peranan wanita dalam sukan

9

Click here to load reader

Upload: amirul-asyraf

Post on 20-Jun-2015

3.036 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Wanita Dalam Sukan

Masalah Pendidikan Jilid 27 155

Kekangan Wanita dalam Aktiviti Fizikal:Satu Ulasan Rujukan

Syed Kamaruzaman b. Syed AliUniversiti Malaya

Abstract

This article is a review of research on barriers to "women s physical activity. It will discussthe meaning of physical activity and its benefits, physical activity and health problems,women:~ involvement in physical activity and obstacles women face during involvement inphysical activity. These obstacles are related to environmental, psychological andsociological aspects. Several methods to surmount these problems are also discussed.

Pendahuluan

Memiliki badan yang sihat dan cergas sememangnya menjadi idaman setiap orang sarna adalelaki mahupun wanita. Untuk mencapai impian tersebut aktiviti fizikal yang bersisternatikamat penting. Aktiviti fizikal adalah merupakan suatu aktiviti yang melibatkan pergerakanseluruh anggota tubuh badan. Menurut Corbin et al. (2002) pula, aktiviti fizikal bolehdijelaskan sebagai suatu pergerakan yang me lib atkan penggunaan otot-otot besar. Terdapatpelbagai aktiviti fizikal yang balch dilakukan. Misalnya jogging. walking, aerobics dances,field games. cycling. swimming. bowling dan golf (Zainun Ishak, 1994). Namun begitu dalamkesibukan pada zaman sains dan teknologi ini, kita telah disogokkan dengan pelbagaiperalatan canggih yang bertujuan untuk meringankan kerja. Antaranya ialah lif, escalator,dan berbagai lagi yang boleh menyebabkan kita tidak banyak menggunakan tenaga.Fenomena ini telah menjadikan individu itu bertambah malas dan lemah, malah berasa sangatrugi jika menggerakkan anggota tubuh badan mereka. Keadaan ini jika dibiar berterusan akanmenyebabkan pe1bagai risiko penyakit hipokinetik, iaitu penyakit-penyakit yang disebabkanoleh kurangnya pergerakan fizika1. Penyakit tersebut termasuklah penyakit kardiovaskular(sakit jantung), tekanan darah tinggi, masalah kegernukan, sakit belakang, dan sakit sendi(Wee, 1997).

Sebenarnya, badan kita memerlukan lebih banyak peluang untuk bergerak aktif. Olehyang demikian kita digalakkan melakukan aktiviti fizikal untuk menilai tahap kecergasansemasa. Aktiviti fizikal adalah merupakan suatu

Page 2: Peranan Wanita Dalam Sukan

156 Masalah Pendidikan Jilid 27

aktiviti yang penting dalam mengatasi masalah kesihatan (US Department of Health andHuman Services, 1996). Menurut Jones (1996), latihan fizikal akan dapat meningkatkanfungsi sistem kardiovaskular, yang berupaya mengurangkan risiko serangan sakit jantung danmungkin mengurangkan aras tekanan darah. Di samping itu latihan fizikal juga menghasilkanotot yang kuat dan sendi yang senang bengkok atau lembut. Seterusnya kekuatan otot dankelembutan sendi ini akan membolehkan kebanyakan tugas harian lebih mudah dilakukandan membantu pencegahan sengal dan sakit serta arthritis.

Aktiviti Fizikal dan Masalah Kesihatan

Menurut Wee (1997), kckurangan pergerakan fizikal merupakan salah satu faktor yangmenyebabkan penyakit kardiovaskular. Di negara ini, mengikut laporan Yayasan JantungNegara, sejak tahun 1980 hingga sekarang, penyakit kardiovaskular merupakan penyebabkematian utama di Malaysia. Pada tahun 1992, 5487 kematian ataupun 23.2 peratus dari jumlah kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Sebenarnya dari tahun 1980hingga 1992, kadar kematian akibat penyakit kardiovaskular telah meningkat dari 22 orangkepada 38 orang dalam setiap 100000 orang, iaitu pertambahan sebanyak 71.5 peratus (Wee,1997).

Selain daripada masalah sakit jantung atau kardiovaskular, masalah lebihan beratbadan turut dihadapi oleh orang ramai akibat dari kekurangan melakukan aktiviti fizikal. DiMalaysia, kadar kegemukan terus meningkat di kalangan remaja dan berdasarkan kajian olehUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM), seorang daripada lima remaja di negara inimengalami masalah kegemukan atau berat badan berlebihan (Berita Minggu, 2003). MenurutNoordin Darus (1999), aktiviti fizikal ataupun senaman merupakan faktor yang signifikandalam mencegah kegemukan.

Sehubungan dengan itu, jika aktiviti fizikal itu ditingkatkan, masalah kegemukanakan dapat diatasi, penyakit dapat dihindarkan dan rnasalah kernatian sebelum tiba masanyaakan dapat dikurangkan. Seterusnya jika kes-kes kematian berkaitan kegemukan bolehdicegah, maka hampir tujuh tahun jangka hayat seseorang itu boleh ditambahkan. Jangkahayat berkurangan 1 peratus bagi setiap paun lemak yang lebih bagi individu antara 45hingga 50 tahun. Di Amerika Syarikat, hampir 55 peratus kematian adalah disebabkanpenyakit kardiovaskular yang berkaitan dengan kegemukan dan cara hidup yang tidak aktifsecara fizikal (Wee, 1997).

Page 3: Peranan Wanita Dalam Sukan

Masalah Pendidikan Jilid 27 157

Penglibatan Wanita dalam Aktiviti Fizikal

Zainun Ishak (1994) telah menjalankan satu kajian berkaitan dengan penglibatan rcmajapcrempuan di dalam aktiviti fizikal di Malaysia. Di dalam kajian tersebut beliau mendapatihanya 37.9% terlibat dengan permainan di gelanggang, 36.5% terlibat dengan perrnainan dipadang dan hanya 39.7% yang terlibat dengan aktivitijogging, cycling dan aerobics. Bilanganini adalah keciljika dibandingkan dengan penglibatan aktiviti fizikal dari kalangan remajalelaki. Ini menunjukkan bahawa bilangan remaja perempuan yang terlibat dengan aktivitifizikal adalah sedikit di Malaysia.

Pada hari ini sebenarnya masih ada kaum wanita yang tidak dapat memastikan sarnaada sukan itu penting ataupun tidak kepada diri mereka. Melalui satu tinjauan yang dibuatoleh Nadhratul Wardah (2000), di dapati seramai 93.2% responden yang menyatakan sukanitu sangat penting, dan 1.4% mcnyatakan kurang penting. Dad tinjauan tersebut di dapatiramai kaum wanita sedar akan kepentingan me1aksanakan aktiviti sukan atau aktiviti fizikal,Namun untuk melaksanakannya agak sukar bagi mercka. Ini adalah kerana mengikut kajianyang dijalankan oleh National Association for Sport and Physical Education (NASPE, 2003),didapati lebih kurang 23% responden menyatakan masalah gangguan dari kerja lain, 18%menyatakan tidak ada masa, 12% menyatakan rna salah kesihatan, dan 12% tidak ada minatataupun motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal,

Hasil kajian yang dijalankan oleh Ford et al. (1991) terhadap wanita di Pittsburghpula mendapati status ekonomi juga turut mempengaruhi penglibatan mereka di dalamaktiviti fizikal, Seramai 16.8% wanita yang mempunyai status ekonomi tinggi telahmelibatkan diri secara aktif dan berterusan dalam aktiviti fizikal berbanding dengan hanya7% wanita yang berstatus ekonomi rendah.

Sebenarnya kanak-kanak perempuan sejak kecil hinggalah dewasa, mereka telahmclibatkan diri dengan berbagai aktiviti fizikal. Tetapi kajian telah men genal pasti hanya20% wanita dewasa yang bergiat aktif dalam aktviti tersebut dan 30% kurang aktif ataupunsederhana (USDHHS, 2000).

Faktor-faktor Kekangan

Berdasarkan perbincangan tersebut, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikekangan kepada mereka (wanita) untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti fizikal. Kekanganatau halangan yang dihadapi oleh kaum wanita scmasa diperingkat kanak-kanak adalah sarnadengan halangan-halangan ketika mereka

Page 4: Peranan Wanita Dalam Sukan

158 Masalah Pendidikan Jilid 27

di peringkat dcwasa (Hall, 1998; Sherwood & Jeffery, 2000). Faktor-faktor yang menjadikekangan kepada mereka untuk melakukan aktiviti fizikal dapat dikategorikan kcpada tigaaspek: persekitaran, sosiologi dan psikologi (Ransdell, Oakland, & Taylor, 2003).

Faktor Persekitaran

Aspek persekitaran rnerangkumi kurangnya penekanan ke atas aktiviti pendidikan jasmani disekolah-sekolah, juga kurangnya program-program rekreasi yang mana ia sebenarnya disukaioleh remaja perempuan dan boleh menarik rninat mereka melakukan aktiviti tersebut,latarbelakang keluarga yang tidak berminat kepada aktiviti fizikal, pengaruh teknologi sepertitelevisyen dan komputer yang menghalang mereka dari melakukan aktiviti fizikal, keadaancuaca yang tidak sesuai, dan masalah perbelanjaan kewangan yang tinggi (Browne, 1992;Luke & Sinclair, 1991; Sherwood & Jeffery, 2000).

Kemudian terdapat juga di antara mereka te1ah diingatkan oleh pihak-pihak tertentusupaya tidak menggunakan alat-alat senaman di luar bagi tujuan aktiviti fizikal kerana cuacayang tidak sesuai dan perbelanjaannya yang tinggi (Hart et al., 1989; Sherwood & Jeffery,2000).

Nadhratul Wardah (2000) telah menjaJankan satu tinjauan ke atas 1005 wanita diMalaysia tentang faktor- faktor yang menghalang wanita dari melibatkan diri dalam aktivitifizikaJ. Antara dapatan beliau yang boleh dikategorikan dalam aspek persekitaran ialahkekurangan masa kerana banyak kerja dan sibuk belajar (87%) dan kekurangan masa keranamelaksanakan tanggungjawab di rumah (30.5%). Berdasarkan kepada faktor yang pertamadidadapti lebih separuh daripada responden yang dikaji terlalu sibuk dengan hal-halpekerjaan dan urusan pelajaran dan ini menghalang rnereka bergiat aktif dalam aktivitifizikaJ.

Faktor Sosiologi

Halangan - halangan dari segi sosial pula ialah seperti pcnumpuan kepada kerjakerja lainyang lebih penting; kurangnya sokongan dari kawan-kawan, adik-beradik, atau keluarga, danpengaruh daripada individu yang terlibat dengan aktiviti fizikal tidak menunjukkan kesanpositif atau peningkatan (Sherwood & Jeffery, 2000).

Tambahan pula mengikut pendapat Roszilah Asrnuti dan Mohd Sofian (2003), wanitakini lebih suka kepada benda-benda yang cantik; menurut mereka kecantikan itu adalah suatuaspek yang penting dalam kehidupan sebagai seorang wanita,

Page 5: Peranan Wanita Dalam Sukan

Masalah Pendidikan Jilid 27 159

Nadhratul Wardah (2000) turut menyatakan bahawa masalah yang menyebabkan kurangnyawanita mclibatkan diri dalam sukan atau aktiviti fizikal ialah kekurangan pengetahuan danmaklumat tentang aktiviti fizikal, tidak berminat dalam sukan, tidak mendapat sokongan darimasyarakat, masalah pakaian sukan yang tidak sesuai, menganggap tidak ada sebarangfaedah, dan masalah larangan dalam agama ketika bersukan.

Di samping itu, menurut N adhratul Wardah (2000), masalah kebenaran daripada ibubapa untuk melaksanakan aktiviti fizikal sebenarnya tidaklah besar, kerana melaluikajiannya, beliau mendapati lebih kurang 96.8% wanita menyatakan bahawa mereka tidakada halangan dari ibu bapa mereka untuk me lib atkan diri dalam aktiviti sukan atau aktivitifizikal. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa mereka menunjukkan sikap yang positifterhadapaktiviti fizikal.

Kemudian jika ditinjau perkembangan sukan masa kini, sebenarnya wanita tidakpcrnah dikecualikan daripada menyertai aktiviti kecergasan fizikal, tetapi peluang penyertaanmcreka dalam aktiviti tersebut telah dihadkan (Renzetti, 1989). Kemudian Plaisted (1995)serta Rodgers dan Douglas (1998) juga berpendapat bahawa penglibatan wan ita dalam sukanjuga telah dihadkan oleh pertubuhan sukan itu sendiri. Misalnya International OlympicCommittee (IOC) scndiri enggan memberi kebenaran kepada atlit wanita menyertai acaralarian jarak jauh seperti marathon sehingga awal tahun 1980-an. Alasannya ialah atlit wanitatidak mempunyai ketahanan untuk mcnghadapi ketegangan acara tersebut.

Faktor Psikologi

Selain daripada aspek persekitaran dan sosial, aspek psikologi juga turut menyumbangkepada faktor penghalang kaum wanita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Misalnyakurang yakin dengan kemampuannya terutama dari aspek fizikal, rasa tidak selesa denganpendidikan luar, dan masalah kurang yakin dengan kemampuan did yang sebenarnya merekaboleh dibimbing untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar (Luke & Sinclair, 1991; Sherwood &Jeffery, 2000). Menurut Napolitano (2000), darjah keyakinan diri juga turut mcmpengaruhikemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal. Iaitu apabila rnereka tidak mempunyaikeyakinan terhadap diri sendiri, secara tidak lang sung mereka tidak akan dapat melakukanaktiviti fizikal dengan sempurna.

Terdapat juga di antara mereka yang bimbang dengan kemunculan dan penilaianterhadap tubuh badan mereka (McAuley & Burman, 1993). Dalam satu

Page 6: Peranan Wanita Dalam Sukan

160 Masalah Pendidikan Jilid 27

kajian ke atas wanita yang tinggi tahap kebimbangan sosial susuk badan (social physiqueanxiety-SPA) yang diukur menggunakan Social Physique Anxiety Scale (SPAS) (Hart et al.,1989), didapati wanita lebih mengalami tekanan berdasarkan laporan kendiri, merasai kurangselesa semasa penilaian susuk badan dan lebih kerap berfikiran negatiftentang penampilantubuh badan mereka (Hart et. al., 1989). Oleh itu mereka memilih untuk berlatih dipersekitaran yang terpencil dan persekitaran yang tidak menitikberatkan susuk badan(Crawford & Eklund, 1994).

Zainun Ishak (1994) pula menyatakan bahawa terdapat juga di antara wanita yangtidak aktif melakukan aktiviti fizikal kerana bimbang badan mereka akan berotot sepertilelaki. Kemudian menurut Cox (1998), wanita yang menyertai sukan dan berlatih denganserius akan dianggap mannish atau kelakian dan unfeminine atau tidak kewanitaan. Masalahini ada juga dinyatakan oleh Anderson dan Williams (1994) dalam Mohd Sofian (2003), iaituwan ita takut jika dia menang dalam persekitaran yang dominannya kelakian, dia akankehilangan kewanitaannya dan juga akan disingkirkan oleh masyarakat sama ada lelaki atauwanita. Menurut Cox (1994) juga, wanita sebenarnya mempunyai perasaan malu dalampenyertaan sukan yang tidak sesuai dengan perananjantina mereka. Situasi yang demikianmenyebabkan kurangnya penglibatan yang ramai dari kalangan wanita untuk melakukanaktiviti fizikal ataupun sukan.

Ada juga di antara rnereka yang rasa ragu-ragu atau bimbang hendak mengikutiaktiviti fizikal kerana kurangnya kcyakinan dengan kemampuan fizikal mereka dan kadang-kadang rasa sukar dan kekok melakukan latihan di temp attemp at awam (Bain et a1., 1989).Hasil daripada tinjauan di Malaysia, Nadhratul Wardah (2000) juga mendapati lebih kurang69.8% daripada sampel yang dikaji menyatakan bahawa mereka kekurangan kemampuan,kekuatan dan keyakinan untuk melakukan aktiviti fizikal.

Kesimpulan dan Cadangan

Aktiviti fizikal merupakan suatu aktiviti pergerakan yang perlu dilaksanakan oleh semuamanusia tanpa mengira kaum atau jantina. Faedah dan kepentingan dari aktiviti ini tidakdapat dinafikan lagi. Melalui aktiviti fizikal seseorang individu itu dapat memeliharakesihatan badan secara keseluruhannya. Sehubungan dengan itu berbagai penyakit yangberkaitan akan dapat dihindarkan.

Semua penduduk sarna ada lelaki atau perempuan merupakan generasi yang pentingdalam membantu membangunkan negara. Oleh yang demikian satu langkah yang drastikpcrlu diambil bagi menjamin kualiti kehidupan penduduk masa kini. Di antara langkah tersebut termasuklah mengadakan usaha-usaha

Page 7: Peranan Wanita Dalam Sukan

Masalah Pendidikan Jilid 27 161

bagi menggalakkan kaum wanita agar mereka seiring dengan kaum lelaki dalam melakukanaktiviti fizikal bagi penjagaan kesihatan yang baik. Mereka perlu berasa lebih selesa danmempunyai motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal tersebut, Misalnya, selain daripadadorongan, faktor kemudahan peralatan juga perlu disediakan dan ini merupakan faktorpenting dalam membantu meningkatkan penglibatan individu dalam aktiviti fizikal(Napolitano, 2000).

Bagi merealisasikan hasrat tersebut kerjasama padu daripada semua peringkat amatdiperlukan. Pihak media massa adalah medan utama yang berperanan mcnyebarkanmaklumat tentang kepentingan dan faedah aktiviti riadah atau senaman serta keperluannyadalam kehidupan seharian. Penyebaran maklumat ini boleh dilaksanakan melalui kepakaranyang telah sedia ada di dalam negara kita. Pakar motivasi sukan contohnya bolehmemberikan galakan dan dorongan di samping memberi panduan mengatasi masalahpsikologi di kalangan wanita untuk melaksanakan aktiviti fizikal. Mereka juga bolehberperanan untuk mcngikis masalah salah tanggapan masyarakat terhadap wanita yangmelibatkan diri dalam aktiviti tersebut,

Pakar-pakar agama juga boleh mcnggunakan saluran media untuk menghapuskansalah faham ten tang hukum dan larangan agama terhadap wanita yang melakukan aktivitifizikal. Kepentingan riadah dalam agama, terutamanya agama Islam, perlu disebarkan dandijelaskan agar tiada pcrasaan ragu terutamanya di kalangan kaum wanita yang ingin me libatkan diri dalam aktiviti riadah. Malah pakar kesihatan dan pakar kecantikan yang ada jugaperlu menggunakan media untuk mcnerangkan hubungan di antara aktiviti fizikal dengankesihatan dan kecantikan tubuh badan. Begitu juga dengan kesannya terhadap sifatkewanitaan serta kcsan cuaca terhadap kulit dan bahan pelindung kulit yang sesuai semasamelakukan aktiviti fizikal.

Selain penggunaan media massa, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia danKcmenterian Pengajian Tinggi juga perlu mcmberikan penekanan tcrhadap pelaksanaankurikulum pendidikan jasmani di institusi pendidikan termasuk sckolah. Mereka bolehmembuat pemantauan sarna ada kurikulum yang dilaksanakan mengikut panduan yang tclahditetapkan atau sebaliknya. Mata pelajaran pendidikan jasmani juga boleh dijadikan sebagaimata pelajaran teras dan seterusnya dijadikan sebagai subjek peperiksaan secara teori danamali di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

Pihak institusi pendidikan pula perlu melaksanakan kurikulum pendidikan jasmanimengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran tanpamembezakan di antara pelajar lelaki dan wanita. Mereka perlu me lib atkan

Page 8: Peranan Wanita Dalam Sukan

162 Masalah Pendidikan Jilid 27

semua pelajar lelaki dan wanita secara rnenyeluruh dalam aktiviti fizikal tanpa meragui tahapkeupayaan pelajar percmpuan, malah sanggup mengambil risiko yang sarna sekiranya pelajarpcrempuan melakukan aktiviti yang sarna dengan pelajar lelaki. Tindakan yang sarna jugaperlu diambil sekiranya terdapat pelajar lelaki atau perempuan yang tiada kclengkapan untukmelakukan aktiviti pendidikan jasmani, Sebagai contohnya, melarang pelajar perempuanmembuat ulangkaji di dalam kelas scdangkan pelajar lelaki dipaksa melakukan aktivitipendidikanjasmani dengan memakai uniform sekolah.

Pihak pemaju perumahan juga berperanan menyediakan sekurang-kurangnya satukawasan lapang yang sesuai bagi semua golongan untuk melakukan aktiviti fizikal. Pihakpertubuhan sosial dan penduduk setempat juga perlu bekerjasama menjaga dan menambahalatan kemudahan di kawasan yang telah disediakan oleh pihak pemaju. Sekiranya perlu,penggunaan kawasan secara berjadual serta penyusunan program yang melibatkan aktivitifizikal secara terancang hendaklah dibuat bagi menggalakkan penglibatan semua pihak.

Rujukan

Bain, L. L., Wilson, T., & Chaikind, E. (1989). Participant perceptions of exerciseprograms for overweight women. Research Quarterlyfor Exercise and Sport, 60(2),134-143.

Berita Minggu. (2003, September 28). Tabiat pemakanan tidak seimbang puncakegemukan, msA.

Browne, 1. (1992). Reasons for the selection or nonsclection of physical education studies byYear 12 girls. Journal of Teaching in Physical Education, 11, 402-410.

Corbin, C. B., Lindsey R., Welk, G. 1., & Corbin, W. R. (2002). Concepts a/fitness andwellness. A comprehensive lifestyle approach (4th ed.). Boston: McGrawHill.Cox, R, H. (1994). Sport psychology: Concepts and applications (3rd 00.). USA: Brown.Cox, R. H. (1998). Sport psychology: Concepts and applications (4th ed.).

Boston: McGraw-Hill.Crawford, S., & Eklund, R. C. (1994). Social physique anxiety, reason for exercise, and

attitudes towards exercise settings. Journal ofSport & Exercise Psychology. 16, 70-82.Ford, E. S., Merritt, R. K., Heath, G. w., Rowell, K. E., Washburn, R. A., Kriska,

A., et al. (1991 ). Physical activity behaviors in lower and higher socio-economicstatus populations. American Journal of Epidemiology. 133, 1246-1256.

Hall, A. E. (1998). Perceived barriers to and benefits of physical activity among black andwhite women. TfOmen in Sport and Physical Activity Journal, 7(2), 1-32.

Page 9: Peranan Wanita Dalam Sukan

, Masalah Pendidikan Jilid 27 163

Hart, E. H., Leary, M. R., & Rejeksi, W. 1. (1989). The measurement of socialphysique anxiety. Journal of Sport & Exercise Psychology, 11,94-104.

Jones, 0. L. (1996). Rahsia kesihatan. Shah Alam: Fajar Bakti.Luke, M. D., & Sinclair, G. 0. (1991). Gender differences in adolescents' attitudes toward

school physical education. Journal of Teaching in Physical Education. 11. 31-46.McAuley, E., & Burman, G. (1993). The social physique anxiety scale: Construct validity in

adolescent females. Medicine and Science in Sport and Exercise, 9, 1049-1053.Mohd Sofian Omar Fauzee (Ed). (2003). Sosio-psikologi: Sukan dan kegiatan fizikal. Kuala

Lumpur: Karisma.Nadhratul Wardah Salman. (2000). Women and sport in Malaysia: Opportunities and barriers.

3M ICHPER.SD Asia Congress 23-26 November 2000.Napolitano, M. A. (2000). Breaking barriers to increased physical activity. The Physician and

Sportsmedicine, 28(10).NASPE (2003). Perceptions of physical education and physical activity. Journal of Physical

Education, Recreation & Dance. 74.Noordin Darus. (1999). The art of total wellness. Kuala Lumpur: WorldWellness Network.Plaisted, V. (1995). Gender and sport. Dalam T. Morris, & 1. Summer (Ed.), Sport psychology:

Theory. application and issues (pp. 538-574). Singapore: Wiley.Ransdell, L. B., Oakland, D., & Taylor, A. (2003). Increasing physical education activity in

girls and women: Lessons learned from the DAMET project. Journal of PhysicalEducation, Recreation & Dance.

Renzetti, C. M., & Curran, D. 1. (1989). Women, men. and society: The sociology of gender.Boston: Allyn and Bacon.

Rodgers, B., & Douglas, S. (1998). The complete idiot's guide to jogging and running. NewYork: Simon & Schuster.

Roszilah Asmuti & Mohd Sofian (2003). Penentuan penyertaan sukan dan aktiviti fizikal dikalangan atIit lelaki dan wanita, Dalam Mohd Sofian Omar Fauzee (Ed), Sosio-

psikologi sukan dan kegiatan fizikal (ms. 106-116). Kuala Lumpur: Karisma.Sherwood, N. E., & Jeffery, R. W. (2000). The behavioral determinants of exercise:

Implications for physical activity interventions. Annual Reviews in Nutrition, 20, 21-44.U.S. Department of Health and Human Services. (1996). Physical activity and health: A report

of the Surgeon General. Atlanta, GA: Centers for Disease Control and Prevention.U.S. Department of Health and Human Services. (2000). Healthy people 2010.

Washington, DC: USDHHS.

Wee, E. H. (1997). Kecergasan: Satu panduan hidup. Shah Alam: Fajar Bakti.Zainun Ishak. (1994). Recreational activities of young adults in Malaysia. First ICHPER-SD

Asia Congress Proceedings. Kuala Lumpur, Malaysia.