peraturan bilik darjah

8
Tema: Peraturan dan Rutin Bilik Darjah Tajuk: Peraturan mampu menyelesaikan masalah disiplin murid dalam bilik darjah Definisi Menurut buku Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah karya Haliza Hamzah,Joy Nesamalar Samuel, peraturan membawa maksud kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Peraturan bilik darjah ini adalah merupakan aspek yang fleksibel dan boleh dibentuk di dalam kelas melalui persetujuan daripada guru dan murid agar pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar. Dalam sesebuah institusi persekolahan disiplin memainkan peranan pentingdalam pembentukan sahsiah murid. Kamus Dewan(2005) memberi definisi bahawa disiplin sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiridan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih sesorang supayaberkelakuan baik, kepatuhan kepada peraturan yang ditetapkan, hukuman ataudenda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan. Bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah dimana sekumpulan murid mengikuti belajar sesuatu mata pelajaranyang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupimurid- murid dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu samalain didalamnya. Kebanyakkan masalah disiplin sebenarnya bermula di bilik darjah. Antara contoh-contoh masalah disiplin yang kerap 1

Upload: michael-l-king

Post on 12-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sharing

TRANSCRIPT

Page 1: peraturan bilik darjah

Tema: Peraturan dan Rutin Bilik Darjah

Tajuk: Peraturan mampu menyelesaikan masalah disiplin murid dalam bilik darjah

Definisi

Menurut buku Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik Darjah karya Haliza Hamzah,Joy

Nesamalar Samuel, peraturan membawa maksud kenyataan yang memaklumkan tingkah laku

yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu bentuk

peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Peraturan bilik darjah ini adalah

merupakan aspek yang fleksibel dan boleh dibentuk di dalam kelas melalui persetujuan

daripada guru dan murid agar pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar.

Dalam sesebuah institusi persekolahan disiplin memainkan peranan pentingdalam

pembentukan sahsiah murid. Kamus Dewan(2005) memberi definisi bahawa disiplin sebagai

latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiridan patuh pada tatatertib,

peraturan yang ditetapkan untuk melatih sesorang supayaberkelakuan baik, kepatuhan kepada

peraturan yang ditetapkan, hukuman ataudenda kerana melanggar sesuatu peraturan yang

ditetapkan.

Bilik darjah ialah bilik-bilik di sekolah dimana sekumpulan murid mengikuti belajar

sesuatu mata pelajaranyang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak

semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi

mencakupimurid- murid dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu

samalain didalamnya. Kebanyakkan masalah disiplin sebenarnya bermula di bilik darjah. Antara

contoh-contoh masalah disiplin yang kerap berlaku di bilik darjah ialahponteng, bising, tidak

hormat kepada guru dan sebagainya.

Pengenalan

Secara umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih

memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan

respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada

peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran

pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan

prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik

darjah. Melalui perkara tersebut juga, dapat melicinkan pengurusan bilik darjah dengan lebih

baik lagi. Dalam pada itu, melalui peraturan bilik darjah juga guru dapat mengawal para pelajar

1

Page 2: peraturan bilik darjah

daripada melakukan gangguan ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu,

dapat mengawal perlakuan yang tidak diinginkan oleh guru dan pelajar yang boleh mencetus

kepada hilang kawalan dalam pengurusan bilik darjah.

Huraian

Melalui pengalaman kita sendiri, kita dapat melihat senario perkembangan pendidikan

dari bangku prasekolah sehingga ke peringkat sekolah menengah di mana setiap kelas yang

kita jalani telah ditetapkan peraturannya dan ada beberapa aspek yang berlainan. Hal ini

disebabkan oleh peraturan yang dibentuk ini ialah berdasarkan keperluan murid di dalam

sesebuah kelas. Guru yang berkesan akan membentuk peraturan mengikut keperluan pelajar

bagi memastikan murid mendapat pengalaman pembelajaran yang berkualiti tanpa kekangan.

Peraturan bilik darjah yang berkesan juga haruslah menghasilkan persekitaran bilik

darjah yang kondusif. Dengan ini, murid-murid dapat memberi perhatian semasa proses P&P

dijalankan. Peraturan yang dibentuk bukan bertujuan untuk menghukum namun bagi

mengurangkan gangguan dan meningkatkan kualiti hasil pembelajaran. Melalui cara inilah

pembelajaran dapat dilaksanakan secara teratur dan lancar.

Salah satu cara efektif dalam pengurusan disiplin bilik darjah ialah guru boleh

mewujudkan peraturan tersendiri dalam mengawal tingkah laku di dalam bilik darjah. Ia sejajar

dengan model pengurusan disiplin yang dicadangkan oleh Lee Canter. Beliau mencadangkan

konsep disiplin asertif. Menurut model ini guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-

peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah

ditetapkan. Peraturan bilik darjah yang sistematik akan mewujudkan bilik darjah yang kondusif,

semangat kekitaan, menjimatkan masa dan tenaga guru. Guru yang bagus akan menetapkan

set peraturan tersendiri pada hari pertama memasuki bilikdarjah semasa melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Peraturan ini mesti dipatuhi dan perlaksanaan sistem

ganjaran dan hukuman dibuat dan dipantau secara konsisten dan tegas. Ketegasan dalam

menangani sesuatu masalah menyebabkan murid mempunyai perasaan takut kepada guru

mereka dan tidak berani melakukan kesalahan disiplin di dalam bilik darjah semasa

pengajarannya. Murid-murid yang memasuki sekolah rendah harus diberi panduan untuk

membantu mereka memperkembangkan tingkah laku mereka yang diharapkan oleh

pihaksekolah. Oleh itu, guru yang berkredibiliti akan membentuk peraturan di dalam bilik

darjahnya agar dapat mengurangkan gangguan, sebaliknya meningkatkan pembelajaran.

2

Page 3: peraturan bilik darjah

Peraturan yang ditetapkan akan mengurangkan kekeliruan dalam bilik darjah,

meningkatkan pengarahan dan masa pembelajaran, menjadi panduan kepada murid untuk

memperolehi kemahiran tingkah laku di dalam bilik darjah yang baik, memberikan fokus kepada

tingkah laku yang diharapkan, membolehkan murid untuk menyesuaikan diri mereka terhadap

harapan guru, serta membolehkan pengajaran berfungsi dengan berjaya. Peraturan boleh

membantu menjadikan suasana bilik darjah yang teratur, selamat dan tenang. Peraturan dan

membantu murid-murid untuk mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran. Dengan

adanya peraturan bilik darjah ia akan menjadi panduan kepada murid untuk mematuhinya dan

melaluinya ia mengelakkan sebarang masalah disiplin

Di samping itu, guru juga harus melibatkan pelajar semasa membentuk peraturan di

kelas. Melalui cara ini amalan demokrasi akan dapat diterapkan di dalam kelas. Murid

berpeluang untuk menyatakan pendapat dan buah fikiran di mana pelajar akan berasakan diri

mereka sebahagian daripada bilik darjah dan bukan hanya pemerhati. Peraturan yang

bermakna dan dipersetujui akan membantu membentuk disiplin yang memberangsangkan.

Apabila guru memberi penerangan tentang peraturan di dalam bilik darjah, ayat

peraturan haruslah pendek dan senang untuk difahami. Ayat yang ringkas akan memudahkan

murid untuk memahami mesej yang disampaikan dan mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

Para murid boleh mengingati peraturan sampai bila-bila masa. Guru boleh menggunakan kata-

kata kunci yang penting untuk membantu murid-murid mengingati perkara-perkara yang telah

disebutkan. Oleh itu, murid-murid boleh mengetahui kesan-kesan melakukan masalah disiplin.

Mereka boleh menjadi jelas kepada peraturan yang telah ditetapkan.

Selain itu, apabila murid melanggar peraturan yang telah ditetapkan, hukuman harus

diberikan. Ini kerana apabila hukuman dijalankan, maka tingkah laku itu akan menjadi menjadi

semakin lemah apabila hukuman dikenakan. Hukuman adalah sesuatu yang berlainan jika

dibandingkan dengan peneguhan negatif. Dalam mengatasi masalah disiplin juga, Skinner

menyarakan agar guru hendaklah mengenal pasti tingkah lakubermasalah yang ditonjolkan oleh

murid dalam bilik darjah. Selain itu, beliau juga menekankan bahawa peneguhan positif hanya

diberi selepas perubahan tingkahlaku negatif kepada positif, mengikut matlamat tahap

pencapaian yang ditetapkan. Oleh itu, sebagai seorang pemimpin atau guru yang demokratik di

dalam bilik darjah, jika seorang murid melakukan sebarang kesalahan pada masa pertama

mereka seharusnya diberi teguran, amaran, perbincangan & penjelasan mengenai akibat jika

kesalahan diulang. Dengan ini murid serba sedikit akan memahami tentang keperluan tingkah

3

Page 4: peraturan bilik darjah

laku positif dan akan cuba mengelakkanya. Ia akan memberi masa kepada murid dan peluang

untuknya untuk berfikir supaya berkelakuan serta menampilkan disiplin diri yang baik pada

masa hadapan. Pada masa yang sama, guru berusaha mencari punca berlakunya masalah

disiplin.

Akhir sekali, guru hendaklah melakukan pemantauan yang berterusan bagi memastikan

murid-murid mematuhi peraturan dengan melalui pemerhatian terhadap tingkah laku murid

untuk membendung masalah disiplin. Pemantauan melibatkan proses memerhati atau

menyemaksesuatu perkara dari semasa ke semasa supaya hasilnya memuaskan atau

memenuhi kehendak yang diingini. Urusan pengawalan disiplin murid yang tidak dipantau tidak

akan membawa sebarang perubahan dan perubahan yang terhasil dalam tingkah laku murid

mungkin berkekalan dalam jangka masa yang pendeksahaja. Contoh pemantaun ialah guru

harus memerhatikan terhadap perubahan dalam tingkah laku selepas sesuatu langkah

diaplikasikan. Murid yang telah dijumpa dan diberi peneguhan atau teguran harus diperhatikan

sama ada adakah terdapat perubahan dalam tingkah lakunya atau murid tersebut masih

berkelakuan sama.Menurut Emmer dan Rakan-rakan (1989), pemantauan ke atas penglibatan

setiap 15 murid di dalam aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran serta kepatuhan mereka

ke atas peraturan yang ditetapkan haruslah berterusan agar ia menjadi satutabiat yang positif.

Dengan ini, bilik darjah sentiasa menjadi tempat yang kondusif untuk proses pengajaran dan

pembelajaran. Para murid juga boleh mematuhi peraturan dengan hati yang tidak terpaksa.

Secara kesimpulannya dapat mengatakan bahawa tugas mengatasi masalah disiplin

amat bergantung kepada kemahiran guru sebagai pengurus. Guru harus menguasai kemahiran

pengurusan disiplin bilik darjah bagi menghasilkan suasana bilik darjah yang teratur dan

membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran yang optimum.

4

Page 5: peraturan bilik darjah

2.0 Rujukan

Abdullah Sani Yahaya. (2006)Mengurus Disiplin Pelajar . Selangor : Nightingale Printing Sdn.

Bhd.

C.M Charles. (2005)Building Classroom Discipline. Canada: Pearson Education,Inc.

Charles H. Wolfgang. (2005) Solving Discipline and Classroom Management Problems.

Canada: John Wiley & Sons, Inc

Fauziah Jamaludin (2013). Aspek-aspek Pengurusan Bilik Darjah.

http://fauziahjamaludin.blogspot.my/2013/03/aspek-aspek-pengurusan-bilik-darjah.html.

Dilayari pada 3 September 2015.

James Ang Jit Eng. (2007)Pengurusan Disiplin Murid . Selangor: PTSPublications & Distributors

Sdn. Bhd.

Khairul Ahmad Bin Mamat(2010).Masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

http://kayrolls.blogspot.my/2010/02/masalah-dusiplin-dalam-kalangan-pelajar.html.

Dilayari pada 3 September 2015.

Mok Soon Sang. (2008)Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Ipoh:Penerbitan

Muntimedia Sdn. Bhd.

Noraini Bindi (2013). Masalah Disiplin Pelajar. http://haniemirae.blogspot.my/2013/01/masalah-

disiplin-pelajar.html. Dilayari pada 3 September.

Simon Brownhill. (2006)101 Essential Lists On Managing Behaviour In The Early Years.London:

Continuum International Publishing Group Production.

5

Page 6: peraturan bilik darjah

Lampiran

CONTOH-CONTOH PERATURAN YANG BERLAKU DI SEKOLAH :

1. Mengikuti upacara setiap hari Senin.

2. Datang tepat waktu.

3. Disiplin dalam berpakaian.

4. Menghormati guru dan menyayangi teman.

5. Buang sampah pada tempatnya.

6. Tidak membawa makanan di dalam kelas.

7. Merawat dan menjaga tanaman yang ada di sekolah.

6