perang candu 1

5
4 Perang Candu 1 (1839-1842) Hubungan Antarabangsa 1. China menganggap bahawa hanya negara mereka yang bertamadun. Dan negara lain sebagai babarian . 2. Anggapan ini berlaku berdasarkan kepercayaan bahawa hanya wujud satu empayar dunia seperti kewujudan hanya satu matahari. 3. China mengamalkan hubungan dengan negara-negara lain mengikut sistem ufti. 4. Setiap wakil Inggeris dan Barat dilayan seperti pembawa ufti dari negara naungannya. Setiap rombongan mesti tunduk kepada perundangan dan peraturan China,mereka mesti kow-tow iaitu tunduk kepada Maharaja China. 5. Konsep ini bertentangan dengan konsep Inggeris yang mengamalkan konsep persamaan taraf dalam hubungan antara negara dan sistem ufti ditolak Inggeris. 6. Inggeris pernah cuba mendapatkan layanan yang baik daripada kerajaan China demi untuk mendapatkan persamaan taraf. 7. Pada 1816, Lord Amherst diutus ke Peking untuk menjalin hubungan dengan China dan untuk mendapatkan persamaan taraf. Tetapi gagal kerana utusan tersebut enggan kow-tow kepada Maharaja China. Mereka diusir keluar. Masalah Perdagangan Bebas 1. Perdagangan terhad dan mesti melalui “Co-Hong” di pelabuhan Macao-Canton bertentangan dengan konsep perdagangan bebas free trade” Barat. 2. China anggap mereka mempunyai segala-galanya untuk hidup. 3. Inggeris memerlukan China untuk memasarkan barangan industrinya selain ingin mendapatkan barangan dari China seperti teh, tembikar dan sutera yang mendapat pasaran tertinggi di Eropah. 4. Disebabkan China menolak konsep perdagangan bebas,mereka telah mengenakan pelbagai syarat kepada pedagang asing. Peraturan ini berdasarkan Dekri Maharaja tahun 1757 dan sangat menyusahkan Inggeris. 5. Peraturan ini telah digubal pada 1835.Antara syarat perjanjian adalah: Pedagang asing dihadkan di Canton sahaja dan tinggal di kawasan kilang sahaja. Pedagang asing hanya boleh berurusan melalui Co-hong. Pedagang asing tidak boleh membawa ahli keluarga ke Canton. Pedagang asing tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun di Canton. Hanya boleh tinggal di kawasa kilang mereka dan pada musim sejuk. Perlu pulang ke Macao selepas berniaga dari Oktober- Januari. Barang dagangan ditentukan Co-Hong. Pedagang asing dikenakan cukai yang tinggi dan tak tetap. Pedagang asing dilarang belajar bahasa Cina. Pedagang asing dilarang keras menggaji wanita China. Pedagang asing dilarang membawa masuk senjata ke Canton. Perang Candu 1 | Azwan Zul Aizat Sebab berlakunya Perang

Upload: azwan-azmi

Post on 03-Jul-2015

896 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perang Candu 1

4

Perang Candu 1 (1839-1842)

Hubungan Antarabangsa

1. China menganggap bahawa hanya negara mereka yang bertamadun. Dan negara lain sebagai “babarian”.

2. Anggapan ini berlaku berdasarkan kepercayaan bahawa hanya wujud satu empayar dunia seperti kewujudan hanya satu matahari.

3. China mengamalkan hubungan dengan negara-negara lain mengikut sistem ufti.4. Setiap wakil Inggeris dan Barat dilayan seperti pembawa ufti dari negara naungannya. Setiap

rombongan mesti tunduk kepada perundangan dan peraturan China,mereka mesti kow-tow iaitu tunduk kepada Maharaja China.

5. Konsep ini bertentangan dengan konsep Inggeris yang mengamalkan konsep persamaan taraf dalam hubungan antara negara dan sistem ufti ditolak Inggeris.

6. Inggeris pernah cuba mendapatkan layanan yang baik daripada kerajaan China demi untuk mendapatkan persamaan taraf.

7. Pada 1816, Lord Amherst diutus ke Peking untuk menjalin hubungan dengan China dan untuk mendapatkan persamaan taraf. Tetapi gagal kerana utusan tersebut enggan kow-tow kepada Maharaja China. Mereka diusir keluar.

Masalah Perdagangan Bebas1. Perdagangan terhad dan mesti melalui “Co-Hong” di pelabuhan Macao-Canton bertentangan

dengan konsep perdagangan bebas “free trade” Barat.2. China anggap mereka mempunyai segala-galanya untuk hidup.3. Inggeris memerlukan China untuk memasarkan barangan industrinya selain ingin mendapatkan

barangan dari China seperti teh, tembikar dan sutera yang mendapat pasaran tertinggi di Eropah.

4. Disebabkan China menolak konsep perdagangan bebas,mereka telah mengenakan pelbagai syarat kepada pedagang asing. Peraturan ini berdasarkan Dekri Maharaja tahun 1757 dan sangat menyusahkan Inggeris.

5. Peraturan ini telah digubal pada 1835.Antara syarat perjanjian adalah: Pedagang asing dihadkan di Canton sahaja dan tinggal di kawasan kilang sahaja. Pedagang asing hanya boleh berurusan melalui Co-hong. Pedagang asing tidak boleh membawa ahli keluarga ke Canton. Pedagang asing tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun di Canton. Hanya boleh

tinggal di kawasa kilang mereka dan pada musim sejuk. Perlu pulang ke Macao selepas berniaga dari Oktober- Januari. Barang dagangan ditentukan Co-Hong.

Pedagang asing dikenakan cukai yang tinggi dan tak tetap. Pedagang asing dilarang belajar bahasa Cina. Pedagang asing dilarang keras menggaji wanita China. Pedagang asing dilarang membawa masuk senjata ke Canton.

6. Jelas menunjukkan orang asing dilarang membuat hubungan langsung dengan orang China.7. Barat ingin mendapatkan keuntungan dan pihak China terikat dengan adat dan sikap angkuhnya

sehingga merugikan dirinya sendiri.8. Sebelum 1900 perdagangan berat sebelah apabila hanya orang Inggeris membeli barangan

China, orang China pula kurang membeli barangan Inggeris.

|

Sebab berlakunya Perang Candu

Page 2: Perang Candu 1

4

Masalah Sistem Perundangan

1. Menurut sistem perundangan China seseorang itu didapati bersalah sehingga dia berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah.

2. Sistem Perundangn Inggeris pula seseorang itu tidak bersalah sehingga kesalahannya dibuktikan.

3. Perundangan China berasaskan tanggungjawab kumpulan bukan atas individu. Contohnya jika seseorang itu bersalah maka ahli keluarganya turut bersalah. Ini berbeza dengan perundangan Barat dan mereka anggap sistem ini tidak adil.

4. Peristiwa kapal “Lady Hughes”. Seorang kelasi telah melepaskan tembakan hormat sebaik tiba di Whampao dan telah mengakibatkan kematian dua orang China. Kelasi tersebut diserahkan kepada kerajaan China. Dia telah dicekik sampai mati tanpa bicara.

5. Peristiwa “Kapal Emily” tahun 1821, seorang kelasi A.S telah sebabkan kematian warga China. Kelasi tersebut telah dicekik sampai mati di Canton.

6. Ini telah akibatkan Inggeris enggan serahkan pesalah-pesalah kepada kerajaan China. Contohnya seorang rakyat China bernama Lin Wei-Hsi dipukul oleh Thomas Findeer, seorang kelasi kapal Inggeris yang sedang mabuk. Findeer minta perlindungan daripada Panglima Inggeris, Kapten Clark. China minta pesalah tersebut diserahkan kepada Inggeris. Tetapi tidak dilayan.

7. Mereka dibicara mengikut undang2 British dan didapati bersalah. Mereka didenda 50 Paun dan 3 bulan penjara.

Masalah Perdagangan Candu1. Barat memerlukan teh dan sutera. China tidak memerlukan apa-apa dari Barat. Keadaan ini

merugikan Barat.2. Barat membawa masuk candu melalui Benua Kecil India bagi imbangi perdagangan.3. Tahun 1821 sebanyak 4,224 peti (1 peti bersamaan 133 paun) candu dibawa masuk ke China.

1836, meningkat kepada 40,000 peti. Wang perak China mengalir keluar sebanyak 37.9 Juta Pound bagi membayar harga candu. Ini memberi kesan buruk kepada ekonomi China.

4. Candu beri kesan buruk kepada moral dan kesihatan orang China. 1839, seramai 4juta penagih candu di China.

5. Candu dibawa masuk melalui penyeludupan.6. 1839, Maharaja Tao Kuang hantar Pesuruhjaya Lin Tze Hsu ke Canton untuk hapus perdagangan

Candu. 7. Pesuruhjaya Lin Tze Hsu keluar perintah agar semua orang asing serahkan candu kepada

kerajaan China.8. Mereka diberi pengakuan bahawa mereka tidak akan membawa masuk lagi candu ke China.

Pesuruhjaya Lin Tze Hsu juga pernah merayu,mengancam,merampas dan membakar candu.9. Kepten Charles Elliot serah 20,283 peti candu kepada kerajaan China.10. Tetapi enggan serah surat pengakuan dan menuntut ganti rugi tetapi tidak dilayan China.11. Perkara ini diburukkan lagi dengan peristiwa pembunuhan Lin Wei Hsi.

|

Page 3: Perang Candu 1

4

Kesan daripada Perang Candu 1

Kesan Politik

1. China terpaksa bersetuju untuk membuat rundingan dengan Inggeris. China diwakili oleh Chin-Yin dan Inggeris diwakili oleh Pottinger. Perjanjian Nanking telah ditandatangani pada 29 Ogos 1842. Antara syarat Perjanjian Nanking adalah:

a) Kerajaan China bersetuju membenarkan saudagar2 Inggeris serta keluarga mereka tinggal tanpa sekatan dan berniaga tanpa gangguan di lima pelabuhan iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo, Shanghai.

b) Monopoli perdagangan oleh saudagar2 dalam konteks perdagangan antara China dan negara luar dibatalkan dan sebagai gantinya saudagar2 luar bebas berniaga dengan sesiapa sahaja.

c) Konsul British bebas ditempatkan di setiap bandar yang telah dipersetujui bagi mengawasi warganegara British beserta harta mereka dan konsul 2 tersebut bebas berhubung dengan pegawai 2 China.

d) Hong Kong akan diserahkan kepada Inggeris bagi kepentingan kapal2 Inggeris untuk mendapatkan bekalan dan juga untuk kerja membaikinya.

e) Kerajaan China terpaksa membayar semula harga candu yang dirampas iaitu sebanyak $ 6Juta dan ganti rugi perang sebanyak $12Juta.

f) Persamaan taraf orang Cina dan Inggeris diakui.g) Peraturan perdagangan dan satu bentuk cukai import dan eksport akan diperinci

dalam perjanjian yang lain.2. China juga terpaksa tandatangani perjanjian dengan negara lain seperti

Norway, Sweden dan Rusia. Perjanjian Bogue 8 Oktober 1843, Perjanjian Wanghia dengan Amerika pada 3 Julai 1844 dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis pada 24 Oktober 1844.

3. Britain berjaya mendapat hak wilayah asingan dan mendapat taraf negara berkemudahan istimewa.

4. China terpaksa membuka lima buah pelabuhan kepada Barat iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo, Shanghai dan menyebabkan pengaruh Barat berkembang di China.

5. Dinasti Manchu semakin lemah dan mula dicabar oleh rakyatnya melalui Pemberontakan Taiping. Selepas 1850, banyak pemberontakan berlaku seperti Pemberontakan Nien, Muslim dan Miao.

|

Page 4: Perang Candu 1

4

Kesan Ekonomi1. Candu merupakan faktor utama Perang Candu atau Perang Inggeris-China.Dalam Perjanjian

Nanking tidak menyentuh mengenai candu. Perdagangan candu diteruskan.2. Ekonomi China merosot dengan kemasukan barang2 Barat yang lebih bermutu dan murah.

Perusahaan tempatan tidak mampu bersaing menyebabkan ramai yang bankrap dan menganggur.

3. Membuka jalan kepada kemunculan ekonomi moden di China.

Kesan Sosial1. Amalan Kow-Tow telah dihapuskan.2. Mubaligh Kristian dibenarkan menyebarkan agama Kristian di pelabuhan2 perjanjian.3. Orang Cina terdedah kepada pemikiran dan pengaruh budaya Barat. Kemasukan agama

Kristian menyebabkan kemerosotan kebudayaan, adat resam dan agama Taoist serta Buddha.

4. Telah membawa episod hitam dalam sejarah China.

|