peranan dan tanggungjawab guru perpustakaan dan media

3
Peranan dan Tanggungjawab Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Peringkat : Sekolah Menengah dan Rendah Jawatan : Guru Perpustakaan dan Media Waktu bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi persekolahan. A. Pengajaran dan Pembelajaran 1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran mengikut garis panduan dan tahap kebolehan murid. 2. Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 6 - 8 waktu seminggu. 3. Merancang dan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. B. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah 1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah. 2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program galakan membaca termasuk Program NILAM. 3. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan literasi teknologi pendidikan. 4. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah 5. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah. 6. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusankoleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini. 7. Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber Sekolah melalui satu sistem

Upload: wan-suriana-wan-hussain

Post on 16-Dec-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Peranan dan Tanggungjawab Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

Peringkat : Sekolah Menengah dan RendahJawatan : Guru Perpustakaan dan MediaWaktu bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi persekolahan.A. Pengajaran dan Pembelajaran1. Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran mengikut garis panduan dan tahap kebolehan murid.2. Merancang dan mengajar mata pelajaran tidak melebihi 6 - 8 waktu seminggu.3. Merancang dan melaksanakan tugas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

B. Pengurusan Pusat Sumber Sekolah1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah.2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program galakan membaca termasuk Program NILAM.3. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan literasi teknologi pendidikan.4. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah5. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah.6. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusankoleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.7. Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang cekap dan berkesan melalui penggunaan carian maklumat secara berkomputer.8. Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti, mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar Pusat Sumber Sekolah.9. Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.10. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.11. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan pelbagai kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.12. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian dan penyampaian maklumat serta penghasilan media.13. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam merancang, mengajar, menilai pengajaran dan pembelajaran berkaitan kemahiran mengakses, mengguna dan mempersembahkan maklumat.14. Bekerjasama dengan Guru Penyelaras Bestari / Guru Penyelaras ICT dalam memberi bantuan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi baru, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media.15. Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi berkaitan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat warga sekolah.16. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah.17. Menilai keberkesanan pelaksanaan program, perkhidmatan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah.18. Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan Pusat Sumber Sekolah.19. Menjalankan kajian / inovasi berkaitan peningkatan perkhidmatan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah.20. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan Pusat Sumber Sekolah.21. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian, Pusat Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.22. Melaporkan pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah kepada Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.

C. Penglibatan Profesional1. Menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.2. Menjadi pakar rujuk dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah.3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan.

D. Am1. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.