peraturan bilik darjah

2
PERATURAN BILIK DARJAH 1. Semua murid diminta berada di kelas masing-masing sebelum waktu pelajaran bermula. 2. Murid-murid hendaklah patuh dan melaksanakan tugas membersih, menyusun dan mengemas bilik darjah mengikut jadual kerja masing-masing. 3. Tugas dan tanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan bersih, selesa dan ceria secara berterusan adalah menjadi tanggungjawab bersama. 4. Apabila hendak ke Makmal Sains, Perpustakaan, Padang, Bilik KHB, Surau dan Dewan, murid-murid hendaklah keluar dalam keadaan berbaris. 5. Murid-murid tidak dibenarkan ponteng atau keluar kelas tanpa kebenaran guru. 6. Pemakaian murid hendaklah sesuai dengan aktiviti iaitu dengan memakai pakaian yang dibenarkan pihak sekolah sahaja. 7. Makan atau minum di dalam kelas merupakan kesalahan dan tidak sopan semasa guru mengajar. 8. Sentiasa memastikan suiz lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan kelas. 9. Berada di dalam kelas semasa rehat dan selepas waktu persekolahan tidak dibenarkan sama sekali. 10. Murid dilarang menconteng dinding, meja, kerusi, papan kenyataan dan papan tulis. 11. Murid dilarang tidur, membuat bising dan mengganggu rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.

Upload: shahrizan-mohd-sapie

Post on 07-Feb-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sekolah menengah

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN BILIK DARJAH

PERATURAN BILIK DARJAH

1. Semua murid diminta berada di kelas masing-masing sebelum waktu pelajaran bermula.

2. Murid-murid hendaklah patuh dan melaksanakan tugas membersih, menyusun dan mengemas bilik darjah mengikut jadual kerja masing-masing.

3. Tugas dan tanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan bersih, selesa dan ceria secara berterusan adalah menjadi tanggungjawab bersama.

4. Apabila hendak ke Makmal Sains, Perpustakaan, Padang, Bilik KHB, Surau dan Dewan, murid-murid hendaklah keluar dalam keadaan berbaris.

5. Murid-murid tidak dibenarkan ponteng atau keluar kelas tanpa kebenaran guru.

6. Pemakaian murid hendaklah sesuai dengan aktiviti iaitu dengan memakai pakaian yang dibenarkan pihak sekolah sahaja.

7. Makan atau minum di dalam kelas merupakan kesalahan dan tidak sopan semasa guru mengajar.

8. Sentiasa memastikan suiz lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan kelas.

9. Berada di dalam kelas semasa rehat dan selepas waktu persekolahan tidak dibenarkan sama sekali.

10. Murid dilarang menconteng dinding, meja, kerusi, papan kenyataan dan papan tulis.

11. Murid dilarang tidur, membuat bising dan mengganggu rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.

12. Tidak dibenarkan membawa masuk barangan larangan atau alat tajam seperti pisau, gunting, pembaris besi dan lain-lain alat berbahaya kecuali atas arahan guru.