peraturan pertandingan kejuaraan …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1...

10
1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018 PENDAHULUAN Kejuaraan Wajadiri MySilat Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah Seluruh Malaysia 2018 adalah bertujuan mempamerkan kemahiran dan menghasilkan jenis-jenis persembahan baru yang boleh digunakan dalam persembahan- persembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi seperti yang dianjurkan oleh Pewaris Mutlak Silat Cekak, Y.M. Syeikh DR. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi di masa akan datang di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam aspek pertandingan yang dijalankan. Pertandingan dijalankan dengan menilai kekemasan dan ketangkasan peserta-peserta melakukan pergerakan-pergerakan dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi disertai kaedah-kaedah persilatan yang betul mengikut peraturan-peraturan pertandingan yang telah ditetapkan. Pertandingan adalah berbentuk persembahan buah silat di kalangan ahli sesama pasukan dan tiada perlawanan secara bersemuka. BAB 1 PERATURAN PERTANDINGAN FASAL 1 KELENGKAPAN PERTANDINGAN Ayat 1 Kawasan Persembahan Kawasan persembahan mestilah empat segi sama dengan keluasan 36 meter persegi (6m x 6m) atau mengikut ketetapan Sekretariat Pertandingan. Kawasan persembahan boleh dibuat di tanah, lantai atau pentas yang rata yang pada pendapat Sekretariat Pertandingan tidak membahayakan peserta. Kawasan persembahan tertakluk kepada sebarang pindaan yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa berdasarkan lokasi pertandingan yang disediakan oleh pihak penganjur. Ayat 2 Kelengkapan Kawasan Persembahan Kelengkapan kawasan pertandingan adalah terdiri daripada: i. Jam pertandingan ii. Loceng atau alat yang sama fungsi denganya Ayat 3 Kelengkapan peserta Bagi kategori berpasangan dan berkumpulan, persembahan perlu dilakukan dengan memakai pakaian seragam Silat Cekak Pusaka Hanafi termasuk tengkolok dan tali pinggang. Bagi kategori melibatkan senjata, persembahan perlu dilakukan menggunakan senjata yang dipastikan berada dalam keadaan selamat.

Upload: vuongdat

Post on 08-May-2018

236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT

1

PERATURAN PERTANDINGAN

KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA

HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH MALAYSIA 2018

PENDAHULUAN

Kejuaraan Wajadiri MySilat Silat Cekak Pusaka Hanafi Peringkat Institusi Pengajian

Tinggi dan Sekolah Seluruh Malaysia 2018 adalah bertujuan mempamerkan kemahiran

dan menghasilkan jenis-jenis persembahan baru yang boleh digunakan dalam persembahan-

persembahan Silat Cekak Pusaka Hanafi seperti yang dianjurkan oleh Pewaris Mutlak Silat

Cekak, Y.M. Syeikh DR. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi di masa akan datang di samping

mencungkil bakat-bakat baru dalam aspek pertandingan yang dijalankan.

Pertandingan dijalankan dengan menilai kekemasan dan ketangkasan peserta-peserta melakukan

pergerakan-pergerakan dalam Silat Cekak Pusaka Hanafi disertai kaedah-kaedah persilatan yang

betul mengikut peraturan-peraturan pertandingan yang telah ditetapkan. Pertandingan adalah

berbentuk persembahan buah silat di kalangan ahli sesama pasukan dan tiada perlawanan

secara bersemuka.

BAB 1 PERATURAN PERTANDINGAN

FASAL 1 KELENGKAPAN PERTANDINGAN

Ayat 1 Kawasan Persembahan

Kawasan persembahan mestilah empat segi sama dengan keluasan 36 meter

persegi (6m x 6m) atau mengikut ketetapan Sekretariat Pertandingan.

Kawasan persembahan boleh dibuat di tanah, lantai atau pentas yang rata yang

pada pendapat Sekretariat Pertandingan tidak membahayakan peserta.

Kawasan persembahan tertakluk kepada sebarang pindaan yang difikirkan

perlu dari semasa ke semasa berdasarkan lokasi pertandingan yang disediakan

oleh pihak penganjur.

Ayat 2 Kelengkapan Kawasan Persembahan

Kelengkapan kawasan pertandingan adalah terdiri daripada:

i . Jam per tandingan

i i . Loceng atau alat yang sama fungsi denganya

Ayat 3 Kelengkapan peserta

Bagi kategori berpasangan dan berkumpulan, persembahan perlu dilakukan

dengan memakai pakaian seragam Silat Cekak Pusaka Hanafi termasuk

tengkolok dan tali pinggang.

Bagi kategori melibatkan senjata, persembahan perlu dilakukan menggunakan

senjata yang dipastikan berada dalam keadaan selamat.

Page 2: PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT

2

FASAL 2 PENYERTAAN

Ayat 1 Peserta mestilah pelajar/penuntut lelaki atau wanita yang telah menjadi ahli

tamat Silat Cekak Pusaka Hanafi di IPT dan Sekolah berkenaan.

Ayat 2 Bagi Kategori 6 pertandingan (rujuk FASAL 9), DIBENARKAN peserta dari

kalangan ahli yang belum tamat Silat Cekak Pusaka Hanafi untuk turut

menyertai pertandingan.

Ayat 3 Setiap IPT dan Sekolah hanya dibenarkan menghantar SATU pasukan, terdiri

daripada SATU pasukan LELAKI dan SATU pasukan WANITA sahaja.

Ayat 4 Setiap pasukan yang menyertai pertandingan ini dikenakan bayaran sebanyak

RM250 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh sahaja).

Ayat 5 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada:

i. Seorang Pengurus Pasukan

ii. Seorang Ketua Pasukan (boleh menyertai pertandingan)

iii. 2 (dua) hingga 40 (empat puluh) peserta

Ayat 6 Setiap pasukan HANYA DIBENARKAN menggunakan khidmat Tenaga

Pengajar (Jurulatih dan Pembantu Jurulatih) yang sedang belajar di IPT atau

Sekolah berkenaan SAHAJA sebagai peserta dan TIDAK DIBENARKAN

menjadi ‘HERO’ persembahan.

Ayat 7 Jumlah maksima Tenaga Pengajar (Jurulatih dan Pembantu Jurulatih) yang

DIBENARKAN menjadi peserta adalah 3 (tiga) orang sahaja.

Ayat 8 Seorang peserta tidak boleh mewakili lebih daripada satu pasukan.

Ayat 9 Setiap peserta mestilah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Peserta dan

Borang Penyertaan Mengikut Kategori dan dihantar kepada Sekretariat

Pertandingan sebelum tarikh tutup pendaftaran penyertaan.

Ayat 10 Pengesahan akhir Borang Pendaftaran Peserta dan Borang Penyertaan

Mengikut Kategori mesti dibuat pada Taklimat Pengurus Pasukan pada tarikh

yang akan dimaklumkan.

Ayat 11 Sebarang pertukaran pada Borang Pendaftaran Peserta dan Borang Penyertaan

Mengikut Kategori tidak boleh dibuat setelah pengesahan akhir semasa

Taklimat Pengurus Pasukan.

Page 3: PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT

3

FASAL 3 ATURAN PERTANDINGAN

Ayat 1 Pertandingan adalah berasaskan kepada penilaian yang diberikan kepada

peserta-peserta yang membuat persembahan sahaja.

Ayat 2 Larangan-larangan dalam persembahan ialah:

i. Persembahan-persembahan yang membahayakan Ketua Juri, Juri,

Sekretariat Pertandingan dan penonton

ii. Kelakuan yang biadap dan tidak sopan seperti mengejek, meludah, dan

sebagainya

iii. Kelakuan yang mencabar

iv. Tidak dibenarkan mengikat mata dan/atau mengikat tangan

v. Tidak dibenarkan lelaki dan wanita berpasangan sama ada dalam

kategori berpasangan dan/atau berkumpulan

vi. Para penonton atau penyokong adalah tidak dibenarkan sama sekali

membantu mana-mana pasukan yang sedang mempersembahkan

persembahan mereka

vii. Memakai pakaian selain daripada uniform silat atau pakaian seragam

Silat Cekak Pusaka Hanafi (bagi kategori 6)

Ayat 3 Tertakluk kepada sebarang pindaan dan/atau tambahan yang difikirkan perlu

dari semasa kepada semasa oleh pihak penganjur.

FASAL 4 PENILAIAN

Ayat 1 Markah penilaian maksimum oleh Juri untuk setiap persembahan adalah

seperti berikut:

Penilaian akan diberikan berdasarkan kepada 2 (dua) perkara utama iaitu:

i. Kaedah dan Keaslian

Kecekapan

Ketangkasan

Keaslian kaedah 10 mata x 4 Juri (40 mata)

ii Ciri-ciri Persembahan

Tatatertib

Pakaian

Kreativiti

Kesungguhan 10 mata x 4 Juri (40 mata)

Ayat 2 Satu markah tertinggi daripada Juri dan satu markah terendah daripada Juri

akan dipotong.

Ayat 3 Jumlah Markah Penilaian maksimum daripada Juri adalah 60 mata.

Ayat 4 Markah Penilaian oleh Ketua Juri untuk keseluruhan persembahan adalah 10 mata.

Page 4: PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT

4

Ayat 5 Jumlah Markah Penilaian untuk keseluruhan persembahan adalah 70 mata.

Ayat 6 Pengurangan Markah

Pengurangan markah akan dibuat jika pasukan tidak mematuhi waktu yang

telah ditetapkan had waktunya. Pengurangan markah akan ditolak daripada

jumlah markah yang diperolehi dari kesemua juri.

Lebih 1 saat - 15 saat = Tolak 2 mata

Tambahan setiap 5 saat berikut = Tolak 1/2 mata

FASAL 5 PERLAKSANAAN PENGADILAN

Ayat 1 Setiap pertandingan akan diketuai oleh Ketua Juri, Pembantu Ketua Juri,

Penjaga Masa dengan 8 (lapan) orang Juri.

Ayat 2 Tugas Ketua Juri

Setiap Ketua Juri adalah bertanggungjawab:

i. Mengendalikan pertandingan dan menjadi ketua untuk juri-juri setiap

petak pertandingan

ii. Memberikan markah

iii. Menandatangani borang pemarkahan yang telah dikira

Ayat 3 Tugas Juri

Setiap juri adalah bertanggungjawab memberi markah setiap persembahan dan

di bawah pengawasan Ketua Juri.

Ayat 4 4 (empat) orang juri akan memberi nilai untuk perkara Kaedah dan Keaslian

dan 4 (empat) orang juri untuk Ciri-ciri Persembahan.

Ayat 5 Tugas Pembantu Ketua Juri

Pengurusan borang pemarkahan akan dibuat oleh Pembantu Ketua Juri dan

bertanggungjawab kepada Ketua Juri.

Ayat 6 Tugas Penjaga Masa

Penjaga Masa bertanggungjawab

i. Menghidupkan jam pertandingan bagi memulakan setiap persembahan

yang ditentukan had waktu

ii. Memberi amaran waktu 10 (sepuluh) saat sebelum masa persembahan

tamat dan tamat persembahan

iii. Mencatatkan masa persembahan

iv. Membuat pengurangan markah jika persembahan melebihi masa yang

ditetapkan

Page 5: PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT

5

FASAL 6 PENGURUS PASUKAN

Ayat 1 Setiap pasukan perlu mempunyai seorang Pengurus Pasukan

Ayat 2 Tanggungjawab Pengurus Pasukan ialah:

i. Menyediakan, menyiapkan dan memastikan Borang Pendaftaran Peserta

dan Borang Penyertaan Mengikut Kategori sampai kepada Sekretariat

Pertandingan selewat-lewatnya pada tarikh tutup pendaftaran penyertaan

ii. Menghadiri Taklimat Pengurus Pasukan

iii. Menentukan setiap pasukan dan peserta membuat persembahan

mengikut peraturan dan waktu yang telah ditetapkan.

iv. Menerima segala arahan dari Sekretariat Pertandingan dan

melaksanakannya.

Ayat 3 Pengurus Pasukan boleh melantik Penolong-Penolong Pengurus Pasukan

untuk membantu tanggungjawabnya.

FASAL 7 PENENTUAN KEMENANGAN

Ayat 1 Kemenangan adalah berasaskan kepada jumlah markah yang dikumpul oleh

sesuatu pasukan tersebut.

Ayat 2 Sekiranya terdapat persamaan nilai markah maka pasukan yang mempunyai

kelebihan dalam nilai Kaedah dan Keaslian akan dikira menang.

Ayat 3 Jika seri juga, pasukan yang mempunyai nilai yang lebih dalam Ciri-ciri

Persembahan akan dikira menang.

Ayat 4 Jika seri juga, pasukan yang kurang pengurangan nilai akan dikira menang.

Ayat 5 Jika seri juga, pasukan yang mempunyai nilai markah yang lebih dari Ketua

Juri akan dikira menang.

Ayat 6 Jika seri juga, undian lambungan duit syiling akan dilakukan untuk

menentukan pemenang.

Ayat 7 Johan keseluruhan bagi setiap pasukan lelaki dan wanita berasaskan jumlah

markah kesemua kategori berpasangan dan kategori berkumpulan.

Ayat 8 Segala keputusan akan diumumkan oleh Ketua Pertandingan atau mana-mana

orang yang diberi mandat oleh Ketua Pertandingan.

FASAL 8 CORAK DAN WAKTU PERSEMBAHAN

Ayat 1 Pertandingan ini mempunyai 3 (tiga) Kategori Berpasangan dan 3 (tiga)

Kategori Berkumpulan seperti yang dinyatakan dalam Fasal 9 .

Ayat 2 Kategori Berpasangan perlu dilakukan oleh 2 (dua) orang peserta mengikut

Page 6: PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT

6

kategori-kategori seperti yang dinyatakan dalam Ayat 2 Fasal 9.

Ayat 3 Kategori Berkumpulan perlu dilakukan oleh 6 (enam) orang peserta mengikut

kategori-kategori seperti yang dinyatakan dalam Ayat 3 Fasal 9.

Ayat 4 Persembahan pertandingan yang lengkap bagi peringkat IPT adalah terbahagi

kepada 6 (enam) kategori untuk lelaki dan 6 (enam) kategori untuk wanita

seperti yang terkandung dalam dalam Fasal 9.

Ayat 5 Persembahan pertandingan yang lengkap bagi peringkat sekolah adalah

terbahagi kepada 6 (enam) untuk lelaki dan 6 (enam) kategori untuk wanita

seperti yang terkandung dalam dalam Fasal 9.

Ayat 6 IPT atau Sekolah boleh menghantar pasukan dengan penyertaan minimum 1

kategori.

Ayat 7 Setiap IPT dan/atau Sekolah akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan

yang ditetapkan melalui undian

Ayat 8 Setiap satu kumpulan akan bertanding di satu petak pertandingan masing-

masing.

Ayat 9 Setiap pasukan akan masuk bertanding untuk semua kategori yang disertai di

petak yang sama mengikut aturan kategori

FASAL 9 FORMAT KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK

PUSAKA HANAFI PERINGKAT IPT & SEKOLAH SELURUH

MALAYSIA 2018

Ayat 1 Format persembahan bagi setiap pasukan adalah seperti berikut:

i. Peserta kategori pertama setiap pasukan akan masuk ke petak

pertandingan

ii. Peserta akan memberi hormat kepada Ketua Juri dan penonton.

iii. Peserta persembahan bersedia untuk memulakan persembahan.

iv. Ketua Juri akan memberikan arahan kepada peserta.

v. Masa Persembahan bermula apabila loceng dibunyikan

vi. Peserta membuat persembahan.

vii. Tanda ingatan masa 10 (sepuluh) saat sebelum waktu persembahan

tamat dibunyikan

viii. Persembahan kategori pertama tamat.

ix. Peserta kategori pertama memberi hormat kepada Ketua Juri

x. Peserta kategori pertama keluar dari petak pertandingan

xi. Sekiranya pasukan menyertai lebih dari satu kategori, peserta kategori

seterusnya akan masuk

xii. Persembahan akan diteruskan sehingga ke kategori terakhir yang

disertai oleh pasukan tersebut

Page 7: PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT

7

Ayat 2 Kategori Berpasangan (Lelaki & Wanita)

Kategori 1 : Menangkis serangan pisau

Dari arah depan Dari arah kiri

Kreatif – 2 (dua) serangan dari pelbagai kaedah. Masa maksimum 1 minit

Kategori 2 : Menangkis serangan tongkat

Dari arah atas

Dari arah kiri

Kreatif – 2 (dua) serangan dari pelbagai kaedah

Masa maksimum 1 minit

Kategori 3 : Menangkis serangan kaki

Dari penyepak minang

Dari penyepak luar

Kreatif – 2 (dua) serangan dari pelbagai kaedah

Masa maksimum 1 minit

Ayat 3 Kategori Berkumpulan (Lelaki & Wanita)

Kategori 4 : Umum kreatif

Melibatkan serangan tangan kosong, kaki dan senjata

Masa maksimum 1 minit

Kategori 5 : Persembahan di atas papan sekeping kreatif

Melibatkan serangan tangan kosong, kaki dan senjata

Masa maksimum 1 minit

Kategori 6 : 6 Buah Jatuh (Sistem Mata Pelajaran)

Masa maksimum 1 minit

1) Buah Pertama (Kanan)

2) Buah Kuntau Kiri (Kanan)

3) Buah Kuntau Kiri Gantung (Kanan)

4) Buah Kilas Hadapan (Kiri)

5) Buah Hempok (Kiri)

6) Buah Selendang (Kiri)

Page 8: PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT

8

Ayat 4 Untuk Kategori 6, 6 Buah Jatuh (Sistem Mata Pelajaran), Persembahan mesti

dibuat dengan Tiga (3) Serangan Kanan dan Tiga (3) Serangan Kiri

Ayat 5 Untuk Kategori 6, 6 Buah Jatuh (Sistem Mata Pelajaran), Persembahan boleh

disertai oleh peserta yang belum tamat tetapi sudah selesai semua buah

jatuh

BAB II PERATURAN PERLAKSANAAN TEKNIKAL PERTANDINGAN

FASAL 10 SUSUNAN PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

Ayat 1 Susunan perlaksanaan teknik pertandingan ialah:

Ketua Juri yang dibantu oleh:

i. Sekretariat Pertandingan

ii. Pembantu Ketua Juri iii. Penjaga Masa

Juri Rayuan

FASAL 11 KETUA JURI

Ayat 1 Mengetuai dan bertanggungjawab atas kelancaran pertandingan.

Ayat 2 Mengaturkan tugas-tugas Juri.

Ayat 3 Memutuskan masalah pertandingan di tingkat pertama.

Ayat 4 Mengemukakan masalah pertandingan kepada Juri Rayuan.

Ayat 5 Mengesahkan segala keputusan sebelum pengumuman keputusan dibuat.

FASAL 12 JURI

Ayat 1 Juri yang akan menjalankan tugas harus memenuhi syarat berikut:

Telah menghadiri Kursus Juri

Memiliki kepandaian silat

Bersikap “neutral” dan tidak berat sebelah

Dapat membuat kesimpulan dan memberi nilai dengan tepat dan tegas

Page 9: PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT

9

FASAL 13 JURI RAYUAN

Ayat 1 Juri Rayuan adalah mereka yang dipilih oleh Majlis Perguruan dan Persilatan.

Ayat 2 Juri Rayuan adalah terdiri daripada 3 (tiga) hingga 5 (lima) orang.

Ayat 3 Juri Rayuan mempunyai kuasa tertinggi untuk memberi keputusan terhadap

masalah pertandingan yang dikemukakan kepadanya.

Ayat 4 Keputusan Juri Rayuan adalah mutlak dan muktamad serta tidak boleh

dipersoalkan.

FASAL 14 BANTAHAN

Ayat 1 Setiap bantahan terhadap keputusan atau kelayakan peserta boleh

dikemukakan secara bertulis kepada Juri Rayuan berserta dengan wang

pertaruhan sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) yang

akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut diterima.

Ayat 2 Walau bagaimanapun bantahan terhadap fakta-fakta pengadilan yang dibuat

oleh Juri adalah tidak dibenarkan.

FASAL 15 PERLANGGARAN DAN HUKUMAN

Ayat 1 Perlanggaran terhadap keputusan Juri Rayuan serta penyimpangan dari

tatatertib penyelenggaraan boleh/akan dikenakan hukuman :

Teguran

Peringatan

Larangan mengikuti kegiatan pertandingan

Tidak dibenarkan berada di sekitar kawasan pertandingan

FASAL 16 HADIAH

Ayat 1 Jumlah hadiah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur.

FASAL 17 ACARA PERTANDINGAN

Ayat 1 Acara pertandingan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur dengan

panduan bahawa tidak ada kategori yang akan dipertandingkan sekiranya

penyertaan kurang daripada 4 (empat) pasukan.

FASAL 18 PENETAPAN PERATURAN

Ayat 1 Tertakluk kepada sebarang pindaan dan/atau tambahan yang difikirkan perlu

dari masa ke semasa oleh pihak penganjur.

Page 10: PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN …wajadiri2018.scphselangor.com/doc/wajadiri2018_syarat...1 PERATURAN PERTANDINGAN KEJUARAAN WAJADIRI MYSILAT SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI PERINGKAT

BAB III PENUTUP

Hal-hal perlaksanaan yang tidak terdapat dalam peraturan ini akan ditetapkan oleh Ahli

Jawatankuasa Penganjur Festival Silat Kuala Lumpur: Kejuaraan Wajadiri MySilat Silat Cekak

Pusaka Hanafi Peringkat Institusi Pengajian Tinggi dan Sekolah seluruh Malaysia 2018.