peperiksaan pertengahan tahun 2011- tingkatan 5 smk sultan ismail, johor bahru, johor

4
Bahagian A [ 30 markah ] [ Masa dicadangkan: 45 minit ] Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada produk pelancongan di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang produk-produk pelancongan yang ada di Malaysia . Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Produk Pelancongan Keindahan alam semula jadi Kepelbagaian warisan budaya bangsa Kraf tangan Prasarana lengkap

Upload: normarjana-ibrahim

Post on 06-Jul-2015

5.015 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

SKEMA PERMARKAHAN KERTAS 1

TRANSCRIPT

Page 1: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- TINGKATAN 5 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

Bahagian A

[ 30 markah ]

[ Masa dicadangkan: 45 minit ]

Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada produk pelancongan di negara kita.

Huraikan pendapat anda tentang produk-produk pelancongan yang ada di

Malaysia . Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah

perkataan.

Produk

Pelancongan

Malaysia

Keindahan alam semula

jadi

Kepelbagaian warisan

budaya bangsa

Kraf tangan

Prasarana lengkap

Page 2: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- TINGKATAN 5 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

Teliti gambar-gambar di bawah dan buat satu huraian tentang produk-produk pelancongan

yang ada di Malaysia. Panjangnya huraian antara 200 hingga 250 patah kata.

Diharap calon-calon dapat memberikan sekurang-kurangnya 3 produk pelancongan

berpandukan bahan rangsangan.

Calon-calon boleh memberikan lebih daripada 4 isi

Jika calon tidak menggunakan semua bahan rangsangan, markah maksimum di peringkat kurang

memuaskan.

Calon mesti menjelaskan produk-produk pelancongan yang ada di Malaysia.

Calon di peringkat cemerlang mesti menghuraikan produk-produk pelancongan di

Negara ini dan dihurai secara jelas dan matang.

BAHAGIAN B

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih

daripada 350 patah perkataan.

1. Sediakan payung sebelum hujan sering kali menjadi prinsip mereka yang gemar akan pelaburan. Sebagai pegawai bank, anda diminta menyampaikan ceramah tentang kepentingan pelaburan masa depan. Tulis teks ceramah itu selengkapnya.

Format: Ceramah

Markah ditolak jika tiada : menghadap majlis -1 markah

Kata sapaan -1 markah

Penutup - 1markah

Maksimum tolak – 2 markah

Diharapkan calon-calon dapat menulis teks ceramah dan menghuraikan cara-cara

menjadi pelajar cemerlang.

Cadangan isi:

i. Mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

ii. Persediaan ketika mengalami situasi kecemasan.

Page 3: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- TINGKATAN 5 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

iii. Masa depan seseorang lebih terjamin.

iv. Dapat menstabilkan ekonomi rumah tangga /negara.

v. Dapat menampung peningkatan kos dalam kehidupan.

2. Hari keluarga merupakan acara yang diadakan bagi mengeratkan hubungan antara ahli

keluarga dan saudara mara. Banyak aktiviti yang dapat dilaksanakan sempena acara

tersebut.

Sarankan bentuk aktiviti yang sesuai diadakan sempena hari keluarga.

Format : Tiada

Diharapkan calon-calon dapat menulis tentang bentuk aktiviti yang sesuai diadakan

sempena hari keluarga.

Cadangan isi

a) Jamuan /kenduri keyukuran

b) Sesi memperkenalkan diri dan ahli keluarga

c) Sesi mengimbas kembali susur galur keluarga

d) Sesi permainan rakyat

e) Sesi fotografi

f) Ceramah/ucapan

g) Persembahan

Kemungkinan

a) Calon menjelaskan faedah menganjurkan hari keluarga – maksimum kurang

memuaskan.

b) Calon menceritakan pengalamannya terlibat dalam acara hari keluarga –

maksimum kurang memuaskan.

3. Pendidikan industri ialah pendidikan yang menjurus kepada bidang teknologi untuk melahirkan

tenaga kerja yang mahir dalam bidang perindustrian.

Tulis rencana berkaitan dengan kesan pendidikan tersebut kepada masyarakat.

Format : Tiada

Diharapkan calon-calon dapat menulis tentang kepentingan pendidikan industri

kepada masyarakat.

Cadangan isi:

i. Tenaga kerja yang mempunyai kemahiran secara holistik/menyeluruh.

ii. Ekonomi Negara akan berkembang maju.

iii. Kadar pengangguran dapat diatasi.

iv. Kemasukan tenaga buruh asing dapat dikurangkan.

v. Pelaburan asing meningkat.

Page 4: PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- TINGKATAN 5 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

4. Program pertukaran pelajar antara negara merupakan salah satu program untuk

memperkenalkan budaya sesebuah negara.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

Format : Tiada

Diharapkan calon-calon dapat menulis tentang kesan-kesan program pertukaran

pelajar antara negara.

Cadangan isi:

i. Mempromosi keunikan budaya kepada masyarakat antarabangsa.

ii. Perkongsian pintar dalam pelbagai bidang/kemahiran dapat ditingkatkan

iii. Persefahaman masyarakat antarabangsa terhadap budaya masyarakat Negara lain

dapat dipertingkatkan.

iv. Imej masyarakat di sesebuah negara dipandang tinggi.

v. Sektor pelancongan negara ini dapat dijana.

5. Orang Daik memacu kuda,

Kuda dipacu deras sekali;

Buat baik berpada-pada,

Buat jahat jangan sekali.

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan nilai murni dalam masyarakat hari ini.

Format : Tiada

Diharapkan calon-calon dapat menulis tentang kepentingan nilai murni dalam

masyarakat hari ini.

Cadangan isi:

i. Dapat melahirkan modal insan kelas pertama

ii. Dapat membentuk masyarakat yang maju berteraskan acuan negara kita sendiri.

iii. Dapat mengurangkan kadar jenayah.

iv. Dapat menjamin kesejahteraan / keselamatan negara.

v. Pembangunan negara dapat dijalankan dengan lancar

SELAMAT MENANDA DENGAN PENUH KETELITIAN JAMINAN PENANDAAN BERKUALITI