akta dan peraturan elektrik

33
PERATURAN – PERATURAN ELEKTRIK BAHAGIAN II PENGENALAN: Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahuai syarat- syarat bagi permohonan pendaftaran pepasangan, bayaran fee pendaftran pepasangan, pemeriksaan dan pengujian pepasangan, fi pemeriksaan dan ujian pepasangan serta istilah daftar, pembatalan perakuan pendaftaran, lesen yang diperlukan untuk pepasangan awam, lesen yang diperlukan untuk pepasangan persendirian, fi yang diperlukan untuk pepasangan awam atau persendirian serta penyeliaan dan ujian pepasangan. LEARNING OBJECTIVES: Pelatih-pelatih mesti boleh:- Huraikan permohonan bagi pendaftaran pepasangan Huraikan Fee bagi pendaftaran pepasangan Huraikan Pemerikasaan dan ujian pepasangan Huraikan bagi Fee pemeriksaan dan ujian pepasangan serta Daftar Mengetahui cara Pembatalan Perakuan Pendaftaran Megetahui lesen yang diperlukan untuk pepasangan awam Megetahui lesen yang diperlukan untuk pepasangan persendirian Megetahui fi yang diperlukan untuk pepasangan awam atau persendirian Megetahui mengenai Penyeliaan dan Ujian Pepasangan LEARNING OUTCOMES: Di akhir pembelajaran pelatih-pelatih berkemampuan: 65

Upload: hanim-husaif

Post on 06-Aug-2015

180 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Nota 7

TRANSCRIPT

Page 1: Akta dan Peraturan Elektrik

PERATURAN – PERATURAN ELEKTRIK BAHAGIAN II

PENGENALAN:

Dalam bab ini pelatih-pelatih akan dapat mengetahuai syarat-syarat bagi permohonan

pendaftaran pepasangan, bayaran fee pendaftran pepasangan, pemeriksaan dan

pengujian pepasangan, fi pemeriksaan dan ujian pepasangan serta istilah daftar,

pembatalan perakuan pendaftaran, lesen yang diperlukan untuk pepasangan awam,

lesen yang diperlukan untuk pepasangan persendirian, fi yang diperlukan untuk

pepasangan awam atau persendirian serta penyeliaan dan ujian pepasangan.

LEARNING OBJECTIVES:

Pelatih-pelatih mesti boleh:-

Huraikan permohonan bagi pendaftaran pepasangan

Huraikan Fee bagi pendaftaran pepasangan

Huraikan Pemerikasaan dan ujian pepasangan

Huraikan bagi Fee pemeriksaan dan ujian pepasangan serta Daftar

Mengetahui cara Pembatalan Perakuan Pendaftaran

Megetahui lesen yang diperlukan untuk pepasangan awam

Megetahui lesen yang diperlukan untuk pepasangan persendirian

Megetahui fi yang diperlukan untuk pepasangan awam atau persendirian

Megetahui mengenai Penyeliaan dan Ujian Pepasangan

LEARNING OUTCOMES:

Di akhir pembelajaran pelatih-pelatih berkemampuan:

Pelatih boleh menghuraikan maksud-maksud dalam Akta dan Peraturan ini

Pelatih boleh merujuk dalam akta dan peraturan ini berkaitan dengan kes-kes

elektrik yang berlaku

65

Page 2: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB TOPIC:7.0 BAHAGIAN II PEPASANGAN

PENDAFTARAN PEPASANGAN

SUB SUB TOPIC:

7.0.1 Peraturan 3

Penerangan:

Permohonan bagi pendaftaran pepasangan

3. (1) Melainkan jika dikecualikan oleh Menteri. permohonan bagi pendaftaran

pepasangan hendaklah dalam Borang A yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.

(2) Perakuan Pendaftaran hendaklah masing-masing dalam Borang B yang

ditetapkan dalam Jadual Pertama.

(3) Perakuan Pendaftaran hendaklah sah bagi tempoh tidak kurang daripada satu

tahun dan tidak lebih daripada lima tahun dari tarikh ia dikeluarkan.

(4) (Dibatalkan).

66

Page 3: Akta dan Peraturan Elektrik

Soalan

Tempoh sah bagi perakuan pendaftaran pepasangan yang dibuat dalam borang B ialah

tidak kurang daripada 1 tahun dan tidak melebihi daripada…………………. dari tarikh ia

dikeluarkan

Jawapan

A. 2 tahun

B. 3 tahun

C. 5 tahun

D. 10 tahun

67

Page 4: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB SUB TOPIC:

7.0.2 Peraturan4

Penerangan:

Fi bagi pendaftaran pepasangan

4. Fi hendaklah dibayar bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran mana-mana

pepasangan pada kadar yang ditetapkan dalam bahagian I Jadual Kedua.

Soalan

Jika suatu pepasangan berkeupayaan tidak lebih 50 kilowatt, berapakah Fi mengikut

Jadual kedua jika pemohonan dibuat untuk tempoh 1 tahun sahaja

Jawapan

A. RM 20

B. RM 150

C. RM 500

D. RM 1000

68

Page 5: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB SUB TOPIC:

7.0.3 Peraturan 5:

Penerangan:

Pemeriksaan dan ujian pepasangan

5. (1) Pemeriksaan dan ujian suatu pepasangan baru bagi tujuan pendaftaran hendaklah

dibuat tidak lewat daripada dua puluh satu hari selepas diterima Borang A yang disebut

datam peraturan 3 dan notis munasabah bagi pemeriksaan dan ujian itu hendaklah

diberikan secara bertulis kepada pemunya atau pengurusan pepasangan itu, mengikut

mana-mana yang berkenaan.

(2) Apabila menerima notis yang dikeluarkan di bawah subperaturan (1), pemunya

atau pengurusan pepasangan hendaklah menyebabkan persediaan bagi pemeriksaan

dan ujian itu dibuat dan hendaklah hadir pada masa pemeriksaan dan ujian itu.

(3) Notis pemeriksaan dan ujian permulaan dan susulan hendaklah dibuat masing-

masing dalam Borang D dan E yang ditetapkan dalam Jadual Pertama dan hendaklah

disampaikan sama ada secara sendiri kepada orang yang notis itu dialamatkan atau

mengirimkan kepadanya secara pos berdaftar atau ditampalkan dengan jelas di

bangunan di mana pepasangan yang hendak diperiksa atau diuji itu terletak.

69

Page 6: Akta dan Peraturan Elektrik

Soalan

Pemeriksaan dan ujian sesuatu pepasangan baru bagi tujuan pendaftaran hendaklah

dibuat tidak lewat daripada ……………….. hari selepas diterima Borang .

Jawapan

A. tujuh

B. dua puluh satu

C. empat belas

D. tiga

70

Page 7: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB SUB TOPIC:

7.0.4 Peraturan 6

Penerangan:

Fi bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan

6. Fi hendaklah dikenakan bagi pemeriksaan dan ujian mana-mana;

pepasangan pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian II Jadual Kedua.

Daftar

6A. (1) Suruhanjaya hendaklah menyimpan suatu Daftar yang dalamnya hendaklah

dimasukkkan nama dan butir-butir lain bagi tiap-tiap orang yang Perakuan

Pendaftarannya dikeluarkan di bawah peraturan 4.

(2) Maka hendaklah dikeluarkan daripada daftar nama dan butir-butir lain bagi tiap-

tiap orang yang Perakuan Pendaftarannya telah dibatalkan di bawah peraturan 7.

71

Page 8: Akta dan Peraturan Elektrik

Soalan

Fee hendaklah dikenakan bagi pemeriksaan dan ujian mana-mana pepasangan pada

kadar yang ditetapkan dalam …………………

Jawapan

A. Bahagian II Jadual Kedua

B. Bahagian II

C. Jadual Kedua

D. Bahagian III Jadual Kedua

72

Page 9: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB SUB TOPIC:

7.0.5 Peraturan 7

Penerangan:

Pembatalan Perakuan Pendaftaran pepasangan

7. (1) Suruhanjaya boleh membatalkan Perakuan Pendaftaran pepasangan yang

dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika -

(a) pepasangan itu tidak lagi dikehendaki untuk digunakan;

(b) pepasangan itu didapati tak selamat untuk digunakan;

(c) orang yang padanya Perakuan itu dikeluarkan menggunakannya bagi tujuan

yang berlainan dengan tujuan Perakuan itu dikeluarkan; atau

(d) orang itu telah rnelanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan

Akta atau Peraturan-Peraturan ini.

(2) Apabila Perakuan Pendaftaran suatu pepasangan dibatalkan oleh Suruhanjaya

menurut subperaturan (1) orang yang kepadanya Perakuan itu telah dikeluarkan

hendaklah memulangkannya kepada Suruhanjaya dalam masa empat belas hari

selepas diberitahu secara bertulis tentang pembatalan itu.

73

Page 10: Akta dan Peraturan Elektrik

Soalan

Apabila ……………………. suatu pepasangan dibatalkan oleh Suruhanjaya menurut

subperaturan (1) orang yang kepadanya Perakuan itu telah dikeluarkan hendaklah

memulangkannya kepada Pengarah.

Jawapan

A. Pendaftaran Syarikat

B. Perakuan kekompetenan

C. Perakuan Pendaftaran

D. Perakuan Syarikat

74

Page 11: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB TOPIC:

7.1 LICENCE FOR INSTALLATION

SUB SUB TOPIC:

7.1.1 Peraturan 8

Peneranagan:

Lesen bagi pepasangan awam

8. Suatu lesen bagi pepasangan awam hendaklah dalam borang yang Suruhanjaya

fikirkan patut dan sesuai bagi pepasangan awam.

75

Page 12: Akta dan Peraturan Elektrik

Soalan

Suatu lesen bagi ……………….. hendaklah dalam borang yang Suruhanjaya fikirkan

patut dan sesuai bagi ………………………

Jawapan

A. pepasangan awam , pepasangan persendirian

B. pepasangan persendirian, kenderaan awam

C. kenderaan awam , pepasangan awam

D. pepasangan awam , pepasangan awam

76

Page 13: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB SUB TOPIC:

7.1.2 Peraturan 9

Penerangan:

Lesen bagi pepasangan persendirian

9. Suatu lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah dalam Borang F yang

ditetapkan dalam Jadual Pertama.

77

Page 14: Akta dan Peraturan Elektrik

Soalan

Sesuatu lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah dalam Borang F yang

ditetapkan dalam ………………..

Jawapan

A. Jadual pertama

B. Jadual kedua

C. Jadual ketiga

D. Jadual keempat

78

Page 15: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB SUB TOPIC:

7.1.3 Peraturan 10:

Penerangan:

Fi bagi pepasangan awam atau persendirian

10. (1) Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan awam, selain

penjanaan yang disebut dalam subperaturan (2), hendaklah kadar tahunan dan

hendaklah pada kadar yang ditetapkan dalam bahagian III Jadual Kedua.

(2) Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan awam untuk

penjanaan elektrik menggunakan tenaga bio jisim, kuasa hidro, kuasa suria, kuasa haba

bumi, kuasa angin, sumber ombak dan air pasang surut dengan kuasa agregat tidak

melebihi 10 MW hendaklah dibayar secara tahunan dan hendaklah pada kadar yang

ditetapkan dalam Bahagian IIIA Jadual Kedua.

(3) Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan persendirian

hendaklah dibayar secara penuh mengikut tempoh sah sesuatu lesen dan hendaklah

pada kadar yang ditetapkan dalam Bahagian 1A Jadual Kedua.

(4) Semua fi yang kena dibayar di bawah subperaturan (1), (2) dan (3) hendaklah

dibayar pada permulaan tahun setiap lesen.

(5) Apa-apa fi yang tetah dibayar sebelum berkuatkuasanya Bahagian 1A, III Dan

IIlA Jadual Kedua tidak boleh dibayar balik.

Soalan

79

Page 16: Akta dan Peraturan Elektrik

Fi yang kena dibayar bagi pengeluaran lesen bagi pepasangan persendirian hendaklah

dibayar secara penuh mengikut tempoh sah sesuatu lesen dan hendaklah pada kadar

yang ditetapkan dalam …………………..

Jawapan

A. Bahagian 1A Jadual pertama

B. Bahagian 1A Jadual kedua

C. Bahagian 1A Jadual ketiga

D. Bahagian 1A Jadual keempat

SUB TOPIC:

80

Page 17: Akta dan Peraturan Elektrik

7.2 BAHAGIAN II (PEPASANGAN)

Penyelian dan Ujian Pepasangan

SUB SUB TOPIC:

7.2.1 Penerangan 11 :

Penerangan:

Kelulusan bagi memulakan pendawaian

11. (1) Tiada pendawaian atau pendawaian semula sesuatu pepasangan atau tambahan

pada pepasangan yang sedia ada boleh dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit

Pendawaian Persendirian tanpa mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada

pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa tiada kelulusan diperlukan bagi tambahan pada

pendawaian yang sedia ada bagi pepasangan domestik jika jumlah arus yang digunakan

pada satu-satu masa oleh pepasangan itu, disebabkan tambahan itu, tidak melebihi

permintaan arus maksimum seperti yang dipersetujui dalam kontrak bekalan antara

pemunya dengan pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan.

(2) Cara menghitung permintaan arus maksimum bagi pepasangan domestik

dalam subperaturan (1) hendaklah seperti yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga.

Soalan

81

Page 18: Akta dan Peraturan Elektrik

Tiada seorang pun boleh memasang apa-apa pendawaian atau persambungan elektrik

pada pendawaian yang ada pada mana-mana premis tanpa terlebih dahulu mendapat

kelulusan………daripada suatu pihak berkuasa bekalan atau pemegang lesen.

Jawapan

A. Menteri.

B. Pengarah.

C. Bertulis

D. Suruhanjaya

SUB SUB TOPIC

82

Page 19: Akta dan Peraturan Elektrik

7.2.2 Peraturan 12 :

Penyeliaan dan penyiapan pepasangan

Penerangan.

12. (1) Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu pepasangan yang menerima

bekalan fasa tunggal daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan, mengikut

mana-mana yang berkenaan, hendaklah di bawah penyeliaan langsung Pendawai

dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga, dan apabila siap pepasangan

itu, Pendawai tersebut hendaklah memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan

Penyiapan.

(2) Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu pepasangan, dikendalikan pada

voltan rendah yang menerima bekalan tiga fasa daripada pemegang lesen atau pihak

berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah di bawah

penyeliaan langsung Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga, dan apabila siap

pepasangan itu, Pendawai itu hendaklah memperakukan Perakuan Penyeliaan dan

Penyiapan.

(3) Bagi maksud peraturan ini dan subperaturan 13(1) dan (2), Pendawai dengan

Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga, mengikut mana-mana yang berkenaan,

hendaklah diambil kerja sepenuh masa oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian

Persendirian.

Soalan

83

Page 20: Akta dan Peraturan Elektrik

Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga, mengikut mana-

mana yang berkenaan, hendaklah diambil kerja sepenuh masa oleh ………………. atau

Unit Pendawaian Persendirian.

Jawapan

A. Tenaga Nasional

B. Menteri

C. Suruhanjaya

D. Kontraktor Elektrik

SUB SUB TOPIC

84

Page 21: Akta dan Peraturan Elektrik

7.2.3 Peraturan13

Penerangan

Ujian pepasangan

13. (1) Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula sesuatu pepasangan atau

tambahan pada pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan 12 (1) itu,

pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau oleh

Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk menguji mana-mana

pepasangan, dan yang hendaklah rnengesahkan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

(2) Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula pepasangan atau tambahan

kepada pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan 12 (2), pepasangan itu

hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk

menguji mana-mana pepasangan, dan yang hendaklah memperakukan Perakuan Ujian

bagi pepasangan itu.

(3) Apabila siap pepasangan atau tambahan kepada pepasangan yang sedia ada

yang dikendalikan pada voltan yang lebih tinggi daripada voltan rendah itu, pepasangan

itu hendaklah diuji oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik, yang diambil kerja sepenuh

masa oleh Kontraktor Perkhidmatan Elektrik dan yang hendaklah mengesahkan

Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

Soalan

85

Page 22: Akta dan Peraturan Elektrik

Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula pepasangan atau tambahan kepada

pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan 12(2), pepasangan itu

hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberikuasa untuk

menguji mana-mana pepasangan, dan hendaklah memperakukan…………… bagi

pepasangan itu.

Jawapan

A. Perakuan Pendaftaran

B. Perakuan kekompetenan

C. Perakuan Ujian

D. Perakuan Syarikat

86

Page 23: Akta dan Peraturan Elektrik

SUB SUB TOPIC

7.2.4 Peraturan 14:

Penerangan

Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian

14. (1) Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12

dan 13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual

Pertama.

(2) Tiada pepasangan, selain daripada dalam peraturan 11, boleh menerima

bekalan elektrik daripada atau diberi bekalan elektrik oleh pemegang lesen atau pihak

berkuasa bekalan sehingga Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian

dikemukakan oleh pemunya atau pengurusan pepasangan itu kepada pemegang lesen

atau pihak berkuasa bekalan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Soalan

87

Page 24: Akta dan Peraturan Elektrik

……………………… dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13

hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual

Pertama.

Jawapan

A. Perakuan Penyeliaan

B. Perakuan Pendaftaran

C. Perakuan kekompetenan

D. Perakuan Ujian

SUB TOPC 7.3

88

Page 25: Akta dan Peraturan Elektrik

RADAS MUDAH ALIH

SUB SUB TOPIC

7.3.1 Peraturan 24.

Radas mudah alih secara am

24. (1) Suatu kabel fleksibel bagi radas mudah alih hendaklah disambungkan kepada

sistem dengan cantuman kekal atau palam dan soket yang dibina dengan sempura.

(2) Suatu radas mudah alih dan kabel fleksibelnya hendaklah dikawal dengan cara

yang berkesan yang diletakkan pada tempat yang sesuai dan berupaya mematikan

radas.

(3) Suatu bahagian logam radas mudah alih yang terdedah hendaklah dibumikan

secara berasingan dan mana-mana penutup logam konduktor hendaklah dibumikan.

(4) Suatu radas mudah alih yang terdedah pada cuaca, atau yang boleh dicapai

oleh mana-mana orang yang biasanya bekerja berhampiran dengan lantai berkonduksi,

hendaklah daripada pembinaan bertebat sepenuhnya atau dibumikan, dan apabila ia

mudah rosak dengan tak sengaja, radas itu hendaklah dilindungi selanjutnya dengan

suatu pengadang yang dibumikan.

(5) Tiada pemegang lampu mudah alih boleh bersambung logam dengan

pengadang lampu atau dengan mana-mana bahagian logam terdedah lain pada lampu

mudah alih yang tidak dibumikan dengan berkesan.

Soalan

89

Page 26: Akta dan Peraturan Elektrik

Mengikut peraturan bagaimankah cara penyambungan antara alat mudahalih dengan

punca bekalan?

Jawapan

A. Menggunakan kabel pendawaian biasa

B. Menggunakan kabel boleh lentur

C. Menggunakan kabel berperisai

D. Menggunakan kabel PVC

SUB SUB TOPIC

90

Page 27: Akta dan Peraturan Elektrik

7.3.2 Peraturan 25

Radas mudah alih di atas kapal korek atau struktur terapung.

25. (1) Suatu lampu pemeriksaan mudah alih yang digunakan di atas kapal korek atau

struktur terapung lain, di ternpat yang biasanya terdedah pada cuaca yang lantainya

boleh menjadi basah, di mana-mana tempat di bawah tanah atau di dalam ruang yang

terkurung seperti di dalam dandang, tangki atau paip, atau di dalam keadaan serupa itu

yang lain, hendaklah dikendalikan pada voltan yang tidak melebihi 50 volt di antara

konduktor-konduktor.

(2) Suatu radas mudah alih yang digunakan dalam apa-apa keadaan yang

diperihalkan dalam subperaturan (1) hendaklah disambungkan pada sesalur mengikut

apa-apa cara supaya voltan ke bumi mana-mana bahagian radas itu tidak melebihi 50

volt.

(3) Suatu radas mudah alih yang sesuai digunakan pada 100 volt boleh digunakan

dan dibekalkan elektrik daripada pengubah yang mempunyai lilitan 100 volt dengan poin

tengah atau poin neutral lilitannya disambungkan ke bumi.

Soalan:

91

Page 28: Akta dan Peraturan Elektrik

Voltan kendalian bagi radas mudah alih diatas kapal korek atau struktur terapung

hendaklah dikendalikan pada voltan ………………. diantara konduktor-konduktor.

Jawapan:

A. 25 volt

B. 45 volt

C. 50 volt

D. 110 volt

SUMMARY

92

Page 29: Akta dan Peraturan Elektrik

Di dalam modul ini pelatih telah mempelajari:

Permohonan bagi pendaftaran pepasangan, Peraturan 3

Peraturan Fee bagi pendaftaran pepasangan, Peraturan 4

Pemeriksaan dan ujian pepasangan, Peraturan 5

Fee pemeriksaan dan ujian pepasangan, Peraturan 6 serta Daftar, Peraturan 6A

Cara Pembatalan Perakuan Pendaftaran, Peraturan 7

lesen yang diperlukan untuk pepasangan awam, Peraturan 8

lesen yang diperlukan untuk pepasangan persendirian, Peraturan 9

Fi yang diperlukan untuk pepasangan awam atau persendirian, Peraturan 10

Mengetahui mengenai Penyeliaan dan Ujian Pepasangan, Peraturan 11

REFERENCES

1. Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (MDC Publisher Sdn

Bhd)

93