peraturan eco challenge inter batalion 2012

13
KEMBARAN A KEPADA UPNM/ J ALK/LEKIR/3076 – ( ) BERTARIKH NOV 2012 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ECO CHALLENGE LASAK INTER BATALION 2012 ANJURAN BATALION LEKIR 1. AM a. Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Eco Challenge Lasak Inter Batalion 2012 anjuran Batalion Lekir. Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan. b. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan patut dan / atau munasabah oleh Jawatankuasa. 2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN a. Penyertaan terbuka kepada Batalion Tuah, Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu dan PALAPES. b. Kesihatan peserta adalah tanggungjawab Batalion masing- masing. c. Komposisi pasukan adalah seperti berikut: i. Peserta Tetap ( 31 orang peserta ) - 1 x Lt M/ PRK/PRM (Ketua Pasukan) - 1 x RSM/KSM/SJN - 3 x Kdt Sjn - 3 x Kdt Kpl - 3 x Pkdt Wanita - 20 x Pkdt Biasa ii. Peserta Simpanan (4 orang peserta) 1

Upload: mat-harzick

Post on 07-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

abc

TRANSCRIPT

KEMBARAN A KEPADA

UPNM/ J ALK/LEKIR/3076 ( )

BERTARIKH NOV 2012SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN

PERTANDINGAN ECO CHALLENGE LASAK INTER BATALION 2012ANJURAN

BATALION LEKIR1.AMa.Peraturan ini diterima pakai untuk Pertandingan Eco Challenge Lasak Inter Batalion 2012 anjuran Batalion Lekir. Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan.b.Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan patut dan / atau munasabah oleh Jawatankuasa.2.SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

a. Penyertaan terbuka kepada Batalion Tuah, Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu dan PALAPES.

b.Kesihatan peserta adalah tanggungjawab Batalion masing-masing.c.Komposisi pasukan adalah seperti berikut:i. Peserta Tetap ( 31 orang peserta )

- 1 x Lt M/ PRK/PRM (Ketua Pasukan)

- 1 x RSM/KSM/SJN

- 3 x Kdt Sjn

- 3 x Kdt Kpl

- 3 x Pkdt Wanita

- 20 x Pkdt Biasaii.Peserta Simpanan (4 orang peserta)

- 1 x Lt M/PRK/PRM (Ketua Pasukan)

- 1 x RSM/KSM/SJN

- 2 x Kdt Sjn

- 2 x Kdt Kpl

- 2 x Pkdt Wanita

- 5 x Pkdt Biasa

iii.Pengecualian peserta mengikut pangkat hanya diberikan kepada batalion Lekiu sahaja.d.Peserta simpanan hanya boleh menggantikan ahli dalam pasukan utama sebelum pemeriksaan awal. Selepas pemeriksaan awal, peserta simpanan tidak dibenarkan untuk menggantikan ahli pasukan sekiranya berlaku sebarang masalah. Komposisi pasukan mestilah berdasarkan syarat seperti perenggan c.e.Hanya peserta yang mendaftar sahaja layak untuk bertanding dalam pertandingan Eco Challenge Inter Batalion 2012 ini. Sebarang pertukaran hendaklah dimaklumkan kepada pihak urusetia sebelum kejohanan dimulakan.f.Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana pasukan sekiranya mana-mana peraturan seperti yang termaktub dalam naskhah ini tidak dipatuhi.3.FORMAT PERTANDINGAN DAN SISTEM PEMARKAHANa.Pertandingan ini akan terbahagi kepada 3 disiplin berbeza yang akan menguji kemahiran dan ketahanan fizikal.b.Undian giliran akan dibuat sehari sebelum pertandingan diadakan.

c.Pasukan pertama akan dilepaskan seawal jam 8.00 pagi. Jarak masa pelepasan setiap pasukan adalah 30 minit.

d.Sebelum pasukan dilepaskan, satu pemeriksaan permulaan akan dibuat bermula jam 7.30 pagi untuk semua pasukan mengikut giliran pertandingan pada hari tersebut .

e.Setiap pasukan akan diberikan barang wajib sebagai beban tanggungan kepada pasukan. Barang wajib tersebut adalah senjata individu Colt M 16 beserta kelopak, 2 x Log Latihan, 3 x Tong Peluru, dan 2 x Tayar Landrover (peralatan disediakan oleh penganjur kecuali senjata persendrian).f.

Markah asas sebanyak 100000 akan diberikan dan penalti akan dikenakan dalam unit saat dan akan ditolak ke masa keseluruhan pertandingan.g.Satu pasukan hanya dapat meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya setelah semua ahli pasukan tiba di border point.

h.Ketua pasukan akan diberikan gelang di setiap borderpoint.i.Bagi peserta yang mengalami kecederaan ringan, ketua pasukan berhak menentukan sama ada ahli pasukannya itu layak untuk meneruskan pertandingan. Namun, jika peserta mengalami kecederaan yang memudaratkan, pengadil atas nasihat pegawai perubatan akan menghentikan penglibatan peserta tersebut.4.PEMERIKSAAN PERMULAAN

a.Sebelum Disiplin 1 dimulakan, satu pemeriksaan awal akan dibuat ke atas semua peserta termasuk peserta simpanan bagi menentukan perkara-perkara berikut:

b.Peserta dalam pasukan adalah sama dengan senarai peserta yang didaftarkan. Pemeriksaan kad pengenalan, BAT C10 ataupun BAT C20 akan dijalankan.

c.Peserta mestilah memakai pakaian lengkap semasa pemeriksaan seperti di Lampiran 1.d.Semua peserta wajib memakai nombor tag peserta yang telah disediakan oleh pihak penganjur yang ditampal di pack dan di sebelah kanan seluar.e.Botol air mestilah berisi penuh semasa pemeriksaan dilakukan.f.

Sekiranya peserta gagal melepasi pemeriksaan awal, penalti akan dikenakan kepada setiap individu yang gagal dalam pasukan tersebut. 5.MERENTAS DESAa. Bagi disiplin ini, pasukan dikehendaki merentas desa dengan berlari atau berjalan laju mengikut laluan yang telah ditetapkan merangkumi jalan raya dan bukit sejauh 7 km.b.Peserta akan bermula dari padang UPNM. Semua pasukan akan melalui laluan jalan raya yang masih bertrafik sederhana pada peringkat awal. c.Peserta dikehendaki melalui checkpoint untuk pengesahan bahawa peserta telah sampai ke setiap checkpoint yang ditetapkan sepanjang laluan disiplin merentas desa untuk mendapat gelang di border point disiplin ini. Terdapat 8 checkpoint yang akan ditetapkan di lokasi-lokasi tertentu bagi mengelakkan peserta menggunakan jalan pintas sepanjang disiplin ini.

d.Sepanjang disiplin ini, peserta akan membawa barang wajib iaitu 2x tayar landrover, 2 x tong peluru dan 2 x log. Peserta bebas untuk menggunakan apa jua cara untuk membawa barang wajib tersebut sehingga ke penamat tanpa menggunakan bantuan luar dan merosakkan barang tersebut.

e.Setiap barang yang tercicir mesti dikutip sama ada oleh pemilik sendiri atau peserta yang lain dalam satu pasukan.f.Jumlah masa yang ditetapkan untuk menamatkan disiplin 1 adalah satu jam (1 jam). Markah penalti akan dikenakan sebanyak 1 markah bagi setiap saat kelewatan dari tempoh yang ditetapkan.g.Markah penalti akan dikenakan kepada pasukan berdasarkan kesalahan-kesalahan berikut:

BILKESALAHANMARKAH PENALTI

1.Tidak membawa log latihan.1000 sebatang

2.Tidak membawa tayar landrover.1000 sebiji

3.Tidak membawa tong peluru.1000 setiap satu

4.Kehilangan webbing set.300 seunit

5.Kehilangan begpack.700 seunit

6.Anggota yang tidak dapat meneruskan pertandingan.2000 seorang

6.MERENTAS HALANGANa.Setiap peserta dikehendaki melintasi semua halangan yang ditetapkan iaitu 11 jenis halangan seperti Trevina, Piramid, Ramp, Tembok 6 Kaki, Titian Gantung, Tangga Kambing, Balancing, Lompat Lubang 5 Kaki, Tapak Gajah, Tembok 10 Kaki, dan Kawat Berduri. b.Peserta akan meninggalkan barang wajib ditempat yang disediakan.c.Peserta perlu berpakaian lengkap medan (PLM) sepanjang tahap ini.d.Peserta perlu memakai bagpack semasa merentas halangan kecuali pada halangan Trevina peserta dibenarkan mendapat bantuan daripada ahli pasukan sendiri.e.Peserta diberi 3 kali peluang untuk melepasi halangan secara individu.f.Peserta yang gagal melepasi halangan akan dikenakan penalti sebanyak 300 markah.g.Peserta dilarang sama sekali mendarat di sebelah tepi kiri / kanan halangan dan dikira tidak melepasi halangan jika tidak mengulangi semula halangan.h.Peserta yang tidak dapat meneruskan acara akan dikira gagal melepasi halangan dan akan dikenakan penalti sebanyak 300 markah.i.Peserta yang melepasi halangan ini tanpa menaiki halangan ini sama ada berjalan mahupun berlari di sebelah kiri/kanan halangan akan dikira gagal melepasi halangan dan dikenakan penalti 300 markah.j.Peserta perlu mengambil perhatian perkara tersebut semasa merentasi halangan:

i.Pagar Kayu Peserta perlu melepasi halangan ini dengan cara memanjat atau melangkah dan dilarang sama sekali melepasi halangan dengan bantuan.

ii.Gate Wall

(1)Peserta perlu melepasi halangan ini dengan cara memijak palang di tengah halangan bagi melepasi halangan tersebut.

(2)Peserta dilarang memberi bantuan kepada peserta yang lain

(3)Peserta adalah dilarang menanggalkan bagpack ketika melakukan halangan ini.

iii.Trevina(1)Peserta perlu melepasi halangan ini dengan cara bergayut dan dilarang sama sekali melepasi halangan ini dengan melalui bahagian atas halangan.(2)Peserta yang sudah berjaya melepasi halangan ini dilarang sama sekali berpaut pada tiang asas untuk membantu peserta lain. (3)Hanya peserta wanita boleh diangkat untuk memegang palang pertama sahaja. iv.Pyramid

(1)Peserta dikehendaki melepasi halangan ini dengan cara berjalan atau berlari di atas halangan ini.

(2)Peserta dilarang memberi bantuan atau dibantu semasa melakukan halangan ini.

v.Ramp Peserta perlu melepasi halangan ini dengan cara berlari atau berjalan dan melompat turun tanpa menggunakan apa-apa jua objek sebagai tongkat.vi.Tembok 6 Kaki(1)Sekiranya sebahagian anggota badan peserta melepasi tembok sisi, peserta akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.(2)Bantu - membantu tidak dibenarkan kecuali peserta wanita dibenarkan dibantu dengan membuat tangga menggunakan kaki sahaja. Sekiranya berbuat sedemikian peserta yang membantu dan dibantu akan dikenakan penalti sebanyak 150 markah.(3)Peserta juga dilarang sama sekali untuk duduk/ berdiri diatas tembok dan akan dikenakan penalti 150 markah.

vii.Terowong

(1)Peserta boleh melalui halangan ini dengan menggunakan teknik merangkak yang telah dipelajari.

(2)Peserta dilarang sama melutut atau membongkokkan badan semasa melalui halangan ini.(3)Sekiranya terdapat peralatan yang tertinggal sama ada sebelum atau di dalam halangan ini, peserta hendaklah mengulangi halangan ini.

viii.Titian Gantung(1)Peserta yang merentasi halangan dengan memegang tiang asas perlu mengulangi semula halangan.(2)Sekiranya peserta menahan titi gantung ketika rakan sedang melaluinya, peserta tidak dikira melepasi halangan dan perlu mengulangi semula halangan.

ix.Tangga Kambing

(1)Peserta perlu melalui halangan ini dengan memijak anak tangga tanpa menggunakan apa-apa objek sebagai tongkat.

(2)Peserta tidak boleh membantu atau dibantu, termasuk peserta wanita.

x.Balancing

(1)Peserta hendaklah berlari atau berjalan di atas halangan ini.

(2)Peserta tidak boleh membantu atau dibantu oleh peserta lain.

(3)Peserta lelaki dikehendaki melalui halangan tengah atau kiri manakala peserta wanita boleh melalui mana-mana halangan.

(4)Peserta hendaklah melompat turun dari halangan tanpa menggunakan apa-apa objek sebagai tongkat.xi.Tapak Gajah - Untuk melepasi halangan ini, peserta dikehendaki memijak tiang yang telah disediakan.

xii.Kawat Berduri(1)Untuk melepasi halangan ini, peserta dikehendaki merangkak di bawah kawat tersebut dan peserta dikira melepasi halangan ini setelah berjaya merangkak sehingga ke hujung halangan.(2)Jumlah masa yang ditetapkan untuk menamatkan disiplin 2 adalah satu jam (1 jam). Markah penalti akan dikenakan sebanyak 1 markah bagi setiap saat kelewatan dari tempoh yang ditetapkan.

7.BERKAYAKa.Bagi disiplin ini, peserta dikehendaki berkayak sejauh 800 meter di Pusat Marin UPNM.

b.Peserta dikehendaki menanggalkan dan membuka pack, webbing set serta combat boot/ spike boot dan diletakkan di tempat yang disediakan dan diwajibkan memakai jaket keselamatan. Jaket keselamatan mestilah diikat dengan teknik yang betul dan kuat supaya tidak tertanggal dari badan peserta sewaktu berada di air.

c.Peserta akan dilepaskan setelah berkumpul di dalam tempat pelepasan.

d.Peserta dikehendaki mengambil pendayung serta jaket keselamatan dari tempat yang disediakan ke garisan permulaan.

e.Kayak terbahagi kepada dua iaitu kayak perseorangan dan kayak bergu. Kayak perseorangan hanya dibenarkan digunakan oleh ketua pasukan sahaja dan kayak bergu digunakan oleh peserta lain.

f.Jika seseorang peserta itu didapati dengan sengaja merosakkan peralatan berkayak seperti kayak, jaket keselamatan, pendayung dan sebagainya, peserta akan dikenakan penalti sebanyak 200 markah.

g.Peserta mestilah berkayak melalui laluan yang telah ditetapkan iaitu diluar pelampung yang telah diletakkan di setiap penjuru tasik.

h.Setelah sampai ke garisan penamat, peserta dikehendaki meletakkan semula jaket keselamatan dan pendayung di tempat yang telah disediakan.

i.Jika pendayung rosak sewaktu berada di atas air, peserta boleh meminta pendayung gantian pada bot penyelamat.

j.Pertukaran kayak dan peserta di atas permukaan tasik adalah dilarang sama sekali. Sebarang pertukaran hanya boleh dibuat di garisan permulaan.

k.Berikut adalah senarai kesalahan dan penalti:BIL.KESALAHANPENALTI

1.TIDAK BERKAYAK2000 seorang

2.GAGAL MELETAKKAN SEMULA PENDAYUNG DAN JAKET KESELAMATAN DI TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN200

3.TIDAK MENGIKUT LALUAN YANG DITETAPKAN600

4.MEMBUKA JAKET KESELAMATAN SEMASA BERKAYAK300

5.GAGAL MENAMATKAN ACARA2000 seorang

6.MEROSAKKAN PERALATAN KAYAK DAN SEBAGAINYA DENGAN SENGAJA200

9.PEMERIKSAAN AKHIRa.Setiap pasukan akan menjalani pemeriksaan akhir setelah menamatkan pertandingan.a. Sejurus selepas melintasi garisan penamat, pasukan akan dikumpulkan di satu kawasan bagi pemeriksaan secara terperinci tentang setiap peralatan yang sepatutnya dibawa.c.Markah penalti akan dikenakan sekiranya terdapat mana-mana peserta yang gagal menunjukkan barangan yang diperlukan semasa pemeriksaan.d.Senarai barangan yang akan diperiksa adalah seperti di Lampiran 2.e.Masa yang diperuntukkan bagi menamatkan kesemua disiplin adalah 2 jam 30 minit.

f.Setiap kelewatan dari masa yang ditetapkan, 1 markah akan ditolak bagi setiap saat kelewatan.

g.Sekiranya pasukan dapat menamatkan acara lebih awal dari masa, 1 markah akan diberikan bagi setiap saat.

10.PAKAIAN DAN PERALATANa.Setiap peserta diwajibkan memakai Pakaian Lengkap Medan (PLM) celoreng yang diluluskan oleh Jawatankuasa Latihan Tentera Darat (JKLTD) bagi Pegawai Kadet dan PALAPES. Pakaian dan peralatan tersebut hendaklah dipakai dengan betul sebagaimana yang ia sepatutnya dipakai. Markah penalti akan dikenakan jika peralatan-peralatan ini gagal ditunjukkan semasa pemeriksaan.b.Senarai penuh PLM dan kelengkapan disertakan dengan markah penalti adalah seperti di Lampiran 2.11.PENENTUAN KEDUDUKAN KESELURUHAN a.Markah asas bagi setiap pasukan adalah 100,000 markah.b.Markah penalti bagi semua peringkat akan dicampur dan ditolak dari markah asas. Pasukan yang mendapat markah paling tinggi akan dikira sebagai pemenang. Pasukan yang mendapat markah kedua tertinggi akan mendapat tempat kedua dan seterusnya.c.Jika terdapat persamaan, maka pemenang akan ditentukan melalui pasukan yang mencatat masa terpantas keseluruhan pertandingan akan dikira sebagai pemenang.

12.RAYUAN/BANTAHAN KEPUTUSANa. Sebarang jenis rayuan yang dibuat mestilah berpandukan kepada syarat dan peraturan yang telah termaktub.b. Setiap rayuan perlulah melampirkan bukti kukuh dan wang pertaruhan sebanyak RM 500.00.c.Hanya pengurus pasukan sahaja boleh mengemukakan rayuan bertulis berserta bukti-bukti yang merangkumi gambar atau dokumen berkaitan sebelum keputusan tidak rasmi 30minit.d.Sekiranya rayuan/bantahan tersebut didapati betul, wang cagaran akan dikembalikan dan jika didapati sebaliknya, wang tersebut tidak akan dikembalikan.

e.Panel rayuan akan terdiri daripada individu-individu yang dilantik oleh pihak penganjur.Lampiran 1

PAKAIAN LENGKAP SEMASA PEMERIKSAAN MULA DAN AKHIRLampiran 2SENARAI PERALATAN, KUANTITI DAN MARKAH PENALTI PERTANDINGAN ECO CHALLENGE INTER BATALION 2012BILPERALATANKUANTITIMARKAH PENALTI

(a)(b)(c)(d)

1.PAKAIAN

a.Baju Celoreng150

b.Seluar Celoreng150

c.Combat Boot150

d.Disc Pengenalan150

e.T-Shirt Inner Loreng150

f.Sarung Kaki Kelabu / Hijau / biru (di issue)150

2.ALATAN WEBBING

a.Tali Pinggang150

b.Brasses150

c.PouchesKiri150

d.Pouches Kanan

e.Sarung Botol150

f.Botol Air ( berisi penuh semasa pemeriksaan awal)150

g.Mes Cup150

3.PACK

a.Pack 150

b.Pakaian Celoreng150

c.T-Shirt Loreng150

d.Seluar PT150

e.Seluar Dalam150

f.Tuala Mandi150

g.Sarung Kaki150

h.Ponco 150

i.Kasut Sukan150

j.Mes Tin (1 set)150

k.Sudu dan Garfu bersaiz besar (sudu plastik tidak dibenarkan)150

l.Pencukur150

m.Berus Gigi + Ubat Gigi ( tidak kurang 75 gram) + Sabun ( Standard size, sabun hotel tidak dibenarkan)150

n.Kiwi Kecil berisi Penuh dan Berus bersaiz sederhana150

4.PERALATAN TAMBAHAN

a.Log 21000 sebatang

b.Tong Peluru41000 setiap satu

c.Tayar Land Rover21000 sebiji

9