peraturan pertandingan

Upload: nik-ambari

Post on 06-Oct-2015

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

peraturan

TRANSCRIPT

PERATURAN PERTANDINGAN1. AMPertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Jaring Tertutup IPG Kampus Raja Melewar

2. PENGELOLAKejohanan ini dikelolakan oleh Guru Pelatih Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Semester 3 Ambilan Januari 2013

3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN

3.1 Yuran penyertaan adalah RM 20.00 (Ringgit Malaysia: DuaPuluh Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara tunai. 3.2 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak melebihi sebelas (11) orangpemain wanita.4. PERATURAN PERTANDINGAN4.1 Masa permainan adalah 15 minit (7 minit setiap separuh masa dan 1minit rehat. 4.2 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang tujuh (7)minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana pasukanyang gagal berada di gelanggang selepas satu (1) minit dari masa sesuatuperlawanan sepatutnya dimulakan, maka kemenangan percuma akandiberikan kepada pasukan lawan dengan 15 0. 4.3 Pasukan/Penukaran Pemain4.3.1 Bilangan pemain yang bermain adalah 7 orang bagi setiap pasukan. Setiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain sebelum satu-satu pertandingan dimulakan. Jika kurang daripada ini pasukan tersebut dikira menerima kekalahan.4.3.2 Bila seorang pemain mendapat cedera atau sakit dan tidak dapat menyambung permainannya, permainan bolehlah diberhentikan selama dua (2) minit untuk menentukan samada pemain itu boleh menyambung permainannya. Keputusan akan dibuat oleh pegawai-pegawai pasukan itu. Hanya dua (2) pegawai yang dibenarkan untuk ke gelanggang pada masa itu.4.3.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa.4.3.4 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang pemain yang telah mengambil kedudukan lewat itu.4.3.5 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa. 4.4 Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan, pertandingan ini akan tertakluk dengan Undang-Undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA). 4.5 Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang permainan dengan undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA perlulah dipatuhi. 4.6 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-undang permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola dari aspek teknikal. 4.7 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda atau menambah nama-mana peraturan jika difikirkan perlu. 4.8 Penentuan Kemenangan Setiap kemenangan akan diberi tiga (3) mata, seri satu (1) mata dan kekalahan kosong (0) mata. Jika berlaku lebih dari satu pasukan mendapat mata yang sama, maka kaedah di bawah digunakan untuk mencari pemenang:a. Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak dikira pemenang.b. Sekiranya masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.c. Sekiranya masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya di peringkat awal dikira pemenang. 4.9 Pakaian4.9.1 Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan bertanding hendaklah seragam iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian tersebut hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang pertandingan ini.4.9.2 Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar track/tight panjang.4.9.3 Setiap pasukan digalakkan menyediakan dua (2) set bibs yang berlainan warna. Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai bibs yang sama warna maka pasukan yang mempunyai 2 set bibs adalah dikehendaki menukar bibs manakala pasukan yang hanya mempunyai sata (1) set bibs akan kekal menggunakan bibs mereka. 4.10 PengadilanJawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil yang bertauliah di sepanjang pertandingan. Segala keputusan pengadilberkaitan undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.5. BANTAHAN DAN RAYUANAdalah seperti yang tertera di Peraturan Am, Perkara 14 dan 15.