peperiksaan sijil tinggi persekolahan malaysiawebmpm.mpm.edu.my/perisian/9105_manualkk_17p3/2.1...

Download PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIAwebmpm.mpm.edu.my/perisian/9105_manualKK_17p3/2.1 MANUAL K… · Manual ini adalah khas untuk kegunaan guru atau ... 3.2 Tanggungjawab

If you can't read please download the document

Upload: vantruc

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    PEPERIKSAAN

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

    Manual Kerja Kursus (Kerja Projek)

    Bahasa Melayu

    Kertas 5 (910/5)

    Penggal 3 Tahun 2017

    PERINGATAN:

    Manual ini adalah khas untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja dan tidak boleh

    dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

    Manual ini terdiri daripada 31 halaman bercetak.

    Hak cipta Majlis Peperiksaan Malaysia 2017

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    2 TERHAD

    KANDUNGAN

    Perkara Halaman

    BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

    1 Pengenalan

    3

    2 Objektif 3

    3 Pelaksanaan Kerja Kursus

    3.1 Arahan Kerja Kursus

    3.2 Tanggungjawab Pengetua

    3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

    3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

    3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

    3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta

    BAHAGIAN II: CALON 3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    3.6.1 Penulisan Esei Ilmiah

    3.6.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah

    3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

    3.7.1 Penulisan Esei Ilmiah

    3.7.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah

    3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu

    3.8.1 Penulisan Esei Ilmiah

    3.8.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah

    3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus

    3

    3

    4

    5

    5

    6

    7

    7

    8

    8

    9

    9

    9

    4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus

    4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    4.2 Sekolah Swasta

    4.3 Calon Persendirian Individu

    10

    12

    16

    5 Format Penulisan

    18

    6 Struktur Penulisan

    18

    7 Penskoran

    19

    8 Kerangka Konseptual Penghasilan Kerja Kursus (Penulisan Esei Ilmiah) Bahasa

    Melayu

    20

    9 Borang yang Digunakan

    21

    10 Contoh Tajuk 21

    Lampiran 1: Muka hadapan kerja kursus

    Lampiran 2: Borang Perakuan Calon

    Lampiran 3: Borang Rekod Kerja Kursus Calon

    Lampiran 4: Borang Markah Kerja Kursus Calon

    Lampiran 5: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

    22

    23

    24

    25

    29

    Tema kerja kursus 2017 30

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    3 TERHAD

    1 PENGENALAN

    Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi

    mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markah

    kerja kursus ini akan diambil kira bersama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi

    tujuan penggredan mata pelajaran.

    2 OBJEKTIF

    Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan

    keupayaan calon untuk

    2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu

    2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini

    2.3 menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan

    pembelajaran sepanjang penggal

    3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS

    3.1 Arahan Kerja Kursus

    (a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei ilmiah) wajib dilaksanakan oleh semua calon pada penggal 3.

    (b) Calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh MPM.

    (c) Tema penulisan esei ilmiah terdiri daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran.

    (d) Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi penggal 3 juga boleh dijadikan tema kajian esei ilmiah oleh pihak MPM. Jika demikian, tajuk-tajuk yang berkenaan hendaklah

    diajarkan pada awal penggal 3.

    (e) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 3.

    3.2 Tanggungjawab Pengetua

    (a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus (KK) Tingkatan Enam peringkat sekolah.

    Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam satu penggal kerja

    kursus.

    (b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat

    bimbingan daripada guru

    (c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei ilmiah diserapkan dalam strategi pengajaran

    dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang

    berasingan

    (d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan

    penulisan esei ilmiah calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon

    (e) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang

    ditetapkan

    (f) Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang

    ditetapkan

    (g) Memastikan guru menghantar markah mentah penulisan esei ilmiah calon kepada

    MPM mengikut tarikh yang ditetapkan

    BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    4 TERHAD

    (h) Mengesahkan markah mentah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon dengan

    menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)

    (i) Memastikan guru menghantar salinan asal Borang Rumusan Markah Kerja Kursus

    Calon (BRuMKK) [u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET],

    selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah dalam e-submission

    (j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calon

    di sekolah

    (k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh

    penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

    (l) Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan

    selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

    3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang

    disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan

    dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5) dan

    menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar

    kepada MPM

    (c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    (d) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang

    ditetapkan oleh MPM

    (e) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah

    (f) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei

    ilmiah

    (g) Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan

    (h) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah

    (i) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih

    (j) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, atau

    menciplak esei daripada mana-mana sumber

    (k) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya

    pada 18/09/2017 untuk disemak dan dinilai

    (l) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh kumpulan calon

    (m) Mengadakan sesi pembentangan mulai 4/9/2017 hingga 22/9/2017

    (n) Menilai pembentangan calon dan memberikan markah secara individu

    (o) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh

    calon, borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3), borang markah kerja kursus calon

    (Lampiran 4), dan borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 5)

    (p) Menghantar markah mentah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan

    menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

    (q) Menghantar salinan asal Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)

    [u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET], selewat-lewatnya

    seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan salinan borang

    markah yang dihantar kepada MPM dalam fail yang disimpan di dalam almari

    berkunci)

    (r) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga

    tarikh keputusan STPM diumumkan

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    5 TERHAD

    (s) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas

    tarikh keputusan STPM diumumkan

    3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

    (Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai

    pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)

    3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu

    yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang

    dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 5

    (910/5) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja

    kursus, untuk dihantar kepada MPM

    (c) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon

    sebelum sesi pembentangan

    (d) Menghadiri sesi pembentangan penulisan esei ilmiah mengikut jadual yang

    diberikan oleh guru sekolah swasta

    (e) Menilai pembentangan calon secara individu

    (f) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) dan borang

    rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 5)

    (g) Menghantar markah mentah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan

    menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

    (h) Menghantar salinan asal Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

    (BRuMKK) [u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET],

    selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah

    menyimpan salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail yang

    disimpan di dalam almari berkunci)

    (i) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari

    tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi

    sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei

    ilmiah sahaja)

    (j) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan

    selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak

    dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja)

    3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu

    yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang

    dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 5

    (910/5) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja

    kursus, untuk dihantar kepada MPM

    (c) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurangnya-kurangnya dua kali, iaitu

    kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa

    penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan

    (d) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei

    ilmiah

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    6 TERHAD

    (e) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    kepada calon

    (f) Memastikan calon menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang

    ditetapkan

    (g) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon

    sebelum sesi pembentangan

    (h) Merancang jadual pembentangan penulisan esei ilmiah dan memaklumkannya

    kepada calon

    (i) Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah

    (j) Menilai pembentangan calon

    (k) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 2), borang rekod kerja kursus

    calon (lampiran 3), borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4), dan borang

    rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 5)

    (l) Menghantar markah mentah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan

    menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

    (m) Menghantar salinan asal Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

    (BRuMKK) [u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET],

    selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah

    menyimpan salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail yang

    disimpan di dalam almari berkunci)

    (n) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari

    tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

    (o) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan

    selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

    3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang

    disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    (c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang

    diberikan oleh MPM

    (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah

    (e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei

    ilmiah

    (f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan

    (g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah

    (h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih

    (i) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya

    pada 19/09/2017 untuk disemak oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM

    (j) Menyerahkan penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang

    dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai

    (k) Menyusun jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Pembentangan hendaklah diadakan mulai 3/10/2017 hingga 14/10/2017.

    (l) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    7 TERHAD

    3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    3.6.1 Penulisan Esei Ilmiah

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    (c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk melaksanakan penulisan esei ilmiah

    (d) Merancang jadual kerja bersama dengan ahli kumpulan

    (e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama dengan guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

    (f) Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah

    (g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Manual Penulisan Kerja Kursus

    Bahasa Melayu)

    (h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan

    merekodkannya dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3)

    (i) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah

    (j) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

    (k) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada

    (l) Melampirkan borang soal selidik, jika ada

    (m) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan

    3.6.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah

    (a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.

    (b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab

    bagi setiap kumpulan.

    (c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.

    (d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.

    (e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi

    penting sahaja.

    (f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

    (g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.

    (h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah.

    BAHAGIAN II: CALON

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    8 TERHAD

    3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

    3.7.1 Penulisan Esei Ilmiah

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja KursusBahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    (c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk melaksanakan penulisan esei ilmiah

    (d) Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan

    (e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama dengan guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

    (f) Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah

    (g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Manual Penulisan Kerja Kursus

    Bahasa Melayu)

    (h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan

    merekodkannya dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 3)

    (i) Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah

    (j) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

    (k) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada

    (l) Melampirkan borang soal selidik, jika ada

    (m) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan

    3.7.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah

    (a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.

    (b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab

    bagi setiap kumpulan.

    (c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.

    (d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.

    (e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi

    penting sahaja.

    (f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

    (g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.

    (h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah.

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    9 TERHAD

    3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu

    3.8.1 Penulisan Esei Ilmiah

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

    (c) Mendengar penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

    (d) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama dengan pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

    (e) Merancang jadual kerja

    (f) Menyediakan penulisan esei ilmiah secara individu berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Manual

    Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu)

    (g) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

    (h) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi, jika ada

    (i) Melampirkan borang soal selidik, jika ada

    (j) Menghantar penulisan esei imliah (berserta dengan disket atau CD) kepada pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

    3.8.2 Pembentangan Penulisan Esei Ilmiah

    (a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara individu perlu dibentangkan pada tarikh dan tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa.

    (b) Setiap calon dikehendaki membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab.

    (c) Dalam sesi soal jawab, calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh pemeriksa atau rakan calon yang lain.

    (d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.

    (e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi

    penting sahaja.

    (f) Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

    (g) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei ilmiah.

    3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus

    (a) Calon mestilah menghasilkan penulisan esei ilmiah sendiri, berdasarkan tema yang

    ditetapkan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-

    mana sumber.

    (b) Perbincangan tajuk dan kaedah penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun

    demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.

    (c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon

    akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.

    (d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei

    daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    10 TERHAD

    4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS

    4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

    1/6/17

    hingga

    12/6/17

    Manual kerja kursus

    Melayari portal MPM untuk memuat turun

    Manual Kerja Kursus

    Bahasa Melayu yang

    disediakan oleh MPM

    untuk guru, pemeriksa,

    dan calon

    Melayari portal MPM untuk memuat turun

    Manual Kerja Kursus

    Bahasa Melayu yang

    disediakan oleh MPM

    untuk guru, pemeriksa,

    dan calon

    MPM memuat

    naik manual pada

    5/5/2017.

    13/6/17

    hingga

    16/6/17

    Pengenalan penulisan esei

    ilmiah

    Memberikan penerangan kepada calon tentang

    pelaksanaan penulisan

    esei ilmiah dari aspek

    tugasan dan tarikh akhir

    penyerahan tugasan

    Mendengar penerangan guru mengenai aspek

    tugasan yang perlu

    dilaksanakan

    Memahami skop tugasan

    Merancang jadual kerja

    Penentuan tajuk penulisan

    esei ilmiah

    Membimbing calon menentukan tajuk

    penulisan esei ilmiah

    yang relevan dengan tema

    yang dipilih

    Membincangkan penentuan tajuk

    bersama-sama dengan

    guru berdasarkan tema

    yang dipilih

    19/6/17

    hingga

    17/9/17

    P&P dan pelaksanaan

    penulisan esei

    ilmiah

    Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah

    tentang penulisan esei

    ilmiah

    Mengikuti sesi P&P dan mempelajari teknik

    penulisan esei ilmiah

    Membimbing calon melaksanakan tugasan

    Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang

    ditentukan

    Mengadakan pertemuan dengan guru untuk

    mendapatkan bimbingan

    Guru dan calon

    mesti

    merekodkan

    butiran

    perjumpaan

    dalam Lampiran

    4.

    Menilai elemen kemahiran insaniah

    Mengumpul data dan maklumat yang

    diperoleh daripada

    pelbagai sumber

    Menyusun dapatan

    Mempersembahkan data dalam bentuk penulisan

    esei ilmiah mengikut

    format yang telah

    ditetapkan

    Menyemak dan membuat

    penambahbaikan

    terhadap kualiti

    penulisan esei ilmiah

    Penilaian

    kemahiran

    insaniah

    dilakukan

    sepanjang

    pelaksanaan

    penulisan esei

    ilmiah.

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    11 TERHAD

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

    18/9/17hin

    gga

    30/9/17

    Penghantaran, penyemakan,

    dan penilaian

    penulisan esei

    ilmiah

    Menerima penulisan esei ilmiah daripada setiap

    kumpulan calon

    Menghantar penulisan esei ilmiah mengikut

    tarikh yang telah

    ditetapkan kepada guru

    Calon boleh

    menghantar

    penulisan esei

    ilmiah sebaik

    sahaja siap tanpa

    perlu menunggu

    tarikh akhir

    penghantaran.

    Guru hendaklah

    menyemak dan

    menilai penulisan

    esei ilmiah calon

    sebaik sahaja

    mereka

    menghantarnya

    tanpa perlu

    menunggu

    sehingga tarikh

    akhir

    penghantaran.

    Guru perlu

    menyemak

    penulisan esei

    ilmiah calon

    sebelum sesi

    pembentangan

    dijalankan.

    Menyemak dan menilai kerja kursus setiap

    kumpulan calon mengikut

    kriteria penilaian yang

    ditetapkan oleh MPM

    Menyediakan bahan untuk pembentangan

    4/9/17hing

    ga 22/9/17

    Pembentangan oleh calon

    Penilaian oleh guru

    Menilai pembentangan penulisan esei ilmiah

    calon secara individu

    Membentangkan penulisan esei ilmiah

    dalam masa 5 hingga 10

    minit seorang pada

    tarikh dan masa yang

    ditetapkan

    23/9/17hin

    gga

    23/10/17

    Penghantaran markah

    keseluruhan

    kepada MPM

    Menghantar markah penulisan dan

    pembentangan esei

    ilmiah kepada MPM

    dengan menggunakan

    perisian e-submission

    Tidak berkenaan

    November

    2017

    hingga

    Oktober

    2018

    Penyimpanan evidens

    Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah

    calon di sekolah dari

    tarikh penyelarasan tamat

    hingga enam bulan

    selepas keputusan STPM

    diumumkan

    Tidak berkenaan

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    12 TERHAD

    4.2 Sekolah Swasta

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan

    Pemeriksa Catatan

    1/6/17

    hingga

    12/6/17

    Manual kerja kursus

    Melayari portal MPM untuk

    memuat turun

    Manual Kerja

    Kursus Bahasa

    Melayu yang

    disediakan oleh

    MPM untuk

    guru, pemeriksa,

    dan calon

    Melayari portal MPM untuk

    memuat turun

    Manual Kerja

    Kursus Bahasa

    Melayu yang

    disediakan oleh

    MPM untuk guru,

    pemeriksa, dan

    calon

    Melayari portal MPM untuk

    memuat turun

    Manual Kerja

    Kursus Bahasa

    Melayu yang

    disediakan

    oleh MPM

    untuk guru,

    pemeriksa, dan

    calon

    MPM memuat

    naik manual

    pada 5/5/2017.

    13/6/17

    hingga

    16/6/17

    Pengenalan penulisan

    esei ilmiah

    Memberikan penerangan

    kepada calon

    tentang

    pelaksanaan

    penulisan esei

    ilmiah dari

    aspek tugasan

    dan tarikh akhir

    penyerahan

    tugasan

    Mendengar penerangan guru

    mengenai aspek

    tugasan yang

    perlu

    dilaksanakan

    Memahami skop tugasan

    Merancang jadual kerja

    Tidak berkenaan

    Penentuan tajuk

    penulisan

    esei ilmiah

    Membimbing calon

    menentukan tajuk

    penulisan esei

    ilmiah yang

    relevan dengan

    tema yang dipilih

    Membincangkan penentuan tajuk

    bersama-sama

    dengan guru

    berdasarkan tema

    yang dipilih

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    13 TERHAD

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan

    Pemeriksa Catatan

    19/6/17

    hingga

    17/9/17

    P&P dan pelaksanaan

    penulisan

    esei ilmiah

    Mengadakan sesi P&P di dalam

    bilik darjah

    tentang penulisan

    esei ilmiah

    Mengikuti sesi P&P dan mempelajari

    teknik penulisan

    esei ilmiah

    Tidak berkenaan

    Membimbing calon

    melaksanakan

    tugasan

    Melaksanakan tugasan

    berdasarkan tajuk

    yang ditentukan

    Mengadakan pertemuan dengan

    guru untuk

    mendapatkan

    bimbingan

    Guru dan calon

    mesti

    merekodkan

    butiran

    perjumpaan

    dalam Lampiran

    4.

    Menilai elemen kemahiran

    insaniah

    Mengumpul data dan maklumat yang

    diperoleh daripada

    pelbagai sumber

    Menyusun dapatan

    Mempersembahkan data dalam bentuk

    penulisan esei

    ilmiah mengikut

    format yang telah

    ditetapkan

    Menyemak dan membuat

    penambahbaikan

    terhadap kualiti

    penulisan esei

    ilmiah

    Tidak berkenaan

    Penilaian

    kemahiran

    insaniah

    dilakukan

    sepanjang

    pelaksanaan

    penulisan esei

    ilmiah.

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    14 TERHAD

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan

    Pemeriksa Catatan

    18/9/17

    hingga

    30/9/17

    Penghantaran, penyemakan,

    dan penilaian

    penulisan esei

    ilmiah

    Menerima penulisan esei

    ilmiah daripada

    setiap kumpulan

    calon untuk

    diserahkan kepada

    pemeriksa

    Menghantar penulisan esei

    ilmiah mengikut

    tarikh yang telah

    ditetapkan

    kepada guru

    Menerima penulisan esei

    ilmiah

    daripada guru

    sekolah swasta

    Calon boleh

    menghantar

    penulisan esei

    ilmiah sebaik

    sahaja siap tanpa

    perlu menunggu

    tarikh akhir

    penghantaran.

    Pemeriksa

    hendaklah

    menyemak dan

    menilai penulisan

    esei ilmiah calon

    sebaik sahaja

    mereka

    menghantarnya

    tanpa perlu

    menunggu

    sehingga tarikh

    akhir

    penghantaran.

    Pemeriksa perlu

    menyemak

    penulisan esei

    ilmiah calon

    sebelum sesi

    pembentangan

    dijalankan.

    Menyediakan jadual

    pembentangan

    dan

    memaklumkannya

    kepada pemeriksa

    Menyediakan bahan untuk

    pembentangan

    Menyemak dan menilai

    kerja kursus

    setiap

    kumpulan

    calon

    mengikut

    kriteria

    penilaian yang

    ditetapkan

    oleh MPM

    3/10/17

    hingga

    14/10/17

    Pembentangan oleh calon

    Penilaian oleh pemeriksa

    Tidak berkenaan Membentangkan penulisan esei

    ilmiah dalam masa

    5 hingga 10 minit

    seorang pada

    tarikh dan masa

    yang ditetapkan

    Menilai pembentangan

    penulisan esei

    ilmiah calon

    secara

    individu

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    15 TERHAD

    Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan

    Pemeriksa Catatan

    14/10/17

    hingga

    23/10/17

    Penghantaran markah

    keseluruhan

    kepada MPM

    Tidak berkenaan Tidak berkenaan Menghantar markah

    penulisan dan

    pembentangan

    esei ilmiah

    kepada MPM

    dengan

    menggunakan

    perisian

    e-submission

    November

    2017

    hingga

    Oktober

    2018

    Penyimpanan evidens

    Menyimpan evidens

    penulisan esei

    ilmiah calon di

    sekolah dari

    tarikh

    penyelarasan

    tamat hingga

    enam bulan

    selepas

    keputusan STPM

    diumumkan

    (bagi sekolah

    swasta yang

    dibenarkan

    menyimpan

    evidens

    penulisan esei

    ilmiah)

    Tidak berkenaan Menyimpan evidens

    penulisan esei

    ilmiah calon di

    sekolah dari

    tarikh

    penyelarasan

    tamat hingga

    enam bulan

    selepas

    keputusan

    STPM

    diumumkan

    (bagi sekolah

    swasta yang

    tidak

    dibenarkan

    menyimpan

    evidens

    penulisan esei

    ilmiah)

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    16 TERHAD

    4.3 Calon Persendirian Individu

    Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

    1/6/17

    hingga

    12/6/17

    Manual kerja kursus

    Melayari portal MPM untuk memuat turun

    Manual Kerja Kursus

    Bahasa Melayu yang

    disediakan oleh MPM

    untuk guru, pemeriksa,

    dan calon

    Menghubungi calon persendirian individu

    yang ditetapkan oleh

    MPM untuk

    memaklumkan tarikh,

    masa, dan tempat untuk

    bertemu

    Melayari portal MPM untuk memuat turun

    Manual Kerja Kursus

    Bahasa Melayu yang

    disediakan oleh MPM

    untuk guru, pemeriksa,

    dan calon

    MPM memuat

    naik manual pada

    5/5/2017.

    13/6/17

    hingga

    16/6/17

    Pengenalan penulisan esei

    ilmiah

    Mengadakan pertemuan dengan calon

    persendirian individu

    untuk memberikan

    penerangan tentang

    pelaksanaan penulisan

    esei ilmiah, dari aspek

    tugasan dan tarikh akhir

    penyerahan tugasan

    Bertemu dengan pemeriksa untuk

    mendapatkan maklumat

    tentang pelaksanaan

    penulisan esei ilmiah

    dari aspek tugasan yang

    perlu dilaksanakan dan

    tarikh akhir penyerahan

    tugasan

    Memahami skop tugasan

    Merancang jadual kerja

    Penentuan tajuk penulisan esei

    ilmiah

    Membimbing calon menentukan tajuk

    penulisan esei ilmiah

    yang relevan dengan

    tema yang dipilih

    Membincangkan penentuan tajuk

    bersama-sama dengan

    pemeriksa berdasarkan

    tema yang dipilih

    19/6/17hing

    ga 17/9/17 Pelaksanaan

    penulisan esei

    ilmiah

    Tidak berkenaan Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yang

    ditentukan

    Mengumpul data dan maklumat yang

    diperoleh daripada

    pelbagai sumber

    Menyusun dapatan

    Mempersembahkan data dalam bentuk penulisan

    esei ilmiah mengikut

    format yang telah

    ditetapkan

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    17 TERHAD

    Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

    Menyemak dan membuat penambahbaikan

    terhadap kualiti

    penulisan esei ilmiah

    18/9/17

    hingga

    30/9/17

    Penghantaran, penyemakan, dan

    penilaian

    penulisan esei

    ilmiah

    Menerima penulisan esei ilmiah daripada setiap

    calon

    Menghantar penulisan esei ilmiah mengikut

    tarikh yang telah

    ditetapkan kepada

    pemeriksa

    Calon boleh

    menghantar

    penulisan esei

    ilmiah sebaik

    sahaja siap tanpa

    perlu menunggu

    tarikh akhir

    penghantaran.

    Pemeriksa

    hendaklah

    menyemak dan

    menilai penulisan

    esei ilmiah calon

    sebaik sahaja

    mereka

    menghantarnya

    tanpa perlu

    menunggu

    sehingga tarikh

    akhir

    penghantaran.

    Pemeriksa perlu

    menyemak

    penulisan esei

    ilmiah calon

    sebelum sesi

    pembentangan

    dijalankan.

    Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah

    setiap calon mengikut

    kriteria penilaian yang

    ditetapkan oleh MPM

    Menyediakan bahan untuk pembentangan

    3/10/17

    hingga

    14/10/17

    Pembentangan oleh calon

    Penilaian oleh pemeriksa

    Menilai pembentangan penulisan esei ilmiah

    calon secara individu

    Membentangkan penulisan esei ilmiah

    dalam masa 10 hingga 20

    minit seorang pada

    tarikh, masa, dan di

    tempat yang ditetapkan

    14/10/17

    hingga

    23/10/17

    Penghantaran markah

    keseluruhan

    kepada MPM

    Menghantar markah penulisan dan

    pembentangan esei

    ilmiah kepada MPM

    dengan menggunakan

    perisian e-submission

    Tidak berkenaan

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    18 TERHAD

    Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

    November

    2017hingga

    Oktober

    2018

    Penyimpanan evidens

    Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah

    calon di sekolah dari

    tarikh penyelarasan tamat

    hingga enam bulan

    selepas keputusan STPM

    diumumkan

    Tidak berkenaan

    5 FORMAT PENULISAN

    (a) Panjang esei ilmiah hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, tidak termasuk

    lampiran dan bibliografi.

    (b) Jika menggunakan komputer, calon dikehendaki mematuhi format seperti yang berikut:

    (i) Saiz huruf: 12

    (ii) Jenis font: Times New Roman

    (iii) Langkau: Dua

    (iv) Margin:

    Kiri- 1.5" Atas- 1"

    Kanan- 1" Bawah- 1"

    (v) Saiz kertas: A4

    (c) Calon juga boleh menghasilkan esei dengan tulisan tangan.

    6 STRUKTUR PENULISAN

    Penulisan esei ilmiah oleh calon perlulah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

    (Rujuk Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu)

    1. Tajuk kajian 8. Batasan Kajian

    2. Senarai Kandungan 9. Kaedah Kajian

    3. Penghargaan 10. Dapatan Kajian

    4. Pengenalan 11. Rumusan Kajian

    5. Objektif Kajian 12. Penutup

    6. Kepentingan Kajian 13. Bibliografi/Nota akhir

    7. Skop Kajian 14. Lampiran

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    19 TERHAD

    7 PENSKORAN

    (a) Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan

    Pemarkahan penulisan esei ilmiah bagi setiap kumpulan hendaklah dibuat berdasarkan

    perkara dalam jadual yang berikut:

    Bil. Perkara

    1. Tajuk Kajian

    2. Senarai Kandungan

    3. Penghargaan

    4. Pengenalan

    5. Objektif Kajian

    6. Kepentingan Kajian

    7. Skop Kajian

    8. Batasan Kajian

    9. Kaedah Kajian

    10. Dapatan Kajian

    11. Rumusan Kajian

    12. Penutup

    13. Lampiran

    14. Bibliografi/Nota akhir

    15. Bahasa

    (b) Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah Individu

    Pemarkahan bagi pembentangan esei ilmiah untuk setiap calon hendaklah dibuat

    berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut:

    Bil. Perkara

    1. Kerelevanan

    2. Kelancaran

    3. Keterampilan

    4. Kebahasaan

    5. Penggunaan Alat/Bahan Bantu

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    20 TERHAD

    8 KERANGKA KONSEPTUAL PENGHASILAN KERJA KURSUS (PENULISAN ESEI

    ILMIAH) BAHASA MELAYU

    Tema 1: Morfologi

    Tema 2: Variasi Bahasa

    Calon memilih tema

    Tema 1: Morfologi

    Calon merumuskan kajian

    Calon menjelaskan dapatan kajian

    Calon menentukan batasan kajian

    Calon menentukan skop kajian

    Calon menentukan kepentingan kajian

    Calon menentukan objektif kajian

    Calon menentukan tajuk kajian

    Calon mengenal pasti isu

    Calon menentukan kaedah kajian

    Calon menutup kajian

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    21 TERHAD

    9 BORANG YANG DIGUNAKAN

    Terdapat lima jenis borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus ini, iaitu:

    (i) Muka hadapan kerja kursus (lampiran 1)

    (ii) Borang perakuan calon (lampiran 2)

    (iii) Borang rekod kerja kursus calon (lampiran 3)

    (iv) Borang markah kerja kursus calon (lampiran 4)

    (v) Borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 5)

    10 CONTOH TAJUK

    Bidang Kajian Esei Ilmiah Tahun 2017

    Bil Skop Kajian Contoh Tajuk Kajian

    1 Morfologi Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama dalam Akhbar Tempatan

    Penggunaan Imbuhan Kata Kerja dalam Penulisan Murid Tingkatan 1

    Kata Adjektif dalam Teks Sajak Usman Awang

    2 Variasi Bahasa Bahasa Pasar dalam Kalangan Peniaga Pasar Malam

    Penggunaan Bahasa Slanga dalam Laman Sosial

    Penggunaan Dialek Perak dalam Drama Misteri Wan Peah

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    22 TERHAD

    Lampiran 1

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017

    PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

    PENGGAL 3 TAHUN 2017

    MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)

    TEMA

    NAMA,

    NOMBOR

    KAD PENGENALAN,

    DAN ANGKA GILIRAN

    CALON

    1.

    2.

    3.

    4.

    ALAMAT SEKOLAH/

    ALAMAT CALON

    NAMA GURU/PENILAI

    TANDATANGAN

    GURU/PENILAI

    TARIKH

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    23 TERHAD

    Lampiran 2

    BPC

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

    KERJA KURSUS (KERJA KURSUS)

    Borang Perakuan Calon

    Mata pelajaran: Bahasa Melayu

    Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar

    kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang

    dihasilkan.

    Makluman kepada Calon:

    Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja

    kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi

    menghasilkan kerja kursus tersebut.

    Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

    Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana

    pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan pemeriksa yang dilantik.

    Calon 1 Calon 2 Calon 3 Calon 4

    Tandatangan Calon

    Nama Calon

    No. Kad Pengenalan Calon

    Angka Giliran Calon

    Tarikh

    Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:

    Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja

    kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

    Tandatangan Guru/Pemeriksa

    Nama Guru/Pemeriksa

    Tarikh

    Alamat

    MANUAL KERJA KURSUS

    TERHAD 23

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    24 TERHAD

    Lampiran 3

    BRKKC

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    BAHASA MELAYU: PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5)

    PENGGAL 3 TAHUN 2017

    BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

    Tarikh Nama calon Aktiviti

    (Untuk diisi oleh calon) Ulasan Guru Tandatangan Guru Catatan

    (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

    Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

    Saya mengesahkan bahawa kumpulan calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

    Tahun 2017 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

    Tandatangan Guru: ............................................................

    Nama Guru: ......................................................................

    Tarikh: ..............................................................................

    MANUAL KERJA KURSUS

    TERHAD 24

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    25 TERHAD

    Lampiran 4

    BMKKC

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017

    BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

    BAHASA MELAYU 910/5

    (a) Senarai Nama Ahli Kumpulan

    (Untuk diisi oleh calon)

    1. Nama: . Tandatangan:

    No. Kad Pengenalan: - -

    2. Nama: . Tandatangan:

    No. Kad Pengenalan: - -

    3. Nama: . Tandatangan:

    No. Kad Pengenalan: - -

    4. Nama: . Tandatangan:

    No. Kad Pengenalan: - -

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    26 TERHAD

    (b) Borang Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan

    (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa dan penyelaras)

    Kriteria Penilaian Markah

    Penuh

    Markah

    Guru/Pemeriksa

    Markah

    Penyelaras

    1. Tajuk Kajian

    2. Senarai Kandungan

    3. Penghargaan

    4. Pengenalan

    5. Objektif Kajian

    6. Kepentingan Kajian

    7. Skop Kajian

    8. Batasan Kajian

    9. Kaedah Kajian

    10. Dapatan Kajian

    11. Rumusan Kajian

    12. Penutup

    13. Bibliografi/Nota akhir

    14. Lampiran

    15. Bahasa

    Jumlah markah

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    27 TERHAD

    (c) Borang Penilaian Pembentangan Individu dan Kumpulan

    Perincian Markah Pembentangan

    Calon

    1 2 3 4

    Kerelevanan

    Kesesuaian teknik memulakan pembentangan [ ]

    Ketepatan kandungan dengan kehendak tajuk [ ]

    Keupayaan membentangkan kandungan esei mengikut agihan [ ]

    Kesesuaian teknik mengakhiri pembentangan dan menepati masa [ ]

    JUMLAH [ ]

    Kelancaran

    Keupayaan membentangkan kandungan kajian tanpa membaca

    keseluruhan teks [ ]

    Pertautan idea [ ]

    Kejelasan penyampaian [ ]

    Keberkesanan penyampaian [ ]

    JUMLAH [ ]

    Keterampilan

    Kekemasan berpakaian [ ]

    Kesopanan tutur kata [ ]

    Keyakinan diri [ ]

    Keupayaan menarik minat khalayak [ ]

    Keupayaan menjawab soalan secara spontan dan relevan [ ]

    JUMLAH [ ]

    Kebahasaan

    Kegramatisan ayat [ ]

    Kepelbagaian kosa kata [ ]

    Ketepatan dan kejelasan sebutan [ ]

    Kesesuaian intonasi [ ]

    Kesesuaian bahasa badan [ ]

    JUMLAH [ ]

    Penggunaan Alat/Bahan Bantu

    Persediaan alat bantu

    Kesesuaian alat bantu

    Kecekapan penggunaan alat bantu [ ]

    Kesesuaian teknik paparan bahan

    Kreativiti

    JUMLAH [ ]

    JUMLAH MARKAH []

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    28 TERHAD

    (d) Komen Penilai:

    PERAKUAN GURU/PEMERIKSA

    Saya memperakui bahawa markah dan butiran di

    atas adalah benar.

    Nama:

    No. Kad Pengenalan:

    Tarikh:

    No. Telefon (sekolah): .

    (bimbit): .

    PENGESAHAN PENYELARAS

    Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran

    di atas adalah benar.

    .

    Nama: ..

    No. Kad Pengenalan: .

    Tarikh:

    No. Telefon (sekolah): .

    (bimbit): .

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    29 TERHAD

    Lampiran 5

    BRuMKK

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

    PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________

    MATA PELAJARAN: _______________________________

    NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________

    (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

    BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

    (Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

    PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

    Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

    Tandatangan Guru/Pemeriksa: ..... Tandatangan Pengetua: ..

    Nama: .... Nama: ..

    No. Kad Pengenalan: .. No. Kad Pengenalan: .

    Tarikh: ... Tarikh: ...

    No. Telefon (sekolah) : . No. Telefon (sekolah):

    (bimbit): . (bimbit):

    Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    30 TERHAD

    TERHAD

    STPM 2017 - 910/5

    TERHAD

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

    Arahan kepada calon:

    Kerja kursus ini wajib dilaksanakan oleh semua calon kertas Bahasa Melayu STPM sebagai

    sebahagian daripada komponen pentaksiran penggal ketiga .

    Kerja kursus ini mengandungi satu tugasan yang terdiri daripada dua tema. Calon

    dikehendaki memilih satu daripada tema tersebut. Semua calon mesti menyerahkan tugasan

    tersebut untuk dinilai.

    Calon juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan dengan kerja kursus seperti yang

    ditetapkan.

    Kertas soalan ini terdiri daripada 2 halaman bercetak.

    Majlis Peperiksaan Malaysia 2017

    MAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIAMAJLISPEPERIKSAANMALAYSIA

    910/5 STPM 2017BAHASA MELAYU

    KERTAS 5

    KERJA KURSUS

    (PENULISAN ESEI ILMIAH)

  • TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

    31 TERHAD

    Pilih satu tema sahaja.

    Tema 1

    Morfologi [100]

    Tema 2

    Variasi Bahasa [100]

    910/5