perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

17
CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 1.0 PENGENALAN Perancangan dalam konteks Islam, memerlukan keseimbangan antara kerohanian dan kebendaan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Untuk mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat, setiap insan perlu membuat perancangan supaya perjalanan kehidupan seharian menjadi lebih teratur dan tersusun. Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya, rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum masa sakit, masa berharta sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati. Kita juga terbiasa dengan pepatah “Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.” Namun begitu, kita sewajarnya tidak hanya berserah pada ketentuan takdir. Sebaliknya kita perlu berusaha dan merancang sesuatu yang lebih baik untuk kesenangan di masa hadapan. Hadis ini wajar dijadikan panduan dan mengaplikasikannya dalam membuat perancangan. Kita perlu merancang kerana ianya merupakan Sunnah. Dalam hal ini, kisah Nabi Yusof seperti yang digambarkan dalam Al-Quran dapat memberikan kita suatu pengajaran yang jelas bagaimana pentingnya perancangan untuk masa depan. Kisahnya diterangkan dalam Al-Quran, Surah Yusof, Ayat 46 yang membawa maksud: “Yusof, wahai orang yang sangat dipercayai! Terangkanlah kepada kami (takwil mimpi) tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus, tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai lainnya kering, agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahui.” 1

Upload: fiza-hafeeza

Post on 11-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

1.0 PENGENALAN

Perancangan dalam konteks Islam, memerlukan keseimbangan antara kerohanian dan

kebendaan untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Untuk mencapai kehidupan yang

lebih baik di dunia dan akhirat, setiap insan perlu membuat perancangan supaya perjalanan

kehidupan seharian menjadi lebih teratur dan tersusun.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya, rebutlah lima perkara sebelum datang

lima perkara, iaitu masa muda sebelum masa tua, masa sihat sebelum masa sakit, masa

berharta sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati.

Kita juga terbiasa dengan pepatah “Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.”

Namun begitu, kita sewajarnya tidak hanya berserah pada ketentuan takdir. Sebaliknya kita

perlu berusaha dan merancang sesuatu yang lebih baik untuk kesenangan di masa hadapan.

Hadis ini wajar dijadikan panduan dan mengaplikasikannya dalam membuat perancangan.

Kita perlu merancang kerana ianya merupakan Sunnah. Dalam hal ini, kisah Nabi Yusof

seperti yang digambarkan dalam Al-Quran dapat memberikan kita suatu pengajaran yang jelas

bagaimana pentingnya perancangan untuk masa depan. Kisahnya diterangkan dalam Al-

Quran, Surah Yusof, Ayat 46 yang membawa maksud:

“Yusof, wahai orang yang sangat dipercayai! Terangkanlah kepada kami (takwil mimpi)

tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang

kurus, tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh tangkai lainnya kering, agar aku kembali

kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahui.”

Dalam hal ini, Nabi Yusof telah meminta mereka bercucuk tanam selama tujuh tahun dan

hasilnya disimpan sebahagian. Kemudian sesudah itu, datangnya musim kemarau yang

panjang selama tujuh tahun dan hasil yang disimpan itu dapatlah digunakan sepanjnag masa

sulit tersebut.

Begitulah sebahagian manfaat daripada perancangan yang rapi dan tersusun. Setiap apa jua

yang dinikmati pada hari ini seharusnya kita juga perlu merancang untuk sesuatu yang baik di

masa hadapan, lebih-lebih lagi untuk menghadapi kesukaran dan kesulitan yang tidak

terjangka.

1

Page 2: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.0 DEFINISI PERANCANGAN

Perancangan adalah proses melibatkan pemilihan misi dan objektif serta tindakan untuk

mencapainya. Perancangan juga memerlukan pembuatan keputusan iaitu menerangkan

strategi-strategi dan membangunkan perancangan-perancangan untuk menyelaraskan aktiviti

kerja.

Di dalam asas pengurusan Islam, perancangan (takhtit) merupakan asas utama. Perancangan

ialah mengkaji aspek-aspek yang berkaitan sebelum melakukan sesuatu kerja. Kemudian

memilih satu cara yang terbaik yang dirasakan boleh untuk mencapai matlamat mengikut

keupayaan dan keadaan tertentu. Perancangan merupakan aspek paling penting dalam

pengurusan. Sejarah awal perkembangan agama Islam menunjukkan betapa rapinya

perancangan yang dibawa oleh Rasulullah SAW sebelum Islam tersebar dengan meluas.

Dalam mewujudkan persekitaran bagi keberkesanan prestasi individu yang bekerja bersama-

sama dalam kumpulan, tugas pengurus yang paling penting adalah memastikan bahawa setiap

orang memahami tugas dan objektif kumpulan dan cara-cara untuk mencapainya. Sebagai

seorang pengurus, hendaklah mengetahui apakah yang dijangkakan untuk dicapai melalui

perancangan yang berkesan.

Meskipun masa hadapan tidak dapat diramalkan, namun dengan adanya perancangan yang

efisyen kita dapat mengawal faktor luaran dan dalaman yang mungkin mengganggu

rancangan yang telah dirangka. Proses perancangan menuntut daya kecerdasan dalam

menentukan halatuju, tindakan, dan membuat keputusan.

Perancangan adalah suatu proses menggabung segala sumber yang terhad secara optimum

untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Dalam proses perancangan ini pengurus

hendaklah mengenalpasti apa yang ingin dicapai dengan menyusun sumber-sumber, langkah-

langkah dan tindakan betul yang perlu diambil. Perancangan yang berkesan adalah penting

kerana sumber-sumber yang dimiliki sangat terhad. Justeru itu kepentingan perancangan

dalam kehidupan dapat dirumuskan dari firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah SWT (dengan mengerjakan

suruhanNya dan meninggalkan laranganNya). Hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang

telah dia sediakan (daripada amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan bertakwalah

2

Page 3: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyeluruh pengetahuanNya akan segala yang kamu

kerjakan.” ( Surah al-Hashr 59:18 )

3.0 PERANCANGAN RASULLULLAH SAW

Apabila kita membaca sirah Rasullullah SAW kita juga dapati beliau membuat perancangan

untuk setiap pekerjaan yang dilakukannya. Baginda akan mengambilkira semua kemungkinan

dan menyediakan semua persiapan sebelum menjalankannya. Sebagai contoh, beliau

mengarahkan sebahagian sahabat berhijrah ke Habshah bagi mengelakkan daripada dizalimi

oleh kafir Quraish. Baginda amat arif tentang latarbelakang geografi, keagamaan serta politik

negara tersebut dan pasti bahawa Habshah tempat yang paling sesuai bagi orang-orang Islam

yang dizalimi itu. Ini menunjukkan kepada kita bahawa orang-orang Islam pada masa itu pun

tidak terputus daripada apa yang berlaku didunia walaupun keadaan pengangkutan sangat

daif. Dengan teknologi ICT yang terkini, umat Islam tiada alasan untuk tidak mengetahui

keadaan dunia sekeliling dan membuat perancangan yang sewajarnya.

Kepekaan umat Islam terhadap apa yang berlaku didunia juga jelas dengan sikap mereka

terhadap konflik yang berlaku di antara kerajaan Parsi dan kerajaan Byzantium pada masa itu.

Sehubungan dengan ini Al-Quran menyatakan;

“Telah dikalahkan bangsa Rumawi, di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan

itu akan menang dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah

(mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang

yang beriman, kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dan

Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (Sebagai) janji yang sebenarnya dari Allah. Allah

tidak akan menyalahi janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka hanya

mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan)

akhirat adalah lalai. Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?

Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan

dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di

antara manusia benar benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.” (Ar-Rum 2 : 8)

3

Page 4: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Antara contoh yang paling ketara tentang kepentingan perancangan ialah hijrah Rasulullah

SAW ke Madinah. Hijrah telah menggabungkan unsur perancangan yang rapi dengan

meletakkan keyakinan kepada Allah SWT. Rasulullah SAW telah menyediakan segala

sumber dalam kemampuannya sebagai manusia biasa dan pada waktu sama mengambil segala

langkah berjaga-jaga bagi memastikan kejayaannya. Baginda telah mendapatkan tempat untuk

berhijrah dengan melakukan dua perjanjian dengan penduduk Madinah, yang mana mereka

(penduduk Madinah) akan melindungi Baginda dan orang-orang Islam yang akan berhijrah ke

Madinah sepertimana mereka akan melindungi diri mereka dan keluarga mereka sendiri.

Kemudian Baginda memilih rakan yang sangat dipercayai, Saidina Abu Bakar untuk

menemani beliau dalam perjalanan ke Madinah; dan Abu Barkar memanglah orang paling

tepat. Baginda juga memilih orang terpecaya, Saidina Ali untuk menggantikan Baginda

ditempat tidur bagi memperdaya kafir Quraish yang telah berjaga sepanjang malam untuk

membunuh Baginda. Sebaik saja Baginda meninggalkan rumah Baginda, Saidina Ali telah

menjalankan tugas beliau dengan yakin dan berani walaupun ia mengancam nyawa beliau.

Baginda Rasulullah SAW juga menyediakan seorang pakar penunjuk jalan, Abdullah bin

Uraiqat, untuk membawa beliau dan Saidina Abu Bakar ke Madinah. Walaupun penunjuk

jalan itu seorang musyrik, ia seorang yang boleh dipercayai. (Sehubungan dengan ini fuqaha

Islam telah menjadikan peristiwa tersebut sebagai hujjah membolehkan orang-orang Islam

mendapatkan bantuan orang bukan Islam dalam urusan dunia mereka selagi mereka boleh

dipercayai.) Disamping itu Rasulullah SAW juga memilih sebuah gua yang telah ditinggalkan

(gua Thaur), untuk bersembunyi selama beberapa hari sehingga kafir Quraish mengurangkan

tindakan memburu Baginda. Gua Thaur juga dipilih kerana kedudukannya yang melawan arah

Madinah. Ini adalah untuk mengelirukan lagi kafir Quraish.

Rasulullah SAW juga menyediakan satu pasukan untuk membawa makanan dan berita

sepanjang penyembunyain Baginda di gua tersebut. Pasukan tersebut terdiri daripada Asma’

dan Abdullah, anak-anak Saidina Abu Bakar , dan Amir bin Fuhairah, pembantu Saidina Abu

Bakar Asma’ dan Abdullah ditugaskan untuk membawa makanan dan berita sementara Amir

ditugaskan untuk menutup jejak Asma’ dan Abdullah dengan membawa kambing-kambing

melalui jalan yang telah dilalui oleh Asma’ dan Abdullah. Peristiwa di atas menunjukkan

kepada kita bahawa perancangan Baginda merupakan perancangan yang paling baik. Baginda

tidak membiarkan suatu pun kepada “taqdir” dan telah menugaskan setiap orang yang

Baginda telah pilih untuk memainkan peranan yang tertentu. Namun, walaupun Baginda telah

4

Page 5: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

menyediakan segala persiapan, perancangan tersebut hampir gagal apabila kafir Quraish

berada di mulut gua Thaur hampir menjumpai Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar. Pada

ketika itu Abu Bakar yang khuatir tentang keselamatan Rasulullah SAW berbisik;

“Kalau salah seorang daripada mereka menjenguk kedalam, mereka akan menjumpai kita.”

Rasulullah SAW yang penuh yakin dengan bantuan Allah menjawab, “Apa pandangan kamu,

Abu Bakar, tentang dua orang sahabat yang dibantu oleh Yang Ketiga? Janganlah kamu

berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita.” Peristiwa ini dirakamkan oleh Al-Quran

apabila Al-Quran menyatakan;

“Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah

menolongnya (iaitu) ketika orang orangkafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari

Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di

waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah

beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan

membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quraan menjadikan

orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha

Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (At Taubah : 40)

Jawapan Rasulullah SAW merupakan contoh yang jelas tentang keyakinan sebenar terhadap

Allah SWT. Melalui peristiwa ini Baginda mengajar kita bahawa kita mesti melakukan apa

yang terbaik dalam melakukan sesuatu dan menyerahkan segala yang diluar kemampuan kita

kepada Allah SWT. Inilah pengertian sebenar bertawakkal kepada Allah SWT. Selain

daripada peristiwa Hijrah, terdapat banyak contoh daripada sejarah Islam yang menunjukkan

bahawa bertawakal kepada Allah SWT bukan bererti kita harus berpeluk tubuh tanpa

merancang. Salah satu contoh ialah apabila Rasulullah SAW bertanya kepada seorang Arab

Badwi mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Jawab Arab Badwi itu: “ Aku

bertawakkal kepada Allah”. Rasulullah SAW kemudian bersabda: “Tambat unta kamu

dahulu, kemudian bertawakkal kepada Allah”.

4.0 PERANCANGAN HARTA

Rasullullah SAW juga berpesan agar kita agar merancang untuk masa depan, termasuk

perancangan harta. Sehubungan dengan ini Rasulullah bersabda;

5

Page 6: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

“Gunakan lima sebelum lima; masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, kaya

sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidupsebelum mati”.

Ini bermakna kita harus menggunakan kesempatan yang ada sebelum kesempitan yang

menimpa; yang mana harta kekayaan yang ada digunakan sebaik mungkin sebelum kesusahan

yang menjelang tiba. Pesanan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberitahu kita

agar membuat perancangan yang sewajarnya.

Perancangan harta juga secara tidak langsung dinyatakan oleh Al-Quran melalui satu ayat

yang

menyuruh kita membuat pelaburan. Al-Quran menyatakan, “Dan janganlah kamu serahkan

kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam

kekuasaanmu) yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah mereka belanja dan

pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah kepada mereka kata-kata yang baik”.

(An-Nisa : 5)

Turunnya ayat ini ditujukan kepada semua penjaga harta anak yatim dan menurut setengah

mufassirin, yang dimaksudkan dengan safih (belum sempurna akal) disini ialah orang yang

yang membazirkan hartanya atau tidak betul membelanjakannya – samada ia kanak-kanak

ataupun orang dewasa. Menurut mereka lagi, adalah wajib bagi penjaganya menahan harta

tersebut daripadanya supaya tidak sia-sia. Seterusnya mereka mengatakan harta mereka baru

boleh diserahkan jika mereka bijak mengendalikannya. Ini menunjukkan kepada kita bahawa

merancang harta adalah penting terutama dalam zaman moden ini dimana pengurusan harta

memerlukan perancangan yang baik memandangkan terdapat banyak godaan yang mengajak

kita untuk berbelanja berlebihan seperti tawaran-tawaran jualan, diskaun, penggunaan kad

kredit dan sebagainya. Adalah menarik direnungkan bahawa ramai di antara mufassirin

mentakwilkan kalimat fiiha (dari hasil harta itu) digunakan didalam ayat di atas dan bukannya

kalimat minha (daripada harta itu) untuk mengisyaratkan bahawa perbelanjaan itu hendaklah

diambil daripada keuntungan harta yang dilaburkan dan bukan daripada harta pokok yang

dibekukan begitu sahaja.

Sesungguhnya membiarkan harta dibekukan sahaja tidak memerlukan perancangan, tetapi

untuk mendatangkan hasil atau pulangan pelaburan yang baik memerlukan perancangan

seperti mengambilkira risiko dan pulangan pelaburan, mempelbagaikan pelaburan dan lain-

6

Page 7: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

lain tindakan. Dalam ayat yang berikutnya, iaitu ayat 6 daripada surah yang sama, Allah

menyatakan;

“Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kawin. Kemudian jika menurut

pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada

mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas

kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa.

Barang siapa (diantara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari

memakan harta anak yatim itu) dan barangsiapa yang miskin,maka bolehlah ia makan harta

itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka

hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah

Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu).”

Menurut satu riwayat, sebab turunya ayat tersebut adalah mengenai Thabit bin Rifa’ah yang

masih kecil yang dijaga oleh bapa saudaranya selepas kematian bapanya, Rifa’ah. Bapa

saudaranya telah datang bersamanya kepada Rasulullah dan berkata, “Anak saudara saya yang

yatim dalam jagaan saya, tiadalah halal bagi saya untuk membelanjakan hartanya, bilakah

masanya saya menyerahkannya. Sehubungan dengan ini Allah SWT berfirman;

“Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut,

jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya

secara ma'ruf (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.” (Al-Baqarah : 180)

Ayat mewajibkan meninggalkan harta pusaka kepada kaum kerabat diturunkan untuk

mencegah perbuatan orang-orang jahiliyah dahulu yang berwasiat sebelum mati untuk

memberikan harta pusakanya kepada orang yang jauh daripada pertalian kerabat. Tujuan

mereka adalah untuk bermegah-megah, mengaharapkan puji serta bermuka-muka sedangkan

kaum kerabat mereka sendiri terhindar, terbiar dan terlantar. Islam bukan sahaja mengajar kita

agar menyediakan bekalan yang secukupnya untuk keluarga kita apabila kita meninggal dunia

tetapi juga menentukan kadar yang minima untuk perbelanjaan keluarga apabila kita

meninggal dunia. Allah SWT berfirman;

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri-

isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun

7

Page 8: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri),

maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka

berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Baqarah : 240)

Daripada kedua ayat tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa seseorang itu harus

merancang harta pusakanya agar isteri, anak-anak serta kaum kerabat mempunyai

perbelanjaan yang cukup untuk meniti hari-hari depan mereka. Kita dapat membuat

kesimpulan bahawa pada puratanya seseorang itu hendaklah merancang meninggalkan

bekalan selama empat atau lapan tahun perbelanjaan bergantung samada beliau mempunyai

anak atau tidak. Ini adalah kerana jika seseorang itu meninggal dunia, isterinya akan

mendapat seperempat atau seperlapan daripada harta pusaka dan selebihnya adalah untuk

kaum kerabat yang lain termasuk ibu bapa.. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang

diriwayatkan daripada Saad bin Abi Waqqas dimana Rasulullah saw bersabda,;

“...Sesungguhnya meninggalkan waris kamu kaya adalah lebih baik daripada meninggalkan

mereka miskin meminta-minta manusia.”

5.0 PERANCANGAN DALAM ORGANISASI

Terdapat empat tanggungjawab asas yang perlu dilakukan oleh seorang pengurus dalam

memakmurkan sesebuah organisasi. Keempat-empat tanggungjawab yang dimaksudkan itu

meliputi aspek perancang, penyusun, pendorong dan pengawal. Keberkesanan pelaksanaan

terhadap keempat-empat peranan ini bergantung kepada kesediaan pengurus untuk

memutuskannya melalui syura.

Asas pengurusan yang perlu diputuskan oleh syura melibatkan perancangan (takhtit),

penyusunan (tartib), dorongan (attasyjik) dan pengawalan (hirasah). Peranan nilai tauhid

dalam perancangan akan meningkatkan keyakinan mereka terhadap ketentuan Allah SWT

melalui qada dan qadarnya. Qadar adalah perancangan dan penetapan oleh Allah SWT

terhadap segala sesuatu sejak azali lagi. Qada adalah pelaksanaan perancangan dan

ketetapanNya. Sementara itu, bagi pengurus mereka tidak akan lupa diri dengan kejayaan dan

tidak juga kecewa dengan kegagalan. Bagi mereka, setiap yang berlaku itu terdapat hikmah

yang tersembunyi disebaliknya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :

8

Page 9: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

“Allah memberikan hikmah (kebijaksanaan atau ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang

dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Sesiapa yang diberikan hikmah itu,

maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Hanya orang yang berakal

sahaja akan dapat mengambil pengajaran.” ( Surah al-Baqarah 2:269 )

Perancangan yang rapi akan memastikan objektif sesebuah organisasi berjaya dicapai. Tiada

satu pun aktiviti sebuah organisasi dapat dijalankan tanpa adanya perancangan. Merancang

tidak bererti menolak takdir. Sebaliknya ia merupakan suatu usaha yang diambil untuk

merealisasikan kemampuan diri atau syarikat dengan mengambil langkah yang tersusun rapi

lagi teratur bagi memastikan objektif yang telah ditentukan berjaya dicapai dengan sebaik

mungkin. Lebih kompleks dan sukar sesuatu yang ingin dicapai maka lebih rapi dan

sistematik perancangan yang perlu dilakukan.

Ajaran Islam menegaskan bahawa kegagalan yang dialami oleh sebuah organisasi bukan

kerana kekuatan yang dimiliki oleh pesaing tetapi sebalikna kelemahan mereka dalam

membuat perancangan menyebabkan mereka kalah dalam persaingan. Tanpa perancangan

yang baik sudah tentu usaha-usaha pembangunan yang dijalankan akan berakhir dengan

pelbagai masalah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Perancangan adalah sebahagian dari penghidupan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagai seorang pengurus, tidak sepatutnya terlalu yakin dengan kekuatan akal mereka dalam

membuat perancangan dan tidak sepatutnya membelakangkan ketentuan Allah SWT. Manusia

hanya mampu merancang dan Allah juga merancang dan sesungguhnya perancanganNya

adalah lebih baik. Antara perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam membuat

perancangan ialah disiplin, masa dan maklumat. Untuk menghasilkan kerja yang berkualiti,

disiplin merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan sepertimana yang difirmankan

oleh Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya (untuk membela

agamaNya) dalam barisan yang teratur bagaikan sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”

(Surah al-Saff 61:4)

Disiplin melibatkan penganalisisan yang teliti dengan pemikiran yang rasional dan sistematik.

Tanpa disiplin dan kesabaran, perancangan rapi mungkin tidak dapat dihasilkan. Seterusnya

perancangan yang berjaya memerlukan penumpuan usaha dan susun atur kerja yang baik.

Tanpa disiplin, segala perancangan yang telah dilakukan akan hanya menjadi impian di atas

9

Page 10: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

kertas. Manakala masa yang diberikan sama ada pendek atau panjang akan mempengaruhi

kualiti perancangan yang dihasilkan. Sekiranya masa yang diberikan panjang, akan

memperoleh kualiti perancangan yang baik, tetapi jika masa yang diberikan sedikit,

kemungkinan besar sebarang perancangan yang dibuat oleh syarikat akan berdasarkan

andaian-andaian lalu yang kurang tepat. Seterusnya maklumat merupakan aset utama di dalam

membuat perancangan. Maklumat yang ada mempengaruhi kualiti perancangan yang dibuat.

Keupayaan sesebuah organisasi untuk menghasilkan apa yang diingini bergantung kepada

perancangan teliti yang disusuli dengan pelaksanaan dan pengawalan (hirasah) yang baik.

Dalam hal ini, kualiti perancangan mestilah selari dengan tuntutan Islam. Islam

mengkehendaki serta mengggalakkan aspek penelitian dan penganalisisan sebelum sesuatu

keputusan dan tindakan diambil. Justeru, dalam memastikan kejayaan perancangan, mereka

perlulah memastikan segala maklumat dianalisis terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada

berlakunya sebarang kesilapan. Didalam Al-Quran menjelaskan bahawa aspek perancangan

perlu dititikberatkan seperti yang dijelaskan di dalam Surah al-Hasyr ayat 18 yang

bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri

memperhatikan apa yang telah dibuat untuk hari esok.”

Melalui perancangan yang rapi membolehkan mereka memberi keutamaan kepada aktiviti

yang sepatutnya diutamakan. Keutamaan adalah berdasarkan keperluan dan kemampuan pada

masa tertentu. Dengan mengatur strategi yang betul dan wajar sesuai dengan keutamaan yang

telah dikenalpasti akan membolehkan mereka meningkat pencapaian syarikat dari masa ke

semasa. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“Tidakkah akal itu seperti suatu perencanaan?” ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sungguhpun mereka memiliki kekuatan akal fikiran, mereka tidak dapat menandingi

kekuasaan dan ketentuan Allah SWT yang pernah mengingatkan bahawa manusia merancang

dan Allah SWT juga merancang dan sesunguhnya perancangan Allah SWT adalah yang lebih

baik.

6.0 KESIMPULAN

10

Page 11: perancangan menurut perspektif islam- ctu263.docx

CTU263-PERANCANGAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa kepentingan perancangan dalam Islam

amat dititikberatkan. Aspek perancangan yang berlandaskan ajaran Islam dan berpandukan Al

Quran dan Hadis dapat menghasilkan kesempurnaan dalam setiap hasil daripada apa yang

telah dirancang. Keberhasilan daripada setiap perancangan bergantung kepada faktor

bagaimana perancangan tersebut ditadbir urus. Sekiranya merancang dengan teliti, tetapi tidak

diurus dengan baik, juga tidak memberi hasil yang baik. Sebaik-baik perancangan adalah

merancang dan mengurus dengan sistematik dan efisen, maka dengan itu keberhasilan yang

diperolehi akan membuahkan hasil yang menepati kehendak perancangan.

BIBLIOGRAFI

1. Al Quran dan Terjemahannya.

2. Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Pengurusan Dalam Islam.Dewan Bahasa Dan

Pustaka,Kuala Lumpur.

3. Azman Che Omar (2001),Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam.Dewan

Bahasa Dan Pustaka.Kuala Lumpur.

4. Muhammad Nasri Hj Md Hussain dan Ab Aziz Yusof (2005),Pengurus Bertakwa

Dari Perspektif Islam.Prentice Hall,Petaling Jaya.

5. Mohd.Yusof Hj.Othman dan Md Zhahir Kechot (2005,9 September),Penyelidikan dan

Kualiti,Citra,halaman 2-5.

11