peraturan-peraturan jawatankuasa kenaikan ... bpsm...4 pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh...

21
1 AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT PIHAK BERKUASA BERKANUN AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2016 18 Julai 2016

Upload: others

Post on 19-Oct-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

    AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

    PERATURAN-PERATURAN JAWATANKUASA KENAIKAN

    PANGKAT PIHAK BERKUASA BERKANUN

    AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA 2016

    18 Julai 2016

  • 2

    KANDUNGAN

    Perkara Halaman

    1. Nama

    4

    2. Tafsiran

    4

    3. Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    6

    4. Bidang kuasa dan fungsi-fungsi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    6

    5. Mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    7

    6. Kuorum bagi Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    7

    7. Pengundian

    7

    8. Rekod Mesyuarat

    7

    9. Prinsip-prinsip dan prosedur Jawatankuasa-jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    8

    10. Penggantian ahli-ahli Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    8

    11. Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Tambahan

    8

    12. Penapisan Calon-calon

    9

    13. Penubuhan Panel Temu duga

    9

    14. Calon Simpanan

    10

    15. Kuasa Jawatankuasa Kenaikan Pangkat berhubung dengan pemangkuan

    11

    16. Kuasa Jawatankuasa Kenaikan Pangkat berhubung dengan kenaikan pangkat

    11

    17. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat

    12

    18. Keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat 13

    19. Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat 14

  • 3

    20. Bidang kuasa dan Fungsi-fungsi Jawatankuasa Rayuan

    15

    21. Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan

    15

    22. Rayuan

    16

    23. Tatacara bagi Rayuan

    16

    24. Pembicaraan Rayuan

    17

    25. Keputusan Jawatankuasa Rayuan

    17

    26. Mesyuarat Pengundian dan Rekod Mesyuarat berkenaan dengan Jawatankuasa Rayuan

    18

    27. Pembatalan

    18

    28. Peruntukan-peruntukan perkecualian dan peralihan

    18

    Lampiran: Jadual Keahlian Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Dan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat Pihak Berkuasa Berkanun Agensi Kelayakan Malaysia

  • 4

    Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Menteri di bawah

    Seksyen 27 Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679) membuat

    peraturan-peraturan yang berikut:

    1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-

    Peraturan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Agensi Kelayakan

    Malaysia 2016 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa

    pada 18 Julai 2016.

    Nama

    2. Dalam Peraturan-peraturan ini, melainkan jika konteksnya

    menghendaki makna yang lain :

    “Pihak Berkuasa Berkanun” ertinya pihak Berkuasa Berkanun Agensi

    Kelayakan Malaysia.

    “Jawatan” ertinya jawatan-jawatan yang diwujudkan di Agensi

    Kelayakan Malaysia.

    “Kenaikan Pangkat” ertinya peningkatan secara hakiki dari satu Gred

    ke suatu Gred yang lebih tinggi dalam perkhidmatan dan skim

    perkhidmatan yang sama bagi pegawai yang berkenaan dengan

    kelulusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat;

    Tafsiran

  • 5

    “Ketua Jabatan” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif pihak Berkuasa

    Berkanun atau seseorang yang bertanggungjawab bagi sesuatu sektor,

    subsektor, bahagian atau unit termasuklah mana-mana pegawai yang

    diberikan kuasa secara bertulis oleh Ketua Pegawai Eksekutif untuk

    menjalankan fungsi-fungsi seorang Ketua Jabatan bagi apa-apa tempoh

    masa;

    “Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional” ertinya pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi

    dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional di bawah sistem saraan

    yang berkuat kuasa;

    “Kumpulan Pelaksana” ertinya pegawai dalam Kumpulan Pelaksana

    di bawah sistem saraan yang sedang berkuat kuasa.

    “Jawatankuasa Kenaikan Pangkat” ertinya Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat pihak Berkuasa Berkanun yang ditubuhkan di bawah

    peraturan 3, dan adalah termasuk suatu Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat tambahan yang ditubuhkan menurut kuasa-kuasa yang diberi

    oleh peraturan 11;

    “Jawatankuasa Rayuan” ertinya Jawatankuasa Rayuan Kenaikan

    Pangkat Pihak berkuasa Berkanun yang ditubuhkan di bawah

    peraturan 19;

  • 6

    “Pemangkuan” ertinya pelaksanaan tugas oleh seseorang pegawai

    secara sepenuh masa, suatu jawatan lain yang lebih tinggi grednya

    daripada gred hakiki pegawai itu dalam perkhidmatan dan skim

    perkhidmatan yang sama dengan kelulusan Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat.

    3. Maka adalah dengan ini ditubuhkan Jawatankuasa-

    Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Pihak Berkuasa Berkanun dengan

    setiap kategori pegawai-pegawai yang dinyatakan dalam Jadual, yang

    terdiri daripada ahli-ahli yang ditetapkan dalam Jadual yang sama.

    Dengan syarat bahawa ahli-ahli Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai berpangkat lebih tinggi

    daripada pegawai yang akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa

    Kenaikan Pangkat tersebut dalam sesuatu urusan tertentu; atau mana-

    mana orang yang difikirkan sesuai oleh Pengerusi Majlis, Agensi

    Kelayakan Malaysia.

    Penubuhan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.

    4. (1) Suatu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah

    mempunyai bidang kuasa dan hendaklah menjalankan fungsinya

    dalam perkara yang berhubungan dengan pemangkuan dan kenaikan

    pangkat semua kategori pegawai yang dinyatakan dalam Jadual yang

    bersamaan dengan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang berkenaan.

    Bidangkuasa dan Fungsi-fungsi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.

  • 7

    Mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    5. Bagi maksud menjalankan fungsi-fungsinya sebagaimana

    tersebut di atas, suatu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah

    bermesyuarat pada sesuatu tarikh dan di sesuatu tempat dan pada

    sesuatu masa sebagaimana ditentukan oleh Pengerusi Jawatankuasa

    Kenaikan Pangkat tersebut.

    Kuorum bagi Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    6. (1) Kuorum bagi semua mesyuarat suatu Jawatankuasa

    Kenaikan Pangkat yang mempunyai lebih daripada tiga orang ahli

    hendaklah tiga termasuk Pengerusi.

    (2) Sekiranya keahlian suatu Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat terdiri daripada tiga orang sahaja, semua ahli Jawatankuasa

    Kenaikan Pangkat tersebut hendaklah hadir.

    Pengundian 7. Tertakluk kepada peraturan 9, semua perkara yang dibangkitkan

    di sesuatu mesyuarat suatu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    hendaklah diputuskan oleh suatu undi majoriti dan sekiranya terdapat

    undi sama banyak dalam keadaan di mana Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat terdiri daripada ahli-ahli bilangan genap, Pengerusi hendaklah

    mempunyai undi pemutus.

    Rekod Mesyuarat

    8. Prosiding dan keputusan yang diambil di sesuatu mesyuarat

    suatu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah direkodkan dan

    disimpan dengan sempurnanya dalam jagaan yang sepatutnya oleh

    Urus Setia Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang berkenaan.

  • 8

    Prinsip-prinsip dan prosedur Jawatankuasa-Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    9. Pada menjalankan fungsi-fungsinya, suatu Jawatankuasa

    Kenaikan Pangkat hendaklah mematuhi prinsip dan tatacara yang

    dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan ini, atau mana-mana peraturan

    atau undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.

    Penggantian ahli-ahli Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    10. Jika ternyata bahawa adalah tidak adil atau tidak wajar bagi

    mana-mana ahli suatu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat untuk

    menghadiri mana-mana prosiding Jawatankuasa Kenaikan Pangkat,

    ahli itu hendaklah digantikan dalam prosiding itu, oleh seorang pegawai

    atau mana-mana orang yang dilantik oleh Pengerusi Majlis Agensi

    Kelayakan Malaysia;

    Dengan syarat bahawa ahli yang dilantik sedemikian itu hendaklah

    seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang

    akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat dalam

    suatu urusan tertentu; atau mana-mana orang yang difikirkan sesuai

    oleh Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia.

    11. Majlis Agensi Kelayakan Malaysia hendaklah, dari semasa ke

    semasa jika dianggapnya perlu, dengan memberi perhatian kepada

    proses yang terlibat, bilangan jawatan kenaikan pangkat, gred,

    bilangan pegawai yang terlibat dan masa yang mungkin diambil bagi

    sesuatu urusan tertentu itu, menubuhkan Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat Agensi Kelayakan Malaysia tambahan bagi kenaikan pangkat

    Kumpulan Pelaksana yang terdiri daripada ahli-ahli yang berikut yang

    Jawatankuasa Kenaikan Pangkat tambahan

  • 9

    mana hendaklah dilantik olehnya;

    i. seorang Pengerusi, yang mana hendaklah seorang

    pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau

    Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Agensi

    Kelayakan Malaysia; dan

    ii. dua orang ahli lain yang hendaklah terdiri daripada

    pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional

    Agensi Kelayakan Malaysia.

    Dengan syarat bahawa pegawai-pegawai yang dilantik untuk menjadi

    ahli-ahli Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang ditubuhkan di bawah

    Peraturan ini hendaklah berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang

    akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat itu dalam

    suatu urusan tertentu.

    Penapisan Calon-calon

    12. Tertakluk kepada peraturan 9, suatu Jawatankuasa

    Kenaikan Pangkat boleh mengadakan penapisan calon-calon dalam

    mana-mana urusan kenaikan pangkat.

    Penubuhan Panel Temu duga

    13. (1) Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah, dari semasa

    ke semasa jika dianggapnya perlu, dengan memberi perhatian kepada

    prosedur, bilangan jawatan kenaikan pangkat, gred, bilangan pegawai

    yang terlibat dan masa yang mungkin diambil berkenaan dengan

    sesuatu urusan kenaikan pangkat atau apa-apa sebab lain yang wajar

  • 10

    yang difikirkannya sesuai, menubuhkan satu Panel Temu Duga atau

    lebih yang terdiri daripada ahli-ahli yang berikut yang hendaklah dilantik

    olehnya terdiri daripada:

    Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Kumpulan Pengurusan dan

    Profesional atau Kumpulan Pelaksana

    Seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada

    dua tetapi tidak lebih daripada empat orang ahli.

    Dengan syarat bahawa pengerusi dan ahli-ahli Panel itu hendaklah

    berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang akan ditemu duga itu.

    (2) Tertakluk kepada peraturan 9, suatu Panel Temu duga

    hendaklah;

    a) menapis senarai dan menemu duga pegawai-pegawai

    yang sesuai dan layak bagi pemangkuan atau bagi

    kenaikan pangkat; dan

    b) mengemukakan laporannya berkenaan dengan temu

    duga itu dan syornya, jika ada, kepada Jawatankuasa

    Kenaikan Pangkat yang berkenaan.

    14. Suatu Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh, menurut budi

    bicaranya;

    a) jika perlu mengadakan senarai calon simpanan;

    Calon Simpanan

  • 11

    b) meluluskan pemangkuan atau menaikkan pangkat pegawai yang

    disenaraikan dalam senarai calon simpanan sekiranya terdapat

    kekosongan jawatan dalam tempoh enam bulan dari tarikh

    mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat; dan

    c) jika perlu, melanjutkan tempoh sah calon simpanan bagi suatu

    tempoh tertentu dari habis tempoh tarikh yang disebut dalam

    perengan (b).

    15. (1) Tiada arahan pemangkuan boleh dikeluarkan tanpa

    kelulusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.

    (2) Tarikh kuat kuasa pemangkuan seseorang pegawai

    hendaklah pada tarikh yang ditentukan sesuai oleh Jawatankuasa

    Kenaikan Pangkat.

    (3) Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh menamatkan

    pemangkuan seseorang pegawai atas alasan tidak mencapai tahap

    prestasi yang ditetapkan, dikenakan hukuman tatatertib atau sebab

    munasabah yang lain.

    Kuasa Jawatankuasa Kenaikan Pangkat berhubung dengan pemangkuan

    16. (1) Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh menaikkan

    pangkat seseorang pegawai yang telah mematuhi kesemua syarat bagi

    kenaikan pangkat sebagaimana yang ditentukan dalam skim

    perkhidmatannya.

    (2) Walau apa pun subperaturan (1) dan peraturan 40,

    Peraturan-Peraturan Pegawai Agensi Kelayakan Malaysia (Pelantikan,

    Kuasa Jawatankuasa Kenaikan Pangkat berhubung dengan kenaikan pangkat

  • 12

    Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2013,

    Jawatankuasa boleh tidak mengambil kira syor daripada Ketua Jabatan

    untuk menaikkan pangkat seseorang pegawai sebagaimana yang

    difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.

    (3) Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh menaikkan

    pangkat seseorang pegawai tanpa menjalani pemangkuan.

    (4) Walau apa pun subperaturan (3), Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat boleh menghendaki seseorang pegawai supaya menjalani

    pemangkuan sebelum dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat

    sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat.

    17. (1) Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat seseorang pegawai

    ialah tarikh yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat.

    (2) Bagi maksud subperaturan (1), Jawatankuasa hendaklah

    menetapkan tarikh kuat kuasa bagi kenaikan pangkat seperti yang

    berikut:

    (a) bagi kenaikan pangkat ke gred, tarikh itu tidak boleh lebih

    awal daripada tarikh kekosongan jawatan atau tarikh pegawai

    yang berkenaan layak dinaikkan pangkat mengikut skim

    perkhidmatannya mengikut mana-mana yang terkemudian

    tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh kenaikan

    pangkat terakhir bagi gred yang sama dalam urusan

    sebelumnya; dan

    Tarikh Kuatkuasa kenaikan pangkat

  • 13

    (b) bagi kenaikan pangkat ke jawatan, kecuali jika skim

    perkhidmatan tidak menyatakan bahawa suatu kenaikan

    pangkat adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan, tarikh

    kenaikan pangkat itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh

    pegawai diluluskan untuk memangku jawatan itu atau pada

    tarikh kekosongan jawatan hakiki itu mengikut mana-mana

    yang terkemudian.

    18. (1) Semua calon dalam sesuatu urusan kenaikan pangkat

    atau pemangkuan hendaklah diberitahu oleh Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat mengenai keputusannya.

    (2) Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh membatalkan

    kenaikan pangkat seseorang pegawai jika Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat berpuas hati bahawa kenaikan pangkat itu adalah

    berdasarkan suatu kesilapan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat dan

    dalam hal ini, pegawai berkenaan tidak dikehendaki membayar balik

    sebarang perbezaan emolumen yang telah dibayar kepadanya

    berkaitan dengan kenaikan pangkat itu.

    (3) Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh membatalkan

    kenaikan pangkat seseorang pegawai jika Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat berpuas hati bahawa kenaikan pangkat itu adalah

    berdasarkan suatu pemalsuan atau kesilapan fakta yang dikemukakan

    oleh pegawai berkenaan dan dalam hal ini, pegawai berkenaan

    dikehendaki membayar balik sebarang perbezaan emolumen yang

    Keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

  • 14

    telah dibayar kepadanya berkaitan dengan kenaikan pangkat itu.

    (4) Sesuatu keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    boleh, jika dianggap perlu, dikemukakan kepada Majlis Pihak Berkuasa

    Berkanun untuk disahkan.

    (5) Tertakluk kepada peraturan 18 (1) hingga 18 (4), suatu

    keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat adalah muktamad.

    Penubuhan Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat

    19. Maka adalah dengan ini ditubuhkan Jawatankuasa-

    Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat Agensi Kelayakan Malaysia

    dengan tiap-tiap kategori pegawai-pegawai yang dinyatakan dalam

    jadual yang terdiri daripada ahli-ahli yang telah ditetapkan dalam jadual

    yang sama

    Dengan syarat bahawa ahli yang dilantik sedemikian itu hendaklah

    seorang pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada Pengerusi

    Jawatankuasa Kenaikan Pangkat dalam suatu urusan tertentu atau

    mana-mana orang difikirkan sesuai oleh Pengerusi Majlis.

    Ahli Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat adalah ahli yang

    berbeza daripada Jawatankuasa Kenaikan Pangkat bagi urusan yang

    sama.

    Bidang Kuasa dan Fungsi Jawatankuasa Rayuan

    20. Sesuatu Jawatankuasa Rayuan hendaklah mempunyai bidang

    kuasa dan hendaklah menjalankan fungsi-fungsinya berkenaan dengan

    apa-apa rayuan yang dibuat mengikut peruntukan-peruntukan

    Peraturan-peraturan ini terhadap apa-apa keputusan Jawatankuasa

  • 15

    Kenaikan Pangkat berhubung dengan seseorang pegawai dalam

    kategori pegawai yang tersebut dalam peraturan 4 yang ke atasnya

    Jawatankuasa Kenaikan Pangkat mempunyai bidang kuasa.

    Pada menjalankan fungsi-fungsinya, suatu Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat hendaklah mematuhi prinsip dan tatacara yang dinyatakan

    dalam Peraturan-Peraturan ini, atau mana-mana peraturan atau

    undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.

    Kuorom Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan

    21. (1) Kuorom bagi semua mesyuarat Jawatankuasa Rayuan

    yang mempunyai lebih daripada tiga orang ahli hendaklah tiga orang

    termasuk Pengerusi.

    (2) Sekiranya keahlian Jawatankuasa Rayuan itu terdiri

    daripada tiga orang sahaja, semua ahli Jawatankuasa tersebut

    hendaklah hadir.

    Rayuan 22. Mana-mana pegawai yang telah dipertimbangkan dalam sesuatu

    urusan kenaikan pangkat atau pemangkuan dan terkilan dengan

    keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang berkenaan, boleh

    membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan yang berkenaan.

    23. (1) Sesuatu rayuan kepada suatu Jawatankuasa Rayuan

    hendaklah dibuat secara bertulis mengikut Peraturan-Peraturan ini

    melalui Pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang berkenaan

    dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh surat penyiaran keputusan

    Tatacara bagi Rayuan

  • 16

    Jawatankuasa Kenaikan Pangkat itu dikeluarkan kepada pegawai yang

    berkenaan.

    (2) Dalam keadaan-keadaan yang luar biasa, suatu

    Jawatankuasa Rayuan boleh menggunakan budi bicaranya dalam

    menentukan sama ada rayuan yang lewat diterima boleh

    dipertimbangkan atau tidak.

    (3) Apabila sesuatu rayuan di bawah peraturan ini diterima,

    Pengerusi Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang berkenaan atau

    dalam masa ketiadaannya, ahli yang diwakilkannya untuk berbuat

    demikian, hendaklah menyebabkan supaya disediakan rekod-rekod

    atau suatu ringkasan rekod-rekod mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan

    Pangkat dan pernyataan yang menyatakan alasan-alasan bagaimana

    Jawatankuasa Kenaikan Pangkat itu telah mencapai keputusannya.

    (4) Rekod-rekod tersebut atau ringkasan rekod-rekod tersebut

    dan alasan-alasan keputusan itu hendaklah dihantar kepada

    Jawatankuasa Rayuan yang berkenaan dalam suatu tempoh yang

    berpatutan dari tarikh rayuan itu diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa

    Kenaikan Pangkat tersebut.

    24. (1) Apabila diterima rekod-rekod prosiding dan alasan-alasan

    bagi keputusan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat, Pengerusi

    Jawatankuasa Rayuan yang berkenaan hendaklah memanggil suatu

    mesyuarat jawatankuasa untuk menimbangkan rayuan itu.

    (2) Sesuatu Jawatankuasa Rayuan hendaklah memutuskan

    Pembicaraan Rayuan

  • 17

    sesuatu rayuan itu semata-mata berasaskan merit alasan-alasan

    rayuan itu.

    (3) Walau apa pun peruntukan perenggan (2), suatu

    Jawatankuasa Rayuan boleh, bagi maksud menentukan rayuan itu

    dengan adil, meminta apa-apa pernyataan daripada mana-mana pihak

    sebelum membuat apa-apa keputusan.

    Keputusan Jawatankuasa Rayuan

    25. (1) Suatu Jawatankuasa Rayuan selepas menimbangkan rayuan

    itu boleh mengesahkan atau mengubah keputusan Jawatankuasa

    Kenaikan Pangkat yang berkenaan, atau boleh meremitkan kes itu

    kepada Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang berkenaan bagi

    pembicaraan semula dan keputusan pertimbangannya hendaklah

    disampaikan dengan sewajarnya kepada Jawatankuasa Rayuan untuk

    membolehkannya mencapai suatu keputusan atas rayuan itu.

    (2) Dalam melaksanakan keputusan sesuatu Jawatankuasa

    Rayuan, Jawatankuasa Kenaikan Pangkat yang berkenaan boleh

    mengubah tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat dan susunan

    kekananan pegawai yang berkenaan dengan syarat bahawa ia tidak

    akan menjejaskan kenaikan pangkat ‘per se ‘ pegawai yang berjaya itu.

    (3) Keputusan sesuatu Jawatankuasa Rayuan adalah

    muktamad.

    26. Peruntukan-peruntukan Peraturan-peraturan ini berhubung

    dengan mesyuarat-mesyuarat, pengundian dan rekod-rekod mesyuarat

    Mesyuarat Pegundian dan Rekod Mesyuarat berkenaan dengan jawatankuasa rayuan

  • 18

    berkenaan dengan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat adalah terpakai

    kepada Jawatankuasa-jawatankuasa Rayuan.

    27. Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Agensi

    Kelayakan Malaysia 2007 dibatalkan.

    Pembatalan

    28. (1) Tiada apa jua yang terkandung dalam Peraturan-peraturan

    ini boleh menjejaskan apa-apa tindakan yang telah dilakukan atau

    prosiding yang telah dimulakan oleh Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    atau suatu Jawatankuasa Rayuan di bawah Peraturan-Peraturan

    Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Agensi Kelayakan Malaysia 2007

    dan keputusan itu hendaklah terus mempunyai kuat kuasa dan kesan

    sepenuhnya walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras atau

    berlawanan dengan mana-mana peruntukan dalam Peraturan-

    Peraturan ini.

    (2) Semua perkara atau prosiding berkenaan dengan

    seseorang pegawai yang belum selesai di hadapan mana-mana

    Jawatankuasa Kenaikan Pangkat atau Jawatankuasa Rayuan sebelum

    permulaan kuat kuasa Peraturan-peraturan ini hendaklah diteruskan di

    bawah Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Agensi

    Kelayakan Malaysia 2007 seolah-olah Peraturan-peraturan itu tidak

    dibatalkan.

    (3) Apa-apa rayuan terhadap keputusan sesuatu

    Jawatankuasa Kenaikan Pangkat menurut perenggan (1) jika belum

    Peruntukan-peruntukan perkecualian dan peralihan.

  • 19

    dikemukakan sebelum Peraturan-peraturan ini mula berkuat kuasa,

    hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa Rayuan yang berkenaan yang

    ditubuhkan di bawah Peraturan-peraturan ini.

    (4) Walau apa pun peruntukan-peruntukan peraturan-

    peraturan ini, sekiranya gaji dan syarat-syarat perkhidmatan seseorang

    pegawai yang terlibat dalam suatu urusan Kenaikan Pangkat

    diklasifikasikan semula di bawah mana-mana pekeliling atau peraturan-

    peraturan perkhidmatan yang berkuat kuasa pada masa itu, selepas

    urusan Kenaikan Pangkat bermula, Jawatankuasa Kenaikan Pangkat

    atau Jawatankuasa Rayuan yang memulakan urusan atau prosiding itu

    mengikut mana yang berkenaan, boleh meneruskan urusan atau

    prosiding itu mengikut mana yang berkenaan sehingga ia selesai dan

    gaji dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai itu hendaklah

    diselaraskan mengikut klasifikasi baharu itu.

    Agensi Kelayakan Malaysia

  • 4

    Lampiran

    JADUAL KEAHLIAN JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT DAN JAWATANKUASA RAYUAN KENAIKAN PANGKAT

    PIHAK BERKUASA BERKANUN AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA

    (Peraturan-Peraturan 3, 11 Dan 19)

    BIL. KUMPULAN KATOGERI PEGAWAI

    JAWATANKUASA KENAIKAN PANGKAT

    JAWATANKUASA RAYUAN

    KENAIKAN PANGKAT

    1.

    KUMPULAN 1 Kumpulan Pengurusan Tertinggi

    Pegawai Gred Utama B dan C

    Pengerusi : Ketua Pegawai Eksekutif MQA Ahli : Tiga (3) orang Ahli Majlis yang dilantik oleh Pengerusi Majlis

    Keanggotaan terdiri daripada Pengerusi Majlis sebagai Pengerusi Jawatankuasa dan 3 orang ahli Majlis

    2.

    KUMPULAN 2 Kumpulan Pengurusan & Profesional

    Pegawai Gred 54 hingga Gred 44

    Pengerusi : Ketua Pegawai Eksekutif MQA Ahli 1 : Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA Ahli 2 : Salah seorang Pengarah Kanan MQA Ahli 3 : Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Tinggi atau wakil.

  • 5

    3.

    KUMPULAN 3 Kumpulan Pelaksana

    Pegawai Gred 40 dan ke bawah

    Pengerusi : Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA Ahli 1 : Setiausaha Bahagian Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Tinggi atau wakil. Ahli 2 : Salah seorang Pengarah Bahagian di Subsektor Akreditasi Ahli 3 : Salah seorang Pengarah Bahagian di Subsektor Pembangunan Dasar dan Kepakaran Ahli 4 : Salah seorang Pengarah Bahagian di Sektor Pengurusan Ahli 5 : Salah seorang Ketua Unit di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif