 atau 2 – 2, set penentuan iaitu set ketiga atau set kelima akan dimainkan dengan kiraan 15 mata sahaja dan hendaklah mematuhi para 8.4. (i) di atas untuk memenangi satu set.

8.5. Pasukan yang memperolehi mata yang terbanyak akan diisytiharkan sebagai Johan Kumpulan dan kedua terbanyak sebagai Naib Johan. Sekiranya terdapat persamaan jumlah mata, maka penentuan pasukan yang layak ke pusingan setrerusnya adalah berdasarkan urutan seperti berikut :-

i.) Perbezaan bilangan set yang menang dan kalahii.) Perbezaan bilangan mata yang diperolehi bagi semua set

9. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

10.1. Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10.2. Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan diberi keputusan menang 2-0 dengan kiraan mata 25-0 dan 25-0.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Bola Tampar Negeri

24

Page 25: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan Bola Tampar NegeriKetua Pengadil

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia dan Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P. / KPBBM / 5

PERATURAN PERTANDINGAN CATURSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Catur Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia bagi merebut Piala PORIM.

2. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

25

Page 26: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN

Acara berpasukan.

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertanbdingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 6 orang pemain. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

Perkara 7 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

8.2. Semua perlawanan akan dijalankan mengikut system Swiss 9 pusingan dan pasukan teratas diisytiharkan sebagai juara.

8.3. Satu undi bebas akan dijalankan untuk menentukan nombor pasukan supaya “ pairing “ dan jadual dapat disediakan.

8.4. Susunan para pemain mestilah mengikut keutamaan pemain yang terkuat di atas sekali dengan turutan pemain di bawahnya mengikut kehandalan masing-masing.

8.5. Pasukan yang disebut dahulu akan memulakan perlawanan dengan buah putih untuk papan ganjil ( papan pertama dan ketiga ) dan bagi setiap pusingan, setiap pasukan akan mendapat 2 papan bermain dengan buah putih dan 2 papan lagi bermain dengan buah hitam.

26

Page 27: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

8.6. masa permainan akan diberikan selama 90 minit seorang sehingga tamat. Masa menunggu ( “ waiting time “ ) adalah selama 15 minit sahaja. Pemain yang datang selepas masa ini akan dikira kalah ( “ lost on time “ ).

9. PERTUKARAN PEMAIN

9.1 Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

10.1. Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Catur

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan CaturKetua Hakim

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Catur Malaysia dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

27

Page 28: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

P.P. / KPBBM / 6

PERATURAN PERTANDINGAN DARTSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Dart Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah .

28

Page 29: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN/ JADUAL PERMAINAN

5.1. Acara berpasukan.

5.2. Foursome - 1001 ( 1 “ leg “ )Perseorangan Pertama - 501 ( Best of 3 “ legs “ )Beregu Pertama - 501 ( Best of 3 “ leg “ )Perseorangan Kedua - 501 ( Best of 3 “ legs “ )Beregu Kedua - 501 ( Best of 3 “ legs “ )

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 8 orang pemain lelaki/wanita dan tidak kurang dari 6 orang. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

6.3. Setiap pemain hanya boleh bermain satu acara sahaja kecuali pemain yang bermain dalam acara “ Foursome “ sahaja boleh bermain dalam 2 acara samada Perseorangan atau Beregu.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1. Pemain hendaklah berpakaian kemas, bermain tanpa memakai kasut, berseluar pendek atau menggunakan selipar atau memakai kemeja T tanpa kolar atau tanpa lengan adalah tidak dibenarkan.

7.2. Perkara 7 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

8.2. Semua permainan dimulakan dengan “ straight start “ dan ditamatkan dengan “ double “.

29

Page 30: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

8.3. Di dalam permainan beregu, pemain yang namanya tercatat sebagai pemain pertama akan memulakan permainan.

8.4. Pemain tidak dibenarkan berbincang atau mendapat buah fikiran dari mana-mana pemain dalam “ in between throws “ selain daripada “caller/chalker “ dan itupun hanya ditumpukan kepada “ score “ yang diperolehi bagi bilangan pertama atau kedua. Pemain tidak dibenarkan untuk menanyakan tentang baki “ score “ nya.

8.5 Hanya “ dart “ yang melekat di “ dartboard “ diambilkira sebagai “ score“ setelah ketiga-tiga “ dart “ dibaling.

8.6. Pemain tidak dibenarkan mencabut “ dart “ nya dari “ dartboard “ sehingga ia bersetuju dengan “ score “ yang diperolehi atau sebelum “ Caller/chalker “ membuat kiraan.

8.7. mana-mana salahkira yang dibuat oleh “ caller/chalker “ mengenai baki mata, pemain hendaklah memberitahu “caller/chalker “ kesalahan berkenaan dan diperbetulkan sebelum pemain tersebut meneruskan balingannya. Sekiranya tidak ada sebarang bantahan yang dibuat oleh mana-mana pihak, maka kesilapan itu akan ditetapkan sah dan sebarang perubahan atau “ score “ tersebut tidak akan dilayan.

8.8. Pasukan yang menang akan diberi 2 mata dan yang kalah tidak mendapat sebarang mata. Sekiranya mempunyai kutipan mata yang sama antara pasukan dalam kumpulan, pasukan-pasukan berkenaan akan bermain “ foursome ( satu “ leg “ ) untuk menentukan pemenang kumpulan.

8.9. Pengambilan minuman keras sebelum dan semasa pertandingan adalah dilarang sama sekali. Mana-mana pasukan yang didapati melanggar peraturan ini akan disingkirkan daripada bertanding.

8.10. Bagi permainan di peringkat suku akhir dan seterusnya, Jawatankuasa Kecil Teknikal Pertandingan boleh menamatkan sesuatu perlawanan jika sekiranya mana-mana satu pasukan telah mencapai mata kemenangan iaitu telah memenangi 3 permainan.

9. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

10.1. Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10.2. Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan diberi keputusan menang 2-0.

11. BANTAHAN

30

Page 31: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Dart

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan DartKetua Hakim

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Dart Malaysia dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P. / KPBBM / 7

PERATURAN PERTANDINGAN GOLFSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Golf Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia bagi merebut Piala TNB.

2. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

31

Page 32: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN/ JADUAL PERMAINAN

Pertandingan acara Berpasukan Nett dan dijalankan secara kiraan pukulan “ stroke play “ ( nett ) bagi satu pusingan 18 lubang.

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan 2 pasukan. Setiap pasukan mengandungi 4 orang pemain. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

6.3. Pemain-pemain hendaklah melaporkan handikap mereka yang terkini dalam borang penyertaan.

6.4. Pemain-pemain hendaklah mempunyai handicap MGA 18 ke bawah yang diiktiraf oleh MGA dan hendaklah berstatus amatur.

6.5. Sekiranya pemain mempunyai handicap 18 ke atas, pemain tersebut dikehendaki bermain dengan menggunakan handikap 18.

6.6. Undian pemain akan dibuat oleh Pihak Pengelola.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.2. Perkara 7 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Pertandingan ini dijalankan secara kiraan “ System 36 modified stroke ”.

8.2. Jumlah score nett bagi empat (4) pemain akan diambil kira.

8.3. Pelepasan bermain adalah mengikut “ shot gun “.

32

Page 33: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

8.4. Sekiranya keputusan pertandingan berakhir dengan seri, pemenang akan ditentukan dengan mengambilkira jumlah handikap yang terendah dari 4 orang pemain pasukan berkenaan. Jika sekiranya kepurtusan masih seri, pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah handikap terendah bagi 3 orang pemain / 2 orang pemain / 1 orang pemain pasukan berkenaan.

8.5. Hanya satu pasukan terbaik dari Kontinjen yang sama akan diberikan mata sekiranya terdapat dua pemenang dari Kontinjen yang sama. Sementara itu, pasukan terbaik berikutnya ( selepas pasukan kedua di atas ) akan diberikan mata bagi pasukan tersebut ( mata bagi kedudukan kedua / ketiga atau keempat ). Walau bagaimanapun hadiah bagi pemenang untuk pasukan berkenaan ( pasukan kedua dari Kontinjen yang sama ) masih dikekalkan.

9. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Kelab Golf Yang Dipilih

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 6 orang wakil UiTM

13. PERATURAN

33

Page 34: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

13.1. Pertandingan ini dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh “ The Royal and Ancient Golf Club of St. Andrew “ dan Undang-Undang Tempat ( “ Local Rules “ ) dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

13.2. Pemain-pemain hendaklah melaporkan kepada Jawatankuasa Kecil Teknikal Pertandingan handicap mereka yang terkini ( bulan Mei 2004 ) jika ini berlainan dari handikap mereka yang terkini ( bulan Mei 2004 ) jika ini berlainan dari handikap terdahulu yang tercatit dalam borang penyertaan. Kegagalan berbuat demikian boleh membatalkan penyertaan mereka di dalam pertandingan ini.

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P. / KPBBM / 8

PERATURAN PERTANDINGAN KAROMSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Karom Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2. PENGELOLAAN

34

Page 35: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN/ JADUAL PERMAINAN

Acara berpasukan.( 3 perseorangan lelaki )( 2 beregu lelaki )( 1 perseorangan wanita )( 1 beregu wanita )

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 12 orang pemain (8 orang pemain lelaki dan 4 orang pemain wanita ). Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

6.3. Seorang pemain hanya dibenarkan bermain satu acara sahaja di dalam sesuatu perlawanan.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.2. Perkara 7 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

8.2. Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :-

Menang - 2

35

Page 36: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Kalah - 0

8.3. Semua permainan dijalankan tanpa buah merah kecuali di peringkat separuh akhir dan akhir.

8.4. Di peringkat separuh akhir dan akhir, setiap permainan ( set ), masa 15 minit diberikan untuk memasukkan buah merah ( “ confirm “ ). Sekiranya tamat masa 15 minit tetapi masih belum “ confirm “, permainan akan dihentikan dan buah karom akan disusun semula untuk pukulan pecah mula oleh pemain yang sama. Buah merah akan dikeluarkan.

8.5. Sekiranya terdapat persamaan mata di antara pasukan yang bertanding dalam satu kumpulan, maka jumlah perlawanan/set menang dan kalah akan diambilkira bagi menentukan pasukan yang layak ke peringkat seterusnya.

8.6. Jika masih seri juga, maka pasukan yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira sebagai pemenang.

9. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Karom

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan KaromKetua Pengadil

36

Page 37: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Karom Malaysia ( Undang-Undang tempatan ) dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P. / KPBBM / 9

PERATURAN PERTANDINGAN PING PONGSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Ping Pong Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia bagi merebut Piala PBBM.

2. PENGELOLAAN

37

Page 38: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN/ JADUAL PERMAINAN

Acara Berpasukan.Perlawanan pertama : Perseorang lelakiPerlawanan kedua : Perseorangan wanitaPerlawanan ketiga : Beregu lelakiPerlawanan keempat : Beregu wanitaPerlawanan kelima : Beregu campuranPerlawanan keenam : Beregu lelakiPerlawanan ketujuh : Perseorangan lelaki

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 12 orang pemain sahaja. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

6.3. Seorang pemain hanya dibenarkan bermain dalam satu acara perseorangan dan satu acara beregu sahaja dalam sesuatu perlawanan.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1. Pemain dilarang memakai pakaian ( kemeja T ) yang berwarna kuning/oren.

7.2. Perkara 7 dalam peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

38

Page 39: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

8.2. Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :-

Menang - 2Kalah - 0

8.3. Tiap-tiap perlawanan akan ditentukan mengikut keputusan 5 set yang mengandungi 11 mata setiap satu set.

8.4. Kesemua 7 perlawanan hendaklah ditandingi walaupun sesuatu pasukan telah mendahului dengan keputusan memenangi 4 perlawanan.

8.5. Sekiranya berlaku persamaan mata dalam kumpulan, pemenang kumpulan akan ditentukan secara :-

i.) Jumlah “ matches won “ii.) Jumlah “ games won “iii.) Jumlah “ points won “iv.) Lambungan syiling

8.6. Diperingkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, perlawanan akan dihentikan sekiranya mana-mana pasukan telah mendahului dengan kemenangan empat (4) perlawanan.

9. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

39

Page 40: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Ping Pong Negeri

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan Ping Pong NegeriKetua Pengadil

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Ping Pong Malaysia ( TTAM ) dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P. / KPBBM / 10

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAWSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Sepak Takraw Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia bagi merebut Piala PBBM.

40

Page 41: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

2. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN/ JADUAL PERMAINAN

Acara berpasukan 3 regu ( A, B dan C ).

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 12 orang pemain sahaja. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1. Setaip pasukan hendaklah memakai pakaian seragam serta “ arm-band “ bagi Ketua Pasukan semasa pertandingan.

7.2. Perkara 7 dalam peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

8.2. Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :-

Menang - 2Kalah - 0

8.3. Sistem kiraan 21 mata akan digunakan bagi semua perlawanan. Walau bagaimanapun sekiranya memasuki perlawanan set penentuan ( “ rubber set“ ) sistem kiraan 15 mata akan digunakan.

41

Page 42: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

8.4. Jika terdapat jumlah mata yang sama perkiraan set menang/kalah dan penyertaan mata keseluruhan akan diamilkira untuk menentukan pemenang.

9. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Sepak Takraw

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan Sepak TakrawKetua Pengadil

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

42

Page 43: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

P.P. / KPBBM / 11

PERATURAN PERTANDINGAN TENISSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Tenis Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia bagi merebut Piala RISDA.

43

Page 44: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

2. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN / JADUAL PERMAINAN

5.1. Pertandingan dijalankan secara berpasukan.

5.2. Jadual permainan / perlawanan

i.) Perlawanan pertama : Perseorangan lelakiii.) Pelawanan kedua : Perseorangan wanitaiii.) Perlawanan ketiga : Beregu lelaki pertamaiv.) Perlawanan keempat : Beregu lelaki keduav.) Perlawanan kelima : Beregu veteran

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 12 orang pemain sahaja. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

6.3. Seorang pemain boleh bermain dalam satu ( 1 ) acara sahaja di dalam sesuatu perlawanan kecuali pemain perseorangan lelaki.

6.4. Pemain veteran mestilah berumur 45 tahun ke atas pada 01 Januari 2005.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1. Peserta wanita digalakkan memakai “ track bottom “.

7.2. Perkara 7 dalam peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

44

Page 45: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

8.2. Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan adalah seperti berikut :-

Menang - 2Kalah - 0

8.3. Semua perlawanan adalah berdasarkan kepada 3 set terbaik ( best of 3 “ sets “ ). Sistem “ tie-break “ akan digunakan apabila sampai mata 6 sama dalam mana-mana set.

8.4. Permainan hendaklah berterusan melainkan untuk “ set rubber “ di mana 5 minit rehat dibenarkan selepas set kedua.

8.5. Jika terdapat jumlah mata yang sama perkiraan set menang/kalah dan penyertaan mata keseluruhan akan diambilkira.

8.6. Pasukan yang menerima kemenangan percuma ( walkover ) akan dikira telah menang dengan keputusan 5 – 0 dan diberikan 2 mata.

9. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

14. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Lawn Tenis

45

Page 46: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 1 orang wakil UiTMWakil Persatuan Lawn TenisKetua pengadil

15. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Lawn Tenis Malaysia ( LTAM ) dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P. / KPBBM / 12

PERATURAN PERTANDINGAN TENPIN BOWLINGSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Tenpin Bowling Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2. PENGELOLAAN

46

Page 47: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN / JADUAL PERMAINAN

Pertandingan diadakan dalam empat (4 ) acara :-

a. Empat sepasukan - 5 gamesb. Beregu - 6 gamesc. Beregu Campuan - 6 gamesd. Perseorangan - 6 games

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih dari 7 orang pemain (sekurang-kurangnya seorang wanita dan seorang veteran lelaki berumur 45 tahun ke atas pada 01 Januari 2006 ). Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini

6.3. Untuk acara Empat Sepasukan seorang pemain veteran diwajibkan bermain dengan mengemukakan salinan kad pengenalan semasa pendaftaran

6.4. Serang pemain hanya dibenarkan bermain dalam dua ( 2 ) acara sahaja di dalam sesuatu perlawanan.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1. Perkara 7 dalam peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1. Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

47

Page 48: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

8.2. Pertandingan akan dijalankan secara terbuka ( tanpa handikap ).

8.3. Pemain yang datang selepas permainan dimulakan akan dibenarkan memulakan balingan dengan syarat permainan belum menamatkan “frame “ yang ketiga “ game “ pertama. Pemain ini akan memulakan balingan dari “ frame “ pertama. Jikalau pemain akhir pasukan lawan telah menamatkan balingan di “ frame “ ketiga “ game “ pertama, pemain yang lewat tadi hanya dibenarkan membuat balingan pada “game “ yang kedua dan seterusnya. Markah “ blind “ 120 jatuhan pin akan diberi untuk “ game “ pemain yang pertama.

8.4. Pemain yang lewat tidak akan dibenarkan membuat sebaang balingan setelah pasukan lawan tamat balingan “ frame “ ketiga “ game “ ketiga. Maka pemain berkenaan hanya akan mendapat markah “ blind “ 120 jatuhan pin setiap “ game “.

8.5. emain-pemain juga adalah tertakluk keada peraturan-peaturan “ House Rules “.

8.6. Johan keseluruhan acara akan ditentukan berdasakan kepada jumlah jatuhan pin bagi kesemua kategori yang dipertandingkan.

8.7. Jika jatuhan pin keseluruhan adalah sama, pemenang ditentukan dengan :-

i.) Jumlah jatuhan pin terbanyak acara perseoranganii.) Jumlah jatuhan pin terbanyak acara empat sepasukaniii.) Jumlah jatuhan pin terbanyak acara bereguiv.) Jumlah jatuhan pin terbanyak acara beregu campuran

9. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

48

Page 49: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Tenpin Bowling

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan Tenpin BowlingKetua Pengadil

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia ( MTBC ) dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P. / KPBBM / 13

PERATURAN PERTANDINGAN BOLING PADANGSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Boling Padang Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2. PENGELOLAAN

49

Page 50: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan (berempat)

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2 Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar satu pasukan bagi setiap kategori yang terdiri daripada 5 orang pemain termasuk seorang pemain simpanan.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1 Perkara 7 dalam peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

8.2 Had masa bermain adalah 15 end atau 2 jam yang mana lebih dahulu.

8.3 Apabila hon dibunyikan, end yang sedang dimain hendaklah dihabiskan jika jack telah digolek dengan sah.

8.4 Mana-mana pasukan yang belum bersedia untuk bermain selepas hon dibunyikan, pihak lawan yang hadir akan diberi 1 shot dan tambahan 1 shot selepas setiap 5 minit. Pasukan yang lewat 15 minit akan dikira memberi kemenangan percuma dengan markah 7-0.

8.5 Tiada sebarang penggantian boleh dibuat semasa permainan sedang dijalankan. Penggantian hanya dibenarkan selepas satu-satu end tamat

50

Page 51: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

dan pemain yang digantikan tidak dibenarkan bemain semula dalam perlawanan yang sama.

8.6 Pemberian mata untuk perlawanan liga:Menang - 3 mataSeri - 1 mataKalah - 0 mata

8.7 Di akhir pusingan liga, pasukan yang mendapat mata terbanyak di kira menang.

8.8 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, pasukan yang paling banyak menang di kira menang.

8.9 Jika masih seri, pasukan yang memenangi end terbanyak di kira menang.

8.10 Jika masih seri, pasukan yang mempunyai skor yang banyak di kira menang.

8.11 Jika masih seri pasukan yang mempunyai kelebihan skor di kira menang.

9. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11.PERALATAN

Semua Pengurus Pasukan dikehendaki mendaftar “Bowls” peserta-peserta semasa taklimat pengurus pasukan.

12.PERTANDINGAN YANG TERTUNDA

12.1 Sebarang perlawanan yang gagal dihabiskan kerana sebab-sebab yang tertentu, maka pihak Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan akan menentukan masa lain bagi perlawanan ini diteruskan, sekiranya perlawanan ini membawa makna untuk pungutan mata.

12.2 Jika cuaca buruk tidak membenarkan perlawanan diteruskan sama sekali maka pihak Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan boleh memutuskan kemenangan jika permainan telah berlangsung selama SATU JAM SETENGAH atau telah berlangsung 10 ends (yang mana terdahulu)

13. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

51

Page 52: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

14. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Kesatuan Boling Padang

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Kesatuan Boling PadangKetua Pengadil

15. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Kesatuan Lawnbowl Kebangsaan dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

16. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P. / KPBBM / 14

GARIS PANDUANPERTANDINGAN PERBARISAN LINTAS HORMAT

SUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maklumat dan cara memberi makah dan keputusan.

1. Semua pasukan/kontinjen diwajibkan mengambil bahagian bagi memeriahkan dan menghormati tetamu kehormat yang hadir. Adalah dijangkakan Y.A.B. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan menerima tabik hormat daripada kontinjen yang melintasi pentas utama.

52

Page 53: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

2. Kriteria dan jumlah markah yang akan diberi adalah seperti berikut :-

Bil. Kriteria Markah1. Disiplin 30*2. Komposisi ( jumlah peserta ) 203. Keseragaman pakaian 204. Lintas Hormat Kawad/Persembahan 205. Pembawa Bendera 56. Pembawa Pelekat 5

Jumlah :- 100

Nota :

Hanya pegawai kontinjen dan atlit yang berdaftar didalam kejohanan ini sahaja yang boleh menyertai acara perbarisan lintas hormat ini.

Komposisii.) Penyertaan 80% dari ahli kontinjen - 20 markahii.) Penyertaan 60-79% dari ahli kontinjen - 15 markahiii.) Penyertaan 51-59% dari ahli kontinjen - 12 markahiv.) Penyertaan kurang 50% dari ahli kontinjen - 10 markah

3. Pembawa pelekat mestilah bepakaian tradisional atau sukan.

4. Pemarkahan diambilkira dari pemulaan masuk stadium sehingga lafaz perasmian oleh tetamu kehormat.

5. Kontinjen dibenar membuat persembahan, tanpa henti di hadapan pentas utama. Tiada markah diberi sekiranya kontinjen berhenti di hadapan pentas dan melakukan pergerakan/formasi dan sebagainya). Sebaliknya kontinjen-kontinjen yang berhenti di hadapan pentas sebenranya telah mengganggu serta melanggar Peraturan Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat yang mengakibatkan tergganggunya kelicinan perbarisan lain-lain Kontinjen di belakang. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, mana-mana Kontinjen yang bebuat demikian akan ditolak 10 markah dari markah keseluruhan.

6. Setiap kontinjen dibenarkan menyediakan ringkasan/skrip persembahan masing-masing dalam ayat tidak melebihi 100 patah perkataan. Skrip tersebut hendaklah diserahkan kepada juruacara majlis selewat-lewatnya satu jam sebelum raptai perbarisan bermula.

7. Setiap kontinjen dikehendaki menyediakan 1 helai bendera berukuran 3’ x 6’.

8. Kontinjen yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang. Sekiranya terdapat jumlah markah sama, penentuan pemenang adalah berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi mengikut susunan criteria ( perkara 2 ).

9. Seorang Ketua hakim dan 6 orang hakim akan dilantik dari agensi luar berdasarkan kepakaran masing-masing. Seorang hakim akan menghakimi satu criteria yang disenaraikan.

53

Page 54: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

10. Keputusan hakim adalah muktamad.

P.P. / KPBBM / 15

PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUESUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Petanque Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

54

Page 55: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN

Pertandingan antara pasukan.,

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2 Setiap kontinjen dibenarkan mendaftar satu pasukan bagi setiap kategori yang terdiri daripada 7 orang pemain termasuk seorang pemain simpanan.

6.3 Seorang pemain hanya boleh bermain satu acara sahaja dalam setiap perlawanan.

6.4 Hanya pemain bagi acara perseorangan SAHAJA boleh bermain bagi acara bergu atau bertiga.

7 PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1 Setiap peserta boleh memakai baju bewarna seragam untuk pasukan masing-masing yang bertangan pendek atau panjang dan berkolar, seluar ‘slack’ (warna cerah) dan berkasut sukan (warna cerah). “Track Bottom” tidak dibenarkan.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

8.2 Acara yang akan dipertandingkan adalah acara :

a) Berpasukan Lelaki

i) Perseoranganii) Bergu

55

Page 56: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

iii) Bertiga

b) Berpasukan Wanita

i) Perseoranganii) Berguiii) Bertiga

9. MASA PERTANDINGAN

9.1 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.

9.2 Pasukan yang tidak hadir digelanggang pada masa yang ditetapkan akan diberi masa tangguhan selama 15 minit dengan berdenda dan jika selepas 1 jam tidak juga hadir maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan yang hadir dengan mata 13-0.

10. PENAGGUHAN PERLAWANAN

Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

11. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

12. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

13. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

14. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Petanque

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTM

56

Page 57: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

Wakil Persatuan PetanqueKetua Pengadil

15. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persekutuan Petanque Malaysia dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

16. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

P.P. / KPBBM / 16

PERATURAN PERTANDINGAN KAYAKSUKAN PERSATUAN BADAN BERKANUN MALAYSIA

1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Kayak Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

2. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Persatuan Badan Berkanun Malaysia dan Universiti Teknologi MARA sebagai tuan rumah.

57

Page 58: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

3. PENYERTAAN

Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia.

4. YURAN PENYERTAAN DAN WANG CAGARAN

Perkara 4 Para 4.6. dan 4.7. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

5. ACARA PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini dijalankan secara individu yang dibahagikan kepada kategori:

5.2 Acara-acara yang dipertandingkan adalah:

a) Sprint TK1

i) 200 mii) 500 m

b) Sprint TK2

i) 200 mii) 500 m

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

6.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar 2 orang shaja untuk setiap acara.

6.3 Setiap peserta hanta dibenarkan menyertai 2 acara sahaja.

7 PAKAIAN PERTANDINGAN

7.1 Setiap peserta mestilah memakai jaket keselamatan semasa perlumbaan. Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan penyertaan dan keputusan dibatalkan.

8. PENAGGUHAN PERLAWANAN

Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang ditangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

58

Page 59: PERATURAN_AM_SUKAN_2006__1_

9. PERTUKARAN PEMAIN

Perkara 4 Para 4.8. dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

10. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 9 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

11. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

12. JAWATANKUASA KECIL PERTANDINGAN

Jawatankuasa Kecil Pertandingan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli seperti berikut :-

Pengerusi : UiTM

Timbalan Pengerusi : Wakil Persatuan Kayak Negeri

Setiausaha : UiTM

Ahli-Ahli : 3 orang wakil UiTMWakil Persatuan Kayak NegeriKetua Pengadil

13. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Pertandingan Persatuan Kenu Malaysia dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia .

14. PERCANGGAHAN

Perkara 18 dalam Peraturan Am Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia digunapakai.

59