peraturan dan keselamatan makmal

Upload: mohd-amin

Post on 02-Mar-2016

123 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

peraturan keselamatan makmal

TRANSCRIPT

  • SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    19

    TAJUK 2 Peraturan dan Keselamatan Makmal

    2.0 SINOPSIS

    Tajuk ini membincangkan peraturan dan keselamatan makmal sains, dan

    merangkumi aspek-aspek seperti peraturan dan undang-undang makmal, jenis-

    jenis kecederaan dan prosedur pertolongan cemas, pencegahan kecederaan

    dan kemalangan, jenis-jenis kebakaran, dan pengunaan pelbagai jenis alat

    pemadam kebakaran.

    2.1 HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir tajuk ini anda seharusnya dapat

    1. menyediakan peraturan makmal sains untuk setiap pelajar supaya

    memastikan keselamatan mereka semasa di makmal.

    2. mengenalpasti jenis-jenis kecederaan dan melaksanakan prosedur

    pertolongan cemas bagi kecederaan tersebut.

    3. mengenalpasti cara mencegah kecederaan dan kemalangan dalam makmal

    sains.

    4. mengenalpasti jenis-jenis kebakaran dan pemadam api yang sesuai

    digunakan.

  • SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    20

    2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

    2.3 PENGENALAN

    Keselamatan di makmal merupakan tanggungjawab semua pihak dari pengetua

    ke pelajar sendiri supaya mengelakkan serta mengurangkan segala kemalangan

    akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara bahaya yang boleh terjadi

    di dalam makmal sains ialah letupan, kebocoran gas, kebakaran, kejutan elektrik,

    dan kebocoran bahan kimia.

    2.4 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MAKMAL

    Semua pengguna makmal sains perlu mematuhi peraturan supaya pada setiap

    masa makmal sains menjadi suatu tempat yang selesa dan selamat. Ini juga

    akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam makmal

    menjadi lebih efektif (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999)

    Peraturan dan Keselamatan

    Makmal

    Peraturan dan undang-undang

    makmal

    Jenis-jenis kecederaan &

    prosedur pertolongan

    cemas

    Pencegahan kecederaan dan

    kemalangan

    Jenis-jenis kebakaran

    Peti Pertolongan Cemas

  • SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    21

    Semua pengguna makmal sains perlu mematuhi peraturan berikut:

    Makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk atau disimpan dalam

    makmal sains dan bilik persediaan.

    Kebenaran guru haruslah diperolehi sebelum memasuki makmal sains

    dan bilik persediaan.

    Semua peralatan dan bahan sains hendaklah dikembalikan ke tempat

    asalnya setelah digunakan.

    Guru yang mengendalikan kelas amali di makmal sains tidak boleh

    meninggalkan kelas berkenaan tanpa sebarang pengawasan.

    Semua pengguna makmal haruslah sentiasa memakai kot makmal dan

    kasut semasa berada dalam makmal sains dan bilik persediaan.

    Pengguna makmal sains hendaklah memakai gogal semasa menjalankan

    eksperimen kimia dan eksperimen yang boleh mencederakan mata.

    Alat dan bahan sains dibenarkan dibawa keluar dari bilik makmal sains

    hanya dengan kebenaran guru sains.

    Segala kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada

    guru, Guru Kanan Sains dan Pengetua serta dicatat dalam Buku Rekod

    Kemalangan.

    Kebersihan makmal sains dan bilik persediaan perlu dijaga pada setiap

    masa.

    Bilik persediaan tidak boleh dijadikan sebagai tempat rehat atau rekreasi.

    Apakah peraturan makmal sains yang anda boleh sediakan untuk

    setiap pelajar supaya memastikan keselamatan mereka semasa di

    makmal?

  • SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    22

    2.5 JENIS-JENIS KECEDERAAN DAN PROSEDUR PERTOLONGAN

    CEMAS

    Jenis

    kecederaan Prosedur pertolongan cemas

    Selar dan lecur Selar kebakaran

    Sejukkan selar dengan air sejuk yang banyak selama 10

    minit atau lebih.

    Jangan sekali-kali cucuk lepuh pada kulit

    Tutup luka dengan kain kasa yang steril untuk

    mengelakkan jangkitan.

    Hantar ke hospital.

    Selaran bahan kimia

    Tanggalkan barang kemas dan pakaian yang telah

    dicemari.

    Basuh bahagian badan yang berkenaan dengan air

    yang banyak.

    Dapatkan bantuan perubatan.

    Luka,

    kecederaan dan

    keretakan tulang

    Keluarkan kotoran atau kaca dan basuh di bawah air

    yang mengalir.

    Balut dengan kain kasa yang steril, kering dan bersih.

    Hantar ke hospital untuk jahitan atau suntikan anti-

    tetanus jika perlu.

    Jika pendarahan yang berlebihan berlaku, ia mesti

    dihentikan sebelum bantuan boleh diberikan

    Kecederaan

    mata

    Basuh mata dengan air yang banyak

    Jangan lupa membantu/membimbing pelajar kerana

    beliau sedang menghadapi kesulitan melihat

    Hantar pelajar ke hospital

    Kejutan elektrik Putuskan bekalan kuasa elektrik dengan menutup suis

    atau mencabut keluar palam.

    Guna sebatang kayu panjang untuk mengasingkan

    badan mangsa daripada punca elektrik

    Berikan pertolongan cemas dan rawatan yang

    diperlukan mengikut keadaan.

  • SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    23

    Jenis

    kecederaan Prosedur pertolongan cemas

    Hantar mangsa ke hospital

    Pengsan Baringkan mangsa di kawasan terbuka

    Pastikan mangsa mendapat bekalan udara yang segar

    dan banyak. Buka tingkap di sekeliling jika perlu

    Longgarkan pakaian mangsa

    Jika mangsa terasa hendak pengsan semula, letakkan

    kepalanya antara lututnya. Suruh mangsa supaya

    menarik nafas secara mendalam

    Sengatan

    serangga

    Keluarkan sengat pada kulit dengan menggunakan

    penyepit

    Kenal pasti punca gigitan

    Gunakan tuaman sejuk untuk melegakan kesakitan dan

    mengurangkan bengkak

    Dapatkan bantuan perubatan sekiranya beracun

    Keracunan Jika di dalam mulut, meludah keluar dengan serta-merta

    dan basuh mulut dengan air yang banyak, dan

    kemudian dapatkan bantuan perubatan

    Jika tertelan, berikan 2-4 gelas air atau susu serta-merta

    dan paksa mangsa memuntah. Panggil doktor dengan

    segera

    Jangan paksa muntah jika keracunan adalah

    disebabkan oleh asid atau alkali yang kuat atau

    hidrokarbon atau apabila mangsa mengalami konvulsi.

    Panggil doktor dengan segera

    Jika terhidu racun, bawakan pesakit ke tempat yang

    berudara segar. Beri oksigen sekiranya ada alat

    pernafasan

    Kandungan Peti Pertolongan Cemas

    Pembalut pelbagai saiz

    Kain kasa steril

    Kapas

    Plaster

  • SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    24

    Satu botol analgesik (e.g: Aspirin)

    Satu tuala dan sabun

    Suatu botol pembasuh mata

    Suatu antiseptik (Larutan iodin)

    Sepasang gunting berhujung tumpul

    Pin

    Forsep kecil

    Sila rujuk Persatuan Bulan Sabit Merah mengenai cara memberi

    bantuan pertolongan cemas kepada pelajar yang telah pengsan di

    sains makmal anda.

    2.6 PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN KEMALANGAN

    Gunakan peralatan perlindungan diri yang sesuai, seperti gogal.

    Pastikan lantai tidak licin

    Tiada pemasangan yang menonjol dari dinding ke dalam ruang berjalan

    Tempat yang sesuai untuk penyimpanan barang-barang pelajar

    Tingkap boleh diakses dengan mudah

    Semua sesalur utama bagi kawalan gas, air dan elektrik mudah diakses

    oleh guru-guru

    Bekas sisa yang dilabel dengan jelas perlu disediakan untuk kaca pecah,

    bahan kimia dan biologi.

  • SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    25

    2.7 JENIS-JENIS KEBAKARAN

    Kelas Jenis Kebakaran Pemadam Api Yang

    Sesuai Catatan

    A Kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah bakar

    Selimut api, pasir dan air. Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan sebuk kering.

    Jangan guna air di tempat yang ada suis dan peralatan elektrik.

    B Kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain

    Karbon dioksida, busa dan serbuk kering.

    Jangan sekali-kali menggunakan air untuk memadam.

    C Kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.

    Karbon dioksida dan serbuk kering.

    Putuskan bekalan kuasa elektrik sebelum menangani kebakaran.

    D Kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium.

    Serbuk kering atau pasir

    Air atau karbon dioksida tidak boleh digunakan.

    Secara umumnya, terdapat empat kelas api. Alat pemadam api dilabelkan

    berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf" yang piawai bagi setiap kelas

    api yang dapat dipadam

    Langkah Mudah Menggunakan Alat Pemadam Api:

    Cabutkan Pin

    Halakan nozel ke pangkal (base) api

    Tekan tuil (lever)

    Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan

  • SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    26

    Poster Teknik Menggunakan Alat Pemadam Api

    (Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:

    http://www.bomba.gov.my/index.php?lang=bm )

    Layari Internet

    Layari laman web rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada

    http://www.bomba.gov.my/index.php?lang=bm untuk mendapat maklumat lanjut

    mengenai keselamatan kebakaran.

  • SCE3112 : Pengurusan Makmal Sains dan Sumber

    27

    Tutorial

    Kebanyakan kemalangan dan kecederaan berlaku kerana kejahilan dan

    kelalaian manusia semasa menjalankan aktiviti sains. Tugas anda ialah:

    1. Senaraikan semua kes kecederaan dan kemalangan yang telah berlaku di

    makmal sekolah anda sejak tiga tahun yang lepas. Kemudian tentukan

    apakah kecederaan dan kemalangan yang paling kerap berlaku dan

    cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini.

    2. Senaraikan bahan-bahan pertolongan cemas yang terdapat di makmal sains

    sekolah anda. Dengan menggunakan contoh-contoh tertentu, bincangkan

    kepentingan penyenggaraan barang-barang tersebut.

    .