peranan modirono dalam pembukaan kampung madirono di benut

11
1.0 PENDAHULUAN Sejarah adalah sesuatu peristiwa penting yang benar-benar berlaku pada masa lampau. Sejarah memerlukan bantuan displin ilmu lain untuk memastikan keobjektifannya. Sumber sejarah terbahagi kepada empat bahagian iaitu sumber primer, sumber skunder, sumber lisan dan juga sumber arkeologi. Sumber primer adalah sumber yang asal atau asli yang masih belum diolah. Sumber skunder pula adalah sumber yang telah diolah daripada sumber primer dan rakamannya berbentuk penulisan dokumen yang ditulis oleh sejarawan sendiri. Sumber lisan merupakan sumber yang diperoleh daripada ingatan oarang sumber yang telah mengalami sejarah ataupun menerima penceritaan sejarah tersebut dan dirakamkan secara lisan hasil penceritaan orang sumber tersebut. Sumber sejarah yang terakhir pula adalah sumber daripada tinggalan sejarah. Sejarawan mentafsirkan sejarah bedasarkan kajian terhadap bahan tinggalan melalui proses cari gali. Kajian yang dijalankan bedasarkan sumber lisan mempunyai kekurangan dari segi keobjektifannya kerana terdapat tokok tambah dalam penceritaan peristiwa sejarah tersebut. Sumber lisan merupakan sumber yang digunakan untuk melengkapi sumber dokumen. Namun hasil kajian sumber lisan yang baik bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh orang sumber serta soalan- soalan yang diberikan oleh sejarawan kepadanya. Masalah sumber lisan ini adalah ia bergantung kepada tahap ingatan pencerita tersebut dan tidak semestinya pelaku sejarah tersebut mampu untuk mengingati perkara yang telah dilaluinya pada suatu ketika dulu dengan jelas. Kajian sejarah melalui sumber lisan boleh dilakukan terhadap peristiwa sejarah yang tidak direkodkan seperti kajian terhadap peranan individu dalam mempengaruhi pembangunan ekonomi di sesuatu kawasan. Saya telah melakukan kajian berkenaan dengan ayah kepada moyang saya yang telah berhijrah dari Indonesia ke Tanah Melayu untuk menambah baik kehidupannya dengan membuka kawasan penempatan baru di situ. Proses mencari sumber lisan ini telah dijalankan dengan menemuramah cicit dan anak kepada tokoh tersebut. Sumber yang dijumpai hanyalah sumber lisan yang berada di tahap penuturan dan penyebaran ataupun tradisi lisan. Tahap perkembangan sumber lisan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sumber lisan bedasarkan fakta atau peristiwa yang diperoleh daripada keterangan proto ataupun keterangan asal si pelaku sejarah, tahap saksi mata iaitu sumber lisan daripada orang yang memerhatikan peristiwa sejarah tersebut ataupun bersama- sama merasai peristiwa sejarah tersebut dan akhir sekali adalah tahap sumber yang diperturunkan secara tradisi kepada keturunan dan generasinya. Sumber lisan yang dikaji oleh saya berada di tahap ketiga iaitu tahap sumber yang diperturunkan secara turun temurun kerana orang sumber yang ditemuramah saya mengatakan bahawa dia mendapat cerita daripada ayah, pakcik serta 1

Upload: arif-zai

Post on 18-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

kampung madirono benut pontian.

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANSejarah adalah sesuatu peristiwa penting yang benar-benar berlaku pada masa lampau. Sejarah memerlukan bantuan displin ilmu lain untuk memastikan keobjektifannya. Sumber sejarah terbahagi kepada empat bahagian iaitu sumber primer, sumber skunder, sumber lisan dan juga sumber arkeologi. Sumber primer adalah sumber yang asal atau asli yang masih belum diolah. Sumber skunder pula adalah sumber yang telah diolah daripada sumber primer dan rakamannya berbentuk penulisan dokumen yang ditulis oleh sejarawan sendiri. Sumber lisan merupakan sumber yang diperoleh daripada ingatan oarang sumber yang telah mengalami sejarah ataupun menerima penceritaan sejarah tersebut dan dirakamkan secara lisan hasil penceritaan orang sumber tersebut. Sumber sejarah yang terakhir pula adalah sumber daripada tinggalan sejarah. Sejarawan mentafsirkan sejarah bedasarkan kajian terhadap bahan tinggalan melalui proses cari gali.Kajian yang dijalankan bedasarkan sumber lisan mempunyai kekurangan dari segi keobjektifannya kerana terdapat tokok tambah dalam penceritaan peristiwa sejarah tersebut. Sumber lisan merupakan sumber yang digunakan untuk melengkapi sumber dokumen. Namun hasil kajian sumber lisan yang baik bergantung kepada kerjasama yang diberikan oleh orang sumber serta soalan-soalan yang diberikan oleh sejarawan kepadanya. Masalah sumber lisan ini adalah ia bergantung kepada tahap ingatan pencerita tersebut dan tidak semestinya pelaku sejarah tersebut mampu untuk mengingati perkara yang telah dilaluinya pada suatu ketika dulu dengan jelas. Kajian sejarah melalui sumber lisan boleh dilakukan terhadap peristiwa sejarah yang tidak direkodkan seperti kajian terhadap peranan individu dalam mempengaruhi pembangunan ekonomi di sesuatu kawasan. Saya telah melakukan kajian berkenaan dengan ayah kepada moyang saya yang telah berhijrah dari Indonesia ke Tanah Melayu untuk menambah baik kehidupannya dengan membuka kawasan penempatan baru di situ. Proses mencari sumber lisan ini telah dijalankan dengan menemuramah cicit dan anak kepada tokoh tersebut. Sumber yang dijumpai hanyalah sumber lisan yang berada di tahap penuturan dan penyebaran ataupun tradisi lisan. Tahap perkembangan sumber lisan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sumber lisan bedasarkan fakta atau peristiwa yang diperoleh daripada keterangan proto ataupun keterangan asal si pelaku sejarah, tahap saksi mata iaitu sumber lisan daripada orang yang memerhatikan peristiwa sejarah tersebut ataupun bersama-sama merasai peristiwa sejarah tersebut dan akhir sekali adalah tahap sumber yang diperturunkan secara tradisi kepada keturunan dan generasinya. Sumber lisan yang dikaji oleh saya berada di tahap ketiga iaitu tahap sumber yang diperturunkan secara turun temurun kerana orang sumber yang ditemuramah saya mengatakan bahawa dia mendapat cerita daripada ayah, pakcik serta atoknya. Kajian sumber lisan saya mempunyai skop kajian terhadap peranan Modirono dalam membangunkan kampung. 2.0 LATAR BELAKANG MODIRONOModirono merupakan anak kepada Proyodiwongso yang berasal dari Demak yang terletak di kawasan Jawa Tengah, Indonesia. Beliau dilahirkan pada tahun 1869. Kawasan Demak ini sering dikaitkan dengan satu kawasan perjuangan wali songo dan wali-wali tersebut turut membangunkan masjid Demak dan bermulalah era pembangunan Kesultanan Demak pada ketika itu dan masjid ini dikatakan satu tiangnya dibina daripada lebihan kayu yang diketam yang dipanggil tatal disusun menjadi tiang serta atap yang dibina daripada kerak nasi. Antara mitos lain pada zaman tersebut sewaktu perang Indonesia pada tahun 1945 seperti bom yang dijatuhkan Belanda bertukar menjadi labu, dan askar Belanda diserang tabuan sewaktu ingin menyerang Indonesia. Cerita-cerita tersebut tidak dapat dikenalpasti kesahihannya dan cerita-cerita yang disebarkan ini adalah untuk menunjukkan kehebatan wali songo menerajui Kesultanan Demak. Modirono dilahirkan dalam keluarga Islam dan nama sebenar beliau adalah Rapan bin Proyodiwongso. Adik beradik beliau tidak dapat dikenal pasti bilangannya namun beliau dipercayai mempunyai abang ataupun kakak yang lebih tua darinya yang berada dalam situasi yang dipanggil apit bangkai. Situasi apit bangkai ini adalah apabila adiknya mati dan abangnya atau kakaknya pun telah mati. Kedatangannya ke Tanah Melayu adalah dalam sekitar tahun 1909 dengan menaiki kapal api dari Demak. Isteri beliau bernama Nasiah binti Ngtrono dan memiliki tiga orang anak lelaki serta seorang anak perempuan. Beliau mempunyai seorang abang ipar yang bernama Ilias. Abang ipar Modirono, Ilias telah terlebih dahulu menetap di Tanah Melayu. Modirono telah mengahwini adik kepada Ilias iaitu Nasiah binti Ngtrono semasa di Demak dan mempunyai empat orang anak sebelum beliau berhijrah ke Tanah Melayu. Anak lelaki beliau adalah Rasiman, Giman dan Samri @ Salleh serta anak perempuannya pula bernama Marsinah. Modirono berasal daripada keluarga yang agak susah namun masih mampu untuk menyara hidupnya dan tidak terlampau miskin. Modirono telah tiba di Tanah Melayu pada sekitar tahun 1909 bersama ahli keluarganya di kawasan Rengit dan mula membuka penempatan di kawasan Benut. Kawasan tersebut dipanggil Parit Madirono sempena namanya. Beliau telah menjadi ketua kampung di situ. Anak-anaknya kemudian telah berpindah ke kampung lain yang berdekatan situ kecuali anak perempuannya yang paling bongsu, Marsinah yang masih menetap di kampung tersebut sehingga meninggal dunia dan keturunannya masih menetap di kawasan perkampungan tersebut. Anaknya yang pertama, Rasiman berhijrah ke Kampung Jambi, Rengit. Anak lelaki keduanya, Giman pula berhijrah ke Kampung Parit Salleh, Benut dan anak lelakinya yang ketiga, Samri pula berpindah ke Kampung Parit Mansor, Benut. Mereka semua telah memulakan hidup sendiri dan menyara keluarga masing-masing.Beliau mempunyai beberapa ilmu yang diamalkan sejak dari Kepulauan Jawa yang membantu beliau dalam kehidupan seharian dan menjadikan beliau seorang ketua kampung yang berwibawa. Ilmu-ilmu yang dimiliknya jika dilihat pada masa kini terdapat beberapa ilmu yang boleh disifatkan sebagai ilmu hitam ataupun ilmu yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Antara ilmu yang dimiliki oleh beliau adalah seperti ilmu penggerun, ilmu menjinakkan haiwan yang buas dan ganas, dan ilmu sapu angin serta beliau turut memiliki tiga ekor harimau belaan yang boleh dikira sebagai harimau ghaib ataupun harimau jelmaan[footnoteRef:1]. Ilmu penggerun yang dimiliki beliau dikatakan sangat hebat sehinggakan penduduk di kampung tersebut tidak berani untuk melintasi kawasan perumahannya jika terlihat susuk tubuhnya di hadapan rumahnya ketika beliau sedang menajak rumput atau melakukan sebarang aktiviti di luar rumahnya. Perasaan gerun yang wujud turut membuatkan penduduk kampung mempunyai rasa hormat terhadap beliau selaku ketua kampung seperti apa yang disampaikan oleh Wak Wageh selaku penduduk kampung itu sendiri.[footnoteRef:2] [1: Azlin bin Shuib, Rengit, 20/3/15, 10pm.] [2: Ibid.]

Selain itu ilmu menjinakkan haiwan liar ini di gunakan beliau kerana kawasan penempatan yang dibuka adalah dari kawasan hutan yang merupakan habitat haiwan liar. Turut diceritakan oleh Shuib, kejadian yang berlaku pada suatu hari ketika seekor kerbau liar telah masuk ke dalam rumahnya dan beliau telah berjaya memujuk kerbau tersebut untuk keluar daripada rumahnya. Ilmu penjinak haiwan liar ini turut digunakan sewaktu beliau menaiki sampan untuk menjual hasil hutan ke kawasan bandar Benut. Sungai benut pada masa itu mempunyai banyak buaya dan kebanyakan buayanya lebih besar dari sampan jalurnya. Namun buaya tersebut mampu untuk dijinakkan dan disuruh menyelam semula ke dalam air agar tidak mengganggu beliau. Pengangkutan air merupakan laluan yang utama menghubungkan kampung pada masa itu. Ilmu ini sangat membantu beliau dalam urusan hariannya untuk ke mana-mana sahaja.Ilmu sapu angin adalah ilmu yang dikatakan mampu membuatkan seseorang itu berjalan dengan pantas. Ilmu ini turut terkenal di Tanah Jawa dan dipanggil ilmu lipat bumi. Ilmu ini mampu membuatkan pengamalnya untuk berjalan sepantas angin tanpa disedarinya sendiri. Tempoh masa perjalanan yang diambil adalah lebih singkat berbanding biasa walaupun pengamalnya dilihat berjalan seperti biasa. jika sesiapa yang mengikut pengamal, mereka haruslah mengikut dengan rapat agar tidak terkeluar daripada kesan ilmu tersebut. Jika berjalan bersama dan leka walaupun seketika, pengikut akan jauh ketinggalan di belakang. Modirono turut mempunyai kebolehan untuk menyakiti orang lain tanpa melalui sentuhan. Jika beliau marah dengan seseorang, beliau akan mengambil bekas tapak kaki orang tersebut dan melemparkannya ke dalam sungai. Bekas tapak kaki yang ada di tanah gambut akan digenggam dan dilemparkan tanah tersebut ke dalam sungai. Orang tersebut akan menghidapi sakit pinggang dan jika tidak bertemu dengannya dan meminta maaf maka sakit tersebut tidak akan sembuh[footnoteRef:3]. [3: Shuib bin Rasiman, Rengit 19/3/15, 9pm.]

Harimau belaan Modirono tidak pernah mengusik dan memakan orang atau penduduk kampung di situ. Lembu yang dibela oleh beliau turut tidak diusik oleh harimau tersebut. Harimau ini mungkin terdiri daripada sejenis jin. Penurunan harimau ini adalah secara automatik kepada anak lelaki pertama pemilik tersebut. Pernah diceritakan bahawa Modirono pernah menurunkan ilmu ini kepada cucu lelakinya yang pertama, anak kepada Rasiman iaitu anak lelakinya yang pertama bernama Yus bin Rasiman dengan menggunakan pisang. Beliau menyuruh Yus memakan pisang yang disuapkan olehnya. Harimau ini merupakan haiwan yang menjaga kampung daripada sebarang ancaman dan diceritakan bahawa harimau ini diberi makan bertih jagung. Harimau ini boleh hilang secara tiba-tiba dan muncul semula dalam bentuk maujud. Pada bulan Muharram harimau tersebut berada di bawah rumahnya. Harimau belaan ini turut mampu diserahkan oleh pemiliknya kepada sesiapa yang diingini olehnya. Ilmu-ilmu yang dimiliki oleh beliau ini adalah merupakan salah satu ilmu yang diturunkan secara turun-temurun dari pengasas ilmu tersebut. Terdapat beberapa amalan yang perlu dilakukan untuk menguatkan tenaga dalaman yang berunsur spiritual seperti keyakinan terhadap alam ghaib dan keyakinan terhadap kewujudan kuasa alam semula jadi serta yang paling penting adalah keyakinan terhadap pemilik segala kelebihan dan kekuasaaan. Ilmu-ilmu ghaib ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti ilmu ghaib yang diceritakan secara turun temurun mengenai wali songo di Demak yang membina Masjid Demak dalam satu malam, serta kehebatan mereka menukar bom menjadi labu dan tentera Belanda yang diserang tabuan dan banyak lagi perkara-perkara aneh yang berlaku dengan bantuan daripada makhluk ghaib. Kehebatan yang ditonjolkan daripada wali songo adalah contoh ilmu ghaib yang bermanfaat dan ilmu ghaib yang menyesatkan adalah seperti ilmu sihir yang digunakan untuk menghancurkan hidup orang lain demi kepentingan diri sendiri seperti ilmu santau yang mampu membuatkan orang yang disantau menderita seumur hidup. Beliau telah pergi menunaikan haji pada sekitar tahun 1952 atau 1953. Setelah hampir 60 tahun beliau menetap di Kampung Parit Madirono, akhirnya beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada sekitar tahun 1966 dan telah dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Masjid Jamek Parit Madirono pada hari Jumaat pada waktu pagi. Usianya pada ketika itu dalam lingkungan 90-an atau mungkin secara tepatnya pada umur 97 tahun. Namun kubur beliau tidak dapat dikesan lagi kerana tanda nisan pada kubur tersebut telahpun hilang ataupun rosak. Tanda nisan yang diperbuat daripada kayu tersebut dipercayai telah rosak sewaktu banjir besar yang berlaku di kawasan tersebut pada sekitar tahun 60-an ataupun tahun 70-an. Tanda nisan tersebut telah dihanyutkan dan kawasan perkuburan tersebut telah rosak. Kawasan kubur beliau pada kali terakhir yang dikenal pasti adalah di hadapan mimbar Masjid Jamek Kampung Parit Madirono tersebut Namun binaan jalan dan tambahan binaan masjid baru telah menyebabkan kuburnya semakin sukar dikesan. Kesemua anak-anak Modirono telah meninggal dan kini yang tinggal hanyalah generasinya yang ketiga. 3.0 PENGHIJRAHANPenghijrahan Modirono ataupun Rapan ke Tanah Melayu dipercayai telah berlaku beberapa kali namun fakta yang masih dapat diingati dengan jelas adalah berlaku pada 1909.. Sebelum itu, Modirono telah datang ke Tanah Melayu secara persendirian ketika Rasiman berusia 9 tahun bersama isterinya secara persendirian dengan menaiki sampan yang diperbuat daripada kayu balak besar yang telah dikorek bahagian tengahnya untuk membentuk seperti kuali atau lesung[footnoteRef:4]. Beliau telah mendayung dari Kepulauan Jawa untuk tiba ke Tanah Melayu dengan berbekalkan ilmu yang ada. Di Tanah Melayu beliau telah bertemu dengan abang iparnya, Ilias dan membuka penempatan sementara. Kemudian beliau mungkin kembali semula ke Kepulauan Jawa dan datang semula ke Tanah Melayu dengan menaiki kapal api dan membayar separuh daripada tambangnya pada tahun 1909 bersama keluarga dan rakan-rakannya yang lain[footnoteRef:5]. [4: Saniah bt Abdul Hamid, 21/3/15, 8am. ] [5: Shuib bin Rasiman, Rengit 19/3/15, 9pm.]

Beliau telah menaiki kapal api dari Demak dan berlabuh di Singapura sebelum menyambung semula perjalanannya dengan menaiki tongkang ke Sungai Rengit. Kehadirannya disambut mesra oleh abang iparnya Ilias dan telah berkenalan dengan Husin di Kampung Parit Latif. Beliau telah menetap secara sementara di Kampung Parit Latif, Rengit sebelum mula mencari kawasan baru untuk dijadikan kawasan penempatan di Benut. Setelah melalui Sungai Kluang di Rengit, beliau telah berpindah ke Benut bersama keluarga abang iparnya. Benut pada ketika itu merupakan sebuah pelabuhan yang boleh dimasuki oleh kapal-kapal kecil dan terdapat jeti-jeti kapal di tanjung Benut. Beliau telah menelusuri Sungai Benut, Sungai Kluang dan Sungai Rengit serta kawasan-kawasan lain yang sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan baru.Penghijrahan ke Tanah Melayu adalah kerana faktor tolakan daripada Kepulauan Jawa serta beberapa lagi faktor penarik yang ada di Tanah Melayu. antara faktor penolak yang menyebabkan Modirono mencari kehidupan baru di Tanah Melayu adalah disebabkan keadaan hidupnya di Demak yang mungkin kurang baik serta keadaan keluarganya yang berada di sana. Kakak atau abangnya yang menghadapi situasi apit bangkai menunjukkan bahawa adik beradiknya telah berkurang disebabkan kematian mungkin mempengaruhi Modirono untuk mengubah kehidupannya dan berhijrah ke tempat baru. Cara kedatangannya ke Tanah Melayu pada kali pertama adalah dengan secara persendirian dan tidak terlibat dengan sebarang sistem seperti sistem yang diguna pakai oleh pihak penjajah. Kemasukan orang Indonesia kebanyakannya adalah melalui cara persendirian pada ketika itu kerana pihak penjajah tidak begitu berminat untuk membawa masuk rakyat Indonesia ke Tanah Melayu. Faktor penolak yang mereka hadapi adalah dengan kezaliman pemerintahan Belanda yang mengenakan pelbagai cukai serta keadaan di Demak yang mempunyai pertambahan penduduk yang tidak seimbang dan menyebabkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup masyarakat di situ. Faktor penarik yang boleh dikesan di Tanah Melayu adalah seperti abang iparnya yang telah terlebih dahulu menetap di Tanah Melayu berbanding beliau. Keadaan abang iparnya di Tanah Melayu telah menarik minat beliau untuk turut sama berhijrah ke Tanah Melayu. Selain itu, peluang pekerjaan yang banyak di Tanah Melayu sewaktu pemerintahan British di Tanah Melayu telah menarik bukan sahaja beliau malah beribu-ribu lagi imigran ke Tanah Melayu. Kedatangan Modirono beberapa kali ke Tanah Melayu adalah bertujuan untuk melihat sendiri suasana di Tanah Melayu. Keadaan di Tanah Melayu yang mempunyai banyak kawasan yang belum diterokai telah menarik minat beliau untuk menetap di Tanah Melayu. Hasrat beliau yang sejak dari mula ingin berhijrah untuk membuka penempatan baru[footnoteRef:6] membuatkan beliau memilih Tanah Melayu yang lebih dekat dan masih lagi mempunyai banyak kawasan yang belum diterokai berbanding di Kepulauan Jawa yang sudah mula pesat dengan pertambahan penduduk. [6: Saniah bt Abdul Hamid, 21/3/15, 8am. ]

Selain itu, kegiatan ekonomi yang hampir sama di Tanah Melayu dan Kepulauan Jawa seperti mengusahakan getah dan kelapa menyebabkan Tanah Melayu menjadi tumpuan penghijrahan. Persamaan dengan orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari segi bahasa, agama, adat resam dan sebagainya telah menyebabkan Modirono lebih selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Tanah Melayu dengan mudah. Namun keadaaan di Tanah Melayu yang sedikit sebanyak berubah dari masa ke semasa dan kecenderungan hidup berpindah randah membuatkan masyarakat di Tanah Melayu pada masa itu sentiasa berpindah randah sebelum memilih satu kawasan yang sesuai untuk menetap. Kehidupan berpindah randah membuatkan mereka mengamalkan ekonomi sara diri sebelum membuka kampung di Benut. Keadaan Tanah Melayu yang aman dan stabil dari segi ekonomi, politik dan sosial adalah antara punca penarik yang kuat untuk menarik minat beliau menetap di Tanah Melayu. 4.0 PEMBUKAAN KAMPUNG Kedatangan Modirono yang berhasrat untuk membuka kampung sejak daripada Kepulauan Jawa telah tiba ke Tanah Melayu dan naik melalui Sungai Kluang dan kemudian ke Parit Latif. Ketibaannya ke Tanah Melayu disambut oleh abang iparnya di Parit Latif. Kemudiannya mereka bersama seorang rakan lagi yang bernama Husin telah menuju ke Sungai Jambi di Benut dan menetap di sana buat sementara waktu. Setelah menjumpai penempatan yang sesuai, Modirono kemudiannya bersama-sama dengan abang iparnya, Ilias dan kawannya Husin telah meneroka kawasan di sekitar Benut untuk dibuka penempatan yang bermula daripada kawasan hutan yang belum pernah diterokai oleh sesiapa. Mereka telah membersihkan kawasan hutan tersebut untuk dijadikan kawasan perumahan. Pada awalnya mereka telah mendirikan kawasan penempatan mereka sebelum menyambung meneroka kawasan tersebut seluas mungkin. Mereka meneroka dan menjual tanah tersebut kepada orang yang ingin menetap di kawasan tersebut.Modirono telah memilih kawasan tersebut sebagai kawasan yang sesuai untuk membangunkan perkambungan adalah kerana kawasannya yang berhampiran dengan sungai. kawasan tersebut juga masih belum diterokai dan membolehkan beliau untuk menjadi peneroka pertama kampung tersebut. Kawasan yang dipilih berdekatan dengan sungai adalah kerana sungai tersebut mampu menjadi sumber air minuman dan kawasan di lembah sungai merupakan kawasan pertanian yang subur. Kawasan pertanian yang subur mampu untuk menjana pendapatan kampung untuk terus membangun dengan sumber pertanian seperti penanaman pokok getah dan pokok kelapa. Selain itu, sungai merupakan salah satu jalan perhubungan yang paling mudah dan pantas pada ketika itu kerana jalan darat yang masih belum dibina untuk menghubungkan kampung-kampung dan bandar yang berhampiran. Oleh itu, beliau telah memilih kawasan penempatan yang berdekatan dengan sungai untuk memudahkan lagi proses perhubungan kampung tersebut dengan masyarakat di perkampungan lain. Kawasan sungai juga memastikan saliran yang penting untuk mengelakkan kawasan tersebut ditenggelami air. Mereka bertiga telah berjaya meneroka kawasan hutan tersebut menjadi kawasan penempatan yang mempunyai keluasan lebih kurang 100 ekar yang mempunyai panjang sejauh hampir 2 kilometer[footnoteRef:7]. Kawasan kampung di Johor adalah tertumpu kepada kawasan di sepanjang sungai ataupun parit. Hal ini membuatkan hampir keseluruhan kampung disusun secara memanjang berpandukan parit ataupun sungai yang berhampiran dengannya. Kawasan-kawasan yang diteroka oleh mereka telah dibahagikan dan Modirono telah mendapat kawasan seluas 20 ekar dan selebihnya diserahkan kepada abang ipar dan kawannya. Modirono telah dilantik menjadi ketua kampung kerana usahanya yang berhijrah dari Demak, Jawa Tengah semata-mata ingin membuka penempatan baru di kawasan tersebut dan juga bedasarkan kredibiliti yang dimiliki olehnya dengan pelbagai ilmu dan amalan yang diamalkan olehnya. Kawasan yang telah diteroka tersebut dinamakan Kampung Sungai Madirono sempena nama Modirono dan sewaktu mendaftar nama kampung tersebut, telah berlaku sedikit kesilapan dalam ejaan Modirono yang telah dieja sebagai Madirono. Kampung tersebut terus dikenali sebagai Kampung Sungai Madirono sehingga kini. [7: Azlin bin Shuib, Rengit, 20/3/15, 10pm.]

Pada zaman itu, sesiapa sahaja yang membuka kampung, mereka berhak meletakkan nama mereka sebagai nama penempatan baru yang mereka buka. Sesiapa sahaja yang rajin untuk meneroka berhak untuk mendapatkan tanah yang diusahakannya itu. Modirono kemudiannya telah membahagikan bahagian tanahnya kepada anak-anaknya dan setelah anaknya berpindah ke kampung lain, mereka telah menjualnya kepada sesiapa yang berminat untuk membeli tanah. Tanah milik Giman telah dijual sewaktu Giman ingin menunaikan haji. Modirono turut dihormati dan ditakuti dengan kegarangannya sehingga cucunya sendiri takut akan kegarangannya itu. Jika cucunya terlambat bangun pada waktu pagi, beliau akan menyepak tapak kaki dan menjerit memarahi cucunya. Kehebatan-kehebatan yang dimiliki oleh beliau disebabkan ilmunya sebenarnya telah menjadikan beliau seorang ketua kampung yang disegani dan dihormati. Kegarangannya turut di warisi oleh anak dan cucunya. Cucunya telah memarahi penduduk kampung apabila melihat papan tanda Kampung Sungai Madirono telah dibenamkan ke dalam tanah sehingga papan tanda tersebut menjadi rendah separas jalan. Perkara tersebut dianggap sebagai satu penghinaan terhadap Modirono. Pada awalnya selepas membuka kawasan penempatan, Modirono telah bersama-sama membina surau sebagi pusat pembangunan masyarakat di perkampungan tersebut dan juga diguna pakai bagi tujuan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti solat secara berjemaah bagi penduduk di kawasan kampung tersebut. Surau yang dibina ini telah dinaik taraf dan sentiasa di tambah baik sehinggalah kini surau tersebut telah menjadi Masjid Jamek Kampung Sungai Madirono. Mereka juga telah membuat pakatan gotong-royong untuk menjaga keamanan di sekitar kawasan kampung dan bersama-sama membangunkan kampung tersebut. Pakatan gotong-royong ini terus dijalankan oleh ketua kampung yang seterusnya selepas kematian Modirono sehingga kini. Pakatan gotong-royong yang dibina adalah bukti yang menunjukkan hubungan mesra yang terjalin antara penduduk di kawasan perkampungan tersebut seiring dengan adat dan budaya masyarakat yang menekankan kepentingan untuk menghormati orang lain. Pakatan gotong-royong yang ditubuhkan oleh Modirono ini telah menyediakan sumber tenaga bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam kampung tersebut seperti kumpulan pemain kompang kampung, pesilat, pasukan pertunjukan seperti permainan kuda kepang serta pasukan yang membantu menguruskan majlis-majlis di kawasan kampung tersebut. Disebabkan kesemua anak lelaki Modirono telah berhijrah ke kawasan lain, ketua kampung yang baru telah dipilih daripada keturunan Marsinah, anak perempuannya yang terakhir. Kesan yang positif mengenai pembukaan kampung tersebut dapat dibuktikan dengan sedikit perubahan gaya hidup Modirono yang mampu untuk berbelanja besar bagi majlis pernikahan anaknya, Marsinah. Sewaktu beliau membeli barang belanja tersebut, sampan yang dinaikinya telah terlungkup disebabkan banjir dan semua barang belanja tersebut rosak dan tenggelam. Namun beliau masih berkemampuan untuk membeli semula barangan yang telah rosak dan hilang. Ekonomi yang diusahakan bagi membangunkan kampung tersebut adalah secara ekonomi komersial dengan mengusahakan penanaman getah pada permulaannya. Kemudiannya beliau turut mengusahakan penanaman pokok kelapa serta sumber-sumber pertanian yang lain yang mampu hidup subur di kawasan tersebut serta mendatangkan pulangan yang lumayan. Kesemua sumber-sumber yang telah diperoleh dihantar ke bandar Benut untuk dijual dengan menggunakan sampan jalurnya melalui jalan sungai kerana Benut merupakan satu kawasan pelabuhan kecil yang mempunyai ramai pelanggan dan terdapat ramai peniaga-peniaga yang menjaja di sekitar pelabuhan tersebut. Pelabuhan tersebut merupakan pusat bandar yang menghubungkan Benut dengan Selat Melaka. Ilmu-ilmu yang dimiliki beliau membuatkan pembangunan kampung tersebut berjalan dengan baik. Kewibawaan beliau selaku ketua kampung telah terbukti apabila berjaya menjaga keamanan kampung tersebut yang telah diwujudkan sejak tahun 1909 dan telah melalui beberapa zaman peralihan pemerintahan daripada pemerintahan British, pemerintahan Jepun, dan pengambilan semula oleh British sebelum akhirnya Tanah Melayu merdeka dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan kampung ini dilihat sebagai satu usaha yang sangat membantu dalam pembangunan di kawasan Rengit. Dengan pembinaan kampung di kawasan tersebut, Benut telah mula membangun dan kemudian telah wujudnya pelbagai lagi kampung dan penempatan seperti Sungai Pinggan, Sepah Beruang, Puteri Menangis, Parit Gantung dan sebagainya. Kampung ini turut berangkaian dengan Kampung Parit Jambi, Kampung Parit Serom dan Kampung Parit Salleh. Kampung Parit Madirono juga telah menjadi jalan altenetif untuk menghubungkan daerah Pontian dan Batu Pahat pada masa kini melalui jalan darat. Pembangunan yang pesat telah menjadikan Benut semakin maju. Penduduk di kampung tersebut kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Jawa kerana pada awalnya Modirono telah meneroka penempatan tersebut bersama-sama keluarga dan rakannya. Tanah tersebut turut dibahagikan secara suka sama suka untuk bahagian masing-masing sebelum mereka bersama-sama membangunkan petempatan tersebut dengan membina surau dan kemudahan kampung yang lain. Pada zaman tersebut, setiap peneroka berhak ke atas tanah yang diterokainya sendiri tanpa ada sebarang syarat. Aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kampung selain menanam pokok getah dan kelapa, mereka turut menangkap hasil laut seperti udang galah di kawasan sungai yang berdekatan. Pelantikan Modirono sebagai ketua kampung yang telah dipersetujui ramai adalah kerana kemampuannya untuk menjaga kawasan perkampungan tersebut. 5.0 RUMUSANModirono merupakan seorang tokoh yang datangnya dari Demak, Jawa Tengah untuk memperbaiki kehidupannya. Beliau behijrah untuk mencari kawasan penempatan baru bersama keluarganya dan menetap sementara di beberapa tempat di Tanah Melayu sebelum membuka penempatannya sendiri di sebuah kawasan yang berhampiran dengan sungai di Benut. Beliau mempunyai seorang isteri dan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. Ketibaan Modirono di Tanah Melayu disambut oleh abang iparnya yang terlebih dahulu menetap di Tanah Melayu. kemudiannya beliau bersama iparnya dan seorang kawan bernama Husin telah berpindah ke Jambi Benut dan telah membuka satu kawasan penempatan yang baru seluas 100 ekar dan dipanggil Kampung Sungai Madirono.Keadaan kampung yang stabil pada ketika itu adalah dipercayai dengan bantuan daripada haiwan peliharaannya yang berbentuk harimau sebanyak tiga ekor. Harimau ini dipercayai merupakan jelmaan jin dan dibela oleh Modirono yang diterimanya secara turun temurun daripada keluarganya ketika berada di Demak, Indonesia. amalan-amalan yang sering diamalkan oleh Modirono memberikan kelebihan dalam kehidupan sehariannya seperti amalan ilmu penjinak haiwan liar, ilmu penggerun dan juga ilmu sapu angin. Ilmu-ilmu ini telah dipelajari di Jawa sebagai bekalan untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka telah menetap di Tanah Melayu sehinggalah ke akhir hayat dan warisnya masih lagi terus menetap di Tanah Melayu sehingga kini. Modirono telah meninggal dunia pada tahun 1966 pada usia 97 tahun. Kehebatan dan kehandalan beliau telah membuatkan kampung tersebut tidak mempunyai sebarang masalah walaupun ketika menghadapi zaman darurat. Beliau merupakan seorang ketua kampung yang digeruni dan dihormati ketika hayatnya mungkin juga disebabkan ilmu penggerun yang diamalkannya itu. Namun beliau tetap berjaya memastikan kampung tersebut terus membangun dan kekal hingga ke hari ini. Pembangunan yang dilakukan seperti surau telah pun dinaik taraf menjadi masjid dan pakatan gotong-royong yang diperkenalkan masih lagi kekal ke hari ini dengan mengubah menjadi satu jawatankuasa yang lebih bersistematik dan berdaftar iaituJawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Pembangunan kampung tersebut telah membantu Benut dari segi pembangunan setelah wujudnya kampung-kampung yang lain selepas kewujudan Kampung Sungai Madirono.

11