peranan bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan kaum di negara ini semakin terhakis

Upload: luqman-hakim

Post on 13-Jul-2015

587 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Bahasa Malaysia

Soalan 4

Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum di negara ini semakin terhakis. Berikan pendapat anda.

Seperti yang kita tahu, bahasa adalah suatu medium atau alat komunikasi, yang amat penting bagi menyampaikan maklumat dan ilmu. Tanpa bahasa, agak sukar bagi kita untuk menjelaskan dan menggambarkan apa yang hendak disampaikan kepada seseorang. Slogan bahasa jiwa bangsa yang dicipta oleh Dol Ramli amatlah bersesuaian menjelaskan bahawa bahasa itu adalah milik mutlak sesuatu bangsa. Bahasa itu menunjukkan identiti kebangsaan dan jati diri bangsa dalam penyampaian pengetahuan, mengeratkan perpaduan dan sebagai bahasa pertuturan sehari-hari.

Kini, penggunaan bahasa Melayu semakin berkurang di kalangan rakyat Malaysia sendiri. Era globalisasi dan teknologi maklumat yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu pengetahuan menyebabkan sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu itu terhakis. Penggunaan bahasa rojak dengan mencampurkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu menyebabkan penggunaan bahasa Melayu itu menjadi rosak. Ia menjadikan bahasa Melayu itu seakan-akan tidak dihargai. Jadi, persoalannya di sini bagaimanakah hendak mengukuhkan perpaduan kaum sekiranya kita tidak menghargai, menghormati dan memartabatkan bahasa sendiri? Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, sewajarnya kita bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Dengan cara ini, ia secara langsung dan tidak langsung menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ikutan dan bahasa pertuturan sehari-hari 1

Bahasa Malaysia

oleh kaum lain. Persefahaman akan dapat dibentuk dan perpaduan akan dapat dieratkan dan ia sekaligus memartabatkan bahasa Melayu.

Bahasa Melayu haruslah dikekalkan dan dimantapkan penggunaannya sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. Ini kerana bahasa Melayu adalah satu-satunya medium penyampai yang lebih berkesan kepada seluruh masyarakat majmuk di Malaysia yang terdiri daripada bangsa India, Cina, Iban, Sikh dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, kedudukan bahasa Melayu di Malaysia sedikit tergugat setelah kerajaan mula melaksanakan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Kajian oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan bahawa sebanyak 75 peratus pelajar setuju bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77 peratus setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan lebih berkesan berbanding bahasa Inggeris. Kewujudan PPSMI menyebabkan pelajar menjadi keliru dan sukar untuk mempraktikkan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu kerana mereka diberi penekanan untuk memahaminya di dalam bahasa Inggeris. Ini menunjukkan betapa berkesannya bahasa Melayu dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Bahasa Melayu seharusnya dipraktikkan oleh semua kaum agar kaum-kaum yang lain lebih mudah faham dan ia pastinya akan dapat mengukuhkan perpaduan kaum. Walaubagaimanapun, kerajaan berjaya mengambil langkah bijak dengan memansuhkan PPSMI dan menggantikannya dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Namun keberkesanan MBMMBI masih belum di kaji lagi.

2

Bahasa Malaysia

Apa yang kita perhatikan kini ialah, masyarakat melayu di Malaysia lebih cenderung menggunakan bahasa yang kedengarannya agak angkuh, sombong dan bongkak. Ada sesetengahnya menggunakan bahasa Melayu yang kesat untuk mengekspresikan kemarahan. Sifat ini adalah penghalang utama untuk menerima pendapat dan buah fikiran orang lain. Ia mendorong ke arah perpecahan dan keretakan di kalangan kaum-kaum di Malaysia. Bahasa Melayu adalah suatu bahasa yang indah dan ia tidak seharusnya di cemari dengan budaya dan ideologi remaja barat yang suka menggunakan bahasa kesat ketika bertutur. Bangsa Melayu sendiri seharusnya berpegang teguh kepada agama, amalan nilai-nilai murni serta bertata susila demi mengembalikan semula kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia.

Perpaduan di Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum akan terbentuk seandainya wujud kesedaran di kalangan bangsa Melayu sendiri. Apabila Melayu sedar, segala pembentukan dan perlaksanaan pelbagai agenda Melayu menjadi lebih mudah digerakkan dan dirancang. Ini kerana kesedaran tersebut akan membawa kepada pencapaian objektif dan matlamat dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Janganlah kita menjadi suatu bangsa yang disebut oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Melayu mudah lupa kerana Melayu yang mudah lupa itu, akan sentiasa lupa akan asal usulnya.

3