peraturan pertandingan bola jaring

4
PERATURAN PERTANDINGAN 1. MAKLUMAT PERTANDINGAN a. Tarikh : 29 HINGGA 30 APRIL 2015 b. Hari : RABU DAN KHAMIS c. Masa : 8.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG d. Pengelola : PPD KOTA BELUD & SMK TAMBULION, KOTA BELUD e. Tempat Pertandingan : DEWAN SMK TAMBULION KOTA BELUD 2. JENIS PERTANDINGAN Kejohanan ini mengandungi pertandingan acara-acara berikut : - Antara kumpulan peringkat sekolah Rendah dan sekolah menengah Bahagian Zon Utara. 3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan ini tertakluk dengan Undang-undang persatuan Bola Jaring Antarabangsa (International Federal of Netball – IFNA yang dikuatkuasakan pada masa ini) dan peraturan Am MSSM. 4. PENDAFTARAN PERMAINAN Pemain yang didaftarkan hendaklah mengikut kohot umur seperti berikut : - Bawah 12 tahun – 1.1.2003 - Bawah 15 tahun – 1.1.2000 - Bawah 18 tahun – 1.1.1998 Setiap pasukan mempunyai :- a. 12 orang pemain b. 1 orang pengurus pasukan c. 1 orang jurulatih pasukan d. 1 orang fisioterapi Butir-butir peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar/ pengetua masing-masing. a. Nama (mengikut kad pengenalan/ suarat branak) b. Nombor kad pengenalan/ surat beranak c. Nombor Angka Giliran d. Gambar pemain e. Cop Sekolah

Upload: iqahmah

Post on 06-Dec-2015

235 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

peraturan pertandingan bola jaring 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Pertandingan Bola Jaring

PERATURAN PERTANDINGAN1. MAKLUMAT PERTANDINGAN

a. Tarikh : 29 HINGGA 30 APRIL 2015b. Hari : RABU DAN KHAMIS c. Masa : 8.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANGd. Pengelola : PPD KOTA BELUD & SMK TAMBULION, KOTA BELUDe. Tempat Pertandingan : DEWAN SMK TAMBULION KOTA BELUD

2. JENIS PERTANDINGAN

Kejohanan ini mengandungi pertandingan acara-acara berikut : - Antara kumpulan peringkat sekolah Rendah dan sekolah menengah Bahagian Zon Utara.

3. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini tertakluk dengan Undang-undang persatuan Bola Jaring Antarabangsa (International Federal of Netball – IFNA yang dikuatkuasakan pada masa ini) dan peraturan Am MSSM.

4. PENDAFTARAN PERMAINAN

Pemain yang didaftarkan hendaklah mengikut kohot umur seperti berikut :- Bawah 12 tahun – 1.1.2003- Bawah 15 tahun – 1.1.2000- Bawah 18 tahun – 1.1.1998

Setiap pasukan mempunyai :- a. 12 orang pemainb. 1 orang pengurus pasukanc. 1 orang jurulatih pasukan d. 1 orang fisioterapi

Butir-butir peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar/ pengetua masing-masing.a. Nama (mengikut kad pengenalan/ suarat branak)b. Nombor kad pengenalan/ surat beranakc. Nombor Angka Gilirand. Gambar pemaine. Cop Sekolah

5. PASUKAN

Tiap-tiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya minimum lima (5) orang pemain sebelum satu-satu perlawanan dimulakan. Jika kurang daripada jumlah ini pasukan tersebut dikira menerima kekalahan.

Page 2: Peraturan Pertandingan Bola Jaring

6. PERATURAN DAN FORMAT PERMAINAN6.1 Sistem pertandingan akan dijalankan secara liga6.2 Jadual pertandingan disediakan pihak pengelola6.3 Masa permainan adalah 15 minit (masa pertama) x 5 minit (rehat) x 15 minit

(masa kedua)= 35 minit. Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan.

6.4 Cara memberi mata : Menang – 2 mata Seri – 1 mata Kalah – 0 mata6.5 Masa Permainan separuh akhir dan akhir adalah 15 minit (masa pertama) x 5 minit (rehat) x 15 minit (masa kedua)= 35 minit. Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa

permainan.6.6 Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada meja urusetia permainan sebelum

masa perlawanan bermula. 6.7 Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan, pertandingan ini

tertakluk dengan Undang-undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa. Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-undang permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatan Pengelola dari aspek teknikal.

6.8 Jawatankuasa pengelola berhak memindah atau menambah mana-mana peraturan jika difikirkan perlu.

7. BANTAHAN7.1. Setiap bantahan hendak dibuat dengan menggunakan surat rasmi yang ditandatangani oleh pengurus pasukan selewat-lewatnya 30 minit selepas permainan dan disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM200.00.7.2. Wang bantahan tidak akan dipulangkan sekiranya bantahan yang dibuat tidak diterima.7.3 Untuk menetukan keputusan, Pihak Jawatan kuasa pengelola akan bermesyuarat yang terdiri daripada 7 orang iaitu:-

i. Wakil daripada PPD/Pengerusi penganjurii. Pengerusi teknik Daerahiii. Setiausaha iv. Seorang Jurirayuanv. Seorang penyelaras pertandinganvi. 2 orang pengurus pasukan yang berkecuali

8. KELEWATAN8.1 Sepuluh (10) minit masa akan diberi untuk kelewatan. Jika selepas sepuluh (10) minit sesuatu pasukan itu tidak hadir dengan sekurang-kurangnya lima(5) orang pemain, maka pasukan itu dikira menarik diri daripada kejohanan.

9. MENARIK DIRI9.1 Jika sesuatu pasukan menarik diri daripada suatu perlawanan, maka pasukan itu tidak dibenarkan meneruskan pertandingan di kejohanan ini.9.2 Pasukanyang menarik diri di kira tidak bertanding untuk kejohanan ini dan semua keputusan perlawanan yang berkaitan dengan pasukan tersebut akan terbatal dengan sendirinya.

10. PAKAIAN10.1 Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan hendaklah seragam.

Page 3: Peraturan Pertandingan Bola Jaring

10.2 Permain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track panjang atau mini skirt10.3 Setiap pasukan hendaklah menyediakan dua (2) set bibs yang berlainan warna.

11. PERALATAN

Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bibs yang berlainan warna.

12. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputusan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamd.

13. KESELAMATAN

Pihak pengelola akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah. Walau bagaimanapun pihak pengelola TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota badan, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain yang berlaku sebelum, semasa atau selepas pertandingan dan kejohanan ini.